Ketuanan Melayu has failed - Malaysiakini.
Apa perasaan Zaid Ibrahim sekarang setelah meletak jawatan sebagai Menteri Undang-Undang kerana memperotes penahanan RPK, YB Teresa dan wartawan Sin Chew dari ISA bulan lepas?
Apa yang jelas, beliau selesa mempertikaikan "Ketuanan Melayu" yang selama ini jadi modal utama UMNO untuk kempen pilihanraya. Baguslah. Diharap ramai lagi yang akan berani tampil memberikan kritikan membina tentang perkara itu.Memang betul pun "Ketuanan Melayu" tu gagal.Tengoklah, yang ramai merempat ,tiada rumah, tiada tanah, peminta sedekah bukankah orang Melayu.Yang ramai ambil dadah dan diletak di pusat serenti, orang Melayu. Anak-anak muda yang rosak akhlak dan melahirkan anak luar nikah, dari kalangan orang Melayu. Dan yang ramai ditahan dibawah ISA pun ,orang Melayu juga.
Tiada istimewanya jadi orang Melayu . Amat menakutkan kerana pemimpin negara dari kalangan orang Melayu lah yang "mencuri,merompak dan membunuh hak-hak" orang Melayu sendiri ,walaupun semua hak-hak asasi itu sudah jelas termaktub di Perlembagaan Persekutuan.Dan yang paling mengerikan, parti yang ahlinya paling ramai orang Melayu itu mempunyai akta zalim ISA yang memberi kuasa kebal kepada ketua-ketua mereka. Dengan kuasa kebal ini, badan perundangan dan kehakiman juga kalah ditangan ketua-ketua parti orang Melayu ini.
Contohnya, di Kem Kamunting, tahanan ISA yang bukan Melayu akan dibebaskan cukup saja 2 tahun mereka di tahan disana.Tetapi suami saya, seorang Melayu , ditahan sejak tahun 2002 hingga kini hampir 7 tahun hanya disebabkan beliau seorang berugama Islam yang membolehkan beliau dituduh sebagai ahli Jemaah Islamiyyah (JI).Jelas, sudah hampir 7 tahun beliau dikurung tanpa sebarang perbicaraan. Saya yakin, Pak Lah dan Hamid Albar pun dah lupa tentang mereka ini. Jadi saya tidak hairan jika Zaid Ibrahim, bekas Menteri Undang-Undang pun tak perasan ada tahanan yang sudah ditahan hampir 7 tahun. Sebab itu, dalam laporan Malaysiakini, beliau cuma minta tahanan Hindraf dan RPK saja dibebaskan.
Zaid Ibrahim, ada 66 tahanan ISA dari pelbagai kaum masih ditahan di Kem Kamunting. Tahanan yang paling lama lebih 7 tahun dan RPK yang paling bongsu, ditahan selama dua bulan.
Mungkin Zaid boleh tolong beritahu pada Pak Lah dan Menteri Dalam Negeri supaya bebaskan juga mereka yang sudah 7 tahun ditahan.Kesihanilah mereka......
KETUANAN MELAYU HANYA SATU MIMPI NGERI-Malaysiakini.
RAZAK BEBAS, RPK??Malaysiakini.
Razak Baginda (RB) yang dikatakan bersubahat membunuh Altantuya, telah bebas dari tali gantung.Dan dua lagi lelaki yang dituduh, dibenarkan untuk terus membela diri.Yang paling malang ialah keluarga mangsa.Anak kesayangan mereka, sudah mati dan tidak akan hidup kembali.
Rakyat biasa yang mengikuti perkembangan kes itu, pastinya akan rasa geram yang amat sangat bila mendengar keputusan tersebut.Walaupun sebelum ini sudah ada sumber-sumber mendedahkan, perbicaraan ini ada campur tangan dari VVIP, tapi tak sangka, ianya jadi kenyataan. Inilah undang-undang Malaysia, VVIP adalah "above the law". Seorang manusia yang jiwanya sihat dan normal, tentunya tidak sanggup melihat perkara seperti ini berterusan. Tapi apakah yang berlaku bila ada yang berusaha untuk mendedahkan penyelewengan dan kejahatan ini? Walaupun pendedahan itu diluahkan di laman maya milik persendirian, ianya tetap diintip dan penulisnya di tahan polis, disiasat dan di penjarakan tanpa sebarang bicara.
Ini adalah realiti suasana di Malaysia.Buktinya, Raja Petra Kamarudin (RPK), yang hanya menulis mengenai kisah pembunuhan Altantuya, telah di ISA kan oleh Menteri Dalam Negeri yang mungkin juga kuncu utama VVIP yang dituduh bersubahat membunuh Altantuya. Di Malaysia, walaupun mendakwa ugama resminya Islam Hadhari, segalanya boleh saja berlaku.
Yang jelas ketika ini, melalui undang-undang yang ada, Razak telah bebas dari tali gantung, tetapi melalui undang-undang lain yang juga ada di Malaysia, RPK meringkuk di Kem Kamunting tanpa sebarang perbicaraan.
RPK adalah mewakili tahanan ISA di Kem Kamunting , yang semuanya ditahan tanpa bicara oleh pihak berkuasa , supaya mereka semua diam dari menyatakan kebenaran.Bagaimanakah nasib mereka semua???
ALTANTUYA LEBIH BERUNTUNG DARI TAHANAN ISA-Malaysiakini.
Keputusan kes Altantuya akan di dengar di Mahkamah Shah Alam esok- Malaysiakini.
Selepas dua tahun kes pembunuhan yang sangat kejam itu terjadi, esok adalah hari penentuan, siapakah sebenarnya yang menjadi pembunuh pada wanita cantik yang malang itu. Kes ini mendapat perhatian umum kerana bom c4 dikatakan telah diletakkan di mayat Altantuya ,yang tentunya tujuan utamanya untuk membuang bukti pembunuhan itu.Agaknya orang yang meletakkan bom di badan wanita itu lupa, hidup kita ni di perhatikan oleh Allah,Tuhan yang menguasai sekian alam. Pelik tapi benar.Lepas badan hancur di bom, akhirnya bukti kematian masih dapat juga diperolehi dan kes itu dapat dibawa di mahkamah.
Saya mencadangkan semua rakyat Malaysia berdoa semuga kematian Altantuya mendapat pembelaan dan lebih banyak kebenaran akan dapat diperolehi, hasil dari kes ini.
Itu kesah Altantuya. Walaupun jasad berkecai, namun ada bukti untuk membawa orang yang di tuduh ke mahkamah.Berbeza dengan tahanan ISA. Sudah hampir 7 tahun menjalani hidup seperti banduan, tapi tidak ada tanda-tanda akan dibawa ke mahkamah. Setiap hari hidup tahanan ISA dalam siasatan SB.Tiada bukti, tiada pembelaan, tiada penghakiman dan tiada mahkamah dalam isu ISA ini.
Walaupun Menteri Dalam Negeri, yang ada 'unlimited power" telah bertukar dari Pak Lah kepada hamid Albar, namun pertukakran itu bukan satu peluang bagi tahanan untuk mendapat pembebasan.Malahan Hamid kelihatan lebih rakus dan ganas dari Pak lah, hinggakan perempuan pun sanggup dijadikan mangsa ISA.
Inilah realiti kehidupan rakyat Malaysia. ISA telah menafikan hak asasi rakyat, walaupun orang itu masih lagi hidup!!!
PM@Pak Lah TAK TAKUT TUHAN?Malaysiakini.
Semalam, bersempena dengan persidangan Law Asia ke 21 di sebuah hotel di Kuala Lumpur, Datuk Ambiga dalam ucapannya telah merayu Perdana Menteri@PM yang juga berada di majlis yang sama, supaya mengadakan usaha untuk memansuhkan ISA , sebuah akta yang membenarkan penahanan tanpa bicara.
Saya yakin, Ambiga telah mengumpul keberanian untuk menyatakan tentang kezaliman ISA, berdasarkan ilmu, empati dan simpati beliau terhadap rakyat malaysia yang sedang dan pernah dijadikan mangsa ISA . Beliau yang telah beberapa kali melawat tahanan ISA di Kem Kamunting, ternyata begitu komited dengan kenyataannya supaya ISA di mansuhkan terus.
Inilah jawapan beliau pada wartawan, sebagai respon pada rayuan Ambiga itu “ as a Muslim, he was answerable to God to be fair to all irrespective of their religions”.Betul kah Pak lah bertanggungjawab pada Tuhan?Jika beliau benar-benar bertanggungjawab dihadapan Tuhan, kenapa bila semua lapisan rakyat, yang berbilang kaum,bangsa dan ugama minta ISA di mansuhkan, beliau masih mempertahankan akta zalim itu? Kenapa?
Susahlah lah rakyat Malaysia punya Perdana Menteri yang buta hati, tidak boleh membezakan mana yang benar dan mana yang salah. Pastinya, bukan saya seorang yang kecewa dengan jawapan Pak lah itu.
Pak Lah tahu tak, SB yang menyoal siasat semua tahanan itu sangat kejam hingga ada tahanan ISA yang masih lumpuh walaupun setelah sebulan dibebaskan?Kalau Pak lah lupa, mungkin kemenangan kes saman RM2.5 juta Malek Hussin tahun lepas, dapat mengingatkan semula betapa kejam,zalim dan berperikemanusiaan semua SB yang menyoal siasat beliau.Cuba Pak lah jawab, siapa yang arahkan SB bersikap kejam seperti itu?
