31 March 2009

Hari ni alhamdulillah aku dan baby dah 22 minggu, abg tak dpt temankan aku pegi checkup kali ni sbb ade kerja yg perlu dibuat dari rumah, customer akan call dan abg perlu standby depan laptop nye. Jadi aku pegi sendiri, dengan memakai contact lense, jadi aku boleh le memakai tudung ala-ala munawwarah tu ke klinik, baru la rasa lawa sikit, haha, tp terus terang, power contact lense itu bukan power sebenar aku, jadi aku tak berapa clear melihat, setakat boleh lepas je.
Aku parking luar flat polis (klinik tu dlm flat polis, rumah bawah sekali dia convert jadi klinik, kire cam klinik dlm rumah flat gitu), sebab aku tak sure ade parking ke tak, lepas tu aku menapak mencari blok 31, ingat kan dekat, tetapi rupe rupenye mengah la jugak aku berjln. Tak pe, nasib baik aku sempat breakfast ketiaw td, jadi ade la tenaga.

aku dpt no 25, sampai je klinik tu terus aku buat rutin biasa bila chekup timbang berat, cek air kencing, alhamdulillah berat bertambah dah 57.5 skrg (ayoyooo, gemuk nyerr), air kencing pun ok NIL maksud nye tak de gula (kencing manis) dan tiada protein (darah tinggi) dlm air kencing. Tekanan darah pun ok (sebab aku dah bekfas fuhhh), kemudian sukat tinggi rahim. Ha yang ni nurse akan gunakan tali tape dan dia akan sukat dari atas perut hingga ke bawah perut. Ketinggian rahim pun alhamdulillah, mengikut range 22 minggu. Tapi still tak dek scan la, kalo nak scan kene pegi klinik swasta.

Opps, terlupa pulak, masa tgh tunggu turn tu, tetiba aku dgr ade orang panggil
"Kak Eni!...Kak Eni!"
hai sape la pulok yg tau nama glam aku kat kg ni? Jadi aku toleh belakang, rupe rupenye Jai anak mak cho dgn isteri dia, baik nye, bagus betul teman kan isteri dia pegi check up, aku jugak yg sorang sorang. Wife Jai dah 8 bulan. sempat la tukar tukar no fon. Aku mmg tau Jai duk area sini, tp aku tak penah terjumpa or terserempak dgn derang berdua ni, penah aku cuba call, tapi no tu dah tak boleh dihubungi (yeop yg bg no tu).

Happy Birthday Mak!

27 March 2009

Hari ni hari jadi mak yang ke 48, de rupe tak cam 48? tak kan!mak memang awet muda, kalau aku keluar berdua dgn mak, mesti org kata mak tu kakak aku...heheh...

Selamat Hari Jadi mak! akak doakan agar Allah memanjangkan usia mak, di murahkan rezeki, dikurniakan kegembiraan dan keceriaan setiap masa, di mudah kan segala urusan serta bertambah ramai ahli keluarga dari keturunan mak. Akak sayang mak sangat sangat, I Love You mak!

A Birthday Parcel for Alif

21 March 2009

Today is Alif's 12 years old birthday. Dah besar dah adik akak ni, tak puas rasa nye tengok Alif main kereta roda kecik warna merah tayar warna kuning, dulu bukan main rayap lagi dia lap kat rumah, maklom la dia kecik lagi masa tu, jadi seronok kitaorg tgk dia happy. Tak puas merasa mandikan dia, supakan dia makan biskut, tak puas dukung dia...tup tup dah darjah 6, nak UPSR dah tahun ni, GOOD LUCK!.

Semalam sebelum berangkat ke negeri Cik Siti Wan Kembang, aku bungkus hadiah utk Alif cepat cepat, lepas tu rush pergi post office nak post parcel guna post laju, dgn harapan hadiah adik ku ini akan sampai pada hari lahir nya hari ni. Tapi dukacita di beritahu oleh pekerja pos tu, alamat kampung aku ni hanya akan terima parcel dlm masa 2-3 hari, jadi sila assume hadiah akan sampai pada hari isnin 23.3.09, huwaaaaa...tak pe lah! asalkan hadiah ni sampai dengan selamat kat Alif sudah.

Selamat Hari Lahir sayang, jaga diri baik baik, belajar rajin rajin, moga cerah masa hadapan, di permudahkan Allah segala urusan di dunia dan akhirat, jangan lupa solat, jangan lupa mengaji, jangan melawan ckp mak, moga Alif membesar dengan penuh kebahagiaan, kematangan dan murah rezki dan juga sentiasa di bantu oleh Allah setiap masa Amin...

Moga dapat result yang cemerlang dlm UPSR, terus boleh masuk sekolah best, dapat result best utk PMR pulak, lepas tu dapat banyak A dlm SPM!amin amin amin!

FIL Trip to the State Of Cik Siti Wan Kembang

19 March 2009




Adik ipar aku memang bertugas di Kelantan, since 1st day puasa last year. Trip ni memang telah di ura-ura kan sejak kenduri kahwin aku lg, kunun nye nak berhoney moon kat sana. Tp atas sebab sebab yg tak dpt di elakkan, jadi tak jadi la ke sana.

