Post42
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Allah SWT. Menerangkan berkenaan Syurga dalam beberapa didalam
al-Quran. Yang paling banyak adalah didalam surah al-Waaqi’ah, surah ar-Rahman,
surah al-Ghaasyiyah dan surah al-Insaan. Nabi kita juga, Muhammad saw telah
memberi penjelasan yang sangat jelas melalui hadis-hadis baginda yang sahih
lagi hasan. Penjelasan yang sama juga diberikan oleh para Salafus Salehin.
Semoga Allah meredhai mereka dan mengumpulkan kita semua bersama-sama mereka
kelak....amin.
Diriwayatkan oleh Ibnu Wahab, dari Ibnu Zaid bahawa Rasulullah membaca
ayat 1 dari surah al-Insaan, mafhumnya; “Bukankah telah datang kepada suatu waktu
dan masa”. Ayat ini diturunkan kepada Nabi saw ketika baginda didatangi
seorang lelaki berkulit hitam yang terus menerus bertanya soalan kepada
baginda. Lalu ia ditegur oleh Saidina Umar al-khatab, “Cukup... jangan kamu membebankan Nabi”. Tetapi baginda pula
bersabda, “Biarkanlah dia, wahai putra
al-Khatab”. Ketika baginda membacakan ayat al-Quran kepada tetamunya hingga
sampai kepada ayat yang menyentuh hal Syurga, tiba-tiba tetamunya itu merentih
sekali sahaja dan terus meninggal dunia.. Nabi saw bersabda, “Yang membuat jiwa tetamu ini melayang
(meninggal dunia) adalah rasa kerinduannya teramat sangat kepada Syurga”.
BAB 115: CIRI-CIRI PENGHUNI SYURGA DAN NERAKA DAPAT DILIHAT SEMASA
DIDUNIA LAGI.
Diriwayatkan oleh Ibnu Wahab bahawa ia pernah mendengar Ibnu Zaid
mengatakan, “Allah memberikan ciri-ciri penghuni Syurga didunia dengan rasa
khawatir (bimbang), sedih, menangis dan takut. Lalu dengan semua perasaan itu,
Allah menyusulnya (mendatangkan pula) kepada mereka kesenangan serta
kegimbiraan diakhirat. Ia membaca firman Allah yang Mahamulia lagi Mahaagung, ‘Sesungguhnya
kami dahulu, sewaktu berada ditengah-tengah keluarga kami merasa takut (akan
azab Neraka)’. Manakala Allah memberi ciri-ciri penghuni Neraka sewaktu
didunia dengan kegembiraan, banyak tertawa dan kesenang-senangan. Allah
berfirman, ‘Sesungguhnya dia dahulu (didunia) bergembira dikalangan kaumnya
(sama-sama kafir). Sesungguhnya dia menyangka bahawa dia sekali-kali tidak akan
kembali (kepada Tuhan mereka)’”.
Mengenai ciri-ciri penghuni Neraka, secara jelasnya telah dikemukakan
didalam keterangan bab-bab yang telah lalu. Segala puji bagi Allah semata-mata.
BAB 116: KELEBIHAN TINGKAT-TINGKAT SYURGA ANTARA SATU DENGAN YANG LAINNYA.
Firman Allah didalam surah ar-Rahman ayat 46, mafhumnya;
“ Untuk orang yang takut akan berdiri (dihadapan) Tuhannya ada dua
kebun (Syurga)”.
Kemudian Allah menjelaskan lagi berkenaan dua jenis kebun Syurga itu
pula, Dia berfirman didalam ayat 62 surah yang sama, mafhumnya;
“ Selain daripada dua kebun itu ada lagi dua kebun yang lain”.
Bagi menafsir maksud firman Allah, “Untuk orang yang takut akan berdiri
(dihadapan) Tuhannya ada dua kebun (Syurga)”. Ibnu Abbas mengatakan, “Bagi orang-orang yang
telah rajin mengerjakan amalan dan kewajiban-kewajiban yang diperintahkan
oleh Allah, ada dua syurga (untuknya)”.
Ada yang berpendapat bahawa pekara ini bersifat khusus, maksudnya, bagi setiap
orang yang takut waktu mengadap Tuhannya, mereka akan mendapat balasan dua
kebun Syurga. Kemudian ada pula yang berpendapat bahawa dua kebun Syurga
tersebut adalah untuk semua orang yang takut waktu mengadap Tuhannya. Yang
lebih utama adalah pendapat yang pertama tadi.
Menurut atz-Tirmidzi, dua kebun Syurga tadi adalah sebagai balasan
kerana ketakutannya kepada Allah waktu mengadap Nya dan yang satu lagi sebagai
balasan kerana ia meninggalkan kesenangan-kesenangan nafsunya sewaktu didunia.
Ia merasa takut waktu mengadap Tuhannya kelak kerana takut dihisab (ditimbangan
Mizan). Ia meninggalkan perbuatan-perbuatan maksiat. Ada pula yang berpendapat
bahawa yang dimaksudkan takut kepada Allah yang selalu mengawasi perbuatannya
dimana-mana dan pada bila-bila masa saja.
Menurut Mujahid dan Ibrahim an-Nakh’i, itu adalah contoh seseorang yang
telah berniat hendak melakukan maksiat, namun apabila teringat kepada Allah. Ia
dengan tiba-tiba membatalkan niatnya itu kerana takut kepada Allah.
Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas bahawa Nabi saw bersabda, “Yang dimaksudkan dengan dua Syurga adalah
dua taman (kebun) yang berada di Syurga Luas setap taman itu sejauh seratus
tahun perjalanan. Ditengah-tengah setiap taman itu terdapat sebuah rumah dari
cahaya yang berdiri diatas cahaya. Segala yang berada didalamnya berupa
kenikmatan. Disana ada pohon-pohon yang hijau. Akarnya cukup kuat dan ia tumbuh
cukup subur”. Demikian yang telak dipetik oleh al-Harawi dan ats-Tas’labi
dari hadis Abu Hurairah. Kemudian ada pula yang menyatakan, salah satu dari dua
Syurga itu terletak diistana Syurga yang paling bawah dan yang satu lagi
terletak diSyurga yang paling atas. Menurut Muqatil, dua Syurga itu adalah
Syuga Aden dan yang satu lagi Syurga Na’im.
Menurut Ibnu Abbas, yang dimaksudkan firman Allah, “Selain daripada dua kebun itu
ada lagi dua kebun yang lain”, ialah bahawa bagi orang yang takut waktu
mengadap Tuhannya, selain mendapat balasan dua Syurga itu, dia juga mendapat
dua Syurga yang lainnya, ataupun boleh diertikan seumpama bertingkat-tingkat.
Maksudnya, pada orang yang takut waktu ia mengadap Tuhannya, ia akan diberi
balasan dengan mendapat empat Syurga sekali gus. Dua Syurga yang pertama berupa
tanaman kurma dan buah-buahan, kemudian dua Syurga yang kedua berupa
tanam-tanaman Syurga yang seumpama dengannya.
Berkata al-Mawardi, “Mungkin yang dimaksudkan dengan firman itu tadi
adalah untuk pengikut-pengikutnya. Yang satunya diperuntukkan untuk bidadarinya
dan yang satu lagi untuk anak-anak muda yang tetap muda (peria). Pekara ini
adalah untuk membezakan tempat diantara lelaki dan wanita”.
Berkata Ibnu Juraij, “Semua ada empat Syurga. Dua untuk orang-orang
terdahulu beriman dan orang-orang yang dekat dengan Allah. Didalamnya terdapat
berbagai jenis buah-buahan yang berpasangan kerana dua mata air yang sentiasa
mengalir. Kemudian dua Syurga lagi adalah untuk golongan kanan. Didalamnya juga
terdapat berbagai jenis buah-buahan terutama kurma dan delima, ditambah dengan
dua mata air yang terus terpancar”.
Menurut Ibnu Zaid, dua Syurga pertama yag diperhias dengan emas adalah
untuk orang-orang yang dekat dengan Allah. Kemudian dua Syurga lagi diperhias
dengan perak adalah untuk golongan kanan.
Menurut Syeikh al-Qurthubi (pengarang kitab ini) pula, inilah pendapat
yang dipegang oleh al-Halimi alias Abu Abdullah al-Hasan bin Husain didalam
kitabnya yang bertajuk ‘Minhaj ad-Din’. Ia berpandukan pada riwayat Sa’id nim
Jubair dari Ibnu Abbas bahawa yang dimaksudkan pada firman Allah, “Dan
bagi orang yang takut pada waktu mengadap Tuhannya ada dua Syurga”,
hingga sampai pada ayat, “Kedua-dua
Syurga itu (kelihatan) hijau tua warnanya”, membawa maksud, dua Syurga yang
pertama untuk orang-orang yang dekat pada Allah. Manakala dua lagi adalah untuk
golongan kanan. Pendapat yang sama juga dikemukakan oleh Abu Musa al-Asy’ari.
Ketika memberi gambaran kedua-dua Syurga itu, Allah SWT. Juga
memberikan isyarat adanya perbezaan antara keduanya. Menyentuh kepada dua
isyarat itu, Allah berfirman didalam surah ar-Rahman ayat 50 yang mafhumnya;
“Dalam keduanya ada mata air yang mengalir”.
Kemudian disebutkan penjelasan bagi dua Syurga yang akhir didalam surah
yang sama pada ayat 66, mafhumnya;
“Dalam keduanya ada dua buah mata air yang terpancar keduanya”.
Kedua-duanya memang memiliki sumber dari mata air, tetapi yang satu itu
mengalir dan yang satu lagi memancar.
Bererti kedua-duanya tidak sama. Pada dua Syurga yang pertama, Allah
berfrman didalam surah ar-Rahman ayat 52 mafhumnya;
“Dalam keduanya ada bermacam-macam buah-buahan yang berpasang-pasang”.
Baik nama-nama buah yang sudah dikenali mahupun buah-buah yang tidak diketahui
atau samaada ianya basah mahupun kering semuanya ada disediakan disitu. Ini
adalah kerana keterangan ayat ini adalah bersifat umum. Kemudian untuk dua
Syurga yang terakhir itu Allah berfirman disurah yang sama ayat 68 mafhumnya;
“Dalam keduanya ada buah-buahan, pohon kurma dan delima”.
Didalam surah yang sama juga Allah telah berfirman pada ayat 54 yang
menyatakan nikmat didalam Syurga kedua yang pertama, iaitu mafhumnya;
“Mereka bersandar diatas hamparan yang sebelah dalamnya dari sutera...”
Maksud ayat itu adalah dari sutera yang asli. Manakala didalam Syurga
yang akhir, kedua-duanya mempunyai nikmat berbeza. Ini dijelaskan Allah didalam
firman Nya didalam ayat 76 pada surah yang sama, mafhumnya;
“Mereka bersandar diatas bantal yang hijau warnanya dan permaidani yang
cantik rupanya”.
Walau bagaimana pun, Sutera adalah lebih baik dan berkualiti tinggi
dari permaidani yang seindah mana pun.
Mengenai ciri-ciri bidadari pada dua Syurga yang pertama telah
dijelaskan dalam firman Nya didalam surah yang sama pada ayat 58 yang
mafhumnya;
“Seolah-olah perampuan-perampuan (bidadari) itu permata yakut dan
mutiara”
Manakala didalam Syurga yang akhir, kedua-duanya mempunyai bidadari
yang dijelaskan didalam surah itu juga pada ayat 70 yang mafhumnya;
“Didalam semuanya ada perampuan-perampuan (bidadari) yang baik
akhlaknya dan cantik parasnya”.
Biarpun secantik mana rupa paras bidadari di Syurga yang akhir itu, ia
tidak dapat menandingi keindahan permata yakud (zamrud) dan marjan (mutiara).
Dalam surah yang sama juga Allah menjelaskan ciri-ciri dan perbezaan
yang ada didalam dua Syurga yang pertama dan dua Syurga yang terakhir iaitu
difirmankan Nya didalam ayat-ayat 46, 48, 52 dan 54 untuk dua Syurga ang
pertama, yang mafhumnya;
“Untuk orang yang takut akan berdiri (dihadapan) Tuhannya, ada dua
kebun (diSyurga ini). (Keduanya) mempunyai dahan-dahan. Dalam keduanya ada
bermacam-macam buah-buahan yang berpasang-pasang...Dan buah kedua kebun itu
rendah-rendah (mudah dipetik)”.
Kemudian untuk kedua-dua Syurga yang akhir itu pula disebutkan didalam
firman Nya didalam ayat 62 dan 64, mafhumnya;
“Selain daripada kedua kebun itu, ada lagi dua kebun yang lain.
(Keduanya) sangat hijau daun-daunnya”.
Diperkatakan bahawa dengan warna terlalu kehijauan pohon-pohon yang
berada disitu hingga kelihtan seolah-olah kehitam-hitaman. Dari kedua-dua ciri
diatas tadi, ia menampakkan perbezaan yang nyata bagi keduanya.
Mungkin juga ada pertanyaan yang akan timbul berkenaan, “Mengapakah
Allah hanya menyebutkan berkenaan penghuni dua Syurga yang pertama sahaja dan
tidak kepada penghuni dua syurga yang akhir ?”. Jawapannya ialah sesungguhnya
keempat-empat Syurga itu adalah milik orang-orang yang takut dihari menghadap
dihadapan Allah SWT. Mereka memiliki tingkat-tingkat yang berbeza-beza. Dua
Syurga yang pertama itu adalah untuk hamba yang paling tinggi tingkat
ketakutannya, manakala dua Syurga yang terakhir adalah untuk mereka-mereka yang
tingkat ketakutannya lebih rendah dari yang diatas tadi.
Menurut Syeikh al-Qurthubi (penulis kitab ini), itu tadi adalah
merupakan salah satu pendapat. Ada pendapat lain lagi, umpamanya dari
adh-Dhahhak yang mengatakan bahawa dua Syurga yang terakhir adalah lebih utama
daripada dua Syurga yang pertama. Ini adalah kerana, dua Syurga yang pertama
itu dibuat dari emas dan perak sahaja, sedangkan dua Syurga yang akhir
diperbuat dari permata zamrud dan mutiara atau yakut dan marjan.
Maksud firman Allah, “Selain daripada kedua kebun (syurga) itu,
ada lagi dua kebun (syurga) yang lain” , ia adalah merupakan dua syurga
yang terletak dihadapan dan belakang. Ini adalah pendapat dari Abu Abdullah
Muhammad Tirmidzi al-Hakim yang ditulis didalam kitabnya yang bertajuk ‘Nawadir
al-Usul’. Menurutnya yang dimaksudkan dengan kata: “Dan selain dari dua Syurga
itu ada dua Syurga yng lain”, ialah bukan maksud dua Syurga yng terakhir ini
yng lebih dekat dengan A’rasy. Menurut Muqatil, dua Syurga yang pertama ialah
Syurga Aden dan Syurga Na’im, sedangkan dua Syurga yang terakhir ialah Syurga
Firdaus dan Syurga al-Ma’wa.
Tambah dari Imam al-Qurthubi (penulis kitab ini), “Pekara itu adalah
berdasarkan sabda Rasulullah saw, “Apabila
kamu memohon (berdoa) kepada Allah, mohonlah kepada Nya akan Syurga Firdaus...”
Mengenai firman Allah didalam surah ar-Rahman ayat 66 yang mafhumnya, “Didalam
kedua Syurga itu ada dua mata air yang memancar”, menurut Tirmidzi yang
menafsirkan iaitu disediakan bermacam-macam buah-buahan, kenikmatan,
perahu-perahu dengan hiasan indah, bintang-bintang yang menawan dan pakaian
berwarna-warni. Ini menunjukkan bahawa “memancar” lebih banyak daripada
“mengalir”.
Menurut Imam Qurthubi lagi, ini merujuk kepada pendapat-pendapat para
ahli tafsir, sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Abbas bahawa
perkataan “nadlakhataan” bererti dua pancuran air. Atau dengan lain
perkataannya ia bermaksud memancar dengan kebaikkan dan keberkatan. Pendapat
ini juga dikemukan oleh al-Hasan dan Mujahid.
Kemudian Ibnu Mas’ud menambah bahawa ia memancarkan kasturi, kamper dan
minyak ambar kerumah-rumah penghuni Syurga itu seperti aliran hujan. Sa’id bin
Jabir menafsirnya dengan beranika macam buah-buahan dan air.
Firman Allah didalam surah ar-Rahman ayat 68 mafhumnya, “Dalam
keduanya ada buah-buahan, pohon kurma dan delima”. Menurut sebahagian
ulama, kurma dan delima bukan termasuk sebagai buah-buahan. Ia hanyalah apa
yang kita faham mengikut zahirnya saja atau dari apa yang tertulis sahaja.
Tetapi mejoriti ulama berpandapat bahawa kedua-duanya termasuk takrif
buah-buahan. Jika kurma dan delima disebut secara khusus, ia bererti kedua-dua
buah itu adalah lebih utama dari yang lainnya. Contoh yang lain seperti firman
Allah didalam surah a-Baqarah ayat 238, mafhumnya; “Peliharakanlah segala solat dan
solat pilihan (‘wustha – Asar’), berdirilah kerana Allah, serta mentaati Nya”. Dan
juga firman Nya didalam surah yang sama ayat 98 mafhumnya; ‘Barang siapa menjadi musuh bagi
Allah, MalaikatNya, Rasul Nya, Jibril dan Mikail, sesungguhnya Allah musuh bagi
orang-orang kafir itu”.
Oleh kerana itu kurma dan delima disebut berulang kali kerana pada
zaman itu buah-buah ini sangat bernilai dan dijadikan barang-barang tukaran
(seperti wang) seperti garam, gandum dan barli. Mejoriti rakyatnya menjadikan
kurma dan delima sebagai bahan makanan asasi dan bahan yang sangat diperlukan
selain sebagai bahan pertukaran, sebelum emas dan perak digunakan sesudah itu.
Maka pohon-pohonnya banyak ditanam disekitar Mekah dan Madinah serta
kewilayah-wilayah sekelilingnya hinggalah kehari ini.
Firman Allah didalam surah ar-Rahman lagi pada ayat 70, mafhumnya; “Didalam
semuanya ada perampuan-perampuan (bidadari) yang baik akhlaknya dan cantik
parasnya”. Bidadari –bidadari tersebut merupakan perampuan-perampuan
yang dipilih sendiri oleh Allah SWT. Tiada siapa yang boleh menandangi pilihan
Nya ? Bidadari-bidadari itu terlalu cantik. Jika Allah yang menciptakan sesuatu
dan menyebutkannya cantik, maka tiada siapa didunia ini yang mampu untuk
menterjemah kecantikkan yang dimaksudkan itu. Didalam Syurga yang pertama Allah
memfirmankan bahawa disana ada bidadari-bidadari yang yang sopan dan sentiasa
menundukkan pandangan mereka (bukan mata keranjang), seolah-olah mereka itu
seperti permata yakut dan marjan. Cubalah anda bandingkan diantara
bidadari-bidadari yang sopan dan cantik-cantik, dengan bidadari-bidadari yang
sopan dan sentiasa menundukkan pendangan mereka ?
