♥KONICHIWA ☻-☻ WELCOME to blog ☆*♥L@dy @yU♥*☆

Monday, August 29, 2011

♥ Iftar With Hanis & da Geng ♥

Salam Monday uols sure ramai yang bz buat final touch (hikhikhik macam makeup plak) nak  hias umah,masak etc untuk raya nanti ek. Ai kat sini biasa jer just nanti malam akan buat rendang ayam,lemang,nasi himpit dan sate. Malatop tak menu raya ai...hikhikhik menu jer malatop raya tak der beraya mana pun weols anak beranak jer..:((


Ok berbalik kat tajuk al kisahnya pagi sabtu lepas bangun tidur ai masuk fesbuk tertiba tengok Hanis ada PM ai bila baca massage dia tanya ai ada umah tak hari ni sebab dia nak tumpang solat sebab theyols nak terjah sano outlet sebab nak beli baju raya...(banyak ooo baju melayu jual kat situ curlasttt ngeeee). Bila call dia cakap just nak singgah nak solat but bila ai fikir baik berbuka puasa sekali dah alang-alang sampai kan. Then ai offer datang la berbuka sama ngan ai then dia cakap eh betul ker ni tak nak susahkan u nanti. Ai actually mati kutu nak masak apa sebab datang tak plan awal-awal  so tengok dalam fridge apa yang ada last decide nak masak set nasi lemak,bihun goreng ngan laksa  dan pudding strawberry nak buat kuih muih lain dah tak sempat sebab ai start masak pukul 3 lebih jer....rasa benda tue yang paling cepat dan senang buat pun.



gegurlz without makeup muka memasing sangat SUCI ...boley gitew????


boboyz plak....buku binatang adam paling menarik minat theyols :D


hampun menu lupa nak snap lepas masak sebab kuar ambil hanis kat eki...dah lincin semua...tengok chenta hati hanis makan laksa ai hikhikhik.


Cian theyols sesat nak cari umah ai....theyols datang 6 orang plus 2 babies ke rumah sekangkang tikus ai ni. Ngan tuan umah berbau minyak tak sempat nak mandi pakai lawa-lawa pun ngeee. Gomen ne terkurang tak mana-mana dari layanan,makanan etc na....memang tak puas hati bila rasa nasi lemak ai tak selemak dan sesedap selalu ngan laksa terrrpedas sket...hanis dia memang tak makan pedas but chenta hati dia makan bertambah tertukar plak theyols ni.



over acting betul bila part posing ni....



sembunyi badan belakang hanis....style baru ngeee



souvenir dari auntie Hanis untuk Adam kun...TQVM


makan eskrim kat mini stop...theyols jer makan ai DIET la konon nyer ngeee


Memang ureshii sebab mesian kat cini weols jer so if ada yang sudi datang tue memang meriah umah sket.Bertambah pula kenalan sorang lagi kat blog iaitu Iryd. InsyaAllah murah rezeki,panjang umur boleh terjah Sendai plak.



Nota ibu jari manis ai::Buat uols semua ai ucapkan Selamat Hari Raya Aidilifitri Maaf Zahir Dan Batin....makan itew ingatkan weols kat sini.







Friday, August 26, 2011

♥ Nasi Minyak Hujan Panas & set nya ♥

Salam Jumaat uols today Adam dah gi youchien/kindergarten sepatutnya start 1/9 tertiba sensei/cikgu call semalam cakap kena gi hari ni ada apa ntah but just half day la...ai yang dengar apa lagi kalut la semalam sebab tak prepare apa benda pun sebab memang ikut date yang dia kasi tue...geram juga nasib baik la tak gi jejalan mana (macam la boleh jalan waktu posa gini ngeeee...over acting betul kan ai ni).Kejap jer kan ramadhan dah nak berakhir semoga amalan kita di terima olehnya.


aksi terrrrrkejut siap kasi mata besar yer uols ngeeeee


Today n3 berkaitan ngan recipe (sila pura-pura terkejut sambey tutup mulut hahahaha) ai ni bab nak letak recipe terasa amatlah malas but kecian plak kat sorang kawan tue dia asyik PM kat fesbuk katanya teringin nak makan so disebabkan malas nk type 2-3 kali so ai janji nak kasi hari ni kat blog. Untuk recipe nasi ni memang ai tak ingat dari source mana sebab dah lama lagipun if ada recipe yang ai nak try memang ai salin kat buku recipe ai (uols tak baik gelak kat ai....ai nampak tue) bukan apa sebab senang nak bawa gi dapur ngeeee...kalo kena minyak etc kena kat kertas bukan laptop...style orang lama ek...nangesss hentak kaki. But if uols tahu recipe ni dari source mana let me know ek.





Nasi Minyak Hujan Panas

Bahan-bahan
4 cawan beras basmathi
5 cawan air
2 kuib pati ayam
2 helai daun pandan
perwarna merah,hijau,kuning (kat japan jenis serbuk so bancuh ngan sedikit air)


Bahan Tumis
1/2 inci halia - hiris halus
2 ulas bawang putih - di mayang
1/2 biji bawang besar - di mayang
2 s/b minyak sapi (ai tak der so ganti ngan butter)
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga


bahan hias
bawang goreng & kismis

Cara-cara
1. Panaskan minyak & minyak sapi,tumiskan bahan yang di hiris dan rempah 4 sekawan tadi hingga naik bau.
2. Masukkan beras dan gaul rata sebentar.
3. Masukkan air,kuib ayam,garam dan daun pandan, kacau sekejap dan biar nasi masak.
4. Bila nasi kering ambil chopstik dan buatkan lubang di atas nasi dan tuangkan setiap lubang dengan 3 warna secara berasingan.
5. Bila nasi benar-benar masak kaup balik nasi hingga rata, masukkan kismis dan hias dengan bawang goreng bila hidang.

