Moga Allah Pelihara Jemaah Ini

Syukran jazilan....

Islamic religion1

Friday, May 29, 2009

Cari Jodoh... Dedikasi buat Aduka Taruna.. :-)



Apa salahku apa salah ibuku
Hidupku dirundung pilu
Tak ada yang mau dan menginginkan aku
Tuk jadi pengobat pilu
Tuk jadi penawar rindu
Tuk jadi kekasih hatiku

*
Timur ke barat selatan ke utara
Tak juga aku berjumpa
Dari musim duren hingga musim rambutan
Tak kunjung aku dapatkan
Tak jua aku temukan
Oh tuhan inikah cobaan

**
Ibu-ibu bapak-bapak
Siapa yang punya anak
Bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku

***
Pengumuman-pengumuman
Siapa yang mau bantu
Tolong aku kasihani aku
Tolong carikan diriku kekasih hatiku
Siapa yang mau

Back to *, **, ***

Ibu bapak punya anak
Bilang-bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku

Back to ***




Teruskan Bacaan......

Konsert Antara Dunia '09


Konsert Antara Dunia di Stadium Malawati, Shah Alam pada 1 Ogos


HAMPIR sedekad kumpulan nasyid Rabbani mengukuhkan label nama mereka di persada seni. Biar kemunculan penyanyi dalam genre yang sama tumbuh bagai cendawan selepas hujan, mereka masih utuh bersaing.

Paling membanggakan, kumpulan nasyid yang cukup dikenali dengan lagu Intifada dan Pergi Tak Kembali ini memahat nama dalam sejarah penganjuran Anugerah Bintang Popular Berita Harian.

Menerusi anugerah itu, kategori Penyanyi/Artis Nasyid Popular setia menjadi milik mereka selama lapan kali berturut-turut. Tidak betah duduk diam dan selesa dengan kedudukan yang ada, Rabbani kini terus rancak merancang program menarik termasuk menganjurkan konsert.

Memilih lokasi yang sama sewaktu terbabit dalam Konsert Malam Sinar Maulidur Rasul Februari lalu iaitu di Stadium Malawati, Shah Alam, sebuah konsert diberi nama Konsert Antara Dunia dijangka dipersembahkan pada 1 Ogos ini bermula jam 8.30 malam.

Bukan sekadar berhibur, konsert atas paksi kemanusiaan dan sarat dengan nilai murni itu dilaksanakan atas tujuan amal bagi mengumpul dana tabung pembangunan insan bagi Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis).

“Setakat ini, tiket konsert besar kemungkinan akan ditetapkan pada harga RM10 untuk pelajar Institut Pengajian Tinggi. Tiket biasa pula dijual sekitar harga RM30 dan RM50.


“Hasil penjualan tiket nanti akan disalurkan kepada fakir miskin dan anak yatim di Malaysia juga mangsa tsunami di Acheh. Malah, Rabbani dan Gamis berhasrat untuk ke sana menyampaikan dana atas tabung pendidikan itu.

“Jika tiada aral melintang, sepanjang hari itu juga satu karnival akan diadakan bermula pagi hingga ke tengah malam. Kepada yang mungkin berminat untuk berniaga atau membuka gerai jualan boleh menghubungi Shahrul Azhar di talian, 019-2225588,” kata Azadan Abdul Aziz mewakili Rabbani sewaktu dihubungi Hip baru-baru ini.

Persatuan itu turut menjadi rakan kerjasama merealisasikan konsert itu bersama Rabbani Productions. Ketika ini, semuanya masih dalam rangka perbincangan termasuk usaha untuk mendapatkan kumpulan dari seberang, Ungu selain beberapa orang artis tempatan.

“Ini antara kelainan yang kami sedang berusaha untuk tampilkan melalui kolaborasi dengan artis luar. Jika sebelum ini, Rabbani pernah berduet dengan Amy Search, siapa tahu hasrat berduet dengan Ungu pula bakal menjadi kenyataan jika semuanya berjalan dengan lancar.

