siapakah 'natang' yang dimaksudkan oleh rakyat Terengganu ini??
Pengertian bahasa mengikut kamus:Sabtu, 28 Februari 2009
ANTARA 'CELAKA' & 'BINATANG' MANA YANG PALING HINA?
Khamis, 26 Februari 2009
PROVOKASI KHIR TOYO TAK MENJADI
Sekarang ini Khir Toyo menerima pula padah apabila MB Selangor mendedahkan pula isu pembayaran tanpa sebarang resit rasmi hasil jualan tujuh daripada 12 unit hartanah yang dibuat Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) di Makkah. Apa yang menjadi musykilnya ialah Resolusi Pengarah PNSB bertarikh 14 September 2007 hanya meluluskan pembelian 5 unit kediaman berjumlah RM8,352,427.66 sedangkan rekod PNSB menunjukkan sejumlah RM25,603,545 telah dibayar ke akaun individu di Arab Saudi dari 17 September hingga 19 September 2007.
KULAT: Selepas pendedahan isu tersebut oleh Tan Sri Khalid, sekarang ini, mantan MB Selangor itu kini menjadi fokus rakyat Selangor untuk menunggu ulasannya. Mana tahu, mungkin beliau terlupa dan ada menyimpan resit pembelian tersebut. Khir Toyo mungkin sudah ada jawapannya. Jawab Khir, jawab jangan tak jawab.... jangan hanya jadi "telunjuk lurus, kelingking berkait" Wallahua'alam.
Selasa, 24 Februari 2009
KAK PIDAH & SENASKAH AL-QURAN
Ahad, 22 Februari 2009
KINABALU MENGAMIT LAGI....!! ( 3 )
Sebelum memulakan perjalanan, kami melakukan sedikit senaman ringan (streaching) serta memanjatkan doa kepada Ilahi agar pendakian kami nanti dipermudahkan olehNYA. Pendakian kami bermula pada jam 8.30 pagi. Langkah terus diatur, riak wajah rakan2 yang lain mencerminkan kegembiraan meneruskan perjalananan serta seolah-olah sudah bersedia menempuh cabaran yang bakal menanti dihadapan. Untuk sampai ke Laban Rata, pendaki akan menempuh sebanyak 5 shelter (pondok) berehat yang mempunyai nama2 tertentu iaitu Kandis (1,981.7m) Ubah (2,081.4m) Lowii (2,515m) Mempening (2,702m), Villosa (2,690m) dan terakhir Paka (3,080m).
Trek perjalanan masih tidak berubah sejak 10 tahun yang lalu semasa akau menjejaki ke sini. Namun baru 30 minit perjalanan, wajah rakan2 yang lain dah menunjukkan kepenatan. Masing2 meringai yang tidak keruan. Trek perjalanan seperti tidak bertimbang rasa, perjalanan kami terus menerus mendongak ke atas. Adakalanya kami terpaksa melalui trek yang kecondongannya sehingga 45 darjah. Dengusan nafas semakin kencang. Peluh mulai memecah mengalir disetiap liang roma. Namun setiap peserta telah membulatkan tekad, semangat jati diri harus direalisasikan. Segala cabaran dan rintangan harus ditempuhi walau apapun yang mendatang. Puncak Kinabalu terus mengamit kami.
5 Kilometer terakhir untuk sampai di Laban Rata, langkah perjalanan kami semakin perlahan. Pokok2 sudah mula 'membonsai' menandakan udara di paras ini semakin menipis. Dalam keadaan keletihan, akhirnya kami sampai juga di Laban Rata tepat jam 4.20 minit selepas mendaki sejauh 6 kilometer dengan mengambil masa lebih kurang 8 jam perjalanan. Kelihatan telah ramai peserta2 lain yang telah pun sampai awal. Walaupun dalam keadaan lesu serta otot2 kaki yang menegang, hati kami sedikit terubat bila melihat suasana flora dan panorama yang cukup mendamaikan. Kali ini kami betul2 berada di paras awan dan sesekali bila awan datang menyapa, begitu terasa kedinginannya.
Laban Rata (3,272.8m) merupakan tempat dimana semua pendaki mesti bermalam di sini sebelum meneruskan pendakian pada keesokan harinya. Di sini disediakan beberapa tempat penginapan untuk peserta bermalam iaitu Laban Rata Resthouse, Gunting Lagadan Hut, Waras Hut, Burlington Hut, Panar Laban Hut dan yang paling tinggi sekali ialah Sayat-sayat Hut namun ianya telah ditutup atas faktor keselamatan. Di sini kami diberi penginapan di Gunting Lagadan. Kemudahan yang disediakan ialah 4 orang sebilik, tempat memasak, tandas, bilik mandi siap dengan alat pemanas air (hanya boleh digunakan bermula jam 2.00 petang hingga 7.00 malam sahaja). Kami semua disediakan makan malam di Laban Rata Resthouse dan selepas makan tiada aktivi lain yang boleh kami lakukan hanyalah berehat untuk menghilangkan penat pendakian siang tadi.
