Moga Allah Pelihara Jemaah Ini

Syukran jazilan....

Islamic religion1

Thursday, September 27, 2007

Terbukti Aku Lemah!!!


Ramadhan pantas sahaja berlalu..tup2 sudah 15 hari umat Islam menjalani ibadah puasa...huh...kata bijak pandai Ramadhan bulan tarbiyah...tetapi mengapa sukar untuk diriku mentarbiyahkan hatiku sendiri...sukarkah untuk berbuat begitu??...ada sesapa ingin membantu aku menjawabnya???

Hari ini hati yang tenang bergelora lagi...kenapa di bulan mulia yang tiada syaitan di alam nyata ini hatiku kerap benar terkesan dengan perilaku2 dunia???...aku jadi hairan dengan diriku sendiri...TERBUKTI AKU LEMAH!!!...

Tidak berniat untuk menceritakan disini...kerana ada yang perlu disimpan dihati dan kemudian perlahan2 cuba untuk dibuang jauh dari diri...dan kini...DEMAM YANG AMAT PANAS SEKALI!!!

Moga2 menjadi kifarah dosa2 yang aku lakukan...Ya Allah bntulah hambamu yang maha lemah ini...aku merindui malam yang lebih baik dari seribu bulan!!!...sampaikanlah aku kepadanya...amin

Teruskan Bacaan......

Monday, September 24, 2007

Aku sedang berpuasa!!!

Orang berpuasa itu bukan hanya menahan diri dari makan dan minum sahaja, juga menghindari dari berbual kosong dan bercakap kotor. Jika ada yang memaki-maki kamu atau berbuat kurang ajar padamu, ucapkanlah bahawa "Aku sedang berpuasa, sesungguhnya aku sedang berpuasa" ~ (Hadis riwayat Ahmad bin Hambal Bukhari, Abu Dawud Tirmizi dan Ibnu Majah yang bersumber dari Abi Hurairah)

Aku sedikit geram hari ini...tetapi nasib baik aku teringat apa yang aku bincangkan dengan anak usrahku minggu lalu...berkaitan sebuah hadis sekitar kewajipan berpuasa...ya, hadis diatas...Aku sedang berpuasa!!..membuatkan hatiku sejuk serta merta...

Adakah kau mampu menimbang amalan yang dilakukan oleh orang lain??...acapkali aku bertanya dan aku sendiri mengingatkan diriku bahawa amalan seseorang adalah hak Allah...siapalah aku untuk mengadili apa yang dilakukan atau apa yang tidak dilakukan oleh orang lain...

Sedalam mana pengetahuanmu darihal amalanmu yang akan Allah terima??...sehingga kau sanggup berkata apa yang tidak kau ketahui hakikat apa yang berlaku...adakah dengan menghabiskan sejuzuk Al-Quran membuatkan kau rasa hebat???...dan kau menganggap mereka yang lain tidak sehebat dirimu??...

Aku setuju jika amalan berpesan2 dijadikan amalan...tetapi...nak cakap depan2 la!!...cakap belakang budak2 tadika pun tau...Aku sedang berpuasa!!!





Teruskan Bacaan......

Thursday, September 20, 2007

PRK....semakin hampir??...

Teruskan Bacaan......

Sunday, September 16, 2007

BERBUKA PUASA


"Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama ia menyegerakan dalam berbuka." -HR Bukhari Muslim

Tiada yang lebih dinantikan selama waktu berpuasa sepanjang siang melainkan waktu berbuka puasa. Apabila tiba Maghrib, maka muslimin yang berpuasa disunatkan agar menyegerakan berbuka lantaran ganjaran pahala yang lebih banyak daripada mereka yang menunda waktu berbuka.Rasulullah SAW juga menyeru umatnya agar tidak tergesa-gesa ketika berbuka puasa. Makanlah dengan sewajarnya namun janganlah pula sehingga habis waktu untuk menunaikan solat
Maghrib. Ini sejajar dengan sabda Baginda yang bermaksud:

"Apabila makanan telah dihidangkan, maka dahulukanlah makan daripada solat Maghrib dan janganlah kamu tergesa-gesa ketika makan makanan malam kamu." -HR Bukhari Muslim

Mendahului berbuka dengan memperbanyakkan doa adalah suatu yang dituntut kerana Allah SWT telah berjanji akan mengabulkan doa mereka yang berpuasa. Sebaiknya hendaklah doa yang meminta supaya diampunkan segala dosa yang pernah dilakukan pada masa lalu. Doa ini bukan sahaja dituntut ketika hendak berbuka puasa wajib tetapi juga ketika berpuasa sunat.

