Sunday, May 22, 2011

DI SINI KAMI MENGUKIR JANJI









Dulu................
kita datang ke sini
hanya berbekal sehelai baju
dalam sebuah beg yang lusuh
dan sehelai batik umi
buat penghilang rindu

tangan umi kulepaskan
airmata umi kukesat..
kupeluk umi erat
bagai tidak mahu kulepaskan

umi....usah menangis
aku pergi buat meringankan beban umi
kesian umi....sejak tiada ayah
umi lelah sekali
lalu aku meminta izin utk ke sini
mencari ilmu dunia dan akhirat

Di sini aku bersama yang lain
duduk sebilik bertujuh
bagai adik beradik seibu sebapa
membawa nasib sama
buat meneruskan hidup
kami diajar segala
menjadi anak baik dan soleh
riang ria,tawa tangis
kami bersama

dalam meniti hari-hari mendatang
kami membawa diri bagai sudah biasa
adakala kami gembira
adakala kami bergaduh
ada kala kami menangis

kami mandi bersama
kami makan bersama
kami solat bersama
kami tidur bersama
dan kami bertujuh
mahu ke menara gading bersama
sungguh indah khayalan kami
mahu membina istana buat umi
mahu pakaikan umi baju cantik
mahu jadikan umi ratu dalam diri kami
ahhhh.....kami sentiasa bermimpi mungkin

namun.....cahaya sinar yang kami harap
rupanya...mendung berarak lalu
tiba-tiba...istana tempat kami berteduh
bagai digegar raksaksa
istana yang kami sayang
tiba-tiba gelap dari pandangan
di mana adik-adikku

dalam hujan renyai.....
kami hilang..
kini baru kami sedar
rupanya kami sudah disemadikan
bagai sebuah janji
mahu ke menara gading bersama
rupanya janji kami tidak tinggal janji
kami disatukan dalam lahad yang sama
tinggallah cikgu
tinggallah umi
tinggallah kawan-kawan

maafkan aku umi
tidak bisa bina istana buatmu
tidak sempat pakaikan umi baju cantik
tidak kesampaian mahu memegang segulung ijazah
kerana...
kami sudah dijemput
menemui Dia kekasih hati
kami sudah diundang
bersama bidadari cantik
maafkan kami umi

namun....
kami gembira di sini
bersama kawan-kawan
yang setia
usah sedih kalian
kami bahagia di sini
syukur...
sesungguhnya......

DI SINI KAMI MENGUKIR JANJI

Friday, May 20, 2011

MINGGU YANG MEMBOSANKAN

Entah.....
rasanya minggu ini
amat membosankan
baik di sekolah
mahu pun di rumah
semua dibuat
macam ada yang tak kena
walaupun si Naufil sudah senyum manis
tapi hati aku
masih bosan

memang adakala beginilah kita
menghabiskan hari-hari tua
sebagai pendidik
adakala jiwa rasa macam kuat
adakala jiwa rasa bagai kaku
adakala bagai besi waja
adakala bagai bayu lembut
adakala bagai mahu menjerit
adakala bagai mahu membisu

entah....
maka blog ini tempat aku berbisik
mahu menjadi penulis sampai mati
yang bebas menulis apa saja
yang bebas melahirkan rasa tidak puas
yang bebas menyatakan hati ini amat kacau

blog ini walau ia bisu
ia bisa mengubat lelahku
bisa buat aku tenang
bisa buat aku ketawa ada kalanya
bisa buat aku menangis ada saatnya
bisa buat hatiku lapang
dari ribut-ribut yang tidak diundang

adakala mahu terus berpuisi
bagi menenangkan jiwa tua yang kacau
adakala mahu terus bermadah
pada lidah yang tidak upaya berkata-kata
adakala mahu terus berhujah
walau pidatoku tidak sehebat juara
adakala mahu bertazkirah
walau tidak sepetah ilmuan

begitulah.......
bukan mudah menenangkan jiwa
selain sujud padanya
mencari sedikit penawar
buat mengakhiri hidup
yang DIA sudah tahu bila masanya.........

Tuesday, May 17, 2011

SENTUHAN KASEH DI 16 MEI

16 Mei 2011
adalah tarikh keramat buat aku
seorang pendidik
hari yang sentiasa dinanti
oleh semua keluarga sekolah
maka akulah yang amat gembira
walau penat melayan kerenah
anak murid yang berbagai ragam

Dalam kita menyambut hari guru yang lalu
aku punya cerita untuk dikongsi
antara lucu,sedih dan melampau...

