BISMILLAHIRAHMANIRAHIM.
FASAL B - AKHIRAT DAN KIAMAT.
Di
riwayatkan oleh Khaitsamah bin Sulaiman didalam kitabnya bertajuk Musnad
Khaitsamah dari Jabir bin Abdullah bahawa Rasulullah saw. bersabda, "Pada
hari kiamat nanti, setelah neraca timbangan dipasang lalu semua amalan kebaikan
dan keburukan ditimbangkan. Barangsiapa yang piring timbangan amal kebaikan
lebih berat walau hanya seberat sebutir telur nyamuk sekalipun, nescaya ia akan
masuk syurga. Manakala jika piring neraca timbangan amal keburukanna lebih
berat walau hanya seberat sebutir telur nyamuk sekalipun, nescaya dia akan
masuk neraka". Lalu seorang sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah,
bagaimana dengan orang yang sama berat antara kedua-dua piring neraca timbangannya
?. Baginda menjawab, "Mereka inilah yang digelar golongan 'Ashab al-
A'raaf'. Mereka tidak dibenar masuk Syurga, sekalipun mereka sangat
mengingginkannya ".
Diriwayatkan
oleh Ibnul Mubarak, dari Abu Bakar al-Hadzali, dari Sa'id bin Jubair, dari
Abdullah bin Mas'ud bahawa ia berkata, "Pada hari kiamat nanti manusia
akan dihisab. Barangsiapa yang amal kebajikannya terpaut pada satu saja lebih
banyak daripada amal keburukkan maka dia akan masuk Syurga. Manakala
barangsiapa yang amal keburukannya terpaut pada satu saja lebih banyak daripada
amal kebaikkan, maka dia akan masuk Neraka. Kemudian dia membaca ayat 102
& 103 surah al-Mu'minuun yang mafhumnya ;
"Barangsiapa
yang berat timbangannya (kebajikannya), mereka itulah orang yang menang ".
(102)
"Barangsiapa
yang ringan timbangannya, mereka itulah yang merugikan dirinya, dalam neraka
kekal selama-lamanya". (103)
Kemudian dia
berkata, "Sesungguhnya berat dan ringannya timbangan itu boleh ditentukan
hanya dengan sebiji benih sahaja. Barangsiapa yang piring neraca timbanganan
amal kebajikan sama dengan amal keburukan, maka ia termasuk kedalam golongan
Ashab al- A'raaf ".
Ka'ab al-A'hbar
bercerit, "Ada sepasang rakan karib semasa didunia. Ketika sama-sama telah
meninggal dunia, salah seorang dari mereka melihat kawannya itu sedang diserit
ke Neraka. Oleh kerana kahsian belas dia menghampirinya dan berkata, 'Demi
Allah, sebenarnya aku hanya memiliki satu saja biji kebajikan yang boleh
menyalamatkan ku. Tetapi demi kasih sayangku kepadamu, ambillah ia supaya dapat
menyelamatkan mu dari api neraka dan kita boleh tinggal sebagai golongan Ashab
al-A'raaf '. Kemudian akhirnya Allah memerintah Malaikat membawa mereka ke
Syurga ".
Abu Hamid
al-Ghazali dalam kitabnya ‘Kasyfu Ulum al-Akhirat’ mengatakan “Pada hari kiamat
kelak, ada seseorang yang dihadapkan kehadrat Allahmuntuk ditimbangkan segala
amal-amalnya. Ternyata piring timbangannya menjadi sama, sehinggakan dia amat
memerlukan satu kebajikan supaya timbangan amalan kebajikannya menjadi berat
dan kemudian dimasukkan kedalam syurga. Setelah dia berulang alik berkali-kali
mencari seseorang yang berbaik hati dapat memberinya satu saja kebajikan, namun
tidak ditemui. Ini adalah kerana semua manusia-manusia itu amat memerlukan
amal-amal kebajikan mereka sendiri bagi menyelamatkan diri mereka masing-masing
disaat yang amat genting itu sewaktu mereka akan menghadapi timbangan itu
nanti".
Ketika dia
sedang berputusasa, ia bertemu seseorang yang bertanya kepadanya “Apa yang
sedang kamu cari ?”. Ia menjawab “ aku mencari satu kebajikan. Telah aku pergi
kesana kemari dan bertemu dengan ribuan manusia, namun mereka semua tidak mahu
menolong aku”. Orang itu berkata lagi “Aku bertemu Allah dengan membawa satu
kebajikan saja dan aku yakin ini tidak akan dapat untuk membantu diri ku. Oleh
itu ambil saja kebajikan ku ini supaya dapat membantu diri mu”. Dengan rasa
yang sungguh gembira dia mngambil kebajikan orang itu dan terus berlari menuju
kehadrat Allah bagi mempersembahkan satu kebajikan itu untuk diletakkan diatas
timbangan amalnya. Allah berfirman kepadanya “Bagaimana kamu kelihatan sungguh
gembira sekali”. Dia pun menjawab “ Ya Tuhanku, sifulan itu telah berbaik hati
untuk menolong ku dengan memberikan satu-satunya kebajikan miliknya kepada ku
supaya aku selamat dari bincana timbangan itu”. Lalu Allah memerintah Malikat
membawa orang itu kehadratNya. Setelah orang itu dihadapkan kehadrat Allah,
kemudian Allah pun berfirman kepadanya “Walau bagaimana pun dermawannya kamu
terhadap sifulan ini, sesungguhnya Akulah Yang Maha Dermawan dibandingkan
dengan kamu. Sekarang peganglah tangan temanmu itu dan pergilah kamu kedalam
SyurgaKu itu”.
Terdapat juga
sebuah riwayat yang menceritakan nasib seseorang yang hampir sama seperti
cerita diatas tadi. Diceritakan bahawa seseorang yang piring timbangannya
menjadi sama berat diantara pahala dan dosanya. Allah berfirman, “Kamu ini
bukanlah termasuk golongan penhuni syurga mahupun penghuni neraka”. Kemudian
muncul Malaikat membawa lmbaran kemudian diletakkan dipiring neraca timbangan
itu. Didalam lembaran itu tertulis satu perkataan “Ah”. Kemudian piring neraca
amalan dosanya menjadi berat dibandingkan amalan pahlanya. Ini adalah kerana
ucapan kalimah “Ah” itu adalah bantahannya kepada perintah kedua ibu dan
bapanya sewaktu hidup didunia dahulu. Lalu Allah memerintahkan Malaikat
mengheretnya ke neraka.
Setelah berada
didalam neraka, ia bermohon kehadrat Allah SWT. supaya ia dibawa semula
kehadrat Allah untuk bertanya. Lalu Allah pun memperkenankan permintaannya.
Setelah dihadapkan, lalu dia memohon agar dia dikembalikan semula kedunia. Lalu
Allah berfirman kepadanya “Mengapa kamu minta dikembalikan semula kedunia ?”.
Ia menjawab “Ya Tuhanku, aku sememangnya hanya layak tinggal didalam neraka
kerana kesalahan membantah kata-kata orang tua ku semasa didunia, jika dapat
aku tebus semua kesalahan ku itu izinkanlah aku kembali kedunia lagi. Aku tidak
dapat menahan untuk melihat mereka sekarang ini sedang terseksa didalam neraka
yang sama dengan ku itu. Atau pun aku bermohon kepada Mu supaya Kau
lipatgandakanlah seksaan atas diriku dan Kau lepaskanlah mereka dari azab
neraka itu dan berikanlah mereka itu syurga Mu kerana telah membesarkan ku”.
Maka Allah tersanyum mendengar rintihannya itu dan kemudian bertitah, “Wahai
anak muda, kamu sememangnya anak yang berani kepada kedua orang tua mu dan
tidak pernah berbakti kepada mereka semasa didunia. Tetapi kamu sangat berani
juga untuk menanggung kesalahan-kesalahan mereka sedangkan kamu tahu kamu
sememangnya tidak akan mampu menahannya. Maka kamu telah Kuampuni berserta
kedua-dua orang tua mu itu diatas ketaatan kamu kepada mereka berdua. Pergilah
kamu pimpin tanggan-tanggan mereka untuk masuk kedalam syurga Ku”. Ia kemudian
bersujud syukur dan berlari mendapatkan kedua-dua orang tuanya.
FAKTA
I;
Dalam alQuran
ulKarim, Allah SWT. berfirman berkenaan timbangan dengan menyebutkannya dengan
kalimah ‘jamaq’ atau ‘plural’ (satu). Kemudian didalam Hadis Nabi saw.menyebutkannya
dengan menggunakan kalimah ‘mufrad’ atau tunggal yang juga bersamaan dengan
‘jamaq’ atau ‘plural’. Ada ulama berpendapat bahawa kemungkinan juga setiap
manusia itu memiliki setiap orang satu timbangan yang digunakan untuk menimbang
semua amalan mereka masing-masing secara bersendirian. Manakala ada juga ulama
yang berpendapat bahawasanya nerca timbangan itu hanya satu untuk menimbang
amalan seluruh manusia satu persatu secara giliran, jika menurut kamliah
‘jamaq’ itu sendiri. Pekara seumpama ini memang sering terjadi didalam
terjemahaan bahasa Arab. Sebagai contoh didalam firman Allah diadlam surah
asy-Syu’ra ayat yang ke 123, mafhumnya;
“Kamu A’ad telah mendustakan para Rasul”.
Kemudian
didalam surah yang sama pada ayat 105, mafhumnya;
“Kamu A’ad telah mendustakan para Rasul”.
Perkataan “para
Rasul” didalam ayat diatas itu
seolah-olah menunjukkan kepada kita bahawa ramainya para Rasul yang telah
didustakan oleh kaum A’ad, walhal hanya terdapat seorang sahaja Rasul yang
telah diutuskan Allah kepada kamu A’ad. Kemudian daripada itu ada juga ulama
yang memberi pandangan bahawa yang dimaksudkan “beberapa timbangan” didalam
ayat-ayat al-Quran dan juga Hadis Nabi saw. itu bukanlah bermaksud jumlah atau
bilangan neraca timbangan itu, sebenarnya ia merujuk kepada jumlah isi amalan
yang dimuatkan diatas timbangan itu sendiri.
Diriwayatkan
oleh al-Lalaka’I didalam kitabnya bertajuk ‘Sunan al-Lalaka’i’, dari Anas
secara marfu, “Sesungguhnya malaikat yang ditugaskan mengurus timbangan dan
mendatangkan seorang manusia untuk berdiri diantara dua piring neraca timbangan
supaya dia dapat menyaksikan sendiri amal-amalannya ditimbang. Jika piring
amalan kebajikannya lebih berat, malaikat itu akan berseru dangan suara lantang
yang beoleh didengari oleh seluruh makhluk dengan seruan ‘Sesungguhnya sifulan
bin sifulan ini telah menemukan sebuah kebahagian abadi dan selepas ini ia
tidak akan menderita lagi selama-lamanya’. Tetapi, jika piring timbangan amal
keburukannya yang lebih berat, malaikat itu akan berseru dengan lemah dan sedih
dengan seruan ‘Sesungguhnya sifulan bin sifulan ini telah menemukan kecelakaan
abadi dan selepas ini dia tidak akan bahangia untuk selama-lamanya’”. Menurut
riwayat yang bersumber dari Hudzaifah, malaikat yang dimaksudkan itu ialah
Malaikat Jibril alaihis salam.
FAKTA
II;
Yang
dimaksudkan dengan nama “Ashab al-A’raaf” adalah penghuni syurga yang miskin.
Diriwayatkan oleh Hannad as-Sari, dari Waki’ dari Sufian dari Mujahid dan Habib
dari Abdullah ibnul Harith bahawa ia berkata “Orang-orang yang tergolong
didalam golongan Ashab al-A’raaf itu hanya sampai dan berhenti disebuah sungai
bernama Hayat atau sungai kehidupan dimana dindingnya diperbuat dari emas tulin
dengan hiasan mutiara. Padanya, dengan mandian sekali akan menzahirkan dengan
jelas satu ‘tahi lalat putih’ pada lehernya. Kemudian dia akan mandi semula dan
akan menyebabkan ‘tahi lalat putih’ itu akan bertambah. Begitulah seterusnya.
Lalu dikatakan kepadanya, ‘katakanlah apa yang kamu inginkan’. Kemudian dia
mengucapkan bermacam-macam keinginan mereka. Kemudian dikatakan kepadanya,
‘Kamu mendapat tujuh puluh kali ganda dari apa yang kamu inginkan itu’. Mereka
itulah penghuni syurga yang miskin”.
Kemudian
didalam riwayat ath-Thabari dan Ibnu Abu Syaibah mengatakan, “….Ketika memasuki
syurga, pada leher merekaterdapat ‘tahi lalat putih’ sebagai tanda pengenalan
(pernah mendiami Ashab al-A’raaf). Disyurga mereka disebut sebagai penghuni
yang miskin”.
Terdapat 12
pendapat para-para ulama mengenai penghuni Ashab al-A’raaf iaitu;
1)
Pendapat daripada
Ibnu Mas’ud dan Ka’ab al-Akhbar. Pendapat yang sama juga menurut Ibnu Wahab
dari Ibnu Abbas iaitu mereka adalah penghuni syurga yang miskin.
2) Menurut pendapat Mujahid bahawa mereka merupakan
orang-orang saleh yang memiliki pengatahuan agama yang cukup mendalam.
3) Pendapat al-Mahdawi bahawa mereka merupakan
orang-orang yang mati syahid.
4) Menurut Abu Nashr alias Abdulrahman bin Abdul Karim
al-Qusyairi bahawa mereka adalah merupakan orang-orang islam yang utama dan
mati syahid. Demi kerana kemuslihatan orang-orang awam lalu mereka telah
berkorban menjadi penjamin.
5)
Mereka adalah
orang-orang yang ingin mati syahid pada jalan Allah. Mereka pergi berperang
dengan mendurhakai ayah mereka. Pendapat ini adalah dari Syarahbil bin Sa’ad.
Didalam pekara ini ath-Thabri memperkatakan sebuah hadis Rasulullah iaitu,
“Sesungguhnya dosa durhaka mereka itu seimbang dengan pahala yang mereka
dapatkan dimedan peperangan”.
6) Kemudian dari pendapat Ibnu Abbas, Hamzah, Ja’far yang
bergelar ‘Dzul Janahaim’ ( dua sayap) dan juga Saidian Ali bin Abi Talib.
Mereka boleh dikenali orang-orang yang mencintai mereka dari melihat wajah
mereka yang bertanda putih dan juga boleh mengenal mereka yang tidak mencintai
mereka dari wajah mereka yang bertanda hitam. Ini adalah pendapat Ibnu Abbas
yang dikutip oleh ats-Tsa’labi.
7) Mereka adalah saksi-saksi yang adil pada hari kiamat.
Mereka akan menjadi saksi atas perbuatan kepada semua manusia dari seluruh
umat. Ini pula adalah pendapat az-Zahrawi yang disokong oleh an-Nuhas.
8) Pendapat az-Zajaj pula ialah, mereka merupakan kamu
dari beberapa orang Nabi.
9)
Pendapat dari
al-Qadhi Ibnu Athiyah alias Abu Muhammd pula ialah, Mereka itu merupakan satu
kaum yang mempunyai dosa- dosa kecil yang tidak sempat dihapuskan dengan
berbagai cobaan penderitaan kehidupan dunia, tetapi mereka tidak mempunyai
sebarang dosa besar. Mereka ditahan dari memasuki syurga dengan perasaan
kebinggungan.
10) Mereka adalah
kaum yang telah disebutkan didalam al-Quran sebagai orang-orang Islam yang
mempunyai dosa-dosa besar. Demikian menurut pebdapat Ibnu Abbas yang diambil
oleh Ibnu Wahab. Ia juga diriwayatkan oleh Ibnul Mubarak dari Jubair
al-Dahahhak dari Ibnu Abbas, ia berkata, “Ashab al-A’raaf adalah beberapa orang
islam yang memiliki dosa- dosa besar dan menjadi persoalan besar kepada Allah
SWT. Mereka berada disuatu tempat diantara syurga dan neraka (tempat nuterial).
Setiap kali ia melihat kependuduk neraka, ia boleh mengenalinya dari wajah
mereka yang hitam muram. Lalu mereka berdoa, ‘Ya Tuhanku, jauhkan daku dari
dimasukkan sebagai kaum yang zalim’. Setiap kali ia melihat penduduk syurga,
dia boleh mengenalinya dari wajah mereka yang putih berseri-seri ‘“.
Kata
Ibnu Abbas, “Allah memasukkan kaum Ashab al-A’raaf ke syurga akhirnya”.
Kata
Ibnul Athiyah, “Salim…, budak Abu Hudzaifah sangat berharap untuk masuk sebagai
orang yang akan diletakkaan sebagai ahli Ashab al-A,raaf. Ini adalah kerana
mengikutnya mereka adalah orang-orang yang berdosa”.
11) Mereka adalah anak-anak zina hasil daripada perbuatan
orang-orang tua mereka. Ini adalah pendapat Abu Nashr al-Qusyari yang diambil
dari Ibnu Abbas.
12) Mereka adalah merupakan golongan Malaikat yang
dipercayaai menjadi kumpulan pemisah diantara orang-orang muslim dan
orang-orang kafir sebelum masing-masing dari mereka akan dimasukkan kedalam
syurga atau neraka. Ini adalah pendapat Abu Mujalliz alias Lahiq bin Humaid.
Al-A’raaf
itu sendiri membawa maksud ‘sebuah dinding’ yang terletak memisahkan diantara
syurga dan neraka. Kemudian ada orang berpendapat bahawa ia adalah gunung Uhud
yang Allah pindahkan kealam akhirat.
Hikayat
dan cerita orang dulu-dulu;
Ada
seorang Salafus Saleh lagi alim bercerita “Suatu malam aku bermimpi seperti
berada di hari kiamat dan aku melihat semua manusia sedang dihisab. Setelah itu
ada yang dibawa ke syurga dan ada pula yang dibawa ke neraka. Lalu aku menuju
kesyurga dan bertanya kepada penghuninya, ‘Bagaimana kamu boleh mendapat tempat
tinggal yang penuh dengan keredhaan Allah ini ?’. Mereka menjawab, ‘Kami taat
kepada perintah Allah Yang Maha Pemurah dan kami menentang syaitan serta
kuncu-kuncunya’. Setelah itu aku pergi pula keneraka dan bertanya kepada
penghuninya, ‘Bagaimana kamu boleh mendapat tempat tinggal yang penuh keseksaan
ini ?’. Mereka menjawab, ‘Kerana kami taat kepada syaitan dan kuncu-kuncunya
serta menentang Allah Yang Maha Pemurah’. Kemudian aku melihat ada terdapat
satu golongan yang tinggal ditempat diantara syurga dan neraka itu. Lalu aku
menghampiri mereka dan bertanya, ‘Bagaimanakah kamu boleh ditempatkan diantara
syrurga dan neraka ini ?’. Mereka menjawab, ‘Kami berdosa besar dan amalan baik
kami hanya sedikit. Dosa-dosa kami menghalang kami dari memasuki syurga,
manakala amalan pahla kami tidak pula dapat menjamin kami memasuki syurga
tetapi ia menghalang kami dari memasuki neraka’. Mereka kemudiannya
bernyanyikan syair sedih;
“Kamilah kaum yang punya dosa-dosa
besar yang melarang kami memasuki syurga, dan membuatkan kami hidup didalam
kebinggungan dan kebimbanggan. Kaki kami tertahan daripada melangkah”.
BAB 52: DIHARI
KIAMAT, SETIAP UMAT AKAN MENGIKUTI APA-APA YANG MEREKA SEMBAH.
Diriwayatkan
oleh Tirmidzi dari Abu Hurairah bahawa Nabi saw. telah bersabda, “Pada hari
kiamat kelak, Allah akan mengumpulkan manusia disebuah tanah lapang (Mahsyar).
Setelah itu Allah akan menampakkan wajah Nya kepada mereka dan berfirman,
‘Ingat ! hendaklah setiap dari kamu mengikuti pada apa-apa yang telah kamu
sembah dahulu’. Orang yang menyembah salib akan mengikuti salib. Orang yang menyembah
patung (berhala) akan mengikuti patung itu. Orang yang menyembah api akan
mengikuti api itu. Mereka semua akan mengikut apa yang pernah mereka sembah,
dan yang hanya tinggal adalah kamu muslimin sahaja…..”.
Diriwayatkan
oleh Muslim dari Abu Hurairah bahawa beberapa orang sahabat telah bertanya
kepada Rasulullah, “Wahai Rasuullah, adakah dihari akhirat nanti kami boleh
melihat wajah Allah SWT. ?”. Kemudian Rasulullah bertanya pula kepada mereka,
“Adakah kamu sukar untuk melihat bulan purnama dimalam hari ?”. Mereka
menjawab, “Tidak, ya Rasulullah”. Rasulullah bertanya lagi, “Adakah kamu sukar
untuk melihat matahari yang tidak dilindungi awan ?”. Mereka menjawab, “Tidak,
ya Rasulullah”. Baginda kemudian bersabda lagi, “Ketahuilah oleh kamu semua,
sesungguhnya kamu semua akan dapat melihat wajah Nya seperti itu. Pada hari
kiamat kelak, Allah akan mengumpulkan seluruh manusia dan kemudian berfirman,
“Barangsiapa yang telah menyembah sesuatu selain dari Ku, maka kamu ikutilah
apa yang telka ah kamu sembah itu. Penyembah matahari, pergilah mengikut matahari.
Penyembah bulan, pergilah kamu mengikut bulan. Penyembah thaghut (patung atau
barhala) pergilah kamu mengikut thaghut itu..”.
“..Kemudian
yang berbaki hanyalah orang-orang munafiq, lalu Allah menghampiri mereka dengan
wajahpyang mereka tidak kenali dan berfirman, ‘Aku adalah Tuhan kamu ?’. Mereka
menafikan, ‘Kami berlindung kepada Allah darimu ditempat kami ini hinggalah
datang kepada kami Tuhan kami yang sebenarnya. Jika Tuhan kami datang kepada
kami, nescaya kami mengenali Nya’. Kemudian Allah datang menghampiri mereka
dengan wajah yang mereka kenal, lalu berfirman, ‘Aku adalah Tuhan kamu ?’.
Mereka menjawab, ‘Ya, memang kamulah Tuhan kami semua’. Lalu mereka mengikuti
Nya..”.
“…
Kemudian diletakkan Jembatan Sirat diatas neraka jahanam. Aku dan umatku lah
yang pertama dapat melintasinya. Pada waktu itu hanya para Rasul sahaja yang
boleh berkata-kata. Doa mereka dikala itu hanyalah, ‘Ya Allah, selamatkanlah
kami…selamatkanlah’. Didalam neraka jahanam terdapat mata-mata kail yang tajam
seperti duri Sa’dan. Kamu semua tahu apa itu duri Sa’dan ?”. Mereka menjawab,
‘Tahu!, ya Rasulullah…’.
Baginda
bersabda lagi, “Mata-mata kail itu sememangnya seperti duri Sa’dan (seperti duri
pelapah daun kelapa sawit berbaris dan tajam). Tetapi tiada siapa yang mengatahui
besarnya kecuali Allah SWT. sahaja. Mata-mata duri kail ini akan menarik
orang-orang itu dan mencucuk tubuh mereka sesuai dengan amalan mereka
masing-masing. Ada yang hancur binasa disebabkan amalan-amalan mereka
masing-masing, dan ada pula yang berjaya lepas hingga terselamat…”
FAKTA
I;
Al-Faqih
Abu Bakar bin Barajan mengupas didalam kitabnya bertajuk ‘Al-Irsyad’ berbunyi,
“Dialam padang Mahsyar kelak, semua pemimpin para penyikut Rasul-rasul berusaha
memintakan syafaat bagi kaumnya agar mereka terlepas dari penderitaan yang
sedang mereka tanggung disaat itu. Kemudian Allah memerintahkan Adam hadir
dengan kumpulannya yang terdiri dari anak cucu cicitnya masuk kedalam neraka.
Mereka ini terbahagi kepada tujuh golongan. Dua golongan yang pertama disambar
lidah api neraka sepantas kilat. Mereka itu adalah golongan kafir yang sombong
dan juga golongan kafir yang bodoh. Ditanyakan kepada mereka semua, “Dimana kah
tuhan-tuhan yang dahulunya telah kamu sembah selain dari Allah ?. Setiap umat
akan mengikut kepada apa yang mereka sembah selain Allah, dan mereka akan
dilemparkan kedalam neraka jahanam bersama-samanya”.
Allah
yang Mahamulia lagi Mahaagung telah berfirman didalam surah Yunus ayat 30, yang
mafhumnya;
“Disana (Padang Mahsyar), tiap-tiap
manusia diuji (diperiksa) tentang apa-apa yang telah dikerjakannya dan mereka
dikembalikan kepada Allah, wali (penjaga) mereka yang sebenarnya, dan lenyaplah
dari mereka apa-apa yang mereka ada-adakan itu (sembahan berhala, salib dll.)”.
Allah
juga telah berfirman didalam surah Asy-Syu’raa ayat 21 yang mafhumnya;
“Bahkan adakah bagi mereka
sekutu-sekutu (berhala, salib dan tuhan-tuhan lain) yang mengsyariatkan agama
bagi mereka sesuatu yang tiada diizinkan Allah. Kalau tidaklah kata keputusan
(mengundurkan seksaan), nescaya dihukumlah antara mereka. Sungguh untuk
orang-orang aniaya itu seksaan yang pedih”.
Rasulullah
telah bersabda, “Pada hari kiamat nanti bumi akan diratakan seperti meratakan
kulit yang disamak kerana keagungan Allah yang Mahamulia lagi Mahaagung.
Kemudian setiap manusia hanya terpaku ditempat berdirinya masing-masing.
Selanjutnya aku dipanggil sebagai orang yang pertama. Aku menjatuhkan diriku
bersujud. Setelah disuruh bangun, aku berkata, ‘Ya Tuhanku, Jibril inilah yang
memberitahu aku (waktu itu Jibril sedang berada disebalah kanan ‘Arasy Allah,
Tuhan yang Mahapemurah) bahawa Engkau telah mengirimkannya kepada ku’. Jibril
hanya diam tidak berbicara, hingga akhirnya Allah yang Mahamulia lagi Mahaagung
berfirman, ‘Dia benar !’. Dan setelah Allah memberikan ku syafaat, lalu aku
berkata, ‘Ya Tuhanku, hamba-hamba Mu itu telah mengabdikan kepada Mu disegenap
penjuru bumi”. Dan itulah yang disebutkan sebagai tempat yang terpuji.
Kemudian
bangkitlah golongan yang keempat. Mereka inilah orang-orang yang telah
mengesakan Allah tetapi mendustakan para Rasul. Mereka tidak mengerti
sifat-sifat Allah sehingga mereka menolak Kitab-kitab dan para Rasul Nya.
Kemudian bangkitlah golongan kelima dan keenam. Mereka-mereka inilah kaum Ahli
Kitab (kaum Taurat dan Injil yang sesat). Mereka sedang ditimpa kehausan yang
luar biasa. Allah berfirman kepada mereka, ‘Apa yang sedang kamu semua inginkan
?’. Mereka menjawab, ‘Kami sangat kehausan, Ya Tuhan kami, tolong berikan kami
minuman’. Allah berfirman, ‘Bukankah dahulu kamu menolaknya?’. Mereka lalu
diperintah menuju keneraka Jahanam seperti sekawan burung yang saling menyerang
antara mereka. Mereka terus diserit ke Jahanam dan ditolak jatuh kedalamnya.
Tiba
pula giliran ujian bagi orang-orang munafiq dan orang-orang beriman untuk
mengenali Tuhan mereka dan memisahkan sembahan-sembahan (perbuatan memohon
pertolongan kepada selain dari Allah samaada disedari atau tidak) mereka selain
Allah. Sudah barang tentu Allah membimbangi orang-orang munafiq dan akan
menguatkan orang-orang yang beriman. Maka didirikan Jembatan Shirat diatas
jurang neraka Jahanam. Shirat yang lebih halus dari rambut dan lebih tajam dari
mata pisau cukur seperti yang dijelaskan oleh hadis Rasulullah saw. Orang-orang
munafiq, ahli bida’ah dan orang- orang yang suka melakukan dosa-dosa besar akan
terus berjatuhan apabila saja meletakkan kaki-kaki mereka keatas jembatan
Shirat itu kerana amalan mereka tidak mampu menolong mereka.
Orang-orang
yang beriman dengan mudah untuk melepasi Jembatan Shirat itu dengan selamat.
Sebahagian dari mereka melapasinya bagaikan kilat yang menyambar. Sebahagiannya
pula melaluinya dengan susah payah, ia tergantung atas amalan masing-masing
semasa didunia. Mereka tertahan diatas Jembatan yang menghubungkan diantara
syurga dan neraka. Setelah selesai semua bentuk kezaliman yang telah mereka kerjakan
dahulu semasa didunia, mereka kemudian berbaris untuk masuk kedalam syurga, dan
ditempat inilah Ashab al-A’raaf terhenti.
Berkata
Imam al-Qurthubi (penulis kitab ini), “Begitulah klonologi (rantitan cerita)
yang sangat detail dan tepat yang baik untuk diketahui. Keterangan tambahan
insyaallah akan dikemukan kemudian nanti”.
FAKTA II:
Sabda
Nabi saw, “Apakah kamu merasa sulit ?”. Didalam riwayat ini mengandungi maksud
bahawa kelak para penghuni syurga itu pasti akan mudah melihat Wajah Allah
secara langsung dengan seluas-luasnya, tampa bersusah payah seperti sekarang
ini jika kamu mahu melihat anak bulan Ramadhan atau Shawal. Mereka akan melihat
Allah seperti mereka melihat matahari atau bulan penuh yang utuh. Keterangan
ini akan diperhalusi lagi didalam keterangan akan datang dengan sebuah hadis
marfu didalam bab mengenai syurga.
Sabda
Nabi saw, “Sesungguhnya kamu akan melihat Nya seperti itu!”. Mengandungi maksud
‘tasybih’ atau penyamaan. Persoalannya, Allah itu mustahil boleh diketahui
dengan sempurna kerana sememangnya tidak ada sesuatu pun yang serupa dan sama
dengan Nya.
Sabda
Nabi saw. lagi, “Lalu Allah menghampiri mereka dengan rupa bentuk selain rupa
bentuk yang telah mereka kenali”. Maka disinilah letaknya ujian bagi
orang-orang yang benar-benar beriman dan orang-orang munafiq. Persoalan ini
adalah kerana dikala itu masih lagi terdapat bercampur-baur diantara mereka
didalam satu kelompok iaitu diantara orang-orang munafiq, orang-orang mukmin
yang suka dipuji-puji yang tidak ikhlas, orang-orang mukmin yang suka
menunjuk-nunjuk amal ibadahnya dengan ria’, orang-orang mukmin yang penuh
ikhlas dan abadi, serta orang-orang mukmin yang beramal soleh dan sejati.
Masing-masing mengaku akan kerja amalan mereka adalah lebih baik atau seumpama
mereka-mereka yang sejati dan abadi serta mengenal Allah. Maka Allah datangkan
ujian ini kepada mereka semua. Allah lalu hadir kepada mereka dengan suatu rupa
bentuk lalu berfirman kepada mereka semua, “Aku adalah Tuhan kamu?”.
Orang-orang mukmin sejati dan abadi tidak akan mempercayainya lalu memohon
perlindungan Allah dari difitnah. Kerana semasa didunia lagi telah mereka
ketahui bahawa Allah itu tidak berbentuk dan berjisim seperti makhluk.
Inilah
yang telah disebutkan didalam riwayat Abu Said al-Khudri, “…Mereka mengatakan
hingga dua tiga kali, ‘Kami berindung kepada Allah daripada (fitnah) mu. Kami
tidak akan mempersekutukan Allah dengan suatu apa pun’. Dikala itu ada
setenggah manusia yang hampir tergelincir hatinya dan ada yang telah
tergelincir terus tampa ragu. Mereka termasuk golongan yang telah berputus asa
dan munafiq.
Menurut Abu Abbas alias Ahmad bin Umar didalam
kitabnya yang bertajuk ‘Al-Mufham Li Syarhi Ihtishar Kitab Muslim’ mengatakan,
“Orang-orang yang hampir berbalik hatinya atau yang telah berputus asa itu
ialah diantara mereka yang tidak memiliki ilmu atau tidak mewarisi keilmuan
para ulama atau tidak mengambil dari orang-orang yang mewarisi ilmu kenabian. Maka mereka hilang punca dan keyakinan dengan mudah dikala ditanya
dihadapan Allah diwaktu itu dan seterusnya terperangkap bersama-sama golongan
munafiq dan juga kufur. Waallahua’lam..”.
**************************************************
PENGAJARAN;
Menerusi keterangan ini juga merupakan dalil kepada
“Mengapa perlunya kita mengambil dan mewarasiilmu-ilmu dan amalan dari tangan
ketangan hingga menyampai ketangan baginda Rasulullah saw”. Hanya dengan Ilmu
dan amal yang mempunyai wasilah dan rabitah ini sahaja yang mampu untuk
menghindiri fitnah-fitnah dialam akhirat kelak. Berbagai-bagai jenis ujian dan
fitnah yang akan didatangkan kehadapan kamu kelak. Bagaimanakah kamu mampu
untuk melapasi dan berjaya jika kamu tidak memiliki ilmu dan amal seperti yang
telah disebutkan diatas tadi?.
Maka disinilah
dan disaat inilah (semasa didunia ini lagi) masa dan ketikanya untuk kamu
bergerak dan bertindak mencari naungan ilmu dan amal yang mempunyai wasilah dan
rabitahnya bagi kemenangan hidup didunia dan akhirat kelak. Tiada jalan lain,
hanya inilah jalannya yang telah ditunjukkan oleh para-para Rasul, para-para
Nabi, para-para Waliallah, para-para Ulama Muktabar dan para-para Guru (pewaris
guru mursid). Tampa ilmu dan amal dibawah naungan ini, maka hampa dan kosonglah
segala ilmu dan amal dihadrat Allah kelak. Dengan berbagai jenis ujian-ujian
yang bakal didatangkan kepada kamu, dengan jelas dan mudah kamu akan tersingkir
dan tergolongan didalam golongan yang berpura-pura, tidak mempunyai ilmu yang
benar, tidak termasuk golongan yang ikhlas, tidak terpilih sebagai ahli ibadah
yang benar dan asli serta amat jauh dari golongan yang beramal soleh dan abadi.
Dikala itulah baru kamu akan menyesal dengan sesalan
yang teramat sangat kerana semasa didunia ini kamu gagal menemui jalan yang
benar ini. Jika pun kamu telah diberitahu dan kamu bertangguh hingga dihari
kamatian kamu, maka semua itu telah terlambat. Ada pula diantara kalian yang
masih ragu malah memperolok-olok akan fakta ini, maka kami serahkan saja
kehadrat Allah kerana tugas kami hanya menyampaikan pengatahuan ini saja. Tidak
lebih dari itu, maka terserah kalian membuat keputusan kerana tiada paksaan
dalam membuat pilihan.
Renung-renungkanlah…
Pesanan ikhlas dari Atok sendiri.
**************************************************
Menurut Imam Al-Qurthubi (penulis kitab ini), “Boleh
sahaja mereka digolongkan dengan golongan munafiq dan golongan manusia yang
suka menunjuk-nunjuk ilmu dan amalnya. Sifat mereka adalah mirip seperti itu.
Kerana pada ujian yang seterusnya, sifat-sifat itu akan terzahir dan terserlah.
Sebabnya, didalam kalimah akhir dari hadis riwayat Abu Said al-Khudri menyebut,
“…Malaikat bertanya, ‘Adakah kamu mempunyai tanda-tanda pada Allah yang boleh
kamu kenali?”. Mereka menjawab, “Ya”. Lalu tersingkaplah betis (pembohongan).