Terdapat beberapa doa pilihan yang boleh dijadikan pedoman ketika berbuka, iaitu:·

- "Allahumma laka shumtu wa 'alaa rizqika afthartu."
(Ya Allah, demi Engkau, aku puasa dan dengan rezeki-Mu aku berbuka)

- "Alhamdulillahiladzi a'aanani fashumtu wa razaqani fa afthartu."
(Segala puji bagi Allah, tuhan yang menolongku, sehingga aku (sanggup) berpuasa dan memberiku rezeki, sehingga aku (dapat) berbuka)

- "Allahumma laka shumnaa wa 'alaa rizqika aftharnaa, fa taqabbal minnaa innaka antas samiiul 'aliim."
(Ya Allah, demi Engkau kami berpuasa dan dengan rezeki-Mu kami berbuka, maka terimalah (puasa) dari kami. Sesungguhnya Engkau benar-benar Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui)

- "Allahumma inni as 'aluka bi rahmatikallati wasi'at kulla syai'in antaghfiralii."
(Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu dengan rahmat-Mu yang luasnya meliputi segenap (makhluk) agar Engkau mengampuni diriku)

Walau bagaimanapun, menurut Imam Nawawi dalam Kitab Al-Azkar, doa-doa berbuka puasa tiada yang sahih. Rasulullah SAW bersabda bahawa setiap individu boleh berdoa apa sahaja sesuai dengan keinginan mereka. Namun sebagai manusia biasa, adakalanya doa yang dipanjatkan tidak dimakbulkan Allah SWT. Jika hal ini berlaku maka kita hendaklah mengkaji di mana kesilapan kita. Mungkin juga makanan atau minuman yang kita ambil datang daripada sumber yang tidak sah kerana salah satu syarat supaya doa kita dimakbulkan ialah sumber makanan kita haruslah daripada sumber yang halal.

Bukan sahaja dari segi makan minum harian, malah kita sepatutnya lebih teliti dalam melakukan dan memperkatakan apa jua perkara, termasuklah dalam urusan yang kita anggap sebagai kecil dan remeh-temeh. Masalah tidak akan timbul jika kita menyelesaikan perkara yang kecil terlebih dahulu sebelum
ianya menjadi lebih besar.

Selamat berbuka dan wassalam.


Teruskan Bacaan......

Thursday, September 13, 2007

Sahur Dan Keberkatannya...


BERSAHUR untuk berpuasa termasuk sunnah Nabi Muhammad saw. Sahur bermaksud makanan atau santapan yang diberkati.

Bersumber daripada Aisyah, beliau berkata: Rasulullah saw bersabda: - Bawalah kepadaku santapan yang diberkati itu, iaitu sahur. Kadang-kadang Rasulullah makan sahur hanya dengan dua biji kurma."

Rasulullah menganjurkan supaya makan sahur melalui sabdanya bermaksud: Makan sahurlah kerana sesungguhnya dalam makan sahur itu ada berkat.

Termasuk sunnah Rasulullah ialah mengakhirkan sahur. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Darda, Rasulullah bersabda maksudnya: Makan sahurlah pada akhir malam.

Diterangkan pula, Rasulullah biasanya makan sahur kemudian terus keluar untuk bersolat. Hikmah sahur dan fadilat mengakhirkannya disebut oleh Rasulullah antara lainnya:

* Ia mempunyai unsur berkat. Makanan apa pun yang mengandungi berkat akan membantu seseorang dalam mentaati perintah Allah;

* Untuk membezakan antara puasa yang dijalankan dengan puasa ahlil kitab.

Perkara ini dijelaskan dalam sebuah hadis sahih yang bersumber daripada Amru Ibnu bahawa sesungguhnya Rasulullah pernah bersabda maksudnya: Sesungguhnya perbezaan antara puasa kita dengan puasa ahlil kitab ialah pada makan sahurnya."; dan

* Untuk membantu puasa itu sendiri seperti dijelaskan hadis yang bersumber daripada Ibnu Abbas dan diriwayatkan oleh Ibnu Majah bermaksud: “Mintalah bantuan makan sahur untuk mengatasi puasa pada siang hari. Dan mintalah bantuan istirahat sebentar pada siang hari agar kuat menjalani ibadah pada malam harinya.

Dianjurkan bersahur bukan bererti makan sebanyak-banyaknya. Apa yang penting untuk mendapatkan fadilat serta sunnahnya, walaupun dengan makan sedikit.
Dalam hadis Jabir ditegaskan bahawa Rasulullah pernah bersabda maksudnya: Barang siapa yang akan puasa hendaklah dia makan sahur, sekali pun hanya sedikit.

Ulama turut membahaskan bilakah waktu yang paling afdal untuk bersahur.

Daripada hadis, ulama membuat kesimpulan bahawa adalah lebih afdal melewat-lewatkan sahur hingga betul-betul hampir masuk waktu fajar.

Imam al-Baihaqi melalui sanad sahih menyebut adalah sahabat-sahabat Nabi Muhammad itu orang yang menyegerakan berbuka puasa dan melewat-lewatkan sahur.

Nabi juga pernah bersabda, maksudnya: Sentiasalah umatku itu dalam keadaan kebaikan selama mana mereka menyegerakan berbuka dan melambat-lambatkan sahur. Sebenarnya waktu bersahur itu adalah luas bermula dari waktu malam hari hingga masuk waktu fajar dan yang lebih afdal ialah ketika waktu Subuh hampir masuk.

Satu daripada amalan umat Islam di Malaysia ialah berhenti makan lebih kurang 10 minit sebelum azan Subuh yang disebut sebagai Imsak.