Tentu kalian masih ingat pada Naufil
anak murid yang kata aku garang
yang melalak tak sudah-sudah hingga kini
lepas peristiwa yang lalu
Naufil ditempatkan di 1BAKTI
Tentunya aku rasa amat sedih
walaupun aku garang(takkk...aku tegas)
aku tetap rindu pada Naufil

Dalam diam,saban hari
aku akan intai semasa di perhimpunan
ada tak Naufil datang
kalau ada....oklah
kalau tak ada...demamkah ia
jauh di sudut hati...aku kesian padanya

Di 1BAKTI...Naufil tak tenang juga
menangis setiap pagi
ayahibunya juga mungkin pening kepala
apa penyakit anak ini
kalau dulu dia kata aku garang
dah pindah kelas...masih juga menangis
begitulah setiap hari
geram jugak aku melihatnya
dan dalam rindu...aku buat-buat benci

Pagi 16Mei semasa perhimpunan
aku tgok Naufil menangis
aku malas nak pergi pujuk
Lepas perhimpunan Cikgu Rozita memimpin tgn Naufil
Cikgu Rozita:Kak Ani...naufil nak bagi hadiah
Aku :ahhhh...tak mau.biarkan dia
(kejamnya aku kan)
aku terus kekelas 1 sabar
tak lama kemudian,aku tgok Naufil ada di belakang pintu 1 sabar
aku menjerit bila tgok dia menangis
Aku:Asmahani...nape budak ni kat 1 sabar ni...akak tak mau ajar dia ni.
nanti dia menangis dan kata akak garang...tak mau...tak mau
Asmahani: dia kena masuk 1 sabar semula lak kak ani
Aku : adoiiiii.....
aku terus gi kat naufil dan marah padanya
Aku:saya tak mau ajar awak...kan saya garang.
maka...berjurailah air mata anak kecil itu
adoiii....aku mulalah lemah hati ni...

aku:awak nak masuk 1 sabar semula kee?
Naufil mengangguk kepalanya dalam sedu-sedu
aku memimpin tangannya ke dalam kelas
lalu aku bertanya lagi

"betul ni...nak duduk kat 1 sabar
janji ngan cikgu ani tak nangis lagi..
Naufil anggukkan kepala lagi.
airmata masih menderu keluar tak henti-henti
aku bertanya lagi
"sayang cikgu ani tak?
Naufil anggukkan kepala
"kalau sayang cikgu ani...haaaa...cium cikgu ani"
aku menghulurkan pipiku...
anak kecil itu mencium pipiku..
adoiiiiii.....maka..lemahlah segala urat sarafku
dan marahku ,benciku,yang lalu-lalu
pergi,hilang,terbang entah ke mana
ohhhhhh.......naufil.....
napelah kau begini...
maka...aku pun melalak leeee...hu hu hu hu

naufil terus mengeluarkan sekotak hadiah
dan menghulurkan kepadaku
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
aku melalak lagi...
lepas memujuknya
aku berlari ke tandas
dan menangis sepuas-puasnya
huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

maka...itulah kisahnya
trajedi airmata dihari guru 2011
kenangan abadi yang tak dapat aku lupakan
harap Naufil tidak menangis lagi..............
N....A....U....F...I..L

Saturday, May 14, 2011

UNTUKMU GURU SEPASANG SUTERA KASEH

kau bagai bulan
menerangi malam gelap
kau bagai mentari
bersinar bila perginya bulan
kau bagai lilin
menerangi kesyahduan malam
kau bagaikan cahaya
yang sentiasa menjadikan
malam itu amat terang

kau bagai berlian
pada cantik sebentuk cincin
kau bagai mutiara
yang indah di celah tiram
kau bagai kerlipan
segala kristal cantik
kesukaan seorang perempuan

Itulah puisi indah
yang datang setiap Sambutan Hari Guru
bagaikan guru itu adalah cahaya
penerang alam..
sungguh indah kita seorang guru

syukurlah padamu guru juga aku
menjadi insan yang amat dihargai
sungguh bertuah kita
dilahirkan untuk menjadi seorang guru
terima kasih pada ayah bonda
yang merestui aku menjadi guru
walaupun adakala jawatan guru itu
adalah pilihan yang terakhir..