Seterusnya Allah berfirman didalam surah yang sama didalam ayat 72 yang
mafhumnya; “(Iaitu) bidadari (perampuan yang putih) yang tertutup dalam kemah”. Kemudian
kita sentuh pula firman Allah ayat 56 mafhumnya iaitu “Dalam Syurga itu
perampuan-perampuan (didadari) yang pendek pandangannya (bukan mata keranjang),
mereka belum disentuh manusia dan jin sebelum mereka”. Maksudnya,
mereka menundukkan pandangannya dihadapan suami atau pasangan mereka. Allah
tidak berfirman, “...bidadari-bidadari yang jelita dan putih bersih”. Itu
menunjukkan bahawa bidadari-bidadari yang jelita dan putih bersih itu yang
lebih baik.
Terdapat sebuah riwayat yang menyabut bahawa, pada hari kiamat nanti
ada segumpal awan diatas A’rasy yang menurunkan hujan. Lalu terciptalah
titik-titik rahmat. Kemudian pada setiap titik rahmat itu tercipta pula langsir
atau tirai yang terletak ditebing sungai yang panjangnya empat puluk batu tampa
ada satu pintu pun. Ketika seorang yang dikasihi Allah telah ditempatkan
ditirai tersebut, maka terkoyaklah tirai itu menjadi satu lubang pintu. Dari
lubang pintu itulah, ia menemukan ahli keluarganya dan penghuni-penghuni
lainnya yang tidak boleh melihat satu sama lain.
FAKTA:
Allah berfirman didalam surah ar-Rahman ayat 46, mafhumnya; “Untuk
orang yang takut akan berdiri (dihadapan) Tuhannya, ada dua kebun (diSyurga
ini)”. Kemudian berfirman didalam ayat 62 surah yang sama, mafhumnya ; “Selain
daripada kedua kebun (syurga) itu, ada lagi dua kebun (syurga) yang lain”. Ini
menunjukkan bahawa jumlah Syurga hanya ada empat sahaja, bukannya tujuh seperti
yang kita ingat. Pekara ini akan diperjelaskan lagi dibab yang akan datang,
insyaallah.
BAB 117: SIFAT SYURGA-SYURGA , NIKMAT-NIKMATNYA DAN PEKARA YANG DISEDIAKAN UNTUK
PENGHUNINYA.
Diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw telah
bersabda, “Allah yang Mahamulia lagi
Mahaagung berfirman, ‘Aku menyediakan untuk hamba-hamba Ku yang soleh nikmat
yang belum pernah dilihat oleh mata, belum pernah didengar oleh telinga, belum
pernah terlintas didalam hati manusia dan belum pernah diperlihatkan Allah
kepada kamu semua”. Seterusnya Rasulullah membaca firman Allah didalam surah
as-Sajdah ayat 17 mafhumnya, ‘Seseorang
tidak megatahui apa yang disembunyikan untuknya diantar bermacam-macam
kesenangan, sebagai balasan apa yang telah mereka amalkan’”.
Diriwayatkan oleh Ibnu Majah, dari Usamah bin Zaid bahawa pada suatu
hari Rasulullah bersabda kepada sahabat-sahabatnya, "Ketahuilah wahai pencari Syurga, sesungguhnya Syurga itu tiada
tolok bandingnya sama sekali. Syurga adalah cahaya yang berkilau-kilauan,
wangi-wangian yang semerbak, istana yang menjulang tinggi, sungai yang
mengalir, buah-buahan yang banyak dan ranum, Isteri-isteri yang cantik rupawan,
pakaian kebesaran yang banyak, ditempat yang kekal abadi dalam kenikmatan dan
rupa yang elok, dan rumah yang tinggi, aman dan sentosa”. Para sahabat
berkata, “Kamilah pencari Syurga itu
wahai Rasulullah”. Rasulullah bersabda lagi, “Katakanlah, Insyaallah”. Kemudian baginda mengaturkan jihad dan
menganjurkannya.
Diriwayatkan oleh Tirmidzi dari Abu Hurairah bahawa ia pernah bertanya
kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah,
makhluk diciptakan dari apa?’. Baginda menjawab, ‘Dari air’. Aku bertanya lagi,
‘Apakah bahan bangunan dari Syurga?’. Baginda menjawab, ‘Batu bata dari perak
dan batu dari emas. Plasternya dari minyak kasturi yang sangat harum. Batu
kelikirnya dari mutiara dan yakut dan tanahnya dari za’faran. Barangsiapa yang
memasukinya, nescaya ia merasa nikmat dan tiada sangsara, ia abadi (kekal) dan
tidak akan mati, pakaiannya tidak akan rosak dan keremajaannya tidak akan
lenyap’”. Kata Tirmidzi hadis ini tidak kuat dan menurutnya tidak Muttasil.
Tetapi hadis ini juga diriwayatkan dengan sanad yang lain dari Abu Hurairah
dari Nabi saw.
Menurut Syeikh al-Qurthubi (penulis kitab ini), hadis ini juga
diriwayatkan oleh Abu Daud ath-Thayalisi, dari Ibrahim bin Mu’awiyah, dari
Sa’id ath-Tha’i, dari Abdul Mudallih (budak suruhan Aisyah) bahawa ia pernah
mendengar Abu Hurairah bercerita, “Kami
pernah bertanya Rasulullah, ‘Wahai Rasulullah, kenapa jika kami bersamamu, hati
kami menjadi lunak, kamu zuhud dan kami menjadi orang yang lebih mementingkan
soal akhirat. Tetapi jika kami berpisah daripadamu, hati kami bersuka ria
dengan keluarga, sebuk dengan urusan anak-anak dan keduniaan?”.
Rasulullah menjawab, “Seandainya
ketika kamu semua berpisah dengan ku keadaannya sama seperti ketika kamu
disampingku, nescaya Malaikat akan menyelami diri kamu dengan tangannya dan
mereka sentiasa akan berkunjung kerumah kamu. Dan seandainya kamu tidak
berdosa, Allah akan mengantikan kamu dengan makhluk lain yang baru agar mereka berdosa (supaya mereka memohon
ampun) kemudian mereka pun diampunkan”.
Kami bertanya lagi, “Wahai
Rasulullah, tolong ceritakan kepada kami tentang Syurga dan bahan bangunannya?.
Baginda menjawab, “Sebuah batu bata
dari emas dan sebuah batu bata dari perak. Pelasternya dari minyak kasturi yang
sangat harum. Kelikirnya dari mutiara dan yakut dan tanahnya adalah minyak
za’faran. Barangsiapa memasukinya ia akan abadi dan tidak akan kenal putusasa
(bosan), ia akan kekal dan tidak akan mati, pakaiannya tidak akan rosak dan
keremajaannya tidak akan lenyap”.
Diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Sa’id al-Khudri bahawa Rasulullah
pernah bertanya kepada Ibnu Shayyad, “Apa
tanah Syurga?”. Ia menjawab, “Tepong
putih beraroma kasturi”. Baginda bersabda, “Kamu benar”.
Berlainan versi. Diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Sa’id al-Khudri
bahawa Rasulullah bertanya kepada Ibnu Shayyad tentang tanah Syurga dan dia
menjawab, “Tepong putih beraroma kasturi
asli”.
Diriwayatkan oleh Ibnu Mubarak, dari Mu’ammar, dari Qatadah, dari
al-Ala’ bin Yazid, dari Abu Hurairah bahawa ia berkata, “Dinding Syurga itu dari batu bata yang diperbuat dari perak dan batu
bata dari emas. Tangganya adalah daripada mutiara dan permata. Dan kami juga
mendapat cerita bahawa tangga Syurga itu dari mutiara dan tanahnya adalah dari
za’faran”.
BAB 118: SUNGAI-SUNGAI, GUNUNG-GANANG, LAUTAN DAN JURANG DI SYURGA SEUMPAMA DIDUNIA.
Allah berfirman didalam surah Muhammad ayat 15 mafhumnya;
“Umpama Syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa,
didalamnya beberapa sungai dari air yang tiada berubah-ubah (rasanya), beberapa
sungai dari susu yang tiada berubah rasanya, beberapa sungai dari khamar yang
lazat rasanya bagi orang-orang yang meminumnya dan beberapa sungai dari madu
yang bersih. Dan untuk mereka didalamnya bermacam-macam buah-buahan dan
keampunan daripada Tuhan mereka. (Adakah orang yang didalam kesenangan ini)
sama dengan orang yang kekal didalam Neraka dan diberi minum dengan air yang
sangat panas sehingga putus-putus usus perut mereka ?”.
Al-Iraqi didalam kitabnya bertajuk ‘Takrij al-Ihya’ meriwayatkan dari
Abu Hurairah bahawa Nabi saw bersabda, “Sungai-sungai
di Syurga akan mengalir dari bawah anak bukit atau gunung beraroma kasturi”.
Diriwayatkan oleh al-Haitsami dan Thabrani, dari Ismail bin Ishak, dari
Ismail bin Abu Idris, dari Katsir bin Abdullah bin Amr bin Auf, dari ayahnya
bahawa Rasulullah bersabda, “Ada empat
gunung yang termasuk gunung Syurga dan ada empat sungai yang termasuk sungai
Syurga dan empat tempat peperangan yang termasuk tempat peperangan di Syurga”. Seorang
sahabat bertanya, “Gunung apa kah itu ya
Rasulullah?”. Baginda bersabda lagi, “Gunung
Uhud yang ia mencintai kita dan kita mencintainya, Gunung Thur, Gunung Libanon
dan Gunung Jaudi. Sungai-sungai itu ialah Sungai Nil, Sungai Eufrat, Sungai
Saihan dan Sungai Jaihan. Dan tempat-tempat peperangan itu ialah Badar, Uhud,
Khandak dan Khaibar”.
Dengan sanad yang sama seperti diatas tadi, Auf berkata, “Kami ikut berperang bersama Nabi dan
peperangan pertama yang baginda ikut ialah perang Abwa’. Ketika kami berada
diwilayah Rauha’, baginda berhenti di Artaq azh-Zhabyat untuk solat berjemaah
dengan para sahabat. Setelah selesai solat baginda bertanya, ‘Kamu semua tahu
tak apa nama gunung itu ?’. Mereka menjawab, ‘Allah dan Rasul Nya saja yang
mengatahui’. Lalu Nabi saw bersabda, ‘Itu adalah tanah subur sebuah gunung
diantara gunung di Syurga. Ya Allah, berkatilah ia dan berkatilah penduduknya”.
Kepada Rauha’ (nama tempat itu) baginda bersabda, “Ini adalah tanah yang tidak keras dan tidak gembur, sebuah jurang
diantara jurang-jurang Syurga. Sesungguhnya pernah solat disini tujuh puluh
orang Nabi sebelumku. Musa juga pernah melalui tempat ini dengan membawa dua
kantung (berisi daging) burung diatas seekor unta. Ia mambawa rombongan seramai
tujuh puluh ribu orang Bani Israil menuju ke Ka’abah....”. Demikianlah
hadis riwayat ath-Thabrani. Hadis ini insyaallah akan disambung lagi nanti.
Diriwayatkan oleh Tirmidzi dari Hakim bin Mu’awiyah, dari ayahnya
bahawa Nabi saw bersabda, “Sesungguhnya
di Syurga terdapat lautan air, lautan susu, lautan madu dan lautan khamar.
Kemudian sungai-sungai itu dialirkan setelah penghuni Syurga memasukinya”. Berkata
Abu Isa Tirmidzi, hadis ini hasan dan sahih. Hakim bin Mu’awiyah adalah ayah
kepada Bahaz bin Hakim.
Diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda, “Saihan, Jaihan, Nil dan Eufrat termasuk
sungai-sungai Syurga”. Berkata Ka’ab, “Sungai
Tigris adalah sungai di Syurga, Sungai Eufrat adalah sungai susu milik mereka,
Sungai Mesir (Nil) adalah sungai khamar milik mereka, dan Sungai Saihan adalah
sungai madu milik mereka. Keempat-empat sungai tersebut mengalir dari Sungai
Kautsar”.
Diriwayatkan oleh Bukhari dari barisan sanad Syarik, dari Anas tetang
hadis perjalanan Isra’ Nabi saw, “....
Ketika Nabi berada dilangit dunia, baginda melihat sebuah sungai yang sedang
mengalir, Baginda bertanya, ‘Sungai apakah itu, wahai Jibril?’. Jibril
menjawab, ‘Sungai Nil dan Sungai Eufrat’. Kemudian ketika naik keatas langit
berikutnya, baginda melihat sebuah sungai lain yang diatasnya terdapat sebuah
istana dari mutiara dan zamrud. Dan ketika baginda memegang air sungai tersebut
dengan tangan ternyata arinya adalah minyak kasturi yang sangat harum. Baginda
bertanya, ‘Wahai Jibril, Sungai apakah itu ?’. Jibril menjawab, ‘Itu adalah
al-Kautsar yang disimpan oleh Allah untukmu’”.
Diriwayatkan oleh Ibnu Adi, dari Abu Ja’far an-Nuhasi, dari Abu Ya’qub
alias Ishak bun Ibrahim bin Yunus, dari Jami’ bin Saudah, dari Sa’id bin Sabiq,
dari Maslamah bin Ali, dari Muqatil bin Hayyan, dari Ikrimah, dari Ibnu Abbas
bahawa Rasulullah bersabda, “Allah yang
Mahamulia lagi Mahaagung menurunkan lima buah sungai dibumi. Pertama ialah
Sajun sebuah sungai di India. Kedua ialah Jaihan sebuah sungai di Balkha. Ketiga
dan keempat ialah Tigeris dan Eufrat iaitu dua sungai di Iraq. Dan kelima ialah
Nil sebuah sungai di Mesir. Allah menurunkan sungai-sungai tersebut dari sumber
mata air yang sama yang berada di Syurga pada lapisan yang paling bawah. Sumber
mata air tersebut dilindungi oleh sepasang sayap Malaikat Jibril. Ia
menitipkannya pada gunung yang kemudian mengalirkannya kebumi. Allah menjadikan
padanya beberapa kemanafaatan bagi beberapa macam kehidupan manusia. Itulah
yang dimaksudkan oleh firman Allah yang Mahaagung lagi Mahaterpuji dalam surah
al-Mu’minunun ayat 18 (mafhumnya): “Kami
turunkan air dari langit menurut kadarnya, lalu Kami tempatkan air itu
dibumi...”. Dan ketika Ya’jud dan Ma’jud muncul. Allah mengutus Malaikat
Jibril untuk mengangkat Al-Qu’ran, Ilmu
dan kelima-lima sungai tersebut dari bumi. Maka Malaikat Jibril pun
mengangkatnya kelangit. Dan itulah yang
dimaksudkan oleh firman Allah dalam Surah al-Mu’minunun ayat 18 (sambungan
diatas) mafhumnya; “....dan sesungguhnya
Kami kuasa buat melenyapkannya”. Maka ketika semua itu diangkat dari bumi,
semua para penghuninya kehilangan dunia dan agama”.
Jika menurut pendapat saya (Syeikh al-Qurthubi @ pengarang kitab ini),
perkara yang menyebut bahawa Al-Quran diangkat ketika munculnya Ya’jud dan Ma’jud
perlulah dikaji semula. Keterangan berkenaan pekara ini akan saya bincangkan
diakhir kitab ini, insyaallah.
Diriwayatkan oleh al-Mas’udi bahawa ia berkata, “Pada zaman Ibnu
Mas’ud, Sungai Eufrat telah mengalami banjir. Ketika mendengar orang ramai mengeluh
dan tidak menyukai sungai tersebut, Ibnu Mas’ud berkata, ‘Jangan begitu, kerana
nanti akan tiba saatnya disatu zaman dimana sungai ini akan mengelami kering
sama sekali, iaitu ketika semua air kembali kepada sumber asalnya dan sisa air
dan mata air itu hanya berada di Syam’”. Penjelasan akan pekara ini akan
dijelaskan kemudian nanti, insyaallah.
BAB 120 : PUNCA AIR
SUNGAI-SUNGAI DI SYURGA.
Diriwayatkan oleh Bukhari dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda,
“Barangsiapa beriman kepada Allah serta
Rasul utusan Nya, menunaikan solat (lima waktu) dan melakukan puasa dibulan
Ramadhan, nescaya Allah berkewajipan memasukkannya kedalam Syurga, samaada ia
berhijrah pada jalan Allah ataupun mereka hanya tinggal sahaja ditanah
kelahirannya”.
Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, kabar apakah yang hendak kita
sampaikan kepada manusia ?”. Baginda bersabda, “Sesungguhnya didalam Syurga terdapat seratus darjat yang disediakan
Allah untuk orang-orang yang berjihad pada jalan Allah, luas diantara dua darjat
seluas langit dan bumi. Maka apabila kamu bermohon kepada Allah, pohonlah
Syurga Firdaus kepada Nya. Sesungguhnya yang
paling tinggi adalah Syurga Firdaus. Sesungguhnya yang paling tengah adalah Syurga Firdaus.
Sesungguhnya A’rasy Allah yang Mahapemurah iu berada diatas Syurga Firdaus dan
daripadanyalah dipancarkan sungai-sungai Syurga”.
Menurut Abu Hatim al-Basti dan Qatadah, Syurga Firdaus adalah Syurga
yang paling tinggi dan paling utama. Tetapi menurut Wahab bin Munabbih, Syurga
Firdaus adalah nama Syurga secara umum, sebab didalam permulaan surah
al-Mu’minunun, setelah memuji sifat beberapa orang hamba Nya yang beriman,
Allah SWT kemudian berfirman pada ayat
10 dan 11 mafhumnya: “Mereka itulah orang-orang yang mempusakai.
Yang mempusakai Syurga Firdaus, sedang mereka kekal didalamnya”. Seterusnya
Allah berfirman dan menyebut mengulangi lagi tentang mereka-mereka ini didalam
surah Ma’arij (pada ayat 32-34) kemudian pada ayat 35 Allah berfirman yang
mafhumnya: “Mereka itulah dalam Syurga, mendapat kemuliaan”. Inilah yang
memberi pengertian kepada kita bahawa sesungguhnya Firdaus itu merupakan nama
umum Syurga, bukannya nama khusus sebuah Syurga. Waallaua’lam.
BAB 121: PAKAIAN, MINUMAN DAN PERALATANNYA DI SYURGA.
Diriwayatkan oleh an-Nasa’i dari Abu Hurairah bahawa Nabi saw bersabda,
“Barangsiapa memakai sutera didunia, ia
tidak akan memakainya diakhirat. Barangsiapa meminum khamar didunia, ia tidak
akan meminumnya diakhirat. Dan barangsiapa minum dengn mengunakan bekas (
peralatan untuk minum) yang diperbuat dari
emas dan perak, ia tidak dapat menggunakannya diakhirat”. Seterusnya
Rasulullah bersabda lagi, “Itulah pakaian
penghuni Syurga, minuman penhuni Syurga dan alat untuk minum penghuni Syurga”.
Menurut pendapat saya (Syeikh al-Qurthubi), jika ada orang yang
bertanya, “Kalau Nabi meletakkan taraf yang sama kepada ketiga-tiga pekara itu
dan baginda mengharamkannya didunia, apakah baginda juga akan mengharamkannya
bagi orang-orang yang telah masuk Syurga ?”.
Saya akan menjawab, “Ya... selagi ia belum bertaubat daripadanya”. Pekara
ini adalah merujuk kepada sabda baginda didalam sebuah hadis bermaksud, “Barangsiapa yang meminum khamar didunia
kemudian belum sempat bertaubat daripadanya, maka Allah akan mengharamkannya
diakhirat”. Hadis ini diriwayatkan
oleh Malik, dari Nafi’, dari Ibnu Umar, dari Nabi saw. Begitu juga bagi
orang-orang yang memakai sutera dan makan atau minum dengan menggunakan bekas
atau alat yang diperbuat dari emas dan perak, kerena mereka keterlaluan dan
melampaiui batas dengan menggunakan sesuatu yang ditengguhkan Allah diakhirat
nanti dan melanggar apa yang telah diharamkan Allah kepadanya didunia.
Diriwayatkan oleh Abu Daud ath-Thayalisi yang ditulis didalam kitabnya
bertajuk ‘Musanad Abu Daud ath-Thayalisi’, dari Hisyam, dari Qatadah, dari Daud
as-Sirji, dari Abu Sa’id al-Khudri bahawa Rasulullah bersabda, “Barang siapa yang sudah memakai sutera
didunia, nescaya ia tidak memakainya diakhirat. Jika pun ia masuk Syurga kelak,
ia akan melihat penghuni Syurga yang lain memakainya, semantara ia tidak boleh
memakainya”.
BAB 122: POHON-POHON DAN BUAH- BUAHAN SYURGA YANG MENYERUPAI DIDUNIA.
Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah
bersabda, “Allah yang Mahamulia lagi
Mahaagung berfirman; ‘Aku menyediakan untuk hamba-hamba Ku yang soleh
nikmat-nikmat yang belum pernah dilihat oleh mata, belum pernah didengar oleh
telinga dan belum pernah terlintas dihati manusia’. Jika kamu mahu bacalah
firman Allah surah as-Sajadah ayat 17; ‘Seseorang tidak mengatahui apa yang disembunyaikan
untuknya diantara bermacam-macam kesenangan sebagai balasan apa yang mereka
amalkan’. Didalam Syurga terdapat pepohon dimana seseorang yang menaiki
kenderaan yang lalu dibawah naungannya (tidak kena panas matahari) selama
seratus tahun ia belum menempoh semuanya. Kalau kamu mahu bacalah firman Allah
didalam surah al-Waqi’ah ayat 30; ‘Dan
naungan yang terbentang’. Didalam Syurga juga terdapat sebuah rawa-rawa
(naungan yang berwarna warni) yang lebih baik daripada dunia dan seluruh isinya.
Kalau kamu mahu bacalah firman Allah didalam surah Ali Imran ayat 185; ‘...Barangsiapa dijauhkan dari Neraka dan
dimasukkan kedalam Syurga, sesungguhnya menanglah ia. Tiadalah hidup didunia
ini, melainkan kesenangan yang memperdayakan’.
Diriwayatkan oleh Ibnu Mubarak dari Abu Hurairah bahawa Nabi saw
bersabda, “Sesungguhnya di Syurga
terdapat sebuah pohon yang luas naungannya, ditempuh oleh seorang pengambara
selama waktu tujuh puluh atau seratus tahun, iaitu pohon keabadian”.
Diriwayatkan oleh Ibnu Mubarak, dari Ibnu Abu Khalid, dari Ziyad budak
Bani Maqzum bahawa ia pernah mendengar Abu Hurairah mengatakan, “Didalam Syurga
terdapat sebatang pohon yang luas naungannya, seorang pengambara perlu berjalan
selama seratus tahun (untuk lepas keluar), kalau kamu mahu bacalah firman
Allah, ‘Dan naungan yang terbentang’ (surah al-Waqiah 30).
Ketika Ka’ab mendengar pekara ini, ia berkata, “Ia benar. Demi Allah
yang menurunkan Taurat melalui lisan Musa bin Imran dan yang menurunkan
al-Qur’an kepada Nabi Muhammad. Seandainya seseorang menaiki unta Hiqqah atau
unta Jadz’ah kemudian mengelilingi batang pohon tersebut, sampai lelah (penat)
pun ia belum juga sampai (selesai mengelilinginya). Sesungguhnya Allah menanam
pohon itu dengan ‘TanganNya’ sendiri dan meniupkan roh Nya pada pohon itu.
Sesungguhnya buah-buah pohon itu adalah bagi seorang yang berada dibelakang
pagar Syurga. Setiap sungai yang berada di Syurga mengalir dari akar pohon
itu”.
Diriwayatkan oleh Tirmidzi dari Asma’ binti Abu Bakar bahawa ia pernah
mendengar Rasulullah bersabda mengenai pohon Sidratul Muntaha, “Seorang pengambara berjalan dalam naungan
dahan pohon Sidratul Muntaha dan ia mampu menaungi seramai seratus orang
pengambara. Disana terdapat hamparan-hamparan dari emas seolah-olah buahnya sebesar
kendi (tempayan)”.
Diriwayatkan oleh Muslim dari Abdulrazaq, dari Mu’ammar, dari Qatadah,
dari Anas bahawa Nabi saw bersabda, “Ketika
aku dibawa naik oleh Jibril ditingkat
kelangit ketujuh, aku melihat pohon Sidratul Muntaha. Buahnya sebesar
kendi Hajar, daunnya selebar telinga gajah betina dan dari batangnya keluar dua
sungai yang kelihatan dan dua sungai yang tidak kelihatan. Aku bertanya, ‘Wahai
Jibril, apa itu?’. Ia menjawb, ‘Dua sungai yang tidak kelihatan itu berada
didalam Syurga dan dua sungai yang kelihatan itu ialah Sungai Nil dan Sungai
Eufrat”.
Diriwayatkan oleh Bukhari sebuah hadis berkenaan perjalanan Isra’ Nabi
saw, dari Qatadah, dari Anas bin Malik bin Sha’sha’ah bahawa Rasulullah
bersabda, “....Aku diperlihatkan pohon
Sidratul Muntaha. Ternyata buahnya seolah-olah sebesar kendi Hajar, daunnya
seolah-olah sebesar telinga gajah betina dan pada pangkal (batangnya) terdapat
empat sungai, dua sungai yang nampak dan dua sungai yang tidak nampak...”.
Diriwayatkan oleh Ibnu Mubarak, dari Shafwan, dari Sulaim bin Amr
bahawa ia berkata, “Beberapa orang sahabat Nabi saw bertanya kepada orang-orang
dusun berkenaan pertanyaan mereka kepada Rasulullah yang sangat berguna kepada
mereka. Pada suatu hari seorang dusun menemui Rasulullah dan bertanya, ‘Wahai
Rasulullah, didalam al-Qur’an Allah berfirman berkenaan sebuah pohon yang
menyakitkan, dan menurut pendapat saya bahawa di Syurga juga memang ada pohon
yang menyakitkan bagi orang yang berkenaan, apa benar begitu ?”. Baginda
bertanya, ‘Pohon apakah itu?’. Ia menjawab, ‘Pohon Bidara, ia ada duri dan
menyakitkan’. Rasulullah bersabda, “Bukankah
Allah telah berfirman, ‘Berada dipohon
Bidara yang tidak berduri’. Allah telah membuang durinya dan digantikan
dengan buah. Sehingga yang tumbuh adalah buah, kemudian buahnya itu mempunyai
tujuh puluh dua macam rasa yang setiap satunya berbeza-beza dengan yang
lainnya”. Demikian yang telah diperkatakan oleh Abu Muhammad alias Abdul
Haq.
Diriwayatkan oleh Ahmad, dari Abdulrazaq, dari Mu’ammar, dari Yahya bin
Abu Katsir, dari Amr bin Yazid al-Bakkali, dari Utbah bin Ubaid as-Sulami
bahawa ia berkata, “Seorang dusun datang kepada Nabi saw dan bertanya tentang
Syurga. Ketika baginda menceritakan berkenaan telaga, orang dusun itu pun
bertanya, ‘Apakah disana ada buah-buahan?’. Baginda menjawab, ‘Ya.. disana ada sebuah pohon bernama Thuba’.
Ia bertanya lagi, ‘Wahai Rasulullah, pohon apakah yang menyerupainya dibumi
ini?’. Baginda menjawab, ‘Tidak ada satu
pun pohon yang menyerupainya’. Baginda lalu bersabda, ‘Kamu pernah pergi ke Syam?. Disana ada sebuah pohon yang disebut
Juzah. Pohon ini menumbuhkan tangkai daun dan dibahagian atasnya menjulang (pucuknya menjulang kelangit
seperti pokok tunjuk langit)’. Orang dusun itu bertanya lagi, ‘Wahai
Rasulullah, bagaimana besarnya batang pohon itu?’. Baginda menjawab, ‘Seandainya kamu menaiki seekor unta
Judz’ah untuk mengelilinginya, sehingga batang pohon itu menjadi buruk dan
tumbang pun kamu belum sampai satu pusingan”.Orang dusun itu bertanya lagi,
‘Apa disana ada buah Anggur?’. Baginda menjawab, ‘Tentu!’. Ia bertanya, ‘Bagaimana besar tandan buahnya?’. Baginda
menjawab, ‘Sebesar perjalanan seekor
burung gagak selama sebulan tampa henti’. Ia bertanya lagi, ‘Bagaimana pula
besar setiap butir buahnya?’. Baginda menjawab, ‘Apakah kedua orang tuamu dan keluargamu pernah menjatuhkan seekor unta
Judz’ah kemudian menyembelihnya dan menyamak kulitnya?, Bawakan untukku
dagingnya satu timba saja’. Ia bertanya, ‘Wahai Rasulullah, adakah itu
sudah cukup membuat aku dan anggota keluargaku kenyang?. Baginda menjawab, ‘Ya... bahkan termasuk seluruh keluargamu”.