Tips::masa nak letak pewarna tu jangan kasi nasi berair sebab nanti color tak cantek...ai selalu letak 15 minit b4 nasi masak then kaup balik 5 minit lepas tue.

Daging Hitam Berempah 
source::TryMasak

bahan-bahan

1) Daging - dipotong kiub (500g)
2) Bawang Besar (2 biji)
3) Halia (1 inci)
4) Kayu Manis (1 batang)
5) Serbuk Jintan Manis (1 sudu besar)
6) Serbuk Lada Putih (1 sudu kecil)
7) Serbuk Kari Daging (2 sudu besar)
8) Serbuk Jintan Putih (1 sudu besar)
9) Minyak Sapi (1 1/2 sudu besar)
10) Minyak Masak (2 sudu besar)
11) Sos Cili (1/4 cawan)
12) Tomato Puri (1/4 cawan)
13) Pes Cili (1/2 cawan)
14) Kicap Pekat (4 sudu besar)
15) Gula (1 sudu kecil)
16) Garam (secukup rasa)


cara-cara
1. kisar hancur bawang besar dan halia bersama sedikit air.
2. Panaskan kuali dan masukkan minyak dengan rempah ratus. Tumis seketika hingga wangi.
3. Apabila naik bau, cairkan minyak sapi. Kemudian, masukkan bahan-bahan kisar dan pes cili.
4. Kacau rata dan masukkan gula.
5. Reneh hingga pecah minyak dan masukkan daging, sos cili, tomato puri, kicap dan sedikit garam.
Masukkan daun kari.
6. Masak di atas api kecil supaya daging meresap sebati bersama semua rasa.
7. Biarkan hingga kuahnya kering dan daging empuk, sebelum dihidang




Dulu ai selalu terjah trymasak ni sebab recipe dia bervideo gitew senang ikut step by step jer....now siap ramai dah sponsor website ni...berbaloi dia buat 3 tahun lepas .*_____*.

Rasanya yang ayam masak merah ramai dah tahu buat kan...then yang itew ai tak ikut mana-mana recipe just guna recipe my umi jer...plus acar timun & nenas.Ai suka set ni siap darl request suruh buat hari raya nanti. Nasi ni dulu ai suka makan kat bazar ramadhan Kilang Lama ada sorang uncle mamak yang buat set dia lebih kurang 8.50 hengget nasi hujan panas+daging hitam @ ayam masak merah + dalca...memang terbaik dari ladang la...makanan dia yang paling ai rindu if terjah kulim sebab dia bikin waktu ramadhan jer.



nota ibu jari manis ai::ada orang nak try ker?? ngeee....uols yang nak balik KG tu safe journey ok hati-hati di jalan raya...ingatkan orang tersayang (pesanan dari orang yang tak balik beraya uwaaaa)









Thursday, August 25, 2011

♥ Geram + Sedey ♥

Salam uols pada yang nak balik ke kampung tu hati-hati di jalan raya ek...sayu nya hati di saat-saat gini mesti teringat umi.. diri masih tak setabah orang lain even this year bukan kali pertama beraya kat perantauan.Punya tak nak dengar lagu raya tertiba masa tengok TV3 semalam waktu citer Kasih Alia tue ada iklan wan maimunah yang zul huzaimy (sedey iklan itew) siap ada lagu raya even tutup telinga pow boley dengar dah la panjang iklan dia sekali terrrr bukan terr dah memang nangess pow uwaaaa...sob sob tabahlah duhai haty!


Ok la hari ni citer pasal umah ai yang kat Kulim Hi Tech Park tue...weols dah beli since tahun 2005 kira umur Adam la dah 6 tahun. Alhamdulliah hanya mampu beli teres 2 tingkat sebab waktu tue beli tu darl keja pow tak sampai setahun lagi.Kat umah ni la Adam membesar dan ai belajar memasak dari 0 sampai lah dah boleh buat makan-makan kat kengkawan kaisha darl so memang banyak suka duka kat umah sini.


Teratak kecil weols


Al kisahnya berberapa bulan yang lepas (lama dah ngeee baru ingat nak citer) umi ai call cakap air bertangkung kat dalam umah sebab lubang air kat balkoni atas tersumbat ngan lumut so air tak boleh turun siap bertangkung dan masuk dalam bilik tengah.The prob is lantai umah atas theyols  jenis kayu taw so kembang dan busuk dah. Memula dengar dah sedih bila adek ai Celinda upload pics lagi sedih tengok umah weols jadi gini. Padahnya biar umah kosong 3 tahun sebab sayang nak kasi sewa last-last weols juga rugi. 


Almost umah kat area tu memang ada prob masa beli taw...but 1 year duduk nak repair apa ok la sebab dapat warranty 1 tahun lepas tu if rosak apa-apa memang repair sendiri la jawabnya. Then bila umi cakap master bedroom pun kena juga itew yang buat ai heran sebab bilik tengah ke master bedroom tue agak jauh macam mana air boleh masuk cantek punya kat tengah-tengah tue. Bila ai ingat balik kat celah-celah cermin tingkat tu ada ruang kecil if hujan lebat memang tempias air tu akan masuk....then abah check dia kata betul la...dah gam rasanya. Di sebabkan umah ai end lot dan putaran hujan kat situ lebih dari biasa memang result terbaik dari ladang la....issyyyy memang ai geram sangat taw bila tengok pics umah tu semua rosak....salah orang buat umah la tak bikin betul-betul merekah sana-sini sampai air boleh masuk.....issss sakit hati betul. 


kesan dari air masuk so lantai kayu jadi kembang....kena buang uwaaaaa



Dulu nak masuk umah baru habis beribu-ribu buat itew dan ini so kali ni pun kena kuarkan duit gak la kena repair apa yang patut. Sigh sakit jiwa raga gini.....tunggu ai balik cuti  kat mesia so boleh buat apa yang patut....kena pasang lantai baru rasanya ai tak akan guna jenis kayu dah nyesal gilerrrrrrrrrrrrrr. Siap air kat atas meleleh sampai kat bawah umah...almari pinggan ai pow rosak....uwaaaa stress giler ni ...hentak kaki kuat-kuat.Nasib baik barang dalam umah ni ai dah kasi kat umi dan family member yang lain if not lagi rugi.


