Salam Jumaat uols today Adam dah gi youchien/kindergarten sepatutnya start 1/9 tertiba sensei/cikgu call semalam cakap kena gi hari ni ada apa ntah but just half day la...ai yang dengar apa lagi kalut la semalam sebab tak prepare apa benda pun sebab memang ikut date yang dia kasi tue...geram juga nasib baik la tak gi jejalan mana (
macam la boleh jalan waktu posa gini ngeeee...over acting betul kan ai ni).Kejap jer kan ramadhan dah nak berakhir semoga amalan kita di terima olehnya.
aksi terrrrrkejut siap kasi mata besar yer uols ngeeeee
Today n3 berkaitan ngan recipe (
sila pura-pura terkejut sambey tutup mulut hahahaha) ai ni bab nak letak recipe terasa amatlah malas but kecian plak kat sorang kawan tue dia asyik PM kat fesbuk katanya teringin nak makan so disebabkan malas nk type 2-3 kali so ai janji nak kasi hari ni kat blog. Untuk recipe nasi ni memang ai tak ingat dari source mana sebab dah lama lagipun if ada recipe yang ai nak try memang ai salin kat buku recipe ai (
uols tak baik gelak kat ai....ai nampak tue) bukan apa sebab senang nak bawa gi dapur ngeeee...kalo kena minyak etc kena kat kertas bukan laptop...style orang lama ek...nangesss hentak kaki. But if uols tahu recipe ni dari source mana let me know ek.
Nasi Minyak Hujan Panas
Bahan-bahan
4 cawan beras basmathi
5 cawan air
2 kuib pati ayam
2 helai daun pandan
perwarna merah,hijau,kuning (kat japan jenis serbuk so bancuh ngan sedikit air)
Bahan Tumis
1/2 inci halia - hiris halus
2 ulas bawang putih - di mayang
1/2 biji bawang besar - di mayang
2 s/b minyak sapi (ai tak der so ganti ngan butter)
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
bahan hias
bawang goreng & kismis
Cara-cara
1. Panaskan minyak & minyak sapi,tumiskan bahan yang di hiris dan rempah 4 sekawan tadi hingga naik bau.
2. Masukkan beras dan gaul rata sebentar.
3. Masukkan air,kuib ayam,garam dan daun pandan, kacau sekejap dan biar nasi masak.
4. Bila nasi kering ambil chopstik dan buatkan lubang di atas nasi dan tuangkan setiap lubang dengan 3 warna secara berasingan.
5. Bila nasi benar-benar masak kaup balik nasi hingga rata, masukkan kismis dan hias dengan bawang goreng bila hidang.
Tips::masa nak letak pewarna tu jangan kasi nasi berair sebab nanti color tak cantek...ai selalu letak 15 minit b4 nasi masak then kaup balik 5 minit lepas tue.
Daging Hitam Berempah
source::
TryMasak
bahan-bahan
1) Daging - dipotong kiub (500g)
2) Bawang Besar (2 biji)
3) Halia (1 inci)
4) Kayu Manis (1 batang)
5) Serbuk Jintan Manis (1 sudu besar)
6) Serbuk Lada Putih (1 sudu kecil)
7) Serbuk Kari Daging (2 sudu besar)
8) Serbuk Jintan Putih (1 sudu besar)
9) Minyak Sapi (1 1/2 sudu besar)
10) Minyak Masak (2 sudu besar)
11) Sos Cili (1/4 cawan)
12) Tomato Puri (1/4 cawan)
13) Pes Cili (1/2 cawan)
14) Kicap Pekat (4 sudu besar)
15) Gula (1 sudu kecil)
16) Garam (secukup rasa)
cara-cara
1. kisar hancur bawang besar dan halia bersama sedikit air.
2. Panaskan kuali dan masukkan minyak dengan rempah ratus. Tumis seketika hingga wangi.
3. Apabila naik bau, cairkan minyak sapi. Kemudian, masukkan bahan-bahan kisar dan pes cili.
4. Kacau rata dan masukkan gula.
5. Reneh hingga pecah minyak dan masukkan daging, sos cili, tomato puri, kicap dan sedikit garam.
Masukkan daun kari.
6. Masak di atas api kecil supaya daging meresap sebati bersama semua rasa.
7. Biarkan hingga kuahnya kering dan daging empuk, sebelum dihidang
Dulu ai selalu terjah trymasak ni sebab recipe dia bervideo gitew senang ikut step by step jer....now siap ramai dah sponsor website ni...berbaloi dia buat 3 tahun lepas .*_____*.
Rasanya yang ayam masak merah ramai dah tahu buat kan...then yang itew ai tak ikut mana-mana recipe just guna recipe my umi jer...plus acar timun & nenas.Ai suka set ni siap darl request suruh buat hari raya nanti. Nasi ni dulu ai suka makan kat bazar ramadhan Kilang Lama ada sorang uncle mamak yang buat set dia lebih kurang 8.50 hengget nasi hujan panas+daging hitam @ ayam masak merah + dalca...memang terbaik dari ladang la...makanan dia yang paling ai rindu if terjah kulim sebab dia bikin waktu ramadhan jer.
nota ibu jari manis ai::ada orang nak try ker?? ngeee....uols yang nak balik KG tu safe journey ok hati-hati di jalan raya...ingatkan orang tersayang (pesanan dari orang yang tak balik beraya uwaaaa)