Sunday, October 10, 2010

SIRAH - KEMATIAN, AKHIRAT DAN KIAMAT 9


  • BISMILLAHIRAHMANIRAHIM...


  • FASAL A - KEMATIAN :


  • BAB - 48 : PELINDUNGAN DARI AZAB KUBUR ;


  • Diriwayatkan oleh Bukhari dari Anas bin Malik ra, bahawa Rasulullah bersabda "Sesungguhnya ketika seorang hamba telah diletakkan didalam kuburnya, lalu ditinggalkan oleg sahabat-sahabatnya. Ketika ia masih boleh mendengar bunyi tapak kasut mereka, datanglah dua Malaikat kepadanya. Setelah menyuruh duduk, mereka lalu bertanya 'Apa yang dapat kamu katakan tentang seorang lelaki bernama Muhammad itu ? '. Bagi yang beriman ia akan menjawab 'Aku berseksi bahawa beliau adalah hamba dan Rasul utusan Allah '. Lalu dikatakan kepadanya 'Lihatlah itu adalah tempatmu di Neraka yang Allah gantikan dengan sebuah tempat di Syurga '. Ia kemudian diperlihatkan kedua-dua tempat itu serantak ". Kata Qatadah "Rasulullah bersabda kepada kami, 'lalu kuburnya diperluas sepanjang empat puluh hasta'. Manakala menurut riwayat Muslim, "Tujuh puluh hasta, yang dipenuhi dengan nikmat hingga sampai hari seluruh makhluk dibangkitkan semula ". Disambung semula dari hadis Anas tadi "Ada pun kepada orang kafir ia akan ditanya 'Apa yang kamu katakan tentang orang itu '. Ia akan menjawab 'Aku tak tahu, aku mengatakan apa yang dikatakan orang-orang yang tak pernah tahu dan tidak pernah membaca tentang orang itu '. Lalu tengkuknya dipukul dengan tukul besi sehingga ia menjerit yang suaranya boleh didengar oleh orang-orang disekitar (arwah-arwah) kecuali jin dan manusia".

  • Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Abu Hurairah ra bahawa Nabi saw bersabda "Sesungguhnya mayat akan kembali kekubur. Jika ia orang yang soleh maka ia akan duduk dikuburnya tampa rasa takut dan gelisah. Lalu ia ditanya 'Dimana kamu ?'. Ia menjawab 'Aku didalam Islam'. Ditanya lagi 'Siapa orang itu ?'. Ia menjawab 'Dia adalah Muhammad Rasul utusan Allah. Beliau datang kepada kami membawa penjelasan-penjelasan dari Allah dan kami membenarkannya '. Ia ditanya 'Apakah kamu pernah melihat Allah ? '. Ia menjawab 'Tidak ! Tiada seorang pun yang pernah melihat Nya'. Lalu ia diperlihatkan kearah Neraka. Ia melihat sebahagian penghuninya sedang membakar sebahagian yang lain. Kemudian dikatakan 'Lihatlah pada sesuatu yang Allah lindungi kamu darinya'. Seterusnya ia diperlihatkan pada Syurga. Ia melihatnya dipenuhi dengan bunga-bunga dan segala kenikmatan. Lalu dikatakan kepadanya 'Itulah tempatmu'. Dikatakan lagi ' Diatas satu keyakinan kamu hidup, kamu mati dan kamu akan dibangkitkan untuk hidup kembali diatasnya ".

  • Semantara kepada orang yang jahat, ia duduk didalam kuburnya dengan rasa ketakutan, kemudian ia ditanya 'Bagaimana dengan kamu ?'. Ia menjawab 'Aku tak tahu '. Ia ditanya 'Apa yang kamu tahu tentang orang ini ? '. Ia menjawab 'Aku hanya mendengar orang-orang mengatakan suatu ucapan dan aku hanya ikut-ikut mengatakannya '. Ia lalu diperlihatkan Syurga dan ia pun melihatnya yang penuh dengan bunga-bungan dan segala kenikmatan. Kemudian dikatakan kepadanya 'Sekarang kamu lihatlah apa yang Allah memalingkan kamu darinya'. Maka diperlihatkan kepadanya Neraka dan ia melihat segala pekara yang amat mengerikan. Lalu dikatakan kepadanya 'Itulah tempatmu, kerana kamu hidup didalam kebimbangan, maka insyaallah, kamu akan dihidupkan kembali didalam kebimbangan ".

  • Diriwayatkan oleh ath Tarmidzi dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah bersabda "Ketika mayat atau salah seorang dari kamu telah dikuburkan, akan didatangi dua Malaikat yang berkulit hitam dan bermata biru, Yang satu bernama Munkar dan seorang lagi bernama Nakir. Mereka bertanya 'Apa yang boleh kamu katakan tentang orang ini ? '. Ia menjawab dengan benar ' Dia adalah hamba dan juga Rasul Utusan Allah. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah selain Allah dan Nabi Muhammad adalah hamba dan juga Rasul Utusan Allah '. Kami tahu kamu akan menjawab seperti itu, Setelah itu kuburnya dilapangkan seluas tujuh puluh hasta dikali tujuh puluh hasta dan diterangi cahaya. Malaikat Mukar dan Nakir berkata ' Tidurlah '. Ia berkata ' Aku ingin pulang kepada keluargaku untuk menyampaikan kabar gembira ini kepada mereka '. Malaikat Mukar dan Nakir berkata ' Tidurlah seperti pengantin baru yang hanya mahu dikejutkan oleh ahli keluarga yang tercinta, sampailah Allah akan membangkitkan kembali dari tempat tidurmu itu ".

  • Sebaliknya jika ia seorang munafiq, ketika ditanya apakah ia mengenali Nabi Muhammad, maka ia akan menjawab 'Aku tidak tahu, Aku hanya mengenalinya seperti apa yang diperkatakan orang- orang ". Malaikat Mukar dan Nakir berkata ' Kami tahu kamu akan menjawab seperti itu, lalu mereka menyuruh bumi untuk menghimpitnya hinggalah remuk semua tulang-tulang rusuknya dan ia akan terus disiksa hinggalah Allah membangkitkannya dari tempatnya itu ".

  • Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Anas bin Malik ra bahawa Rasulullah memasuki sebuah ladang kurma milik Bani al Najjar. Tiba-tiba Baginda seperti mendengar sesuatu yang memeranjatkannya, lalu Baginda bertanya "Siapkah penghuni-penghuni kubur disini ? ". Para sahabat menjawab "Orang-orang yang mati dizaman jahiliah ". Baginda bersabda "Mohonlah perlindungan Allah dari seksa kubur dan dari fitnah Dajjal ". Mereka bertanya "Kenapa, ya Rasulkullah ? ". Baginda bersabda "Sesungguhnya ketika seorang mukmin diletakkan didalam kubur, ia didatangi oleh dua Malaikat dan ditanya ' Apa yang kamu sembah ? '. Jika ia mendapat petunjuk Allah, ia akan menjawab 'Aku menyembah Allah '. Malaikat bertanya lagi ' Apa yang kamu katakan tentang orang ini ? '. Ia menjawab ' Dia adalah hamba dan juga Rasul Utusan Allah'. Hanya itu soalan yang diajukan kepadanya. Seterusnya ia dibawa oleh Malaikat kesebuah rumah miliknya yang terdapat di Neraka, kemudian mereka berkata "Itu sebenarnya rumahmu di Neraka, tetapi oleh kerana kamu dilindungi dan dikasihi Allah, maka Ia telah mengantikannya dengan sebuah rumah di Syurga ". Ia berkata "berilah aku waktu untuk pulang kepada keluargaku bagi menceritakan pekara ini ". Malaikat berkata "Tinggallah saja disini ".

  • Apabila seorang kafir diletakkan didalam kubur, ia didatangi Malaikat dengan suara yang menakutkan dan bertanya "Apa yang kamu sembah ? ". Ia menjawab "Aku tak tahu ". Malaikat berkata "Kamu memang tidak akan tahu ". Mereka bertanya lagi "Apa yang kamu boleh katakan tentang orang ini ? ". Ia berkata "Aku tak tahu, aku hanya mendengar orang-orang berkata mengenainya ". Lalu tengkuknya dipukul dengan tukul besi sehingga ia menjerit kuat dan jeritannya itu boleh didengar oleh seluruh makhluk kecuali jin dan manusia ".

  • Diriwayatkan oleh Abu Daud dari al Barra' bin Azib bahawa dia berkata "Kami bersama Rasulullah menghantar jenazah salah seorang sahabat Ansar, Kami tiba dikuburan ketika liang lahad sedang dibuat. Rasulullah duduk dan kami pun ikut duduk disekeliling Baginda dengan kepala tertunduk, seolah-olah diatas kepala kami ada burung. Baginda memegang sebatang tongkat yang kemudiannya Baginda cacakkan ketanah. Kemudian Baginda mengangkat kepalanya dan bersabda "Mohon perlindunganlah kamu kepada Allah dari seksa kubur", Baginda mengulang perkatan itu sebanyak tiga kali, kemudian Baginda menyambung sabdanya "Sebenarnya ia mendengar bunyi tapak kasut mereka saat meninggalkannya bersamaan ketika ia ditanya : Siapa Tuhanmu ?. Apa agamamu ?. dan Siapa Nabimu ? ". Didalam riwayat yang lain pula menyebut "Ia didatangi dua Malaikat. Setelah menyuruhnya untuk duduk, mereka lalu bertanya ' Siapa Tuhanmu ? '. Ia menjawab ' Tuhanku ialah Allah ? '. Malaikat bertanya 'Apa agamamu ? '. Ia menjawab 'Islam agamaku '. Malaikat bertanya ' Siapa yang diutus ditengah-tengah kamu ? '. Ia menjawab ' Dia adalah Utusan Allah '. Malaikat bertanya ' Dari mana kamu tahu ? '. Ia menjawab ' Aku membaca Kitab Allah, lalu aku beriman dan percaya '. Setelah itu kedengaran seruan dari langit ' Hamba Ku itu benar, oleh itu berikan kepadanya hamparan dan pakaian dari Syurga, supaya ia mencium bau dan keharumannya '. Lalu dilapangkan kuburnya saujana mata memandang ".

  • Apabila memperkatakan tentang kematian orang kafir, Baginda bersabda " Bila nyawanya dikembalikan semula kedalam jasadnya, ia didatangi dua malaikat. Setelah menyuruhnya duduk, kedua-dua mereka bertanya ' Siapa Tuhanmu ? '. Ia menjawab dengan terketar-ketar ' A..a... ah ...aku tak tahu ' Malaikat bertanya ' Siapa Rasul yang diutus ditengah-tengah kamu ? '. Ia menjawab dengan terketar-ketar lagi ' A..a...ah..aku tak tahu '. Lalu kedengaran seruan dari langit, 'Hamba Ku itu berdusta, berikan kepadanya hamparan dan pakaian dari Neraka supaya ia merasa kepanasannya '. Lalu ia dihimpit oleh kuburnya hingga tulang-tulang rusuknya remuk ". Kemudian ia ditambah didalam hadis riwayat Abu Daud al Jarir bahawa Nabi saw bersabda "Kemudian Allah mendatangkan kepadanya satu Malaikat yang buta dan bisu, ditangannya ada sebatang besi yang jika dipukul pada gunung, nescaya hancur menjadi debu. Maka ia memukul besi itu padanya. Ia menjerit kuat yang boleh didengar oleh seluruh makhluk dari hujung timur dan barat kecuali jin dan manusia, lalu ia menjadi debu. Kemudian bercantum semula dan rohnya dikembalikan semula kejasadnya ".

  • Abu Hamid berkata didalam kitabnya yang bertajuk " Kasfu Ulum al Akhirat" berkenaan sebuah riwayat dari Ibnu Mas'ud yang bertanya kepada Rasulullah " Wahai Rasulullah, apa yang pertama sekali terjadi pada mayat apabila ia telah dimasukkan kedalam kuburan ? ". Baginda bersabda "Wahai Ibnu Mas'ud, Belum ada orang yang bertanyakan hal ini kepda ku selain dari kamu. Pertama sekali kedengaran seruan dari Malaikat Rauman Yajus dialam kubur "Wahai hamba Allah, Tulislah amalanmu ? " Ia menjawab " Aku tiada pen dan kertas " Malaikat itu berkata "Tak Mungkin ! Kain kafanmu sebagai kertas, air ludahmu adalah dakwat dan jari-jarimu sebagai pen". Kemudian ia diberi sepotong kain kafan, maka ia pun boleh menulis semua amalan kebajikan dan juga amalan keburukan semasa hayatnya, seperti amalan satu hari walaupun semasa didunia dahulu ia tidak pernah berbuat demikian. Malaikat melipat tulisan dikafan itu dan dikalungkan kelehernya. Kemudian Rasulullah membaca ayat ini :

  • "Tiap-tiap manusia Kami ikatkan ushanya (amalan) masing-masing dilehernya. Pada hari kiamat Kami keluarkan kepadanya kitab yang diterimanya dengan terbuka ". (surah al Israak ayat 13 ).

  • Kemudian Baginda menyambung sabdanya "Setelah itu muncul pula dua Malaikat Kubur yang berkulit hitam dan mengerok tanah dengan taringnya, Rambutnya sangat panjang sehingga menyentuh tanah. Kata-katanya sangat kuat bagaikan halilintar yang mengegarkan. Matanya tajam bak kilat yang menyambar. Nafasnya seperti ribut taufan. Masing-masing dari mereka membawa tukul besi yang sangat berat, yang seandainya dipukulkan ke gunung paling besar pun pastinya akan hancur lebur. Nyawa sesiapa pun yang melihatnya akan mengigil ketakutan dan lari menyorok masuk kedalam jasadnya yang telah menjadi mayat. Kemudian jasad itu hidup kembali dibahagian dadanya sahaja, seperti waktu menghadapi shakaratulmaut dulu. Ia tidak boleh bergerak tetapi boleh mendengar dan melihat ".

  • Selepas itu ia diperintah untuk duduk dengan satu sentakan kata-kata yang mengejutkan dan menyeramkan. Kemudian Malaikat itu bertanya " Siapa Tuhan kamu ?. Apa agamamu ?. Siapa Nabi mu ?. Apa kiblat mu ?. Jika ia diberi pertolongan Allah, sebaliknya ia bertanya kembali kepada Malaikat itu "Siapa yang memberi kamu mandat untuk menyoalku ? . Siapa yang mengutus kamu datang kepada ku ". Biasanya orang yang boleh menjawab soalan bergini ialah seorang ulama pilihan sahaja. Apabila Malaikat-malaikat itu mendengar akan jawapan seperti itu, maka mereka tidak dapat berbuat apa-apa lagi selain mempersilakannya untuk masuk ke Syurga yang dipenuhi nikmat-nikmat. Ia akan tinggal disitu menikmati kesenangan hingga tibanya hari kiamat. Ia bertanya kepada Malaikat-malaikat tersebut "Bila tibanya hari kiamat ?". Ia bertanya seperti itu kerana tiada yang lebih menyenangkannya daripada tibanya hari kiamat ".

  • Diriwayatkan bahawa sesungguhnya, bagi seseorang mukmin yang rajin melakukan amal soleh semasa hidup didunia, sebelum didatangi Malaikat Munkar dan Nakir ia akan bertemu dengan amalannya yang dijelmakan menjadi satu makhluk yang sangat tampan terlebih dahulu. Ia memakai pakaian indah dan memakai haruman yang sangat harum. Makhluk itu bertanya " Adakah kamu mengenali aku ? ". Ia menjawab "Tidak, siapakah kamu ? ". Makhlik itu menjawab "Aku adalah amalanmu, janganlah takut. Sekejap lagi kamu akan didatangi oleh Malaikat Munkar dan Nakir untuk menyoalmu. Tetapi, kau bertenang saja, aku akan mengajar kamu untuk menjawab pertanyaan mereka itu ". Setelah Makhluk itu pergi, maka datanglah Malaikat Munkar dan Nakir dengan suara yang sangat kuat membentak, menyuruh kamu duduk dan mula menyoal "Siapa Tuhan kamu ? dan seterusnya ". Dengan tenang dan mantap ia menjawab "Allah Tuhan ku , Muhammad Nabi ku, Al Quran Imam ku, Kaabah kiblat ku, Ibrahim bapaku dan agamanya adalah agama ku iaitu Islam ".