if jadi uols sedey tak tengok nie....sob sob uwaaaaaa


Even lepas ni weols balik for good(yang tataw bila ni) memang weols tak tinggal di sini dah kot sebab darl cakap dia tak nak keja kat Kulim Hi Tech Park dah so umah ni weols akan kasi kat Adam (kecil2 dah dapat umah gitew ngeee).InsyaAllah jika ada rezeki lebih better beli tanah dan design umah sendiri rasa dari untung dan jimat. Sebab ai tengok umah jenis ai ni kat Penang dah sampai RM 800 ribu dan above perhhh tak berbaloi betul kan. Same ngan umah ai ni dulu beli Rm 140 +++ now dah jadi 200K sebab kat Kedah so  harga umah stil murah dan mampu beli lagi.Beli rumah ni untung sebab makin hari makin naik harganya...better beli umah dari keta...sebab keta lepas 5 tahun dah jadi besi buruk so jangan membazir beli keta mahal-mahal baik invest beli umah gitew....panjangnya mak bebel kan jah...gini la biler stress kira nak pot pet pot pet jer keja nyer ngeeeee.




nota ibu jari manis ai::25hb hari yang bz sebab kena setel segala jenis bill so segala comment dan BW ai akan buat lepas setel semua na....hug!









Wednesday, August 24, 2011

♥ Wordless Wednesday ♥

Rindu nak main yuki/snow







nota ibu jari manis ai::uwaaaaa Lee Min Ho dah couple ngan Park Min Young ...lap ayaq mata sat...motip gedizzz bagai ...lucky gurl dapat LMH voley gitew??? ngeee







Tuesday, August 23, 2011

♥ OMG 10 Minute Dah Semput ♥

N3 yang agak malu nak cherita tapi nak type juga, ada yang fikir ke lain rasa bila baca tajuk n3 tue ngeee. Actually kemarin ai semangat pewira WAJA nak exercise sebab since dah puasa ni ai tak keluar walking pow sebab puasa plus weather terlalu panas but start awal minggu ni memang mendung dan hujan jer....so duduk umah sejuk-sejuk gini mood rajin nak masak ke laut dah...biskut raya jadi 4 jenis dah tak bertambah pun makin kurang ada la ngeh ngeh ngeh.


Bila tengok lebihan lemak di badan teramat stress mimpi slim sebab nak berkebaya (motip kalo kuruih boleh melawa ngan kebaya :D). So ai tersangat gigih cari kat Utube video yang berkaitan ngan exercise ni so terjumpa video ni...feeling ala-ala kat GYM ni ngeee. Tapi video ni panjang sangat sampai almost half hour ai sempat buat sampai 15minit jer....yang ni kira oke lagi la....




Untuk ikut step ni ai think kena tahu basic dulu la...tengok badan gegurl kat situ perhhh body mantap giler tak nampak lembik langsung. Then ai stop kejap search video lain konon nya nak cari step yang simple dan easy nak ikut. Then terjumpa video ni plak sebab excited baca tajuk dah macam gempak tue then ai try sebab 10 minute jer.





Memula 3 minute pertama ok lagi bila dah masuk 6 minute step ntah apa-apa even step simple giler...jump pun macam tak jump dah ai ni...then baru tahu yang ai ni badan tak fitness langsung haiyaaa. Dari cuaca sejuk dah bertukar panas gara-gara jump sana sini nasib baik tak dahaga ngeee. Then pagi ni result terbaek dari ladang ai dapat bila bangun pagi kaki start sakit macam ai jejalan gi Disneyland hari tue....ya ampun sungguh seksa jiwa raga, baru sedar yang urat ni keras macam dawai (fengsan)....dush padan la ngan muka ai nak try sangat ngeee. But ai tak akan give up nanti nak cari simple step dari yang ni bila badan dah ok baru try yang ni plak. SEMANGATTTTT giler ni uols bukan nak kurus jer tapi nak badan jadi cerdas gitew.



nota ibu jari manis ai::Sekianlah n3 layu di hujung mekar bak kata lagu Rio tue....ni dah masuk puasa hari ke 23 menu iftar makin blur apa nak masak ni help me uwaaaa....hentak kaki.....








Monday, August 22, 2011

♥ Cherita Hari Anniversary ♥

1st nak say TQVM pada semua kengkawan yang wish hepi anniversary kat weols...really appreciated...sayang uols ketat-ketat taw. Lalalala senangnya dalam hati bila dapat hadiah ngeee....hadiah apa hadiah anniversary lerrr dok bayang dapat bunga nie....tapi part itew in my dream jer....sob sob....ai dapat benda ni~



<
 tengok kotak jer dulu...so guess what....

♥♥♥♥♥♥♥

♥♥♥♥♥♥

♥♥♥♥♥

♥♥♥♥

♥♥♥

♥♥


Jeng jeng jeng...this year ai dapat jam tangan sebab jam tangan ai yang sebelum ni dah habis battery so kat sini macam susah jer nak tukar battery so better beli baru ngeee....1st time dapat jam tangan agak mahal dari selalu...ai jenis tak kisah bab jam tangan ni selagi boleh pakai memang guna sebetul-betul nya. Kali ni hadiah anniversary weols keluar cari together sebab nak puaskan hati hikhikhik...memula ai nak beli jam yang murah sket sebab rasa membazir beli mahal sebab ai prefer beli handbag lagi...dush dush auwww asyik dok teringat handbag jer...request handbag darl cakap tunggu bufday ngeee tak aci taw...tak per la jam pow jam la sebab ai tak reti kuar tangan kosong selalu memang kena pakai jam la. 


jam tangan weols *_____*


Jam ai yang brand orient kira murah banyak compare ngan jam darl.....jam tangan seiko ni ai rasa antara yang paling mahal yang ada dalam collections darl sebab dia memang suka beli jam ...jam pilot katanya pening ai tengok jam dia...berapa banyak jarum daaaa. Yang ai suka jam ai sebab tak guna battery bukan juga solar dia guna movement kira dia akan hidup if ada movement manyak senang lol...if ai tak pakai sehari then jam ni mati just gerak-gerak dia akan jalan macam biasa...ngeee nampaknya macam ai akan pakai lama jam ni....syukur alhamdulliah ada juga jam khennn.


