Followers

Friday, 15 February 2013

Islamic Graveyard in Japan

27 Jan - ENZAN


Hari sebelumnya aku mendapat mesej daripada kenalan di 山梨 (Yamanashi) samada aku ingin membantu membersihkan tanah perkuburan Islam di situ.. Tabik dengan sikap pelajar-pelajar Malaysia di 梨大 (Yamanashi U) kerana siapa sangka antara aktiviti mereka di sini ketika hujung minggu ialah membersihkan salah satu daripada 2 tanah perkuburan Islam di bumi matahari terbit ini.. Satu lagi terletak di 静岡県 (Shizuoka Pref) dan itu lebih besar! Menariknya tanah perkuburan Islam di 山梨 ini berkongsi dengan penghuni agama Buddha malah turut dijaga oleh Sami di situ! 


Tanah perkuburan itu terletak di 塩山 (Enzan) dan mengambil masa hampir sejam daripada 南アルプ市 (Minami Alps) iaitu tempat aku menginap.. Mujur kenalan tersebut sanggup datang mengambil aku dari rumah kendatipun jika gerak daripada 甲府 (Kofu) hanya mengambil masa sekitar setengah jam~ Apabila tiba di destinasi, aku diperkenalkan pula dengan 1 keluarga Uzbekistan dan 2 orang kakak Malaysian yang tiba daripada 埼玉 (Saitama)~ Matlamat utama ialah menziarah kubur isteri keluarga Uzbekistan tersebut yang disemadikan di situ~


Sepanjang aktiviti bergotong-royong membersihkan tanah perkuburan di situ yang rata-ratanya diselimuti salji, aku difahamkan tanah perkuburan di situ merupakan ehsan ayah Sami tersebut yang menjualkan tanah kepada Japan Muslim Association (JMA) sekitar 50 tahun yang lepas walaupun kalau ikut undang-undang di Jpon, perkara tersebut adalah dilarang sama sekali! Lebih mengejutkan siap ada bina pagar lagi untuk "mengasingkan" kubur orang Islam dan orang Buddha sedangkan perkara itu menyalahi kontrak yang Sami itu sediakan sebagai syarat orang Islam dikebumikan di tanah tersebut (^_^")

Gambar kenangan bersama keluarga Sami dan juga keluarga Uzbekistan

Malah kontrak yang sama juga tertulis ahli keluarga jenazah tanpa mengira agama hendaklah membayar 管理費 (Management Fee) setiap tahun sekitar 5千円 kepada Sami tersebut tapi malangnya majoriti orang Islam tidak membayar sebab kebanyakan daripada mereka telah pulang ke negara asal.. Kerunsingan Sami tersebut untuk memahami maslahah orang Islam ini terjawab hasil diskusi dengan keluarga Uzbekistan tersebut yang rajin menziarah kubur arwah isterinya.. Keakraban yang terjalin antara mereka membuatkan Sami tersebut membenarkan kami mengerjakan solat di dalam tokong dia setelah selesai aktiviti bergotong-royong! 


Pertama kali dapat masuk ke bilik tetamu di dalam tokong dan alangkah terkejutnya terdapat pelbagai cenderahati tergantung di dinding ruang tamu dan salah satu daripadanya adalah gambar Qaabah! Kagum dengan keluarga Uzbekistan ini yang sudah menetap lebih 30 tahun di Jpon kerana sikap toleransi yang ditunjukkan semasa membina hubungan dengan golongan sami di seluruh Jpon~ Selesai mengerjakan solat, keluarga Uzbekistan tersebut belanja makan tengahari di Gusto sekitar 塩山 sebelum masing-masing bergerak pulang~ 


Alang-alang hari masih muda, aku minta member bawa pusing-pusing sekitar 梨大 memandangkan sudah jadi tabiat menziarah universiti-universiti di Jpon.. Menariknya 梨大 juga seperti 名大 (Nagoya University) apabila jalan raya umum membahagikan bangunan dalam universiti~ Terkejut apabila pelajar diminta menggunakan selipar khas untuk masuk ke dalam 研究室 (Lab)! Selepas itu, member bawa pula pergi 武田神社 (Takeda Shrine) yang merupakan salah satu tokong terkenal di Jpon memandangkan kedudukan dia begitu dekat dengan kampus universiti.. Terkejut juga tiada caj dikenakan untuk masuk ;) Lepak2 di situ sebelum member hantar pulang~ 



  

Thursday, 7 February 2013

Yamanashi Adventure

10 Jan ~ 7 Feb - YAMANASHI

2 hari selepas ahli keluarga pulang ke negara tercinta, aku kena 出張 (Outstation) di 山梨県 (Yamanashi Prefecture) iaitu negeri yang terkenal dengan 富士山 (Mt. Fuji)~ Ini merupakan kali kedua aku menjejakkan kaki di 山梨; kali pertama ialah pada Summer 2009 sewaktu aktivti memanjat 富士山 anjuran AMIR (link) Hari pertama lagi sudah kena bertolak awal pagi sekitar jam 0800 memandangkan orang atasan nak "sambut" di 甲府駅 (Koufu Station)~ Sebaik tiba, kami naik kereta sewa pergi menguruskan rumah sewa; レオパレス (Leopalace) iaitu tempat yang aku bakal menetap selama hampir sebulan di sini..