Duhai pendidik
mari kita renungkan
walaupun gaji kita sedikit cuma
berbanding dengan jawatan lain
namun pernahkah kita terfikir
hanya hari kita (Hari Guru)
yang disambut penuh syahdu
penuh gembira
penuh MAGIS

aku bayangkan....
anak-anak muridku
bagai nak runtuh segala kedai cenderahati
mencari hadiah buat gurunya
ibubapa pula mencari duit
bagi memenuhi hasrat anaknya
bayangkan anak murid yang tiada apa..
duduk menung..
mahu apa diberi pada guru kesayangannya
tentu rasa sedih kerana ketidakmampuannya
walau mahu membeli sebatang pen buat kecintaannya

Begitulah...
kita amat dihargai
maka ...mari kita berjanji pada diri
mahu menjadi bulan dan matahari
mahu menjadi berlian dan mutiara
mahu menjadi penerang semesta alam
mahu terus mencurah bakti
selagi ada hayat dikandung badan
selagi kudrat ini bisa berbakti

duhai cahayaku
terangilah alam ini
dengan cahaya keikhlasanmu
sinarilah malam ini
dengan penuh rasa insaf
jadikanlah anak didik kita
seorang insan berhati waja
seorang insan berjiwa kental
seorang insan berhati mulia

muga bila kita
tidak lagi bergelar guru
ada seorang anak muda berjaya
datang menziarahi kita
dan memanggil "cikgu"
lalu menghulur
SEPASANG SUTERA KASEH

Saturday, May 7, 2011

SIAPALAH KITA.....HANYA INSAN BIASA

Di sini aku mahu bicara
kerana rasanya aku perlu bicara
dari hati yang amat tulus dan ikhlas
buat kita renung bersama
sebelum kita jauh terpisah
dari dunia kita seorang pendidik

Sabtu lalu,kita mengadakan 2 aktiviti
Road Run dan meeting /ladap
memang amat letih dan amat meletihkan
namun aku puas hati akan apa yang aku telah lakukan
walaupun aku tidak sihat pada awalnya
singgah mengambil injection kerana masalah bengkak badan
tidak aku jadikan alasan untuk tidak hadir
kerana mahu bersama mendapatkan sedikit ilmu
dan akur sebagai penjawat awam yang telah aku pikul
23 tahun yang lalu

Memang tidak dapat dinafikan
pengisian pada hari itu adalah biasa-biasa sahaja
dan hanya ada sedikit penambahan sahaja
jauh di sudut hati....aku pun berbisik
ahhhh.....hanya ulangan dari hari yg sudah2
tapi...siapalah kita yang nak kata bosan,buang masa,itu dan ini
siapa kita?

Aku fikir semula....kenapa kita perlu diingat selalu
kerana kita tidak buat apa yang kita perlu buat
siapa nak tegur kita,kalau tidak orang dalaman
siapa kita?
adakah kita insan cemerlang yang tidak boleh ditegur
atau tidak layak ditegur
atau..adakah kita yang ada sekeping ijazah
memang tidak perlu ditegur lagi
walaupun kita memang bersalah

Wahhhh.....hebat betul kita ni...
sehebat mana kita?
adakah kita sudah dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
maka kita sudah cukup cemerlang
kita tidak perlu menghadiri
apa-apa projek sekolah yang mahu kita terus bermotivasi
apakah kita sudah cukup hebat

Maaf kalau aku amat emosi sekali
dulu aku juga punya anak kecil
4 anakku.Suami jauh bertugas.hujung minggu baru balek
aku menjadi kuat kerana aku adalah aku
tidak mahu bergantung hidup pada suami 100 peratus
mahu berhati waja dan mahu kuat menghadapi rintangan
maka aku susun jadual sebijaknya

Dari situ..aku mengajar anak-anakku agar berjiwa berani dan kuat
perlu memahami ibunya dan mereka juga perlu berhati waja
syukur.....liku-liku yang aku lalu menjadi tauladan
dan anak-anakku menjadi insan kuat dan taat serta hormat pada ketua
hinggakan anakku Fitrah yang masa itu ditahun 1 ,tidak pernah mencari aku
di sekolah semasa membeli alat tulis dan ke kantin
kerana abang-abangnya berpesan
"kau jangan mengada-gada sebab mak kita cikgu,abang dulu,mak tak benarkan panggil
mak kat sekolah"
"kau mesti jadi murid lain,yang maknya tak ada kat sekolah"
mungkin kerana pesan abangnya itulah dia tidak pernah mencari aku di sekolah
kecuali dia tidak sihat