So semalam ai masak banyak menu juga untuk iftar sempena celebrate our anniversary....darl tanya nak buat cake ke nak beli dan ai menjawab ngan YAKIN ai buat jer ngeee...so pukul 2pm lebih ai bersilat bagai kat kitchen buat cake...memula ingat nak buat red velvet cake siap copy kat umah Saba tertiba check bahan banyak yang tak ada....so cancel cari-cari recipe terjumpa yang berkenan di hati dan dah lama hold nak buat cake ni iaitu jeng jeng jeng...american carrot cake rasa recipe ni ai copy kat blog si cantek manis sensei muda dari Russia  iaitu ML aka Fida but bila check link tak der la plak. But ai fail part nak hias ni...tangan memang tak der seni betul dalam part hiasan ni uwaaaaaaa....nangess hentak kaki menci tawwwwww.



american carrot cake 


comot jer hiasan kek ai khen...ngan icing masa letak tu dah nak cair sebab tu nampak tak nice....ngan si adam kalut nak tolong letak juga...so jadi la kek YuDam (ayu+adam) hahaha.....sepatutnya hiasan kek ni jenis lain but bahan tak cukup nak kuar malas sebab hujan kemarin nasib baik ada bahan-bahan untuk buat cookies raya so guna yang itew la....ngeeee but ureshii/happy bila darl puji kata sedap (rasa terawang-awang bila di puji..maluuuuu DUSH)....insyaAllah next time nak improve part hiasan luar itew...


menu iftar 21...macam-macam ada.


Darl request nasi briyani so ai bikin ngan chicken curry + ayam lemon madu recipe from Kak Amie (tq pilih blog ai dalam top 10 blog pilihan akak...sayang taw) yang rajin buat nasi berset lauk bagai ai selalu gak terjah sini cari recipe baru...+ acar + maggi goreng yang ni ai teringin nak makan + roti sosej + jelly oren recipe from umah Kak Ita yang comey dan baik hati itew and american carrot cake...adeh link kat umah ML hilang plak if nak recipe ni bila-bila ia rajin ai type la ek....mamang dasar pemalas buaya tahap dewa dewi ni ngeeeee. Ai actually suka buat nasi set gini sebab rasa berselera gitew.






nota ibu jari manis ai::dah 4 hari hujan turun non stop baju weols bertimbun nak kena cuci yang sidai pow tak kering lagi uwaaaa...tension mak just mudah puasa sebab cuaca tak panas dan tak dahaga.












Sunday, August 21, 2011

♥ Happy 7th Anniversary Darl ♥

Let`s get back to basic  to u to me and our love
Becoz after all that`s where we started and that`s where we should always be
Let`s focus on loving each other , heart and soul 


21 august 2004 (age 22 and darl 24)


How sweet is the moment when marriage first starts
With a making of vows and giving of hearts
When so many beautiful joys lie in store
and every day holds the promise of more
How full are the years when a marriage grows strong
with faith and commitment to guide it along
When a home is warm with sharing,laughter and fun
As tenderely, gently two loves become one
How good it can be when love's dream all come true
For a wonderful husband as special as u


Love brought us together
As husband and wife
A best friend for life

Ai Love U forever Darl 

Happy 7th Wedding Anniversary




Ya Allah moga kasih dan chenta kami kekal hingga ke syurga.....may Allah bless us amen.Biar berubah fikizal tapi jangan berubah kasih dan sayang.....heart u ketat-ketat darl♥♥♥♥♥♥♥



MyEm0.Com






MyEm0.Com




nota ibu jari manis ai::nak letak pic kawen banyak2 tak boley gara2 dulu ai free hair so malas nk edit kasi blur etc....zaman ai kawen tak der la grand macam orang kawen sekarang ni... pic pre wedding  etc pun zaman ni tak ada lagi....but alhamdulliah majlis kami amat sederhana tak ada pembaziran dan yang penting semuanya guna duit poket sendiri tanpa bantuan keluarga...alhamdulliah....doakan kebahagiaan weols yer uols ♥










Thursday, August 18, 2011

♥ Chenta Bermula Di YM ♥

Wahhh pompompom *nampak ai menari pompom gurl ni?* curlasttt tak tajuk? macam drama or novel ek? but ni bukan drama bukan juga novel ni kisah chenta ai gitew..ahaks... Tertiba mood nak type pasal kisah chenta ai ngan darl....actually dari last month ada kawan yang asyik tanya mcam mana kenal ngan husband ...letih sometimes nak citer kat sorang2 citer yang sama then ai cakap kat kawan itew nanti ai citer kat blog...maybe dah LAMA sangat kot macam ai buat janji tinggal janji ni ngeee so hari ini ai akan citer so jangan fengsan baca ek...nak muntah pun tak boley kang batal posa uols ngeh ngeh ngeh.


Al kisahnyer weols kenal kat YM pada 7-8-03 *mak hingat datenyer jah...siler la percaya ngeee* sebelah malam jam tak ingat pukul berapa bila tertiba ada sorang manusia buzz ai kat YM ngan nama ayam dotdotdot hahaha...profile pic pow dia letak cop ayam brand ....terjah sambil tanya hang orang kedah ka? Owh sungguh kureng sopan terjah YM orang without salam(jangan buat gitew jer uols :D) ai ingat dialog itew sebab darl orang pertama yang tegur ai sebegitew ropa...sedangkan lelaki-lelaki yang lain datang penuh ngan puisi dan ayat-ayat chenta nak ngorat gitew....see beza tak...Terdetik di hati isssyyy kasar la mamat ni but ai  chat ngan dia macam biasa gak...lepas cakap ai memang orang kedah baru la darl buka citer  yang dia pernah sekolah kat mat jiwa 5 tahun kira town SP (sungai petani) itew dia kenal sangat la. Memula dengar mat jiwa ai tataw sekolah apa lepas dia cakap sek.men sains sultan mat jiwa pow still dok blur lagi ngeeee...dush dush dush.


Lepas dia citer detail baru perasan yang sekolah dekat ngan penjara SP tue...ampun ex student mat jiwa hamba jarang ambil pusing part sekolah-sekolah ni :D....so kira start dari date tu la bermula sesi perkenalan weols dia macam teman bicara ai...ai luahkan apa jer kat dia tanpa kenal ropa sebenar dia...hukhukhuk siler percaya sekali lagi alah macam ada tarikan kimia gitew *pinjam ayat ahkak OGY*....kira weols hanya sekadar teman tapi mesra gitew selama 7 bulan sebab darl cakap dia nak focus study *wink* masa tahun 2003 itew ai tengah practical then darl pun dah final year...weols selalu chat kat YM almost every night then ada satu hari itew darl tak on9 almost sebulan....bila jadi gitew terdetik di hati rindu plak ngan mamat ni sebab dia HILANG tertiba tanpa kata gitew...seksa juga jiwa raga every night bila on9 tunggu tak kunjung tiba....uwaaaaa. Then lepas sebulan baru dia on9 macam biasa dia cakap computer rosak so take time nak repair...start hari tu juga dia selalu gak call ai....memula terkejut dia call umah sembang dekat half hour lama gak sembang macam duduk same country jer.



darl waktu zaman mudia belia...muka dia bermacam jenis..zaman rock kapak..rambut pow panjang*guna jari pow boley taw*...misai dan janggut pow ader waktu ni....ada badan yang kurus ada badan yang berzat...now terlebey zat plak ngeeee


Bila dah kenal lama skit baru dia kasi tengok pic dia....1st time tengok rupa macam pak cik pun ada gara-gara dulu dia suka simpan misai....adek ai yang tengok dia cakap issyyy kak ayu nak kawan ngan pak cik ni ker??? hahaha memang lawak bila ingat balik...then ai cakap ai tak suka lelaki berjambang,misai etc kira benda yang berkaitan ngan bulu selain bulu kening ngan mata kat muka tue ngeee sangat semak sebab ai suka BERSIH gitew....tak sangka lepas tue dia cukur misai tue ngeeee...apa tanda nyer itew???? Selama 7 bulan weols berhubung guna YM videocall,email dan hp jer but sebagai kawan. Tup Tup tanggal 2 feb 04 darl call ai masa itew ai ngan kaka dan adek kat cinema nak tengok movie kuliah cinta *ai nie peminat fanatik ahkak erra fazira yer*...tengah Q nak beli ticket masa itew..terkejut juga bila dia call siang sebab selalu sebelah malam jer sebab bz ngan kualiah kan....dia cakap ada something nak bagitahu....dup dap dup dap yalah sebab dia kata pekara penting dan dengar baik-baik sebab dia nak cakap sekali jer....dah la masa itew kat cinema orang ramai plus bising giler ....dia cakap kannnnn diaaaaa *tone sora tarik kasi panjang ikut harkat yang betul oke * sukakan ai dan nak declare as gf and bf  *lap peluh rasa nak fengsan masa itew....* nak melompat pow ader juga *gedikzzz*.... rupanya dia pun ada rasa something kat ai gak hahahaha....but ai tak gelojoh kasi keputusan ai cakap ngan dia kasi ai masa seminggu nanti ai fikirkan, then dia cakap ok ...dia cakap hope good news sebab memang dia hope sangat  hukhuk. Lepas hari tu selalu gak dia call then mesti dia tanya dah ada jawapan ker belum. Then lepas 5 hari dah puas tanya hati dan akal finally ai call dia but dia tak jawab sebab ada class waktu tue...lepas dia call me back ai cakap ok....dia jawap really? betul niiiii??? ai agak dia melompat keriangan waktu itew *dush berangan lagik* ngeh ngeh ngeh.


Kira weols declare 2 bulan sebelum dia balik mesia for good...bulan march 2004 weols konvo cuma beza ai konvo awal bulan then darl hujan bulan march ....masa konvo tue memang ramai kengkawan bawa kareshi/kanojyo *BF & GF* masing2 but ai bawa umi ngan adik temankan...ramai dapat bunga dari kareshi ai pow dapat bunga from my umi la...*sayang umi ketat2* masa tue terasa juga la...lepas habis malam tu siap mengadu lagi but darl pandai pujuk ....ai cair dush dush...but dia pun mengadu gak yang konvo dia tak semeriah konvo kat mesia....tak pakai jubah etc...cian dengar but bagi ai ilmu yang penting ek...konvo ni masa interview keja bukan orang tengok pun....tak gitew????


For da 1st time ai jumpa darl waktu dia dah balik for good hujung bulan 3....tempat pertemuan adalah di Shahab Perdana sebab dia naik bus from penang....masa jumpa tu tak sangka dia tinggi dan seputih itew...dush lagikk....ai ni coklat dia putih so nampak sangat beza kat citu ngeeee owh one more thing dia sungguh wangi *fengsan*....sedap sungguh bau perfume CK dia tue ...hari tu dia pakai baju putih ,seluar jeans biru, kasut dan bag adidas...perhhh masih segar di ingatan ni siap nampak smile dia lagi...owh ai terpersona *siler tahan muntah uols sebentar yer* ngeeee. 1st time jumpa dia datang terus jumpa family ai...1st time juga ai dapat yukata biru tue....dah berzaman actually sebab tu yukata tu ada value tersendiri...cangat sangat.