  • CATITAN PENULIS :


  • Lihatlah dari riwayat diatas ini. Ia merupakan dalil yang sangat jelas bahawa Agama Nabi Ibrahim adalah juga agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw iaitu Islam. Lihatlah bagaimana ia boleh digandingkan sedemikian didalam hadis sahih ini. Ia sebagai bukti yang sangat jelas dan mestilah diyakini sedemikian kerana persoalan ini akan menjadi pertanyaan para Malaikat Kubur iaitu Munkar dan Nakir nanti. Anggapan bahawa agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw tidak serupa atau menganggap penganut agama Islam semuanya sesat dek kerana tidak mengikut agama Nabi Ibrahim as adalah kertelaluan dan terkeluar dari dalil sebenar mengikut hadis Nabi saw. Bagaimanakah ada sebilangan masyarakat di Malaysia ini yang meyakini dan mengikut agama Nabi Ibrahim yang mempunyai nama-nama yang lain atau diberikan nama-nama yang lain selain Islam ? Beranikah kamu untuk memutar belit kenyataan ini ? Jika benar kamu berani... nantikan saja Malaikat Munkar dan Nakir bertanya hal ini kepada kamu kelak ?

  • ....................................................

  • Kemudian kedua Malaikat itu membawa masuk sebuah pintu Neraka. Ia diperlihatkan akan segala azab seksaan yang terdapat disitu hingga ia merasa gerun dan takut. Kemudian Malaikat itu berkata "Janganlah takut, ini sememangnya menjadi tempat mu tetapi Allah telah mengantikannya dengan sebuah tempat di Syurga yang akan kamu duduki. Sekarang, tidurlah dengan nyenyak ". Setelah itu mereka pun beredar sambil menutup semula pintu Neraka itu. Maka ia pun tinggallah didalam Syurga menikmati segala kesenangannya hingga tidak menyedari masa yang beredar dari hari kehari, bulan kebulan, tahun ketahun. Ia akan tinggal disitu untuk selama-lamanya. Ada manusia yang apabila ditanya soalan dari Malaikat Munkar dan Nakir "Siapa Tuhan kamu ? ". Ia tidak dapat menjawab pertanyaan ini kerana semasa hidup didunia dahulu ia tidak punya keyakinan dan akidah yang lemah kepada Allah swt. Mereka tidak tahu pun berkenaan Tuhan Allah itu kerana kesibukan dunia sahaja. Berkeyakinan hanya dimulut tetapi tidak didalam hatinya, serta tidak pula mentaati perintahNya. Maka sekarang ia akan diazab oleh kedua malikat ini dengan pukulan cemiti dari api neraka hingga mengakibatkan kuburnya terbakar. Setelah api itu padam beberapa hari, azab itu datang semula. Begitulah keadaannya saban hari hingga hari kiamat.

  • Ada pula manusia yang apabila ditanya "Apa agama mu ? ". Lidahnya kelu tak dapat menjawab "Islam itu agama ku ", kerana peganggannya pada Agama Islam amat lemah, sentiasa was-was dengan Agama ini, punya syak wasangka dan termakan dengan dakyah songsang yang sesat lagi menyesatkan. Menganggap remeh tentang Islam. Manganggap Islam itu agama kolot, tidak bertemadun dan menggongkong hidupnya. Ia hanya menjadi Islam dimulut sahaja, tetapi tidak menjiwai Islam. Menjadi Islam ikut-ikut, Islam pada nama sahaja atau Islam keturunan sahaja malah tidak mentaati hukum- hukum didalamnya. Ini termasuklah golongan yang mengaku Islam, tetapi berbuat sesuka hatinya menukar hukum mengikut seleranya, memutar belit kenyataan, menokok tambah atau mengurangkan segala Hukum-hukum Syariahnya, menyesatkan diri sendiri dan pengikutnya. Maka ia juga akan menerima azab pukulan membakar kuburnya itu hingga hari kiamat kelak.

  • Ada juga manusia yang apabila disoal "Siapa Imam Kamu ? ". (Imam bermaksud yang memberi petunjuk, membuktikan kebenaran Allah, menjadi ikutan dan peganggan kamu mukmin ). Ia tidak boleh menjawab "Al Quran Imamku ? ", kerana semasa hidupnya ia tidak mahu memahami isi kandungan al Quran, tidak mengikut perintah dan suruhan yang terkandung didalamnya, tidak pernah mengamal membacanya dan tidak mengambil pengajaran yang terkandung didalamnya. Ada pula yang menafsir al Quran mengikut sesuka hati dan filirannya saja sedang dia tidak fasih Quit' bahasa Arab, nahu dan tajwidnya. Malah sanggup pula mengeluarkan fatwanya sendiri, doktrin agama sesatnya yang pula menyesatkan pengikut-pengikutnya. Maka bagi mereka ini disediakan untuknya azab kubur yang sangat pedih dari pukulan cemiti berapi neraka yang membakar seluruh kuburnya dengan hempitan kubur hingga hancur remuk tulang rusuknya saban hari hinggalah datangnya hari kiamat. Sedangkan dirasainya sehari dialam kubur bersamaan seribu tahun di alam dunia, amat panjangnya seharian disitu dengan azab yang tiada hentinya.

  • Ada manusia yang ditanya "Siapakah Nabi kamu ? ". Dia tidak dapat manjawab "Muhammad itu Nabi dan Rasul ku ", kerana semasa hayatnya dia tidak pernah mengambil tahu siapa orang itu, atau dia selalu mempermainkan sunah Baginda, atau dia selalu mencerca Baginda dengan berbagai kata hina menyerupai orang-orang kafir. Mereka mempermainkan hadis-hadis peninggalan Baginda sedangkan ia tahu bahawa hadis-hadis yang diriwayatkan oleh sahabat- sahabatnya itu adalah juga kata-katanya. Memaki hamun dan menyumpah seranah keluarganya dan sahabat-sahabatnya juga seumpama menyakiti Baginda, jadi bagaimana mereka akan dapat menjawab soalan Malaikat Munkar dan Nakir itu, jika perangai dan tengkah laku mereka sebegini buruk ? Maka, seksaan kubur menanti mereka-mereka ini apabila saatnya tiba kelak. Hentakan besi panas membera dikepala mereka dan himpatan kubur yang menghancurkan tulang-tulang mereka akan mereka rasai kelak.

  • Ada pula manusia yang amalan-amalan mereka bertukar menjadi binatang seperti Anjing, ular hitam, Tikus bertaring, Kala Jengking dan sebagainya, yang akan menunggunya semasa siap sahaja liang lahad itu dibuatkan untuknya. Belum pun sempat mayatnya dimasukkan, mereka sedang menunggu seperti binatang kelaparan. Apabila diletakkan saja jenazahnya, dengan segera mereka menerkam dan membaham mayatnya hingga hancur semua daging dan tulang-tulangnya. Manakala ada pula yang liang lahad yang tadinya dibuat dengan baik, tiba-tiba runtuh, dipenuhi air, menjadi kecil, seolah-olah tidak mahu menerima mayat itu. Apabila saja habis tanah diturunkan, tiba-tiba kedengaran himpitan dan hentakan kuat seperti halilintar dari dalam kuburan itu. Pernah juga satu ketika dilihat panahan petir menyambar kuburan itu hingga nampak mayat terpelanting keluar dan masuk semula didalam kubur dengan nyalaan api membara. Ada beberapa manusia yang telah mati kemudian jenazahnya tidak diterima oleh bumi dibeberapa tempat didunia ini, maka mayat dan kerandanya terapong-apong diudara hingga kini.

  • Manakala ada juga manusia yang apabila ditanya "Apa kiblatmu ? ", ia tidak dapat menjawab kerana semasa hayatnya dia tidak pernah solat, mengabaikan dan meremehkan solat, mencuri didalam solat, malas solat, berwuduk secara lebih kurang saja, melakukan banyak kesalahan sewaktu didalam solat, hatinya tidak khusuk didalam solat, bermain-main sewaktu solat, terlalu laju hingga tiada 'Tamakninah' (berhenti sekejap pada tiap-tiap perbuatan solat) pada solatnya, akal dan fikiran kelain tempat waktu solat, hatinya berkata-kata didalam solat, segala bacaan yang salah didalam solat, memakai pakaian dari hasil yang haram sewaktu solat, berkata-kata ketika solat, membaca kitab sewaktu solat dan berbagai-bagai lagi perlakuan yang mencemari solatnya yang pastinya solat itu tidak diterima Allah. Itulah sebabnya solatnya tidak dapat hadir membantunya semasa didalam alam kubur, maka seksaan pedih yang membakar kuburnya dan hempitan kubur yang menantinya. Seksaan itu kekal sehingga hari kiamat nanti dan bersambung kembali setelah ditimbang dan dihisab segala amalan kamu di Yaumil Mashyar iaitu seksaan Neraka pula.

  • Ada manusia yang apabila ditanya "Siapa bapa kamu ? ". Maka dia hanya menjawab dengan menyebut nama bapanya semasa didunia. Apa yang dimaksudkan dan ditunggu jawapan dari kamu adalah berkenaan "Bapa didalam agama Islam" iaitu Nabi Ibrahim as. Nabi Ibrahim as adalah merupakan "Bapa" didalam agama islam kerana semenjak darinyalah agama Islam telah disyariatkan kepada penduduk bumi. Sebagai contoh ialah yang bersangkutan dengan Rukun Islam kelima iaitu mengerjakan haji ke Mekah dan mengerjakan ibadah Qurban pada Hari Raya Aidiladha. Inilah dalil yang terkuat dipaparkan didalam al Quran ul Karim bahawasanya Nabi Ibrahim as adalah Bapa didalam Agama Islam kemudian agama Islam diperkuatkan dan diperhalusi pula apabila kedatangan Nabi Muhammad saw. Maka kita disyariatkan membaca doa tahayat akhir dengan menyebut namanya digabungkan dengan Nabi Muhammad saw pada tiap-tiap kali solat. Begitulah beberapa contoh dalil yang kuat untuk kita ketahui dan menjadi peganggan kita semasa didunia ini, supaya kita dapat menjawab pertanyaan Malikat didalam kubur kelak. Tetapi ada juga manusia zaman sekarang yang membuat dalil sendiri menyatakan kebenaran Nabi Ibrahim as tetapi mengenapikan pula Nabi Muhammad saw, atau memperkecil- kecilkan sumbangan Baginda didalam menegakkan Syariah Islam didunia ini, serta beranggapan semua pengikut agama Nabi Muhammad saw adalah sesat. Ini juga tidak betul dan tidak benar sama sekali sebaliknya merekalah yang telah sesat dan menyesatkan dengan pegangan dan etikad seperti itu. Maka seharusnyalah diketahui akan peranan mereka (kedua-dua Nabi) itu didalam memperkukuh akidah dan syariah Islam ini. Ketahuilah kamu seksaan kubur amatlah pedih hingga tidak dapat digambarkan. Tambahan yang beritikad bahawa Nabi Ibrahim itu beragama Yahudi atau Nasrani kerana percaya kepada dakyah songsang puak kafir. Pekara ini telah diungkap dan diperkatakan dengan jelas didalam kitab tulisan Abu Hamid al Ghazali yang bertajuk "Ihya Ulumumud Din ".

  • Kepada orang-orang kafir tentunya mereka tidak akan dapat menjawab semua pertanyaan Malaikat Munkar dan Nakir itu, malahan apabila ditanya "Siapa Tuhan kamu ?". Mereka akan menjawab kepada tuhan yang mereka yakini semasa hidup didunia dahulu. Maka Malaikat itu pula akan menyeksa mereka dengan memukul dengan penukul besi yang berat berapi dimana dengan sekali pukulan kemuka mereka, akan mengakibatkan mereka terbenam keperut bumi kemudian dihimpit oleh bumi hingga hancur semua tulang-tulang mereka, kemudian dilambung naik semula kepermukaan kubur mereka oleh bumi. Begitulah seterusnya pukulan demi pukulan sebanyak tujuh kali berlaku kepadanya setiap saat dan masa hingglah tibanya hari kiamat.

  • Ada diantara manusia yang amalan mereka menyerupai puak kafir seperti golongan Khawarij. Dikatakan bahawa mereka ini akan ditunggu oleh seekor binatang menyerupai anjing yang akan membaham dan mengigit mereka hingga daging dan tulang mereka hancur berkecai, kemudian ia terbentuk semula dan digigit lagi. Begitulah keadaan seksaan kepada mereka yang sudah dianggap murtad dan terkeluar dari Agama Islam walaupun pada asalnya mereka beragama Islam. Apabila etikad mereka berubah dengan penderian yang terkeluar dari akidah Agama Islam, maka mereka bukanlah lagi dianggap Islam malahan telah dengan sendirinya kufur dan murtad yang tidak dapat ditolong lagi. Kepada puak-puak sesat ini dan juga termasuk didalam golongan kafir, azab seksa kubur yang teramat dahsyat sedang menenti mereka semua. Kepada golongan yang murtad ini dikatakan juga amalan mereka menjelma menjadi seekor babi, anjing dan lain-lain binatang lagi sebagai salah satu seksaan yang tersedia untuk mereka. Ada sesetengah pendapat menyatakan bahawa, oleh kerana setiap manusia itu mempunyai watak dan ketakutan yang berbeza-beza, maka amalan mereka itu pula dikatakan akan menjelma menjadi binatang seperti wataknya atau binatang yang mereka takuti itu contohnya seperti singa, harimau, serigala, beruang dan lain-lain lagi. Maka hendaklah kita sentiasa memohon perlindungan Allah dari seksaan sebegini rupa sebelum kita menyesal kemudian hari.



  • PENJELASAN PENULIS :


  • Didalam hadis Bukhari dan Muslim, diterangkan bahawa dua Malaikat yang menyoal mayat apabila dimasukkan kedalam kubur ialah Malaikat Munkar dan Nakir. Ia juga dijelaskan didalam hadis ath Tarmidzi, tetapi keterangan didalam salah satu hadis Abu Daud pula menjelaskan bahawa yang menyoal mayat hanyalah satu Malikat sahaja, kemudian pada hadis-hadis yang lainnya menyatakan dua Malikat. Sekalipun demikian, ia tidak menjadi perselisihan pendapat para ulama kerana mereka beranggapan bahawa semua keterangan itu adalah benar. Keterangan didalan hadis Abu Daud itu hendaklah ditafsirkan bahawa yang datang kepada mayat setelah ia dikebumikan itu adalah dua Malaikat, tetapi hanya satu Malikat sahaja yang mengajukan soalan kepada mayat itu.

  • Terdapat juga hadis-hadis yang menjelaskan berbagai cara soalan diajukan kepada mayat. Yang ternyata tergantung kepada keadaan mayat itu sendiri. Ada yang ditanya dengan soalan yang ringkas dan ada pula mayat yang disoal secara detail tentang amalan mereka. Walau bagaimana pun ia tidak bertentangan kerana persoalan itu tergantung kepada perawi itu sendiri. Ada diantara mereka yang mengutip soalan-soalan Malaikat itu secara ringkas sahaja dan ada p[ula yang mengambilnya secara detail dan lengkap , sebagai contoh seperti hadis yang diriwayatkan oleh al Barra' bin Azib yang telah disebutkan didalam keterangan diatas iaitu berkenaan mayat yang menjawab dengan gugup. " A..a..ah aku tak tahu " adalah kerana ia gugup disebabkan memikul beban dosa yang tersangat berat.