Tugu Takeda Shingen yang terletak berhampiran dengan 甲府駅

Kendatipun rumah sewa kali ini terletak berdekatan dengan 現場 (Site), aku agak terkilan kerana kedudukan rumah berjarak 15km daripada 甲府駅 yang merupakan tempat pelajar Malaysia yang menuntut di 山梨大学 (Yamanashi University) tinggal (-_-") Seperti biasa, sebelum masuk ke "tempat" orang, aku akan cuba membina kenalan dengan pelajar Malaysia di kawasan tersebut dan alhamdulillah mereka menyambut kedatangan aku dengan baik sehingga sanggup menghantar aku pergi dan balik menggunakan kereta! Bagi memendekkan entry, aku akan pecahkan kepada 3 bahagian bagi menceritakan aktiviti sepanjang berada di 山梨県~

Boleh nampak clear 富士山 dari rumah! Cuma suhu waktu pagi memang rendah kaw2 (-_-")

12 Jan - Yamanashi Musolla
Alhamdulillah, seperti yang aku alami sewaktu 出張 di 宇都宮 (Utsunomiya) dahulu apabila kedatangan aku "disambut" dengan aktiviti makan-makan ;) Kebetulan ahli surau di sini ingin membuat majlis makan-makan jadi pelajar Malaysia di sini mengajak aku sekali (笑) Aku difahamkan komuniti Islam di sini agak besar dengan pelbagai bangsa dan negara (Japan, Algeria, UK, Uzbekistan, Indonesia, India, Pakistan dll) Menu malam itu "ditaja" oleh pelajar India jadi faham-faham sahajalah menu dia (笑) 

Tazkirah dan aktiviti menjamah

Majlis bermula selepas Isya', tapi yang menariknya ada aktiviti tazkirah di mana mereka pecahkan kepada 3 kumpulan mengikut bahasa, English, Malaysia, dan Japanese mengikut komuniti terbesar di situ.. Kalau diikutkan malam itu hanya ada seorang Jpon yang hadir~ Lelaki Jpon yang sudah pun mempunyai cucu itu difahamkan masuk Islam hasil daripada pengislaman ayah dia beberapa tahun sebelumnya.. Kononnya sukar untuk menghimpunkan ramai komuniti Islam di surau tersebut memandangkan kedudukan yang agak sedikit daripada 甲府駅 ditambah lagi dengan musim sejuk~ Majlis bersurai sekitar jam 2200~ 

p/s Susah betul nak cari masa untuk tulis entry bila dah kerja~ Asyik kena tunda sebulan je baru nak start tulis (-_-")
  

Sunday, 3 February 2013

Nacho Monreal

Arsene Wenger membawa masuk pemain baru di minit-minit terakhir pintu perpindahan Januari dengan membawa masuk Nacho Monreal, pemain Sepanyol daripada Malaga yang bermain di posisi pertahanan kiri.. Pemain berusia 26 tahun ini kononnya dibawa masuk bagi membantu "meringankan" beban Santos memandangkan Gibbs terpaksa bercuti panjang dek kecederaan ketika beraksi menentang Liverpool.. Nacho memakai jersi no 17 dan dilaporkan dibawa masuk daripada Malaga dengan rekod perpindahan sekitar £8.3 juta~


Nacho merupakan produk daripada CA Osasuna; beraksi buat kali pertama menentang Valencia CF pada 22 October 2006~ Aksi Nacho bersama Osasuna menaikkan namanya di persada antarabangsa ketika menyarung jersi Sepanyol bawah 21 dan juga skuad senior ketika menentang Macedonia pada August 2009~ Nacho kemudian menanda-tangani kontrak perjanjian selama 5 tahun bersama Malaga pada June 2011 yang menyaksikannya berganding bahu bersama Cazorla.. Nacho bermain sebanyak 45 perlawanan dan berjaya menjaringkan 1 gol sepanjang karier bersama Malaga sebelum berpindah ke Arsenal.. 


p/s Harap-harap Nacho dapat membantu menguatkan barisan pertahanan Arsenal yang sedang rapuh nih (-_-") 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Arsenal FC