Bulan 4 dia dah start keja...sampailah satu saat dia cakap dia kena training kat japan selama 3 bulan but dia kata kalo boleh dia nak kawen dulu before fly ke sana. Kawen??? dia melamar ai ker?? blur waktu tue...bunga ngan cincin tak der pow....*berangan dilamar macam dalam movie* Nampak macam rush jer kan buat ai ada waktu prepare apa yang patut...210804 detik terindah dalam hidup weols...dua hati telah menjadi satu syukur alhamdulliah...even ramai yang terkejut gara-gara ai kawen muda umur 22 waktu tu dan darl 24 tahun. Ada sorang kaka dalam puteri  kata betul ker hang nak kawen ni? sebab dia ingat ai main-main jer...dia orang tak pernah nampak yang ai serius ngan lelaki selalu if ai kuar pow reramai*sebab umi pesan jangan keluar berdua ngan lelaki* ngeeee.Kira banyak moment terindah terjadi dalam tahun 2004.....lepas weols kawen 2 minggu lepas tue darl dah fly ker japan hantar gi airport ngan air mata chenta jer...inai di jari pow dok merah lagi dah kena berpisah 3 bulan...bertambah sedih sebab puasa dan raya  seorang diri tanpa somi disisi uwaaaa....nasib baik ada family tempat bermanja gitew.


Itew antara kenangan yang ai boleh share ngan uols semua....alhamdulliah next weekend genap 7 tahun weols berkawen...tapi macam pasangan lain juga rumahtangga weols pernah diuji bak kata orang sedangkan lidah boleh tergigit inikan pula somi isteri but alhamdulliah berkat doa dan kecekalan weols mampu hadapinya.... bak kata seorang ustaz tue...rumahtangga akan diuji dalam 5 tahun pertama ...insyaAllah lepas 5 tahun rumahtangga akan ok...ntah la itew terpulang pada diri masaing-masing macam mana nak kukuhkan lagi hubungan itew. Dugaan dalam rumahtangga ini sentiasa ada...even yang kawen berpuluh-puluh tahun pun ada yang berpisah inikan pula yang setahun jagung macam weols ni...cuma ai selalu doakan semoga Allah berkati hubungan weols sampai ke syurga hendaknya.


Alhamdulliah sepanjang 7 tahun weols kawen di kurniakan Adam yang bijak dan petah bercakap ni sebagai pernyeri hidup weols...terasa mudah plak masa lekat Adam ni but untuk yang 2nd masih cuba tapi tak der rezeki tika,saat dan waktu ini...sungguh ai teringin nak ada baby lagi....rindu bau baby...if tengok kawan-kawan dapat baby jelez juga sebab memang teringin tapi tak der rezeki nak buat macam mana kan...tapi ai percaya ngan takdir yang Allah buatkan untuk kiter....DIA tahu apa yang terbaik bukan? Yang pasti yang jangan putus berharap dan berdoa.


Mr Bijan family 


Even kisah chenta ai tak seromantik romeo dan juliet, tidak seagung chenta khadijah kepada rasulullah tapi kasih dan chenta kami suci dan ai suka ngan kata-kata ini Cinta itu ibarat pohon.Akarnya tumbuh ketika kita mulai berinteraksi dengan pasangan kita.Cinta pun akan bersemi ketika kita mulai menerima segala kelebihan dan kekurangan pasangan kita.Kita sirami dan pupuk ia dengan kasih sayang dan perhatian. Ia akan mekar dan berbuah ranum ketika kita berusaha memberi yang terbaik untuk pasangan kita. Namun ia tidak akan tumbuh begitu sahaja. Ia perlu dirawat dan dijaga dari penyakit dan hama yang menganggu.





nota ibu jari manis ai::Panjangnya n3 kali ini hope uols tak buhsan ek.....*senyum sambey kelip2 bulu mata pelesu yang comey ni*...actually ai suka baca kisah pertemuan pasangan masing-masing...uols rajin tak? buat la sama boley gak ai baca.Tambahan yang kawen ngan nihonjin macam Ika dan kaka Anie memang best dengar theyols citer....cantek menarik tertarik kau memang da boommm laaaa.(motip sangat pics kali ni buat saiz kecil ngeeee)







.

Wednesday, August 17, 2011

♥ Wordless Wednesday 3 ♥


pelik @ cantek @ new makeup uols mampu???

kirei/ cantek kan...rindu nak tengok `lautan biru` ini







.

Tuesday, August 16, 2011

♥ Kad Raya Untuk Uols ♥

Salam uols today kerajinan nak edit pic menbuak-buak so ai tergatal tangan design kad raya yang paling simple untuk uols semua. Nak hantar guna pos sorang-sorang fengsan ai nanti dah la jauh ngeee. Semangat nak kasi awal giler....sayang uols ketat-ketat *________*


Anak pak Dolah makan lepat 
makan lepat sambil melompat
nak hantar kad raya jauh tak sempat
pakai blog pun kira ok what?


10 jari memohon ribuan ampun dan maaf kiranya sepanjang perkenalan di sini ada yang terasa hati atas comment etc yang ai buat ek...sesungguhnya yang baik datangnya dariNYA yang buruk dari diri ai sendiri.



nie pic raya tahun 2008

ni plak pic tahun 2009



Ai memang tak ader pic raya last year sebab dah 2 tahun tak buat baju raya....muka masa ni kurus jer...muka still bujur sirih now dah dah apam bolat daaaa.Lagu raya still tak boleh dengar lagi....ai off speaker sebab ramai dah start letak lagu raya kat umah masing2....tak sanggup nka dengar uwaaaaa



nota ibu jari manis ai::kiranyer ada yang sudi gantung di dinding umah uols sangatlah ureshi/happy kalo tak nak pun tak per ngeeee...PILIH LAH SALAH SATU YANG BERKENAN DI HATY yer...so disebabkan ai disable right click so uols boley double click then save macam biasa...ai dah ubah setting untuk kali ini kang penat nak print screen plak ngeeee.