Diriwayatkan oleh Muslim sebuah hadis dari Ibnu Abbas tentang gerhana
matahari, “....Para sahabat bertanya, ‘Wahai Rasulullah, kami lihat Anta
menerima sesuatu ditempat Anta ini, kemudian kami melihat Anta nampaknya
ragu-ragu... ada apa ya Rasulullah ?’. Baginda menjawab, ‘Sesungguhnya Ana tadi melihat Syurga lalu Ana menerima setandan
buahnya sahaja. Seandainya Ana mengambil semuanya, tentu cukup untuk kamu semua
makan selama masih adanya dunia ini”.
Diriwayatkan oleh Ibnu Mubarak, dari al-Mas’udi, dari Amr bin Murrat,
dari Abu Ubaid bahawa ia berkata, “Pokok kurma di Syurga itu kuat akarnya dan
menjulang tinggi cabangnya. Buahnya sebesar kendi. Jika satu buahnya dipetik,
maka akan tumbuh lagi buah yang lainnya. Sesungguhnya airnya terus mengalir
tidak seperti parit (didunia). Tandannya (buahnya) sepanjang dua belas hasta”.
Kemudian aku (Imam al-Qurthubi) menemui seorang guru yang meriwayatkan hadis
ini dan bertanya, “Siapakah yang menceritakan hadis ini kepadamu?”. Dia
menjawab, “Masruq”.
Diriwayatkan oleh Ibnu Wahab sebuah hadis dari Syahr bin Hausyab,
dariAbu Umamah al-Bahili bahawa ia berkata, “Thuba adalah sebuah pohon di
Syurga yang dahannya sangat lebat, terdapat banyak burung yang indah-indah
(hinggap disitu) dan buahnya melimpah ruah”.
Diriwayatkan oleh al-Khathib alias Abu Bakar Ahmad, dari Ibrahim bin
Nuh bahawa ia pernah mendengar Anas bin Malik mengatakan, “Didunia ini tiada
buah yang menyerupai buah di Syurga selain pisang, kerana Allah berfirman: “Buahnya
tidak henti-henti, sedang naungannya (demikian pula daunnya)”. Bukankah
kita selalu menemukan buah pisang itu, walau dimusim hujan ataupun dimusim
kemarau”.
Diriwayatkan oleh ats-Tsa’labi berikut sanadnya sebuah hadis dari
al-Auza’i, dari Yahya bin Abu Katsir, dari Abu Dzar bahawa ia berkata, “Suatu
hari, Nabi dihadiahkan satu tangkai buah Tin. Setelah mengigit dan merasanya,
baginda bersabda kepada sahabat-sahabatnya, “Makanlah,
ini adalah buah yang diturunkan dari langit. Sesungguhnya buah Syurga itu tidak
ada isinya. Makanlah, kerana buah ini boleh menghentikan penyakit buasir dan
boleh mengubati penyakit tulang”.
Diriwayatkan oleh seorang ulama ahli hadis terkemuka iaitu Abu Hasan
Ali bin Khalaf al-Khufi, dari Abu Qasim Abdullah, dari Abil Fajar Muhammad bin
Abu Hatim Mahmud bin Husain al-Qazwaini, dari Abu Ja’fari, dari ayahku, dari
Abu Ja’far Muhammad bin Zaid al-Ja’fari, dari ayahku, dari Yahya bin Husain,
dari Aqil bin Sumurah, dari Ali bin Hammad al-Ghazi, dari Abbas bin Ahmad, dari
Abu Bakar bin Iyasy, dari Abu Ishak, dari Ashim bin Dhamurah, dari Saidina Ali
bahawa Rasulullah bersabda, “Wahai Ali,
rajinlah memakan buah semangka (tembikai) kerana airnya dari Syurga dan rasa
manisnya adalah rasa manis Syurga. Setiap hamba yang memakan sesuap sahaja buah
ini, Allah memasukkan kedalam perutnya tujuh puluh jenis ubat dan mengeluarkan
tujuh puluh jenis penyakit. Untuk satu suap itu Allah mencatit untuknya sepuluh
kebajikan, menghapuskan darinya sepuluh kejahatan dan mengangkat sepuluh
darjat”. Kemudian baginda membaca firman Allah dari surah ash-Saafat ayat
146, mafhumnya: “Dan Kami tumbuhkan diatasnya pohon labu”. Kemudian baginda
bersabda lagi, “Labu dan semangka
(tembikai) adalah buah dari Syurga”.
BAB123: PAKAIAN
SYURGA DAN PAKAIAN PENGHUNINYA.
Allah berfirman didalam surah al-Kahfi ayat 31 mafhumnya ;
“... mereka dihias dengan gelang emas dan memakai baju hijau dari
sutera yang tipis dan sutera yang tebal...”.
Kemudian firman Nya didalam surah al-Hajj ayat 23, mafhumnya ;
“...mereka diberi perhiasan dengan gelang dari emas dan (diberi)
mutiara dan pakaian mereka (dari) sutera”.
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, dari Ibnu Hannad as-Sari, dari
Abu Ahwash, dari Abu Ishak, dari al-Barra’ Azib bahawa Rasulullah diberi hadiah
pakaian dari sutera. Lalu para sahabat selaing berbisik-bisik, kemudian baginda
bersabda, “Demi Allah yang jiwaku berada
didalam genggaman Nya, sungguh sapu tangan Sa’ad bin Mu’adz yang berada di
Syurga lebih baik dari ini”.
Diriwayatkan oleh Hannad Ibnu Sari, dari Qubaishah, dari Hammad bin
Maslamah, dari Muhammad bin Abdulrahman bin Amr bin Sa’ad bin Mu’adz bahawa
Atharadib bin Hijab menghadiahkan Rasulullah sepasang pakaian sutera tebal yag
biasa dipakai oleh Kisra (raja). Para sahabat lalu mengerumuni pakaian itu.
Mereka memegangnya dan tertarik akannya. Mereka bertanya kepada Rasulullah,
“Wahai Rasulullah, adakah pakaian ini diturunkan kepadamu dari langit?”.
Baginda bersabda, “Kamu semua tertarik?.
Demi Allah yang jiwaku berada didalam genggaman Nya, sungguh sapu tangan Sa’ad
bin Mu’adz di Syurga lebih baik daripada pakaian ini. Wahai pelayan, bawa
pakaian ini kepada Abu Jaham, dan bawakam pada kami sutera-sutera kasarnya”.
BAB 124: KELUARNYA PAKAIAN, KUDA DAN UNTA DIDALAM SYURGA. SERTA BATANG EMAS
POHON-POHON DISYURGA.
Diriwayatkan oleh Ibnu Mubarak, dari Mu’ammar, dari al-Asy’ats bin
Abdullah, dari Syahr bin Hausyab, dari Abu Hurairah bahawa ia berkata,
“Sesungguhnya didalam Syurga itu terdapat pohon yang bernama Thuba. Allah
berfirman : ‘Muncul untuk hamba Ku apa yang dia inginkan’. Maka muncullah
seekor kuda siap dengan pelana dan tali pedatinya sekali, kemudian bentuknya
menurut seperti yang diinginkan. Muncul pula seekor unta dengan pelana dan tali
pedatinya sekali, kemudian bentuknya menurut seperti yang dia inginkan.
Kemudian muncul pula perhiasan serta pakaiannya”.
Diriwayatkan oleh an-Nasa’i, dari Abdullah bin Amar ibnu Ash bahawa ia
berkata, “Ketika kami berada disisi Rasulullah saw, tiba-tiba muncul seeorang
lelaki lalu bertanya, “Wahai Rasulullah, ceritakan kepada ku tentang pakaian
penghuni Syurga. Adakah ia pakaian yang usang atau pakaian yang ditenun?”.
Apabila mendengar soalan seumpama itu, maka ramailah para sahabat yang tertawa.
Lalu orang itu berkata lagi, “Kenapa kamu tertawa, adalah wajar seorang yang
tidak tahu bertanya kepada orang yang lebih tahu”. Beberapa saat setelah ia
duduk, Rasulullah pun bertanya, “Mana dia orang yang bertanya tadi ?”. Para
sahabat berkata, “Itu dia wahai Rasulullah”. Lalu baginda bersabda, “Tidak seperti itu, bahkan, darinya (pohon
Thuba itu) akan muncul buah-buah Syurga”. Baginda mengulangi ucapan ini
sebanyak tiga kali.
Diriwayatkan oleh Tirmidzi dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah
bersabda, “Tiada pohon-pohon diSyurga kecuali
semua batangnya adalah dari emas”. Kata Tirmidzi, hadis ini hasan lagi
gharib. Mengenai keterangan tambahan berkenaan pekara ini, insyaallah akan
diterangkan lagi kelak.