  • BAB 49 - HAL EHWAL MAYAT MENGIKUT HADIS AL
  • BARRA' ;




  • Hadis yang akan dijelaskan ini adalah merupakan hadis sahih dari al Barra' bin Azib yang sangat terkenal yang dianggap lengkap bagi menjelaskan segala hal ehwal mayat didalam kubur. Ia telah diriwayatkan oleh beberapa perawi hadis dari sanad yang berbeza-beza. Sebagai contohnya yang telah diriwayatkan oleh Abu Daud ath Thayalisi dan Abdu bin Humaid dalam 'Musnad' mereka yang mendapat riwayat dari Abu Awanah dari al A'masy dari al Barra' bin Azib. Kemudian pula yang dicatitkan oleh Ali bin Ma'bad didalam kitabnya yang bertajuk "ath Tha'at wa al Ma'shiyat", atau dari Hannad Ibnu Sari didalam kitabnya bertajuk "az Zuhdu". Atau dari Imam Ahmad bin Hambal didalam Musnadnya, dimana mereka semua mendapatkan riwayat dari Abu Mu'awiyah, dari al A'masy dari al Minhal bin Amr dari al Barra' bin Azib. Atau pun oleh Abu Daud yang mendapat riwayat dari Amr bin Tsabit, dari al Minhal bin Amr dari Zidzan dan dari al Barra' bin Azib.


  • Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari al Barra' bin Azib bahawa ia berkata "Kami bersama Rasulullah menghantar jenazah seorang sahabat Ansar. Sampai dikubur, liang lagad masih belum siap dibuat. Baginda pun duduk dan kami semua duduk disekeliling Baginda, dengan khusuk menundukkan muka seperti ada burung diatas kepala kami. Sekejap memandang keatas langit dan turun menetap kebumi serta berkali-kali berdoa "Aku berlindung kepada Allah dari seksa kubur ", setelah itu Baginda bersabda " Apabila seorang hamba yang mukmin mahu meninggal dunia dan memasuki alam akhirat, ia terus didatangi oleh Malaikat Maut yang duduk dikepalanya dan berkata "Wahai jiwa yang baik, dijemputlah atas keampunan dan keredhaan Allah ". Maka keluarlah jiwa (roh) itu dari jasad dengan sangat pelahan seperti air yang menitis dari mulut teko dan menebarkan bau aroma yang sangat harum. Ia lalu dibawa naik oleh Malaikat Maut dan disambut dengan gembira oleh semua Malaikat-malaikat penduduk angkasa yang dilalui mereka. Setibanya dilangit tingkat ketujuh, Allah memerintahkan agar suratan ajalnya dituliskan di Illiyyin ".

  • "Tahukan engkau apakah Illiyyin itu ?. (ialah) Kitab yang ditulis. Yang akan menyaksikannya (malaikat-malaikat) Muqarrabin (yang hampir dengan Tuhan dan tinggi darjatnya) ". -mahfum dari surah Muthaffifin ayat 19 - 21.

  • "Seterusnya Allah menyuruh Malaikat Maut mengambalikannya kebumi dangan sebab ia diciptakan dari tanah, dikembalikan ketanah dan dari tanah ia akan dikeluarkan sekali lagi. Setelah berada dibumi, rohnya dikembalikan semula kejasadnya dan muncullah dua Malaikat yang terus membentaknya dengan kuat dan menyuruhnya duduk. Kedua Malaikat itu menyoalnya "Siapa Tuhan Kamu ?, Apa agama mu ? dan Siapa Nabi mu ? ". Ia menjawab "Allah Tuhanku, Islam agamaku dan Nabiku adalah Utusan Allah ". Malaikat bertanya lagi "Apa yang diajar oleh Utusan Allah itu kepada mu ? ". Ia menjawab "Baginda datang dengan membawa bukti-bukti kebenaran dari Tuhannya. Maka kami percaya dan beriman ". Malaikat itu berkata "Kamu benar", dan itulah mafhum dari firman Allah ;

  • "Allah menetapkan orang-orang yang beriman dengan pekataan yang tetap (tauhid) waktu hidup didunia dan diakhirat dan Allah menyesatkan orang-orang yang aniaya dan Allah memperbuat apa-apa yang dikehandaki Nya ". - surah Ibrahim ayat 27.

  • "Kemudian Allah menyeru dari langit 'Hambaku benar ! , sediakan untuknya hamparan serta pakaian dari Syurga dan perlihatkan tempatnya ". Tidak lama kemudian muncullah amalannya yang menjelma menjadi rupa seorang lelaki yang tampan, berpakaian indah dan mengenakan bauan aroma yang sangat harum dan berkata "Bergembiralah kamu atas keredhaan Allah dengan Syurga abadi penuh nikmat yang disediakan untukmu ". Ia bertanya kepada lelaki tampan itu "Siapakah kamu ini ?, wajahmu adalah wajah yang membawa kebajikan ". Lelaki tampan itu menjawab " Aku adalah amalanmu yang soleh. Akulah hasil ketaatanmu kepada Allah selama kamu hidup didunia ". Mendengar jawapan itu, ia terus berdoa kepada Allah agar desegerakan hari kiamat supaya dia dapat bertemu dengan keluarganya ".

  • "Tetapi bagi orang-orang kafir. Apabila hendak meninggal dunia, ia juga terus didatangi Malaikat Maut yang duduk didepan kepalanya dan berkata " Keluarlah wahai nyawa yang jahat, sambutlah kemurkaan Allah " Kemudian muncul pula Malaikat yang berwajah hitam dengan membawa penukul besi dari Neraka. Dengan kasar dan keras ia mencabut nyawanya dari jasadnya seperti seorang mencabut penyucuk besi yang merah menyala dari dalam kapas yang basah dan mengeluarkan bau yang sangat busuk. Ketika dibawa naik keatas untuk dihadapkan kepada Allah, para Malaikat yang menghuni angkasa tempat mereka lalu, amatlah merasa terganggu oleh baunya yang sangat busuk itu. Bahkan ia juga dihalau oleh Malaikat penjaga puntu langit pertama supaya pulang kebumi kerana dari bumi atau tanah ia dicipta, kepada tanah ia dikembalikan dan dari tanah ia akan dikeluarkan sekali lagi. Ia pun dilemparkan dari langit ".

  • "...Barang siapa mempersekutukan Allah, maka ia seolah-olah jatuh (dilontar) dari langit lalu disambar oleh burung atau diterbangkan angin ketempat yang jauh ". - surah al Haji ayat 31.

  • "Setelah jatuh kebumi, rohnya dikembalikan kejasadnya, maka munculah dua Malaikat yang terus membentaknya dengan kasar dan menyuruhnya duduk. Kemudian mereka bertanya "Siapa Tuhan kamu dan apa agama mu ? ". Ia menjawab "Aku tidak tahu ". Malaikat bertanya lagi "Siapakah orang yang diutus ditengah-tengah kamu " Ia tak boleh menjawab meskipun telah diberitahukan namanya. Ia hanya dapat berkata "Aku hanya mengenalinya seperti yang telah diperkatakan oleh orang-orang sahaja ". Lalu ia dihempit oleh kuburnya hingga tulang-tulang rusuknya hancur remuk. Tidak lama kemudian muncul pula amalannya menjelma menjadi seorang lelaki yang hodoh, berpakaian buruk dan berbau busuk kemudian berkata "Terimalah azab dari kemurkaan Allah ". Ia bertanya "Siapakah kamu, yang datang dengan membawa berita buruk ini ? ". Lelaki hodoh itu menjawab " Aku adalah amalanmu yang jahat. Akulah hasil kedurhakaanmu kepada Allah semasa kamu hidup didunia dahulu ".

  • Diriwayatkan oleh Amr dari al Minhal dari Zadzan dari al Barra' bin Azib bahawa Nabi saw bersabda " Allah mendatangkan kepadanya Malaikat yang bisu dan pekak dengan membawa sebuah tukul besi yang kalau dipukulkan kegunung, maka hancur leburlah gunung itu menjadi debu. Ia dipukul dengan tukul besi itu dan ia menjerit kesakitan yang suaranya boleh didengar oleh seluruh makhluk kecuali jin dan manusia. Setelah rohnya kembali semula kejasadnya, ia dipukul sekali lagi yang suara jeritannya boleh didengar seluruh makhluk kecuali jin dan manusia. Kemudian Malaikat membentangkan kepadanya dua buah papan dari Neraka dan mereka juga membukakan pintu Neraka kepadanya ".

  • Diriwayatkan oleh Abu Abdullah @ Husain bin Husain bin Harb, sahabat kepada Ibnu Mubarak dengan sanad dari Abdullah bin Amr Ibnu 'Ash, sesungguhnya ia pernah bercerita "Ketika seseorang hamba yang gugur dijalan Allah, darah pertamanya yang jatuh kebumi merupakan Kifarah (penghapusan) bagi dosa-dosanya. Allah mengirimkan kain kafan sutera dari Syurga untuk membungkus rohnya. kemudian rombongan Malaikat membawanya naik dan disambut oleh para Malaikat-malaikat lain penghuni langit. Mereka menghormati, mendoakan dan ikut serta mengiringinya menghadap Allah. Berkata Malaikat Maut "Ya Allah, Inilah hamba Mu yang telah gugur dijalan Mu ". Ia kemudiannya sujud dan diikuti oleh semua para Malaikat yang mengiringinya. Setelah Allah mengampunkannya, ia dibawa ke Syurga dan ditempatkan bersama-sama para Syuhada yang telah mendahuluinya. Bersama-sama mereka menikmati berbagai jenis nikmat yang kekal adabi selama-lamanya ".

  • Didalam riwayat lain yang hampir serupa disebutkan "Ketika seseorang hamba yang beriman meninggal dunia, Allah mengutus dua Malaikat menemuinya dengan membawa kain kafan dari Syurga lalu Allah berfirman "Keluarlah, wahai jiwa yang tenang. Keluarlah menjemput rahmat Tuhanmu yang tidak murka kepadamu ". Lalu jiwanya pun keluar dengan bau aroma kasturi yang sangat harum. Para Malaikat disetiap penjuru langit menyambutnya dengan gembira dan gegap gempita ketika ia lalu dibawa Malaikat Maut dan rambongannya mengadap Tuhannya, mereka semua mendoakannya . Tiba sahaja dihadapan Allah swt rambongan itu semua sujud. Kemudian Malaikat Maut berkata "Ya Tuhanku, inilah hamba Mu yang Engkau matikannya dalam keadaan menyembah Mu tampa mempersekutukan sesuatu apa pun dengan Mu ". Setelah memerintah Malaikat sujud, maka Allah memanggil Malaikat Mikail agar membawanya bergabung dengan jiwa orang-orang yang beriman lainnya di Syurga. Ia bersenang lenang dengan mereka semua menikmati berbagai kenikmatan yang kekal abadi selama-lamanya ".

  • "Tetapi jika yang meninggal itu merupakan orang-orang kafir, Allah mengutuskan dua Malaikat pergi kepadanya dengan bau peluh yang tersangat busuk dan berkata "Wahai jiwa yang jahat, keluarlah untuk menjemput azab Tuhanmu yang murka, Keluarlah, sungguh buruk sekali apa yang telah kamu persembahkan untuk dirimu sendiri ". Jiwa itu pun keluar dengan bau yang sangat busuk sekali. Para Malaikat disegenap penjuru langit yang terhidu baunya akan menyumpah-yumpahnya. Mereka menutup semua pintu langit sehingga ia tidak dapat naik bertemu dengan Tuhannya. Ia kemudian dilemparkan kembali kekuburnya dan dihimpit. Kemudian muncul seekor ular naga yang memakan seluruh dagingnya sehingga tinggal sisa tulang-tulangnya sahaja . Kemudian muncul pula Malaikat yang buta dan pekak datang untuk menyeksanya dengan penukul besi dari Neraka. Disebabkan ia bisu dan pekak, maka ia tidak dapat mendengar suara jeritan dan raungan meminta tolong supaya dikasihani. Mereka terus menyeksanya dan diperlihatkan tempat tinggalnya didalam Neraka, setiap hari siang dan malam".

  • Diriwayatkan oleh Abu Abdulrahman an Nasa'i sekalian dengan sanadnya dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah bersabda "Ketika seorang hamba menjelang ajalnya, Malaikat Rahmat datang menghampirinya dengan membawa kain sutera berwarna putih dan berkata "Keluarlah jiwa yang tenang dengan redha dan diredhai mengikuti rahmat dan Syurga. Tuhanmu tidak murka ". Lalu keluarlah jiwanya dengan menebarkan bau aroma kasturi yang sangat harum sehingga para Malaikat berebut membawanya. Sampai didepan pintu langit, para Malaikat penjaga pintu itu bertanya "Bau harum apa yang kamu bawa dari bumi ? . Ia juga disambut oleh semua para arwah orang-orang mukmin yang begitu gembira seolah-olah mereka menyambut kepulangan sanak saudara yang pergi merantau tersangat lama gamaknya. Mereka bertanya kepadanya khabar dari bumi "Bagaimana dengan sifulan atau sifulana ? ". Para Malaikat yang mambawanya berkata kepada arwah orang-orang mukmin itu " Biarkan dulu, kerana ia masih merasa berada didalam kegelapan dunia ". Dan apabila para arwah orang-orang mukmin itu pula disoal balik olehnya " Apakah sifulan atau sifulana belum sampai kepada mereka ? " Mereka menjawab " Ia dibawa kepangkuan Ibunya yang meninggal terlebih dahulu darinya ".

  • "Jika orang kafir hendak menjelang ajalnya, maka muncullah Malaikat Azab kepadanya dengan membawa kain kafan yang sangat kasar dan ia berkata " Keluarlah jiwa yang jahat dengan murka dan dimurkai menuju azab Allah ". Lalu ia pun keluar dengan menebarkan bau yang sangat busuk sekali. Ketika para Malaikat yang membawanya mengadap Tuhannya, baru saja sampai dihadapan pintu langit bumi mereka pun berkata " Alangkah busuknya jiwa ini ! ". Lalu mereka membawanya untuk dikumpulkan bersama-sama arwah orang-orang kafir ".

  • Diriwayatkan oleh Abu Daud ath Thayalisi dari Hammad dari Qatadah dari Abu Jauza' dari Abu Hurairah ra bahawa Nabi saw bersabda " Ketika seorang mukmin meninggal dunia, sekumpulan rombongan Malaikat Rahmat datang menghampirinya. Setelah mengucapkan salam, ia kemudian membungkusnya dengan kain sutera putih. Mereka berkata " Belum pernah pun kami mencium bau aroma seharum ini ". Ketika arwah orang-orang mukmin bertanya kepadanya, Malaikat Rahmat menegur mereka "Kesihanilah dia, kerana ia baru sahaja keluar dari kegelapan dunia ". Mereka tetap juga bertanya "Apa yang dilakukan oleh sifulan atau apa yang dilakukan oleh sifulana sekarang ini ?". Manakala ketika nyawa orang-orang kafir yang keluar dari jasadnya, Malaikat penjaga bumi berkata "Kami tidak pernah sama sekali mencium bau yang sebusuk ini ". Kemudian ia dibawa kebumi yang paling bawah ".


