sekeping ni jer sempat snap ai buat 2 hari lepas ngeeee.
So bulan ni ai kena stop la makan cake sebab dah buat 1 feb ahri tue...nak cantek kena displin diri tak gituew??? but ai buat setengah adunan jer...sugar ai guna 150g compare recipe asal 300gm.
Recipe American Carrot Cake (recipe from Fida)
3 biji telur
150ml susu segar
300 gm gula halus (ai kurangkan jadi 150gm..ikut citarasa masing2 nak sweet or not)
1/2 sudu kecil garam
180gm minyak jagung
1 sudu kecil vanilla essence
285gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder*
1 sudu kecil soda bikabonat *
1 1/2 sudu kecil sebuk kulit kayu manis (tak letak sebab tak de stok)
200gm carrot di parut
150gm kacang walnut di patah2 (stok x der ai ganti ngan badam cincang)
Cream Cheese Frosting
250gm cream cheese
60gm butter
120gm icing sugar
1/2 biji lemon di parut kulinya
2 sudu besar lemon juice
Hiasan
kacang walnut di tumbuk kasar
coklat parut brown sugar
Cara-cara::
- panaskan over terlebih dahulu pada suhu 180 deg
- satukan tepung dengan bahan-bahan yang bertanda * gaul rata dan ayak
- guna mixer, pukul telur & gula sehingga kembang dan masukkan susu sedikit demi sedikit dan masukkan garam.
- masukkan minyak pukul perlahan kemudian masuk vanilla essence
- masuk adunan tepung tadi pukul hingga adunan sebati, masuk carrot, walnut.
- masuk dalam bekas pembakar bakar ada suhu 180 deg selama 50-60 minit (ikut oven masing2 ai guna 120 deg jer).
- from cream cheese topping pukul cream cheese hingga lembut masukkan butter, lemon yang di parut & lemon juice.
- pukul hingga pekat
- sapu pada permukaan cake dan taburkan kacang,coklat parut & brown sugar sebagai hiasan.
*ai letak apa yang ada kat umah jer...parutan kulit lemon ai tak letak...then control sket bab lemon juice tue sebab nanti termasam plak...ikut la uols suka macam mana* ai recommend cake ni try la sebab sedap....my neighbor & Adam request lagi suruh buat....malasnya ai sebab nak kena deco etc...ngee!
Kat sini makin hari makin sejuk walaupun tempat weols tak der yuki tapi sejuknya sampai ke tulang itam taw...simpati gak kat umah orang yukinya dah sama tinggi ngan bumbung umah ada pro & kontra bab yuki ni.
nak tahu sejuk ker tak tengok pipi budak kecik ni...ada original blusher pink color mean samuii la...ni kira ok lagi ada sesetengah budak lagi teruk blusher tue ngeee.
Citer pasal Adam kun ni last week gigi kedua dia dah di cabut sebab longgar...weols tak bawa gi clinic pun sebab boleh cabut sendiri...owh ai tak seberani tue nak cabut...darl take over jadi dentist kejap ngeee!
malu nak senyum sebab gigi dah HILANG....alhamdulliah gigi dia tak der masalah masih elok...2 batang gigi ni ai simpan sebagai kenangan....maybe lepas ni nak simpan semua gigi dia kot ngeeee. Uols simpan tak gigi pertama anak uols yang di cabut tue??
nota ibu jari manis ai:: oke ai kena stop kat sini...kena bersiap nak kuar dah....later biler ai free ai terjah umah uols ekkk....sayang ketat-ketat @_@