Kadangkala terfikir aku
mengapa kita degil
tidak mahu dan membangkang keputusan pentadbir
adakala kita langsung tidak peduli dan nampak benar kita amat degil
Nak ke mana kita dik?
Nak pindah? atau tinggal di sini bertugas dalam keadaan yang tidak selesa
Rasanya semua itu membuatkan kita bagai terpaksa
dan di mana keikhlasan kita untuk datang bertugas
dan sampai bila

Lalu aku mahu lari dari suasana ini
aku mahu menjadi aku dan tidak peduli untuk dimarahi atau ditegur
kalau itu untuk kebaikan
biarkanlah
Kerana...adakala aku terpikir
adakala kita menghadapi masalah bersama parent
kerana tidak secara sengaja melukakan anak mereka
siapa yang kita cari waktu itu?
adakah suami yang selalu marah kerana bermeeting selalu?
atau kawan-kawan yang mengajak kita menjadi degil?
atau kita sendiri boleh berdepan dengan parent itu?
tidak ada mereka disisi kita waktu itu dik
aku sudah alami ini semua
kawan-kawan?....ada masa mula jauhkan diri
tak berani mengeluarkan pendapat
adakala buat tak tau bila kita menangis
kawan....
hanya bersama bila kita ada
bersama bila kita gembira
bersama bila mahu menjadikan kita negatif
suami.....sekadar diam membisu
kerana mereka tidak ada hak untuk bercakap
kerana itu bukan bidang mereka

Maka siapa kita cari?
ya....mereka yang kita selalu kata
adakala kita hina keji
mereka inilah yang akhirnya menolong menjernihkan
keadaan dan menyelesaikan masalah kita

Kita selalu berkata...
mereka tidak mahu memberi kerjasama pada kita
Cuba pula kita tanya
adakah kita memberi kerjasama pada mereka?
mereka tahu dik
siapa yang selalu mengecam mereka
kerana wall fb kita adakala boleh dibaca mereka

Maka tidak hairan kenapa mereka tidak memberi kerjasama
adakah kita akan memberi kerjasama pada orang yg pernah hina maki kita?
rasanya susahkan...kalau ada pun ..tentu secara terpaksa
jadi marilah kita ambil beberapa perkara ini sebagai langkah positif

andai orang itu berhati keras,maka kita lembutkan dengan kata-kata
andai orang itu berbicara kasar,patahkan dengan kehalusan lidah kita
andai orang itu selalu beremosi,maka biarkan dia dgn emosinya
jangan kita jua berhati keras
jangan kita jua berbicara kasar
jangan kita juga beremosi
berdoalah ,muga suatu hari nanti
kita boleh menjadi sahabat baik pada insan ini

Ingatlah adik-adikku
amat mulia dirimu di sisi Allah andai kamu selalu memaafkan
insan yang menganiya kamu
terlalu tinggi darjatmu di Akhirat nanti andai kamu mudah
merendahkan diri pada keangkuhan orang lain
KERANA Nabi Muhammad pun akan memaafkan umatnya
yang mengaku Islam tapi jahil
dan mendoakan mereka di neraka agar ke syurga jua akhirnya
betapa sucinya hati Nabi kita kan dik

Maka siapa kita untuk tidak memaafkan insan ini
marilah sayang...dengar cakap kakak tua kamu ini
akak memohon dengan linangan air mata
anggaplah dia ibu kita yang kerdil dan tua
yang mahu melihat anak-anaknya berjaya
yang bebelannya,marahnya,herdiknya cuma seketika
andai esok ibu kita pergi...biar dia pergi dengan meninggalkan
satu tanggungjawab yang telah ia lakukan dan insan tua itu
tidak akan ada hutang terhadap Allah.
Berfikiran positiflah adik-adikku
muga kita akan sentiasa diberkati
dan akan selalu gembira
dan memikul AMANAH ALLAH ini dengan penuh kesyukuran

Maafkan kakak tuamu ini andai coretan ini
melukai hatimu yang memangnya sudah bersih cuma...
ada sedikit tercalar oleh sesuatu yang tidak diduga.
Salam sayang untuk semua dan ingatlah
HANYA KITA YANG TAHU SIAPA DIRI KITA