Diriwayatkan oleh Ibnu Wahab, dari Ibnu Zaid bahawa seorang lelaki
bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah di Syurga ada pohon kurma, kerana aku
menyukai pohon kurma?”. Baginda menjawab lalu bersabda, “Sudah tentu. Demi Allah yang jiwaku berada didalam genggaman Nya,
batang pohon kurma Syurga adalah dari emas, tunggulnya juga dari emas,
pelepahnya dari emas dan daunnya seperti perhiasan terindah yang tidak pernah
dilihat oleh penduduk dunia. Lalu dahan, tangkai dan akar semuanya juga diri
emas. Buahnya sebesar kendi, lebih halus daripada keju dan lebih manis daripada
madu”.
Diriwayatkan oleh Abu Nu’aim, dari Abdul Faraj ibnu Jauzi, dari Jarir
bin Abdullah al-Bajali bahawa sambil memegang sebatang tongkat, Nabi saw
bersabda, “Wahai Jarir, kalau di Syurga
nanti kamu tidak akan menemui tongkat seumpama ini”. Lalu Jarir bertanya,
“Bagaimana bentuk pohon kurma dan pohon yang lain disana nanti ?”. Baginda
bersabda, “Batangnya dari emas dan
mutiara. Bahagian atas adalah buahnya”.
BAB 126: TANAMAN SYURGA.
Diriwayatkan oleh Bukhari dari Abu Hurairah bahawa pada suatu hari
Rasulullah bercerita, sedang pada ketika itu seorang penduduk dusun juga berada
disitu. Baginda bersabda, “Sesungguhnya
seorang penduduk syurga memohon izin Tuhannya untuk bercucuk tanam (disyurga).
Allah berfirman, ‘Bukankah kamu boleh dapatkan apa saja yang kamu mahukan?’. Ia
menjawab, ‘Benar... tetapi aku mahu menanam tanaman (seperti waktu didunia)’.
Setelah ia mendapat keizinan dan mendapat benih-benih tanaman, ia lalu segera
bercucuk tanam. Dalam waktu yang sangat singkat tanamannya tumbuh merimbun lalu
ia pun menuai buahnya dan hasilnya terlonggok seperti gunung banyaknya. Allah
berfirman, ‘ Ambillah wahai cucu Adam ! Sesungguhnya ia tidak akan cukup
memberi kenyang padamu’. Tiba-tiba orang dusun yang berada disamping Nabi
itu pun berkata, ‘Wahai Rasulullah, pekara itu hanya dapat dilihat kepada
orang-orang Quraisy dan Ansar sahaja. Sesungguhnya mereka sememangnya ahli
bercucuk tanam, sedangkan kami bukan seperti mereka. Mendengar ucapan orang
dusun yang agak celupar itu... Rasulullah hanya tersenyum saja”.
BAB 127: PINTU-PINTU SYURGA
Allah telah berfirman didalam surah az-Zumar ayat 73 yang mafhumnya;
“Orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhannya dihalau kedalam Syurga
dengan berbondong-bondong sehingga mereka sampai kesana dan dibukakan
pintu-pintunya dan berkata Malaikat-malaikat penjaganya kepada mereka: Selamat
untukmu, kamu telah suci. Maka masuklah kamu kedalam Syurga serta kekal
(didalamnya)”.
Menurut ulama-ulama tafsir, pintu-pintu Syurga itu ada lapan buah
kesemuanya. Mereka berpegang kepada sebuah hadis riwayat Muslim dari Umar Ibnu
Khathab ra bahawa Nabi saw bersabda, “Barang
siapa diantara kamu yang telah berwuduk dengan sempurna lalu mengucapkan
kalimah ASYHADU ALLA ILLAHA ILLALLAHU WA ASYHADU ANNA MUHAMMADAN ABDUHU WA
RASULLUHU (aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan aku bersaksi Nabi
Muhammad itu hamba dan pesuruh Allah), nescaya
dibukakan untuknya kelapan-lapan pintu Syurga. Ia boleh masuk melalui
mana-mana pintu sahaja yang disukainya”.
Berkenaan dengan kelapan-lapan pintu Syurga itu juga ada disebutkan
didalam kitab Sahih Bukhari bertajuk ‘Al-Muwatha’dan Sahih Muslim yang
bersumber dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda, “Barangsiapa yang menafaatkan sebahagian hartanya kejalan Allah,
nescaya ada Malaikat yang akan menyeru didalam Syurga, ‘Wahai hamba Allah, apa
yang kamu lakukan itu sungguh baik sekali’. Maka barangsiapa yang tergolong
sebagai orang yang rajin solat, ia akan diseru dari pintu solat. Barangsiapa
yang tergolong didalam golongan orang yang rajin bersedakah, ia akan diseru
dari pintu sedakah. Barangsiapa yang tergolong sebagai orang yuang rajin
berpuasa, ia akan diseru dari pintu Rayyan”. Abu Bakar bertanya, ‘Wahai
Rasulullah, adakah setiap orang akan diseru dari pintu-pintu itu?’. Baginda
menjawab, ‘Benar, dan aku berharap kamu termasuk diantara mereka’”.
Kemudian berkata al-Qadhi Iyadh, “Didalam hadis tadi, yang disebutkan
oleh Muslim hanya empat pintu sahaja. Selebihnya ialah pintu taubat, pintu bagi
orang yang menahan amarah, pintu bagi orang yang redha dan pintu kanan bagi
orang-orang yang masuk Syurga tampa hisab. Tirmidzi al-Hakim didalam kitabnya
yang bertajuk ‘Nawadir al-Ushul’ menyebutkan berkenaan pintu Muhammad. Tetapi,
ia juga terkenal dengan panggilan pintu-pintu rahmat atau pintu-pintu taubat.
Sejak ia diciptakan Allah, pintu Syurga ini sentiasa saja terbuka dan tidak
pernah ditutup atau dikunci. Kelak apabila matahari telah terbit dari barat,
barulah pintu ini akan ditutup hingga berlangsungnya peristiwa hari kiamat.
Manakala pintu-pintu yang lain menurut amal kebajikan manusia diantaranya adalah seperti pintu dari
kebajikan solat, puasa, zakat, haji, sedakah, jihad, silaturahim dan umrah.
Kemudian ditambah tiga yang awal tadi menjadikan kesemuanya sebelas pintu.
Demikianlah yang dipetik dari astar riwayat Ibnu Jauzi.
Diriwayatkan oleh al-Ajiri alias Abu Hasan didalam kitabnya bertajuk
‘An-Nashihat’, bahawa Nabi saw telah bersabda, “Sesungguhnya diSyurga terdapat serbuah pintu bernama pintu Dhuha. Pada
hari kiamat nanti ada Malaikat yang menyeru, ‘Mana orang-orang yang tekun
menunaikan solat sunat Dhuha ?. Inilah pintu untuk kalian semua...maka
masuklah”.
Diriwayatkan oleh Abu Isa Tirmidzi, dari Salim bin Abdullah, dari
ayahnya bahawa Rasulullah bersabda, “Luas
pintu Syurga tempat masuk umatku adalah
sejauh perjalanan menaiki kuda yang baik selama tiga hari. Kemudian mereka
berasak-asak memasukinya sehingga hampir-hampir perut mereka pecah terburai”. Kata
Tirmidzi, “Aku pernah bertanya kepada Muhammad alias Bukhari berkenaan hadis
ini. Ternyata ia tidak mengenalinya (tidak tahu mengenainya). Menurutnya,
Khalid bin Abu Bakar, salah seorang perawinya adalah perawi yang suka berbuat
mungkar beberapa hadis yang ia riwayatkan (menokok tambah ayat) dari Salim bin
Abdullah.
Berdasarkan kedua-dua riwayat diatas tadi, maka bererti jumlah pintu
Syurga telah menjadi tigabelas kesemuanya. Oleh sebab itulah kenapa mereka
berebut-rebut dan berasak-asak masuk kedalamnya seperti yang telah dikemukan
sebelumnya, sebahagian besar penghuni Syurga itu adalah “balha” (lurus bendul).
Bukti lain yang menunjukkan bahawa pintu Syurga itu melebihi daripada
lapan ialah juga dari hadis Umar Ibnu al-Khathab bahawa Rasulullah bersabda, “Barang siapa diantara kamu yang telah
berwuduk dengan sempurna lalu mengucapkan kalimah ASYHADU ALLA ILLAHA ILLALLAHU
WA ASYHADU ANNA MUHAMMADAN ABDUHU WA RASULLUHU (aku bersaksi bahawa tiada Tuhan
selain Allah tiada sekutu bagiNya dan aku bersaksi Nabi Muhammad itu hamba dan
pesuruh Allah), dengan jujur dan ikhlas dari dalam bathin dan hatinya, nescaya
pada hari kiamat nanti akan dibukakan untuknya kelapan-lapan pintu diantara
pintu-pintu Syurga. Ia boleh masuk melalui mana-mana pintu sahaja yang
diingininya”.
Hadis tersebut juga diriwayatkan oleh atz-Tirmidzi dan yang lainnya
juga. Contohnya seperti Abu Umar bin Abdul Barr didalam kitabnya bertajuk
‘At-Tamhid’ mengatakan, “.... nescaya dibukakan untuknya diantara pintu-pintu
Syurga”. Semantara Abu Daud, an-Nasa’i dan Ibnu Sanjar mengatakan, “...nescaya
dibukakan untuknya kelapan-lapan pintu Syurga”. Tampa kalimah ‘diantara’. Berdasarkan
pekara ini, bererti jumlah pintu Syurga itu hanyalah lapan buah sahaja seperti
pendapat dari kebanyakan ulama tafsir.
