Tuesday, 22 March 2011

MARAH

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.

"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku
sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.

Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah,
ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.

Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatan mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

"Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita."

Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda....

Itʼs better to be silent & be thought a fool, than to speak & remove all doubt.. -Abraham Lincoln-

Orang akan melupakan apa yang kamu katakan..... .
Orang akan melupakan apa yang kamu lakukan..... ..
Tetapi, orang TIDAK akan pernah lupa bagaimana kamu membuat mereka begitu bererti.

Sekadar untuk renungan bersama....

Tuesday, 15 March 2011

POLIGAMI: ANTARA HUKUM, ADAT & EMOSI (dipetik dari umiliya.blogspot)

Seorang ustaz membacakan kitab di masjid memberitahu jemaah, Islam mengharuskan poligami. Justeru, lelaki yang berkemampuan boleh berkahwin lebih daripada satu. Namun, di sebalik itu, media memaparkan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutama yang berkaitan dengan wanita membantah poligami.

Polemik antara hukum agama, adat dan emosi manusia nyata memberi kekeliruan kepada sebahagian umat Islam, apatah lagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan Islam. Apakah pantas hukum yang dibenarkan Allah boleh dicantas oleh mulut manusia hanya sekadar mahu membela atau menjaga hak asasi wanita?

Apakah buruk sangat poligami sehingga wanita begitu 'jijik' dan meluat apabila ada golongan lelaki menyebut istilah itu? Keharusan poligami jelas terkandung dalam al-Quran tetapi segelintir umat Islam sukar menerimanya sehingga menganggap ia 'jerat kehidupan'. Islam satu-satunya agama di bumi yang membenarkan poligami secara bersistem manakala agama dan fahaman lain tidak, malah masyarakat bukan Islam melihatnya sebagai menindas golongan wanita.

Tetapi, hairanlah apabila membabitkan aktiviti persundalan, menyimpan wanita dan gejala sosial, ia seperti satu restu. Poligami adalah perkataan Greek (http://en.wikipedia.org/wiki/Polygamy), merujuk kepada perkahwinan seorang lelaki dengan lebih seorang isteri dan dalam Islam, ia dibenarkan sehingga empat isteri dalam suatu masa. "Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak dapat berlaku adil, maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (kahwinilah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat supaya kamu tidak melakukan kezaliman." (Al-Quran, surah an-Nisa': Ayat 3)

Pada zaman Jahiliyah, poligami berlaku tanpa batasan dan ketika itu lelaki mempunyai ramai isteri, malah ada yang mempunyai ratusan isteri. "Apabila Ghailan ats-Tsaqafi memeluk Islam, dia mempunyai 10 isteri. Maka Nabi s.a.w berkata kepadanya: Pilihlah dari isteri-isterimu itu empat orang saja dan ceraikanlah yang selebihnya itu." Riwayat ini dikeluarkan oleh Imam Syafie, Imam Ahmad, Tarmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Abu Syaibah, Daruqutni dan Baihaqi, seperti diterangkan dalam kitab Halal dan Haram Dalam Islam, karya Dr Yusuf al-Qardawi. Pihak yang membantah poligami perlu faham, ia hukum agama. Justeru, apabila berbicara atau memberi pendapat, mereka perlu berhati-hati.

Walaupun Islam membenarkan poligami, bukanlah bermakna ia boleh diamalkan sesuka hati, sehingga mengakibatkan kezaliman di pihak wanita. Al-Qardawi dalam kitab terbabit menjelaskan, syarat yang ditetapkan Islam mengenai poligami ialah berlaku adil terhadap dua isterinya atau lebih dalam makan minum, pakaian, rumah, tempat tidur dan nafkahnya. "Barangsiapa yang tidak yakin dirinya dapat menunaikan hak-hak itu, haramlah baginya berkahwin lebih dari seorang isteri," katanya.

 Menurut seorang ulama Amerika Utara, Syeikh Muhammad Nur Abdullah, poligami dibenarkan Islam dan bukannya untuk disalah guna. "Ia hanya dibenarkan kepada sesiapa yang mampu melayani semua isterinya dengan adil dan saksama," katanya melalui laman Islamonline. Nabi Muhammad s.a.w bersabda, maksudnya: "Barangsiapa yang mempunyai dua orang isteri, lalu dia condong kepada yang satu dari yang lain, nanti dia datang di hari kiamat dengan menyeret sebelah lambungannya dalam keadaan senget atau berat sebelah.