Thursday, May 5, 2011

MASIH AKU INGAT





aku masih ingat
zaman kecil dulu
masa hidup susah
payah sungguh ibu ayah
cari duit dan besarkan kami
abah dan mak tak pernah mengeluh
abah hanya tersenyum
"sekolah,kalau nak senang"
kata-kata itu buat aku kuat
aku belajar walau serba kekurangan

akhirnya....jadi guru
yang amat aku impikan sejak kecil
kini dah 23 tahun jadi cikgu
dah 4 sekolah aku berkhidmat
dah 4 guru besar menjadi ketuaku
2 GB lelaki,2 GB perempuan

mana sekolah......sama sahaja
aku...mcm dulu jugak
pentadbir ,aku buat kawan
GB pertama Cikgu Yassin.
1 tahun aku dah disahkan dlm jawatan
terima kasih cikgu.

Gb ke2 lelaki jugak,Cikgu Chin Kow Ming
masa tu,aku selalu semput....
maka setiap minggu aku mesti MC
cikgu chin ada kata
"hari-hari MC...aiya"
aku...apalah nak jawab
aku cuma kata
"cikgu,saya pun tak mau sakit,tapi itu sakit sudah mari,
saya apa mau bikin"
he he.....aku kan pandai jawab
Gb ke 3 Pn Siti Minah
Ahhhh.....amat garang
aku dekat-dekat padanya
kena marah selalu
sebab suka bawak makanan kat sekolah
"mintak maaflah puan,saya suka masak,tepong banyak kat umah,
nanti berkutu pulak"
he he...aku kan pandai jawab
sebab pandai jawab beno..
aku dapat APC tahun 2003
he he

Pas tu pindah S Alam
Cikgu Aziz...
ahhhh...dia ni lembut...sporting abih
tapi bila cikgu tak dengo kata dia
maka dia pun sedih dan menangis
alahai.....aku pun layan sedihnya
uwa...uwa

Bila cikgu Aziz pindah...
Haaa...mari pulak Pn.Norsima
Garang gakkkk....
cuba dekat-dekat gak...
tapi bukan bodek.
bodek tak main haaaa
kipas-kipas lagi tak main haaa
kat bilik GB dah ada aircooooooonnnn

aku macam-macam biasa jer
rasa nak jawab ,aku jawab
rasa salah,I'am sory

apa lagi aku boleh kata
selalu gak kami tahun 1 kena marah
alahhhhh......diam ajelah
orang lama kan.
Marahnya tak lama
kena marah...ketawa jer

kalau salah perbetulkan
kalau tak salah....
anggaplah salah dengoooo

Jangan fikir banyak-banyak
lama lagi nak kerja nih
nak pindah mana?
dok aje diam-diam
fikir gi sekolah nanti
nak ketawa ngan suraya,ngan suhaiza
ngan amutha,ngan amnah,ngan lim
fikir nak lawan perut ngan sanisah,ngan kitty
ngan tomato.....

ahhhhh......aku seronok
dan mahu abihkan alam pendidikan ini
di sini................
kerana aku percaya
AKU ADALAH AKU

Sunday, May 1, 2011

KENANGAN DI HOMESTAY SG. SIREH,TG.KARANG







Kenangan buat puteriku
Kem Jati Diri 2011
terima kasih buat Guru Tahun 6
kenangan yang tidak dapat aku lupakan

Merempit bersama Ustazah Wazni
bawak ven membelah sawah padi jam 1 pagi
bagai dikejar hantu raya

sarapan pagi bersama Junaidah
di rumahnya
2 loyang besar kuih talam
me hoon,nasi lemak
pulut panggang
tea,kopi
apam tepung beras
ahhhh.....kenyang sungguh

agak pening bapak Jun tgok kami
anak angkatnya yg tak berdaftar
Lim
amutha dan karthik
Rozita
Kak Jem
Siti
Haliza
Wazni
Rozimah
Hayat
Redzua dan isteri and adam
Aku ...Rohani
Suzana yang semput ditgh malam...ciannn

Ahhhhhhhhhhh
kenangan abadi yang tidak dpt dibayangkan
masih segar dalam ingatan
Muga kenangan ini akan dpt
kita kecapi lagi
di masa-masa mendatang..