Kebanyakan daripada kita cukup berhati-hati supaya tidak melewati waktu Imsak untuk memastikan tiada sisa makanan dalam mulut.

Berkaitan dengan waktu Imsak, sebenarnya ada satu hadis yang menunjukkan adanya amalan itu. Anas meriwayatkan daripada Zaid bin Thabit: Kami telah bersahur bersama-sama dengan Nabi, kemudian Baginda bangun untuk mengerjakan solat. Aku (Anas) bertanya, berapa lama tempoh antara azan dengan sahur itu? Zaid menjawab sekadar bacaan 50 ayat al-Quran.

Hadis itu menjelaskan bahawa Nabi Muhammad berhenti makan sahur dalam kadar masa anggaran jika dibaca ayat-ayat al-Quran itu untuk 50 ayat.

Teruskan Bacaan......

Tuesday, September 11, 2007

RAMADHAN: BULAN MUHASABAH DIRI

Pada dasarnya manusia dijadikan Allah dalam keadaan fitrah. Semasa membesar pendidikan yang diterima berbeza-beza mengikut faktor pendidikan yang diterima daripada ibu bapa dan keadaan persekitaran. Faktor-faktor ini mengubah dan menjejaskan fitrah kemanusiaan. Amat beruntunglah seseorang jika pendidikan dan tarbiyah yang diterima berpaksikan Al-Quran dan Sunnah Nabi saw. Sebaliknya amat rugilah jika amalan hidup bercanggah dengan kedua-dua peninggalan Nabi (Quran & Sunnah).

Allah amat mengetahui keadaan ini. Justeru, diwajibkan berpuasa setiap tahun bagi setiap individu sebagai satu cara untuk muhasabah, mengukur dan memeriksa diri sejauh mana ketaatan telah dilakukan dan sejauh mana kemaksiatan telah ditinggalkan. Introspeksi begini jarang dapat dilakukan di luar bulan puasa. Sebagaimana kenderaan perlu di'overhaul' setelah lama digunakan, begitulah manusia perlu di'overhaul' jasmani dan rohaninya melalui amalan berpuasa. Bulan puasa dalam aspek ini merupakan masa bagi umat Islam menjalani tarbiyah dan kursus pembinaan jasmani dan rohani berlandaskan syariat Islamiah supaya dapat menjalani hidup yang lebih sempurna pada masa hadapan.

Gangguan atau rintangan yang amat mencabar bagi setiap insan ialah syaitan. Syaitan ialah musuh manusia yang utama. Tugas utama dan 'core business' syaitan tidak lain tidak bukan hanya untuk menyesatkan manusia. Setiap detik kerjanya menjahanamkan manusia supaya akan terjun ke neraka seperti mana dirinya yang tiada harapan langsung masuk syurga. Dalam otaknya sudah disetkan begitu. Kita tidak perasan musuh kita yang halus lagi ghaib ini memasang pelbagai strategi untuk memukul kita, manakala kita pula asyik dilalaikan dengan pelbagai tugas, kerja dan amalan harian lain hingga terlupa makhluk syaitan ini hendak memerangkap kita. Nasib baiklah kita ada Allah yang boleh kita minta pertolongan.

Amalan puasa diwajibkan di antara lain ialah untuk memerangi syaitan. Selain berlapar atau menahan diri dari makan dan minum, kita juga dikehendaki puasakan pendengaran, penglihatan dan perkataan. Berlapar dengan tujuan menyempitkan perjalanan syaitan. Syaitan berjalan dalam diri kita melalui saluran darah. Dengan berpuasa syaitan tidak berpeluang menjadikan pembuluhan darah kita sebagai lebuhrayanya. Telinga dipuasakan dari mendengar yang haram, mulut dipuasakan dari mengeluarkan kata-kata yang jahat seperti mengumpat dan berbohong manakala mata pula dipuasakan dari melihat perkara yang dilarang atau diharamkan. Jika dilakukan dengan penuh ketaatan syaitan tidak langsung dapat peluang memeragkap kita di bulan ini. Tambahan pula dalam bulan ini dinukilkan bulan terbukanya pintu syurga dan ditutupkan pintu neraka.

Pendek kata dalam bulan ini, kita mesti menghisab diri dan mengawasi segala tindak laku kita supaya tidak mencemari amalan puasa. Nabi sentiasa mengingatkan kita supaya jangan menyamakan bulan ini dengan bulan-bulan lain. Mesti ada kelainannya kerana inilah keistimewaannya. Jika anggapan kita Ramadan sama dengan bulan-bulan lain, maka peruntukan pahala dan rahsia Ramadhan tidak akan kita perolehi dan kecapi kelazatannya sama sekali.

Setelah mempuasakan segala indera kita dari apa yang dilarang oleh Allah, kita digalakkan mengisi sepanjang Ramadhan dengan amalan-amalan sunat seperti membaca al-Quran, bersedekah, mengaji ilmu agama, sembahyang terawih dan sebagainya. Amalan di bulan puasa dibalas dengan gandaan pahala yang banyak.