Pak Lah tak tahu ke, menahan orang lain tanpa perbicaraan itu satu kesalahan?Penahanan itu bukanlah sehari dua,tapi ambil masa bertahun-tahun. Ada pasangan suami isteri tahanan ISA yang sudah bercerai. Ada anak tahanan yang meninggal dunia tanpa sempat diziarahi oleh ayahnya.
Pak Lah tahu tak, ada tahanan ISA dah di tahan lebih dari 7 tahun tanpa sebarang pendakwaan dimana-mana mahkamah. Bukankah penggunaan ISA itu bertentangan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan yang sepatutnya melindungi keselamatan rakyat?
Sebelum Pak Lah meletak jawatan PM pada March tahun depan, lakukanlah sedikit kebaikan pada rakyat Malaysia dengan membebaskan semua tahanan dan memansuhkan ISA.
THUMBS UP FOR YOU, AMBIGA.-Malaysiakini.
I captured these strong and powerful phrases delivered by Datuk Ambiga in her welcoming address at 21st LawAsia Conference in K.L yesterday."..… PM, I ask you ,on behalf of all right thing Malaysian and on behalf of the legal fraternity of Malaysia, to move to abolish the ISA…”
As far as I am concerned, this appeal to abolish ISA that came from Datuk Ambiga, who represent more than 13,000 lawyers throughout Malaysia, is the fourth time, for this year alone! I could understand her bravery to mention these sensitive phrases out loud in front of the ex Home Minister PM Abdullah Badawi because, she went to the Kem Kamunting and met the ISA detainees herself. My husband, the present 7th year ISA detainee told me , Ambiga met them twice this year!!
I’m not surprised with the quick response of the PM that Malaysia still need the ISA. It is considered as a standard answer to all UMNO-BN politicians because without ISA, their political career will completely destroyed.
Despite that cruel and discouraging answer from Badawi, I have my thumbs up for this high spirit President of Bar Council , when she answered” we vowed to keep up the campaign to repeal the ISA”.
As the wife of the longest ISA detainee in this 20th century, its hard to tell how suffer I am , to see my beloved husband, detained without trial for years.Each time I look at my sons eyes, my heart shattered ,thinking that he has to grow up without love,care and guidance from his father and the wait is not yet over....
Double Standard Deepavali VS Aidilfitri:Menteri Dalam Negeri memang jahat!!!-Malaysiakini.
MCA dan GERAKAN berbohong?Malaysiakini.
Saya mengikuti dengan penuh harapan pelbagai kenyataan yang di keluarkan oleh MCA mahupun Gerakan susulan dari penahanan dibawah ISA keatas blogger Raja Petra, YB Teresa dan wartawan Sin Chew. Teresa dan Cik Tan telah dibebaskan manakala Raja Petra (RPK) masih ditahan di bawah seksyen 8 ISA di Kem Kamunting.
Kedua-dua parti besar komponen BN itu telah mengeluarkan usul dan kenyataan akan memastikan ISA akan lebih dihalusi penggunaannya. Dan saya sendiri pernah "terkejut beruk" mendengar satu kenyataan akhbar dari Wanita Gerakan bahawa ISA mesti di mansuhkan!
Sebagai mangsa ISA, sudah tentu saya mengharapkan satu keajaiban . Saya memang berharap sangat keajaiban itu akan memberi peluang semua tahanan ISA di Kem, semuanya dibebaskan dengan segera.
Saya beri tabik(salute) pada kedua-duanya kerana begitu lantang menyatakan pendirian mereka yang mahukan ISA di kaji semula. Tetapi, tabik itu tidak lama kerana baru-baru ini, ketika YB Lim Kit Siang dari DAP ,mencadangkan satu petisyen yang sepatutnya dipersetujui semua MP supaya ISA di bahaskan di Parlimen, hanya seorang saja Ahli Parlimen dari BN yang bersetuju dengan petisyen itu.
Dimanakah ahli Parlimen MCA dan Gerakan ketika itu?
Sekarang saya faham, MCA dan Gerakan sebenarnya hanya berbohong! Rakyat dilihat sedang panas dengan isu itu dan kedua-dua parti itu pun teringin menumpang nama dari "kehangatan" ISA kesan penahanan RPK,YB Teresa dan Cik Tan. Sebenarnya, kedua-dua parti itu tidak teringin langsung supaya ISA di kaji semula, apatah lagi dimansuhkan!
Syabbas kepada YB Lim Kit Siang kerana telah berjaya meberi ujian kepada kedua-dua parti itu. Sekarang kita semua sudah tahu the true colours of those two political parties!!!
PASCA 6 TAHUN ISA:Kami Mahu Hidup!
Kes 3.
"Ketika ditahan pada akhir 2001 dulu, kami ada perniagan bernilai berjuta ringgit, kini semua telah musnah dan dia diisytihar muflis. Setelah dibebaskan dari ISA, kehidupan kami masih di pantau oleh SB . Dia juga mesti membuat laporan di Balai Polis terdekat. Peluang perniagaan juga terhad. Dia juga diminta oleh SB menghubungi keluarga tahanan ISA yang masih ditahan dan mengingatkan mereka supaya jangan mendedahkan kejahatan ISA.Perkara ini memang diluar kerelaan suami kerana dia juga benci ISA yang menyebabkan kami hilang kehidupan" demikian yang saya dengar dari isteri bekas tahanan ISA yang ditahan hampir 6 tahun.
Kes 4.
"Sejak bercerai dengan dia, saya rasa bebas dari masaalah.SB pun sudah tidak mengganggu saya lagi.Anak-anak saya faham saya tiada ikatan dengan Ayah mereka lagi. Anak-anak dapat menumpukan perhatian pada pelajaran.Mereka malu hendak mengaku punya Ayah yang menjadi tahanan ISA..." saya rasa pening kepala dan hendak pitam mendengar kata-kata tersebut.
Itu hanya sebahagian dari luahan hati mereka yang tidak dapat dibendung dalam diri mereka lagi.Mereka tidak mampu menahan perasaan tanpa meluahkan pada sesiapa.Terlalu berat untuk ditelan....
Kenapakah mereka yang terpaksa menerima akibat dari perlaksanaan akta zalim ini? Sampai bilakah ianya akan terus digunakan oleh pemimpin keatas rakyat?
Note: SB-SB sibuk mengambil gambar dan mencatit kata-kata di banner.
PASCA 6 TAHUN ISA:Kembalikan Hidup Kami!!!!
Kes 1.
"Saya sudah terbiasa hidup tanpa ayah. Lebih 6 tahun saya tidak mendapat kasih-sayang,bimbingan dan didikan dari seorang ayah. Saya tidak rindu padanya. Saya rasa ayah saya bagaikan sudah tiada lagi didunia ini" inilah luahan kata-kata yang keluar dari bibir seorang anak muda berusia 16 tahun, salah seorang anak bekas tahanan ISA.Terduduk saya mendengar kata-kata itu dan amat takut perkara yang sama ,berlaku dalam keluarga saya.
Kes 2.
"Dia tidak memahami perangai anak-anak kami.Semasa dia kena tahan ISA 6 tahun lalu, anak-anak semuanya masih kecil, berusia kurang dari 14 tahun.Kini, sudah ada yang berusia 13, 16, 17 dan 19 tahun. Setiap anak membesar dengan perangai yang berbeza. Dia juga kurang sabar dengan suasana rumah yang bising dengan senyum tawa anak-anak. Semuanya jadi serba tak kena dan anak-anak merasakan itu bukan bapa mereka sepertimana belum ditahan dibawah ISA dulu" luah seorang isteri bekas tahanan kepada saya menerusi telefon. Saya tidak dapat tidur beberapa hari memikirkan kata-kata tersebut.
Note: Isteri tahanan ISA bersama Dr Harlina, Ketua Wanita JIM. Tiga dari isteri tersebut, suami mereka telah dibebaskan dari Kem Kamunting setelah 6 tahun ditahan disana.
ISA MALAFIDE 2 : Habeas Corpus Nasarudin Nasir.
Kemenangan dan kejayaan REFORMASI memenangi kes Habeas Corpus (HC) di mahkamah bukan saja memberi inspirasi pada tahanan ISA yang sedia ada ketika itu seperti "Al Maunah", "KMM" dan "JI" tetapi turut menyaksikan keazaman yang begitu tinggi dari bekas tahanan serta peguam untuk membantu kempen anti ISA untuk kesemua mereka yang sedang ditahan di Kem Kamunting ketika itu, sekitar Jun 2003.
Pembebasan tanpa syarat kesemua 6 REFORMASI sebaik saja cukup 2 tahun di tahan, juga menjadi satu titik tolak penting dalam sejarah perjuangan menentang ISA dimana kezaliman ISA mesti didedahkan dengan apa cara sekalipun dan rakyat wajib di didik supaya menolak akta zalim ini. Contohnya, peguam Latheefa Koya,bekas tahanan ISA Saari Sungib dan isterinya Pn Aliza Jaafar, para aktivis seperti En Zaid Kamarudin -Presiden JIM, telah membuktikan bahawa mereka tetap konsisten dengan prinsip keadilan sejagat supaya semua tahanan ISA mestilah dibuktikan kesalahan mereka di mahkamah atau dibebaskan saja dengan segera.
ISA MALAFIDE- niat jahat.
