Monday, November 23, 2020

Kekalkah Perpaduan orang Melayu

Satu dua tiga hari ini para pemimpin melayu umno asyik bercakap pasal perpaduan orang Melayu.

Ada yang mmpersoalkan (perpaduan) kerjasama yang dibentuk bersama antara umno dan Pas.

Setengah memberi jawapan bahawa perpaduan itu tidak akan kekal kerana sudah ada para pemimpin umno mempertikaikan.

Dan kemungkinan rancangan asal satu lawan satu yang diharap harapkan dalam PRU 15 nanti tidak boleh berlaku

Mengapa? Kerana pemimpin umno Terengganu menyatakan umno akan bertanding 32 kerusi dun dan 8 kerusi perlimen.

Sesungguhnya ia suatu yang realistic bahawa kerjasama umno dan Pas tak boleh kekal sepertimana yang diharapkan.

Seperkara lagi dalam umno sendiri isu perpaduan dalam parti juga tidak kekal dan tercetus semula kerana ada yang gila kuasa nak jadi timbalan perdana.

Mengapa? Kerana masih ada pemimpin pemimpin  yang yang bekerja berhempas pulas untuk kekal bertanding pada kerusi yang dimenangi pas (milik Parti Pas)

Tengku Razaleigh Hamzah mempertikaikan kewibawaan Pas dalam kerajaan PN sekaligus ia tidak menguntungkan umno.

Bukan setakat itu sahaja malah mereka berhempas pulas memastikan mereka menang dan sanggup menjatuhkan satu sama lain.

Mereka sanggap menjatuhkan kawan seperjuangan demi untuk mencapai matlamat masing masing.

Suasana yang tidak sihat bukan sahaja mencetuskan rasa benci membenci diantara mereka tetapi juga melibatkan akar umbi parti dan rakyat jelata.

Hal ini juga pernah berlaku pada parti Pas sehingga lahir parti Pan yang diterajui Mohammad Sabu dan GENGnya, miskipun perpaduan dalaman parti dijaga dengan rapi.

Pas hendak jadikan taudalan kepada parti parti lain tentang perpaduan dan semanagt amal jamaei yang dihadap begitu rumit oleh pihak lain. Akhirnya dalam pas sendiri perpaduan itu pecah.

Maka tidak mustahil kerjasama antara umno dengan pas juga akan pecah kerana bibitnaya sudah ada yang lahir dari mulut mulut para pemimpin umno sendiri.

Sehubungan dengan itu, Tan Sri Anuar Musa telah diserang bertubi tubi oleh pemimpin umno Johor dengan alasan Menteri wilayah persekutuan itu agen parti Bersatu.

Cakap cakap bahawa umno tidak dilayan baik oleh kerajaan PN juga timbul yang sikit sebanyak akan menjadi  punca perpaduan dalam parti akan pecah dan secara tak langsung terpalit dekat Pas dan akan jadi barah perpaduan yang dibentuk pada PRU 15 nanti.


Thursday, October 22, 2020

Boleh bekerjasama dengan kafir?

Hujahnya, ialah Abdullah bin Uraiqit yang tunjuk jalan kepada Rasulullah SAW ketika hijrah Ke Madinah.

Abdullah bin Uraiqit musyrikh Mekah diupah untuk tunjuk jalan hijrah Rasulullah SAW ke Madinah.

Diupah,maka Islam membenarkan atau boleh mengupah orang kafir bekerja makan gaji dengan Islam.

Bukan bermakna Islam boleh berkerja sama sewenang wenangnya dengan Orang Kafir, kerana Abdullah bin Uraiqit hanya individual yang diberi upah.

Seorang Individul sama sekali tidak sama perangainya dengan perangai  kumpulan.golongan atau puak kafir seperti Yahudi dan Nasrani.

Jika Malaysia Perangai Ah Chong sama sekali tak sama dengan perangai parti DAP, MCA, Gerakan dan MIC.

Pertubuhan pertubuhan tersebut ada visi dan misi serta agenda Kafirsme masing masing.

DAP yang pernah bekerjasama dengan parti Pas pernah menyatakan yang partinya tak anti Islam.

Memang betul pemimpin mereka berkata demikian.Kita kena ingat Allah sudah nyatakan bahawa sesungguhny kafir itu adalah musuh islam yang nyata.

Sesungguhnya orang kafir itu didalam hatinya tak sama dengan apa yang dicakapkan. demikian juga dengan janji yang dijanjikan.