“Apa yang kami sedang usahakan ini ialah atas maklum balas dan cadangan peminat yang mahu Rabbani bekerjasama dengan Ungu. Tak dinafikan, Ungu juga antara kumpulan yang sering memperjuangkan lagu ketuhanan. Lalu, ruang baru ini dibuka demi kepuasan peminat.

“Pihak kami sendiri sudah berurusan dengan pihak Ungu dan ia berjalan dengan lancar. Cuma, biasalah kita masih menanti kata putus daripada mereka di samping perihal rundingan harga dan sebagainya,” kata Azadan lagi.

Masih merahsiakan konsep persembahan pada malam konsert itu nanti, Rabbani kini mengalu-alukan mana-mana individu atau syarikat yang berminat untuk menjadi penaja konsert terbabit.

Bahkan ketika ini pun produk Permata Hijrah yang baru melamar Rabbani sebagai duta sedang berkira-kira untuk menawarkan diri sebagai penaja. Malah, ada dua tiga syarikat yang berminat nak menjadi penaja pada peringkat permulaan ini.

“Setakat ini 60 peratus persetujuan sudah dicapai antara Permata Hijrah dan Rabbani. Kalau tiada halangan, siapa tahu syarikat ini akan terbuka hati untuk jadi penaja konsert itu.

“Sewaktu Konsert Malam Sinar Maulidur Rasul diadakan, kami bersyukur kerana Telekom Malaysia Berhad (TM) sudi menaja, lalu untuk konsert ini kami masih merisik dan mencari penaja yang berminat,” kata Azadan sambil memberitahu mana-mana syarikat yang berminat mahu menaja dan mengetahui keterangan lanjut mengenai konsert itu boleh menghubunginya di talian, 019-2110300 atau layari laman web, www.rabbani.com.my

Pada masa yang sama, Rabbani turut rancak merancang pakej umrah bersempena cuti sekolah Jun ini. Menariknya juga, 10 orang anak yatim dan tidak bernasib baik daripada Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/Aids Nurul Iman Malaysia (Pernim) akan turut serta mengerjakan umrah.

Maklumat Lanjut Di Sini


Teruskan Bacaan......

Thursday, May 28, 2009

TKO sudah kembali!!


Alhamdulillah... TKO sudah kembali pulih... yup... sekurang-kurangnya untuk kelihatan boleh dilayari... dan moga-moga akan terus mencapai kegemilangan bagai mula-mula aku mengenali dan berforum di TKO... maklumat yang tepat, mesra, laju dan hampir semuanya betul

Namun, entahlah... x pasti apa sebenarnya yang berlaku... aku sedikit kekok atau mungkin sudah hilang seni berforum atau x tahulah apa sebenarnya yang terjadi... aku jadi seperti manusia missing yang x ketahuan... haha...

Mungkin juga masih perlukan masa untuk sekali lagi menyesuaikan diri... untuk kembali sekali lagi mampu berforum dan mendapatkan maklumat dengan baik... Atau pernah juga aku terfikir bahawa aku sebenarnya merindui... saat-saat berforum dengan mereka-mereka yang terasa dekat denganku... forumer-forumer otai yang sudah menghilang...

Kita pernah sama-sama beraktiviti... beriadah... malah banyak juga air mata yang sempat aku saksikan... kerana aku menyertai komuniti ini...

Aku sebenarnya sangat menyayangi TKO... apatah lagi sejarah pengenalanku begitu panjang dan menyentuh jiwa... aku sangat berbangga punya tarikh kelahiran yang sama... malah itulah caranya aku mengenali TKO... dan waktu itu aku mencari tarikh lahirnya Al Marhum Ustadz Fadhil Noor... ah, suatu kesamaan yang mengasyikkan!!

Jom Kembali Berforum!!


Teruskan Bacaan......