Inilah kumpulan REFORMASI yang memperjuangkan hak mereka sebagai rakyat yang ditindas oleh akta zalim ISA dengan pelbagai cara hingga akhirnya, cukup dua tahun, kesemua mereka dibebaskan dari Kem Kamunting. Perkataan MALAFIDE di sebut sebagai "malafide" bermaksud berniat jahat. Perkataan ini telah disebutkan oleh Hakim Hishamuddin yang mengadili kes Habeas Corpus mereka. Kumpulan REFORMASI telah memenangi kes itu pada bulan oktober 2002 tetapi tetapi hanya dibebaskan dari Kem pada bulan Jun 2003.
Memang jahat sungguhlah akta ISA tu. Walaupun ada hakim yang berani memberi keadilan kepada orang yang didakwa/dituduh, namun pengadilan itu tidak menjadi penentu untuk tahanan ISA itu dibebaskan.Ini membuktikan ,kedudukan ISA lebih tinggi dari Perlembagaan Persekutuan yang sepatutnya menjadi penjaga keamanan,kesejahteraan dan keselamatan rakyat Malaysia dari sudut perundangan.
Tidakkah akta ini telah mencabul ketinggian Perlembagaan Persekutuan itu????
Mangsa ISA di Thailand?
Menjejaki bumi Thailand, tidak langsung termasuk dalam senarai aturcara kami. Namun tanpa disangka, rupanya isteri tahanan ISA di Kedah ini telah berpakat untuk membawa saya , Suhaib dan Amjad ke sempadan Siam melalui pusat imigresen Bukit Kayu Hitam. Mereka sengaja membawa kami ke daerah itu untuk melihat sedikit kelainan dari suasana di Kuala Lumpur.
"Disini tak ada SB, kita boleh cakap tentang ISA dengan bebas" kata Puan I sambil tersenyum. Beliau meluahkan perasaan yang dialaminya sejak suami ditahan dibawah ISA. Beliau amat tertekan, terutamanya dengan pelbagai pesanan suami yang amat takut jika beliau berhubungan dengan orang GMI.
GMI adalah 3 huruf yang amat dibenci oleh SB. Jadi sesiapa saja yang bergiat dengan GMI, nama akan di senarai hitamkan. Puan I dan Puan N mengakui, SB sentiasa melarang mereka menemui saya yang dikatakan sering menyusahkan mereka.
Pelik!! Saya rasa SB menyusahkan saya, tetapi SB kata, saya yang menyusahkan mereka... mana satu yang betul ni?
Walau apa pun, peluang merentasi sempadan Siam itu memberi pengalaman yang amat berharga buat Suhaib. Setelah kami tiba semula di Alor Star, saya bertanya , di Thailand tiada SB ke? Serentak semuanya menjawab," TAK!!! Sebab disana tak ada ISA!!!"
Note: Suhaib dibelakang penjual makanan bernama "Pulut Ayam"
Menghadiri Majlis Perkahwinan AJK GMI, di Kulim.
Menghadiri majlis perkahwinan AJK GMI, Saudara Ramadhan Fitri dan isterinya, Khadijah adalah salah satu acara dalam rangka ziarah keluarga tahanan ISA di Kedah. Sebelum itu, saya dan Suhaib sempat singgah menziarahi suami di Kem Kamunting. Beliau amat gembira menerima lawatan dari kami kerana tentunya beliau amat rindu kepada anak bujangnya, Suhaib.
Alhamdulillah, permusafiran kami agak lancar dan kami tiba di rumah pengantin pada jam 2.45 petang. Melihat tetamu yang hadir memenuhi 15 khemah dan 8 stesen hidangan buffet, majlis itu boleh dikatakan "wedding of the year" di daerah itu .
Pasangan pengantin kelihatan manis bagai pinang dibelah dua.Ust Ramadhan yang kelihatan segak, mengenakan sepasang baju Melayu paduan warna hijau muda keemasan, sedondon dengan pakaian isterinya.Kehadiran kami disambut mesra oleh kedua mempelai yang kelihatan sentiasa tersenyum.
"Ini AJK GMI yang baru " begitulah Ust Ramadhan memperkenalkan isterinya kepada kami sambil tersenyum penuh makna.Ramadhan adalah Pengarah Program Malam Himpunan Rakyat Anti ISA di Stadium Malawati ,June tahun ini dimana ianya adalah salah satu dari pelbagai siri aktiviti dalam program khas Kempen Bebaskan Tahanan 6 Tahun ISA.
Semoga perkahwinan ini akan memberi suntikan semangat baru pada keduanya untuk terus menyumbang tenaga bersama Gerakan Mansuhkan ISA dalam siri kempen anti-ISA yang akan datang.
Menziarahi Keluarga ISA di Kedah
Tiada siapa di Malaysia ini, meletakkan perkataan "menjadi mangsa ISA" dalam perancangan hidup mereka. Orang gila pun tidak akan berbuat demikian, apatah lagi bagi orang yang waras otak dan fikiran.
Tapi , inilah realitinya kami yang menjadi mangsa ISA. Penahanan yang dikatakan cuma "beberapa hari untuk membantu siasatan" akhirnya berlalu selama bertahun-tahun dan siasatan itu belum selesai dan tiada tanda menunjukkan ianya akan diselesaikan dan pesalah dibawa kemuka pengadilan.Tahanan ISA sudah jelas mereka di kurung di Kem.Tiada siapa yang mengetahui, kehidupan isteri dan anak-anaklah yang amat terseksa gara-gara perpisahan ini.
Bagi Puan N, dari Kedah, ketiadaan suaminya, memang memberi tamparan hebat kepada kehidupan sehariannya. Beliau hanya belajar setakat SPM, mengalami kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan yang boleh memberi pendapatan yang mampu untuk membiayai kehidupannya bersama seorang anak lelaki berusia 13 tahun. Dulu kehidupan mereka memang selesa, tetapi segalanya berubah setelah suaminya ditahan ISA setahun yang lalu. Keadaan lebih teruk bila beliau tidak dapat membayar ansuran rumah dan kereta yang dulu semuanya diselesaikan oleh suaminya.Beliau yang tidak mempunyai pekerjaan tetap, pening kepala memikirkan kos kehidupan yang terpaksa diselesaikan.
Buat masa ini, Puan N melakukan katering secara kecil-kecilan dan membuat bunga telur untuk majlis perkahwinan.
Seorang lagi isteri yang saya ziarahi ialah Puan I, yang tidak mahu wajahnya diabadikan di gambar kerana khuatir, SB yang sering memantau isteri tahanan akan memberi laporan yang tidak baik( kerana beliau telah diziarahi saya), dan amat khuatir kesannya, suami beliau tidak akan dibebaskan dari ISA bila ckup dua tahun kelak.
Puan I, yang mempunyai seorang anak berusia 8 tahun, bekerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat swasta di Sg Petani.
Saya menziarahi mereka kerana ingin berkongsi masaalah yang mereka hadapi.Itu saja.We are on the same boat. Sama amat memahami perasaan mereka dan meminta mereka lebih kuat menghadapi kenyataan hidup ini kerana mereka ada anak -anak yang sedang membesar.
Be Strong, Leela.
Madam Leela , in yellow T-shirt is the wife to ISA detainee M.Vijay. Vijay was detained under ISA last year, living behind Leela who is jobless , with their three year old daughter.Few months after the arrest, Leela has to move from their house in Pandan Indah because she cant afford to pay the rent.
TAHANAN 6 TAHUN ISA:Anak-anak adalah saksi kezaliman UMNO/BN!!
Allahyarham Aina Mardhiah membesar tanpa ayah sejak umurnya 11 tahun hinggalah dijemput Illahi pada umur 17 tahun.Ayah Aina, Shahrial Sirin tidak dapat membesarkan anak-anaknya termasuk Aina kerana ditahan tanpa bicara selama lebih dari 6 tahun.Kejahatan SB dan Menteri Dalam Negeri yang tidak kenal perikemanusiaan terserlah sejak 6 tahun lalu dan kemuncak kezaliman itu ialah bila Aina menghembuskan nafas terakhir tanpa diberi peluang oleh SB/ Menteri Dalam Negeri bagi beliau untuk bertemu bapanya walaupun ketika itu ,Aina dalam keadaan koma.Aina membawa segala kesukaran hidup membesar tanpa ayah, hingga ke liang lahad.
TAHANAN 6 TAHUN ISA: Dituduh militant, tapi dipulihkan oleh JAKIM!
Mat Sah dan 7 tahanan “JI” yang sudah 6 tahun ditahan, sedang menjalani kehidupan seperti banduan, walaupun mereka masih dalam proses siasatan.Itulah realiti kehidupan seharian mereka, selain dosoal-siasat SB, mereka diberi kursus “pemulihan” oleh para pegawai dari JAKIM dan Jabatan Pertanian.
Pegawai JAKIM memberi kursus cara membaca quran mengikut tajwid dan ceramah tentang Islam Hadhari. Jabatan pertanian pula memberi penerangan tentang menternak kambing lembu, membela ikan air tawar dan menternak ayam secara besar-besaran.
Pelik tapi benar. Mereka ditahan itu dibawah ISA sebagai ahli kumpulan militant yang mengancam keselamatan Negara, tetapi tiada tanda-tanda kes itu dibawa ke mahkamah untuk di buktikan dakwaan dan seterusnya diberi hukuman setimpal dengan tuduhan itu.Sebaliknya tahanan terus menerus ditahan, diberi pemulihan mengenai Islam Hadhari dan diajar kaedah menternak haiwan sebagai persediaan bila dibebaskan kelak.