Walaupun tidur orang puasa diberikan pahala, namun memperbanyakkan tidur di waktu siang tidaklah digalakkkan sebagaimana tidak digalakkan makan banyak pada waktu malamnya. Semasa berbuka memadalah dengan makanan yang sederhana. Janganlah melampaui batas dalam menyediakan makanan berbuka. Kita perlu mengingatkan diri kita tujuan puasa ialah untuk melawan godaan syaitan dan nafsu. Jika semasa berbuka kita penuhkan dengan pelbagai juadah, maka seolah-olah kita melayan semula kehendak syaitan dan nafsu. Bermakna tujuan puasa pada hari itu masih samar-samar dan tidak memberi kesan positif. Oleh sebab itu, Nabi saw pernah bersabda ramai orang berpuasa tidak dapat apa-apa kecuali lapar dan dahaga.

Syaitan sangat suka sifat membazir malahan mereka yang membazir dikatakan kawan syaitan. Tradisi kebanyakan kita membeli juadah dan kuih-muih yang banyak untuk berbuka adalah membazir kerana semasa berbuka hanya sebahagian yang kita makan; selebihnya dibuang saja.

Akhirnya dapat dibuat kesimpulan bulan puasa adalah bulan bagi umat Islam membuat persiapan diri memperkuatkan benteng jasmani dan rohani melawan godaan syaitan dan nafsu. Jika kita dikalahkan oleh syaitan dalam bulan-bulan lain, dengan bantuan Allah insyallah kita akan menang kerana dapat mengalahkan syaitan pada bulan Ramadhan yang mubarak ini. Kemenangan ini seharusnya tidak dihadkan dalam bulan ini saja; ia perlu dihayati seterusnya pada bulan-bulan berikutnya. Ingatlah kita sedang menjalani kursus dan bengkel mujahadah sepanjang Ramadhan. Budaya sepanjang kursus/bengkel mestilah diteruskan pada bulan-bulan lain. Jika ini berjaya dilakukan barulah dikatakan objektif puasa ini mencapai matlamatnya. Sama-samalah kita lakukan semoga amalan kita diterima oleh Allah.

Teruskan Bacaan......

Monday, September 10, 2007

Kem Modal Insan...


KEDA RESORT Bendang Man, Sik Kedah...satu tempat baru yang aku terokai semalam...ya memang satu tempat baru yang cukup indah...yang juga meninggalkan satu kenangan dan kemanisan ukhwah...

Terima kasih kepada mujahid kerana sudi mengajakku ke sana...dan kalau bukan as sebab akhi..maka diriku ini tidak mungkin dapat menjejakkan kaki kesana...

Perjalanan yang mengambil masa kurang lebih 2 jam itu membuatkan aku berfikir betapa negeri Kedah belumlah boleh dianggp maju...sepanjang perjalanan kami ( aku bersama 3 orang rakan lain), kami dapat melihat betapa perkara asas iaitu jalan raya begitu teruk sekali...malah dikiri kanan jalan terdapat banyak rumah-rumah yang pada pengamatanku boleh dianggap miskin...maka, adakah kedah akan maju tahun 2010??...kayu ukur apa yang diguna untuk mengistiharkan perkara ini??

Ah tinggalkan persoalan yang kukira bersifat politik atasan itu. Kembali kepada lawatanku ini, aku juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penganjur yang telah menyediakan hadiah yang begitu banyak sehingga aku juga termasuk dalam senarai penerima hadiah. Bukan nilaian hadiah yang membuatkan aku gembira, tetapi lebih dari itu, cara penganjur meraikan tetamu amatlah menarik hati mudaku. Bukan itu sahaja...malahan, aku juga memenangi cabutan bertuah yang mana hadiahnya merupakan peralatan elektrik yang begitu relevan sekali dengan statusku sebagai mahasiswa...aku tersenyum sendirian...=))

Aku berdoa moga-moga pihak penganjur akan dapat keberkatan dan program seperti ini dapat diteruskan kerana rehlah itu memang perlu didalam sesuatu perjuangan...dan ketahuilah...aku akan membala jasa kalian melalui caraku...walaupun kalian tidak minta di balas!!!

Teruskan Bacaan......

Sunday, September 9, 2007

Ramadhan-Bila Hati Rasa Gembira

Teruskan Bacaan......

Saturday, September 8, 2007

JADUAL HARIAN SEORANG MUSLIM DI BULAN RAMADHAN


4.00 pagi Bangun
Berdoa kepad ALLAH dengan doa :
Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan
aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan. Berniatlah untuk melaksanakan
sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri.
Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.

4.20 pagi Solat Sunat Taubat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua
selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah
tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.

Solat Sunat Tahajjud
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH
Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat
kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang,
angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.

Solat Sunat Hajat
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali.
Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud
terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.

Solat Sunat Witir
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat.
Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri,
meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita,
taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.

5.00 pagi Makan Sahur
Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.

5.28 pagi Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat.
Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah.
Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.

7.00 pagi Membuat persiapan ke tempat kerja.
Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAH
agar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati.
Banyakkan istigfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh
bertanggungjawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.

10.00 pagi Sembahyang Sunat Dhuha
Ia adalah sumber rezki yg berkat kalau istiqamah diamalkan.