Wednesday, May 27, 2009

KaruniaMu



The Fikr

Birunya langit oh putihnya awan
Menjadikanku tertegun tertawan
Lambaian pohon oh menari - nari
Mengajak daku mengingat Ilahi

Semakin ku terlena dengan segala karunia
Tiada yang mampu menyaingi keagungan-MU
Akankah kudapati semua limpahan rahmat-Mu
Tapi kumalu karena itu tak pantas bagiku

Begitu banyak dosa tlah kulakukan
Akankah Engkau ampuni
Namun ku yakin Engkau maha penyayang
Pada hambanya yang berserah diri

Birunya langit oh putihnya awan
Menjadikanku tertegun tertawan
Lambaian pohon oh menari - nari
Mengajak daku mengingat Ilahi

Semakin ku terlena dengan segala karunia
Tiada yang mampu menyaingi keagungan-MU
Akankah kudapati semua limpahan rahmat-Mu
Tapi kumalu karena itu tak pantas bagiku

Begitu banyak dosa tlah kulakukan
Akankah Engkau ampuni
Namun ku yakin Engkau maha penyayang
Pada hambanya yang berserah diri

Semakin ku terlena dengan segala karunia
Tiada yang mampu menyaingi keagungan-MU
Akankah kudapati semua limpahan rahmat-Mu
Tapi kumalu karena itu tak pantas bagiku

Begitu banyak dosa tlah kulakukan
Akankah Engkau ampuni
Namun ku yakin Engkau maha penyayang
Pada hambanya yang berserah diri
Pada hambanya yang berserah diri




Teruskan Bacaan......

Musim Membiak Datang lagi!!

Mengikut kefahamanku.. musim membiak (haha sesuai x berbanding mengawan??)... itu adalah musim dimana sama ada pasangan berkahwin ataupun pasangan yang sudah berkahwin berjinak2 untuk mendapatkan anak... huhu.. dan tahukah anda.. musim membiak datang lagi!!

So, x mau berbasa basi.. meh sini aku nak ucapkan tahniah kepada mereka2 yang akan kawen.. sudah kawen dan nak dapat anak.. sudah dapat anak... dan yang nak tambah anak... x kurang juga yang berjinak2 bercinta madinah (cinta bagi golongan yang mcm alim skit.. ces.. becinta gak!!)

Pasangan Abe Yusri dan Kak Safurah... huhu bekas housemateku nie.. merangkap Presiden PMIUSMKKj sidang bape ntah lupa... selamat bekawen... dah kawen jangan perangai masih mcm poyo-poyo... huahua...

Kemudian Naquibku Abe tengku dan Kay... dengar2 dah nak menimang cahaya mata beberapa bulan dari sekarang... moga tabah menempuh alam rumah tangga yang penuh mencabar dan dugaan.. bukan sekadar dugaan rumah tangga sendiri.. juga dugaan emosi dari sekeliling.. moga tabah dan sabar... kalian pasti boleh!!

Seniorku lak.. Abe najib dan pasangannya.. tahniah dariku buat kalian.. huahua.. mcm mana rasanya menjadi ayah dan ibu?... akupun x sabar untuk saat itu... hehe housemateku gak nie merangkap senior yang paling cool... moga anak yang lahir itu mampu menjadi mutiara buat Islam dan menjadi pejuang juga bagai ibu bapanya!

Abe Ji ngan Kak Ummi lak.. sori2 lambat wish selamat.. huhu.. tomeinya baby Ji jr nie... huhu.. rasa nak cubit-cubit je pipi dia.. hauhua... dengar nak sambung Phd??.. kalau betul bagus lah.. nengok2kan skit budak2 kat kampus tu.. ramai dah merapu2.. ntah apa2... wakaka.. (ops sori.. dan janji x nak campur.. wakaka)...

Pas tu Abe hamid lak... power betul senior nie.. setahun satu.. eh silap.. setahun setengah 2!!.. wakaka.. selamat2... dah nak masuk 2 ye anak dia.. haha.. bulat je mata si abang.. garang nie.. haha... moga2 anak2 mampu menjadi pejuang yang hebat!!

Abe Atiq gak dengarnya nak nikah.... wah.. baguslah... jangan tunggu lama2... sehari lak ngan abe yusri.. maap2 kawe mcm x mampu nak hadir.. so, untuk adil.. x hadir 2-2 la.. huhu... jimat x yah beli hadiah.. bley gitu??... so, wish selamat je la untuk segalanya...

Dan bang duang sekali ngan kak shima... hehe... rasa lama gak dah dapat baby tu... tapi nak wish gak.. tahniah.. moga baby boy tu mampu jadi anak yang paling berharga buat ibu bapanya.. dan mampu menjadi pejuang islam yang best!!... juga kepada abang shahril Syah, Obeng yang nikah tahun lepas... dan semua senior2 yang sama ada aku sengaja lupa atau memang betul2 telupa.. x temasuk budak2 mahasiswa yang sama batch atau atas skit yang dah nikah... huhu... betul2 pesta membiak!!

Dan last sekali yang ada dalam otakku adalah sorang lagi anak saudaraku yang sempat aku sambut masa balik cuti hari tu.. hehe.. anak kak long sume 3-3 aku berada ditempat kejadian.. haha... sok2 kalau dah besar jangan lak korang nak pura2 lupa kat aku.. aku sekeh pale ko nanti.. wakaka.. apapun sehat sungguh baby girl nie.. 3.4 kilo... hehe... selamat2 semoga jadi anak yang solehah!!

Ok... rasanya sume yang ada dalam pale otak dah dapat wish.. hehe.. so, skang tiba giliran diri sendri lak... so, aku mcm mana??... cepat2 ada yang sudi nak kawen ngan penganggur x??... dibuka untuk borang pendaftaran sekarang... wakaka!!


Teruskan Bacaan......

Friday, May 22, 2009

Tentang Bulan 2...

Sebagai seorang yang baru cuba untuk mengenali dunia,.. sifat memberontak, keliru dan ingin tahu begitu tinggi dalam diriku... apatah lagi aku sangat yakin dan percaya setiap sesuatu ada alasan tersendiri... waktu itu, kuasa logik sangat menekan... perkara yang kuanggap tidak logik, mudah sahaja aku tolak...

Di dalam pencarian hebat untuk suatu hala tuju yang aku sendiri tidak pasti... atau mungkin sahaja terlalu awal buatku... perbandingan antara Maulana Ilyas dan Imam Hassan Al Banna begitu memuncak... satu pihak mendakwa pihak lain terlalu memuja mursyid mereka dan tidak pula mengikut sunnah sebenar Rasulullah... Islam tidak tertegak tanpa hati-hati yang inginkan Islam... maka satu kumpulan begitu fokus untuk menarik hati-hati ini... Manakala satu pihak lagi mendakwa, Islam tidak akan tertegak tanpa Ia sendiri perlu berada dipuncak yang punya kuasa memerintah... Maka diusahakan bersungguh-sungguh untuk sekurang-kurangnya punya kuasa mendesak... Arghhh... fasa yang sungguh keliru!!

Namun kemuncak kepada segala pencarian ini adalah fasa pilihanraya... aku jadi hairan dan cukup berbekas dihatiku apabila iklan-iklan keganasan dan hal-hal negatif begitu memuncak berkaitan dengan wajah-wajah bersih yang secara serius aku rasakan sejuk mata memandang... Akal logikku yang pada tahap itu masih terlalu di awal pembentukan remaja tidak dapat menerima segala bentuk iklan-iklan begitu... benar-benar tidak dapat menerimanya... maka sahaja aku cuba untuk mengenali wajah-wajah ini dengan lebih dekat... dan disinilah aku mula kenal tentang bulan!!!