Itulah nasib dan kisah benar tahanan ISA di Kem Kamunting. Mereka dijadikan mangsa oleh PM Mahathir dulu dan kemudiannya diteruskan oleh PM Badawi. Mereka dipisahkan bertahun-tahun dari keluarga, kehilangan pekerjaan dan mata pencarian. Bukan setakat itu saja, tahanan ISA itu juga dipaksa supaya mengaku , bahawa mereka adalah kumpulan pengganas “JI”.Tuduhan itu terlalu berat buat tahanan ISA "JI"dan keluarga kerana melibatkan maruah , nama baik dan juga menyebabkan orang lain memandang serong terhadap Islam.
Siapakah yang zalim sebenarnya?
TAHANAN ISA 6 TAHUN: Selepas 6 tahun, siasatan masih belum selesai?
Pada hari Khamis17 April 2002, ketika sepasukan polis SB bersama seorang Inspektor polis bertag nama “Raja Salim” datang kerumah saya untuk menangkap suami, beliau mengatakan, “En Mat Sah diminta membantu siasatan….” Itulah sebabnya beliau ditahan dibawah ISA. Ketika itu, saya sendiri terlalu naïf dan tidak tahu menahu tentang akta ini.
Keesokan harinya, saya mendapat tahu melalui akhbar Utusan dan Berita Harian, suami saya ditahan ISA kerana beliau menjadi ahli Kumpulan Militan Malaysia (KMM) , Nik Adli anak guru Nik Aziz salah seorang ahlinya yang terlebih dulu ditahan dibawah ISA.
Tiga minggu kemudian, saya berpeluang melawat Mat Sah di IPD Jalan Hang Tuah, dan ketika itu, tuduhan keatas nya telah ditukar dari ahli KMM kepada ahli Jemaah Islamiyyah (JI).Beliau kelihatan terlalu pucat dan tidak banyak bercakap.Pertemuan kami dikelilingi oleh 10 orang SB.Diantara SB itu, ada dua orang memegang kamera dan yang lain-lain mendengar apakah butir bicara yang keluar dari mulut kami ,dan mencatit di buku nota kecil mereka. Diakhir lawatan, saya diingatkan, sekiranya saya bertemu peguam, peluang Mat Sah dibebaskan amat tipis!
Ketika Mat Sah disiasat dibawah seksyen 73 ISA, saya dapat bertemu dengannya selama 3 kali.Setiap kali lawatan keluarga, ketua team SB itu pasti akan mengingatkan saya supaya tidak berhubung dengan peguam, wartawan, aktivsi dan mana-mana NGO yang anti-ISA. Saya akur dengan peringatan itu.
Cukup 55 hari, saya mendapat tahu, Mat Sah telah dihantar ke Kem Kamunting . Saya mengetahuinya melalui satu berita kecil di Utusan Malaysia.”Menteri Dalam Negeri masih belum berpuas hati dengan hasil siasatan selama 55 hari , dan dibawah seksyen 8 ISA, siasatan diteruskan di Kem Kamunting pula, mungkin selama 2 tahun” itulah yang dilaporkan di akhbar arus perdana itu. Kejam betul mereka (SB) kerana tidak memberitahu saya tentang penghantaran itu.
Suami saya selalu berkata, jika mematuhi semua peraturan Kem, tidak berurusan dengan peguam dan berdiam diri, dia dijanjikan oleh SB untuk segera dibebaskan.Saya tidak menghadiri mana-mana program anjuran GMI dan menumpukan sepenuh masa terhadap kerjaya dan menyesuaikan diri sebagai “ibu tunggal”.
Namun pada pertengahan tahun 2003, ada satu peristiwa pelik berlaku. Tahanan ISA Al Maunah, yang sangat baik dan mengikut peraturan telah tidak dibebaskan sebaik saja cukup 2 tahun mereka ditahan, manakala kumpulan REFORMASI yang dikatakan jahat, bising dan mengambil Habeas Corpus, telah dibebaskan sebaik saja cukup 2 tahun tahanan mereka tamat. Peristiwa ini membuka lembaran baru pada saya dan suami. Kami mula berani bertemu peguam…
“Menteri Dalam Negeri masih belum berpuas hati dengan keadaan siasatan dan tahanan dilanjutkan dua tahun berikutnya….” itulah antara yang tertulis dalam surat pelanjutan pada 12 Jun 2004 itu di tandatangani oleh Menteri Dalam Negeri yang lama, Abdullah Badawi.
Pada 12 Jun 2008, selepas 6 tahun, surat dan ayat yang sama diterima oleh Mat Sah ,cuma kali ini di tandatangani oleh Menteri Dalam Negeri yang baru, iaitu Hamid Albar. Nampaknya sudah lebih 6 tahun, siasatan masih juga belum selesai dan tahanan masih dikurung di Kem, tanpa sebarang peluang untuk dibicarakan dimana-mana Mahkamah.
Lebih 6 tahun, kerajaan masih belum ada cukup bukti untuk mendakwa tahanan ISA dimahkamah?
TAHANAN 6 TAHUN ISA:SB sentiasa mengganggu!
Sekiranya di Malaysia ni tiada Special Branch atau pasukan polis berpakaian biasa bergelar SB, mungkin sudah lama ISA dapat di kuburkan. Mengapa ya? Tanpa SB, sudah pasti tahanan ISA dan keluarga akan berani memperjuangkan hak-hak mereka yang sedang dicabuli oleh akta zalim itu.
Namun kehadiran SB (yang gajinya dibayar oleh kerajaan dan rakyat Malaysia) dalam kehidupan mangsa ISA dan keluarga , menyebabkan segala-gala berubah.Jika di Kem, SB akan melawati tahanan setiap hari dan memberi pelbagai ugutan dan janji manis bagi mendapatkan peluang-peluang pembebasan.Manakala tugas SB diluar kem adalah mengekori dan memantau segala kegiatan isteri tahanan ISA. SB ini bebas melibatkan diri dengan keluarga semua tahanan ISA, tidak kira tempat dan masa, samada pagi , petang atau malam.(Kesihan, suami tiada dirumah kerana ditahan di Kem, isteri yang keseorangan didatangi SB!!)
Mereka wujud dalam pelbagai bentuk dan rupa tetapi tidaklah bertanduk sebagaimana rupa iblis atau syaitan yang di bayangkan dalam lukisan.Apa yang dimaksudkan ialah, SB wujud dalam watak baik, lembut, manis, beriman, garang, romantik, jujur dan macam-macam lagi. SB memantau kegiatan isteri tahanan ISA supaya isteri tidak berhubungan atau bergaul dengan aktivis anti-ISA, peguam, wartawan dan orang-orang politik dari Pakatan Rakyat. Sekiranya isteri engkar dengan peraturan ini, maka peluang suami mereka dibebaskan akan terganggu.Ugutan ini berjalan sepanjang masa.
Contohnya, seorang isteri tahanan ISA yang suaminya baru setahun ditahan, mendedahkan sebaik saja suami beliau ditahan, isteri dimestikan mengikuti satu kursus induksi khas selama beberapa hari. Dalam kursus itu, isteri diingatkan, sekiranya mereka mahu suami dibebaskan segera, mereka mesti menjauhi aktivis GMI!!!
Saya seorang isteri tahanan dan juga aktivis anti-ISA. SB sering menemui suami saya meminta serta merayu supaya suami saya jangan mengizinkan saya meneruskan kerja-kerja kempen tersebut.Sewaktu lawatan keluarga,saya dan suami terpaksa bertemu menggunakan interkom.Seringkali, pertemuan selama 45 minit itu diganggu oleh warden yang secara bebas boleh memutuskan talian interkom!!!
Pergerakan saya juga di pantau SB . Mereka mengganggu telefon bimbit saya tanpa mengira masa.Pada tahun 2004, SB memecahkan pintu kereta dan pada tahun 2005 , SB telah memecah tingkap rumah dan mencuri handbag saya. Ketika saya membeli-belah, mereka ambil gambar dan semua gambar itu dihantar pada suami di Kem Kamunting .(Gambar tersebut dijadikan bukti saya berpoya-poya ketika suami ditahan di Kem.)
Dari 8 tahanan ISA yang telah ditahan lebih 6 tahun, saya adalah satu-satunya isteri tahanan ISA yang bergerak aktif dan konsisten bersama kempen anti-ISA anjuran Gerakan Mansuhkan ISA(GMI) seperti menghadiri sidang akhbar, menulis rencana dan berceramah.Saya juga rapat dengan peguam dan dikenali ramai ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat .Semua itu dilakukan hanya untuk mendedahkan penganiayaan ISA pada keluarga kami.
Disebabkan melanggar peraturan dan ugutan SB,kemungkinan itu dijadikan alasan , suami saya tidak dibebaskan .Saya berpendapat,mungkin juga penahanan suami dilanjutkan sebagai satu dendaan kepada saya yang yang dianggap “bad girl”. Dan dendaan itu wajar menjadi contoh pada tahanan ISA yang lain . Ya,. memang logik dan boleh diterima akal alasan itu.
Tapi, bagaimana dengan nasib 7 tahanan lain? Isteri mereka tidak pernah bertemu wartawan, jauh sekali berita mereka mengisi mana-mana kolum di akhbar alternative dan tidak memberi ceramah.Mereka juga tidak pernah bertemu peguam dan tidak pernah bertemu mana-mana ahli politik Pakatan Rakyat..Saya tahu, isteri-isteri ini sentiasa bekerjasama dengan SB dan mereka masing-masing menyimpan nombor hp ketua SB yang bernama “Ayub” itu.