Suhu diluar semakin sejuk menambahkan lagi kelesuan dan kami semua mengambil keputusan tidur awal supaya dapat bangun seawal jam 2.00 pagi nanti. Kami semua tidur lengkap dengan berbaju tebal. Cabaran fasa pertama telah kami harungi dan esok rintangan fasa kedua pasti lebih mencabar. Suasana di Gunting Lagadan Hut terus sepi dan semua peserta terus lena bersama keletihan pendakian siang tadi.
bergambar sebelum memulakan perjalanan
Sudut padangan dari Gunting Lagadan, kelihatan kepulan awan berada di bawah
15 Februari 2009 (Ahad)Pendakian kali ini mulai terasa cabarannya kerana kami terpaksa memanjat tangga2 kayu yang agak curam serta terpaksa berpaut pada tali yang disediakan bagi laluan2 yang bercerun. Suasana keliling tidak berapa kami hiraukan walaupun hakikat sebenarnya kami sedang melalui dilereng2 batu yang curam. 1 Jam setengah perjalanan akhirnya kami sampai di Sayat-sayat Hut iaitu tempat di mana semua pendaki mesti melaporkan diri dengan menunjukan kad pengenalan diri yang dibekalkan bagi tujuannya pengesahan sijil pendakian nanti. Jarak perjalanan dari tempat penginapan ke Sayat-sayat lebih kurang 1 kilometer.
Senyuman kepuasan setelah mencapai matlamat
Keadaan bersesak2 dipuncak yang sempit
Southpeak antara puncak yang paling popular para pendaki mengabdikan foto disini
BERITA GEMPAR..!! KENAPA AHMAD SAID BERTINDAK PANTAS??
Sabtu, 21 Februari 2009
SPRM.........WALHASIL BALIK ASAL ..!!
Rabu, 18 Februari 2009
'HUJAH'.. AMBIL PELUANG HENTAM ORANG LAIN
Isnin, 16 Februari 2009
KINABALU MENGAMIT LAGI...!! (2)
Khamis, 12 Februari 2009
KINABALU MENGAMIT LAGI...!! (1)
Tempat melepaskan penat di Borneo Gaya Lodge.
Kulat: Insyaallah, jika berkesempatan aku akan mencatat lagi. itu pun bergantung kepada kemudahan internet yang ada dipersekitaran. Yeeooossss....!!!
Rabu, 11 Februari 2009
KINABALU MENGAMIT LAGI..!!
Insyaallah, aku bersama dengan sembilan lagi rakan2ku dijangka akan bertolak ke Kota Kinabalu dari LCCT pada 12 Februari (Khamis) ini dan kami akan menaiki pesawat Air Asia yang telah ditempah sejak enam bulan yang lalu. Penerbangan kami dijadualkan berangkat pada jam 6.30 pagi. Ini bermakna aku mesti berada di LCCT lebih awal supaya perjalanan kami tidak menghadapi sebarang masalah. Kumpulan kami dijangka akan berada dipuncak pada 15 Februari dalam masa sekitar 5.00 pagi ke 6.30 pagi.
Selasa, 10 Februari 2009
Karpal Bakal Dibenamkan..??
Isnin, 9 Februari 2009
'DIA' Harus Mengikut Undang2 Bukan Langgar Undang2
MEDIA PENJUAK SEPERTI MENDAPAT 'SEMANGAT' BARU
Senario politik Perak yang mengemparkan negara mencatatkan satu lagi sejarah hitam politik negara. Fenomena berarak, berhimpun atau nama lain yang sedap ditulis oleh pihak-pihak media ialah 'demontrasi'. Perhimpunan yang dikatakan agresif ala 10 tahun yang lalu kembali merwarnai negara terutama di Perak. Para media terutama penjuak UMNO kali ini seperti mendapat semangat baru apabila saban hari politik Perak disiarkan berulang-ulang kali. Paling menarik ialah Pak Karpal yang sebelum ini dihentam hebat oleh media kali ini mendapat liputan 'istimewa' yang agak lama (6 minit 33 saat) oleh TV3 semasa mengadakan sidang medianya (menghentam DSAI & pemimpin utama DAP) berkaitan tindakan Sultan Perak memecat MB dari kalangan Pakatan Rakyat.
Perkataan DERHAKA dan tidak TAAT SETIA kepada Raja menjadi ramuan utama pihak media. Sejak dari peristiwa pemecatan Mohd Nizar, angkat sumpah Dr. Zambry, demontrasi di Masjid Ubaidiah dan isu saman Karpal kepada Sultan, pihak media terutama media penjuak berulang-ulang menyiarkannya setiap masa seperti memprovok rakyat diluar sana turut sama menghentam kerajaan Pakatan Rakyat di Perak yang dianggap tidak Setia pada Sultan dan Derhaka. Kepada pengarang-pengarang media penjuak UMNO/BN yang sebelum ini agak lesu berita mereka kali ini seolah-olah mendapat semula tenaga baru dan mungkin inilah peluang terbaik mereka untuk membalas dendam menghentam kepimpinan Pakatan Rakyat terutama Anwar Ibrahim.
