Sekarang saya paham kenapa tol boleh dinaikkan sesuka hati.
Walaupun "tangan-tangan" yang menaikkan bilang,
Dinaikkan kerana ada perjanjian yang termaktub dgn "lintah darat",
Tapi yang paling pasti kerana ini,
Petikan dari Malaysiakini;
"Kerajaan hari ini mengumumkan kadar tol di Lebuh Raya Utara Selatan (Plus), Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE) akan dinaikkan akan dinaikkan antara 0.68 sen dan 50 sen.
Puad berkata kerajaan seharusnya menangguhkan dahulu kenaikan kadar tol ini sehingga mini bajet dibentangkan pada 10 Mac ini.
Datuk Seri Azmi Khalid (BN-Padang Besar) tidak menafikan merasai bebanan kenaikan tol biarpun memahami akan perjanjian yang dibuat kerajaan bersama syarikat konsesi lebuhraya.
"Dulu semasa jadi menteri tak pernah bayar tol, saya tak tahu berapa, tak pernah merasa. Tapi sekarang, saya tingggal di Shah Alam dan sering datang ke Kuala Lumpur dan melalui beberapa tol, saya sangat merasai beban tol itu. Kalau saya merasai, orang lain pun tentu merasai," katanya."
Inilah sebab paling pasti kenapa tol dinaikkan,
Sebab menteri-menteri tak merasa nak bayar tol sendiri.
Saya cadangkan;
Untuk menjadi pemimpin,
Kurangkan gaji pemimpin setaraf dengan fresh graduate.
Ada kemajuan, baru naik gaji.
Untuk mengelakkan pemimpin gila kuasa dan gila wang.
Letih dengan politik dan pemimpin sendiri.
Akan tiba tak suatu masa "tangan-tangan" ini menjadi berhemah,
Menolong yang memang wajib ditolong tanpa ada caruman faedah.
Ikhlas semata-mata.
Teman dan 5 Ekor Lembu
16 years ago