Zahra di tahan lagi

23 July 2009

Hari ni Ayah dan Ummi kene bawa Zahra ke klinik untuk cek SB Zahra. Jangan la naik. Kalau naik confirm kene masuk balik NICU.

Kami tiba di klinik jam 11.30am, doktor linda yang cek tu sangat penyayang. Dia cek Zahra apa yg patut, kemudian dengan cepat dia buat arrangment dgn lab utk amik darah Zahra.

Staff yang bertugas untuk amik darah tu sungguh berhati hati mengambil darah Zahra, ayah yang duduk menemani Zahra di katil lab tu, ummi tak sanggup nak tengok Zahra di ambil darah lagi, jadi ummi tunggu di luar lab. Bila jarum menembusi kaki Zahra, tangisan Zahra yang kuta tu membuatkan Ummi rasa sebak sangat, kuat sayang ye, Zahra ummi kuat. Ummi nampak ayah pegang tangan Zahra dua dua belah sambil pujuk Zahra jangan nangis. Baik betul ayah!, sayang betul ayah kat Zahra.

Petang doktor linda call ayah, dia kata SB Zahra naik 290, terus dia minta Ayah dan Ummi bawa Zahra kembali ke NICU, ummi ape lagi...nangis!...Ayah tenang je (tapi dalam hati ayah nangis).

Dengan berat hati kami bawa Zahra ke NICU.
sayang ummi....jangan la naik lagi kuning tu, Ya Allah, sembuhkan Zahra dari kuning ya Allah..amin..

Zahra Kesayangan Ayah

Ayah rupe rupenye ade sifat sifat kebapaan yang tinggi. Ummi rasa syukur pada Allah dikurniakan suami yang penyayang pada anak dan isteri nya.

Tiap kali Zahra merengek minta tukar lampin, mesti ayah yang basuhkan, lembut je ayah cucikan Zahra, Zahra pun diam je siap senyum lagi bila ayah nye yang cucikan dia. Lepas dah dicucikan, turn ummi pulak untuk breast feed dia, Alhamdulillah , susu dah banyak sekarang. Terima kasih Allah kerana memakbulkan permintaan ku.

Ayah sayang sangat kat Zahra, selalu dia sembang dengan Zahra, di rakam nye video Zahra dan macam macam lagi. Lagi pun ni hari pertama Zahra di rumah. Seronok betul ayah bila dapat tatap wajah Zahra selalu. Semoga Zahra membesar dengan penuh kasih sayang dan menghormati ayah ummi.Amin


Review di kuning Zahra di HUKM

22 July 2009

Hari ni Ummi dan Ayah kene bawa Zahra check level kuning kat NICU HUKM, dan juga test pendengaran untuk tesis sorang doktor tu.

Ujian pendengaran utk tesis doktor ni tak dpt result apa apap sebab Zahra kecil lagi, baru 5 hari jadi tak de wave utk ujian tu. Kene buat appointment lain pulak.Balik ke NICU, untuk cek darah Zahra. Jadi sementara nak dpt result tu, Ayah dan Ummi bawak Zahra rehat di ruang legar HUKM. Ummi ngantuk sangat sebab berjaga setiap 3 jam sekali untuk susu kan Zahra. Ayah pun sama berjaga untuk tukar lampin Zahra. Ayah pandai bersihkan Zahra! Baik betul ayah ni! time kasih ayah!

Setelah 1 jam menunggu, kami balik semula ke NICU untuk dapatkan result.
Rupe rupenya SB Zahra naik lagi 260. Ummi takut...ummi tak nak Zahra kene tahan di NICU lagi kalau rebound.

Doktor kata, Zahra boleh balik dulu. Tapi esok kene cek lagi di klinik Premier HUKM untuk tengok naik atau turun. Kalau naik, Zahra mesti dibawa semula ke NICU. Ummi dan ayah risau sangat. InsyaAllah, malam ni ayah dan ummi akan pastikan Zahra berak kencing dan menyusu dengan sehabis habis baik agar tidak naik lagi.

Zahra di NICU

21 July 2009


Zahra di NICU 17-21.7.2009

Jumaat pagi di wad Intan HUKM, nurse mandikan Zahra, mula mula on the way ke bilik mandi baby dia ok je, senyap je, tp bila dah smpi kat bilik mandi dia menangis, sejuk kot! ummi angkat dia bagi kat nurse yang mandikan, senyap pulak dia rupenye dia suka mandi air panas.

