
TELUK INTAN - Sebelum ini penduduk Taman Intan Mutiara menaruh harapan agar ada pihak tertentu menyediakan kemudahan rekreasi dan sukan bagi membolehkan mereka terutama anak muda menghabiskan masa dengan perkara berfaedah.
Tidak lama kemudian kerajaan negeri menerusi Jabatan Belia dan Sukan (JBS) telah memperuntukkan kira-kira RM150,000 bagi tujuan itu dan terbinalah sebuah gelanggang yang boleh dijadikan medan untuk anak muda bersukan.
Bagaimanapun, setelah gelanggang itu siap, sehingga kini belum ada tanda-tanda ia boleh digunakan, sedangkan penduduk di taman itu teringin sangat menggunakannya untuk beriadah dan menjalankan aktiviti berfaedah.
Inilah hakikatnya berlaku di perumahan taman itu apabila gelanggang yang dibina dengan peruntukan ratusan ribu ringgit itu hanya sekadar menjadi gajah putih, apabila penduduk tidak dibenarkan menggunakannya.
Wakil penduduk, Mustafa Nazri Yahaya, 41, berkata, penduduk di situ amat kecewa dengan tindakan pihak tertentu yang lebih mementingkan diri daripada penduduk..
Sumber