Bertahun-tahun tahanan dan keluarga memberi kerjasama dan berbuat baik pun ,belum tentu menjamin ada peluang untuk dibebaskan.Apa lagi yang harus dilakukan oleh tahanan ISA dan keluarga supaya mereka berpeluang untuk menghirup udara kebebasan?
TAHANAN 6 TAHUN ISA: Suhaib paling teraniaya.
Jika diikutkan perasaan, ingin sekali saya melawati suami saya setiap minggu. Tetapi, dimasa yang sama, saya juga terpaksa memikirkan anak yang perlukan perhatian lebih kerana beliau sedang meningkat remaja.
Suhaib, seawal usia 9 tahun, setiap hujung minggu, sebahagian besar cuti persekolah dua hari itu di habiskan dalam kereta sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Taiping.Perjalanan sepanjang hampir 700km pergi dan balik sudah menjadi rutin mingguan kami.Semuanya terpaksa diharungi sendirian, tanpa bantuan dari adik-beradik mahupun kawan-kawan.
Bila Suhaib bertambah besar, aktiviti persekolahan juga bertambah dan akhirnya, saya tidak dapat membawa Suhaib bertemu bapanya setiap minggu. Rutin itu saya tukar kepada dua minggu sekali dan ketika Suhaib sibuk dengan kelas tambahan, kami hanya melawatnya sebulan sekali sahaja.
Rutin kami berdua berubah dari kehidupan normal manusia lain.Tiada balik kampong, tiada percutian dan tiada masa lapang untuk berehat-rehat. Masa, tenaga dan wang ringgit di kumpulkan khas untuk pergi ke Taiping.
Saya juga amat risau dengan perkembangan diri Suhaib kerana saya amat memahami keadaan dirinya yang sering berhadapan dengan situasi yang mendera perasaan. Contohnya, beliau pernah nampak saya bergaduh dengan warden kerana warden wanita itu telah menghilangkan buku yang saya hantar pada suami.Dan pernah suatu ketika, dalam perjalanan pulang dari Taiping ke Kuala Lumpur, kereta yang saya pandu mengalami kerosakan enjin. Ketika itu hari hampir gelap dan kami berdua berada di lebuhraya yang merentasi kawasan lading getah dari Tapah ke Ulu Bernam.Kami bernasib baik kerana ada sebuah kereta yang berhenti dan pemandunya berjaya membaiki kerosakan dan kereta dapat dipandu ke bengkel yang berhampiran.
Ini belum termasuk gangguan polis berpakaian biasa@Special Branch@SB kepada kami.
TAHANAN ISA 6 TAHUN: Keluarga juga didera oleh KDN.
“ Terimakasih kerana sudi hantar duit belanja untuk baiki gigi dan buatkan cermin mata baru untuk menggantikan cermin lama yang dah patah tu” itulah sebahagian dari isi kandungan surat yang diterima dari Mat Sah, suami saya yang masih tinggal di salah satu sel di Kem Kamunting.Saya menghantar RM300.00 untuk dijadikan duit belanja dan membaiki gigi palsu beliau.
Setiap bulan saya akan hantar duit poket antara RM100.00 hingga RM200.00 yang akan digunakan oleh Mat Sah untuk membeli barang-barang keperluannya atau untuk membeli makanan yang tidak disediakan oleh Kemta.Selain itu, setiap kali melawat beliau, saya akan membawa majalah atau buku-buku yang sesuai untuk bacaan beliau.Majalah atau buku boleh dibawa tetapi tidak melebihi 3 buah sahaja.Diakhir lawatan, saya akan membayar harga makanan yang dipesan oleh beliau untuk dibawa masuk ke sel persendiriannya.Selain memberi wang poket ,membetulkan cermin mata, saya juga terpaksa memberi wang yang lebih untuk beliau memperbaiki kerosakan gigi palsu nya.
Saya pernah mempersoalkan kepada warden kemta, pihak Kementerian Dalam Negeri yang menahan suami saya,sepatutnya segala perbelanjaan itu dikeluarkan oleh pihak KDN.Seperkara lagi, tahanan sendiri tidak bekerja dan tiada pendapatan dari pekerjaan yang dilakukan ketika belum ditahan dulu, amat lah tidak adil, isteri pula yang terpaksa mengeluarkan perbelanjaan lebih untuk membeli keperluan peribadi suami.namun, pihak Kem hanya mengatakan ,itu hanyalah peraturan biasa dimana isteri mesti mengeluarkan perbelanjaan untuk memenuhi keperluan suami.
Inilah sebahagian kecil dari reality kehidupan sebagai isteri kepada mangsa ISA. Isteri dan anak-anak sebenarnya lebih terdera dan teraniaya dengan penahanan tanpa bicara ini. Tahanan memang sudah jelas di kurung di kawasan itu jadi, ahli keluarga yang merdeka seperti isteri dan anak-anaklah yang terpaksa banyak berkorban untuk memastikan hubungan kekeluargaan terus terjalin.
Bersambung...
Shamsiah Fakeh Meninggal Dunia- Malaysiakini.
Pertama kali mendengar nama Shamsiah Fakeh, seorang anggota PKM, saya mempunyai pandangan negatif terhadap beliau. Hati tertanya-tanya, bagaimana seorang Islam seperti beliau boleh menyertai pergerakan komunis itu.Bagi saya, tiada apa istimewanya seorang wanita Melayu seperti beliau yang menjadi PKM untuk ketahui, apatah lagi untuk dikenang.
Namun, bila saya menjadi mangsa ISA dan turut bersama GMI, saya terpaksa meluaskan pembacaan untuk mencari pelbagai semangat baru yang boleh memberi kekuatan untuk mendedahkan akta zalim ini.Saya terjumpa buku Shamsiah berjodol"Memoir Shamsiah Fakeh".
Buku yang sederhana tebalnya turut dimuatkan beberapa keping gambar Shamsiah ketika muda.
Pandangan saya terus berubah sebaik saja membaca buku itu, bukan kerana rayuan dan luahan hati Shamsiah, tetapi kerana ketegasan dan kesungguhan beliau berjuang dalam serba kekurangan untuk mendapatkan kemerdekaan dari penjajah. Saya teringat kisah Maharajalela yang dituduh membunuh JWW Birch di Pasir Salak, yang telah dijadikan bahan sejarah oleh Kementerian Pelajaran awal tahun 70an. Semua orang akan membenci Datuk Maharajalela yang dituduh sebagai pembunuh dan amat simpati pada Birch yang diangkat sebagai wira.
Nasib Shamsiah dan Maharajalela adalah sama.Mereka adalah pejuang kemerdekaan haluan kiri yang menggunakan pelbagai platform bagi menyuarakan keinginan untuk mendapatkan sebuah kerajaan yang merdeka.Mereka berjuang dengan penuh kepayahan, tidak seperti United Malay Nation Organisation yang dengan mudah diberikan kemerdekaan oleh penjajah.
Dan kini, lebih 50 tahun,segala fakta pejuang kemerdekaan terdahulu, masih ditutup dan diputarbelitkan oleh parti yang memerintah.
Saya amat menkagumi kekuatan semangat serta tindakan beliau dan saya doakan semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh Shamsiah dan dikumpulkan dikalangan orang yang beriman.
Give Kok's ISA motion prority-Malaysiakini.
Pemimpin DAP semalam telah meminta Parlimen memberi keutamaan supaya usul YB Teresa Kok mengenai ISA dibahaskan di dewan itu minggu depan. Mengikut senarai, isu ISA disenaraikan di nombor 41 dimana ianya terlalu jauh untuk dibincangkan oleh semua ahli Parlimen, kerana semalam perbahasan hanya berjaya mencapai usul ke 10 saja.
Saya ucapkan terimakasih pada YB Teresa yang bersungguh-sungguh cuba membawa isu ISA di mahkamah. Saya rasa, ini adalah satu tindakan positif yang memang wajar diambil oleh beliau yang baru saja dibebaskan setelah 7 hari ditahan dibawah ISA pada September baru-baru ini.
Siapa lagi yang dapat menyuarakan hasrat semua tahanan ISA melainkan mereka yang berada di Dewan Rakyat.Ternyata pencabulan ISA semakin parah ketika ini kerana sudah ada tahanan yang ditahan hampir tujuh tahun dan ada seorang ADUN iaitu YB Manoharan yang sepatutnya berkhidmat kepada rakyat, tetapi terpaksa merengkok tanpa sebarang bicara di Kem sana.
AL MARHUM FADHIL NOOR PENGERUSI GERAKAN MANSUHKAN ISA PERTAMA.
Al Marhum Ust Fadhil Noor Presiden PAS pertama mengetuai Gerakan Mansuhkan ISA yang ditubuhkan pada 2001.Ketika itu, DS Anwar Ibrahim sedang dikurung dibawah ISA di Penjara Sg Buloh kerana disabitkan dengan pelbagai kes lain.
Ketika suara mansuhkan ISA bergema, saya tidak tahu berada dimana ketika itu. Saya tidak tahu mahupun terfikir, pada suatu hari nanti saya pula yang dijadikan mangsa ISA sepertimana Kak Wan (DS Wan Azizah) dan yang lain-lain.
Kini ,pada tahun 2008, tiada siapa menyangka ,Pn Marina lebih lantang menyuarakan ISA dimansuhkan berikutan penahanan suaminya RPK buat kali kedua. Itulah buktinya, selagi ISA masih wujud, tiada siapa ada kebebasan untuk bersuara kerana ISA akan digunakan bagi membunuh suara rakyat yang inginkan kebenaran.