  • PERSELISIHAN PENDAPAT DAN PENAFIAN HUJAH
  • ORANG KAFIR ;

  • Terdapat enam fakta yang menjadi perselisihan pendapat para Ulama, tetapi sekali gus menafikan pula anggapan dan etikad yang pegang oleh orang-orang kafir. Fakta-fakta tersebut ialah :



  • FAKTA PERTAMA ;

  • Jika dilihat dari hadis-hadis yang telah dinyatakan diatas tadi, akan dapat difahami bahawa jiwa, nyawa dan roh adalah merupakan pekara yang sama. Ia merupakan jisim yang halus yang juga menyerupai jasad-jasad luaran ini yang boleh disentuh, dipegang, dilihat, dirasai oleh panca indera kita. Roh boleh keluar dan masuk kedalam jasad atau kain kafan malahan ia juga boleh naik kelangit. Roh sifatnya tidak mati, tidak musnah, ada awalnya tapi tiada akhirnya. Ia boleh merasa, melihat, mendengar, berkata-kata, berjalan, berlari, terbang, mencium bau, memegang, berat, ringan, menembusi semua bentuk permukaan dan amat pantas. Ia sama seperti jasad kamu sendiri dan boleh pula berbau wangi dan berbau busuk yang mengambil sifat-sifat jasad kamu.

  • Didalam hadis riwayat Malik ra, Bilal berkata "Dia memegang nyawaku, sebagaimana Dia memegang nyawamu, ya Rasulullah ". Didalam riwayat hadis Zaid bin Aslam serta riwayat hadis al Wadi, Rasulullah bersabda "Wahai manusia, sesungguhnya Allah mencabut arwah kita. Jika Dia mahu, akan dikembalikannya pula kepada kita disaat yang lain ". Rasulullah juga pernah bersabda "Sesungguhnya roh kalau dicabut, ia diikuti oleh pandangan mata ". Baginda juga pernah bersabda "Itulah ketika pandangan matanya yang mengikuti nyawanya yang keluar ".

  • Terjadi perselisihan pendapat yang sangat tajam dikalangan Ulama berkenaan masaalah Roh. Yang paling sahih dan benar ialah pendapat Ulama-ulama Ahlis Sunnah Wal Jamaah seperti yang telah saya (Syeikh al Qurthubi) katakan diatas tadi iaitu "Roh adalah jisim". Allah berfirman didalam surah az Zumar ayat 42 yang mafhumnya ;

  • "Allah mematikan manusia (memegang roh mereka) ketika matinya dan yang belum mati dalam tidurnya. Lalu Allah menahan roh orang yang telah ditetapkan kematiannya dan melepaskan roh orang yang lain (tidur) sampai waktu yang ditentukan. Sesungguhnya pada demikian itu menjadi ayat-ayat (dalil-dalil) bagi kamu yang berfikir ".

  • Mengikut Ulama-ulama ahli tafsir pula, yang dimaksudkan jiwa ialah arwah. Allah berfirman didalam surah al Waaqi'ah ayat 83 yang mafhumnya ;

  • "Mengapa tidak kamu kembalikan roh, bila ia telah sampai kekerongkong (shakaratulmaut) ".

  • Maksudnya apabila nyawa sudah mula keluar dari jasad, ia berbentuk dan berjisim dialam roh. Pendapat yang menyatakan bahawa roh itu mati dan musnah merupakan pendapat orang-orang kafir. Demikian juga yang berpendapat dari fahaman recanation atau recantation (fahaman didalam agama hindu dan budha) iaitu perihal dihidupkan semula untuk penghidupan kedua didalam bentuk binatang, pokok dan bukit bukau. Ini semua merupakan kepercayaan dan peganggan akidah yang sesat dan tidak berasas yang sekali gus menafikan sifat Allah yang Mahakaya. Sebenarnya semua manusia tidak mempunyai ilmu yang lengkap bagi menjelaskan hal ehwal roh kecuali mereka-mereka yang telah dibukakan sedikit rahsia dari rahsia besar berkenaan roh seperti Nabi Muhammad saw. Roh boleh merasakan kesenangan dan seksaan atau diberi nikmat Syurga atau diseksa didalam Neraka, seperti yang telah dijelaskan didalam hadis-hadis tersebut. Ilmu Roh ini adalah didalam pengawalan mutlak Allah yang Mahatinggi dan Mahaagung.




  • FAKTA KEDUA



  • Percaya kepada azab dan fitnah kubur hukumnya wajib didalam syarak. Ia adalah bersesuaian dengan berita yang dikabarkan oleh Rasulullah sendiri iaitu "Sesungguhnya Allah menghidupkan kembali orang yang telah mati didalam kuburnya". Ia juga diberi akal dan fikiran sama seperti keadaan penghidupannya semasa didunia, supaya ia boleh memehami pekara-pekara yang akan disoalkan kepadanya dan seterusnya memberikan jawapan yang berkait rapat dengan akhlaknya semasa didunia. Ia juga dapat memahami apa yang diberikan oleh Allah kepadanya dialam kubur itu samada diberi nikmat atau seksaan. Ia juga mengerti mengapa dan kenapa ia mendapat semuanya itu. Itulah yang dinyatakan didalam beberapa riwayat hadis dari Nabi saw dan yang selalu Baginda sebutkan didalam doa-doanya yang dipanjatkan kehadrat Ilahi pada tengah malam, pagi dan petang. Inilah juga yang menjadi pendapat para Ulama-ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah semua dari dahulu hingga hari kiamat nanti. Demikian juga yang dipegang oleh Sahabat -sahabat Baginda selaku orang yang paling hampir dengan Nabi saw dimana Al Quran juga diturunkan didalam bahasa mereka. Begitu juga kepada Sahabat kepada Sahabat Baginda dan juga para Tabi'in dan ath Tabi'in yang hidup sesudah genarasi mereka dan seterusnya hinggalah hari kiamat nanti.

  • Ketika mendengar Nabi saw bercerita berkenaan fitnah yang dihadapi oleh mayat didalam kubur serta soalan-soalan Malaikat Munkar dan Nakir, Saidina Umar Ibnu Khatab bertanya "Rasulullah, adakah akalku juga akan dikembalikan ? ". Baginda menjawab "Sudah tentu ! ". Saidina Umar berkata "Kalau begitu, akan aku hadapi kedua Malaikat itu. Jika nanti mereka bertanya berkenaan "Siapa Tuhan Kamu ? ". Akan ku jawab "Allah Tuhanku" Lalu akan ku tanyai mereka "Siapa pula Tuhan kamu berdua ? ". Ini adalah merupakan sebuah hadis mungkar riwayat Baihaqi. Kemudian hadis yang hampir serupa telah diriwayatkan ath Tarmidzi al Hakim @ Abu Abdullah menyatakan didalam kitabnya yang bertajuk "Nawadir al Ushul" dari Abdullah bin Umar bahawa pada suatu hari, ketika Rasulullah menceritakan tentang dua Malaikat kubur, Saidina Umar Ibnu Khathab ra bertanya " Adakah akal kita juga dikembalikan, ya Rasulullah ? ". Baginda menjawab " Ya... sama seperti sekarang ini ".

  • Sahal bin Ammar mengatakan "Aku pernah bermimpi bertemu dengan Yazid bin Harun yang belum lama meninggal dunia. Aku bertanya kepadanya "Apa yang telah dilakukan Allah terhadap kamu ? ". Ia menjawab " Ada dua Malaikat yang kasar dan keras mendatangi ku didalam kuburku, Mereka bertanya " Siapa Tuhan kamu, Apa agamamu dan siapa Nabi mu ? ". Sambil aku memegang janggutku yang putih, ku katakan kepada mereka "Masakan soalan seperti itu kamu tujukan kepada ku ?. Selama lapan puluh tahun jawapan kepada soalan kamu itu telah ku ajarkan kepada orang ramai ? ". Apabila mendengar jawapan ku itu Malaikat itu pun terdiam dan mahu melangkah pergi, tetapi sebelum mereka pergi mereka bertanya kepada ku "Kamu pernah menulis hadis yang diriwayatkan oleh Jarir bin Utsman ? ". Aku menjawab "Ya.. kenapa ? ". Mereka berkata " Dia membenci Ali (Saidina Ali bin Abi Talib kwh), akibatnya Allah membenci akan dia ".

  • Telah disebut didalam hadis al Barra' bin Azib bahawa "...lalu rohnya dikembalikan kepada jasadnya ". Ada pendapat yang menyatakan "Sesungguhnya yang disoal dan diseksa oleh Malikat Munkar dan Nakir itu adalah Roh bukannya jasad mayat itu ". Oleh itu, apa yang telah saya (Syeikh al Qurthubi) kemukakan sebelum ini adalah benar belaka... Wallahua'lam.


  • FAKTA KETIGA ;


  • Orang-orang kafir dan tak kurang juga mereka yang beragama Islam, tetapi memegang akidah flasafah (Tarikat sesat) mengingkari dan tidak mempercayai adanya seksa kubur. Kemudian mereka memberi kenyataan "Kami telah membongkar beberapa kubur, ternyata kami tidak melihat Malaikat yang buta dan pekak sedang menyeksa mayat manusia itu dengan penukul besi dari Neraka. Kami juga tidak melihat adanya ular naga atau api dan yang lain-lain seksaan. Kami tidak melihat kubur yang menjadi sempit atau menjadi lapang, semuanya sama seperti asal dahulu. Tidak ada mayat yang sedang duduk menjawab soalan Malaikat. Pada hakikatnya, semua yang telah disebutkan berkenaan seksa kubur itu adalah dusta belaka malahan ianya tiada sama sekali ".

  • Sebagai seorang Islam yang memegang kuat akan hukum Syariatnya, adalah wajib bagi kamu untuk mempercayai akan adanya seksa kubur. Ini adalah kerena ianya telah disebutkan didalam beberapa Nas al Quran dan juga beberapa riwayat hadis Rasulullah yang menjelaskan akan ujudnya pekara ini. Mereka yang telah meninggal dunia itu telah memasuki Alam Barzah atau Alam Kubur. Bukan lagi di Alam Dunia ini. Alam itu adalah alam ghaib yang tidak boleh dimasuki atau dilihat oleh manusia yang hidup, kecuali hanya apabila mereka telah meninggal dunia. Semua yang berlaku di Alam Kubur adalah terpisah secara mutlak dengan Alam Dunia, sedangkan apa yang kami sampaikan adalah melalui Nas al Quran, Hadis-hadis dan Ijmak para Ulama yang mengkaji akan pekara ini secara detail. Daripadanya lah semua gambaran dapat diketahui. Jika tidak, semua manusia tidak akan dapat mengatahui apa yang berlaku di Alam Kubur itu dan mereka akan menjadi seperti anggapan orang-orang kafir atau peganggan sesetengah umat Islam yang berfalasafah atau menjadi pengikut Tarikat sesat atau ajaran-ajaran sesat. Maka kami datangkan dalil-dalil ini kepada mereka sebagai bukti ujudnya azab kubur itu.

  • Sebagai orang yang beriman, kita wajib percaya apa yang telah dijelaskan didalam beberapa riwayat hadis berkenaan adanya seksa kubur dan keadaan huru hara yang berlaku didalamnya. Allah swt berkuasa untuk menyeksa dan memberi nikmat kepada sesiapa juga yang dikehandaki Nya. Allah swt juga berkuasa menutup pandangan zahir dan pendengaran zahir manusia kepada semua pekara yang berlaku di Alam tersebut, sehingga mereka tidak menyedari apa yang berlaku sebenar-benarnya. Allah swt berkuasa melakukan apa saja termasuk kepada pekara-pekara yang tidak kita ketahui dan tidak mampu kita lakukan, Jika manusia boleh mengali liang lahad yang dalamnya melebihi ketinggian manusia biasa, mengapa Allah tidak boleh melakukan semua itu sedangkan kesemua itu adalah hamba Nya ?. Allah swt hanya perlu Memerintah "Jadilah"...maka terjadilah apa yang dikehendaki Nya itu dengan sekelip mata sahaja. Allah telah berfirman didalam surah Ya'sin ayat 82 yang mafhumnya ;

  • "Hanya urusan Nya (Allah), bila Dia menghendaki (mengadakan) sesuatu, Ia berkata kepadanya: 'Jadilah engkau ! ', lalu jadilah ia ".

  • Setiap muslim wajib percaya kepada Sifat dan A'faal Allah untuk menjadikan dan menciptakan sesuatu tampa pengantaraan. Begitu juga dengan Kekuasaan Nya untuk menghadirkan para Malaikat-malaikat itu untuk menguji dan menyoal orang-orang yang telah meninggal dunia itu tampa disedari oleh orang-orang hidup yang berada disitu. Begitu juga apabila mayat-mayat itu menjawab soalan para Malaikat-malaikat tersebut, ia juga tidak dapat didengar dan diketahui oleh mereka yang masih hidup. Itulah sebabnya Rasulullah dan juga dipersetujui oleh Ulama-ulama melarang kita daripada menunggui dan menemani mayat keluarga yang meninggal dunia dengan membina tempat menunggu beramai-ramai berzikir dan beramal atau pun yang telah diamalkan oleh puak-puak jahiliah iaitu sambil mereka menunggu beberapa hari dikuburan itu, mereka bermain judi dan meminum arak sambil berpesta diatasnya. Ia adalah perbuatan orang yang tidak bertamadun dan membuang masa sahaja. Ini adalah kerana, mereka tidak dapat menjadi pelindung malah mereka tidak dapat mengatahui apa yang berlaku kepada simayat didalam kubur itu. Adalah lebih baik jika mereka beramal dan berzikir sahaja dirumah untuk dihadiahkan pahalanya kepada simati. Jikalah Allah membuka penglihatan dan pendengaran mereka, adakah kamu fikir mereka akan tunggu disitu ? Mereka semuanya akan lintang pukang melarikan diri kerana ketakutan yang teramat sangat melihat dan mendengar seksaan yang didatangkan oleh para Malaikat kubur itu. Percayalah, tiada satu makhluk pun yang berani mendengar dan melihat azab itu, melainkan mereka akan menjauhkan diri daripadanya.

  • Contoh yang lain pula adalah seperti dua orang yang sedang tidur bermimpi, seorang bermimpi diseksa dan seorang diberi nikmat. Orang-orang lain yang berada disebelahnya tidak dapat mengatahui apa yang sedang dimimpikan oleh kedua-dua mereka itu. Tetapi, apabila mereka bangun dari tidur mereka, mereka menceritakan kepada semua orang akan pengalaman mimpi-mimpi mereka itu. Orang-orang lain yang berada disitu hanya boleh mendengar pengalaman rakan mereka itu, tampa dapat berbuat apa-apa untuk menolongnya semasa mimpi diseksa. Begitu juga dengan halnya seorang rakan lagi, mereka hanya dapat mendengar pengalaman temannya yang diberi nikmat tampa dapat sama-sama merasakannya. Sekarang jelaslah bahawa, semasa bermimpi rohlah yang berada disana sedang jasadnya hanya berbaring. Roh lah yang manjalani pengalaman tersebut, bukan jasadnya. Itulah sebabnya orang-orang sekeliling tidak tahu apa yang sedang ia alami kerana mereka tidak nampak roh. Semua yang berlaku dialam Roh itu terbatas kepada manusia untuk melihatnya atau mendengarkannya. Maka begitulah keadaannya kepada kematian dan alam kubur yang tidak dapat diketahui langsung kepada mereka yang masih hidup.

  • Jelas sekali bahawa keadaan di Alam Kubur dan penghuninya amatlah berbeza dengan keadaan kita yang masih hidup. Walaupun kedua alam ini tidak boleh disamakan, tidaklah bererti ianya boleh dibantah akan keujudannya. Rasulullah sahaja manusia yang diberi Allah kelebihan dan Mukjizat untuk menyaksikan dan mengatahui akan semua pekara yang berlaku disana. Dari pengkhabarannyalah maka kita mengatahui akan semua ini melalui riwayat hadis-hadis Baginda yang disampaikan pula oleh para-para sahabatnya. Jika tidak, kita tentunya tidak akan mengerti sama sekali akan pekara yang berlaku sesudah mati. Itulah sebabnya ia tergolong didalam Rukun Iman iaitu Beriman kepada hari Akhirat yang wajib kita percaya akan ujudnya seksa kubur kerana ia adalah sebahagian dari Akhirat.