" (Riwayat Ashabussunan, Ibnu Hibban dan Hakim) Condong sebelah yang diancam dalam hadis itu ialah disebabkan keremehan terhadap hak isteri-isteri, bukannya kerana kecenderungan hati kepada mereka kerana kecenderungan hati tidak dikategorikan dalam keadilan. Al-Qardawi berkata, di antara lelaki ada yang kuat keinginannya untuk mendapatkan keturunan tetapi dia dikurniakan seorang isteri yang tidak dapat melahirkan anak kerana penyakit atau mandul (tidak dapat melahirkan anak).

Justeru, lebih baik si suami berkahwin lagi kepada seorang wanita yang bakal memberikannya zuriat supaya keturunannya kekal tetapi harus mengekalkan akad isteri pertama dan menjamin haknya. "Ada pula lelaki yang kuat keinginan gharizahnya, bergejolak nafsu seksnya, akan tetapi dia dikurniai seorang isteri yang lemah nafsunya atau menghidap penyakit atau datang haid untuk tempoh yang panjang. "Bagaimanapun, suaminya tidak sanggup menanggung nafsu untuk bersama isterinya, apakah tidak wajar dia berkahwin dengan seorang wanita yang halal baginya daripada dia meraba wanita yang jalang dan haram buatnya," katanya. Menurutnya, ada ketika bilangan wanita lebih ramai daripada lelaki, seperti selepas perang dan dari itu timbul maslahat masyarakat dan wanita sendiri agar mereka lebih baik dimadukan daripada hidup tanpa kasih sayang suami.

Penceramah bebas, Ahmad Shukri Yusof, berkata masyarakat Islam jangan menolak keharusan poligami menggunakan emosi kerana ia soal hukum. "Soal hukum tidak perlu dibincangkan dan dipolemikkan apatah lagi membabitkan emosi. "Kita harus membincangkan bagaimana untuk berlaku adil, bukannya hanya pandai mengatakan poligami itu tidak adil," katanya. Bagaimanapun, beliau berpendapat tidak perlu menubuhkan kelab untuk menggalakkan poligami. Amalan poligami adalah ubat bagi menangani masalah umat manusia.

Oleh kerana kebaikan itu, Islam memutuskan ia suci. "Dan siapa lagi yang hukumnya lebih baik daripada hukum Allah, bagi kaum yang menyakini." (Al-Quran, surah al-Maidah:50) Tetapi peraturan suci lagi baik inilah yang ditolak oleh Barat dan konconya, sehingga ia kelihatan janggal untuk bertapak di dalam masyarakat Islam sendiri, manakala norma yang bukan-bukan mendapat tempat pula. Poligami dilarang di sisi undang-undang di sesetengah negara Muslim yang tidak mengamalkan undang-undang Islam dalam peraturan perkahwinan, seperti Azerbaijan, Bosnia, Tunisia dan Turki (http://en.wikipedia.org/wiki/Polygamy).

Menurut sumber itu, dalam dunia moden Islam, amalan poligami lazimnya diamalkan di negara yang mengamalkan ajaran Islam sejati seperti Arab Saudi, Timur dan Barat Afrika seperti di Sudan yang diberikan galakan oleh presiden kerana tingginya populasi wanita.

"Di antara 22 negara ahli Liga Arab, Tunisia melarang poligami. Bagaimanapun, ia tidak dipersetujui kebanyakan negara Arab yang menerima pengaruh barat dan sekular seperti Syria, Mesir, Morocco dan Lubnan." Menurut Ahli Majlis Fiqah Amerika Utara, Sheikh Muhamad al-Hanooti, realitinya susah untuk mendapati seorang daripada 10,000 Muslim yang berkahwin lebih daripada seorang isteri. "Dalam masyarakat bukan Islam, lebih daripada 65 peratus lelaki yang berkahwin mempunyai hubungan dengan lebih dua, tiga dan empat wanita, bahkan 45 peratus wanitanya mengadakan hubungan di luar perkahwinan.

"Mereka menerima perzinaan, tetapi tidak menerima alternatif untuk mengangkat martabat manusia melalui poligami." Di Malaysia, menurut portal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, dalam undang-undang keluarga Islam, poligami dibenarkan dengan syarat suami hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada Mahkamah Syariah terlebih dahulu.

Sunday, 27 February 2011

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM? part 2

 

 

As Salam

1. Hari ini belek - belek akhbar dan saya tertarik dengan berita di bawah ni. Saya tak berminat untuk memberi komen dengan lebih lanjut kerana saya percaya semua rakyat sekarang sudah matang untuk menilai mana yang baik mahupun buruk.

Marilah kita sama - sama fikirkan.....

 

 

Hanya bina dua masjid dalam masa 20 tahun

KUALA KRAU 27 Feb. - Kerajaan Pas Kelantan hanya membina dua masjid sepanjang 20 tahun memerintah negeri itu, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut Perdana Menteri, kebanyakan masjid yang ada di Kelantan ketika ini dibina oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) meskipun BN tidak memerintah negeri itu.
Kerana itu, kata beliau, rakyat tidak seharusnya melihat hanya Pas memperjuangkan agama disebabkan oleh slogan parti tersebut yang berbaur Islam seperti 'Membangun Bersama Islam' dan 'Negeri Serambi Mekah'.
Katanya, umat Islam juga tidak boleh mengukur keIslaman hanya menerusi penampilan seperti berjanggut, berserban dan berjubah kerana Islam yang diperjuangkan oleh BN lebih kepada dasar dan pengisiannya.
"Tentu sekali BN terutama UMNO juga mahukan Islam tetapi perlu dilihat Islam yang bagaimana.
"Kita tidak mahu Islam yang dikaitkan dengan kemiskinan apatah lagi papa kedana dan lemah sehingga tiada kekuatan dari sudut keilmuan," katanya ketika berucap pada majlis bertemu dengan penduduk Kampung Batu Sawar di Sekolah Kebangsaan Batu Sawar, Kuala Krau di sini hari ini.
Hadir sama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob; Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan; dan calon BN bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad.
Najib menambah, oleh kerana kekuatan Islam di negara ini juga kerajaan BN dapat menguruskan dengan lancar penghantaran pulang pelajar-pelajar dari Mesir ketika berlakunya konflik politik di negara itu baru-baru ini.
Operasi menyelamat itu, kata beliau, tidak mungkin dapat dilaksanakan dengan mudah sekiranya kerajaan BN lemah dan tiada hubungan yang baik dengan negara tersebut.
Najib sekali lagi mengingatkan bahawa dalam operasi menyelamat rakyat Malaysia itu, kerajaan tidak memilih bulu sama ada mereka ahli keluarga penyokong Pas atau BN sebaliknya dilakukan atas tanggungjawab sebagai sebuah kerajaan terhadap rakyatnya.
"Asalkan mereka warganegara Malaysia, kita selamatkan dan membawa mereka pulang. Tidak dapat undi pun tidak mengapa, dapat pahala pun sudah cukup," kata beliau.

ANTARA DUA DARJAT 3

As Salam

1. Telah disampaikan kepada saya bahawa pendidik berkenaan telah meluahkan rasa ketidakpuashatinya melalui akaun ' facebook'nya. Maaf la, saya tak menjadi rakannya kot, sebab itu la saya tidak mengetahui tentang itu.

2. Bukankah itu boleh dinamakan cakap belakang. Saya ingat semuanya dah selesai. Rupanya ada perkara yang masih belum selesai bagi pendidik itu. Dosa yang tak diampunkan Allah tu salah satunya adalah dosa sesama manusia.Bagaimana tu ? Belajar tinggikan.?Boleh jawab?

3.  Tapi tidak mengapa, saya sudah pun maafkan pendidik itu,biarlah, sebab bukannya dia tidak faham, cuma dia buat - buat tak faham. Bukan saya yang mewujudkan peraturan itu, memang sudah lama ada malah sebelum saya bertugas lagi memang peraturan itu sudah wujud.

4. Jadi. mengapa melenting pula dengan saya?


WASALAM

GALERIA SRI PERDANA - TRIBUTE TO TUN DR MAHATHIR

As Salam

1. Semalam, saya telah melawat ke Galeria Sri Perdana, iaitu kediaman rasmi mantan perdana menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad yang amat saya sanjungi. Sebenarnya dah lama saya berhajat nak ke tempat ni, cuma semalam baru dapat saya ke sana.

2. Galeria ini asalnya adalah kediaman rasmi beliau dan keluarga dari tahun 1983 sehinggalah beliau berpindah ke Putrajaya pada tahun 1999.

3. Galeria ini telah dirasmikan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2003 sempena memperingati dan mengenang jasa Tun sebagai 'Bapa Pemodenan Malaysia' yang berkhidmat selama 22 tahun.

4. Ada banyak perkara yang menarik di sini,senang- senang datanglah berkunjung ke sini.
 
WASALAM

                                                                   
                                                          keadaan bilik mesyuarat




                                                    bilik pertukangan Tun Dr Mahathir




                                                     kenderaan rasmi perdana menteri










Thursday, 24 February 2011

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM?

Tuduhan Nik Aziz amat serius - Dr. Mahathir

KUALA LUMPUR 24 Feb. - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, teguran yang dibuat oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap beliau merupakan satu tuduhan yang amat serius seolah-olah menidakkan keislamannya.

Bekas Perdana Menteri itu juga berpendapat tindakan Nik Abdul Aziz membandingkan teguran yang dibuatnya dengan teguran malaikat kepada Nabi Muhammad SAW adalah tidak boleh diterima.