Bertambah erat pautanku ini apabila pada suatu hari aku dapat bertentang mata dan bersalam kucup tangan dengan Tok Guru Nik Aziz pada suatu majlis yang dihadiri di Johor... ketika itu, usiaku genap 13 tahun dan dalam hatiku telah terdetik bahawa... inilah jalanku selepas ini... dan jalan anda pula bagaimana??...

p/s: aku mencoretkan perihal ini kerana aku mendapat sebuah email daripada seorang forumer TKO yang bertanyakan apa sebenarnya fikrahnya aku ini... Hanya kerana mengenali Aduka Taruna dan kebetulan cukup baik dan mesra dengan beliau... peganganku di tolak... oh, sebetulnya aku cukup sedih dengan singkat pemikiran begini... generasi muda gagal difahami.. gelojak jiwa muda gagal ditafsir... benar, Aduka dari satu sisi cukup melampau dengan mainan bahasanya... tetapi jauh daripada itu mengapa tidak diselami hati mudanya... apa yang cuba diluahkannya... generasi ini genarasi yang dahagakan maklumat... hidangkan maklumat itu selengkapnya sambil jangan pula berani cuba berbohong... sejak aku mula menyayangi PAS... aku tidak pernah sekalipun untuk tidak menyayanginya lagi... malah ketahuilah setiap hari kasihku bertambah... apatah melihat bagaimana Kerajaan ini terus memerintah...Ya Allah... moga kau percepatkanlah kebangkitan dan kemenangan Islam... Salam Sejahtera buat seluruh pejuang PAS... berpuak-puak dan bergolongan-golongan adalah normal... mengikut cenderungnya pendapat masing-masing... tetapi sekali PAS... pastikan tetap PAS... sehinggalah Islam dibuang... baru kita tinggalkan Ia!!

Teruskan Bacaan......

Wednesday, May 20, 2009

Tentang Bulan...

Sewaktu kecil... ada yang menggelarku budak gila buku... ya, hidupku tidak lengkap jika aku tidak membaca apa-apa buku dalam sehari... siapa yang pernah dapat anugerah emas NILAM ( Nadi ilmu Amalan Membaca) pasti tau berapa jumlah buku yang perlu dibaca dan dicatatkan dalam setahun... dan jenis buku yang paling terkesan padaku adalah siri tokoh-tokoh Islam yang sehingga kini masih banyak dalam simpananku... ya memerlukan masa yang sangat panjang untuk menghuraikannya...

Namun, waktu itu... aku seakan-akan ditanamkan dalam diriku bahawa untuk jadi hebat seperti mereka, aku perlu berani menyendiri... berani bertindak secara one man show dan berkelakuan hero... maka aku akan dipandang hebat... Sejarah panjang mereka-mereka yang aku baca ini tidak menemukanku akan namanya kerja berjemaah... aku sangat keliru... malah betul-betul keliru...

Tinggalkan kisah itu... keliru bagi kanak-kanak adalah normal kerana seakan-akan semuanya adalah perkara baru dalam hidup... sebut sahaja tidak punya pengalaman lagi...

Sekitar tahun 1998-1999, Malaysia berada dalam tahun-tahun panas... sangat panas sehingga juga mempengaruhi pembentukan diriku yang ada kini...tahun-tahun ini sangat banyak kumpulan-kumpulan tablig keluar di masjid kampungku... agak menarik method mereka... sempat juga aku ikuti program ta'lim dan bayan malah pernah juga cuba-cuba keluar walau sekadar di kampung sendiri... tidak sukar, sekadar tidur di masjid sendiri... dan di sinilah aku mendengar segala pandangan-pandangan tablig melalui penceritaan daripada maulana-maulana yang mereka begitu hormati... pesanan maulana begitu dekat dengan mereka...