  • Kemudian ada pula manusia yang menyatakan "Semua hadis yang menerangkan berkenaan keadaan orang-orang yang telah mati didalam kubur itu bertentangan dengan logik akal. Kita melihat orang yang disalib yang berada diatas tiang salibnya selama beberapa hari, tidak disoal dan ditanya seterusnya tidak juga dihidupkan ataupun mayat yang terbaring diatas katil itu juga tidak boleh menjawab pertanyaan bahkan ia langsung tidak boleh bergerak, atau orang yang mati dibaham binatang buas atau disambar burung hingga tubuh badannya hancur berkecai atau yang mati didalam perut ikan. Bagaimanakah ia dapat dikumpulkan semula menjadi seperti asal ?. Bagaimana pula kita boleh membayangkan Malaikat Munkar dan Nakir datang menyoalnya ?. Atau bagaimanakah caranya untuk memahami sesuatu riwayat yang menyatakan bahawa kubur itu akan menjadi sebuah taman Syurga ataupun menjadi sebuah jurang Neraka ? ".

  • Untuk menjawab semua persoalan ini, kita akan mendekati satu persatu persoalah itu dengan membahagikannya kepada empat bahagian ;


  • Bahagian pertama :

  • Penjelasan akan pekara ini sama seperti penjelasan berkenaan Solat Fardu yang diberi sebanyak lima waktu. Kita hanya menerimanya dari penjelasan para-para Ulama yang fasih didalam bab ini yang kemudiannya kita amalkannya menjadi sebagai rukun didalam penghidupan harian kita.

  • Bahagian kedua :

  • Salah satu pekara yang disepakati oleh semua umat Islam ialah, seseorang yang telah berada didalam kubur itu sebenarnya boleh bertanya kepada orang-orang yang masih hidup didunia ini. Tetapi, Allah tidak membenarkan hal itu terjadi supaya mereka tidak mengatahui langsung akan pekara ini. Sama seperti halnya manusia tidak boleh melihat Malaikat, sekalipun Malaikat itu boleh melihat mereka. Barang siapa yang mengingkari pekara ini bererti ia juga sudah tidak percaya akan pertemuan antara Malaikat Jibril dengan Nabi- nabi, sekali gus telah menolak akan 'Beriman kepada Malaikat-malaikat" didalam Rukun Iman itu. Menyentuh soal Syaitan pula, Allah berfirman didalam surah al A'raaf ayat 27 yang mafhumnya;

  • "... Sesungguhnya Syaitan dan balatenteranya melihat kamu, sedangkan kamu tidak melihatnya. Sesungguhnya Kami angkat Syaitan-syaitan itu menjadi wali (penjaga) bagi orang-orang yang tiada beriman ".

  • Bahagian Ketiga :

  • Menurut para Ulama adalah tersangat mungkin orang yang sedang disalib itu dihidupkan kembali tampa dapat kita ketahui. Ini adalah kerana ia dihidupkan bukan di Alam Dunia ini sebaliknya di Alam Barzah atau sama dengan halnya orang yang sedang koma atau pengsan dimana kita menyangkanya telah mati, padahal ia masih hidup. Begitu juga halnya mereka yang mati dibaham binatang buas atau disambar burung yang menyebabkan angota badannya berkecai dan berteburan dimana-mana. Allah swt masih boleh menghidukkan semula angota badan yang berkecai dan berserakan itu tampa susah payah. Ia boleh dicantumkan seperti semula jadi seperti yang telah dijelaskan didalam sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim berkenaan seseorang yang berpesan kepada keluarganya " Jika aku mati nanti, tolong bakar jasadku kemudian abunya kamu taburkan ditepi laut, supaya dapat diterbangkan oleh angin kemana-mana ". Tetapi kemudiannya Allah memerintahkan daratan dan lautan untuk mengumpul kembali abu jasadnya. Setelah terkumpul lalu Allah berfirman kepadanya " Apa yang telah menyebabkan kamu berbuat demikian ? ". Ia menjawab "Kerana aku takut kepada Mu ". Allah juga telah berfirman didalam surah al Baqarah ayat 260 yang mafhumnya ;

  • "(Ingatlah) Ketika Ibrahim berkata : Ya Tuhanku, perlihatkanlah kepada ku bagaimana Engkau menghidupkan orang-orang yang telah mati ?. Allah berfirman : Tidakkah engkau beriman (percaya) ?. Sahutnya : Ya (saya percaya), tetapi untuk mententeramkan hatiku. Allah berfirman : Ambilah empat ekor burung dan hampirkan kepada engkau (potong-potonglah semuanya), kemudian letakkan diatas tiap-tiap bukit sebahagian dari burung yang dipotong-potong itu, kemudian panggilah kesemuanya, nescaya datanglah semuanya kepada engkau dengan segera dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Mahaperkasa lagi Mahabijaksana ".



  • Bahagian keempat :

  • Menurut Abu Ma'ali, sesungguhnya pertanyaan Malaikat Munkar dan Nakir ditujukan kepada bahagian-bahagian yang hanya diketahui oleh Allah swt sahaja, yang secara logiknya ia tidak mustahil. Ia tidak jauh berbeza dengan Dzar atau benih keturunan yang dikeluarkan Allah dari tulang punggung Nabi Adam as, lalu dipersaksikan kepada mereka dan ditanya "Bukankah Aku Tuham kamu ? ". Mereka menjawab " Ya !".




  • FAKTA KEEMPAT;

  • Ada pula yang bertanya, bagaimana halnya kepada kematian kanak-kanak. Menurut saya (Imam al Qurthubi ), mereka itu juga samalah halnya dengan orang-orang dewasa. Akal mereka juga akan dikembalikan untuk mereka mengatahui kedudukan mereka dan kebahagian mereka. Ia juga untuk menjawab segala pertanyaan yang diajukan kepada mereka oleh para Malaikat. Kenyataan ini adalah menurut keterangan hadis secara lahiriah. Ada riwayat yang menyatakan bahawa mayat kanak-kanak juga dihempit oleh kubur sebagaimana yang dialami oleh orang-orang dewasa. Diriwayatkan oleh Hannad Ibnu Sari dari Abu Mu'awiyah dari Yahya bin Sa'id dari Sa'id Ibnu Musayyib dari Abu Hurairah ra bahawa ia berkata "Nabi juga pernah mendoakan mayat yang belum ada melakukan dosa sama sekali, Baginda berdoa "Ya Allah, tolong lindungi ia dari azab kubur ".




  • FAKTA KELIMA ;


  • Ada pula orang yang bertanyakan tentang penafsiran riwayat yang menyatakan bahawa kubur itu adalah salah satu jurang Neraka atau salah satu taman Syurga. Menurut kita, pekata ini merupakan hakikat bukan 'majaz' atau simbolik. Ia benar-benar berlaku. Bagi mayat orang mukmin, kubur itu penuh dengan taman yang 'asri' dan tumbuh-tumbuhan yang hijau. Pekara ini pernah dilihat dengan mata kepala sendiri dan diperkatakan oleh Abdullah bin Amr Ibnu 'Ash. Sebagaimana mayat orang-orang kafir yang ditempatkan yang penuh dengan api yang sangat panas.

  • Memang ada pendapat dari beberapa Ulama yang menganggap bahawa pekara ini hanyalah 'majaz' atau simbolik sahaja. Pekara ini adalah bertujuan menjadi dorongan dan semangat kepada orang-orang mukmin supaya rajin didalam mengerjakan amal solah. oleh itu, kehidupan di Alam Kubur itu diberi identiti taman Syurga dan segala nikmat yang ada itu juga disamakan dengan taman-taman. Orang biasa menyatakan "Sifulan hidup di Syurga" yang mambawa erti, ia hidup sejahtera tiada kurang satu apa pun. Ini adalah kerana orang mukmin itu mengalami kehidupan yang nikmat dan menyenangkan didalam kubur. Ia tidak merasakan kubur yang sempit, sebaliknya merasakan sangat lapang saujana mata memendang. Sedangkan yang dimaksudkan jurang Neraka ialah himpitan kubur, sukarnya menjawab soalan Malaikat, rasa takut, rasa ngeri dan berbagai keadaan huru-hara yang dialami oleh orang-orang kafir dan orang-orang yang suka melakukan dosa-dosa besar. Pendapat yang pertama tadi adalah merupakan pendapat yang paling sahih dan benar. Ini adalah kerana segala pekara yang telah diceritakan didalam firman Allah didalam al Quran dan juga yang telah disabdakan oleh Rasulullah adalah pekara-pakara yang benar belaka.



  • FAKTA KEENAM :



  • Diriwayatkan oleh Abu Umar didalam kitabnya bertajuk "At Tamhid" dari Ibnu Abbas bahawa ia pernah mendengar Saidina Umar Ibnu Khathab ra pernah menyatakan " Wahai manusia, sesungguhnya kutukkan itu benar adanya. Kerana itu kamu jangan mendustakan kutukkan. Buktinya Rasulullah dan Abu Bakar pernah melakukannya dan kami juga melakukannya. Kelak akan muncul satu kaum yang mendustakan kutukkan, mendustakan adanya Dajjal, mendustakan terbitnya matahari dari arah barat, mendustakan seksaan kubur, mendustakan syafaat dan mendustakan orang-orang yang keluar dari Neraka setelah terbakar ". Ini merupakan hadis dhaif riwayat Ahmad dan Ibnu Abdul Bar kerana didalam sanadnya terdapat nama Ibnu Jad'an, seorang perawi yang lemah.

  • Mengikut para Ulama, mereka itu adalah dari Aliran Qadariah, kaum Khawarij dan orang-orang sefahaman dengan mereka juga dari golongan ajaran-ajaran sesat yang baru. Menurut mejoriti ulama Muktazilah, tidak dibolehkan menyebut nama Allah dengan sebutan Munkar dan Nakir ,sebab yang disebut Munkar bererti menjawab soalan dengan memekik melolong dan yang disebut Nakir bererti mencela Malaikat (pendapat ajaran sesat Muktazilah yang tidak boleh diikut). Manakala seorang lagi ulama dari jemaah Karamiyah (sebuah ajaran sesat) yang bernama Shalih berkata "Azab kubur itu berlaku bagi manusia yang meninggal dunia tampa harus dikembalikan nyawanya kedalam jasadnya dan mayat yang berkenaan akan tetap merasakan kesakitannya juga ". Kemudian berkata pula sekumpulan ulama baru dari golongan Muktazilah "Sesungguhnya Allah mengazab orang-orang yang telah mati didalam kubur. Mereka akan merasakan kesakitannya bukanlah diwaktu itu kecuali apabila dikumpulkan manusia dopadang Mahsyar nanti . Menurut mereka, orang-orang mati yangdiseksa itu sama seperti memukul orang yang sedang mabuk atau pengsan yang tidak akan merasakan kesakitan dari azab itu. Hanya apabila mereka sedar baharulah mereka akan merasakan kesakitannya. Manakala sebahagian ulama-ulama Muktizilah yang lain seperti Dlarar bin Amr, Bisyri al Marisi, Yahya bin Kamil dan yang lain-lainnya lagi, mangingkiri terus ujudnya azab didalam kubur. Mereka langsung tidak percaya dan tidak juga menerima akan ujudnya seksaan tersebut. Mereka itu sebaleknya pula berkeyakinan bahawa orang yang mati itu menjadi mayat semata-mata didalam kubur sehinggalah hari kebangkitan nanti. Inilah pendapat-pendapat yang amat mengelirukan, menyesatkan akidah, dibuat mengunakan akalnya yang sempit dan hawa nafsu mereka yang bertentangan dengan Nas al Quran dan riwayat hadis-hadis seperti yang telah dinyatakan diatas tadi. Persoalannya, adakah mereka ini semua layak untuk berbecara soal pekara-pekara alam ghaib yang lebih mengatahui daripada Rasulullah itu sendiri ? Apa hak mereka untuk menyangkal segala apa yang telah diberitahu oleh Rasulullah berkenaan alam Barzah ? Adakah mereka beranggapan bahawa apa yng Rasulullah beritahu itu merupakan sesuatu yang pekara bohong dan dusta ? Adakah nas al Quran yang juga merupakan firman Allah swt juga merupakan sesuatu yang dusta ? Adakah mereka beranggapan bahawa mereka itu lebih mengatahui sesuatu pekara yang ghaib melebahi apa yang telah diajarkan Allah kepada Baginsa Rasulullah ? Allah telah berfirman didalam surah al Mu'min ayat 46 yang mafhumnya ;

  • "Neraka didatangkan kepada mereka (diwaktu) pagi dan petang ".

  • Maka mereka pastinya akan benar-benar menjadi manusia yang paling malang dan tidak menerima safaat Rasulullah di Alam Barzah dan di Alam Akhirat nanti, malahan selepas sahaja nyawa mereka melapasi kerongkong, mereka diperlihatkan kesemua pekara yang mereka sangkal itu dengan mata kepala mereka sendiri dan akan kekallah mereka dengan azab seksa yang telah dijanjikan Allah swt itu dan ia akan kekal disitu selama-lamanya disitu.

  • CATITAN PENULIS :

  • Manakala yang dimaksudkan dengan "mengingkari kutulkan" didalam riwayat yang telah dinyatakan diatas tadi adalah, Rasulullah dan para Sahabat-sahabat sebenarnya mengutuk
  • sekeras-kerasnya perbuatan mereka yang menjadi sesat dan menyesatkan umat-umatnya setelah mereka beriman didalam Islam. Golongan-golongan sesat ini dengan sesuka hati mereka telah mencipta doktrin ajaran mereka sendiri dan memesongkan semua pekara telah diajarkan oleh Nabi saw dikala hayat Baginda. Kemudian setelah Baginda wafat, Baginda telah mewariskan pula hadis-hadis dan sunah-sunahnya supaya menjadi panduan kepada seluruh umatnya disamping Al Quran juga sebagai sumber rujukan kepada semua itu. Baginda telah menetapkan kesemuanya mengikut Kehendak Allah dan apa yang telah diperintahkan kepada Baginda dengan sempurna, malahan Bagindalah yang seharusnya dijadikan idola dan aikon ikutan untuk semua umatnya. Bukannya Imam-Imam dan ulama-ulama yang tiada akhlak, berfikiran sempit, mempunyai agenda tersembunyi, memudahkan hukum-hukum Allah untuk menarik minat orang ramai untuk menjadi pengikutnya, membuat hukum-hukum baru dengan mengikut hawa nafsunya, menjadikan pengikut-pengikutnya taksub kepadanya, mempunyai agenda politik dan sanggup menjadi dalang orang-orang kafir, melampaui batas didalam mengmukakan fakta dan berani pula menjadikannya fatwa, mereka-reka cara ibadah baru, menafsir Al Quran mengikut seleranya dan akal fikirannya yang sempit dan bodoh kerana tidak berilmu, membuang kepercayaan kepada Rukun Iman dan Rukun Islam, mencipta wirid -wirid baru yang bertentangan dengan hukum, mencipta ucapan shadah yang baru, membuang kepercayaan kepada hadis-hadis dan sunah Nabi saw, menghina dan mengutuk keluarga dan sahabat-sahabat Nabi secara tersembunyi atau terang-terangan kerana sifat ingin membalas dendam, perkauman atau beranggapan ia adalah kata-kata dari orang seperti orang kebanyakan yang biasa dan tak perlu diikuti serta dipercayai, tidak mempercayai hari kiamat, tidak percaya kepada seksa kubur, tidak percaya kepada Kada' dan Kadar, mengaku menjadi Nabi atau Rasul sesudah Rasulullah saw, menghalalkan pekara yang diharamkan oleh Syarak, mengubah isi kandungan Al Quran dan sebagainya lagi semata-mata ingin bergelar Guru, Imam, Ulama, Nabi atau Rasul. Mengharapkan wang sogokan puak kafir kerana berjaya memecahbelahkan umat Islam, berjaya meraih pujian dan sanjungan ramai kerana berani mengeluarkan doktrin yang menbebaskan mereka dari semua hukum dan kewajiban syarak. Mempunyai ramai pengikut dan meraih populatiti dikalangan masyarakat serta menjadi kaya dari harta yang diberi oleh pengikut-pengikutnya. Semua ini adalah akibat dari hawa nafsu yang dibimbing oleh puak Jin, Syaitan dan Iblis kepada mereka. Mereka inilah anak-anak Dajjal yang berdiri dihadapan kamu semua. Perbuatan mereka itu samalah seperti apa yang telah dilakukan oleh Dajjal as Samiri laktnatullah kepada umat Nabi Allah Musa as dahulu. Dizaman Sahabat-sahabat Rasulullah saw dahulu lagi mereka ini telah diperangi habis-habisan, dipancung dan dibunuh supaya ia lenyap dari muka bumi ini, tetapi fitnah itu tetap berterusan hingglah kehari ini atas kehendak Nya jua sebagai dugaan kepada yang beriman. Mereka-mereka inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah dan Sahabat-sahabatnya semua dengan panggilan golongan yang "mengingkari kutukkan" itu.

  • .....................................................



  • BAB 50 - RUPA MALAIKAT KUBUR DAN . SOALANNYA;

  • Sebagaimana yang telah dijelaskan didalam hadis riwayat ath Tarmidzi sebelumnya, kedua Malaikat Kubur itu berkulit hitam kebiru-biruan iaitu bernama Munkar dan Nakir. Diriwayatkan oleh Dinar dari Sa'id bin ibrahim dari Atha' bin Yasar bahawa Rasulullah bersabda kepada Saidina Umar al Khatab, "Wahai Umar , bagaimana nasibmu nanti ketika kamu mati lalu kaummu membuat kuburmu yang tidak berapa luas, kemudian mereka memandikanmu, mengkafankanmu, mengusung mayatmu dan memasukkan mayatmu kedalam kubur. Setelah menimbusnya dengan tanah mereka pun pulang meninggalkanmu. Setelah itu datanglah Malaikat Munkar dan Nakir dengan suara yang mengegarkan seperti halilintar, pandangan matanya seperti kilat menyambar, rambutnya panjang sampai menyentuh tanah sambil memegang tukul besi berat dari Neraka yang tidak mampu dipikul oleh semua penduduk bumi ?". Saidina Umar bertanya "Wahai Rasulullah, mistipun perpisahan pasti akan terjadi, adakah kita akan dibangkitkan hidup seperti semula ? ". Baginda menjawab " Ya, pasti ". Lalu Saidina Umar berkata "Kalau begitu, akan ku meminta pertolonganmu untuk mengatasi mereka ".

  • Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas ra dari sebuah hadis riwayat pengalaman Nabi saw waktu peristiwa "Issra dan Mikra'ah", ia mengatakan bahawa Nabi saw bersabda " Aku bertanya kepada Jibril as, Siapa mereka ? ". Jibril menjawab "Malaikat Munkar dan Nakir, mereka akan hadir kepada setiap manusia ketika ia sudah diletakkan sindirian didalam kubur " Baginda bertanya "Jibril !, tolong ceritakan kepada ku sifat kedua-dua Malaikat itu ". Jibril menjawab " Baiklah !, Mereka adalah makhuk yang tinggi besar, rupanya sangat mengerikan, suaranya bergegar seperti halilintar, pandangan matanya tajam bagaikan kilat menyambar, taringnya tajam seperti tanduk, dari mulutnya, hidungnya dan telinganya keluar api yang menyala-nyala, rambutnya menyapu tanah, kukunya tajam dan keduanya memegang tukul besi yang sangat berat dari Neraka yang tidak mampu digerakkan oleh seluruh makhluk yang ada dimuka bumi. Mereka mendatangi seseorang yang telah diletakkan didalam kubur sendirian. Dengan izin Allah, mereka mengambalikan rohnya kedalam jasadnya. Setelah menyuruhnya duduk, mereka membentak dengan suara yang kuat hingga boleh meretakkan tulang-tulang rusuknya dan menanggalkan sendi-sendinya. Ia pengsan untuk beberapa saat, setelah itu mereka menyuruhnya duduk semula. Lalu bermulalah mereka berkata " Sekarang kamu telah berada di Alam Barzah, fikirkan keadaanmu dan bersiapsedialah kamu ". Setelah membentak-bentak beberapa kali, mereka berkata 'Wahai sifulan, sekarang kamu telah meninggalkan dunia dam akan menuju ketempat kembalimu yang abadi, jawablah pertanyaan kami "Siapa Tuhan kamu ? Apa agamamu ? Siapa Nabimu ?. Jika ia orang mukmin, Allah akan memberikannya kekuatan, keteguhan lidahnya dan mengajarnya sehingga ia boleh menjawab "Allah Tuhanku, Islam agama ku dan Muhammad itu Nabiku ".

  • Apabila saja mereka membentak dengan suara yang sangat kuat, membolehkan semua sendi-sendi tulang mu tercabut dan luruh kebumi dan peluh sejuk akan keluar bercucuran diseluruh tubuh mu, kemudian mereka bertanya lagi "Wahai sifulan, cuba kamu fikirkan semula jawapan kamu itu ? ". Oleh kerana Allah telah memberi keteguhan kepadanya, maka ia langsung tidak akan berganjak dengan jawapan yang telah diberikannya itu. Ia merupakan bukti kasih sayang Allah kepada hambanya itu. Kemudian ia tidak merasa takut kepada Malikat-malaikat itu dan berkata "Aku tahu, kamu mendatangkan cubaan ini kepadaku untuk melihat keteguhan jawapan ku dan kamu mungkin ingat yang aku ini akan mengambil yang lain sebagai pelindung kepada ku selain Allah, Wahai Malikat...dengarkan baik-baik jawapan ku ini " Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang lain selain Allah, Dialah Tuhanku, Tuhan Kamu dan Tuhan kepada segala sesuatu, Muhammad itu Nabiku, Islam itu agamaku ". Sekali lagi mereka mengamuk dan membentak-bentak dengan suara yang semakin kuat dan garang mereka mengulangi soalan-soalan mereka itu. Malah padanya itu sudah menjadi pekara biasa dan langsung tidak memberinya ketakutan dan goyang dengan jawapan asalnya. Ia berkata "Allah itu Tuhanku, Tuhan yang menciptakan langit dan bumi. Hanya kepadaNya aku menyembah dan menghambakan diriku. Tidak aku mempersekutukanNya dengan yang lain dan aku juga tidak akan mengambil sesiapa untuk dipersekutukan dengan Nya sebagai Tuhan. Aku tahu kamu sedang cuba membuatku curiga dan ragu akan jawapan ku. Wahai Malikat kubur, dengarkan sekali lagi baik-baik jawapan ku ini. Sesungguhnya Allah itu Tuhanku, hanya kepadaNya aku menyembah dan Dialah Allah Tuhan bagi segala-galanya dan tiada Tuhan selain Dia, Muhammad itu Nabiku dan Rasulku Utusan Allah dan Islam itu agamaku ".

  • Mendengar jawapannya yang tetap dan diulang sebanyak tiga kali berturut-turut, maka Malaikat- malaikat itu pun bertukar menjadi baik dan tersenyum dan berkata " Kamu benar, rupanya Allah amat menyangimu dengan memberi keteguhan lidah untuk kamu menjawaab soalan-soalan kami, nah sekarang bergembiralah kamu dengan anugrah Syurga dan kemulian dari dari Tuhanmu". Kemudian kuburnya diluaskan seluas bak saujana mata memandang dan mereka membukakan pintunya. Ia pun melangkah masuk menuju ke Syurga itu. Maka ia pun merasai akan nikmat suasana dan haruman serta keindahannya yang belum pernah dinikmati seumur hidupnya, iaitu Syurga kurniaan Allah itu. Ia merasakan sebagai hamba yang sangat beruntung adanya. Oleh itu ia panjatkan kesyukuran yang tiada terhingga kehadrat Allah swt sentiasa. Didalam kuburnya itu Malaikat telah menghamparkan permaidani putih dari sutera Syurga dan memasang dua buah cahaya lampu yang diletak dibahagian kepala dan kakinya, maka disaat itu berhembuslah bauan aroma yang tersangat harum. Apabila ia terhidu saja bauan itu, ia pun merasa tersangat mengantuk lalu tidur. Malaikat-malaikat itu pun berkata "Tidurlah kamu dengan lenanya seperti seorang pengantin baru tampa merasa bimbang dan sedih". Selepas itu muncullah amal solehnya menjelma menjadi satu mahluk yang tersangat indah dan berbau harum. Malaikat itu pun berkata " Itulah amalanmu dan ucapanmu yang baik. Allah telah menzahirkannya menjadi makhluk untuk menamanimu yang tinggal seorang diri disini. Kamu akan merasa selamat dari sebarang ancaman. Dia tidak akan membiarkanmu terlantar keseorangan sehingga sampai waktunya kamu memasuki Syurga Allah nanti. Tidurlah sebagai orang yang bahagia, sungguh beruntung kamu mendapat tempat kembali yang baik ". Mereka mengucapkan salam dan pergi meninggalkannya.

  • Kemudian ada pula yang bertanya, bagaimana mungkin dua Malaikat boleh menyoal semua orang yang mati diseluruh dunia didalam satu masa yang sama dan bagaimana pula boleh amalan menjelma menjadi seorang pemuda yang tampan dan berbau harum ?. Jawapan untuk soalan pertama ialah, oleh kerana Malaikat itu mempunyai tubuh yang sangat besar maka suaranya boleh didengari diseluruh pelusuk dunia oleh semua arwah yang telah meninggal dunia kecuali Jin dan Manusia yang masih hidup. Atau, adalah tidak mustahil bagi Allah swt untuk menjadikan Malaikat Munkar dan Nakir berpasang-pasang dengan jumlah yang ramai untuk menyoal setiap arwah yang terdapat didunia ini. Allah Mahakaya dan Mahamengatahui akan persoalan itu dan tidak mungkin Dia lalai darinya. Bagi soalan yang kedua pula, sesungguhnya Allah swt boleh dan dengan mudah mencipta apa saja yang dikehandakiNya bersesuai dengan kedudukanNya yang Mahaagung. Maka selayaknyalah Dia boleh membalas pahala dari amalan itu menjadi mahluk atau apa sahaja bentuk yang dikehandaki Nya. Ia bukan benda yang seperti kita fikirkan kerana pekara ini bukannya termasuk dari persoalan menjadi benda, ia menyerupai bentuk tubuh manusia. Sebagai contoh seperti yang telah disebutkan didalam sebuah hadis sahih iaitu "Sesungguhnya kematian itu terlihat sebagai seekor kambing yang sangat indah lalu ia berhenti dijembatan Neraka kemudian disembelih ". Oleh itu, adalah mustahil kematian menjadi seekor kambing kerana kematian itu bukanya satu benda. Maksudnya ialah bahawa Allah swt mencipta rupa makhluk yang diberi nama kematian lalu disembelih seperti seekor kambing ditengah-tengah jembatan diantara Syurga dan Neraka.





  • BAB 51 - PELBAGAI UKURAN SEBAGAI . DILAPANGKAN KUBUR.


  • Disebut didalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, "Sesungguhnya kubur orang yang beriman itu dilapangkan seluas tujuh puluh hasta". Manakala hadis yang diriwayatkan oleh ath Tarmidzi pula menyebut "Tujuh puluh hasta dikali tujuh puluh hasta ". Manakala mengikut hadis al Barra' pula menyebut "Bak saujana mata memandang". Diriwayatkan oleh Ali bin Ma'ban dari Mu'adzah bahawa ia berkata "Aku bertanya kepada Aisyah, tolong ceritakan bagaimana keadaannya kubur kami ". Aisyah menjawab " Jika ia seorang yang beriman, maka kuburnya akan dilapangkan seluas empat puluh hasta ".

  • Aku mendengar cerita seseorang Ulama, " Satu hari seorang penggali kubur yang tinggal disebuah kawasan pengkuburan di Masir sedang mengali tiga buah kubur serentak. Setelah ia selesai mengali kubur-kubur itu, ia pun merasa keletihan lalu tertidur. Didalam tidurnya ia bermimpi melihat dua Malaikat berdiri dekat liang-liang kubur yang digalinya tadi dan berkata "Tulis, satu farsakh dikali satu farsakh (jarak yang jauh). Kemudian mereka menghampiri liang lahad yang kedua dan berkata " Tulis, satu batu dikali dengan satu batu ", kemudian mereka pergi keliang ketiga dan berkata "Tulis, satu jengkal dikali dengan satu jengkal". Apabila ia bangun dari tidurnya, ia melihat jenazah orang asing yang tidak pernah dilihatnya telah dimasukkan kedalam liang lahad pertama. Kemudian sampai pula jenazah kedua yang dimasukkan kedalam liang lahad yang kedua. Kemudian yang terakhir, muncul pula jenazah seorang wanita kaya yang dihantar oleh ramai orang, dimasukkan kedalam liang lahad yang ketiga yang ternyata tersangat sempit itu ".



  • BAB 52 - BENARNYA SEKSAAN KUBUR ;


  • Firman Allah swt didalam surah Thaaha ayat 124 yang mafhumnya ;

  • "Barang siapa yang berpaling dari peringatanku (al Quran), maka untuknya penghidupan yang sempit, kemudian kami himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta ".

  • Menurut Abu Sa'id al Khudri dan Abdullah bin Mas'ud, yang dimaksudkan dengan perkataan "penghidupan yang sempit" itu ialah seksa kubur. Allah berfirman didalam surah ath Thur ayat 47 yang mafhumnya ;

  • "Sesungguhnya untuk orang-orang aniaya ada seksaan sebelum itu (seksa kubur) tetapi kebanyakan mereka tidak mengatahui ".

  • Ada sesetangah Ulama berpendapat bahawa yang dimaksudkan dengan ayat "ada azab sebelum itu" ialah azab kubur kerana Allah berfirman sebelum dari ayat ini, iaitu ayat 45 yang mafhumnya

  • "Maka biarkan mereka, sehingga mereka menemui hari (yang dijanjikan) mereka akan mati ".

  • Ataupun merupakan hari terakhir didalam kehidupan dunia. Pekara ini merujuk kepada seksaan yang mereka lalui pada hari itu dari seksaan sewaktu Sharakat dan azab kubur sesudahnya. Begitu juga dengan firman Allah didalam surah al Anfaal ayat 34 yang mafhumnya ;

  • "....tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui ".

  • Kerana peristiwa itu adalah dialam ghaib yang tidak nampak oleh mata kasar manusia, tak boleh didengar oleh pendengaran kasar manusia serta manusia tidak akan mengatahuinya. Allah swt berfirman didalam surah al Mukmin ayat 45 dan 46 mafhumnya ;

  • "....sedangkan keluarga Fir'un ditimpa dengan sejahat-jahat seksaan. Nereka didatangkan kepada mereka pada (diwaktu) pagi dan petang...".

  • Seksaan kubur juga dikenali dengan seksaan dialam Barzah. Allah berfirman didalam surah at Takatsur ayat 3 dan 4 yang mafhumnya ;

  • "Sekali-kali jangan begitu, nanti kamu akan mengatahui. Kemudian sekali-kali jangan begitu, nanti kamu akan mengatahui ".

  • Ibnu Abbas menafsir ayat ini bermaksud bahawa kamu akan mengetahui azab yang akan dikenakan didalam kubur dan seksaan dialam akhirat. Sebab itu ayat itu diulang dua kali kerana ia mempunyai dua maksud yang berlainan. Didalam hadis hasan riwayat ath Tarmidzi memetik bahawa Abu Hurairah ra berkata "Kubur orang kafir itu disempitkan oleh Malaikat sehinggakan tulang-tulang mereka hancur remuk, dan ia merupakan kehidupan yang sempit ".

  • Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Abu Hurairah ra, bahawa Rasulullah bersabda "Kamu tahu untuk siapakah ditujukan ayat-ayat "maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit " dan ayat "Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta " yang diturunkan itu ? ". Para sahabat menjawab "Hanya Allah dan Rasulnya saja yang mengatahui ". Baginda bersabda " Itu adalah seksaan untuk orang kafir didalam kubur mereka. Demi Allah yang jiwaku didalam genggaman Nya, Sesungguhnya akan dikuasakan kepadanya sembilan puluh naga. Setiap seekor naga akan menjilat, melilit dan mengigit tubuhnya hinggalah sampai hari kiamat nanti, serta ia akan diiringi ketempat tinggalnya (neraka) didalam keadaan mereka yang buta ". Disebutkan didalam sebuah hadis mauquf Abdullah bin Amr Ibnu 'Ash, "Setelah memerintah Malaikat menyempitkan kubur orang kafir, Allah mengirim padanya beberapa ekor naga yang kemudiannya memakan daging jasadnya hingga tinggal tulang sahaja. Kemudian Allah menyuruh Malaikat yang buta, bisu dan pekak untuk menyeksanya dengan tukul besi dari Neraka ".


  • PENJELASAN PENULIS ;

  • Janganlah tersalah anggap akan beberapa kenyataan yang berbeza-beza didalam hadis-hadis marfu yang telah diriwayatkan seperti yang telah dinyatakan diatas. Sebagai contoh, Allah menguasakan Malaikat yang buta, bisu dan pekak untuk menyeksa orang kafir dan kufur, ini adalah kerana sememangnya azab pada orang kafir itu berbeza-beza juga. Ada yang diseksa oleh satu Malaikat sahaja dan ada yang diseksa oleh beberapa Malaikat pula. Demikian pula dengan riwayat yang menyatakan bahawa dagingnya akan dimakan oleh naga, sedangkan kedua-dua azab itu boleh sahaja dikenakan kepada mereka serentak atau berperingkat-peringkat. Begitu juga dengan jumlah naga yang akan dikirim kepada mereka. Semua itu adalah gambaran yang nyata bakal didatangkan kepada mereka. Allah berfirman didalam surah ar Rahman ayat 43 dan 44 yang mahfumnya ;

  • ' (Dikatakan kepadanya) : Inilah Neraka yang didustakan oleh orang-orang yang berdosa. Mereka beredar antara Neraka dan antara air (mendidih) yang sangat panas ".

  • Disuatu waktu mereka disuruh memekan buah Zaqum dan disuatu waktu yang lain mereka dipaksa untuk meminum air yang sangat panas. Diwaktu yang lain pula mereka diseksa dengan nyalaan api yang menyala-nyala dan disatu waktu yang lain mereka diazab dengan suhu yang sangat sejuk pula. Semoga Allah memberi perlindungan kepada kita dari semua bentuk azab didalam kubur dan akhirat dengan berkat rahmat dan kebaikan Nya .

  • .....................................................


  • Telah disebut didalam sebuah hadis oleh Ali bin Ma'bad dari Abu Hazim dari Abu Hurairah ra bahawa ia berkata " Ketika mayat diletakkan kedalam kubur, ia didatangi dua Malaikat yang diutus oleh Allah dan bertanya " Siapa Tuhan kamu ? ". Bagi mereka yang beriman dan mendapat keteguhan lidah untuk berkata-kata dan menjawab, maka ia akan berkata "Allah Tuhanku ". Ketika ditanya "Apa agamamu ?". Ia menjawab "Islam itu agamaku ". Kemudian Malaikat bertanya lagi "Siapakah Nabimu ?". maka ia menjawab " Muhammad itu Nabiku ". Apabila ia merasakan sangat beruntung dengan nikmat kurniaan Allah yang telah diberikan kepadanya, maka ia meminta izin untuk bertemu dengan ahli-ahli keluarganya untuk menceritakan akan peristiwa yang ia alami itu, namun Malaikat itu berkata "Tidurlah saja dengan tenang. Kamu akan ditemukan dengan sahabat-sahabat kamu ". Manakala mereka yang tidak beroleh pelindungan dan keteguhan dari Allah, apabila ia ditanya "Siapa Tuhan kamu ? ". Ia langsung tidak dapat berkata-kata dan menjawab soalan Malaikat itu. Lalu ia dipukul dengan tukul besi dari Neraka, maka ia pun menjerit dengan suara yang sangat kuat hingga seluruh makhluk dapat mendengarnya kecuali Jin dan Manusia yang masih hidup. Kemudian Malaikat itu berkata "Tidurlah kamu didalam penderitaan yang pedih ".



  • BAB 53 - AZAB ORANG KAFIR DIDALAM KUBUR ;




  • Diriwayatkan oleh al Hafiz al Wa'ili didalam kitabnya bertajuk "Al Ibanah", dari Malik bin Mughaffal dari Nafi' dari ibnu Umar bahawa ia berkata " Disuatu ketika, aku bersama al Aswad sedang berjalan melalui perkuburan Badar, tiba-tiba muncul seorang lelaki dari dalam tanah dengan memakai rantai besi dilehernya. Ketika al Aswad memegang hujung rantai besi itu, lelaki itu berkata "Wahai Abdullah, tolong berikan aku sedikit minuman ?". Aku merasa hairan, dari mana ia mengenali nama ku. Al Aswad berkata kepadaku "jangan kau penuhi permintaannya kerana dia orang kafir ". Tidak lama kemudian orang itu masuk semula kedalam tanah. Kami terus pergi menemui Rasulullah untuk menceritakan peristiwa itu. Baginda bersabda "Benar kamu melihat sendiri dengan mata kepala kamu ?, Itu adalah musuh Allah iaitu Abu Jahal bin Hasim, yang kamu lihat itu adalah seksaan untuknya hingga sampai hari kiamat ".





  • BAB 54 - ORANG MUKMIN YANG BAHAGIA DIDALAM . KUBURNYA ;



  • Berkata Ka'ab Ibnu Ahbar, " Bila saja seorang hamba itu diletakkan didalam kubur, semua amal-amalnya mengerumuninya. Para Malaikat azab ingin mendekatinya dari arah kaki, tetapi amal-amal itu menghalanginya dan berkata " Pergilah kamu dari sini ". Malaikat itu mencuba pula dari arah kepala. Tetapi amal puasanya pula menghalang dan berkata " Tidak ada jalan untuk kamu memasukinya, didunia dahulu ia cukup lama berlapar dan dahaga demi Allah Yang Mahamulia dan Mahaagung ". Malaikat itu mencuba pula dari arah badanny, lalu amal Haji dan Jihadnya pula menghalangi mereka dan berkata " Pergilah kamu darinya, tubuhnya telah bersusah payah mengerjakan Haji dan berjihad demi Allah yang Mahamulia dan Mahaagung, Tiada ruang untukmu mendekatinya. Malaikat azab cuba pula mendekatinya dari arah kedua tangannya, kemudian hadir pula amalan sedakahnya dan berkata "Tidak ada jalan untuk kamu mendekati kawan ku ini kerana telah cukup banyak hartanya yang disedakahkan dari kedua tangannya itu lalu jatuh pula ketangan Allah swt demi mengharap keredhaan Nya. Tidak ada jalan untuk kamu mendekatinya ". Kemudian Malaikat pun berkata kepadanya "Tidurlah kamu dengan tenang, hidup didunia kamu bahagia dan mati pun didalam keadaan bahagia ".


  • PENJELASAN PENULIS :

  • Itulah beruntungnya kehidupan bagi orang-orang yang rajin membuat amal-amal soleh serta ikhlas kerana Allah ta'ala. Yang jujur didalam segala kata-katanya dan semua yang dikerjakannya hanya kerana Allah semata-mata. Sehingga Allah redha kepadanya dan menzahirkan semua amalan-amalannya menjadi bentuk makhluk yang menjadi hujjah kepada dirinya dan juga pembela yang setia. Pekara ini tidak bertentangan dengan semua pembicaraan-pembicaraan pada bab-bab sebelumnya kerana keadaan setiap mukmin itu berbeza-beza akan tingkat kerja dan amal mereka kepada Allah swt. Janganlah pula ia dijadikan bahan perselisihan faham diantara umat dibelakang hari.






  • BAB 55 - PERLINDUNGAN DARI AZAB KUBUR ;


  • Diriwayatkan oleh Nasai' dari Saidatina Aisyah ra bahawa ia berkata, " Rasulullah datang bertemu dengan ku ketika aku sedang menerima tetamu seorang wanita Yahudi. Wanita Yahudi itu berkata "Kalian akan terkena fitnah kubur ". Mendengar kata-kata itu, Rasulullah pun terkejut lalu bersabda "Sesungguhnya yang terkena fitnah itu adalah orang-orang Yahudi ". Selang beberapa hari kemudian wanita Yahudi itu tinggal dirumahku, maka Rasulullah bersabda lagi "Apakah kamu menyangka bahawa aku pernah menerima wahyu berkenaan fitnah kepada orang-orang mukmin ? ". Kemudian aku mendengar Rasulullah berdoa memohon perlindungan dari Allah swt untuk umatnya dari seksaan kubur".

  • Diriwayatkan oleh Nasai' dan Ahmad dari Asma' bahawa Rasulullah bersabda "Sesungguhnya baru sahaja diwahyukan kepadaku bahawa kamu akan terkena fitnah didalam kubur atau fitnah dari Dajjal yang aku sendiri tidak mengerti apakah itu ". Kata Asma' "Salah seorang dari kamu akan ditanya oleh Malaikat, Apa yang kamu tahu tentang orang ini ? ". Kepada yang beriman dan yakin, ia akan menjawab sebanyak tiga kali iaitu "Dia itu adalah Muhammad Rasul Utusan Allah, Baginda datang kepada kami dengan membawa penjelasan dan petunjuk. Lalu kami sambut dan kami ta'ati ". Kemudian Malaikat berkata "Tidurlah, kami mengatahui bahawa kamu beriman kepadanya. Tidurlah sebagai orang yang soleh ". Ada pun bagi orang-orang yang munafiq atau orang-orang yang berhati bimbang, ia akan menjawab "Aku tidak tahu apa yang kamu tanyakan itu ?". Atau ia akan menjawab "Aku tidak tahu, tetapi aku hanya mendengar berkenaan dirinya dari perkatan dan perbualan orang-orang sahaja ".

  • Diriwayatkan oleh Bukhari dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah berdoa " Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Mu dari azab kubur, dari azab Neraka, dari fitnah kehidupan serta kematian, dan dari fitnah Dajjal ". Hadis yang sama juga telah diriwayatkan oleh para perawi-perawi yang terkemuka dengan jumlah yang tersangat banyak sekali.




  • BAB 56 - BINATANG BOLEH MENDENGAR . AZAB KUBUR ;


  • Diriwayatkan oleh Muslim dari Zaid bin Tsabit bahawa ia berkata " Suatu hari kami sedang bersama Nabi saw di tanah perkarangan milik Bani Najjar. Diwaktu itu Baginda menaiki seekor keldai betina miliknya. Tiba-tiba binatang itu terperanjat dan berhenti diantara empat hingga keenam kubur lama dan hampir membuatkan Baginda terjatuh. Baginda bersabda dan bertanya "Siapa yang mengatahui akan penghuni kubur-kubur ini ". Dijawab oleh seorang daripada sahabat disitu "Saya !". Baginda bertanya lagi "Bilakah mereka ini mati ? ". Sahabat itu menjawab "Mereka ini mati pada zaman jahiliah ". Baginda bersabda " Sesungguhnya umat ini akan diuji didalam kubur. Seandainya tiada diantara kamu yang turut menguburkan mereka, nescaya aku akan berdoa kepada Allah agar Dia membuat kamu semua mendengar seksa kubur seperti yang aku dengar ".

  • Diriwayatkan oleh Muslim dari Saidatina Aisyah ra bahawa ia berkata " Disuatu ketika, dua orang nenek Yahudi dari penduduk Madinah bertemu denganku dan berkata "Sesungguhnya para penghuni kubur itu diseksa dikubur mereka ". Oleh kerana aku tidak mempercayainya, maka aku membentah "Kamu berbohong !". Sepeninggalan nenek itu, Rasulullah datang. Aku pun menceritakan pekara yang mereka katakan tadi. Rasulullah bersabda "Mereka benar, sesungguhnya para penghuni kubur itu diseksa dengan azab yang boleh didengari oleh binatang ". Semenjak dari peristiwa itu, aku melihat setiap kali selepas solat Baginda akan berdoa memohon perlindungan dari azab kubur". Hadis ini juga telah diriwayatkan oleh Bukhari dengan sedikit penambahan diakhirnya iaitu "...... dengan azab yang boleh didengar oleh seluruh binatang ". Manakala dari hadis riwayat Hannad Ibnu Sari yang ditulis didalam kitabnya bertajuk "Az Zuhdu" dan "Waki' ", dari al A'masy dari Syaqiq dari Saidatina Aisyah ra bahawa ia berkata "Seorang wanita Yahudi datang kepadaku lalu ia bercerita tentang seksa kubur, kemudian aku mengangapnya berbohong. Tidak lama kemudian muncul Nabi saw, lalu aku menceritakan hal itu kepada Baginda. Nabi saw bersabda "Demi Allah yang jiwaku berada dalam genggaman Nya, sesungguhnya mereka diseksa dikuburnya sampai binatang-binatang mendengar suara mereka ".

  • Menurut para Ulama, keldai yang sedang dinaiki Nabi menjadi terkejut kerana ia mendengar suara orang-orang yang sedang diseksa didalam kubur. Hanya makhluk yang berakal seperti jin dan manusia sahaja yang tidak dapat mendengarkannya. Allah menyembunyi dan menutup pekara itu kepada jin dan manusia supaya manusia tetap akan mengebumikan mayat-mayat dari kalangan mereka yang meninggal dunia. Ini adalah atas sifat Nya yang Mahabijaksana dan kasih sayang Allah kepada manusia semua agar manusia tidak takut. Selama kita masih hidup ini, kita sebenarnya akan merasa tidak sanggup untuk mendengar akan azab Allah itu. Bayangkan, jika manusia mendengar bunyi halilintar dan gempa saja pun sesetengah manusia akan mati, apa tah lagi jika ia mendengar jeritan manusia yang sedang diazab oleh Malaikat menggunakan penukul besi dari Neraka itu dapat didengarnya ?. Rasulullah sendiri pernah bersabda "Seandainya seseorang manusia dapat mendengar suara mayat yang sedang diseksa, tentu ia akan pengsan ". Itu baru seksaan kepada orang-orang mukmin, bagaimana pula jika ia mendengar seksaan kepada orang kafir ?. Hendaklah kita sentiasa memohon keselamatan, keampunan dan rahmat dari Allah yang Mahaperkasa supaya dijauhkan daripada azab kubur.

  • Diceritakan bahawa pada suatu hari ada beberapa orang yang soleh sedang menguburkan mayat di sebuah kampong dibahagian timur Isbiliyah. Selepas itu mereka pun duduk berehat disebuah tempat. Tidak jauh dari tempat mereka duduk itu, terdapat beberapa ekor kambing yang sedang memakan rumput disitu. Tiba-tiba seekor daripadanya belari menghampiri kubur tersebut. Ia seperti sedang memasangkan telinga didekat kubur itu, dan kemudian berlari sekuat mungkin kembali kepada kumpulannya. Mendengarkan cerita itu, Abu Hakim pun berkata " Aku tiba-tiba saja teringat akan kematian dan juga mengingati sabda Nabi "Sesungguhnya mereka sedang diseksa dengan azab yang boleh didengar oleh binatang ".