UMNO BUKAN PEMBULI??
Cikgu Goh(t-shirt jalur), seorang pengetua di sebuah sekolah Cina terkemuka ditahan dibawah ISA dari tahun 1974 hingga 1982. Madam Low, (baju merah) ditahan selama setahun pada awal 70an.
Suami Puan Pushpaneela, YB Manoharan ditahan pada akhir tahun 2007. Kini masih berada di Kem Kamunting.
Suami saya, Mat Sah ,seorang Melayu berugama Islam, ditahan sejak tahun 2002 dan masih menghuni Kem Kamunting hingga kini.
Soalan-soalan ini anda boleh jawab sendiri.
1. Siapakah yang memerintah Malaysia dari tahun 1960 hingga 2008?
2. Cg Goh ditahan dari 1974 hingga 1982, siapa yang jadi PM ketika itu?Beliau dari parti apa?
3. Mat Sah ditahan pada tahun 2002 hingga sekarang. Siapakah PM ketika itu?Siapakah Menteri Dalam Negeri yang berkuasa? Mereka dari parti apa?
4. Yb Manoharan ditahan pada Disember 2007.Siapakah PM dan Menteri Dalam Negeri ketika itu?
Pak lah kata UMNO bukan pembuli - ref Malaysiakini.
Empat soalan saja telah cukup membuktikan bahawa UMNO adalah pembuli semua bangsa di Malaysia.Mungkin perkataan pembuli kurang sesuai, kita boleh tukar "UMNO adalah pembunuh amalan demokrasi dan hak asasi rakyat", itu lebih tepat rasanya.
Semua ini adalah fakta yang tidak dapat dielak kerana kami mangsa buli itu ,masih lagi hidup!!!!
SAVE OUR YOUNG LEADERS FROM ISA
Ru Ru in white T-shirt and Jacelyn in black, both of them are taking broadcasting course in Era College.
These sweet "anak dara" are still studying in local dan foreign universities.
These are great leaders from UPM, the Gerakan Mahasiswa Maju(GMM).
MCA: CONGRATULATIONS, BUT......
Congratulations to MCA for making a formal decision in its 55th Annual General Meeting to have a better system of admonitory to the usage of the draconian ISA.
" Anyway ISA is still could be used to curb terrorism ...." .I'm sure the Malaysians reject this part because, public knows , the cruel side of ISA is detention without trial and unlimited power in the hands of Home minister. That is definite!
Looks like the MCA delegations has a little mercy in their heart to have this draconian law to be discussed in their AG.
Note: Mr and Mrs Low , from Ipoh came to KLSCAH to give support to the Joint Memo of the NGOs in abolition of ISA.Mr Low was detained under ISA for 8 years and Madam Low served one year in Kem Kamunting.
ISA SECTION 28 VS ISA SECTION 8: Part 2
The latest victim of ISA, Ms Cheng Lee Whee of SUARAM J.B was released after 19 hours in a police lock-up.
These are the cronology of the released.
- Ms Cheng was arrested shortly after lodging a report upon police abuse in the issue of eviction squatter of Kg Plentong.
- Ms Cheng then was allowed to the access of a lawyer, immediately after her arrest.
- The magistrate rejected a police remand for four more days in detention because the Cheng's lawyer argued on the grounds that Cheng has been cooperating with the police.
- She was released after 19 hours in detention.
Poor Miss Cheng, for being the victim of ISA staged drama. Why?
"...wrong perception of ISA..."
"People have wrong perception of the whole act that allow detetion without trial, but section 28 of ISA is different! This section, does not empower the police to detain without trial. The victims can get access to lawyers and will be charge in court within 24 hours" said Mokhtar, Johor Police Chief.
"The police will make a press release as soon as possible so that people wont get wrong impression and perception of this ISA" Mokhtar further revealed.( Quoted from Malaysiakini report)
So, this is the real business in the latest arrest!!! The detention was just to show that not all parts of ISA is cruel. The ISA authority tried to divert the peoples attention ISA-Detaine Without Trial to this ISA-soft and humanity act....
Anyway, dont forget, RPK, the Hindraf and the 6 Year detainees, they were detained under Section 73 and followed by section 8 of ISA.They are still haunting the Home Minister and his friends.... and keep haunting...when to charge them in court??
Note: A poster of 6 Kempen Bebaskan Tahanan 6 Tahun ISA.
PAK LAH TIDAK HORMAT SUARA RAKYAT?
Semua lapisan masyarakat mendesak agar PM membebaskan bukan saja RPK, Hindraf (yang baru diharamkan) malahan semua tahanan ISA yang sedang ditahan tanpa bicara di Kem Kamunting. 8 tahanan telah ditahan lebih 6 tahun!!!
Bar Council yang mewakili lebih 10,000 peguam di Malaysia telah mengeluarkan usul dalam EGM pada 20 Sept,mendesak kerajaan pimpinan Pak Lah supaya memansuhkan ISA dan membebaskan semua tahanan.
Datuk Seri Wan Azizah (semasa menjadi Ketua Pembangkang awal tahun ini) bersama-sama semua ahli Parlimen Pakatan Rakyat telah menyebutkan isu tahan tanpa bicara dalam ucapan ketika sessi pembukaan Parlimen ,awal tahun ini.
Gesaan dan desakan supaya ISA dimansuhkan ini datangnya dari semua lapisan rakyat melepasi batas kaum dan agama.Rakyat semakin sedar bahawa kerajaan yang sedia ada sangat zalim kerana masih menggunakan ISA kepada rakyatnya.
Walaubagaimanapun kuat desakan rakyat, nampaknya PM yang akan bersara Mach 2009 ini, tetap mempertahankan pandangannya bahawa ISA tidak akan di lihat semua apatah lagi dimansuhkan.
Lihat laporan Malaysiakini - No review of ISA- dalam AGM ke 55 MCA kelmarin. Walaupun Presiden MCA sendiri pernah menyuarakan supaya ISA di kajisemula, namun Pak lah nampaknya seperti tidak kisah untuk memikirkan permintaan itu sebaliknya beliau hanya berkata ISA adalah dibawah kuasa Menteri berkenaan (Hamid Albar) "lebih baik beritahu dia tentang hal ini" dan "ISA tiada agenda dalam reform saya".
"Harapkan pagar, pagar makan padi", rakyat harapkan Pak Lah menjaga keselamatan dan hak asasi rakyat dari dicerobohi,tapi rupanya Pak lah sendiri membiarkan menteri bawahannya berbuat sesukahati dengan ISA yang ternyata menakutkan , membunuh kebebasan rakyat dan mencemarkan demokrasi.
LETS US WORK TOGETHER TO REPEAL ISA....
ISA SECTION 28: MENTERI DALAM NEGERI TERDESAK ??
Bila RPK, YB Teresa dan wartawan Sin Chew ditahan ISA bulan lepas, rakyat memang marah dan semakin benci pada ISA. Akta kesayangan UMNO itu sudah tidak begitu aneh di telinga rakyat Malysia.Orang ramai mula berani menyebut ISA sama dengan tahan tanpa bicara." Tahan tanpa bicara " itulah yang zalim.
Saya pasti, bila Ahli Parlimen sanggup bertegang urat di Parlimen tentang ISA, ianya satu petanda buruk pada Menteri yang menjaga akta itu. ISA cuba dicabut dari politik Malaysia...ini membahayakan parti yang berkuasa!!!
Tidak mustahil, Menteri Dalam Negeri akan melakukan apa saja untuk memperlihatkan ISA itu adalah akta yang baik dan tidaklah jahat sangat. Saya duga, Seksyen 28 ISA ini di jadikan contoh bahawa ISA berperikemanusiaan kerana orang yang ditahan, tidak tertakluk pada kuasa polis (sepertimana Seksyen 73 ISA 60hari jadi tawanan polis) dan mangsa ISA seksyen 28 akan dibawa ke mahkamah dalam masa 24 jam!!
Perjuangan GMI adalah jelas itu, semua tahanan ISA tidak kira seksyen apa, mesti di dakwa di mahkamah, orang yang di tuduh mesti diberi kemudahan bertemu peguam dan boleh dijamin dengan duit atau bon sementara menunggu tarikh perbicaraan.Dan perbicaraan mestilah dijalankan dimahkamah umum.
Rakyat Malaysia, anda semua mesti jelas dengan ISA.
Seksyen 73 ISA - Tahanan berada dalam tawanan polis yang bebas berbuat apa saja terhadap mereka.
Seksyen 8 ISA - Tahanan ditahan 2 tahun bermula sebaik saja selesai 60 hari di Pusat Reman Polis. Seksyen 8 adalah milik mutlak Menteri Dalam Negeri yang boleh melanjutkan penahanan dari 2 tahun pertama pada 2 tahun berikut dan seterusnya.
Contohnya. Tahanan ISA Mat Sah telah ditahan selama 55 hari dibawah seksyen 73 bermula dari 17 April 2002. Kemudian bermula dari 12 Jun 2002 ditahan selama 2 tahun hingga 12 Jun 2004. Setelah tamat, Menteri Dalam negeri telah sambung lagi dua tahun dari 12 Jun 2004 hingga 12 Jun 2006. Tamat tempoh, Menteri Dalam Negeri sambung lagi dari 2006 hingga 2008. Tamat tempoh dua tahun pada 12 Jun 2008, disambung lagi dari 12 Jun 2008 hingga 12 June 2010.
Fakta ini benar kerana tahanan ISA itu masih lagi dikurung disebuah sel di Kem Kamunting.
ISA Section 28 Vs ISA Section 8
At 11.48 pm, I received an sms from Nalini ( picture above), a SUARAM coordinator as well as GMI secretary, mentioning that Cheng Lee Wee (SUARAM JB secretariat) was detained under section 28 of ISA. She was alledged spreading false report.
Then I checked at Malaysiakini , the section 28 of ISA, does not empower police to detaine without trial and suspect would be brought to the court within 24 hours.
It was reported ,26 year old Ms Cheng made a police report upon recent incident in Kg Plentong, JB, and she was arrested few hours after that. -ref Malaysiakini's Johor activist arrest under ISA.
What's this?
Hamid Albar tried to divert people's understanding to ISA-detained -Without -Trial to this section 28 - "suspect brought to the court within 24 hours"?
Dont forget, there are 60 detainees occupaying cells in Kamunting detention centre without trial, under ISA Section 8 that allows Home Minister to renew the detention without time limit!!!
Malaysians, dont get yourself fooled by this draconian act!!!
LAYAK KE DIA JADI MENTERI DALAM NEGERI ?
" Hamid Albar adalah Menteri Dalam Negeri yang paling bodoh!!!5 Hindraf masih disiasat,tapi sudah dipenjarakan. Mereka tidak dibebaskan kerana tidak beri kerjasama..." begitulah bunyinya sms yang saya terima ketika pulang dari rumah terbuka anak saudara saya di bukit Antarabangsa.
Saya telefon si penghantar sms yang sedang marah itu. Saya ingin tahu, kenapa dia marah sangat. Rupa-rupanya, ketika ditanya wartawan dalam sidang akbar siang tadi, kenapa Hindraf masih belum dibebaskan sedangkan pertubuhan itu telah diharamkan, "mereka masih disiasat dan terus ditahan kerana tidak bekerjasama" itulah jawapannya Hamid Albar,Menteri Dalam negeri yang menjaga ISA.Siaran itu ditayang di TV 3 suku!!
Bayangkanlah, mereka "masih disiasat", tetapi dah menjalani kehidupan macam tahanan. Dan mereka akan terus ditahan kerana tidak bekerjasama. Apa punya undang-undang ni? (Akta ISA
merendahkan martabat peguam ,hakim dan mahkamah kerana menghina ketiga2 institusi itu)
Saya baca sms tu pun dah rasa menggelegak. Geram! Memang geram dengan manusia bernama Hamid Albar ni. Dan lebih geram bila mengenangkan, suami sendiri masih diperlakukan demikian selama lebih 6 tahun.... iaitu "masih disiasat dan terus ditahan kerana tidak bekerjasama".
Namun geram saja, tentu tak cukup. Buatlah sesuatu yang boleh menghilangkan rasa marah itu. Contohnya?
1- Pakai badge ISA setiap masa.
2- Pakai baju bertemakan merah hitam.
3- Sokong program ISA.
Nota: Gambar Puan Pushpaneela, isteri YB Manoharan, salah seorang dari 5 Hindraf.
DEDAHKAN KEJAHATAN ITU, YB TERESA !!
"Seeing red over poem "likening Kok to dog" " - Malaysiakini.
Ada dua laporan polis iaitu tentang cerpen Chamil Warya tentang YB J dan puisi Dr Ghafar tentang anjing, yang kisahnya memang macam mengenakan YB Teresa Kok. Saya tidak terkejut dengan laporan itu.
Kenapa?
Sebaik saja Teresa di bebaskan, beliau terus membuat sidang akhbar mendedahkan kejahatan ISA selama 7 hari beliau ditahan. Kemudian beliau terus menghadiri pelbagai siri ceramah tentang ISA. Semua tindakan itu adalah satu kesalahan besar pada bekas tahanan ISA kerana mendedahkan kejahatan Menteri Dalam Negeri pada rakyat.Sebab itu keluarga dan Teresa sendiri di ugut dengan pelbagai ancaman yang melibatkan nyawa.
Inilah yang dihadapi oleh semua tahanan ISA sebelum ini. Hanya segelintir, bila dibebaskan terus mendedahkan kezaliman ISA, iaitu bekas tahanan ISA 6 REFORMASI. Tahanan yang lain, terus senyap kerana tidak sanggup dilawati dan di ancam oleh SB untuk kesekian kalinya. Semua ancaman itu diadakan untuk menakut-nakutkan dan seterus menutup mulut mangsa ISA supaya berhenti menyatakan kebenaran.
Tindakan DAP dan Teresa mendedahkan ancaman dan ugutan yang dilakukan oleh Utusan Melayau melalui cerpen dan puisi, sangat baik untuk mendidik rakyat tentang realiti ISA. ISA hanyalah sebuah akta biasa, namun ianya menjadi sangat kejam dan zalim kerana ada unsur shaitan SB dan "unlimited " kuasa Menteri dalam Negeri yang menjadi teraju utama menjadikan ianya amat ditakuti oleh rakyat Mlaysia.
Note: Yb Teresa sedang menandatangani poskad anti-ISA. Dibelakangnya Pn Aliza isteri YB Saari Sungib, yang pernah 2 kali ditahan ISA.
KDN ALAT UMNO SEKAT DEMOKRASI ??
KDN TAK ADIL, kata R.Thanenthiran Koordinator Hindraf Nasional.- Harakahdaily.
Tak payah sebut, tengok 3 huruf tu pun dah tahu, memang kementerian tu tak pernah adil pada sesiapa, kecuali jika ada faedah pada UMNO dan Menteri Dalam Negeri.
Jika bercakap tentang ISA, tak sah jika tak sebut KDN sama. Rapat dan akrabnya macam isi dengan kuku.KDN akan menjadi penyelamat UMNO setiap saat. Jika ada bloggers yang membahayakan, KDN akan dirujuk.Jika ada persatuan nak sambung permit, KDN akan sibuk mencari alasan bagaimana untuk mengagalkan permit itu.... dan banyak lagi.
Kita tak boleh salahkan staf KDN kerana mereka cuma makan gaji. Yang patut di tanya ialah bos mereka, penguasa ISA yang kuasanya unlimited dan kebal undang-undang dan menguasai KDN.
Note: Thanentiran baju oren, semasa satu forum anti -ISA di Penang Chinese Town Hall, awal tahun ini.Latheefa Koya dan Syed Ibrahim dari GMi turut dijemput membarisi forum itu.
ISA UNTUK TUTUP RAHSIA??
YB IBRAHIM ALI NI DAH GILA KE?
Tukar nama ISA pada akta Kasih Sayang - Malaysiakini in blog
Saya memang susah nak maafkan YB tiket bebas yang menang sebab dibantu oleh PAS.Saya faham, ada banyak perkara-perkara sensitif yang terpaksa di telan oleh pimpinan tertinggi PAS memberi izin "katak' ni bertanding guna lambang PAS.Saya tak berminat untuk menyalahkan sesiapa samada PAS atau para pengundi Pasir Mas kerana beri peluang orang macam ini untuk menang dan berada di Parlimen.
Dalam isu ISA, nampaknya Ibrahim Ali sebagai YB di Parlimen telah diperalat oleh pimpinan UMNO untuk berkempen pada rakyat Malaysia supaya jangan menolak ISA!!! Sebab itulah, dalam tahun ini, beliau telah banyak kali diwawancara oleh media kerajaan UMNO/BN supaya menerangkan betapa bagusnya jika rakyat ditahan di bawah ISA kerana beliau juga pernah di mangsakan oleh akta zalim itu pada tahun 80an dulu. Kan kerja orang gila tu!!!
Dalam kes ini, Ibrahim telah mencadangkan ISA ditukar namanya kepada akta kasih -sayang supaya ianya tidak dilihat buruk dan jahat oleh rakyat Malaysia. kasih sayang apanya hingga ada 4 - 5 pasangan bercerai kerana terlalu lama dipisahkan oleh akta jahat ini? Dimana letaknya kasih sayang jika ramai anak-anak yang mempunyai masaalah mental kerana terlalu lama terpisah dari ayah kandung masing-masing?
Orang yang siuman dan waras tidak akan berkata seperti itu.Jadi, pengajaran pada kita semua, pemimpin UMNO, sukar untuk dipercayai kebenaran dan kemuliaan hati masing-masing. Ibrahim adalah contoh terbaik pada kita semua !!!
HINDRAF HARAM, YANG LAIN???
HINDRAF DIISYTIHAR PERTUBUHAN HARAM.- Malaysiakini.
Hindraf tidak berdaftar.
Hamid Albar sanggup bersusah payah mendapatkan maklumat dari Jabatan pendaftaran syarikat (ROS) hanya untuk memastikan Hindraf tidak memenuhi kriteria akta pertubuhan 1966 seksyen 5 (1) , supaya beliau ada alasan untuk mengistiharkan bahawa kumpulan itu adalah HARAM!!! Dan punca pada pengharaman itu hanyalah disebabkan Hindraf pergi beraya ke rumah Terbuka PM di PWTC baru-baru ini.Kesihan Hindraf….pertubuhan itu dituduh mengacau, menggugat ketentraman awam, keselamatan dan kedaulatan Negara.
5 Hindraf patut bebas.
Bila Hindraf telah diisytihar haram maknanya lima pemimpin Hindraf yang masih ditahan di Kem Kamunting itu sepatutnya dibebaskan pada hari yang sama dengan peristiharan itu. Kalau pertubuhannya dah diharamkan, buat apa Hamid Albar perlu menahan mereka yang bukan pemimpin pertubuhan itu?