.

Monday, August 15, 2011

♥ Cherita Weekend ♥

Salam Isnin uols...2 hari `cuti` so blog pun kena cuti kang darl perli siang malam pagi petang blog jer ngeeee. Pejam celik pejam celik dah 15 hari puasa ek? kejap jer rasa this year....ai ni baru nak prepare nak buat biskut raya....tak der la banyak punya maybe 5 jenis jer sebab nak makan weols anak beranak saja so buat banyak-banyak pun nak buat apa kan...ikutkan darl tak kasi buat sebab dia kata nanti membazir plus tak nak ai letih (sayang darl ketat-ketat laaa) tapi macam tak meriah plak raya tanpa biskut kan even weols tak sambut raya tapi sukarang-kurangnya makanan tentang raya kena ada gak ngeee. Alhamdulliah raya darl dah minta cuti but tunggu approval dulu.... even approve pun weols raya kat sini jer tak gi embassy sebab darl tak suka bersesak-sesak plus dia tak suka bersosial ...beza betul ngan ai yang terkinja-kinja nak gi embassy ni...leh juga jumpa tomodachi yang lain...uwaaa meraung sorang-sorang ni!


Suasana gini dah biasa sama macam last year weols raya kat umah then gi masjid dekat oyama ni jer cuma tahun 2009 jer weols puasa dan raya kat mesia ....next year insyaAllah if x der apa-apa halangan memang plan nak balik puasa dan raya kat mesia...yipeeeeeeeeeeee! Melalut citer benda yang tak pasti  ni,...mukadimah dah panjang tapi citer weekend tak start lagi ngeeee.


Last weekend ai gantung kuali sebab darl bawa weols iftar kat luar...ai bulan puasa ni Japanese food memang kurang sangat nak makan sebab tekak nak makanan melayu jer but nasib baik darl bawa gi makan kat kedai pakistan...kedai ni memang selalu weols terjah....restoran ni namanya Pak Curry House dekat ngan Oyama eki/train station.Ingatkan ada buffet ramadhan rupanya tak der semua pakai order macam biasa jer...ai keciwaaaa....meh skodeng apa yang ai makan~


nasi briyani pakistan with chicken curry,salad...yang small bowl tue ada french fries,kurma,  cucur sayur kot...ntah sebab rasa sayur jer dalam tue...cicah ngan kuah apa ntah yang penuh ngan rempah...itew ai memang tak lalu cicah maybe ai terlalu JAKUN untuk kuah sebegitu rupa....ampunnn   


Set gini just ¥800 jer haiyoo manyak murah lol.... 

terserlah ai sangat lapaq tahap badak dewa dewi ni...lincinnnnnn


If kat Mesia selalu gak iftar kat luar but bila tinggal kat sini boleh kira ngan jari berapa kali kuar iftar kat luar...ikut selera juga la....sebab ai ni tekak orang kampung so menu nak berbuka pun menu orang kampung jer jah oiii.


Habis citer pasal iftar nk citer part my lil hero plak....dah nama boboy memang dia suka sangat ngan binatang tak kisah menatang apa pun...last sunday lepas ai bangun terkejut ada satu benda yang dia tangkap siap letak dalam box...katanya nak bela...binatang tu nama SEMI dalam nihongo la dalam BM memang ai tataw nama ai seriyesss tak hingat sebab bukan selalu tengok.


blur sebab guna iPhone then ai cut and zoom ngee...inilah semi itew...menatang ni suka buat bunyi kuat tue...apa ek....?


Tapi angan-angan adam nak bela semi tak kesampaian bila menatang tu mati bila petang gara-gara weols buka aircond ...hikhik adam marah dia cakap lepas ni biar panas jangan buka aircond  ngeeee.....lupa yang semi ni hidup dalam cuaca panas if sejuk skit dia mati...now adam kalut nak suruh cari binatang lain dia nak bela....ai ni seriyess geli ngan semua benda ni...mau terjerit if mai dekat ai....heroes dalam umah ni syok gelak baik punya kat ai...


nota ibu jari manis ai::uols semua dah buat biskut raya ker???? fengsan ai tengok geng blog masakan tunjuk biskut raya theyols ...rajinnyer...kalo la kitchen ai tak sepanas sekarang rasanya ai akan rajin sket kot ngeee *____^








.

Friday, August 12, 2011

♥ Biler Mood Rajin Datang ♥

Salam pagi Jumaat uols....lewat ai bersiaran hari ni gara-gara pepagi buta tunggu kat supa nak beli ayam sebab bila dah tengah hari panas giler kuar 5 minit dah rentung kulit...baru perasan this year ai masak banyak dari last year sebab stok ayam yang selalu order kat baticrom dah habis tak sampai sebulan ngeeee....nasib baik kat sini ada 1 supa yang jual ayam saida halal dan nasib baik juga masa pergi tadi ada stok if not makan telur jer la hahahaha


Bulan posa kali ini ai macam terrrrlebeh rajin dari selalu sebab menu ai banyak everyday...actually sebab teringin nak try new recipe plus tekak teringin nak makan. Bertuah ada blog masakan ni terjah sana cari la cari nak makan apa (macam restoran plak ekk)...almost blog masakan yang follow semua dah try sekurang-kurangnya 1 recipe gitew. Biler try new recipe ni ada yang ok ada yang error juga buat don`t give up dalam bab masakan ni. 




ini menu semalam tekak memang teringin nak makan laksa nasib baik ada sorang kaka yang baik hati pos daun kesum kat ai....buat laksa pun guna bahan yang ada jer sebab pemalas nak kuar panas-panas kemarin...sebab ai ngan adam jer makan laksa then kena buat nasi goreng untuk darl sebab dia tak makan laksa waktu berbuka....memang cari nasi juga.....nasi goreng pedas itu yang try recipe kat umah k.umie sedap dia letak cili banyak so nak try pedas macam mana...kira oklah sebab adam leh makan gak ngeee. Ai ni memang hantu laksa if everyday makan laksa pun tak per tak kisah jenis laksa apa pun semua telan....kuah plak ai suka kuah sederhana pekat....perhhh memang malatop gitew.




antara menu iftar 11 hari  ada 1 hari ai termiss upload kat fb...set mee ladna ngan bihun goreng then terlupa nak snap....tangan ai bukan jenis berseni so tak der hiasan apa benda pun....letak sekutul gitew jer ngeee.