Lepas mandi ummi susukan dia, tapi 1st day, memang susu badan tak de sangat, setitik pun tak sampai, jadi ummi mintak kat nurse susu instant. Nurse mula mula tak beri tetap nak suh ummi breast feed. Jadi ummi try teruskan breast feed Zahra sampailah Zahra terlena.

Tak lama pas tu doktor bayi datang untuk check baby baby yang baru lahir termasuk Zahra. Tiba turn Zahra, doktor tu kata Zahra nampak cam ade kuning sikit. Jadi doktor minta izin ummi untuk cek darah Zahra, ummi ingat kan sikit, tapi rupenye sampai 4 tabung, ummi tak tahan sedih bila dengar Zahra nangis, kuat,mesti sakit, ummi yang kena amik darah 2 tabung pun sakit, inikan pulak Zahra yang belum pun berumur 1 hari. Ummi nangis meleleh leleh air mata ummi, nurse yang bertugas nampak ummi nangis. Ummi terus cakap kat doktor tu nape amik banyak sangat? Doktor tu kata untuk cek platlet darah merah anak.

Ummi tak tahan tengok nye, jadi ummi balik ke katil ummi. Rupenya opah dah ade kat katil ummi, opah datang kejap nak hantar breakfast kat ummi, terus ummi nangis kat opah bagitau yang Zahra kena amik darah 4 botol. Ayah pun datang jugak masa tu. Jadi sepanjang hari tu Zahra kena stay dalam satu bilik berlampu biru. Lepas tu ummi berkeras mintak susu formula dari nurse, baru la nurse tu bagi.

Jam 6.30pm, Ayah memang ada temankan ummi, masa tulah nurse datang bagi tau Zahra kene kuning. Yang mana kuning yang di ditect dalam masa 24 aka berusia sehari adalah tidak normal. Bila di explain oleh doktor bayi tu, baru ummi dah ayah tau yang kuning Zahra disebabkan oleh ABO incompatibility symptom. Ummi darah O+, Zahra B+ (ikut ayah). Jadi malam itu juga Zahra di masukkan ke NICU jam 8.30pm. Ummi nangis teresak esak. Kejap je ummi dapat tido sama dengan Zahra.

Ummi mungkin boleh discharge hari ni (Sabtu), Zahra belum tahu lagi. Jadi setelah diperiksa tekanan darah ummi, perut ummi, kencing berak dan juga luka jahitan, ummi terus turun ke NICU sorang. Lepas tu Ayah datang untuk ziarah ummi dan Zahra. Sedih bila doktor di NICU bagi tau SB Zahra naik lagi....sedih nya....ummi nangis...

Ayah pun sedih tapi ayah tak nak tunjuk kat ummi..ummi tahu.

Ummi selepas breast feed Zahra di NICU
Lepas tengok Zahra, ummi naik semula ke wad ummi, dan doktor kata confirm ummi boleh balik hari ni. Tapi kene tunggu surat dan bil dari nurse dulu.

Lebih kurang pukul 4 ptg, baru ummi boleh balik. Tinggal la Zahra sorang di HUKM. Babai sayang, cepat baik ye! jangan naik lagi SB tu. Ummi sayang Zahra...

Sampai je di rumah, ramai yang menunggu Zahra rupenye, Ayah Yeop, Mak Long, kakak amani & che in, ayah nyah sekeluarga, pak su icam dan mak cik idam. Tapi ummi je yang balik sorang.

SB Zahra turun naik sampai la hari ke 5, bila SB Zahra turun dari 304, 301, 227 dan 220, jadi ada doktor pakar yang buat round cek Zahra. Dia beritahu yang Zahra boleh discharge hari ni (Selasa). Ummi dan ayah gembira sangat. Setelah bil semua siap, ummi dan Zahra di bawa pulang oleh Ayah dan ditemani oleh mak cik idah dengan rasa syukur. Alhamdulillah.