Jumaat, 6 Februari 2009
Segala Peralatan JKR Melaka Termasuk Kereta 'DISITA'
Kenderaan pacuan tiga roda ini juga turut disita??
Pelbagai jenis peralatan pejabat dan kenderaan milik Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka telah disita di sini apabila gagal menjelaskan arahan pembayaran oleh Mahkamah Tinggi berjumlah RM4.5 juta kepada sebuah firma. Firma terbabit Tropical Profile (M) Sdn. Bhd. telah memfailkan tuntutan di Mahkamah Tinggi di sini pada 2004 untuk mendapatkan pembayaran yang gagal dilunaskan oleh JKR negeri setelah siap projek lebuh raya yang menghubungkan Durian Tunggal dan Sungai Udang tahun 2003. Namun, JKR Melaka di sebalik penghakiman tersebut gagal mengambil langkah sewajarnya untuk melunaskan jumlah yang ditetapkan mahkamah dengan alasan perintah tersebut tidak sah. Sehubungan itu, JKR Melaka hari ini menerima writ rampasan dari Mahkamah Tinggi dan seterusnya menyita semua peralatan pejabat dan beberapa kenderaan yang dirampas terdiri daripada van, kereta, kenderaan pacuan empat roda, lori dan traktor.
Khamis, 5 Februari 2009
MB PERAK Yang Baru Bertakhta Hasil Pengundi PR
Rabu, 4 Februari 2009
Jamaluddin & Mohd Osman Bakal 'DIBEBASKAN'..??
Cita-cita Jamaluddin dan Mohd Osman untuk menjuak UMNO akhirnya menjadi kenyataan. Masa dan ketika ini andalah menjadi orang penting kepada UMNO.
Dua hari lepas, ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, dan ADUN Changkat Jering, Mohd Osman Jailu, mengumumkan keluar daripada PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas manakala Hee, yang juga Timbalan Speaker, dipercayai telah menyerahkan surat keluar daripada DAP. Kini kedua-dua Adun tersebut bakal menyertai pula UMNO dalam satu pengumuman yang dibuat oleh Datuk Seri Najib di Putrajaya serta dihadiri sendiri dua Adun yang mendakwa sedang cuti sakit itu. Ekoran daripada itu, kedua-dua Adun PKR itu yang sebelum ini kesnya masih lagi disebut di mahkamah atas kesalahan kes rasuah, selepas ini mereka berdua boleh menarik nafas lega, siapa tahu kemungkinan besar mereka akan dilepas dan dibebaskan daripada terbabit kes tersebut sebagai balasannya menghidupkan semula kerajaan BN di Perak.
KULAT: Kali ini strategi Najib begitu menjadi dengan mengumpan dahulu Adun Bota sebagai pemancingnya. Justeru hasrat kedua-dua Adun yang masih lagi dalam kes mahkamah itu untuk menjadi sebahagian ahli penjuak UMNO akhirnya tercapai jua. Sebagai balasannya.....siapa tahu, mereka mungkin akan dibebaskan. Namun begitu kedua-dua Adun ini perlu ingat, proses pemilihan di Cawangan dan Bahagaian UMNO telahpun berkahir. Jadi kedua-dua Adun ini buat masa ini (sekiranya DUN Perak tidak dibubarkan) menjadi YB tanpa memegang sebarang jawatan dalam UMNO. Sekiranya mereka menyertai UMNO, adakah mana-mana Bahagian dalam UMNO di Perak yang akan simpati kepada mereka berdua untuk memegang jawatan sekurang-kurangnya sebagai Ketua Penerangan? Terpulanglah kepada ahali-ahli UMNO Perak. Seperti mana bekas ahli-ahli S46 dahulu mereka perlu menunggu masa yang lama untuk kembali memegang jawatan dalam UMNO dan ada sesetengahnya terus berkubur bersama nama Semangat 46. Kalau mereka terus kekal jadi ahli Bebas, kemungkinan jangka hayat politiknya di Perak mungkin berkubur lebih awal.
Selasa, 3 Februari 2009
GERAK Jangan Buat "DONO" Isu Tawaran RM50 Juta
Mohd Nazree yang kebelakangan ini dilihat begitu semangat menyerang MB Selangor dengan cuba menelanjangkan beberapa isu disini yang berkaitan dengan amalan RASUAH. Bertepatan dengan nama Gerakan Anti Korupsi (GERAK) iaitu perjuangan utamanya membanteras amalan RASUAH dinegara ini tanpa mengira latar belakang politik. Suatu perjuangan murni yang harus disokong. Justeru beliau diingat jangan terlepas pandang isu RM50 juta yang dibangkitkan itu kerana jumlah yang ditawarkan bukan nilai puluhan ribu malah jumlah sebanyak itu boleh membangunkan beberapa projek pembangunan untuk rakyat.