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran.
Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yg sia-sia.

Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang,
bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrim
mengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.

12.45 tgh Bersiap untuk solat Zohor.
Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.
Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud. Syukur setelah selesai
sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg
memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

4.15 ptg Bersedia untuk solat Asar.
Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. Bersujud
syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima
kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

5.30 ptg Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur
Tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu
masih ada dlm diri kita !!!

6.30 ptg Memperbanyakkan doa sebelum berbuka.
Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda
Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya
lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.

Apabila masuk waktu magrib.
Bacalah doa dan berbuka :
Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman
dan dengan rezki engkaulah aku berbuka. Berbuka puasa dengan makanan
manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib
berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat.

8.00 mlm Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih.
Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana
fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya
baca dengan bertadarus ( berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang
lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu
kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali
dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)

11.00 mlm Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur.
Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat : Sahaja aku berpuasa hari
esok untuk menunaikan puasa ramadhan yg wajib ke atasku , tahun ini kerana
ALLAH Taala. ( JANGAN LUPA!!!)
Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah.
Bacalah doa sebelum tidur :
Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati
yg sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur

Aku sebenarnya mengharapkan diriku dapat mengikut jadual yang seperti ini sepanjang hidupku...tapi aku tahu kemampuan diriku dan dimana tahap imanku...maka aku cuba berkongsi dengan kalian andai kalian dapat mengikuti jadual ini sebaik mungkin...ini bukan sekadar jadual...tetapi juga merupakan tarbiyah kepada diri kita sendiri..I'syaAllah...

Teruskan Bacaan......

IKUTILAH CARA RASULULLAH SAW

Rasulullah SAW melarang kita mencampurkan beberapa jenis makanan dalam satu hidangan.

1. SUSU DENGAN IKAN..better use santan
2. CUKA NGAN SUSU
3. FRUITS NGAN SUSU..forget those fruity yoghurts!
4. IKAN NGAN DAUN SALAD
5. BAWANG PUTIH NGAN BAWANG MERAH......jika dicampur boleh menyebabkan lumpuh..bawang besar jika makan continuously for 40 days boleh menyebabkan bintik2 hitam di muka..ala2 severe pigmentations gitu..
6. DAGING SEGAR NGAN DAGING KERING..or fresh fish and dried/salted fish
7. BENDA MASAM eg lemon NGAN BENDA BERASID SEPERTI CUKA
8. BUAH DELIMA NGAN SERUNDING
9. CUKA NGAN NASI
10. TELUR NGAN IKAN

Semua ni kalau diamalkan selalu akan menambah risiko penyakit lumpuh/stroke.

Untuk mengembalikan tenaga, tidur sebentar sebelum zohor.

ELAKKAN MELAKUKAN PERKARA YANG BERIKUT

1. Mandi air suam lepas makan kerana ini adalah lebih bahaya drpd perkara2 di atas
2. Senaman sebelum makan
3. Bersenam atau berjalan lepas makan tengahari..jarakkan at least 1/2 an hour
4. Makan buah lepas makan kerana akan menyebabkan makanan lambat dihadam
5. Meninggalkan makan malam..sabda Rasulullah SAW..untuk awet muda makanlah walaupun
sebiji tamar
6. Jangan duduk relax lepas dinner..kena bergerak at least 100 steps
7. Tidur selepas kenyang kerana akan menyebabkan sembelit.

CARA MAKAN RASULULLAH SAW

Rasulullah SAW apabila makan akan menggaul makanannya dan meninggalkannya sebentar. Baginda kemudian mencelup jari kelingkingnya dalam garam serta menghisapnya sebelum dan selepas menjamah makanan. Kenapa garam? Selain dari sumber minerals, garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir serta gangguan makhluk halus.
Rasulullah mengunyah makanan baginda sebanyak 40kali sebelum menelannya.

CARA MINUM

Jangan minum berdiri walaupun perbuatan tu makruh kerana ia makruh yang menghampiri haram.

Juga dilarang minum dari bekas yang besar sambil bernafas kedalamnya kerana nafas kita CO2 bercampur air H2O akan menukarkan sifat air kepada H2CO3..dan menyebabkannya acidic.

Atas sebab yang sama juga dilarang meniup minuman yang panas.

Cara yang di sarankan oleh Rasulullah ialah minum air seteguk-teguk dan bernafas. Begitulah lebih kurang amalan Rasulullah yang diturunkan oleh various ustaz for our iktibar..semoga memberi manafaat kepada kita semua.

Semua ini aku just copy and paste...kiranya ada kesilapan maklumat...tolong aku perbetulkan...sesungguhnya niatku cuma satu...mengikut yang sunnah itu satu kejayaan!!!

Teruskan Bacaan......

Alahai tidur...

Tidur di tengah hari

Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya. Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi:

"Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya." Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik- baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor."

Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti. Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja.

Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca- industri telah mendapati bahawa "92.5% pekerja- pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti." (Napping News: 'Scientific Proof Confirms: Napping Enhances Worker Productivity,' from eFuse).

Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai 'a midafternoon quiescent phase' atau ' a secondary sleep gate.' Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ini ialah Dr. William A. Anthony, Ph.D. dan Camille W. Anthony, pengarang buku 'The Art of Napping at Work.' Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka 'Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping.'

Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam. (Gail Benchener: 'Parents and Sleep Deprivation,' Family.com)

Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi rupa- rupanya merupakan suatu yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini.


Kalolah waktu tu dah tergelincir matahari...aku kira bukan sunnah dah...erm pandailah menilai diri sendiri...tapi satu kebenaran yang tidak boleh disangkal...dalam sunnah ada kejayaan!!!

Teruskan Bacaan......

Friday, September 7, 2007

Ramadhan Yang Dirindui....

MENYAMBUT BULAN RAMADHAN DENGAN KESYUKURAN

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,

Saya berpesan kepada tuan-tuan dan diri saya sendiri supaya bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar takwa. Marilah sama-sama kita melaksanakan segala perintah Allah dan menjauhi serta meninggalkan segala larangannya. Mudah-mudahan kita akan mendapat kebaikan di dunia, kebaikan di akhirat dan terpelihara daripada azab api neraka.

KAUM MUSLIMIM YANG BERBAHAGIA,

Samaada kita sedar ataupun tidak, setiap detik dan saat akan tetap berlalu meninggalkan kita. Setiap detik dan ketika akan menjadikan kita semakin tua di mana hari ini lebih tua dari semalam dan keadaan ini akan berterusan tanpa mempersoalkan samaada kita bersedia ataupun tidak. Begitu juga dengan perjalanan masa, hari berganti hari dan bulan berganti bulan. Di mana sekarang kita berada di penghujung bulan Sya'aban dan bulan Ramadhan akan menjelang tiba. Bulan Ramadhan merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan dan keampunan dari Allah S.W.T. bulan Ramadhan adalah bulan yang ditunggu-tunggu dan dirindui oleh setiap individu Muslim kerana di dalamnya terdapat berbagai-bagai keistimewaannya dan kelebihan yang telah disediakan oleh Allah S.W.T.

Sebagai seorang Muslim kita semestinya merasa gembira dan bersyukur dengan kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak dan sama-sama bertekad menghayati-nya dengan penuh keinsafan dan kesungguhan. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 183 :

Maksudnya : " Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa."

HADIRIN SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,

Marilah sama-sama kita menyambut kedatangan bulan Ramadhan dengan penuh rasa kecintaan dan kerinduan. Kita juga perlu membuat persediaan dan persiapan samaada dari segi jasmani dan rohani supaya Ramadhan yang disambut itu benar-benar dapat dihayati segala kelebihan dan keistimewaannya. sebagai seorang Islam kita sawajarnya merebut dan mendapatkan segala peluang keemasan dan keistimewaannya yang terdapat di dalam bulan tersebut yang terdiri daripada tawaran pahala yang berlipat kali ganda serta anugerah Lailatul Qadar dan keampunan dari segala dosa dan kesalahan.

Sabda Rasulullah S.A.W.:

Maksudnya : "Barang siap merasa gembira dengan sebab kedatangan bulan Ramadhan nescaya Allah Taala mengharamkan jasadnya daripada api neraka".

(Hadis riwayat Ahmad)

Begitu juga kedatangan bulan Ramadhan amat digeruni dan ditakuti oleh syaitan kerana pada bulan ini Allah tidak membenarkannya menghasut serta menggoda manusia melakukan kejahatan dan maksiat. Pada bulan ini syaitan akan dirantai dan dibelenggu. Dalam hal ini Rasulullah S.A.W. menjelaskan dalam hadis baginda:

Maksudnya : "Daripada Abu Hurairah R.A. bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda apabila telah tiba bulan Ramadhan, maka terbukalah semua pintu rahmat dan ditutup semua pintu neraka serta tangan-tangan syaitan dirantai".

(Hadis riwayat Ahmad)

KAUM MUSLIMIM YANG DIRAHMATI ALLAH,

Ramadhan adalah bulan yang sungguh luar biasa keistimewaannya berbanding dengan sebelas bulan yang lain. Apa tidaknya, sesungguhnya segala dosa yang dilakukan akan mendapat keampunan dari Allah bagi hamba-Nya yang melakukan ibadah pada bulan tersebut dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas serta dengan penuh pengharapan. Dalam hal ini Rasulullah S.A.W. bersabda:

Maksudnya : " Barang siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran pahala dari Allah maka diampunkan bagi-nya segala dosa yang telah lalu ".

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

HADIRIN SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,

Tunggak ibadah pada bulan Ramadhan ialah ibadah puasa iaitu menahan diri bukan sahaja daripada makan dan minum bahkan dari segala perkara-perkara maksiat dan yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari dan disertai dengan niat. Apabila seseorang itu telah berjaya menahan dirinya daripada perkara-perkara yang dinyatakan, maka layaklah ia mendapat pahala daripada Allah dengan izin dan kemurahannya.

TUAN-TUAN SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN,

Dalam konteks ibadah puasa, kejayaan menempuh ujian adalah disertai dengan sifat sabar. Sifat sabar merupakan perkara asas dalam kehidupan kita seharian terutamanya sabar dalam mengahadapi segala macam ujian hidup. Sifat sabar ini dapat dan mampu menjadikan kita seorang Muslim yang tabah dan mempunyai jati diri dalam mengahadapi ujian dan ranjau kehidupan.

Sifat sabar perlu ujud dalam diri kita untuk menyempurnakan ibadah puasa kepada Allah dengan sebaik yang mungkin. Kita hedaklah laksanakan ibadah puasa ini dengan penuh keinsafan dengan meninggalkan semua perkara yang boleh merosakkan pahala puasa kita. Elakkan diri dari melakukan perkara-perkara yang melalaikan serta boleh mengurangkan pahala puasa. Jangan jadikan puasa kita sekadar menahan diri daripada lapar dan dahaga sahaja. Firman Allah dalam surah Az-Zumar ayat 10:

Maksudnya : " Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira ".

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,

Demikianlah sebahagian daripada kelebihan ibadah puasa dan keistimewaan bulan Ramadhan al-Mubarak. Oleh itu hedaklah kita merebut peluang yang sangat berharga ini dengan beribadah yang disertai dengan rasa kesyukuran dan kegembiraan, ikhlas dan yakin terhadap kurniaan Allah yang tidak ternilai banyaknya. Sesungguhnya keistimewaan dan kelebihan berpuasa dalam bulan Ramadhan tidak akan kita nikmati jika sekiranya tidak dilakukan ibadah puasa dengan sempurna dan ikhlas. Di samping itu kita juga dituntut melakukan amalan kebajikan yang lain seperti bersedekah, berzikir, bertadarus, berzakat dan sebagainya. Dalam masa yang sama hedaklah dielakkan daripada membuat persediaan untuk berbuka puasa dan menyambut hari raya secara berlebihan.

SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN,

Bersama dengan kedatangan bulan Ramadhan marilah kita mempersiapkan diri dari segi rohani dan jasmani dengan melaksanakan perkara-perkara berikut:

  1. Banyakkan membaca Al-Quran dan memahami maksudnya.

  1. Mengerjakan sembahyang fardhu dan bertarawih secara berjamaah di masjid atau di surau.

  1. Bersedekah dan mengadakan jamuan berbuka puasa khususnya kepada sahabat, jiran tetangga dan fakir miskin.

  1. Beriktikaf di dalam masjid dan bertadarus.

  1. Mengelakkan diri dari berbual-bual kosong dengan mengisi masa dengan kerja-kerja berfaedah seperti mendalami pengetahuan mengenai fardhu ain dan fardhu kifayah.
  2. Sentiasa menjaga tutur kata, tidak hasad dengki dan gerak geri supaya tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak.

  1. Tidak membiarkan diri kita berlarutan dalam perkara-perkara yang sia-sia termasuklah tingkah laku dan perbuatan yang tidak berfaedah.

  1. Hati kita hendaklah sentiasa ingat kepada Allah s.w.t.

Di samping kita mengerjakan ibadah puasa dengan cara yang paling sempurna dan mengisi masa sebulan Ramadhan dengan amalan tersebut, kita juga hedaklah berazam untuk meneruskannya pada bulan-bulan yang berikutnya sehinggalah kita dipertemukan lagi dengan bulan Ramadhan tahun yang akan datang, INSYAALLAH.


Teruskan Bacaan......

Wednesday, September 5, 2007

Tetamu Senja...



Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat

~ A. Samad Said


Teruskan Bacaan......

Tuesday, September 4, 2007

Bile presiden datang ke rumah...


Baru sebentar tadi tuan presiden singgah ke rumahku (sebelumnya dia menelefonku dulu)...huhu...kelam kabut juga dibuatnya...tetiba aku jadi rajin menyapu...menyusun buku2..hahaha...hipokrit sungguh!!!...kalolah hari2 tuan presiden datang ke rumahku??...hahaha...

Bukan itu yang aku ingin sentuh...cumenya aku ingin memohon maaf kepada tuan presidenku yang sungguh penat bekerja...sedang aku menghabiskan masa di rumah membelek2 buku sambil menyelongkar alam maya...hehehe...aku bukanlah yang terbaik dan tidak ingin dianggap terbaik...aku melihat diriku sendiri sebagai seorang yang akan lantang membantah dan kalian pimpinan selalu berbaik sangka denganku...aku jadi kelu dan takut andai sikapku ini menjadikan jemaahku statik dan lesu...

Tidak tahu bagaimana untukku sampaikan kata hatiku...cuma aku harap ada diantara kalian membaca tulisanku kali ini...satu harapanku...buatlah keputusan kalian jika itu dianggap terbaik untuk jemaah...jangan kau pedulikan pendapatku yang aku sendiri akui lebih bersifat peribadi...satu contoh kuberi pabila aku tiba2 teringat saat presiden mengajak semua pembantu bergambar kenangan bersama...aku membantah keras hanya kerana aku tidak suka kepada mereka2 yang mengambil gambar itu...kerana pada pengamatanku...mereka sedang mempergunakan pelajar...tetapi hakikatnya, kalau setakat bergmbar muslimin muslimat menjadi isu, apa salahnya kita asingkan menjadi 2??...muslimin bersama muslimin dan sebaliknya...mungkin presiden sependapat dnganku atau saja beliau mengambil pendapatku supaya aku tidak lari dari jemaah...huhu...ketahuilah tuan presiden masukku kedalam jemaah ini tiada yang jemput!!...dan aku akan pastikan tiada sesiapa mampu menghalau diriku dari jemaah ini termasuk diriku sendiri!!...hanya Allah berkuasa melakukannya...