Dan diwaktu yang sama... ayahku begitu sibuk sekali... aku kurang mengerti pada mulanya... tapi melalui pemerhatianku... negara sedang bergoncang... cuma aku belum faham apa yang sedang berlaku sebenarnya.. keluar jam 7 pagi pulang jam 2 pagi... rutin ayahku yang tidak mampu lagi aku persoalkan... sehinggalah Pilihan raya 1999... tetapi pada suatu hari, sewaktu cuti hujung minggu, ayahku telah membawaku ke dalam suatu majlis... ya agak meriah.. dihadiri sekitar 30 orang muslimin... dibentuk suatu bulatan dan mereka kelihatan berborak-borak dan kadang kala sedikit serius... ada seorang yang agak alim perwatakannya menjadi ketua... ces aku menjadi bahan usikan mereka saat itu... katanya akulah bakal pewaris perjuangan... erm blur!!... majlis dimulakan dengan tadarus Al-Quran.. kemudian sedikit pesanan dan di situlah aku mendengar nama Imam hassan Al Banna... kemudian mereka berborak lagi dari satu isu ke satu isu... nama Anuar seakan menjadi topik paling hangat waktu itu...

Bersambung....


Teruskan Bacaan......

Tuesday, May 19, 2009

Apabila hilang Nikmat tenang...

Bismillahirrahmanirrahim... .

Ya Allah..panjangkanlah umur sahabatku,Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,terangi hatinya dengan nur pancaran iman..


Ya Allah..tetapkanlah hatinya,perluaskanlah rezekinya,dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,jauhkanlah hatinya pada kejahatan,tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat.

Ya Muhaimin..jika dia jatuh hati,izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu.


Ya Rabbana..jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hatiMu..Ya Rabbul Izzati..jika dia rindu,rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu.


Ya Muhaimin..Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu..

Ya Allah Yang Tercinta..jika kau halalkan aku merindui sahabatku,janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakki,rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu.

Ya Allah..kurniakanlah sahabatku kesenangan,ketenangan,kebahagiaan
dan kecemerlangan hidupdi dunia dan akhirat kelak.

Ya Rabbul Izzati..bahagiakanlah hatinya sebagaimana Engkau bahagiakan hati-hati hambaMu yang lain.

Teruskan Bacaan......

Sunday, May 17, 2009

Freedom & Justice 4 All


When injustice becomes law, resistance becomes duty”….”Many will call me an adventurer - and that I am, only one of a different sort: one of those who risks his skin to prove his platitudes.”— Che Guevara (1928-1967) International Revolutionary

Please.. come and visit us... here


Teruskan Bacaan......

Tips Kurus Badan

Sapa yang kenal aku pasti tau agak berapa berat badan aku... adala dalam kurang lebih 45kg... semalam borak2 ngan sorang member masa dengar ceramah kat titi Serong... heboh kata DUN Perak akan dibubarkan... setakat nie diambil sebagai gosip2 panas je.. nak caya nanti dulu... coz benda2 nie dah jadi baru kata jadi.. malah bila dah jadipun belum tentu jadinya... ha kan x paham... (baca MB Nizar MB sah... tapi tangguh...)....

Ok terus pada tajuk... tips untuk kurus... ( pada diri sendri)... jom bekampung kat perak sebulan dari tarikh umum bubar DUN sampai menang atau kalah... amacam... ada berani Aduka ngan Uma?... korangpun nampak mcm dah mula boroi... hauhua...

Teruskan Bacaan......

Huru Hara Haru

1. Aku berjaya menewaskan abanghensem dalam perebutan disini

2. Sekarang masih menganggur.. sehingga bulan 6... bulan 7 baru kerja... bulan 12 daftar master... I'syaAllah...

3. 3 orang sepupu kawen cuti sekolah nie... ada yang tanya... aku bila lagi??... aku masih muda.. sekurang2nya lebih muda dari aduka taruna... nak tanya kak Q, kak memot, ustadz herrie... bro zack... tawaran kalian masih sahkah untuk carikan jodohku??... coz rasanya setelah diamat2ti... memang x layak untuk cari jodoh sendri... hauhua... atau kene reject??... kuang2

