Saya rasa, Forum Rakyat ini pertama kali diadakan oleh sebuah NGO -Cakap-Cakap Rakyat, tentang ISA dan semua perkara buruk yang ada didalamnya.Forum yang diadakan di Bar Council ini di pengurusikan oleh seorang peguam terkenal dari PKR iaitu saudara Nizam.Penceramahnya semua hebat belaka, kecuali.....saya.
Program dimulakan oleh saya mengenai aktiviti GMI.Saya sekadar mempersembahkan slide yang diambil dari simpanan pengurusinya, Syed Ibrahim yang kini berada di Mekah menunaikan haji.Slide itu disediakan agak tergesa-gesa dan disaat akhir, terlupa masukkan music.... jadi, agak boringlah sikit.
Rasa kurang selesa bercakap tentang Gerakan Mansuhkan ISA, walaupun saya juga salah seorang ahli jawatankuasanya. Selalunya bila Syed Ibrahim membuat persembahan, saya sering memberi komen ,kenapa slidenya kurang menarik?Namun, bila sudah mengalaminya sendiri, barulah tahu...betapa sukarnya untuk melaksanakan sesuatu yang perlu dilakukan dengan sepenuh hati.
Jika diberi pilihan, saya suka memberi perkongsian sebagai isteri pada tahanan ISA yang telah lama dianiaya.Tetapi....elok juga sesekali mencuba sesuatu yang baru. Semua pernceramah memang hebat bercakap. Saya suka dengan gaya bahasa Isham Rais dan saya terpesona dengan gaya santai RPK.Fadzrul dari UIAM baru pertama kali saya temui,namun beliau mempunyai keupayaan yang tersendiri.Dan Hj Mat Sabu, memang tidak perlu dipertikaikan lagi...Persembahan beliau memang mantap!!!

Siapa sangka, dalam keheningan dewan yang semua pesertanya khusyuk mendengar pesanan Isham Rais yang bercerita tentang ketakutan yang melanda
minda@otak orang Melayu yang telah di :"bonsaikan" selama 35 tahun oleh UMNO, tiba-tiba ada sekumpulan lima orang lelaki bertubuh sasa, bangun dan keluar dewan.Kurang ajar sungguh sikap mereka itu!!
Rupa-rupanya, kami buat program anti-ISA di dalam dewan, kumpulan PEWARIS yang tidak celik ISA, telah mengadakan perhimpunan di luar bangunan, siap memakai T-shirt YES TO ISA.
Mereka bersuara dengan kuat, dan ada sesekali menjerit sambil menadah tangan membaca doa.... Hai, pelik tengok sikap mereka. Orang yang bukan Islam pun semuanya membenci ISA kerana zalim dan tidak berperikemanusiaan, mereka yang berugama Islam pula sanggup membiarkan diri mereka di pergunakan oleh pemimpin yang sedang berkuasa, yang sangat-sangat menjaga UMNO sebagai "the last bastion" pada UMNO.
Kesian... sekali lagi....., ISLAM telah dimangsakan oleh puak-puak yang suka bersumpah dengan keris ini.ISLAM juga yang akhirnya dipandang buruk oleh bangsa lain.....
Note: Gambar atas, forum Anti-ISA. Gambar bawah, perhimpunan kurang cerdik Pro-ISA.