Alhamdulillah pada awal bulan mei ni adalah jugak tempahan kek dan kuih yg aku dapat dari customer.Terima kasih pada family,rakan2 ,sedara mara dan juga org luar yg memberi sokongan dan menempah dari saya.Maklum lah saya ni budak baru belajar..Xlah berapa mahir.tapi alhamdulillah setakat ni x mengecewakan luahan customer.Apapun segala kritikan atau teguran dari mereka akan saya ambik iktibar dan cuba perbaiki kesilapan saya itu...
Apom polkadot comeyy
Apom polkadot ni pernah ditempah oleh kakak iparku dan juga sedara yang buat kenduri dirumahnya.Tapi yg aku buat tuk kakak iparku tu mak aii..kemain besau2 lagi.tapi yg ni aku buat kecik sikit.
citer pasal polkadot nikan..nk tergelak pun ada.semasa kenduri berlangsung,anak sulungku aiman yg duduk asrama tlh mengikut neneknya pergi ke kenduri berikut dan mmbaca Yasssin disana.selepas habis tetamu dijamu dgn juadah nasi dan kuih muih.
Balik saja dari kenduri tu dia berceritalah yg dia mkn banyak satu kuih tu iaitu apam polkadot.Katanya sedap dan x pernah makan.Memang tergelak besau nenek n maksu."kuih tu umi kau la yg buat"kate nenek..hihihi kesian anak aku x tau aku yg buat kuih tu..Memang dia x pernah mkn,sbb pertama dia duduk asrama,sebab kedua aku mmg jarang buat tuk mkn2 kecuali orang oder..hahahahaha
ni le polkadot yg aku buat utk kakak ipar aku..besau2
RESEPI APAM POLKADOT
Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )
- 3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
- 275 gm tepung gandum
- 220 gm gula halus
- 150 ml susu segar@susu cair
- 3 sudu teh baking powder
- 1 sudu kecil ovalette
- filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
- pewarna
Cara-cara
Masukkan semua bahan kedalam mangkuk mixer dan pukul sehingga kembang
- bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
- masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
- picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
- letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
- picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
- last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak