Wednesday, February 25, 2009

Seafood corner ceruk bandar

Teringin sangat nak makan ketam & seafood, sibuk tanya-tanya kengkawan kat mana port best utk makan seafood tengah-tengah bandar KL nih... Best lagi kalu dapat port baru!
Memula nak makan dekat Taman Melati jek. Bawak le bebudak Acin & Alin joint sekaki. Ada bebudak syiok skit. Tanya le diorang nak makan kat mana, abah depa suggested a new place near UIA, Gombak called KakLong's Paradise Island Cafe. Depa pernah pi dengan Tok Abah depa. Setuju bangat sih, memandangkan nama pun sama jek! Bebudak tuh tanya "bila kaklong bukak restoran nih..hehe!".
Nampak tuh landmark dia, sebelum traffic light. Traffic light mana?

Teratak kitaorang lepak 'Manja 31' & have a wonderful seafood paradise... macam2 ada!

Meleleh kuah Ketam Masak Pedas (ntah apa nama special dia...). Garing giler ketam dia.

Tempat dia cozy. Dia buat macam beranda umah kampung. Makan bersila @ bersimpuh. Boleh lepak-lepak & pastu dah kenyang, boleh bersandaq tayang perut masing-masing.

Licin. Selesai. Finito. Tak sempat nak snap photo yang kami order sebab tangan dah ber'lemoih' dok gaul nasik & lauks... Ada tomyam campur, lala masak ?, sotong+udang celup tepung, ikan masak portugis & udang asparagus. Menu air, nama special: I love u la, I miss u la, Sexy Girl la, ABC Ronaldo, ABC Ronaldinho...

Hah! Terlentang & terlentuk masing-masing. Alang mata sudah kuyu. Order bantal satu bang!"..hehe.

*Untuk kengkawan yang mencari-cari tempat baru nak makan seafood di tengah bandar yang takdak pantai & bayu yang 'sempoi-sempoi' bahasa... boleh lah try!

BIODATA RASULULLAH

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH SAW

BIODATA RASULULLAH SAW

· Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
· Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai
tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka'abah)
· Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
· Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
· Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf
· Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah
(digelar Ummu Aiman.. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
· Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
· Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali
Halimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN
· Peristiwa pembelahan dada
Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua
malaikat untuk mengeluarkan bahagian
syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN
· Ibunya Aminah
binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa'
(sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
· Baginda dipelihara oleh Ummu
Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya 'Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
· Datuknya, 'Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
· Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah' ,
jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada
ketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun. Baginda menyertai
peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah..

USIA 25 TAHUN
· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan
Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib
dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
· Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka'abah.
· Pembinaan semula Ka'abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan
berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
· Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
· Kewafatan Rasulullah
SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.
§ Khadijah Binti Khuwailid
§ Saudah Binti Zam'ah
§ 'Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
§ Hafsah binti 'Umar (anak Saidina 'Umar bin Al-Khattab)
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
§ Zainab Binti Jahsy
§ Maimunah Binti Harith
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin'; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2.. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra'

ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin
Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy.
Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).


SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN

SAUDARA SUSUAN

1. Thuwaibah
1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
1. Halimah Al-Saidiyyah
1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul 'Uzza
3. Syaima' binti Harith bin Abdul 'Uzza
4. 'Aisyah binti Harith bin abdul 'Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK
KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-'Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya 'Abdul 'Uzza)
8. Abdul Ka'bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. 'Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-'Awwam) *** *** Sempat masuk Islam.
## Ulama' berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku,
maka sesungguhnya dia telah mencintai
aku. Dan sesiapa yang mencintai aku
nescaya dia bersama-samaku di dalam
syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas)


Tuesday, February 24, 2009

Life is nothing without friends


We could never measure our wealth by money but by our friends. I'm sure our friendship has made me rich!!!
Tiny but wonderful seeds of blessings are sprinkled on earth each day... and I just caught one that's so nice and true... And it's BOTH of you!

I may have forgotten to say that I care. I may have failed to open up and share, but though no words have been spoken, my promise of friendship won't be broken.

Time and distance are important between friends. When a friend is in your heart, they remain there forever. I may be busy, but I assure you, you are always in my heart!

Friends are like the walls of a house. Sometimes they hold you up, sometimes you lean on them. But sometimes, it's enough to know they're just standing by.

If all my friends were to jump off a bridge, I wouldn't jump with them; I'd be at the bottom to catch them.

One tree can start a forest; one smile can start a friendship.
One touch can show you care; one friend can make life worth living for.

A smile makes us look younger... while friends make us feel stronger... and they make us enjoy life.

Friday, February 13, 2009

Mee Udang yang frust...

Waaalllllaaaaaaaaaa………. Very tempting!!!








Tengok gambaq ja dah terliuq… belum makan lagi…














Penangan keluaq segmen dalam Majalah 3, berduyun-duyun orang pi dari rata negeri. Kulim la, Kedah la, Johor la, N.9 la, KL la, termasuk warga Perak sendiri... dari family, bawak baby lagi, org tua berpimpin, bertongkat, mat-mat motor besaq, kete berbagai jenama, berkonvoi 2, 3 bijik... macam-macam ada!! Tak ketinggalan la jugak kami sebijik kete penuh konon nak rasa mee udang banjir sedap seperti yg diwar-warkan dalam tv. Email pun pernah dapat pasal mee udang Kuala Sepetang nih. Adventure konon, jauh mana pun nak pi jgk ghasa (rasa)!!

Itu lah yang sempat tengok berbagai gelagat manusia. Mana tak nyer... banyak masa!! Kitaorang sampai dari pukul 12pm, air yg diorder sampai pkl 1pm, mee sampai pkl 1.20pm. Tunggu hampir satu setengah jam, tapi tak berbaloi. Kering tekak tak tau nak cakap. Nasib baik dah breakfast kenyang2 dolu. Dah la panas kena duduk dalam canopy majlis kenduri (kedai tu buka tempat duduk tambahan sbb dalam kedai dia dah penuh). Orang sampai ja, kena tunggu meja kosong, baru boleh duduk. Ada yang datang, tak larat nak tunggu, blah balik. Kami dok kira2, selama sejam tu kalau mee dia sepinggan RM5 laa... budget kalau 50 kepala yang datang & balik (sebab tak larat tunggu tu).. mau dia rugi RM250. Baru sejam!!! Itu pun kalau RM5/pinggan.

Mee Udang dia ada RM8, RM10, RM12. Ada udang bela, ada udang laut. Mintak le udang mana yg u all minat. Ada jugak goreng2... mee goreng udang la, ntah apa2 goreng lagi ntah! Kebetulan masa we all pi tu tak dak goreng2. Tukang goreng tu cuti. Tinggal tukang masak mee udang banjir jek. Sebab tu la yang lambat bebenor... sorang je masak, pastu dia buat satu-satu agak nyer!

This is the best part. Setelah lama dok tunggu, berpanas berpeluh… sampai la yang ditunggu2. MEE UDANG! Sampai jek, tak sempat baca doa panjang2. Sempat Bismillah jek… Sslllluuupppppp!!!! Cair macam air udang rebus letak mee, taugeh, daun bawang & UDANG BESAQ!!

Frust giler, indah khabar dari rupa…lebih indah tengok dalam gambaq dari rasa. Kesian kat depa yang mai jauh2 semata2 nak rasa mee udang Majalah 3.

Just give them benefit of the doubt… maybe resepi mak teh nih sedap pada asal nyer tapi buat dalam quantity yang banyak kut? Maybe tak cukup kakitangan sbb depa tak expect sambutan begitu memberansangkan lepas keluaq tv kut? Yang takut nyer, awal-awal nih orang ramai la pi kedai dia sebab nak rasa, tapi takut nanti orang dah frust... makin berkurang, kurang & kurang... Yang nyata, sebelum kami balik tuh, sampai satu lori kecik hantaq kerusi meja baru...

Esok nyer... kami beli udang lebih kurang besaq jugak... buat sendiri!
Sedaappppp!!! Budget RM50 dapat 20 mangkuk.
Puas makan...hehe!!


Bismillah HirRahma-NirRahim

Bismillahirrahma-nirrahiiimmm....

Teruja nak start blog baru nih! Tak tau lagi nak cite pasal apa... Seronok tengok kengkawan busy dengan corak karangan/penulisan masing-masing. Tetiba je tengok kengkawan nih tak disangka-sangka ada bakat mengarang pulak. Sejak diaorang jadi bidan terjun dalan bidang nih... aku lak jadi pembaca yang setia. Ter-ghalit baca kisah-kisah diorang, terbuka hati nak cuba jugak.

Sebelum ni dah ada blog lain. Tapi blog-blog tu tak payah nak cerita banyak-banyak. Just upload photo & letak caption skit nak sedapkan cerita... Tapi ramai gak kengkawan yang dah joint rupa nyer... Aku nih budak baru le. Ketinggalan skit...hehe!!! Adik-adik aku pun pandai dah meng'facebook' & meng'friendster'. Diaorang yang start dulu dari kakak diaorang nih. Dah tu ada lagi dua tiga account diaorang tuh dengan lain-lain blog or whatever they called it. Banyak lak kengkawan! Jealous gak aku...

Dalam kesibukan harian... kerja, belajar, weekend activities... terpikir gak, sempat plak diaorang nih mengarang. Sempat kan? Sempatttt...!!! Bila idea dah ada, cantik je flow. Jadi, x sempat pun, boleh sempatkan jugak. Caya lah!

So, aku pun boleh kut? Dalam tak sedar... panjang gak aku dah taip...hehe!!
Tengah membayangkan menjadi ke 'kuaci-corner' den nih??? While eating sunflower seeds at the corner & reading my simple of makan-makan blog ...hehe.

Selamat mencuba untuk aku.

Chayun! Chayun!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin