Showing posts with label Tutorial. Show all posts
Showing posts with label Tutorial. Show all posts

Thursday, 23 August 2012

Padam Rakan Facebook Anda Dengan Pantas


Assalammualaikum Semua,

Hari ne penulis nak share tentang tutorial untuk delete friend kat account facebook korang secara "bulk".

Facebook secara default tidak membenarkan perkara ini, jadi kita kena menggunakan script tertentu bagi melakukan perkara ini.

Tutorial :

1. Download extension TamperMonkey daripada WebStore Google Chrome.

TamperMonkey

2. Kemudian muat turun script ini

FacebookDeletes

** Tekan butang Install, lepas tu keluar pop-up tekan butang Yes je.

3. Kemudian pergi ke laman yang memaparkan senarai rakan-rakan FB anda.


4. Untuk mengaktifkan script tersebut, letakkan mouse anda kepada nama salah seorang rakan anda sehingga menu FacebookDeletes muncul.


5. Langkah pertama yang perlu anda lakukan, adalah tick box nama rakan-rakan fb anda yang anda tidak ingin buang. Yang anda ingin remove jangan tick.


6. Pastikan anda scroll sehingga laman bawah sekali, ini untuk memastikan semua senarai rakan anda dapat di load sebelum script tersebut digunakan. [Supaya tak jadi dua kali kerja]

7. Setelah itu tekan butang disebelah Facebook Delete Friends untuk expand menu.


8. Jika rakan anda kurang daripada 2000 letakkan 2000 di dalam kotak Delete a Maximum.

9. Kemudian tekan butang Delete all EXCEPT selected.

10. Berikan masa dari 30 hingga 1 jam sekiranya rakan anda lebih daripada 1000-2000 untuk dibuang.

11. Satu text kecil akan muncul di bawah butang Highlight Only semasa proses membuang rakan anda. Ianya akan menunjukkan jumlah rakan anda yang telah dipadam dari senarai rakan anda.

12. Script ini berfungsi seperti di bawah. Dimana rakan yang namanya mempunyai box merah akan dipadam.


13. Ingat butang HIGHLIGHT ONLY untuk TEST MOD - butang Delete all EXCEPT selected untuk BETUL2 bukan COBAAN.

** Peringantan daripada penulis, memadam rakan yang tidak dikenali tidaklah semudah menambah mereka ke senarai rakan anda. So berhati-hati semasa tekan butang ADD FRIEND.

Untuk pengguna Firefox, sila gunakan GreaseMonkey. Caranya tetap sama cuma extension berbeza.

Saturday, 28 April 2012

Tutorial Chatting Di Twitter

Assalammualaikum,


Waah nampaknya bukan facebook sahaja boleh menggunakan fungsi chatting, kini dengan bantuan extension anda boleh juga berchatting di twitter.


Ikuti cara di bawah ini untuk menggunakan twitter chat :



1. Pergi ke http://bonfire.im/extensions/ dan tekan butang install extension.


2. Kalau dah install terus sahaja ke https://twitter.com/ dan rasakan chatting di twitter.


3. Namun jangan lupa bawa kawan-kawan anda yang anda ingin ajak chatting untuk install extensions yang sama sebelum nak chatting, jika tidak anda chattinglah sorang-sorang.. XD






Wednesday, 25 April 2012

Jadikan Akaun Gmail Anda Anti-Hacker

Assalammualaikum,


Seperti yang anda semua maklum, keselamatan adalah penting semasa kita berada di atas talian, walaupun tidak seratus peratus namun kita haruslah berusaha untuk menutup semua lubang yang memungkinkan hacker untuk menceroboh masuk ke dalam privasi kita.

Di sini adalah salah satu contoh aplikasi keselamatan yang diperkenalkan oleh Google, mungkin ada antara kita yang telah menyedari perkara ini dan mungkin ada yang tidak menyedarinya langsung. Aplikasi ini dipanggil sebagai "2 Step Verification" dimana anda memerlukan pin atau kata laluan untuk membolehkan anda masuk ke dalam akaun Gmail anda. Dimana pin tersebut akan diberi secara automatik melalui pesanan ringkas SMS ataupun pesanan suara ke nombor telefon bimbit milik anda.

Untuk menggunakan perkhidmatan ini anda bolehlah ke link ini : https://accounts.google.com/b/0/SmsAuthConfig

Rasanya caranya tak perlu saya terangkan step by step cuma ikut panduan yang bakal diberikan nanti setelah anda menekan butang Get Started. Atau rujuk dokumen yang telah disediakan oleh google di link ini : http://support.google.com/a/bin/answer.py?hl=en&answer=175197

APA YANG PENTING??

Anda harus memberikan nombor telefon yang mampu dicapai kerana nombor 6 digit pin rahsia akan dikirim ke nombor telefon bimbit yang anda daftarkan dan anda memerlukan pin rahsia 6 digit tersebut untuk login ke dalam akaun Gmail anda.


Tuesday, 24 April 2012

Buang Timeline Facebook Anda


Mungkin dah ada yang tahu cara ne, di sini saya hanya berkongsi kepada siapa-siapa yang belum tahu perkara ini. Bagi peminat facebook versi lama ini adalah berita gembira, dengan menggunakan browser extension daripada www[dot]timelineremove[dot]com anda boleh kembali ke versi facebook yang lama.



Namun diingatkan kepada anda bahawa penggunaan extension ini tidak membawa perubahan kekal, hanya anda yang boleh view facebook anda dalam versi lama dan orang lain tetap view profile anda dalam versi timeline dan kesannya hanya akan berlaku dalam browser yang telah anda pasang extension ini. Sekiranya tidak maka anda tetap akan melihat facebook anda dalam versi timeline.


Walaupun begitu saya tetap menggunakannya kerana sekurangnya mata tak semak tengok facebook versi timeline yang menyemakkan mata tu... :P

Sunday, 22 April 2012

Start Page Google Chrome Menawan



Anda bosan dengan laman default google chrome anda? Jom transform ianya ke multi-task page dengan google extension yang dibawakan khas oleh visibo products dan anda akan mendapatkan Google Start Page seperti ini. Ianya menarik..  :)


Wednesday, 29 February 2012

Cara Install phpBB Ke Localhost Menggunakan Xampp


phpBB adalah salah satu Bulletin Board yang boleh dimiliki secara percuma dan boleh dimuat turun daripada laman web http://www.phpbb.com/downloads/olympus.php?sid=105a8ae82ddccab55c4293a24c9a0ed6

Disini adalah tutorial bagi anda yang hendak mencuba memasang phpBB pada localhost dan semestinya pada tutorial ini saya menggunakan Xampp kerana ianya mudah untuk dikonfigurasi.

1. Muat Turun Xampp dan pasang ke dalam PC/Laptop anda.

2. Muat turun phpBB melalui link diatas.

3. Ekstrak fail phpBB menggunakan 7-zip atau Winrar atau apa sahaja zip/rar converter.

4. Salin folder phpBB yang sudah anda ekstrak ke dalam C:\xampp\htdocs\ dan tukar nama fail anda kepada nama yang anda kehendaki contohnya saya menggunakan nama "phpbb" bagi folder fail phpbb saya.

5. PERTAMA SEKALI anda harus membuat DATABASE yang akan digunakan untuk menyimpan TABLE phpBB anda. Buka browser anda dan taip http://localhost/phpmyadmin/ dan anda akan masuk ke panel utama phpMyAdmin.


Tekan butang DATABASE untuk membuat DATABASE bagi phpBB anda


Pada kotak 1 letakkan nama DATABASE anda contoh "phpbb" kemudian tekan butang CREATE untuk membina DATABASE anda.

Anda akan nampak notifikasi ini setelah DATABASE anda berjaya dibina


Buka browser anda dan taip http://localhost/namafolderanda/ contoh http://localhost/phpbb/ dan anda akan dibawa ke panel utama untuk mengkonfigurasi phpBB anda, Tekan tab INSTALL untuk memulakan proses pemasangan phpBB anda pada LOCALHOST


Ini adalah laman utama untuk proses pemasangan phpBB anda dan anda boleh meneruskan dengan menekan butang PROCEED TO NEXT STEP


Ini adalah laman untuk memeriksa samada anda memenuhi syarat yang ditetapkan untuk memasang phpBB.