Before terlupa nak ucap ribuan terima kasih buat seorang kaka yang terlalu baik hati sebab sudi kirim kan ai parcel yang penuh ngan makanan.....terima kasih daun keladi yer kaka....sebab kaka ni dah pesan jangan buat n3 kat blog so atas permintaan dia ai rahsiakan siapa orang itew.....sebab kaka ni sangat low profile gitew *______*


comey kan.....LUV LUV ♥ super like it , sesuwei ngan ladychenta gitew ahaks....:))...tq akak syg ketat2 taw


Posa kali ni ai macam suka giler minum mango juice ntah memang teringin everyday ada stok juice ni...memula cari susah nak jumpa yang sedap then posa hari ke 2 darl balik beli mango juice kat lawson (heart u darl)...sedap giler plus amaii rasa ngat mango tue....bukan selalu ada sebab limited ikut season gak la. Sapa tomodachi kat nihon yang suka minum mango juice ai recommend beli la yang ini sangat berbaloi222222 uols hikhik.


murah jer ¥140 if tak salah... penuh 1 gelas besar itew.



nota ibu jari manis ai::uols nak tanya fesbuk uols boley buka tak guna mobile or iPhone? sebab ai try log in dari tadi tak boley2 la.....stress mak taw uwaaa hentak kaki!





.

Thursday, August 11, 2011

♥ Genap 5 Bulan Tragedi 11 March ♥






11 August genap lima bulan tragedi 11 march 2011, sungguh tak sangka cepatnyer masa berlalu walaupun hakikatnya ai terasa macam baru semalam jer jadi....nak baca pasal pengalaman ai masa jishin/earthquake terjah link ni...pengalaman yang paling menakutkan sepanjang ai hidup even tak seteruk tomodachi yang kena tsunami.


Hakikatnya bila tinggal di Japan ni banyak natural disasters terjadi terutama setiap kali berubah musim mesti akan jadi bencana selain dari jishin....taufan,banjir,tanah runtuh,tsunami etc Namun nihonjin tak pernah panic sebab sudah di latih dari kecil. Tak berbayang bagaimana jika benda gini terjadi di mesia...moga di jauhkan selamanya.




Even dah 6 bulan berlalu namun sampai tika dan saat ni jishin tetap ada almost every weeks cuma beza jishin M kecil atau M besar jer. Now kat TV automatic akan keluar warning if ada jishin kat mana-mana tempat 5 saat sebelum kena...if keluar yang map nihon color merah mean akan ada jishin kuat lebih M5 so boleh prepare apa yang patut waktu itew...then ai pun ada install app kat iPhone untuk alert pasal jishin ni, boleh pilih M berapa nak alert alarm ni...My son Adam still fobia bila jishin datang maybe dia takut benda yang sama akan kena sekali lagi. Jangan kan dia yang kowaii/takut ai yang besar gini pun still nervous but alhadulliah setakat ini semuanya dalam lindungan Allah.


Bila tinggal di negara yang memang banyak bencana gini... diri pun makin dekat ngan Allah syukur sangat-sangat sekurang-kurangnya weols tak alpa bukan apa takut terlambat if jadi apa-apa nanti so selagi bernyawa beramal lah. Lepas 11 March memang weols dah tak beli benda kaca banyak-banyak sebab dulu gegar kuat habis pecah segala bowl, gelas etc...so now banyak plastic so sapa-sapa yang datang jangan terkejut umah ai penuh ngan benda berasaskan plastic ngeeee.





11 March mengajar ai erti berdikari,sentiasa bersyukur ngan nikmat yang ada dan jangan cepat panic...keselesaan boleh di tarik pada bila-bila masa jer. Sungguh tak terbayang jika benda ini terjadi sekali lagi, dan ai sentiasa berdoa dihindari semua ini. Benda ni actually terjadi 100 tahun sekali jer now di ramal akan ada jishin kuat di sebelah tokai pula....if terjadi macam yang weols alami ni maybe gunung berapi pun ada aktif kembali sebab area jishin itew termasuk kat fuji san/gunung fuji...gerun ooo bila fikir.


Ramai juga tanya kenapa dah tahu tempat tu penuh bencana then pilih nak tinggal di sini...jawapan ai~ hidup ini tiada pilihan yang di buat tanpa risiko so andai kat kata tinggal kat negara yang tak ada apa bencana sekali pun if dah ajal tiba akan mati juga....so tak payah la dok perli benda gitew ek....dan ai suka tak suka orang yang persoalkan benda gini....sebab orang yang persoal itew tak rasa apa yang weols rasa....dari sakitkan hati orang better duduk diam-diam jer.



nota ibu jari manis ai::super tired now ...semakin hari semakin panas kat sini...dugaan di dunia moga di tabahkan hati sepanjang bulan ramadhan ni...tengok news semalam 2 orang mati,2 koma dan 38 orang masuk hospital gara-gara panas sangat...cian part ni ai pun gerun uwaaaaaa......so mempegaruhi mood sedikit sebanyak juga....ngeeeeeeeeeeee. ....peace!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...