4. Perak masih panas... tapi semalam hujan lebat kat taiping... x sempat jumpa xenan.. dia sombong kot... huahua...

5. Politik Pas masih bincang bab cabang... bab sapa yang paling layak jadi pimpinan... si Aduka lak asyik nak membangangkan je... x sabar langsung... huhu... dah jadi mcm politik UMNO lak... zaman kalah dulu x de pulak sore2 nak jawatan.. menang tanpa betanding banyak.. tetiba zaman menang timbul lak cite2 nie... alahai... nak suh nganjak ke depan pun malas puak2 PAS nie time ceramah... ada hati nak cerita bab memerintah... mentaliti mungkin?... cakap berdegar2 suh bubar dun... tapi persediaan nak kempen x dak... markaz tempat buat ceramah untuk ahli2 kipas susah mati... yang UMNO tetap UMNO... yang PAS tetap PAS... bila kalah... x pe.. kita dah biasa kalah... ces kek punya pikiran...

6. UMNO memang dah x relevan... x yah bincang dah bab tu... tetiba ada satu puak nak tiru lak cara UMNO... x faham ...

7. Boleh sapa2 bgtau apa kuasa raja sebenarnya??... kesian nengok raja2 nie... mcm x dak apa2 je... ish salah x aku tulis mcm nie??...

8. Tetiba teringat jumpa wak Al-Banjari... ada benda nak bgtau... ces lupa lak time tu... nanti2 la bgtau...

9. Mulai sekarang... blog nie akan bernada begini... hauhua... bagaimana serasa anda?


Teruskan Bacaan......

Friday, May 1, 2009

Aku ingin Berpolitik dengan serius!!


Aku ingin serius berpolitik!!... sebenarnya aku sekarang pada fasa sangat keliru... aku tahu dan sangat yakin... kekalahan itu satu ujian... tetapi aku lupa rupanya kemenangan adalah ujian yang lebih besar... setiap zaman ada rencahnya... sangat pasti itu... aku paling tidak setuju jika ada yang membuat perbandingan orang-orang dulu x sama dengan budak sekarang... budak sekarang begitu, begini... ces... seolah-olah kejahatan itu baru ditemui pada zaman ini... bukankah kejahatan itu sesuatu yang berulang-ulang?... kerana juga merupakan ujian dari pada tuhan Maha Pencipta??...

Dan sebenarnya oleh kerana adanya yang namanya kejahatan inilah maka ada namanya kebaikan... justeru Allah telah datangkan ada kumpulan yang akan mendukung kebaikan ditengah-tengah kejahatan yang sedang berlaku... dan dinamakan usaha dakwah... untuk sekurang-kurangnya mencegah segala kejahatan dan menyeru kepada kebaikan... ah, basic yang semuapun tahu.. entah apa yang aku rapukan!!

Ah entahlah... mungkin aku berilusi kerana aku nampak kumpulan yang mendukung kebaikan itu sedang perlahan-lahan ingin Allah gantikan dengan kumpulan yang lain... erm benarkah??... Aku perlu ke Kelantan... targetku berjumpa Tok Guru Nik Aziz... ingin kuluahkan perasaanku... kerana aku rasa cukup bersalah andai aku tidak membuat sesuatu!!... ah, adakah aku ingin berpolitik dengan serius???

p/s: maka blog ini dengan rasminya akan turut berbicara soal politik selepas ini.. maka bersedialah menerima omongan aku.. sekian


Teruskan Bacaan......
Related Posts with Thumbnails

Bebaskan Tahanan ISA!!

Bebaskan Tahanan ISA!!
Wahai Pemimpin Pakatan Rakyat!! Tunjukkan Semangat Perjuangan Anda Demi Menegakkan Keadilan Kepada Rakyat Tanpa Mementingkan Harta Atau Pangkat! Tunjukkan Keikhlasan Anda!!