Nur Zahra' Hafiya Binti Zulhilmi Permata Hati Pengarang Jantung Ayah dan Ummi

16 July 2009

Alhamdulillah, syukur kami panjat kan pada Allah SWT, Yang Maha Agung, Maha Kaya, Maha Pencipta segala yang di langit dan di bumi. Pada tarikh ini, kami kini bergelar ayah dan ummi kepada zuriat kami Nur Zahra' Hafiya. Terima kasih Ya Allah. Kurniaan mu untuk kami setelah 9 bulan menanti, kini telah selamat dilahirkan. Alhamdulillah, sempurna sifatnya.

Air mata kegembiraan dan kesyukuran kami mengalir, tidak dapat ditahan lagi. Tiada lain yang ku lafazkan setelah doktor meletakkan Zahra yang masih diselaputi darah dan bertali pusat ke dadaku, melain kan Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar! walaupun terasa sudah tiada tenaga lagi ketika itu, semua tenaga yang aku ada telah aku keluarkan untuk meneran sehabis habis dayaku. Wajah Zahra yang tembam, hidung nya iras aku, telinganya telinga abang, mata menatap wajah ku membuat ku rasa amat gembira tak terhingga. Kemudian nurse mengambil semula Zahra untuk dibersihkan sementara aku masih lagi ada yang belum setel seperti luka, darah dan sebagainya. Setelah dibersihkan, Zahra diletakkan di atas atas katil kecik di tepi ku, mata Zahra memandang sekeliling membuatkan dia nampak lebih comel lagi. Berat Zahra 2.92 dilahirkan pada 37 minggu 2 hari dan panjangnya 48cm.Tak sangka kulit Zahra putih!Alhamdulillah. Zahra ada lesung pipit macam kami berdua. Selesai diri ku, abang mendukung Zahra lalu di iqamahkan. Hati aku bertambah sayu.

Abang sentisa ada disebelah ku memberi semangat dan galakan yang sangat padu untuk ku sepanjang aku berada di labour room. Sakit contraction yang semakin lama semakin kerap, semakin sakit membuatkan abang rasa sebak (aku tahu tu,walaupun cuba dia sembunyikan), namun abang sentiasa cuba membuatku ceria, macam macam cerita yang abang storykan, termasuklah kenangan masa bercinta dulu. Tapi sakit tetap sakit, masa sakit datang, suara abang seakan sayup ku dengari. Tangan abang aku genggam sekuat kuat nya (mesti abang sakit), tak cukup dengan tangan abang, besi tepi katil aku tarik untuk tahan contraction.

Doktor dan nurse yang menyambut Zahra di HUKM amat efisyen sekali, kami berdua berpuas hati dengan cara kerja mereka semua. Terima kasih banyak banyak! Antara doktor yang sempat aku ingat ialah Dr Pravin, Dr Fatih, dan ramai lagi. Semua sangat bekerjasama dan bersemangat memberi galakan pada aku "Zurru, push Zurru push, again push, lagi lagi lagi....yes sikit lagi cammon, okeh curi nafas curi nafas, push push"....aku masuh ingat semua tu dengan jelas, walaupun sebenarnya saat akhir meneran, aku sudah terasa berada di alam lain, suara mereka semua memang sayup sayuppppp di hujung telinga...bila terdengar tangisan Zahra, baru aku terasa kembali ke keadaan sebenar. Alhamdulillah. Luka yang dijahit oleh doktor pun sudah tidak terasa. Kuasa Allah besar sungguh.

Mak dan Alif pun tiba di Hospital sebaik saja Zahra dilahirkan. Kesian Mak & Alif naik teksi dari Puduraya. Kerana masa itu kami berdua sedang berusaha di labour room.

Tercapai hajat mak nak 'membelah mulut' Zahra, Alif kini dah jadi Ucu!

Today i'm 37 weeks pregnant!

14 July 2009

Perasaan semakin berdebar-debar,yelah kwn kwn yg preggy thn ni semua bersalin masa minggu ke 37 majoriti nya, yang lain 38 minggu. Tak de sorang pun yang bersalin ngam ngam 40 minggu.

Mental dan jiwa mmg kena ready. Tiap kali sakit perut je aku rasa gabra. Fuuuh...apa yang aku amalkan sekarang ni ialah selawat nabi, doa Laailahailla anta subhanaka inni kuntu minazzolimin, Hasbunallahhu wa ni'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'man naseer. Dengan beberapa doa selusuh ada yang dalam buku yang aku beli dan ade jugak yang Kak Faiz copy kan utk aku.

Beg aku & baby mmg dah siap siap ready tepi pintu. Dah siap bagi tau abang awal awal beg hijau tu beg baby, beg purple tu beg ummi.

Ade jugak yang tanye bila aku start cuti. Aku memang tak amik cuti awal, dah start sakit2 nanti baru la aku cuti. Sebab nya tak tau bila. Memang la kalau ikut kalendar manual tu awal bulan 8, tp che tengok kawan kawan lain yang first baby, semua awal...

Mak aku pun dah siap call dah, dia pun dah rancang dah cane itu cane ini.
Berjalan pun dah nenok aje (cam penguin), tp aku suka! sbb bukan selalu cam ni dalam hidup. Time preggy je la bleh rasa...


Amaran paling menggeletar

13 July 2009


Warning camni memang tak kan jumpa punye kat masjid sekitar KL, kalau nak tengok dengan mata sendiri kena turun Kelantan. Tak payah la taruk gambar gambar ngeri kat kotak kotak rokok, orang tetap nak merokok punye, beli rokok, peh tu taruk dalam bekas rokok ada macam macam design.

Tapi kalau sign cam ni, hmm...sure rokok kat celah jari tu dan dan tu jugak di buang. Terus keinsafan...

Air Bunga Fatimah

11 July 2009

Yang biasa dengar Kacip fatimah tu ye, kalau bunga fatimah aku mmg tak penah dengar sebelum ni sampai la ade sorang kakak tu tanye aku pasal air selusuh (masa tu aku dah 34 minnggu kot). Aku kata aku blom ade lagi air selusuh. Kakak tu pesan minum air yang bunga kembang kembang untuk mudah kan bersalin. Aku jadi pelik, tak sangka pulak air kembang semangkuk tu boleh jadi selusuh.

Tapi bila di clarify kan balik, rupe-rupenye air bunga fatimah. Bunga fatimah di boleh dpt dari Mekah je, jadi kalau nak beli untuk simpanan sendiri kene le kirim dgn orang yang pegi haji or umrah.

Ade kakak tu bg tau aku dia ade bunga fatimah tu, dia offer aku pinjam. Aku pun Alhamdulillah lah sukeeee....

Ini lah rupe dia. Bau bunga fatimah yang kering cam bau rotan (cam kerusi rotan ke, meja rotan ke)Bila boleh guna? caner?
Kata kakak empunye tu, rendam bunga ni bila dah cukup bulan (9 bulan), tak kesah la 36 minggu ke, 37 ke or seterusnya. Rendam dalam air yang sudah di masak (sbb nanti nak minum air ni) tak kesah sejuk atau suam. Masa rendam tu selawat nabi dan doa lah minta dipermudahkan semuanya.
Rendam sampai bunga ni betul betul kembang menjadi sekuntum bunga yang betul betul kembang. Kena monitor jugak kekembangan and tengok berapa lama bunga tu amik masa utk kembang. Katanye, kalau cepat kembang nye, dan molek kembang nye maksud nye laluan keluar baby tu nanti insyaAllah cepat (ikut time bunga tadi) contoh kalau bunga tu amik masa 1.15 untuk kembang, bermakna tempoh laluan (dilate) pun same cam tu. Kalau lambat kembang cam 3-4 jam, maknenye itu lah tempoh nye. Wallahua'lam....

Untuk minum pulak, air yang kita guna untuk rendam tu simpan dalam botol. Hanya boleh di minum bila dah start sakit bersalin. Kalau boleh bawak masuk dlm labour room.

Bunga ni boleh digunakan banyak kali, turun temurun dari opah sampai ke cucu. Dia tak de expiry date ;-)

36 minggu

07 July 2009

Hari ni aku mc sebab rasa tak larat badan lemah je. Kejap kejap rasa cam sakit perut nak buang air besar, tp tak de ape yang keluar. Teringat kat pengalaman member yang dah bersalin, kata derang rasa nk bersalin tu sakit perut memula tu cam sakit perut nak buang air besar. Hai, aku ni dah tanda ke?

Jadi aku ke HUKM sebab dekat, lama juga menunggu, ada la 5jam. Jenuh menunggu, sampai sakit perut tu dah tak de dah. Tapi memandangkan alang alang aku dah tunggu lama, aku teruskan jugak walaupun sakit tu dah tak de. Pegi bilik scan, baby dah 2.6lebih, doctor kata baby ok tak de ape. Tapi kepala baby mmg dah masuk dah tmpt laluan keluar.