Hingga setiap orang-orang yang beriman dengan kesedaran sendiri diizinkan Allah
untuk bersujud, lalu mereka semua bersujud. Sedangkan orang-orang munafiq,
menunjuk-nunjuk amal ibadah serta golongan penipu ini tidak mampu untuk
bersujud (angota tubuh mereka menjadi kaku kerana penipuan dalam beribadah).
Ketika mereka mengangkat kepala (orang-orang yang beriman tadi), Allah telah
mengubah bentuk, rupa paras Nya dengan rupa paras Nya yang asali yang mereka
semua kenali. Oleh sebab itulah, ketika Allah berfirman, “Aku adalah Tuhan kamu
!”. Mereka terus menjawab, ‘ Ya, Engkau adalah Tuhan kami’. Maka kemudiannya
dipasangkan Jembatan Sirat diatas jurang Neraka Jahanam bersamaan dengan
berlakunya pemberian Syafaat.
Lalu Allah menghampari mereka dengan wajah yang mereka
kenali sebagai Tuhan yang Mahaagung, Maha Sempurna, Mahatinggi dan Mahaindah,
setelah mata yang terhalang dan kabur itu diangkat. Mereka lalu mengikut
perintah Nya, atau perintah para Malaikat, atau perintah para Rasul yang membawa
mereka ke Syurga”. Penjelasan akan pekara ini akan diperjelaskan lagi
diketerangan yang lebih jelas akan datang, insyaallah.
Sabda Nabi saw, “…Maka tersingkaplah betis”. Kalimah
betis disini menunjukkan sesuatu rahsia yang besar atau pembohongan yang nyata.
Ia seperti mengambarkan keterbukaan sesuatu yang sangat besar lagi rahsia.
Diriwayatkan oleh Ibnu Mubarak, dari Usamah bin Zaid,
dari Ikrimah, dari Ibnu Abbas, tentang firman Allah didalam surah al-Qalam ayat
42 yang mafhumnya;
“(Ingatlah) Pada hari yang amat susah (kiamat) dan
mereka diseru supaya sujud (tunduk), tetapi mereka tidak sanggup”.
Berkata Ibnu Juraij dan Mujahid, ia merupakan hari
yang sangat keras dan tegang. Kata ibnu Abbas pula, ia merupakan hari dan
saat-saat yang sangat mencengkam.
Oleh kerana itu kalimah “betis” adalah kalimah yang
membawa maksud perumpamaan kepada sesuatu yang sangat besar rahsianya atau
bertapa seriusnya sesuatu persoalan itu. Ada pula ulama yang mengatakan bahawa maksud betis itu ialah
betis jahanam, kemudian ada pula yang mengatakan ia adalah betis A’rasy. Oleh
itu didalam keadaan yang sangat mencengkam itu maka tersingkaplah rahsia betis
jahanam dan betis A’rasy yang sangat tertutup pengatahuannya daripada manusia
semua sebelun ini.
Kemudian didalam riwayat Sahih Bukhari pula mengatakan
bahawa pada hari kiamat kelak, “betis Allah akan tersingkap” lalu setiap orang
mukmin, lelaki mahupun wanita akan ber sujud kepada Nya. Pekara ini akan pula
membawa kepada kontravasi bahawa “Allah yang memiliki betis atau anggota badan
yang boleh tersingkap dan tertutup”, satu sifat yang bersamaan dengan makhluk.
Pekara ini adalah sangat mustahil sekali. Lalu penjelasan akan permasalahaan
ini adalah, ia membawa maksud tersingkapnya keagungan Allah pada hari yang
begitu mencengkam sekali.
Al-Khatabi pula bersetuju menafsirkan kalimah “betis”
ini. Menurutnya, yang dimaksudkan dalam hadis diatas tadi, ketika berlakunya
keadaan huruhara kiamat yang sangat mencengkam, semua bentuk sekatan, hijab dan
tabir-tabir rahsia akan tersingkap atau terbuka dengan jelas. Sehingga dikala
itu orang-orang yang yakin dan ikhlas dapat dibezakan dengan jelas. Ketika
mereka diizinkan Allah untuk bersujud, terbukalah semua pekong (rahsia yang
mereka sembunyikan) yang selama ini menyelubungi orang-orang munafiq dan
orang-orang yang suka menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah dengan ilmu dan amal
mereka kerana mereka semua itu tidak akan mampu untuk bersujud (tubuh badan
mereka menjadi kaku kerana taat kepada Allah).
Kemudian ada juga ulama yang mengeluarkan pendapat bahawa
“Boleh jadi juga sememangnya Allah menyingkap “betisNya” kepada makhluk-makhluk
Nya yang tertentu seperti Malaikat dan yang lain-lain. Pekara ini terjadi
kerana sebagai satu alasan untuk menerangkan hikmah kebijaksanaan yang dikehendaki
Nya untuk membezakan diantara orang-orang munafiq sejati dengan orang-orang
mukmin yang munafiq”.
Berkata al-Khatabi, “Ada satu pendapat yang belum
pernah aku dengar sebelum ini berkenaan maksud kalimah betis yang disebut
didalam riwayat hadis Abu Saad al-Khudri, iaitu, pendapat daripada Abul Abbas
Ahmad bin Yahya an-Nahwi seperti yang dipetik oleh Abu Umar, bahawa as-saq atau
betis itu boleh diertikan sebagai an-nafs atau jiwa. Sebagai contoh ialah apa
yang pernah dikatakan oleh Saidina Ali bin Abi Thalib ketika dia diminta untuk
memerangi puak Khawarij (kaum yg sesat). Ali menjawab, “Demi Allah, akan aku
perangi mereka sampai lenyap betisku”. Maksudnya ialah sampai habis jiwaku”.
Pendapat yang terakhir ialah dari Abu Sulaiman,
“Mungkin yang dimaksudkan ialah tabir yang menutupi paakhirndangan mata
orang-orang mukmin itu akhirnya tersingkap. Sehingga apabila melihat Allah,
mereka terus bersujud kepada Nya”. Tetapi, semua pendapat itu belum tentu
benarnya termasuklah pendapat saya sendiri.
Menurut Imam al-Qurthubi (pengerang kitab ini),
“Pendapat yang terakhir inilah yang terbaik. Itulah keterangan didalam sebuah
hadis hasan yang diriwayatkan oleh (Ahmad Daruquthni) dan Abu Laits
as-Samarqandi didalam menafsirkan surah Nun atau al-Qalam, dari al-Khalil bin
Ahmad, dari Hadiyah, dari Ibnu Mani’, dari Hammad bin Salamah, dari Ali bin
Zaid, dari Ummarah al-Qarsyi, dari Abu Burdah bin Abu Musa, dari ayahnya bahawa
ia mendengar Rasulullah bersabda, “Pada hari kiamat kelak akan didatangkan
kepada setiap kamu apa-apa yang mereka sembah sewaktu didunia. Seluruh kamu
akan pergi kepada sembahan mereka masing-masing. Yang tinggal hanyalah mereka
yang menyembah Allah. Malaikat bertanya kepada mereka, ‘Apa yang kamu tunggu
lagi, semua manusia telah pergi?’. Mereka menjawab, ‘Sesungguhnya kami punya
Tuhan yang kami sembah semasa didunia, tetapi kami belum pernah melihat Nya’.
Malaikat bertanya, ‘Seandainya kamu melihat Nya, adakah kamu boleh mengenali
Nya?’. Mereka menjawab, ‘Boleh!, kerana tiada yang serupa seperti Nya’. Malaikat
lalu menyingkapkan tabir kepada mereka, begitu melihat Allah, mereka terus
sujud kepada Nya. Yang tinggal (manusia yang tidak sujud) adalah satu kaum yang
dipunggung mereka terdapat seperti tanduk lembu. Mereka tidak boleh untuk beran
sujud (kerana beratnya tanduk itu) dan inilah maksud firman Allah didalan surah
al-Qalam ayat 42 yang mafhumnya, ‘(Ingatlah) Pada hari yang amat susah
(kiamat), dan mereka diseur supaya sujud (tunduk), tetapi mereka tidak
sanggup’. Allah lalu berfirman, ‘Wahai hamba-hamba Ku! angkatlah kepala kamu.
Sesungguhnya Aku telah mengantikan setiap orang dari kamu dengan orang-orang
Yahudi dan orang-orang Nasrani didalam Neraka’”.
Kata Abu Burdah, “Ketika hadis ini aku ceritakan
kepada Umar bin Abdul Aziz, ia bertanya, ‘Allah adalah Tuhan yang Esa, Benarkah
ayahmu yang menceritakan hadis ini kepada kamu?’. Mendengar aku bersumpah
sampai tiga kali, maka ia pun berkata, ‘Kalau begitu, ini adalah satu-satunya
hadis tentang orang-orang ahli Tauhid yang paling aku sukai sepanjang yang aku
dengar’”.
Kata Imam al-Qurthubi (penulis kitab ini), “Hadis
diatas tadi menceritakan kepada anda semua maksud tersingkapnya betis. Iaitu
sebagai ungkapan terlihatnya Allah yang Mahasuci kepada orang-orang yang
beriman, seperti yang telah dikemukakan didalam ‘Sahih Muslim’. Tidak ada
masaalahnya jika hadis menfasir sesame hadis”.
Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Rauh bin Jannah, dari
budak suruhan Umar bin Abdul Aziz, dari Abu Burdah bin Abu Musa dari ayahnya,
bahawa berkenaan firman Allah, “Pada hari tersingkapnya betis”, Nabi saw
bersabda, “Iaitu tersingkap dari sebuah cahaya yang agung, lalu mereka
menjatuhkan diri bersujud kepada Nya”.
Berkata Imam al-Qurthubi (penulis kitab ini), “Hadis
sebelumnya adalah lebih jelas isnadnya. Abu Hamid al-Ghazali tidak berani
memberi komennya atau mentakwilkan hadis tadi. Sebaliknya berkata didalam
kitabnya bertajuk ‘Kasyfu Ulum al-Akhirat’ iaitu, “…Allah yang Mahaagung
menyingkapkan betis Nya, lalu semua manusia bersujud kepada Nya untuk mengagungkan
Nya, kecuali orang-orang kafir yang pernah menyekutukan Allah sewaktu mereka
hidup didunia dan juga para penyembah patung-patung berhala samaada diperbuat
dari batu atau pun kayu. Tulang punggung mereka berubah menjadi besi
sehinggakan mereka tidak mampu untuk sujud. Itulah maksud firman Allah, ‘Pada
hari betis disingkapkan dan mereka dipanggil untuk bersujud, maka mereka tidak
mampu’”.
Berkenaan komen kepada sabda Rasulullah, “Pada hari
kiamat nanti, Allah menyingkapkan betis Nya, lalu semua orang-orang yang
beriman baik lelaki mahupun wanita bersujud kepada Nya. Imam al-Bukhari mengatakan,
“Saya tidak berani menakwil riwayat hadis tersebut. Saya harus bersifat menyokong
pedapat mereka yang tidak menyetujuinya. Saya juga harus memberatkan atas
sifat-sifat yang diberikan kepada timbangan amal dari sebahagian pendapat
mereka. Bagi saya, persoalan ini telah bersangkutan dengan alam Malakut, kerana
walau bagaimana pun semua amal kebajikan mahupun keburukan itu bukanlah
bersifat benda. Sesuatu yang bukan bersifat benda itu hanya boleh ditimbang
dialam Malakut”.
Kata Imam al-Qurthubi (penulis kitab ini), “Telah saya
jelaskan mengenai masaalah timbangan, iaini berdasarkan hadis-hadis sahih dan
juga dari hadis-hadis hasan bahawa yang ditimbang itu adalah amal. Begitu juga
didalam permasaalahan betis yang tersingkap. Hingga diharapkan tidak ada
seorang pun yang ragu-ragu atau cuba menentangnya. Segala puji bagi Allah atas
segala kurniaan Nya”.