Jenama lain bagaimana?
Bagaimana pertubuhan lain seperti Jemaah Islamiyyah (JI), Darul Islam (DI), Agen Perisik Asing (APA) ,sms rumour sekadar menyebut beberapa nama, yang semuanya di labelkan oleh Menteri Dalam Negeri? Adakah pertubuhan itu berdaftar dibawah akta syarikat?
Alangkah murni dan solehnya jika Hamid Albar sanggup bersusah payah mendakwa semua tahanan ISA ke Mahkamah. Sudah tentu mereka akan tahu apakah kesalahan masing-masing , menjalani hukuman dan ada tarikh tetap untuk bebas.
JI wujud?
Pada awal 2008, suami saya telah dibawa ke Bukit Aman untuk menjalani sesi “brainwash” sebagai satu ujian kelayakan samada beliau boleh dibebaskan atau tidak.Pada hari terakhir sessi brainwash itu, kami sekeluarga telah dibawa berjumpa Mat Sah disebuah tempat rahsia di ibu pejabat polis Bukit Aman. Disana, Mat Sah telah dipujuk oleh SB supaya mengaku dihadapan kami ahli keluarganya, bahawa beliau adalah seorang ahli Jemaah Islamiyyah,sepertimana yang ditulis di kertas pertuduhan.
Jemaah Islamiyyah (JI) berdaftar?
Saya bertanya samada SB ada menyimpan surat pendaftaran syarikat atau pertubuhan “Jemaah Islamiyyah” yang menjadi punca utama suami saya ditahan hampir 6 tahun di Kem Kamunting. Saya hanya ingin pastikan adakah suami saya salah seorang ahli berdaftar pertubuhan itu kerana selama hampir 6 tahun dia menjalani kehidupan bagai banduan, saya tidak tahu apakah bukti kesalahan beliau kerana tidak pernah dibicarakan di hadapan mana-mana Hakim ,dimana-mana mahkamah.
Kurang ajar.
SB itu terus menjadi marah dan menuduh saya bersikap kurang ajar kerana menyoal mereka dengan perkara remeh temeh. Sebagai balasan, SB Ayub berkata, disebabkan saya suka bertanya, maka itu akan menyebabkan suami saya tiada peluang untuk dibebaskan. Dan Hamid Albar telah mengotakan janji SB itu dengan menandatangani surat lanjutan Mat Sah yang bertarikh pada12 June 2008 , ditahan di Kem Kamunting untuk dua tahun berikutnya.
Hindraf dan semua pertubuhan yang dilabel oleh Menteri dalam Negeri adalah mangsa kerakusan pemimpin UMNO/BN
Hindraf di haramkan kerana Hamid Albar tidak dapat memperalatkan pertubuhan itu untuk kebaikan UMNO/BN. Oleh sebab itu, jabatan pendaftaran syarikat, yang semua gaji pekerjanya dibayar oleh kerajaan, sudah tentu tidak berani meluluskan pendaftarannya.
Manakala pertubuhan “Jemaah Islamiyyah” (JI) pula tidak di ketahui samada wujud atau berdaftar dengan ROS, tetap halal digunakan kerana ianya mungkin memberi pulangan lumayan kepada UMNO/BN.Saya tidak tahu apakah yang diperolehi oleh Mahathir atau Badawi bila mereka bersekongkol dengan Amerika dalam pakatan memerangi keganasan …
Pemimpin UMNO/BN mengancam keselamatan rakyat.
Yang jelas, Hamid Albar dan semua pemimpin BN lah anasir-anasir jahat yang sedang menggunakan ISA untuk mengacau, menggugat ketenteraman dan keselamatan awam . Sangat jelas, penahanan tanpa bicara adalah satu tindakan yang mencemar kedaulatan Negara kerana mencabul hak asasi individu dan ianya bertentangan dengan semangat deklarasi hak asasi manusia sejagat.
Sejarah telah membuktikan, ISA telah digunakan bukan saja pada pembangkang, tetapi juga pada semua yang di benci oleh UMNO /BN. Siapakah mangsa ISA selepas ini?
Tunggu dan lihat!
GIVE YOUR SUPPORT TO ME, MARINA RPK AND A WIFE OF HINDRAF ISA DETAINEES.
Dear all,
You are invited to come to this programme. Below are the details.
Day/date: Sunday 19 Oct 2008.
Time : 10am - 1.00pm
venue : Auditorium,
Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall,
Jalan Kg Attap,K.L
Hopefully the tentative will help you.
节目流程Agenda:
时间Time
活动Event
负责PIC
备注Remark
09.30-10.00
报到入席 Arrival
10.00-10.10
隆雪华堂会长致词 President of KLSCAH Speech
10.10-10.20
董总主席致词Chairman of UCSAM
10.20-10.25
教总主席致词President of UCSTAM
10.25-10.30
华总主席致词 President of FCAM
10.30-10.40
Slideshow :About ISA
GMI
10.40-10.50
扣留者访谈录影Video on ISA detainess by komas
GMI
10.50-11.05
反对内安法令联盟主席演讲-President of GMI speech
11.05-11.20
大马律师公会-
Secretary of Malaysia Bar Speech-Lim Chee Wee
11.20-11.35
前扣留者与扣留者家属表达心声-ISA Detainees family speech -kak laila
GMI(Not only me, but together with Marina RPK and a wife from Hindraf)
11.35-12.00
反对内安法令仪式 Protes Ceremony
DEMA and Youth group
12.00-1.00
茶点Refreshment
09.30-1.00
ISA Exihibition
-Suaram
P/S: Dear bloggers, care to place this programme in your blogs so that it will forwarded to as many people as possible.
Kem Kamunting akan di pindah??
Saya tahu, MB Perak antara aktivis anti ISA yang amat vokal menyuarakan isu ISA ini.Tak sampai sebulan dilantik jadi MB Perak, beliau telah menyuarakan pada PM Badawi supaya membebaskan semua tahanan ISA. I really appreciate his effort to voice up the fate of the detainees....
Jika semua MB ,semua ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat menyebutkan isu tahan tanpa bicara ini dalam ucapan mereka, tak mustahil lebih cepat ISA dapat dimansuhkan dan semua tahanan dapat menghirup udara kebebasan....
Ingin dijelaskan , ISA bukanlah isu 60 tahanan yang masih ditahan di Kem Kamunting sahaja,tetapi perjuangan memansuhkan ISA adalah satu usaha untuk memulihkan demokrasi dan menyelamatkan rakyat Malaysia dari ancaman akta zalim ini.
Note: GMI bersama MB Perak.
Minyak Turun 10 sen: Apa ertinya pada mereka?
Semalam, saya dapat sms bertanyakan tentang keluarga mangsa ISA di Sabah dan adakah duit sumbangan orang ramai ketika Ramadhan tempohari telah disampaikan pada mereka.
Ya, sebahagian sudah disampaikan dan lima puluh peratus lagi akan diserahkan hujung bulan ini. Harakah penyumbang terbesar bantuan itu, begitu komited untuk membantu mereka hingga ketuanya En Lutfi sanggup turun ke Sandakan untuk menyerahkan bantuan itu pada mereka secara in -person.
Selain tabung Harakah, pembaca blog juga boleh berhubung dengan Bendahari Pusat Sokongan Keluarga GMI, Pn Nashita di hp 013 2096373 atau hp saya 0126892608
Hari ini, diberitakan minyak turun 10 sen. Tapi, harga barang yang semuanya dah naik, siapa pula yang hendak menurunkannya? Yang tetap menjadi mangsa ialah kami, mangsa ISA. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, suami yang sepatutnya mencari nafkah untuk keluarga, telah bertahun-tahun di kurung, tanpa sebarang pendapatan.....
Isteri dan anak-anak yang di golongkan sebagai kelompok yang sewajarnya diberi perlindungan, terpaksa keluar dari rumah untuk mencari rezki demi survival hidup mereka dan anak-anak.
Tega sungguh hati manusia yang menahan suami-suami itu bertahun-tahun, tanpa memikirkan nasib pada ahli keluarga yang di tinggalkan. Inilah realiti kezaliman ISA...
Bukan itu saja, SB juga masih tetap mengekori isteri-isteri yang dipisahkan dari suami. Semasa di Sandakan baru-baru ini, SB turut berada disana memantau dan membuat laporan tentang kegiatan saya. Moga Allah membalas yang setimpal dengan perbuatan mereka.
Nota: Saya bersama Anis Nazri wartawan HARAKAH. Hingga kini, terasa-rasa semangat saya hilang kerana terlalu khuatir terjatuh ke atas air selut di kawasan perumahan atas air....
BILA LAGI ???
Sejak demo BERSIH tahun lepas, rakyat Malaysia telah menyaksikan perubahan,demi perubahan.
1. Pakatan Rakyat menang di 5 buah negeri.
2. Datuk Seri Anwar dah jadi Ketua Pembangkang di parlimen.
3. PM Abdullah Badawi dah janji nak letak jawatan bulan March depan.
Tapi..... bila agaknya ISA akan dimansuhkan? Bila agaknya tahanan "JI" yang sudah 6 tahun dan tahanan ISA lain akan dibebaskan??
Nota: Suhaib di Stadium Kelana Jaya pada 6 Julai. Bawah, beliau bersama adik-adiknya ketika demo BERSIH.