Dan untuk tugasanku pula...sekali lagi aku memohon ampun dan maaf andai aku selalu membuat keputusan sendiri...sebenarnya aku sedikit terkilan dengan kalian untuk keputusan yang perlu aku lakukan..tetapi tidak mengapa...aku juga mampu membuatnya sendiri...huhu...aku berdoa semoga yang terbaik bakal kita lakukan untuk jemaah ini dan untuk seluruh kampus yang kita cintai...

Tuan presiden...ada banyak sebab kenapa aku cuba menolak sebarang jawatan dulu...dan kini sedikit demi sedikit ianya terbongkar sendiri...Ya Allah janganlah kau bukakan aib diriku ini...

Teruskan berjuang rakan2ku!!!

Teruskan Bacaan......

Saturday, September 1, 2007

Memancing...erti sebuah kesabaran??


Pengalaman baru mengajarku apa erti sebenar kesabaran...mungkin tidak banyak namun aku dapat merasainya...(atau mungkin boleh dikatakan membuang masa??)...memancing ikan sesuatu yang tidak pernah aku lakukan sebelumnya dan aku bercadang untuk terus tidak melakukannya lagi selepas ini...(mungkin sebagai pemerhati akan aku pertimbangkan huhu...)

Pantai remis satu tempat asing bagiku...perjalanan kesana sahaja membuatku pening dan sedikit lelah...hajat dihati akan dapat ketenangan jiwa dan merehatkan minda yang bercelaru kebelakangan ini...namun lain yang aku temui...

Ya kalau dari segi ukhwah...aku sangat gembira untuk itu...hubunganku dengan manusia dapat aku perbaiki...malah aku jadi lebih mengenali beberapa mentor yang aku anggap cukup berpengalaman untuk aku jadikan ikutan...segala perancangan aktiviti boleh aku katakan sempurna...namun suasana persekitaran itu sendiri membuatkan aku jadi sedikit kaget dan termenung sendiri mengenai inikah negaraku Malaysia...

Memang menjadi kebiasaanku untuk memerhati dan mentafsir apa yang aku lihat ditempat baru yang aku jelajahi...kerana disitu aku yakin ada kebesaran Allah...dan kini aku terjumpa pula dengan satu lagi sikap yang aku namakan sikap bangsa Melayu...

Bermula dengan perkumpulan remaja bermotor..(mat rempit dan minag rempit??)...yang pada amatanku sedang menyambut KEMERDEKAAN negara pada pandangan mereka sedang batas pergaulan langsung tidak dipedulikan...percampuran lelaki dan perempuan...berkhemah dalam keadaan bercampur gaul dan mungkin juga mengundang banyak lagi maksiat lainnya...(aku juga berkhemah-cuba menerangkan tiada salahnya berkhemah!!)...dan inilah erti sebenar kemerdekaan pada kaca mata mereka...yang seronoknya...aktiviti ini seolah2 mendapat restu pihak berwajib!!...

Kemudian aku berjumpa pula seorang pak cik yang mengaku pantai tempat aku berkhemah dia yang punya...huhu...aku jadi garu kepala kerana belum pernah aku berjumpa situasi dimana rizap pantai ada tuan punya...hehe..oleh kerana aku yng pergi ketempat orang maka aku tidak jadi mengutarakan persoalan ini...dan katanya aku diberi percuma mendirikan khemah disitu...tapi ketika aku berkemas untuk pulang...tetap juga aku diminta membayar 10 ringgit!!..haha apalah sangat 10 ringgit itu...tapi yang aku kesalkan kenapalah Melayu ini begitu sekali sifat tamaknya...kenapa tidak berterus terang sahaja denganku sewaktu aku memang khemah??...aku boleh saja membuka kembali khemahku dan tidur di surau berdekatan!!

Tidak mengapalah...aku tetap bersyukur kerana pengalaman ini sungguh tinggi nilainya...dan aku memang tidak akan pernah serik...kerana bagiku...ragam manusia juga merupakan guru kepadaku melalui hari2 berlalu...moga2 aku masih di bawah lindugan Allah...dan pengalaman ini akan aku jadikan asas untuk aku terus berjuang dilapangan jemaah ini!!...mahasiswa juga punya peranan!!...

Jom memancing!!!...

Teruskan Bacaan......
Related Posts with Thumbnails

Bebaskan Tahanan ISA!!

Bebaskan Tahanan ISA!!
Wahai Pemimpin Pakatan Rakyat!! Tunjukkan Semangat Perjuangan Anda Demi Menegakkan Keadilan Kepada Rakyat Tanpa Mementingkan Harta Atau Pangkat! Tunjukkan Keikhlasan Anda!!