BAB 53 KEADAAN DI JEMBATAN SIRAT DAN KASIH SAYANG NABI KEPADA
UMATNYA.
Diriwayatkan dari beberapa orang ulama bahawa
seseorang itu tidak mungkin akan melepasi jembatan sirat sebelum ia ditanya
ditujuh jembatan sebalumnya. Dijembatan yang pertama ia akan disoal tentang
imannya kepada Allah. Iaitu berkenaan kesaksiaannya dengan dua kalimah shadatai
“Tiada Tuhan yang berhak disembah dengan
sebenar-benarnya selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah”.
Seseorang yang beriman itu mestilah hadir dengan kesaksian yang benar (shadatai
yang berwasilah dari tangan ke tangan hingga menyampai kepada Rasulullah-
inilah maksud kesaksian yang benar itu) dan ikhlas (tambatan hati atau rabitah
kepada Rasulullah yang menyampai terus kepada Allah) didalam ucapannya dan amal
perbuatannya, maka ia akan berhasil melepasi jembatan sirat pertama ini. Jika
mereka gagal hadir dengan kesaksian yang benar dan ikhlas ini, mereka akan
terus jatuh kedalam jurang Neraka Jahanam yang tersedia dibawah. Kerana semua
amal perbuatannya tidak dikira dan kosong belaka tampa kalimah shadatai yang
benar dan ikhlas ini.
Di jembatan kedua ia akan disoal berkenaan dengan
solat lima waktu yang dikerjakan dengan sabar dan ikhlas semasa didunia dahulu. Jika ia hadir dengan solat
yang sempurna, maka pastinya ia akan berjaya melepasi jembatan kedua itu dengan
mudah. Kemudian seterusnya dijembatan yang ketiga ia akan disoal berkenaan
ibadah puasa dibulan Ramadhan yang dikerjakan dengan sabar dan ikhlas semasa
didunia dahulu. Jika ia hadir dengan ibadah puasa yang sempurna, ia akan
berhasil melepasinya. Kemudian dijembatan keempat ia akan disoal berkenaan
ibadah zakatnya. Jika ia hadir dengan ibadah zakat yang sempurna, ia akan
berjaya melepasi jembatan itu. Kemudan sesudah itu jembatan kelima ia akan
ditanya berkenaan ibadah haji dan umrahnya. Jika ia datang dengan membawa
kedua-dua ibadah ini dengan sempurna, ia dengan mudah melepasi jembatan itu.
Dijembatan keenam ia akan disoal berkenaan mandi janabah atau mandi junubnya
dan juga wuduknya. Jika ia hadir dengan membawa kedua-dua amal ini dengan
sempurna, maka ia akan melepasi jembatan keenam ini dengan mudah. Dijembatan
ketujuh ia akan disoal berkenaan dengan kezaliman-kezaliman yang pernah
dilakukannya terhadap sesama manusia semasa hidup didunia dahulu. Jika ia tidak
pernah melakukan kezaliman, maka ia dengan mudah untuk melapasi jembatan ini.
Abu Hamid al-Ghazali dalam kitabnya bertajuk ‘Kasyfu
Ulum Al-Akhirat’ berkata, “Ketika yang hanya tinggal di Padang Mahsyar adalah
orang-orang Mukmin, orangorang muslim yang jujur, orang-orang muslim yang
berbuat baik, orang-orang mukmin yang ikhlas, orang-orang mukmin yang mengenal
Allah, orang-orang mukmin yang mati syahid, orang-orang mukmin yang beramal
soleh, para-para Nabi-nabi dan Rasul-rasul, sehingga tiada lagi diantara mereka
dari orang-orang yang bimbang, orang-orang munafik, orang-orang yang kufur,
orang-orang yang kafir, kemudian Allah berfirman kepada mereka, ‘Wahai manusia
yang masih berada di Padang Mahsyar, siapakah Tuhan kamu ?’. Mereka pun
menjawab, ‘Allah !’. Allah SWT. berfirman lagi, ‘Adakah kamu semua mengenali
Nya ?’. Mereka menjawab, ‘Ya !’.
Lalu terlihatlah dengan jelas oleh mereka semua akan
Malaikat yang berada berada disebalah kiri A’rasy bagaikan seandainya tujuh
lautan diletakkan dihujung jarinya, nescaya tiada akan kelihatan lautan itu. Ia
kemudian berkata, ‘Akulah Tuhan kamu?’. Maka mereka semua menjawab, ‘Kami
berlindung kepada Allah dari (fitnah) kamu’. Kemudian terlihat pula kepada
mereka Malaikat yang berada disebalah kanan A’rasy yang bagaikan seandainya
enam belas lautan diletakkan dihujung jarinya, nescaya tiada akan kelihatan
lautan itu. Ia pun berkata, ‘Akulah Tuhan kamu ?’. Mereka pun tetap menjawab,
‘Kami berlindung kepada Allah dari (fitnah) kamu’.
Kemudian setelah itu terlihatlah kepada mereka semua
wajah Tuhan Yang Mahasuci dalam rupa paras yang tidak pernah mereka kenali,
mereka lihat, mahupun mereka dengari akan Dia. Tuhan Yang Mahasuci lalu
tersenyum di atas A’rsay. Lalu mereka semua bersujud kepada Nya. Lalu Allah SWT
pun berfirman, ‘Selamat datang kepada kamu semua !’. Lalu Allah SWT. membawa
mereka semua memasuki Syurga Nya. Dialah yang membawa mereka semua melepasi
Jembatan Sirat. Disaat itu semua manusia-manusia muslimin dan muslimat,
mukminin dan mukminat itu berbaris didalam kumpulan mereka masing-masing.
Daripada maqam teratas, iaitu kumpulan para Rasul-rasul, kumpulan Nabi-nabi,
kumpulan mukminin dan mukminat yang jujur (maqam Waliallah), kumpulan mukminin
dan mukminat yang ikhlas (maqam Waliallah), kumpulan mukminin dan mukminat yang
mati syahid, kumpulan mukminin dan mukminin yang mengenal Allah, kumpulan
muslimin dan muslimat yang beramal soleh dan seterusnya kumpulan muslimin dan
musilamat yang lain-lainnya.
Diantara mereka ini juga ada yang berjalan dengan muka
mereka terbalik kebelakang, ada yang tertahan ditempat perantaraan diantara
syurga dan neraka iaitu Ashab Al-A’raaf, ada yang diantara mereka berjalan di
Jembatan Sirat itu selama seratus tahun dan ada pula sehingga seribu tahun
lamanya. Ini adalah mengikut tahap iman dan amal soleh masing-masing semasa
didunia. Maka di Jembatan Sirat inilah penapisan terakhir akan dibuktikan.
Sedangkan bagi mereka yang dapat melihat ‘wajah Allah’ dan mengenal Allah
diantara mereka, dengan mudah dan sangat pantas melepasi Jembatan Sirat itu
tampa mengelami sedikitpun rasa panas api Neraka dibawah mereka itu. Inilah
perbezaan diantara mereka itu”.
Berkata Imam al-Qurthubi (penulis kitab ini), “Wahai
saudara- saudara ku, bayangkanlah dirimu yang sedang meniti diatas Jembatan
Sirat itu, sedang pandangan matamu tertumpu kepada jahanam yang berada
dibawahmu yang begitu gelap dan hitam dimana api-apinya menjulang-julang ingin
menangkap kamu. Diwaktu diantara kamu ada yang berjalan amat pelahan dan ada
pula diantara kalian yang merangkak diatasnya. Memetik kata-kata seorang
penyair,
“Aku tidak tahu mengapakah jiwaku masih tidak mahu
bertaubat. Lalu, bagaimana nanti ketika seluruh manusia dihadapan hadrat Allah
Yang Mahaagung ?. Ketika mereka semua baru sahaja dibangkitkan dari dalam kubur
didalam keadaan binggung, dengan membawa beban dosa-dosa sebesar gunung.
Jembatan telahpun dipasangkan untuk dilalui. Sebahagian mereka ada yang
terhumban kesebelah kiri dan sebahagian yang lain pula leluas berjalan menuju
Syurga Aden yang harum semerbak mewangi. Disaat itu Allah Yang Mahamengawasi
berfirman, ‘Wahai kekasihKu, Aku telah mengampuni dosa-dosamu. Janganlah kamu
peduli’”.
Berkata pula seorang penyair yang lain,
“Ketika Jembatan telah dibentangkan diatas Neraka
Jahim, orang-orang durhaka melihatnya merasa gerun dan berputus asa untuk
meniti diatasnya. Sebahagian kaum yang punya tempat tinggal sendiri didalam
Neraka Jahim, dan sebahagian yang lain pula punya tempat berteduh didalam
Syurga. Semuanya akan terungkap jelas dan terjadi dengan abadi selama-lamanya”.
Dirawayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah bahawa ia
berkata, “…Mereka lalu menemui Muhammad dan Allah memberi izin kepada baginda
untuk memberikan syafaat kepada mereka. Pada saat itu amanat dan rahim
diperintah untuk berdiri disebelah kiri dan kanan Jembatan Sirat. Kumpulan
pertama melintasi jembatan itu laksana panahan petir yang menyambar. Aku
bertanya kepada baginda, ‘Demi ayah dan ibuku, adakah yang berjalan laksana
petir yang menyambar ?’. Baginda menjawab, ‘Kamu perhatikan petir, bukankah ia
boleh melintas dan kembali semula dengan sekelip mata sahaja ?’. Kemudian ada
yang melintasinya laksana angin, ada yang laksana burung da nada pula yang
dibawa oleh amalan-amalan mereka dengan sangat pantas sekali. Pada saat itu
Nabi-nabi kamu semua berdiri disebalah Jembatan Sirat dan berdoa, ‘Ya Tuhanku,
selamatkanlah, selamatkanlah’. Sehinggakan akhirnya ada hamba-hamba yang tidak
mampu ditolong oleh amalan mereka, sedang mereka hanya mampu merangkak sahaja”.
Tersebut didalam sebuah riwayat lainnya bahawa,
“Dikedua-dua tebing Jembatan Sirat itu terdapat mata-mata kali yang tajam
bergantungan yang diperintah Allah untuk menyambar sesiapa sahaja yang
dikehandaki Nya. Ada yang tergores lecet tetapi selamat, dan ada pula yang
tersangkut lalu jatuh kedalam Neraka. Demi Allah yang jiwaku berada didalam
genggaman Nya, sesungguhnya kedalaman jurang Neraka Jahanam itu adalah sejauh
tujuh puluh tahun perjalanan”.
Hadis yang sama daripada Muslim yang diriwayatkan oleh
Huzaifah. Musim juga meriwayatkan hadis ini dari Abu Sa’id al-Khudri, “…
Kemudian dipasangkan Jembatan diatas Neraka Jahanam dan Syafaat pun diberi.
Mereka lalu berdoa, ‘Ya Allah, tolong selamatkan, tolong selamatkan…”. Seorang
sahabat bertanya, ‘Wahai Rasulullah, Jembatan apakah itu ?’. Baginda menjawab,
‘Sebuah Jembatan yang membuat manusia mudah tergelincir. Ditebingnya terdaapat
beberapa mata-mata kail yang tajamnya seperti duri Sa’dan. Orang-orang beriman
melintasinya, ada yang seperti sekelip mata sahaja, ada yang seperti kilat, ada
yang seperti angin, ada yang seperti burung, ada yang seperti kuda-kuda
pilihan, ada yang seperti kereta lembu dan seterusnya. Ada yang selamat dan ada
yang luka tergores, kemudian ada juga yang tersangkut lalu jatuh kedalam jurang
Neraka Jahanam…”. Insyaallah, kemudian nanti akan dituliskan selengkapnya hadis
ini.
Didalam sebuah hadis yang diketengahkan oleh Muslim
ada disebutkan, “…Abu Sa’id al-Khudri mengatakan, “Aku mendengar sesungguhnya
Jembatan Sirat itu lebih halus daripada rambut dan lebih tajam daripada mata
pedang”.
Diriwayatkan oleh Ibnu Majah sebuah hadis dari Abu
Sa’id al-Khudri bahawa ia mendengar Rasulullah bersabda, “Sirat akan dipasang
ditengah-tengah yang melintasi Neraka Jahanam diatas duri-duri setajam duri
Sa’dan. Kemudian manusia diperintah untuk melintasinya. Sebahagian terselamat,
ada yang tergores, ada yang tertahan da nada yang terjatuh kedalamnya”.
Diriwayatkan oleh Ibnu Mubarak, dari Hisyam bin Hasan,
dari Musa bin Anas, dari Ubaid bin Umair, “… Sesungguhnya Sirat itu tajamnya
seperti pedang dan disisi kanan dan kirinya terdapat kail dan duri. Demi Allah
yang jiwaku berada didalam genggamanNya, satu kali saja mampu menarek dan
mengait lebih dari jumlah suku (puak) Rabi’ah dan suku (puak) Mudhar”.
Diriwayatkan juga oleh Ibnu Mubarak, dari Rasyidin dan
Sa’ad, dari Amr Ibnu Harits, dari Sa’id bin Abu Hilal bahawa ia berkata, “Saya
mendengar bahawa dihari kiamat kelak, Sirat bagi sesetengah orang seperti
sehelai rambut, dan bagi sesetengah orang yang lain seperti sebuah lembah yang
luas”.
Diriwayatkan kembali oleh Ibnu Mubarak dari Auf, dari
Abdullah bin Stafiq al-Uqaili bahawa ia berkata, “Pada hari kiamat kelak,
manusia akan melintasi Sirat menurut kadar iman dan amal-amal mereka. Ada orang
yang melintasinya sepantas sekelip mata sahaja, ada yang seperti kelajuan anak
panah yang dilepaskan, ada yang seperti terbangnya seekor burung, ada yang
seperti larian seekor kuda pilihan yang disimpan untuk pecutan, ada yang
seperti pelari pecut, ada pula yang seperti berjalan biasa sahaja dan ada juga
yang terselamat walau hanya dengan merangkak”.
Diriwayatkan oleh Hannad as-Sari, dari Abdullah bin
Namir, dari Sufyan, dari Salamah bin Kahil, dari Abu Za’ra bahawa Abdullah
mengatakan, “Allah telah memerintah supaya Sirat dipasangkan diatas Neraka
Jahanam. Lalu manusia akan melintasinya menurut kadar amalan masing-masing.
Kumpulan pertama melepasinya bagaikan kelajuan kilat menyambar. Kemudian ada
yang seperti kelajuan angin. Ada yang seperti binatang ternakan. Begitulah
seterusnya sehinggakan ada yang menitinya dengan berlari-lari kecil, ada pula
yang berjalan biasa dan yang terakhir diantara mereka dengan menaiki perut.
Ketika ia bertanya, ‘Ya Tuhanku, kenapakah Engkau lambatkan aku ?’. Allah
berfirman, ‘Bukan Aku yang melambat-lambatkan engkau, tetapi amalan-amalan kamu
sendiri’”.
Diriwayatkan kembali oleh Hannad as-Sari, dari Abu
Mu’awiyah, dari Ismail bin Muslim, dari Qatadah, dari Abdullah bin Mas’ud
bahawa ia berkata, “Kamu terselamat daripada titian Sirat itu adalah berkat
pengampunan Allah, kamu masuk kedalam Syurga adalah berkat rahmat Allah dan
kamu tinggal ditempat yang bahagia itu adalah berkat amal-amalan kamu sendiri”.
Diriwayatkan oleh Abu Daud, dari Mu’adz bin Anas
al-Juhni bahawa Nabi saw. bersabda, “Barang siapa yang melindungi seorang
mukmin dari orang munafiq, nescaya pada hari kiamat nanti aku melihat Allah
akan mengutuskan satu Malikat untuk melindungi dagingnya dari api Neraka
Jahanam. Kemudian barangsiapa yang pernah melimparkan tuduhan jahat kepada
orang-orang mukmin, nescaya Allah Yang Mahamulia lagi Mahaagung akan menahannya
diatas Jembatan Sirat sehinggalah ia mencabut kembali tuduhan-tuduhannya itu”.
Az-Zubaidi didalam kitabnya bertajuk ‘Al-Ittihaf’
mengatakan bahawa Rasullah bersabda, “Orang-orang yang tergelincir dari Sirat
itu sangat ramai, tetapi yang teramai sekali adalah dari golongan wanita”.
Hadis ini juga diperkatakan oleh Abul Farj ibnul Jauzi.
Nabi saw. bersabda, “Ketika manusia telah berkumpul
dihujung Sirat, ada Malaikat yang berseru dari bawah A’rasy katanya, ‘Wahai
para penguasa yang melampaui batas (menyalah guna kuasa dan zalim)! Ayuh
lintasi Jembatan itu !. Hendaklah diantara kamu orang-orang yang durhaka dan
orang-orang yang zalim diantara kamu berhenti saja dahulu’”.
Diwaktu itu (sewaktu manusia dikumpulkan dihadapan Jembatan
Sirat itu) ketakutan sangat besar pada siapa saja dan didalam keadaan yang
sangat panas sekali. Orang pertama yang kehadapan bagi memenuhi seruan
(perintah untuk melintasi Jembatan Sirat) ialah orang-orang yang lemah dan
terhina sewaktu didunia. Kumpulan yang terakhir sekali ialah orang-orang yang
kuat dan berjaya sewaktu didunia.
Kemudian Allah memberi izin kepada mereka untuk meniti
Jembatan Sirat menurut kadar amalan mereka masing-masing. Hinggakan ada didalam
keadaan terang dan ada yang didalam keadaan gelap. Ketika tiba geliran
umat-umatku yang lalu meniti dengan keadaan terhuyung-hayang, mereka memanggil
nama ku, ‘Wahai Muhammad… wahai Muhammad…”. Kerana perasan belas kasihan, aku
pun segera menolongnya dengan bantuan Jibril. Dengan suara yang kuat aku
berseru, ‘Ya Tuhanku, tolonglah umatku…tolonglah umatku. Dihari itu, aku
sendiri tidak memikirkan tentang diriku mahupun anakku sendiri Fatimah’. Para
Malaikat yang berdiri dikiri kanan Sirat itu sama-sama berdoa, ‘Ya Allah,
selamatkanlah… selamatkanlah’.
Begitulah dahsyatnya huru-hara dan malapetaka yang
terjadi dikala itu. Semua orang-orang kafir dan durhaka berjatuhan dari sebelah
kiri dan kanan Jembatan Sirat. Semantara Malaikat Zabaniyah telah pun bersiap
sedia dibawah untuk menyambut mereka dengan rantai-rantai belenggu dan berkata
kepada mereka dengan mencemuh, ‘Bukankah dahulu kamu telah dilarang dari
berbuat dosa ?. Bukankah dahulu kamu telah diberi amaran berkenaan azab Neraka
?. Bukankah dahulu kamu telah diberi peringatan ?. Bukankah dahulu telah didatangkan
kepada kamu Nabi-nabi pilihan ?’”. Riwayat ini juga diperkatakan oleh Abul
Faraj ibnul Jauzi didalam kitabnya yang bertajuk ‘Raudhat al-Musytaq wath
Thariq Ila al-Muluk al-Khallaq’.
Oleh sebab itu, bermual dihari ini lagi, kalian
fikirkanlah diatas diri kamu sendiri berkenaan ketakutan besar yang bakal kamu
tempuh didalam hati kamu sendiri kelak. Bayangkanlah ketika kamu memandang
Jembatan Sirat yang begitu halus, tajam dan sangat mengerikan itu. Kemudian
kamu melihat kebawah jurang Jahaman yang geap sedangkan telingamu mendengar
desir luapan api yang sedang mendidih. Betapapun begitu kamu pastinya akan
dipaksa meniti Jembatan Sirat itu didalam keadaanmu yang sangat lemah, bimbang,
telapak kakimu mengigil keras dan punggungmu terasa sangat berat menanggung
dosa-dosamu. Bayangkanlah, didalam keadaan seperti itu, untuk berjalan diatas
jalan yang luas dan lurus sahaja pun pastinya kamu akan jatuh, apatah lagi
untuk meniti Jembatan Sirat yang sangat halus dan mengerikan itu.
Apa pun yang terjadi, kamu pasti juga terpaksa
melangkah tapak kakimu keatas Jembatan itu, tentunya kamu akan merasakan betapa
tajamnya bilah Jembatan Sirat yang kamu pijak, walaupun begitu kamu terpaksa
juga mengangkat kakimu yang kedua untuk memijaknya. Diwaktu itu kamu melihat
orang-orang dihadapanmu tergelincir jatuh kejurang Neraka Jahanam. Tubuh mereka
disambut oleh Malaikat Zabaniyah dengan rantai-rantai dan belenggu yang
dililitkan padanya. Mereka mengelami luka-luka perah akibat cangkukkan
kail-kali yang tajam seperti duri-duri sedia berada ditebing kiri dan kanan
Jembatan Sirat itu. Dihadapan mata kamu, kamu melihat mereka berjatuhan
kejurang Neraka dengan kepala mereka kebawah dan kaki mereka diatas. Bukankah
ini satu yang sangat mengerikan kamu ?. Kalian renung-renungkanlah.
FAKTA I:
Ada sestengah ulama yang berpendapat bahawa Jembatan Sirat
yang digambarkan lebih halus dari rambut dan lebih tajam dari mata pedang,
berlaku hanya kepada orang-orang yang durhaka sahaja. Sedangkan kepada
mereka-mereka yang taat tidaklah demikian. Malahan gambarannya seperti mereka sedang
berjalan dilembah yang sangat luas. Permasaalahan ini adalah tertakluk kepada
amalan mereka masing-masing. Mengenai ukuran keluasan ataupun kehalusannya dan
ketajamannya pula, hanya Allah saja yang Mahamengatahuinya kerana ia adalah
masaalah yang sangat rahsia.
Oleh itu, ayat yang mengatakan bahawa Jembatan Sirat
itu lebih halus dari rambut dan lebih tajam dari mata pedang bolehlah dianggap
sebagai satu perumpamaan. Bukanlah bermaksud dalam keadaan sebenar. Apatah lagi
dengan penjelasan berkenaan Malaikat yang berdiri dikedua-dua hujung jembatan atau
disebelah tepi kiri dan kanan jembatan sirat itu. Juga kenyataan yang
menyatakan berkenaan mata-mata kail dan duri-duri runcing yang berada disebelah
kanan dan kiri jembatan sirat itu sendiri. Kemudian kenyataan yang menyebut bahawa
ada manusia yang melintasi jembatan sirat itu dengan menggunakan perut-perut
mereka atau didalam keadaan merangkak. Ada yang tergelincir tetapi sempat
bangun kembali, manakala ada diantara mereka yang telapak kaki mereka
dipasangkan cahaya. Maka semua kenyataan-kenyataan diatas ini membuktikan
bahawa jembatan sirat ini bukanlah sehalus rambut mahupun lebih tajam dari mata
pedang.
Berkata Syeikh al-Qurthubi (penulis kitab ini),
“Tetapi penafisiran yang menggunakan logic akal seperti diatas tadi adalah
tidak benar dan tak boleh dipegang kerana berdasarkan riwayat-riwayat hadis
yang telah dikemukakan didalam bab ini. Betapa pun begitu, kita harus tetap
memperayai kesemua kenyataan didalam hadis-hadis yang telah dikemukakan
akan keberadaan kesemua perkara yang
telah disebutkan didalamnya. Sesungguhnya Allah itu Mahaberkuasa, jika Dia
boleh menahan burung yang sedang terbang diudara, tidak mustahil bagiNya untuk
membolehkan sesiapa saja untuk menyebarangi atau meniti titian atau Jembatan
Sirat itu dalam keadaan apa pun jua. Oleh itu kita haruslah menerima dan
memahami kebenarannya walau dalam apa juga keadaan kerana kita sebenarnya tidak
punya alasan atau menari-cari alasan bagi menolak kenyataan. Ini termasklah
dengan mendatangkan hujah-hujah atau dalil-dalil yang bertentangan dengan fakta
hadis-hadis yant telah saya kemukakan, sedangkan semua riwayat- riwayat
tersebut adalah berdasarkan riwayat yang dikutip dari para-para ulama hadis
yang jujur da ikhlas. Allah telah berfirman didalam surah an-Nur ayat 40,
mafhumnya;
“…Barang siapa
yang tidak diberi Allah cahaya, maka tidak adalah cahaya untuknya”.