Kali ni pulak sbb abg-abg ipar & kakak-kakak ipar sepakat nak bershopping kat Kelantan, jadi aku dgn hubby pun ambik keputusan utk turut serta, berjalan jalan je lah kot sbb gaji belum masuk lagi, kat tgn mmg ngam ngam je. Kalau membeli pun sikit je lah, bak kata org, jgn tak de ye dak!

Kami naik Air Asia dr LCCT pukul 3.50pm, dan tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra
لاڤڠن تربڠ سلطان اسماعيل ڤيترا pukul 5.00pm. Icam mmg dah sedia menanti di sana utk menjemput kami.
Nyah & Abg Usop sekeluarga serta Mak Mertua rupenye dah pun tiba lebih awal dr kami.

I felt so impressive and proud of Kelantan when I first step-in the Airport, everywhere you'll see jawi font on every advertisement. Kalau kat negeri lain tak de nye. Even iklan Milo pun tulis jawi tau, Farah Fauzana iklan Nescafe pun pakai tudung. Bagus cam tu. Baru lah nampak memartabatkan Islam, baru lah terasa suasana Islam. Aku rasa bangga dan bersyukur sbb aku berkesempatan untuk berada di negeri itu.

Smpi rumah Icam, kami hemah diri solat jamak qasar (Asar Zohor) semua, terus keluar balik utk makan malam. Harga not bad, masakan pun sedap. Lepas makan malam dah kenyang semua, kami balik semula ke rumah Icam untuk solat Maghrib Isyak then we start our shopping activity at the Wakaf Che Yeh. Ni pertama kali aku sampai kat sini, aku membayangkan Wakaf Che Yeh ni macam uptown je, tapi rupe rupenye, besar beb! tak habis ronda kalau takat sejam dua. Mana tak nye tak cukup 2 jam, dah la harga tudung kat sana murah murah, banyak pulak, nak pilih lagi, bila pilih2 sekaliintai booth sebelah, eh eh lagi chantek la tudung dia, pegi pulak sebelah, pilih lagi, bukan aku je yang bersemangat dan teruja dgn tudung tudung kain kain baju baju kat sana, tapi mak mertua den pun sama, anak anak pompan dia lagi laaaa....hahahah tu nasib baik la duit kat tangan ni ciput je, 2 jam tu dpt le aku beli 3 helai tudung, selai tudung bawal fesyen baru ade batu yg tak berat tapi berkilau dan bersulam bunga yg kat KL rege RM50-60 (mungkin lebih) tapi kat situ rm25 jerkk hahaha(kene tawar gak la), aku sukakk! lagi dua helai aku beli tudung bawal biasa (kat KL harga dia RM30-50) tp kat situ RM15 sehelai, kalau had yang jual kat KL RM10, at sana RM5 je...tp aku tak beli la, itu cotton biasa.

Yang aku tak sangka, abang pun sama ligat, selalu nye kalo pegi pasar malam, baru jalan kejap dah sakit kaki la, kebas kaki la bagai, tapi kat Wakaf Che Yeh, dia punya la teruja tgk baju baju jersey murah murah, jam Patek Philippe, Tag Heuer, Rolex murah murah dengan memacam lagi gadget yang dia suka cantik cantik semua jadi bertambah bertenaga pulak kaki dia hihi...aku ni dah beli tudung tu letih pulak nak berjln, tapi terpaksa la jugak, kang aku tertinggal dlm ramai kang haru! Abg dgn Icam beli jam Rolex & Patek Philippe dan jersey.
Malam tu kami tidur dalam keletihan akibat bershopping.

Next day, we took Nasi Berlauk & Nasi Dagang for our breakfast at Icam's house. Only after 9.30am we start again our shopping journey, kali ni ialah Rantau Panjang! suasana kat situ lebih kurang macam Padang Besar, Perlis. Kali ni abg pulak pasang plan nak beli memacam, T-Shirt jersey 5 helai, 1 suar jeans, tapi aku pun tak kurang jugak, aku belikan untuk mak baju warna merah untuk besday dia nanti, dengan set bantal tilan untuk baby, sebenarnye tak nak beli lagi sebab masih awal, tapi dah harga nye amat best RM30 untuk tilam kekabu yang setebal 5 inci gebu yang boleh dipakai sampai 3 tahun, 2 bantal peluk bulat panjang dgn 2 bantal 4 segi semua gebu gebu belaka, huisshh, abg laju je beli, seronok betul dia bila dah beli tilam bantal baby tu. Kami tak boleh berlama lama sgt di sana sbb Solat Jumaat dah tak lama lagi dah. Paling bestnye Yang siap beli 3 set toto besar, tudung baju lagi, dan lain lain semua sumabt dalam bonet kereta Abg Usop, tapi balik naik kereta Icam, sampai depan imigresen kami lepas daripada disuruh membuka bonet, tapi abg Usop dia kene tahan bukak bonet cek itu ini terus kena cukai ...bukan barang dia dlm bonet tu, barang Yang, tapi dia yg kene cukai, itu paling best ahahahaha!


Sutera, Pasar Siti Khadijah

Coretan Suami Kuehbangkit

04 March 2009

Salam,

Alhamdullilah.......... sejuk hati seorang suami apabila melihat isteri mengandungkan zuriat kami, semoga sihat hendaknya, walaupun isteriku "kueh bangkit" selalu tidak sihat kebelakangan ini dapat juga aku menjalankan tanggungjawab sebagai suami menemaninya walaupun kerja di office dan di site yang bertimbun, syukur tiada pekara buruk yang berlaku.

Cuma aku risau sejak kebelakangan ini isteriku bagaikan tertekan dengan kerja di office yang bertimbun, dia sering mengadu padaku kerjanya banyak, pada mulanya aku rasa mungkin disebabkan keadaannya yang mengadung menyebabkan isteriku tidak selesa melaksanakan tugas- tugas seperti biasa, aku selalu memberi semangat padanya tetapi andaianku silap sebenarnya.

Rupanya isteriku telah ditambahkan dengan bebanan kerja menggantikan staff yang telah berhenti atau bertukar, aku tidak tahu, aku hairan sekali.... sebuah "bank" (rahsia bank mana) yang punya besar tak ada orang nak ganti ke, hati aku dah panas.... suami mana tak panas dengar citer macam nie, aku kalau staff berenti cepat cari replacement, yang lagi panas tue ganti kerja kerja kerani, yang wife aku tue executive then kena kerja ikut kata executive lain, suruh photostat pergi la photostat, suruh print pergilah print, suruh scan pergilah scan, aku lagi panas, yang kerja dia saper nak buat.

Aku bukan aper, suami mana yang tahan tengok isteri balik letih, tension dan murung jer, adapun senyuman yang hanya luaran, aku tahu hati dia lembut dan sabar tapi dia tak tahan dengan semua tue, aku rasa siapa yang ada isteri sure faham apa yang aku rasa, aku ada minta supaya isteri aku berhenti jika dia tak tahan, insyallah sebagai suami aku mampu menampung keluarga tapi kueh bangkit diam sahaja, aku tahu kerisauan yang ada dalam hati dia, baru nak mulakan hidup banyak rintangannya, aku bagitahu isteri kesayanganku bersabar sayang. Pada masa yang sama aku cakap dalam hati aku. Sebab hatiku yang lebih tidak sabar. Mahu sahaja aku jumpa Wahid Omar. Aku pernah jumpa dia dulu, itu masa projek di Telikom.

Itupun kalau dia ingat aku lagi ke tak, huhuu........ tapi Sale Manager office aku kawan baik dengan Wahid Omar start dari US lagi, so diaorang memang kawan baik dan selalu jumpa, kalau nak minta tolong boleh la tapi tak elok kroni-kroni nie, unsur-unsur rasuah la kiranya. So, malas la nak cerita pasal tue, yang paling utama isteri aku. Aku mohon tuhan permudahkan urusannya, kerjanya, dan selamatkan dirinya serta kandungannya. Bagi yang mengenali kueh bangkit ku mohon dengan tulus ikhlas jaga hatinya, moga allah membalas dengan setinggi tinggi pahala.

Emm........panjang dah aku tulis, tak penah aku menulis panjang macam ini, rasanya last sekali tulis panjang masa SPM, kueh bangkit pun dah tidur, esok insyallah 6.00 pagi dia dah bangun siap dan mandi, harap esok kami dapat subuh berjamaah berdua, mohon semoga allah mempermudahkan urusan duniawi kami. Yang baik datangnya dari allah, yang buruk datangnya dari kedaiffan saya sendiri, kalau ada yang tersilap kata harap dimaafkan, beginilah coretan seorang suami yang keresahan memikirkan isteri yang tercinta.

Harap kueh bangkit tak tahu suami dia post dalam blog dia, kalau dia tahu sure dia delate.
Jangan delate sayang, penat abg tulis luahan hati abang.....

Regard,

Zulhilmi Abdul Rahim
Manager Lotus Support & Services
INTERXS SDN BHD
zulmi@interxs.com.my

Puncak Genting

01 March 2009

Lama dah nak update story kat Genting ni. Tapi asyik tak berkesempatan je, abg pun busy dgn tender nya, jadi aku tak de can nak tumpang laptop ni utk update blog.
Asal cerita nye sbb aku rasa rindu nak rasa angin sejuk kat Genting. Aritu masa abg g PaintBall kat Ulu Yam, sempat lalu tang Hotel Sri Malaysia je, peh tu turun ikut Batang Kali. Dapat merasa kejap je la angin sejuk tu.
Jadi untuk tidak menghampakan hasrat isteri tersayang, abg pun bawak la aku g Genting. Tapi since preggy ni, idok le masuk tang indoor&outdoor game tu. Kami just jalan jalan je keliling Genting tu. Syok betul...time kasih ye abg!


Enjoy