Apabila anda scroll ke bawah pada laman tadi anda akan jumpa SUPPORTED DATABASE dan pastikan salah satunya bertanda AVAILABLE untuk meneruskan proses pemasangan phpBB anda


Setelah itu scroll kebawah lagi dan tekan butang START INSTALL


Anda akan masuk ke laman KONFIGURASI DATABASE dimana anda harus memasukkan data seperti di bawah

1. Biarkan pada setting DEFAULT
2. Taip localhost kerana anda memasang pada localhost
3. Taip NAMA DATABASE yang anda telah buat tadi di phpMyAdmin contohnya seperti yang saya gunakan tadi "phpbb"
4. Masukkan USERNAME anda contoh ADMIN dan pada bahagian PASSWORD biarkan kosong
5. Biarkan pada setting DEFAULT


Sekiranya anda telah memasukkan maklumat tepat pada laman sebelumnya maka disini akan keluar notifikasi sambungan ke DATABASE dan SERVER anda berjaya


Ini adalah laman untuk anda memasukkan maklumat ADMINISTRATOR phpBB anda iaitu anda.

1. Biarkan pada setting DEFAULT
2. Masukkan USERNAME ADMINISTRATOR anda contoh ADMIN
3. Masukkan PASSWORD anda
4. Ulang langkah 3
5. Masukkan email anda yang sah contohnya EMAIL GMAIL/YAHOO/MSN anda
6. Ulang langkah 5
7. Sekiranya anda selesai tekan butang PROCEED TO THE NEXT STEP


Sekiranya anda telah memasukkan maklumat yang betul pada laman sebelumnya maka anda boleh meneruskan pada langkah seterusnya dengan menekan butang PROCEED TO NEXT STEP


Pada laman ini akan menunjukkan bahawa konfigurasi fail phpBB anda telah berjaya disimpan dan teruskan ke langkah seterusnya dengan menekan butang PROCEED TO NEXT STEP


Pada laman ini tiada apa yang perlu dibuat cuma tukar setting ENABLED BOARD WIDE E-MAIL daripada ENABLED kepada DISABLED memandangkan anda memasang phpBB sebagai TEST BOARD sahaja


Scroll ke bawah dan tekan butang PROCEED TO NEXT STEP


Pada laman ini anda akan dimaklumkan bahawa data-data telahpun berjaya dimasukkan ke dalam DATABASE anda dan tekan butang PROCEED TO NEXT STEP untuk langkah TERAKHIR


Sekiranya anda telah sampai ke laman ini TAHNIAH anda telah pun berjaya memasang phpBB anda yang pertama di localhost dan tekan butang LOGIN untuk masuk ke ADMIN CONTROL PANEL anda


SELAMAT DATANG DI ADMIN CONTROL PANEL phpBB ANDA.
MUDAH BUKAN?

Tuesday, 28 February 2012

Cara Install MyBB Ke Dalam Localhost Menggunakan Xampp

Tidak banyak artikel tentang cara install MyBB ke dalam localhost ditulis oleh bangsa Melayu. Kebanyakkan merujuk kepada artikel Indonesia, ini menunjukkan Indonesia lebih maju dalam webmaster berbanding Malaysia.


Disini adalah sedikit tutorial bergambar untuk install MyBB ke dalam localhost bagi yang hendak memulakan diri dalam Webmaster.


1. Download Xampp daripada official site : http://www.apachefriends.org/en/xampp-windows.html


2. Install Xampp anda kemudian run, sekiranya service apache gagal untuk disambung sila putuskan semua sambungan internet terlebih dahulu dan start service apache kemudian connect semula internet anda.


3. Download versi MyBB terkini daripada laman web MyBB : http://www.mybb.com/downloads


4. Kemudian extract zip file anda kemudian copy folder upload ke dalam C:\xampp\htdocs


5. Rename folder upload kepada nama yang anda pilih contoh saya menggunakan nama mybb untuk folder saya.


6. Buka browser anda dan taip http://localhost/foldermybbanda/install contoh http://localhost/mybb/install/ kerana folder mybb saya adalah mybb kemudian [ENTER]


7. Anda akan dibawa ke laman utama MyBB untuk memulakan proses install MyBB anda.


Ini adalah laman utama dan tekan butang [NEXT]


Ini adalah laman License Agreement anda boleh menekan butang [NEXT]


Ini adalah laman Requirement Check dan jika semuanya seperti dalam gambar diatas, tekan butang [NEXT]


Ini adalah laman Database Configuration dan disini anda akan memasukkan maklumat database anda untuk memulakan proses INSTALL MyBB anda.


Pada bahagian Database Engine pilih MySQL Improved / MySQL [Saya cadangkan MySQL Improved] dan bukan yang lain.

Pada bahagian Database Server Hostname tulis localhost memandangkan anda memasang MyBB pada localhost.