Yahya ibnu Yaman telah bercerita, “Aku mempunyai
seorang kenalan yang mempunyai rambut dan janggutnya yang berwarna hitam
kesemuanya. Pada satu malam ia telah bermimpi melihat manusia yang sedang
dikumpulkan di Padang Mahsyar. Dia juga ada melihat sebuah sungai didalam
Neraka yang diatasnya terbentang sebuah jembatan. Mereka melintasi jembatan.
Kerana perasaan ingin tahu, dia pun mendekati jembatan itu dan ternyata
tajamnya seperti mata pedang. Ketika dia dipaksa meniti jembatan itu, dia pun
tersentak dan terbangun. Didapati semua rambut dan janggutnya yang dahulunya
hitam telah bertukar menjadi putih kesemuanya”.
FAKTA II:
Hadis-hadis yang telah dikemukakan telah menjelaskan
kepada kita bahawa maksud kamimah “mendatangi Neraka” seperti juga yang telah
Allah firmankan didalam surah Maryam ayat 71 yang mafhumnya;
“Tidak
ada seorang pun diantara kamu, melainkan mendatangi Neraka, demikian itu suatu
kewajiban yang diputuskan oleh Tuhanmu”.
Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, Ibnu Mas’ud dan Ka’ab
Ibnu Ahbar didalam Tafsir ath Thabari bahawa mereka menyatakan, “Yang
dimaksudkan mendatangi Neraka itu ialah meniti Jembatan Sirat”. Hadis serupa diriwayatkan oleh Abdulrahman as
Suda dari Ibnu Mas’ud, dari Nabi saw.
Diriwayatkan oleh Abu Bakar an-Najad, dari Sulaiman,
dari Abul Hasan alias Muhammad bin Abdullah bin Ibrahim bin Abdah as-Salithi,
dari Abu Abdullah alias Muhammad bin Ibrahim bin Sa’id al-Busyanji, dari Sulaim
bin Manshur bin Ammar, dari Abu Manshur bin al-Ammar, dari Basyri Talhah
al-Khazami, dari Khalid Ibnul Darik, dari Ya’la Munabbih dari Rasulullah saw,
sabda baginda, “Pada hari kiamat nanti, Neraka itu akan berkata kepada
orang-orang yang beriman, ‘Lalulah (lintasilah jembatan itu) wahai orang yang
berman, kerana cahayamu mampu memadamkan jilatan apiku’”.
Ada pula diantara ulama yang berpendapat bahawa yang dimaksudkan
dengan ungkapan “mendatangi” itu bermaksud memasuki. Demikian menurut riwayat
oleh Ibnu Mas’ud, dari Ibnu Abbas, dari Khalid ibnu Ma’dan, dari Ibnu Juraij
dan yang lain. Riwayat tersebut juga disokong oleh hadis Sa’id al-Khudri. Oleh
itu orang-orang durhaka akan masuk Neraka kerana dosa-dosa mereka dan
orang-orang yang dikasihi Allah akan masuk Syurga dengan syafaat.
Diriwayatkan oleh Ahmad dan Hakim dari Jabir bin
Abdullah bahawa ia mendengar Rasulullah bersabda, “Mendatangi adalah memasuki,
Setiap orang yang berbakti dan orang yang zalim pasti memasuki Neraka. Tetapi
bagi orang-orang mukmin, mereka itu boleh menjadi sejuk dan penyalamat seperti
apa yang telah terjadi kepada Ibrahim (Nabi)”.
Firman Allah didalam surah Maryam ayat 72, mafhumnya;
“Kemudian
Kami selamatkan orang-orang takwa dan Kami biarkan orang-orang aniaya dalam
neraka dengan berlutut”.
Diriwayatkan oleh Ibnu Mubarak, dari Sufyan, dari
seorang perawi, dari Khalid ibnu Ma’dan bahawa ia berkata, “Mereka bertanya,
‘Adakah Tuhan kami akan mengambalikan kami setelah kami masuk Neraka ?”. Beliau
menjawab, ‘Sesungguhnya kamu akan memasukinya dalam keadaan api Neraka itu
padam”.
Diriwayatkan oleh Ibnu Mubarak, dari Sa’id al-Jariri,
dari Abu as-Salil, dari Ghaitsam, dari Abu Awwam, dari Ka’ab bahawa ia berkata
setelah ia membaca ayat ini, “Dan tidak ada seorang pun daripadamu, melainkan
mendatangi Neraka itu”. Ia bertanya, ‘Tahukah kamu apa yang dimaksudkan mendatangi
Neraka itu?’. Mereka menjawab, ‘Allah sahaja yang mengatahuinya’. Ia berkata,
‘Yang dimaksudkan ialah, kelak Neraka Jahanam akan didatangi dan memegang
manusia dengan sangat kuat sekali. Ketika tapak kaki semua manusia baik yang
taat mahupun yang jahat, telah kukuh mantap berada diatasnya (Sirat) ada
Malaikat yang menyeru, ‘Pegangilah sahabat-sahabatmu dan biarkanlah
sahabat-sahabatku’. Ia kemudian kembali semula bersama-sama penghuninya. Sesungguhnya
ia lebih tahu keadaan mereka daripada seorang ayah terhadap anak-anaknya,
selamatkanlah orang-orang yang beriman’”.
Berkata Mujahid, “Masuknya orang-orang mukmin ke
Neraka ibarat demam yang menimpa dirinya sewaktu didunia. Itu adalah sebahagian
dari apinya diakhirat nanti, sehingga ia tdak akan memasukinya lagi”.
Untuk menguatkan lagi hujah ini, Abu Umar bin Abdul
Barr meriwayatkan sebuah hadis dari Abu Hurairah bahawa satu hari Rasulullah
melawat seorang yang sedang sakit demam. Baginda bersabda, “Bergembiralah kamu
kerana sesungguhnya Allah berfirman, ‘Itu adalah api Ku yang Aku kuasakan
kepada hamba Ku yang mukmin supaya ia menjadi sebahagian dari apinya diakhirat
nanti’”. Hadis ini juga diriwayatkan oleh Ahmad, Ibnu Majah dan Hakim.
Orang yang telah ditentukan Allah untuk masuk Neraka
itu boleh keluar daripadanya berkat dari syafaat atau rahmat Allah. Mereka
berpandukan hadis riwayat Ibnu Umar, “Sesungguhnya apabila salah seorang kamu
telah meninggal dunia, ia akan diperlihatkan tempatnya pagi dan petang…”.
Pendapat lain berkenaan “mendatangi Neraka” ialah
mengawasi dan melihat Neraka Jahanam dari dekat. Persoalannya ialah, tempat
dimana mereka akan dihisab itu adalah dekat dengan Jahanam. Sehinggakan ketika
sedang dihisab, mereka boleh melihat dan memandang kearahnya. Kemudian Allah
akan menyalamatkan orang-orang yang bertakwa dari api yang mereka lihat,
kemudian mereka dibawa kedalam Syurga. Sebaliknya, Allah SWT akan membiarkan
sahaja orang-orang yang zalim, durhaka dan kafir, lalu mereka dibawa kedalam
Neraka. Allah telah berfirman didalam surah al-Qishash ayat 23, yang mafhumnya;
“Dan
ketika ia sampai disumber air Madyan…”
Maksudnya, ia dalam kedudukan sedang melihat atau
mengawasi, bukan memasukinya.
Diriwayatkan oleh Muslim, dari Hafshah bahawa
Rasulullah bersada, “Tidaklah masuk Neraka seorang pun dari bekas pasukan
balatentera Badar dan juga Hudaibiyah”. Aku bertanya, “Wahai Rasulullah, lalu
bagaimanakah yang dimaksudkan dengan firman Allah, ‘Dan tidak ada seorang pun
darpada kamu melainkan dia mendatanginya ?’. Rasulullah menjawab, ‘Tetapi
kemudian Allah menyelamatkan orang-orang yang bertakwa’”.
Ada pendapat berkenaan dengan khitab atau ucapan, “Dan
tidak ada seorang pun daripada kamu melainkan dia mendatangi” ini ditujukan kepada
orang-orang kafir, zalim dan durhaka sahaja.
Diriwayatkan oleh Waki’, dari Syubah, dari Abdullah
Ibnu Sa’ib, dari seseorang perawi, dari Ibnu Abbas bahawa ia berkata berkenaan
firman Allah, “Dan tidak ada seorang pun daripada kamu melainkan dia mendatangi”.
“Ayat itu ditujukan kepada orang-orang kafir”.
Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas bahawa ia membaca ayat, “Dan tidak ada seorang pun daripada kamu….”. Untuk menjawab ayat-ayat sebelumnya, iaitu firman Allah, “Demi Tuhanmu, sesungguhnya akan Kami bangkitkan mereka bersama-sama Syitan (yang mereka sembah), kemudian akan Kami datangkan mereka...”, dan ayat “Siapa diantara mereka yang sangat durhaka?”. Kemdian ayat, “Kemudian Kami sungguh lebih mengatahui orang-orang yang seharusnya dimasukkan kedalam Neraka. Dan tidak ada seorang pun daripada mereka”. Ikramah dan beberapa ulama lain juga membacanya seperti itu.
Ada diantara ulama yang berpendapat bahawa khithab atau ungkapan kata-kata itu ditujukan kepada orang-orang kafir sahaja. Seperti firman Allah, “Katakan kepada mereka wahai Muhammad, ‘Tidak ada seorang pun daripadamu…’”.Sedangkan menurut mejoriti ulama mengatakan bahawa ungkapan itu ditujukan kepada seluruh umat manusia kerena mereka semua pastinya akan mendatanginya. Miskipun terdapat perselisihan pendapat mengenai maksud “mendatangi”. Tetapi menurut pendapat yang sahih yang dimaksudkan mendatangi disitu adalah juga bermaksud memasuki. Pendapat ini adalah menurut hadis riwayat Abu Sa’id al-Khudri, yang telah saya kemukakan diatas tadi.
Diriwayatkan oleh ad-Darimi alias Abu Muhammad didalam
kitabnya yang bertajuk ‘Musnad ad-Darimi’. Dari Abdullah bin Mas’ud bahawa
Rasulullah bersabda, “Manusia akan mendatangi Neraka, kemudian mereka akan
keluar daripadanya berkat amal-amalan mereka. Yang pertama diantara mereka akan
melintasi Jembatan Sirat Neraka seumpama (kelajuan) panahan petir, kemudian
seperti (kelajuan) tiupan angin, kemudian seperti kelajuan larian kuda,
kemudian seperti kelajuan orang menaiki kenderaan, kemudian seperti kelajuan
orang yang berjalan kaki dengan pantas”. Hadis yang sama juga diriwayatkan oleh
Tirmidzi dan Hakim.
Didalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah
bersabda, “Seorang muslim yang ditinggal mati oleh tiga anaknya (3 orang anaknya
meninggal dunia waktu lahir, kegugguran atau mati syahid dalam perang kejalan
Allah) Maka ketika disentuh oleh api Neraka, ia tidak akan merasa panasnya”.
Hadis ini juga diketengahkan oleh sebilangan ulama hadis. Kemudian diriwayatkan
pula oleh Abu Daud ath-Thayalisi didalam kitabnya yang bertajuk ‘Musnad Abu
Daud ath-Thayalisi’, dari az-Zuhri bahawa ia berkata, “Itulah yang dimaksudkan
dengan ayat, ‘Dan tidak ada seorang pun daripada kamu, melainkan ia akan
mendatanginya’. Riwayat ini memberikan penjelasan kepada apa yang saya
sampaikan diatas tadi. Api Neraka akan menyentuh sesiapa juga, tetapi bagi
orang-orang yang beriman, api Neraka akan terasa sejuk dan dingin sehinggalah
mereka terselamat daripadanya.padam
Khalid Ibnul Ma’dan berkata, “Ketika penghuni Syurga
telah masuk kedalam Syurga, mereka pun bertanya, “Bukankah Allah telah
berfirman bahawa kita akan mendatangi Neraka?”. Malaikat menjawab, “Kamu semua
sebenarnya telah pun mendatanginya, tetapi kamu semua mendapatinya dalam
keadaan terpadam”.