  • BAB 57 - MAYAT MENDENGAR APA YANG DIKATAKAN KEPADANYA ;


  • Diriwayatkan oleh Muslim dari Anas bin Malik ra bahawa Saidina Umar Ibnu Khatab bercerita berkenaan pasukan kafir diPerang Badar "Semalam Rasulullah telah memperlihatkan kepada kami tempat kematian mereka dengan mengatakan "Insyallah... esok sifulan itu akan mati disini ! ". Demi Allah, apa yang telah dikatakan oleh Baginda itu ternyata benar-benar terjadi. Setelah beberapa pasukan kafir yang mati diletakkan didalam sebuah lubang besar, maka Baginda pun menghampari mereka dan bersabda " Wahai sifulan bin sifulan, adakah kamu sekarang mendapati apa yang telah dijanjikan Allah kepada kamu semua benar-benar terjadi ? . Sesungguhnya aku mendapati apa yang pernah dijanjikan Allah kepadaku benar-benar terjadi ". Aku terus bertanya kepada Baginda " Rasulullah, bagaimanakah tuan boleh bercakap dengan jasad-jasad yang tidak bernyawa lagi ? ". Baginda menjawab "Kamu tidak lebih dapat mendengar apa yang aku katakan itu sahaja. Sedangkan mereka tidak mampu untuk berkata- kata dan menjawab sama sekali ".

  • Didalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim dari Anas bin Malik disebutkan bahawa Rasulullah telah membiarkan mayat-mayat korban Perang Badar dari pihak kafir itu selama tiga hari. Kemudian Baginda pergi menghampiri mereka dan bersabda "Wahai Abu Jahal bin Hisyam !, Wahai Umayyah bin Khalaf !, Wahai Utbah bin Rabi'ah !, Wahai Syaibah bin Rabi'ah !, Adakah kamu semua mendapati apa yang dijanjikan Allah pada kamu sekarang benar-benar terjadi ? . Persoalannya sekarang, Aku mendapati apa-apa yang telah dijanjikan Allah kepadaku benar-benar terjadi ". Mendengar sabda Baginda itu, maka Saidina Umar pun bertanya " Ya Rasulullah, apakah mereka boleh mendengar kata-katamu itu ?. Adakah mereka boleh menjawabnya ?. Bukankah mereka sudah manjadi bangkai yang membusuk ? ". Lalu Baginda menjawab "Demi Allah yang jiwaku berada didalam genggaman Nya, kamu tidak lebih boleh mendengar apa yang telah aku katakan tadi kepada mereka. Hanya saja mereka tidak sanggup untuk menjawabnya ". Kemudian Baginda menyuruh mayat-mayat itu dicampakkan saja kedalam lubang besar itu ".




  • PENJELASAN PENULIS :

  • Ketahuilah olehmu bahawa sesungguhanya Saidatina Aisyah ra pada mulanya tidak percaya akan pekara ini kerana beliau mengambil dalil dan berpedoman dengannya. Dalil itu ialah dari firman Allah didalam surah ar Ruum ayat 52 mafhumnya: "Sesungguhnya engkau tidak dapat memperdengarkan (alQuran) kepada orang-orang mati... ". Dan juga beliau berpegang dengan firman Allah didalam surah al Fathir ayat 22 yang mafhumnya: "Tidak sama orang-orang yang hidup dengan orang-orang yang telah mati. Sesungguhnya Allah memperdengarkan (petunjuk) kepada orang-orang yang dikehandaki Nya, dan engkau tidak dapat memperdengarkannya kepada orang-orang yang didalam kubur ". Tidak ada pertentangan diantara riwayat-riwayat yang telah dinyatakan dengan ayat-ayat ini kerana mungkin perawi- perawi itu mendengar pada masa yang berlainan, bila dan dimana ianya diperkatakan. Pendapat Ulama-ulama mengatakan, mentaqshih yang bersifat umum adalah sah sepanjang ada yang ditaqshihkan itu. Pekara itu ada didalam masaalah ini, berdasarkan dalil riwayat seperti yang telah saya (Syeikh al Qurthubi, penulis kitab ini) kemukakan itu. Ia juga merujuk kepada dalil dari hadis Nabi saw "Sesungguhnya ia (mayat didalam kubur) boleh mendengar bunyi tapak kasut mereka ". Kemudian atas permasaalahan soalan-soalan para Malaikat didalam kubur dan juga jawapan-jawapan yang diberi oleh mayat itu, semua itu adalah termasuk kepada sesuatu pekara yang tidak dapat dipertikaikan lagi akan kebenarannya.

  • Disebutkan oleh Ibnu Abdul Bar didalam kitabnya yang bertajuk "At Tamhid wal Istidzkarat " dari hadis Ibnu Abbas bahawa Rasulullah bersabda "Sesiapa pun yang melalui kubur saudara mukmin yang dikenalinya didunia ini, kemudian ia mengucapkan salam kepadanya, nescaya saudaranya itu akan mengenalinya dan menjawab salamnya ". Hadis ini dianggap sahih oleh Abu Muhammad @ Abdul Haq.




  • BAB 58 - ALLAH MEMPERTEGUHKAN IMAN . SESEORANG ;


  • Firman Allah didalam surah Ibrahim ayat 27 yang mafhumnya ;

  • "Allah menetapkan orang-orang yang beriman dengan perkataan yang tetap (tauhid) sewaktu hidup didunia dan diakhirat, dan Allah menyesatkan orang-orang yang aniaya dan Allah memperbuat apa-apa yang dikehandaki Nya ".

  • Diriwayatkan oleh Muslim dari al Barra' bin Azib bahawa Nabi saw bersabda " Allah meneguhkan Iman orang-orang yang beriman dengan ucapan yang kukuh didalam kehidupannya didunia dan akhirat ". Ayat itu juga menyentuh berkenaan seksa kubur iaitu yang ditanyakan kepada mayat "Siapa Tuhan Kamu ?". Ia menjawab "Allah Tuhanku, dan Muhammad itu Nabiku ". Maka itulah maksud dari firman Allah tadi iaitu " Allah meneguhkan iman orang-orang yang beriman dengan ucapan yang kukuh didalam kehidupannya didunia dan akhirat ". Ada pula pendapat bahawa itu adalah ucapan al Barra' sendiri dan bukannya dari sabda Nabi. Tetapi, pada pendapat saya (Iman al Qurthubi), sekalipun hadis tadi dianggap mauquf, ia tidak boleh dikatakan sebagai pendapat peribadi al Barra' kerana hadis ini juga telah diriwayatkan oleh an Nasa'i didalam kitabnya bertejuk "Sunan an Nasa'i ", dan juga oleh Ibnu Majah didalam kitabnya bertajuk "Sunan Ibnu Majah" dan juga oleh Imam al Bukhari didalam kitabnya bertajuk "Shahih Bukhari ".

  • Diriwayatkan oleh Bukhari dari Ja'far bin Umar, dari Syu'bah dari Alqamah bin Murtsad dari Sa'ad bin Ubadah dari al Barra' bin Azib bahawa Nabi saw bersabda " Ketika seorang hamba yang mukmin telah disuruh duduk didalam kuburnya, ia didatangi Malaikat. Kemudian ia bersaksi bahawa Tiada Tuhan Selain Allah Dan Muhammad Itu Rasul Utusan Allah. Maka, itulah makna firman Allah, 'Allah meneguhkan iman orang-orang yang beriman dengan ucapan yang kukuh itu ". Imam Abu Daud juga telah meriwayatkan hadis yang bersumberkan dari al Barra' bin Azib ini didalm kitabnya bertajuk "Sunan Abi Daud " dengan lafaz "Apabila seorang muslim sudah ditanya didalam kubur, lalu ia bersaksi bahawa Tiada Tuhan Selain Allah dan bahawa Muhammad Itu Rasul Utusan Allah, maka itulah erti firman Allah "Allah meneguhkan iman orang-orang yang beriman dengan ucapan yang kukuh itu didalam kehidupannya didunia dan akhirat ".

  • Diriwayatkan oleh Ahmad dan Baihaqi dari Abu Hurairah ra, Ibnu Mas'ud, Ibnu Abbas dan Abu Sa'id al Khudri bahawa ia berkata "Kami sedang melawat mayat bersama Nabi saw, Kemudian Baginda bersabda "Wahai manusia, sesungguhnya umat ini akan diuji dikuburnya ketika seseorang sudah dikubur dan ditinggalkan sahabat-sahabatnya pulang kerumah. Ia akan didatangi Malaikat dengan membawa tukul besi. Setelah menyuruhnya duduk lalu ia disoal "Apa pendapat kamu tentang orang itu ? ". Jika ia orang mukmin, ia akan menjawab "Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah yang tiada sekutu bagi Nya dan aku juga bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan juga Utusan Allah ". Maka Malaikat itu berkata kepadanya "Kamu benar ". Lalu Malaikat pun membuka baginya sebuah pintu yang menuju ke Neraka dan berkata "Itulah tempatmu sekiranya kamu kafir kepada Tuhanmu ".

  • Dan jika mereka orang kafir atau orang munafiq, Malaikat akan bertanya "Apa yang kamu katakan tentang orang itu ? ". Ia akan menjawab "Aku tidak tahu ". Malaikat berkata kepadanya "Kamu memang tidak tahu dan tidak mendengar ayat al Quran ". Kemudian Malaikat membuka kepadanya sebuah pintu dari Syurga dan berkata "Itulah tempatmu sekiranya kamu beriman kepada Tuhanmu, tetapi oleh kerana kamu mengingkari Nya, maka Allah mengganti tempatmu itu dengan tempat diNeraka". Seterusnya Malaikat membukakan sebuah pintu keNeraka. Malaikat lalu memukul kepalanya dengan pukulan dahsyat yang membuatnya menjerit hingga didengari oleh seluruh makhluk kecuali jin dan manusia ".

  • Sahabat-sahabat Rasulullah mengatakan bahawa "Kepala sesiapa pun yang dipukul oleh Malaikat, ketika itu ia pasti akan pecah seketika ". Rasulullah telah bersabda dengan membaca firman Allah dalam surah Ibrahim ayat 27 itu yang mafhumnya "Allah menetapkan iman orang-orang yang beriman dengan perkataan yang kukuh itu didalam kehidupannya didunia dan akhirat dan Allah menyesatkan orang-orang yang aniaya dan Allah memperbuat apa-apa yang dikehandaki Nya ".


  • PENJELASAN PENULIS :

  • Secara keseluruhan hadis-hadis dari Nabi saw yang menerangkan berkenaan azab kubur adalah hadis-hadis yang sahih belaka. Oleh itu janganlah ia dipertikaikan, apa lagi dikecam dan dicela. Sebagaimana yang telah disebutkan didalam beberapa keterangan sebelum ini bahawa orang-orang kafir itu akan ditimpa fitnah didalam kuburnya. Ia akan disoal lalu dihinakan dan diazab. Kata Abu Muhammad @ Abdul Haq "Ketahuilah bahawa sesungguhnya seksa kubur itu tidak hanya khusus untuk orang kafir sahaja, tetapi juga bagi sebahagian orang-orang mukmin bersesuaian dengan tingkat kesalahannya. Ini bersesuaian menurut keterangan nas-nas diatas yang menyebut bahawa seksa kubur itu dikaitkan dengan orang kafir dan orang-orang munafiq ". Abu Umar bin Abdul Bar menyatakan didalam kitabnya bertajuk "At Tamhid " iaitu "Terdapat beberapa astar yang menyatakan bahawa fitnah kubur juga berlaku kepada orang-orang mukmin atau orang munafiq iaitu golongan manusia yang mengaku saja Islam tetapi disebaliknya ia gemar melakukan maksiat dan durhaka kepada Allah. Sedangkan bagi orang-orang kafir yang keras hatinya adalah merupakan golongan yang tidak termasuk kepada golongan yang akan disoal "Siapa Tuhan Kamu ?, Apa agamamu ? dan Siapa Nabimu ? ". Yang ditanya akan soalan-soalan itu adalah untuk orang-orang yang masih beragama Islam. Namun Allah pasti akan memperkuatkan orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh dan memberi kebimbangan kepada orang-orang yang tidak beriman ".

  • Selanjutnya Umar bin Abdul Bar didalam kitab yang sama bertajuk "At Tamhid" (XXII / 252) menyatakan "Disebutkan didalan hadis Zaid bin Tsabit bahawa Nabi saw bersabda "Umatku akan diuji didalam kubur ". Dan didalan riwayat yang lain pula ia menggunakan kalimah "Ditanya" atau "Disoal". Mengikut versi terakhir ini, maka ujian atau pertanyaan atau soalan itu hanya berlaku kepada umat Islam sahaja. Wallahua'lam...". Manakala Abu Abdullah @ ath Tarmidzi didalam kitabnya bertajuk "Nawadir al Ushul" menyatakan "Sesungguhnya pertanyaan Malaikat itu hanya khusus untuk Umat Muhammad sahaja, kerana bagi umat-umat terdahulu apabila didatangi oleh para Rasul dengan membawa kitab suci, lalu mereka menolaknya dan kemudian Allah terus menurunkan balak dan azab bagi mereka setelah Rasul-rasul itu meninggalkan mereka. Kemudian Allah mengutus Muhammad saw dengan membawa rahmat dan jaminan rasa aman bagi makhluk, sebagaimana firman Allah didalam surah al Anbiyaa ayat 107 yang mafhumnya ;

  • "Kami tidak mengutus engkau (ya Muhammad) melainkan menjadi rahmat untuk semasta alam ".

  • Allah tidak segera menjatuhkan azab ketika mangutus Nabi Muhammad saw, sebaliknya Allah memberi pedang (memberi izin untuk berperang) kepada Baginda, sehingga orang-orang mahu memelok agama Islam kerana merasa gerun dan takut kepada tentera Islam. Kemudian itu Islam menjadi kukuh disanubari dan hati mereka. Oleh itu, ia bermaksud bahawa Allah telah memberi penangguhan sebagai bukti kasih sayang Nya kepada Umat Muhammad. Daripadanya juga maka terbukalah dengan jelas akan sifat munafiq iaitu sifat yang menyembunyaikan kekufuran dan memperlihatkan keislaman. Mereka bersembunyi dibelakang tabir ditengah-tengah kaum muslimin. Tetapi apabila mereka meninggal dunia sahaja, Allah akan mendatangkan dua Malaikat kekubur mereka untuk menyingkap tabir persembunyiaan mereka itu dengan pertanyaan dan soalan-soalan bagi membezakan mana yang baik dan mana yang jahat. Allah akan meneguhkan orang-orang yang beriman dengan ucapan yang kukuh didalam kehidupannya didunia dan akan menyesatkan orang-orang yang zalim ".

  • Maka menurut pendapat saya (Imam al Qurthubi penulis kitab ini), yang paling benar adalah pendapat Abu Muhammad @ Abdul Haq. Hadis-hadis yang telah saya kemukakan diatas tadi menunjukkan bahawa orang-orang kafir juga akan ditanya dan disoal oleh dua Malaikat. Ia adalah sebagai ujian dari semua pertanyaan-pertanyaan yang diajukan oleh para Malaikat yang pastinya akan membuat mereka binggung dan takut hingga tertutup pandangan mereka kepada jawapan-jawapan dari pertanyaan tersebut dan akhirnya mereka akan diseksa dengan pukulan hebat dari tukul besi dari Neraka keatas kepala-kepala mereka. Wallahua'lam....

  • .......................................................


  • Sekian dulu untuk hamparan buat kali ini, nantikan pula episod akhir dari fasal A Kematian di episod yang akan datang sebelum kita menerjah masuk ke bab-bab yang lebih sensasi lagi di dalam fasal B Akhirat dan Kiamat pula. Bersama-sama menghayati dan merenung sedalam-dalamnya nas-nas sahih didalam bab-bab kematian ini agar kita mendapat pedoman dan keinsafan untuk kita memperbaiki diri sebelum maut datang menjemput.



  • wasalam,


  • Sekian,

  • Atok Zamany.
  • Nota : PENJELASAN PENULIS ialah dari Imam al Qurthubi.

    CATITAN PENULIS ialah dari Kawan sendiri.