Jika menurut pendapat saya (Imam al-Qurthubi – pengarang kitab ini),
pintu Syurga hanya ada lapan sahaja. Ini berdasarkan perkataan “dan” didalam
firman Allah didalam surah az-Zumar ayat 73 diatas tadi, secara landasannya
tidak mempunyai makna. Sebagai perbandingannya didalam al-Quran juga terdapat
yang sama seperti itu, iaitu didalam surah al-Hasyr ayat 23 yang mafhumnya;
“Dialah Allah, yang tiada Tuhan kecuali Dia, Raja (yang memerintah seru
seklian alam) Mahasuci, Maha Selamat (sejahtera dari ‘aib dan kekurangan),
Memberi Keamanan, yang Mengawasi (segala hamba Nya), Maha Perkasa, Maha Pemaksa
dan yang Maha Besar. Mahasuci Allah dari apa-apa yang mereka sekutukan”.
Kalimah kelapan iaitu ‘Al-Mutakabbir’ dijadikan satu dengan kalimah
‘Al-Jabbar’ kalimah yang sebelumnya,
yang bererti ‘Yang Memiliki Segala Keagungan’. Perbahasan ini telah saya
kemukkan didalam kitab saya bertajuk ‘Jami Ahkam Al-Quran’, tentang surah
al-Bara’ah dan surah al-Kahfi.
Diriwayatkan oleh Muslim, dari Khalid bin Umari bahawa ketika menjawat
jawatan Gubenur Basrah, Utbah bin Ghazawan pernah memberi ucapan
ditengah-tengah mereka. Szetelah memenjatkan puji-pujian kehadrat Allah SWT, ia
mengatakan, “.... Rasulullah bersabda dan memberitahu kepada kita semua bahawa
luas antara dua daun pintu diantara pintu-pintu Syurga adalah sejauh perjalanan
empat puluh tahun, dan akan tiba harinya dimana orang-orang akan berasak-asak
untuk memasukinya...”.
Diriwayatkan oleh Muslim dari Anas sebuah hadis berkernaan syafaat, “...Demi Allah yang jiwaku berada didalam
genggaman Nya, sesungguhnya jarak diantara dua daun pintu diantara pintu-pintu
Syurga itu seperti jarak perjalanan diantara Mekah dan Hajar, atau diantara
Mekah dan Basrah”.
Diriwayatkan oleh Muslim, dari Sahal bin Sa’ad bahawa Rasulullah
bersabda, “Sesungguhnya tujuh puluh ribu
atau tujuh ratus ribu dari umatku masuk Syurga. Sebahagiannya berpegang dengan
sebagaian yang lain. Yang pertama diantara mereka tidak mahu masuk sebelum yang
terakhir diantara mereka masuk. Wajah mereka seperti bentuk bulan purnama”.
Dari hadis-hadis sahih diatas itu tadi menunjukkan bahawa pintu Syurga
itu melebihi dari lapan. Bahkan jika berdasarkan riwayat yang terakhir tadi,
jumlah pintu Syurga telah menjadi enambelas kesemuanya.
Al- Imam Abu Qasim alias Abdul Karim al-Qusyairi didalam kitabnya yang
bertajuk ‘At-Tahyir’ mengutip sabda Rasulullah, “Akhlak yang baik merupakan kalung redha Allah yang Mahamulia lagi
Mahaagung yang melingkari leher orang-orang yang bersangkutan. Kalung itu
diikat pada rantaian rahmat, dan rahmat itu diikat pada salah satu bendul pintu
Syurga. Sehingga, ketika akhlak yang baik tadi hendak terlucut, ia ditarek oleh
rantai dan dibawa masuk kedalam Syurga melalui pintu tersebut. Sebaliknya,
akhlak yang buruk adalah kalung murka Allah yang melingkiri pada orang-orang
yang bersangkutan. Kalung itu diikat pada rantai seksa Allah, dan rantai
diikatkan pada salah satu bendul pintu Neraka. Sehingga, ketika akhlak yang
buruk tadi hendak terlucut, ia segera ditarek oleh rantai dan dibawa masuk
kedalam Neraka melalui pintu tersebut”.
Penulis kitab bertajuk ‘Al-Arus’ mengutip sebuah hadis riwayat
ad-Dailami dari Ibnu Abbas bahawa Nabi saw bersabda, “Syurga itu memeliki sebuah pintu yang bernama Al-Farah. Yang boleh
memasuki pintu ini hanyalah orang-orang yang suka membuat kanak-kanak gembira”.
Menurut Hasan al-Bashri, yang dimaksudkan dengan kalimah “sepasang harta” pada sabda Nabi saw.
Iaitu “Barangsiapa yang menafaatkan
sepasang hartanya pada jalan Allah....”, bermaksud apa juga harta yang
jumlahnya dua. Contohnya seperti dua dirham atau dua dinar atau dua helai
pakaian atau sepasang selipar atau alas kaki dan seterusnya. Ada juga ulama
yang mengatakan bahawa ia bermaksud berkenaan dinar dan dirham, atau dirham dan
pakaian, atau kasut dan talinya. Manakala menurut al-Baji, yang dimaksudkan
dengan perkataan itu ialah bersangkutan dengan amal perbuatan baik. Contohnya
seperti dua solat atau dua hari puasa dan seterusnya.
Menurut saya (Imam al-Qurthubi, penulis kitab ini), pendapat yang lebih
tepat adalah yang pertama tadi, kerana ia bersesuaian dengan hadis yang
diriwayatkan dari Nabi saw. Hadis serupa juga diriwayatkan oleh al-Ajiri dari
Abu Dzar bahawa Rasulullah bersabda, “Barangsiapa
yang menafkahkan sepasang harta pad jalan Allah, nescaya kelak ia akan segera
dijemput oleh pelayan Syurga...”. Seterusnya baginda bersabda, “... iaitu dua ekor lembu atau dua dirham atau
dua buah busar (panah), atau sepasang selipar (sendal)”.
Berkenaan dengan riwayat yang menyebutkan tentang keluasan pintu-pintu
Syurga, seperti ada riwayat menyebutkan bahawa keluasan pintu Syurga itu dari
satu tempat kesuatu tempat, atau dari bahagian timur ke bahagian barat, dan
lain-lain lagi. Sebenarnya semua hadis dan riwayat itu langsung tidak dianggap
bercanggah diantara satu sama yang lain oleh semua jumhur ulama.
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, dari Sahal bin Sa’ad bahawa
Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya di
Syurga terdapat sebuah pintu bernama Ar-Rayyan, tempat lalunya bagi orang-orang
berpuasa. Mereka masuk melalui pintu ini. Apabila orang yang terakhir diantara
mereka telah semuanya masuk, pintu tersebut ditutup sehingga tidak ada seorang
pun yang boleh masuk melaluinya”.
Menurut saya (Imam al-Qurthubi), begitu juga dengan semua pintu-pintu
Syurga yang lain iaitu yang dikhususkan bagi amal-amal kebijikan... wallahu’lam.
Diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bertanya, “Siapa diantara kamu yang berpuasa pada hari
ini?”. Abu Bakar menjawab, “Saya”. Baginda bertanya lagi, “Siapa diantara kamu menghantar
jenazah pada hari ini?. Abu Bakar menjawab, “Saya”. Kemudian baginda bertanya
lagi, “Siapa diantara kalian yang memberi makan orang-orang miskin pada hari
ini ?. Abu Bakar menjawab, “Saya”. Baginda bertanya lagi, “Siapa diantara kamu
yang pergi melawat orang sakit?. Abu
Bakar menjawab, “Saya”. Rasulullah bersabda, “Barangsiapa yang melakukan semua
itu, nescaya dia masuk Syurga”.
Diriwayatkan oleh Abu Daud ath-Thayalisi didalam kitabnya bertajuk ‘Musnad
Abi Daud ath-Thayalisi’, dari Ja’far bin Zubir al-Hanafi, dari al-Qasim budak
suruhan Yazid bin Mu’awiyah, dari Abu Umamah bahawa Rasulullah bersabda, “Seorang lelaki dibawa kehadapan pintu
Syurga. Ketika mengangkat kepalanya, ia melihat tulisan pada pintu Syurga itu, ‘Satu
sedakah dibalas dengan sepuluh kali ganda dan satu hutang dibalas dengan
lapanbelas kali ganda’. Persoalannya (mengapa?), seseorang yang datang kepada
kamu untuk berhutang adalah kerana ia sangat memerlukannya, semantara sedekah kadang-
kala kamu berikan kepada orang yang tidak memerlukannya”.
Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dalam kitabnya ‘Sunan Ibnu Majah’, dari
Abdullah bin Abdul Karim, dari Hisyam bin Khalid, dari Khalid bin Yazid bin Abu
Malik, dari ayahnya, dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah bersabda, “Pada malam aku di Isyrakan, aku melihat
tulisan pada sebuah pintu Syurga, ‘Satu sedakah dibalas sepuluh kali ganda dan
satu hutang dibalas lapanbelas kali ganda’. Aku bertanya kepada Jibril, ‘Kenapa
memberi hutang itu lebih utama dari bersedekah?’. Jibril menjawab, ‘Kerana
orang meminta (sedakah) itu boleh jadi telah mempunyainya. Tetapi orang yang
mahukan hutang itu pasti kerana ia sangat memerlukannya’”.
*******************************************************
Sekian dahulu untuk kali ini, insyaallah dilain lapangan atok akan
menyambung lagi berkenaan dengan Syurga ini. Diharap kalian bersabar membacanya
dan menafaatkan tulisan ini dengan sepenuhnya.
Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Sekian,
Atok zamany.