Menurut saya (Imam al-Qurthubi), untuk kita
berkompromi dengan semua riwayat dan berbagai pendapat seperti diatas tadi,
adalah lebih baik jika dengan bahasa yang lebih baik kita katakana bahawa sanya
semua manusia akan mendatangi Neraka itu. Teapi jika dia tidak merasakan
kesakitan dan kepanasannya, itu bererti bahawa dia telah dijauhkan daripadanya
sehinggakan ia terselamat. Mudah-mudahan Allah berkenan menyelamatkan kita
semua darinya berkat kebaikan dan keperhatinan menderma yang kita lakukan.
Semoga Allah juga berkenan menjadikan kita termasuk diantara orang-orang yang
akan melaluinya kemudian berhasil keluar daripadanya dalam keadaan selamat.Diriwayatkan ole ath-Thabari, dari Ibnu Jurij, dari
Atha’ bahawa Abu Rasyid al-Haruri berkata kepada Ibnu Abbas dengan memetik firman
Allah didalam surah al-Ambiya’ ayat 102 yang mafhumnya;“Mereka tidak mendengar
bunyinya (api Neraka)…”. Ibnu Abbas lalu berkata, “Adakah kamu sudah gila?.
Bagaimana pula dengan firman Allah didalam surah Maryam ayat 71 (mafhumnya) “Dan
tidak seorang pun daripada kamu melainkan ia mendatanginya”. Dan surah Huud
ayat 98 (mafhumnya), “Lalu masukkan mereka kedalam Neraka”. Kemudian ayat
didalam surah Maryam ayat 86 (mafhumnya), “…KeNeraka Jahanam dalam keadaan
dahaga”?. Diantara doa orang-orang yang telah lalu ialah, “Ya Allah, Keluarkanlah
aku dari Neraka dalam keadaan selamat dan masukkanlah aku kedalan Syurga
didalam keadaan beruntung”.
Banyak ulama yang merasa sedih mendengar Nas-nas yang
menyatakan bahawa setiap orang akan mendatangi Neraka, sedangkan tiada
penjelasan yang lebih lanjut samaada mereka akan keluar semula atau pun tidak.
Oleh kerana itulah sebabnya seorang ulama bernama Abu Maisarah setiap kali
masuk kekamar tidurnya lalu berkata, “Aduhai, seandainya Ibu ku tidak
melahirkan ku”. Mendengar kata-kata seumpama itu, isterinya merasa hairan dan
bertanya, “Wahai Abu Maisarah, bukankah selama ini Allah telah berbuat baik
kepadamu dan memberi petunjuk didalam agama Islam ?”. Ia menjawab, “Ya, benar.
Allah hanya menjelaskan kepada kita bahawa kita pasti akan mendatangi Neraka,
tampa menjelaskan sama ada kita akan keluar atau pun tidak”. Demikianlah yang
tertulis didalam atsar sahih riwayat Ibnu Mubarak dan Abu Nu’aim.
Diriwayatkan oleh Ibnu Mubarak ath-Thabari, dari al-Hasan bahawa suatu hari ia bertanya kepada
saudaranya, “Wahai saudaraku, apakah kamu telah mendengar bahawa kamu pasti
akan mendatangi Neraka ?”. Ia menjawab, “Ya”. Al-Hasan bertanya, “Dan adakah kamu
juga mendengar bahawa kamu akan keluar daripadanya ?”. Ia menjawab, “Tidak”.
Al-Hasan bertanya lagi, “Jadi, mengapakah kamu masih boleh tertawa gembira ?”.
Semenjak dari peristiwa itu saudaranya itu tidak lagi terlihat tertawa sampailah
ia meninggal dunia.
Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas bahawa dalam masaalah ia
berkata kepada Nafi’ Ibnu Azraq seorang anggota puak Khawarij (puak yang sesat
akidahnya), “Saya dan kamu pasti akan mendatangi Neraka, tetapi bezanya Allah
akan meyelamatkan aku daripadanya, sedangkan kamu, aku tidak yakin Allah akan
berkenan menyelamatkan kamu darinya”.
Diriwayatkan oleh Ibnu Mubarak dari Ismail bin Abu
Khalid, dari Qais bin Abu Ashim bahawa ia berkata, “Satu hari Ibnu Majah
menangis dan isterinya juga turut menangis. Ibnu Majah bertanya kepada isterinya,
“Mengapa kamu menangis ?”. Isterinya menjawab, “Aku menagais kerana melihat
kamu menangis”. Ibnu Majah berkata, “Aku menangis kerana tahu aku akan
mendatangi Neraka, namun aku tidak tahu apakah aku akan selamat daripadanya
ataupun tidak”.
BAB 54: DOA ORANG-ORANG MUKMIN KETIKA MENITI JEMBATAN SIRAT.
Diriwayatkan oleh ath-Tirmidzi, dari al-Mughirah bin
Syu’bah bahawa Rasulullah bersabda, “Doa orang-orang beriman ketika meniti
Jembatan Sirat ialah, ‘Ya Allah, selamatkanlah… tolong selamatkan…”. Kemudian
disebutkan juga didalam sirah Sahih Muslim, “… sementara Nabi kamu berdiri
dekat sirat dan berdoa, ‘Ya Allah, selamatkanlah… selamatkanlah…’”.
BAB 55: ORANG YANG TIDAK BERHENTI DI JEMBATAN SIRAT WALAU SEKELIP
MATA PUN.
Diriwayatkan oleh al-Wa’ili Abu Nashr dalam kitabnya
bertajuk ‘Al-Ibanah’, dari Muhammad Ibnu Hujjaj, dari Muhammad bin Abdulrahman
ar-Rab’i, dari Ali bin Husain alias Abi Ubaid, dari Zakaria bin Yahya alias Abi
Sikin, dari Abdullah bin Salih al-Yamani, dari Abu Hammam al-Qarsyi, dari
Sulaiman ibnu Mughirah, dari Qais bin Muslim, dari Thawus, dari Abu Hurairah
bahawa Rasulullah berpesan kepadanya, “Ajarkanlah sunahku kepada manusia,
walaupun mereka tidak menyukainya, jika kamu ingin tidak terhenti dititian
Jembatan Sirat walau sekelip mata pun sebelum kamu masuk kedalam Syurga. Maka
janganlah kamu mengada-adakan sesuatu yang baru dalam agama Allah berdasarkan
pendapatmu”.
Diriwayatkan oleh Abu Nu’aim, dari Sulaiman bin Ahmad,
dari Hasan bin Arafah, dari Hani Ibnu Mutawakil, dari Abu Rabi’ah alias Sulaiman bin Rabi’ah, dari Musa din Ubaidah,
dari Muhammad bin Ka’ab al-Qardhi, dari Abu Hurairah bahawa Nabi saw. beradbda,
“Barangsiapa yang suka bersedakah dengan baik, nescaya ia akan dapat memnyabarangi
sirat, dan barangsiapa yang memenuhi hajat seorang janda, nesaya Allah akan
memberi ganti pada harta peninggalannya”.
Diriwayatkan oleh al-Khattali alias Abdul Qasim, dari
Utsman bin Sa’id alias Abu Amr al-Anthaki, dari Ali Ibnu Haitsam, dari Ibrahim
bin Basyar, dari guru yang biasa dipanggil Abu Ja’far bahawa ia bercerta, “Aku
tidur lalu bermimpi seakan-akan aku aku sedang berhenti diatas sebuah jembatan
Neraka Jahanam. Aku menyaksikan keadaan huru-hara yang sangat besar. Saat itu
aku terfikir akan nasib diriku, bagaimanakah carannya nanti aku melintasi
jembatan itu?. Tiba-tiba satu suara menyeru dari arah belakangku, “Wahai hamba
Allah, letakkan dahulu beban yang kamu bawa dan menyeberanglah!”. Aku bertanya,
“Beban apakah yang aku bawa?”. Ia menjawab, “Tinggalkan dunia dan
menyeberanglah”.
Diriwayatkan oleh al-Khatali alias Abu Qasim kembali,
dari Abu Bakar alias Khalifah bin Khayyath, dari Amar bin Jarir, dari Ismail
bin Abu Khalid, dari Qais bin Abu Hazim bahawa ia pernah mendengar Abu Darda’
berpesan kepada puteranya, “Wahai putraku, jadikanlah Masjid sebagai rumahmu,
kerana Masjid adalah rumah bagi orang-orang yang bertakwa. Aku pernah mendengar
Rasulullah bersabda, “Barangsiapa yang menjadikan
Masjid sebagai rumahnya, nascaya Allah akan menjamin rohnya, memberikan rahmat
keatas dirinya dan menolongnya meniti Jembatan Sirat”. Hadis riwayat Ibnu Adi
dan Ibnu Jauzi.
Hadis ini merupakan dalil bagi kebenaran pengalaman
mimpi seorang guru bernama Abu Ja’far, seperti yang telah dikemukakan diatas
tadi. Sebab, orang yang menjadikan Masjid sebagai rumahnya, akan merasa tenang
dan berpaling dari pekara-pekara yang bersifat keduniaan, sedangkan ia sentiasa
menumpukan pandangannya kearah kepentingan akhirat.
****************************************************
Sekian dahulu untuk Ms 20 kali ini, insyaallah akan disambung dimuka surat yang akan datang dengan fakta dan dalil dari hadis-hadis riwayat yang lebih menarek lagi. Jangan lupa membaca ruangan ini berkali-kali, kerana dengan pembacaan seumpama itu, insyaallah akan terbuka hijab ilmu dan rahsia yang tersirat didalamnya. Segala kesilapan harap dimaafkan, salam aidilfitri maaf zahir batin, ikhlas dari atok.
Wabillahitaufiq Walhidayah Wasalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh.
Sekian dari;
Atok Zamany.
Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas bahawa ia membaca ayat, “Dan tidak ada seorang pun daripada kamu….”. Untuk menjawab ayat-ayat sebelumnya, iaitu firman Allah, “Demi Tuhanmu, sesungguhnya akan Kami bangkitkan mereka bersama-sama Syitan (yang mereka sembah), kemudian akan Kami datangkan mereka...”, dan ayat “Siapa diantara mereka yang sangat durhaka?”. Kemdian ayat, “Kemudian Kami sungguh lebih mengatahui orang-orang yang seharusnya dimasukkan kedalam Neraka. Dan tidak ada seorang pun daripada mereka”. Ikramah dan beberapa ulama lain juga membacanya seperti itu.
Ada diantara ulama yang berpendapat bahawa khithab atau ungkapan kata-kata itu ditujukan kepada orang-orang kafir sahaja. Seperti firman Allah, “Katakan kepada mereka wahai Muhammad, ‘Tidak ada seorang pun daripadamu…’”.Sedangkan menurut mejoriti ulama mengatakan bahawa ungkapan itu ditujukan kepada seluruh umat manusia kerena mereka semua pastinya akan mendatanginya. Miskipun terdapat perselisihan pendapat mengenai maksud “mendatangi”. Tetapi menurut pendapat yang sahih yang dimaksudkan mendatangi disitu adalah juga bermaksud memasuki. Pendapat ini adalah menurut hadis riwayat Abu Sa’id al-Khudri, yang telah saya kemukakan diatas tadi.
Sekian dahulu untuk Ms 20 kali ini, insyaallah akan disambung dimuka surat yang akan datang dengan fakta dan dalil dari hadis-hadis riwayat yang lebih menarek lagi. Jangan lupa membaca ruangan ini berkali-kali, kerana dengan pembacaan seumpama itu, insyaallah akan terbuka hijab ilmu dan rahsia yang tersirat didalamnya. Segala kesilapan harap dimaafkan, salam aidilfitri maaf zahir batin, ikhlas dari atok.
Atok Zamany.