Doc bagi satu surat untuk admitted just incase kalau terover due. Tapi doc dah pesan, it will be anytime from now, so kene prepare ape ape yg patut, jgn aktif sangat. Ade je tanda show ke ape ape cepat datang hospital.
Baik doc!


Checkup 36 minggu awal 3 hari

04 July 2009

Sepatutnya checkup utk 36 minggu ialah pada 7/7/09 (selasa), tp memandangkan cuti aku dah semakin sikit, jadi aku tukar appointment ke hari Sabtu 4/7/09. So that aku tak yah apply cuti dah.

Hari Jumaat aku drive ke ofis, sbb abg akan berlepas ke Langkawi ade kursus sampai Ahad. Ini bermakna aku akan pegi checkup sendirian.

Alhamdulillah abg selamat sampai kul 1.30 ptg dan menetap di Awana Porto Malai, dulu masa aku menang Juara Minda aku dpt hadiah penginapan 3hari 2 malam kat sana. Tetiba terindu plak kenangan dolu dolu.

Malam tu aku tak larat nak keluar makan, jadi aku masak simple Tomyam Sotong, tumis sayur dgn ayam goreng, aku makan berdua dgn akak (kakak hubby ku). Boleh tahan sodap jugak haha.

Sabtu pagi pagi aku bangun, bersiap breakfast semua, aku kuar umah ke Bangi kul 8.15am. Drive tak laju sbb maleh nak rushing, kang adrenalin aku bergiat aktif kan kot naik plak tekanan darah. Akibatnye, smpi ke bangi 8.45am, tu lom jumpa parking lagi tu. Kira aku daftar kul 9.00am.

Lama gak menunggu smpi kematu punggung ni, kul 11.30am baru nama aku dipanggil. Alhamdulillah, baby aktif, heart beat alhamdulillah. Cuma......berat badan aku turun 3kg!, doktor tekejut,
"cane berat awak leh turun smpi 3kilo ni?awak tak makan ke?"
"emm, saya sakit gigi dah seminggu doctor, tak lalu makan"
"habis tu awak tak makan la?"
"eh makan! sy makan bubur Mc D je, tu je senang nak telan tak yah kunyah"
"gigi mana yg sakit tu?"
"geraham belah kiri"
"tak g klinik gigi?"
"dah, tp dentist tu tak berani buat lebih, dia buat filling biasa je, sbb sy dh 3rd trimester"
"ye, tp dia tak bg apa apa ubat ke?"
"dia bg ubat tahan sakit je"
"ubat tahan sakit tu sebenarnya tak membantu sgt kalo sakit gigi nye kuat"

Well, scan baby Alhamdulillah, berat nye bertambah. So next checkup 17/7/09, Jumaat (aku yg request sbb nak elak amik cuti). Bil RM110.00, nurse tu kasi Anmum Infacare, susu tepung utk baby yg baru lahir smpi umur 6 bulan.

Kat kotak tu diajar cecara penyediaan susu botol utk baby. Baru aku tau kene rebus bagai...

Baby Balqis Nur Iman, anak Tanty

03 July 2009

Tahniah Mama Ty!

Kelmarin Tanty bg tau aku dia sakit pinggang peh tu sakit perut cam nak buang air besar, aku kata contraction kot ty?, dia pun tak sure, aku kata g la rest dulu, tgk how frequent sakit tu. Sudahnye dia g klinik, doktor sarankan dia ke hospital terus utk check lanjut.

Jadi ty di tahan wad, malam tu ty sms aku, katanye doc dah masukkan ubat induce, sakit kata nye, ya Allah...ape ape nanti dia akan update aku.

Jumaat pg aku tak dpt ape ape sms dr ty. Tengahari tu Kak LInda bg tau aku Ty dah bersalin, alhamdulillah. Dia bersalin awal dr tarikh yg di jangka. Dapat baby girl. Sedap namanye.
Ade aku terima mms gambar anak dia, tp aku tak minta izin lagi (now dah dpt permisson!) dr ty nak letak dlm blog aku ni. Nanti dah dpt permission leh la aku letak.


Enjoy