"Beliau membandingkan dirinya dengan malaikat yang menegur nabi. Saya bukan nabi dan Nik Aziz bukan malaikat. Nik Aziz dan saya hanya manusia biasa dan ahli politik. Teguran ahli politik kerana kepentingan politiknya tidak sama dengan teguran malaikat.

"Lagipun teguran Nik Aziz menidakkan keislaman saya, satu teguran yang amat serius.

"Apakah ada orang Islam yang tidak melenting jika sesiapa mengkafirkannya? Apakah Nik Aziz tidak akan melenting jika saya kata dia sudah kafir? Belum saya kata itu pun Nik Aziz sudah melenting," katanya di dalam blog http://chedet.co.cc/.
Entri terbaru Dr. Mahathir itu bagi menjawab kenyataan Nik Abdul Aziz dalam Utusan Malaysia pada 18 Februari lalu yang meminta bukti bahawa beliau pernah mengkafirkan orang UMNO.

Bekas Perdana Menteri itu turut menjawab dakwaan Nik Abdul Aziz bahawa beliau menganggap agama Islam hanya berkaitan sembahyang, puasa, nikah kahwin dan tengok anak bulan semata-mata.

"Memang pun bagi saya semua ini adalah sebahagian daripada ajaran agama Islam. Apa dianya yang saya tolak berkenaan agama dengan menjadi seorang nasionalis? Ini tidak diterangkan.

"Tetapi sebelumnya dia mendakwa 'sokong Pas ertinya sokong Islam'. Kita jadi Islam setelah mengucap dua kalimah syahadah. Apakah Nik Aziz berpendapat hanya setelah mengucap 'sokong Pas' baru jadi Islam dan sebelum itu kafir? Ini juga bermakna Nik Aziz mengkafirkan saya," katanya.

Dr. Mahathir berkata, tindakan Nik Abdul Aziz dan Pas memperkenalkan Islam kepada DAP sebelum ini juga adalah bukti menunjukkan bahawa parti itu telah dipengaruhi oleh DAP.

"Lihat sahaja tindakan biadab terhadap Sultan dan Raja Muda Perak oleh ahli Pas, berguling-guling atas jalan menghalang kereta raja. Sebelum berbaik dengan DAP, ahli Pas lebih berpegang kepada budaya Melayu.

"Kerana mahu sokong DAP, ahli Pas mengetepikan kemelayuan mereka. Dan sekarang tuntutan untuk mendirikan negara Islam pun sudah tidak didengari lagi," katanya.

Beliau berkata, apabila Lee Kuan Yew menyarankan supaya orang Islam di Singapura melonggarkan pegangan agama mereka, Nik Abdul Aziz tidak menolaknya kerana menganggap cadangan itu tidak seburuk nasionalisme orang Islam dalam UMNO.
"Sekarang Nik Aziz mahu Melayu diutamakan kerana mereka masyarakat majoriti di negara ini. Bukan masalah orang Melayu yang menyebabkan beliau mengubah pendirian terhadap bangsanya tetapi kerana Melayu menjadi majoriti dan dia memerlukan undi orang Melayu, tidak lebih daripada itu.

"Jadi kenalilah Nik Aziz, orang yang utamakan hanya undi orang Melayu, bukan keprihatinan terhadap masalah hidup mereka," tegasnya lagi.

Wednesday, 23 February 2011

ANTARA 2 DARJAT 2

      As Salam. Saya suka untuk memberitahu sesuatu perkara mengenai posting saya beberapa hari yang lalu. Semalam saya sekali lagi telah didatangi oleh pedidik berkenaan. Erm, isunya tentulah mengenai perkara - perkara yang melibatkan tugas saya itu. Apa yang menarik, pendidik berkenaan telah 'berjaya' menghantar tuntutannya itu mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Jadi, di mana susahnya itu? Maaf saya beritahu, kalau pendidik itu lebih berbudi bahasa dan menghormati kerjaya dan tugas saya, sudah tentu saya dengan rela untuk mambantunya, tapi asakan daya, lagak dan sombongnya telah mempengaruhi tindak - tanduk pendidik itu.
           Apa yang lebih mengejutkan saya, pendidik itu berperwatakan amat berbeza dengan waktu kali pertama dia berurusan dengan saya kelmarin.PELIK! tapi itulah manusia.. Dia telah berjaya melemparkan senyumannya sambil mengajak saya untuk berbual - bual ringan.. Cuma saya lebih mengharapkan permohonan maaf darinya, sayangnya, saya tak mendapatkan perkara itu.
           Alangkah mahalnya harga kemaafan itu kan? Saya harap saya tak berhutang apa - apa dari pendidik itu sebab saya tak mahu menjawabnya di 'sana' kelak.


KEMAAFAN DENDAM YANG TERINDAH