Pada Database Username tulis root kerana ini adalah username default bagi engine SQL Xammp.

Pada Database Password tinggalkan kosong.

Pada Database Name tulis nama database yang anda create pada phpMyAdmin



Untuk membuat database yang akan anda gunakan untuk memasang MyBB anda masukkan alamat http://localhost/phpmyadmin ke dalam URL dan anda akan dibawa kepage phpMyAdmin.

Tekan pada tab Database untuk membina Database yang akan digunakan pada MyBB anda.


Masukkan nama database anda contohnya saya menggunakan nama mybb dan tekan butang [CREATE]


Anda akan nampak nama database anda pada bahagian tepi.

Kemudian balik ke laman INSTALL MyBB anda dan masukkan nama database yang anda create pada bahagian Database Name dan tekan butang [NEXT]


Ini adalah laman yang menunjukkan table MyBB telahpun berjaya dicreate ke dalam database anda dan tekan butang [NEXT]


Ini adalah laman Table Populatian anda boleh menekan butang [NEXT]


Ini adalah laman Theme Insertion anda boleh menekan butang [NEXT]


Ini adalah laman Board Configuration, jika anda hendak menggunakan DEFAULT SETTING anda boleh menekan butang [NEXT]


Ini adalah laman Create Administrator Account dimana anda akan membuat akaun pertama / user pertama pada laman MyBB anda dimana user pertama adalah Super Admin / Root Admin pada lama MyBB anda dalam kata lain merupakan WEBMASTER kepada laman MyBB tersebut.

Pada bahagian Username masukkan Username anda contohnya Admin

Pada bahagian Password masukkan password anda dan ulang semula pada bahagian Retype Password.

Pada bahagian Email Address masukkan email localhost anda samada postmaster@localhost / admin@localhost.

Setelah selesai tekan butang [NEXT]


Laman ini menunjukkan bahawa laman MyBB anda telah pun selesai dipasang dan anda boleh terus ke laman Admin Control Panel/Dashbord anda dengan menekan Admin Control Panel atau taip http://localhost/namafolderanda/admin contoh http://localhost/mybb/admin pada url browser anda.


Masukkan Username dan Password yang telah anda buat pada laman Create Administrator Account sebelum ini dan tekan butang [LOGIN]


Selamat Datang Ke Dashdboard atau Admin Control Panel anda.

Bersambung di masa lain :P

Thursday, 17 November 2011

Tutorial Cara Menggunakan IDM Crack For Life


Ramai juga lah yang bertanya macam mana nak guna benda ne, so kat sini saya akan terangkan sedikit cara penggunaan IDM Crack For Life ne...


Sunday, 13 November 2011

Cara Mengesan Profile FB Melalui Gambar

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera,

Malam ne kita berkongsi lagi mengenai satu perkara, iaitu cara mendapatkan profile FB seseorang melalui gambar yang didownload daripada FB..


Sunday, 30 October 2011

Cara Menterjemahkan Mesej Di Sebalik Gambar QRCode

Assalammualaikum...

Jika sebentar tadi kita telah membuat QRCode, kini kita akan menterjemahkan QRCode tersebut secara online. Dengan cara ini kita boleh membuat pesanan ringkas secara rahsia dengan menggunakan QRCode. Contoh kita hantar gambar QRCode kepada rakan kita dan di dalam gambar tersebut terdapat pesanan yang ingin kita sampaikan. Maka bagi menterjemahkan gambar QRCode kepada text yang boleh dibaca maka kita memerlukan QRCode "decode tools".


Tuesday, 25 October 2011

Wednesday, 14 September 2011

Tutorial : Update Facebook Status Via "YOUR NAME"


Korang mesti pernah nampak status yang kena update macam kat atas ne kan? Macam mana nak buat? Jom tengok tutorial ne.


2. Kemudian tekan butang EDIT SETTINGS


3. Kemudian keluar satu page.
- Korang ubah nama kat yang korang nak


- Kalo korang nak tambah icon klik kat butang EDIT ICON tu dan upload icon korang nak.

4. Korang nampak APP ID tu?
- Korang copy nombor tu


- Keluar kan page yang ada tulis INVALID API KEY
- Korang tukar perkataan APP yang hujung sekali dengan nombor yang korang copy tadi.


- Dia akan keluar macam kat bawah ne


6. Dah selesai dan korang boleh update status yang korang nak... Enjoy :)