Orang kafir janji lain buat lain.ini telah dilakukan oleh orang yahudi terhadap kerjasama yang dibentuk  bersama  Rasulullah SAW di Madinah.

Yahudi mengkhianati kerjasama tersebut. Inilah yang harus dijadikan hujah bahawa Islam tidak boleh berkerjasama dengan kafir, kecuali kafir zimmi.

Yahudi telah mempraktikan perkara tersebut selama 73 tahun di bumi Palestin atas kerjasama Al Fatahnya.

 Parti orang kafir di Malaysia, terutama sekali DAP miskipun mereka nyatakan mereka tak anti Islam.

Kata kata seumpama itu hanya dibibir mulut sahaja, bahkan mereka sudah nyatakan dengan mulut menentang sekeras kerasnya undang undang hudud dan RUU pindaan undang undang islam makhamah Syariah di Malaysia.

DAP juga mengkhianati kerjasama dengan Pas yang dibentuk pada 2008 membuat Pas  enggan lagi berkerjasama dalam pembentukan kerajaan baru di Malaysia.

Allah nyatakan bahawa hijrah duduk pada niatnya .Jika Niat semata untuk berkhawin, maka itulah sahaja yang dia dapat.

Demikian juga dengan kerjasama pas dan DAP tempoh hari. Ia duduk pada niatnya.

Niat para pemimpin Pas waktu itu tidak lain dan tidak bukan hanya berniat untuk menang pilihanraya umum 2008.Pendek cerita itulah tujuan sebenarnya.

Ini telah dihujah, bahawa kita menang dan memerintah di Kelantan setelah berkerjasama dengan parti Semangat 46. Pas menang dan memerintah Terengganu setelah berkerjasama dengan parti PKR (1999-2004).

Yang mendukacita kita banyak hujah Al Quran di tolak dan dipakai hujah Abdullah bin Uraiqit serta Ijtihad Syura Ulamak yang melayani niat mahu menang pilihanraya untuk membolehkan Islam terlaksana  di Malaysia ini, konon.

Tuesday, March 31, 2020

Menteri di malaysia seorang jutawan?


Oleh itu mengapa mesti rasa hairan dengan seorang bekas menteri yang ada wang dalam peti besi dirumahnya sebanyak RM 250,000.

Seorang menteri yang walaupun gaji pokoknya RM 18,000 satu bulan, akan tetapi aluannya 24 jam.

Maka tak mustahil pendapatan bulanan mereka tak kurang dari RM 50,000 sebulan. Malahan ada menteri yang pendapatan bulanannya sebanyak RM80, 000 satu bulan.

Betul gaji pokok RM 18,000 satu bulan, akan tetapi elauannya 24 jam. Cuba bayangkan untuk kita rasa ianya munasabah.

Mungkin anda masih ingat lagi, tiga ahli parlimen Malaysia suatu masa dulu pernah dapat hasil bulanan sebanyak RM 100,000 sebulan.

Sudah tentu tidak munasabah. Akan tetapi itulah realitinya. Ketiga tiga ahli perliman tersebut ditahan dan diakwa di mahkamah yang akhirnya mereka itu dibebaskan.

Sesungguhnya pendapatan seorang menteri walaupun gaji pokoknya hanya RM18,000 sebulan dan aluannya 24 jam pasti dapatan bulanannya tak kurang dari RM50,000 sebulan. Mungkin ada yang dapatannya sampai angka RM 100,000 sebulan.

Oleh itu, tak mustahil mereka bergelar jutawan setelah bekerja selama tiga tahun.

Bayangkan dapatan mereka RM 50,000 satu bulan. Lima bulan mereka ada wang simpanan sebanyak RM 250,000.Gaji mereka tak luak.

Mengapa? Mereka tak pakai pun dapatan bulanan itu, kerana sara hidup mereka ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

Jadi, jika mereka bekerja selama 22 bulan hasil dapatannya sebanyak RM 1.1 juta.Mungkin lebih lagi.

Dua puluh dua bulan bekerja sudah jadi jutawan.Itu kalau pendapatanya RM50,000 satu bulan bayangkan kalau dapatan mereka RM 80,000 atau RM100,000 satu bulan.

Tidak lama dahulu kita di maklumankan  bahawa bekas salah seorang menteri ada harta sebanyak RM 2 bilion.

Dan baru baru ini bekas menteri wilayah persekutuan dikatakan ada harta sebanyak RM2 bilion.

Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berceramah di Pekan Ajil Hulu Terengganu suatu masa dahulu pernah mendedahkan bahawa setiap seorang menteri di Malaysia ini ada wang sebanyak RM 300 juta.

Kenapa mesti hairan dengan kes bekas menteri belia dan sukan yang hilang wang simpanannya sebanyak RM 250,000 itu?

Monday, February 24, 2020

Anwar takut tak dapat jadi perdana menteri ke 8.


Anda barangkali boleh bersetuju yang Anwar memang takut tak dapat jadi perdana menteri ke 8.

Sebab itu Dia dan DAP hari hari mendesak Tun Dr Mahathir suapaya muktamadkan peralihan kuasa yang dikatakan telah dijanjikan.

Manakala Tun Dr Mahathir pula takut jatuh dan hilang jawatan perdana menteri yang disandang selepas PRU 14.

Kedua dua orang tokoh politik tanair ini sama sama mengidap penyakit “takut”.

DS Anwar Ibrahim takut tak dapat jadi perdana menteri dan Tun Dr mahathir 
Mohammad pula takut jatuh dan hilang jawatan perdana menteri.

Tun Dr Mahathir sangat sayang dengan jawatan perdana menteri yang disandang sekarang ini.

Bayangkan seorang perdana menteri dan banyak peluang untuk kumpul harta sepanjang menjawat jawatan tersebut.

Demikian juga DS Anwar Ibrahim yang yakin dan percaya akan mendapat menjawat jawatan perdana menteri yang diimpikan selama ini.

Sesungguhnya memang dah tiada tokoh lain yang layak diangkat sebagai ketua negara kini selepas Tun Dr Mahathir Mohammad yang dikatakan sudah tua usianya.

Atas sebab takut itulah Anwar dengan bantuan DAP berusaha untuk guling Tun Dr Mahathir daripada kerajaaan pakatan harapan.

Manakala Tun Dr Mahathir pula takut jatuh dari jawapan yang disandang sekarang dengan bantuan PKR group DS Amin Ali, umno, PAS dan GPS untuk bentuk kerajaaan baru melalui pintu belakang.

Dan telah dijenamakan bahawa kerajaan baru pintu belakang itu sebagai kerajaan pakatan nasional.

Maka kita tunggu dan lihat apakah ianya suatu reality satu dua hari lagi? Atau ia hanya suatu jerangkap samar yang dipasang oleh Tun Dr Mahathir dan DS Anwar supaya kerajaan pakatan harapan ini tanpa pembangkang.


Saturday, February 1, 2020

TAHUN BARU CHINA TAHUN TIKUS


Cuba anda bayangkan tikus yang disebut tikus membaiki labu. Apakah yang akan terjadi kepada labu yang hendak dibaikinya.

Tahun baru china tahun ini adalah tahun tikus pada orang China dan DAP merupakan dominan dalam kerajaan.

Sebut saja DAP terbayang pada kita bahawa parti itu adalah parti orang china miskipun ada orang melayu yang jadi ahlinya.

Melayu memang tidak punya power untuk agenda kaum bagi orang china. Mereka hanya boneka dan batu loncatan sahaja. Tidak lebih daripada itu.

Bayangkan tahun tikus. Pasti tikus tak sebaik babi yang haram bagi umat tetapi adalah sumber ekonomi bagi orang china.

Manakala tikus pula beri gambaran kurang baik bagi manusia dan banyak buat kacau dalam rumah kita.

Hari  ini DAP (china) kuasa besar dalam kerajaan Malaysia baru Dan tak mustahil dia boleh kacau dalam pentadbiran kerajaan pakatan harapan pada tahun 2020 ini.

Dua tiuga hari ini DAP sudah ugut Tun Dr Mahathir bahawa DAP akan keluar kerajaan  jika UEC tidak di iktiraf.

Sesungguhnya  DAP terang terangan mahu menjatuhkan Tun Dr Mahathir sebagai perdana menteri dan diganti dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mei ini jika enggan ikut arahan.

Usaha itu sangat baik bagi DAP, kerana apabila Anwar Ibrahim Jadi perdana menteri, sudah tentu timbalan perdana menteri pasti orang DAP.

Mustahil Anwar Ibrahim hendak kekal Dr Wan Azizah isterinya sebagai timbalan pardana meteri.

Jika Anwar mengekalkan Dr wan Azizah sebagai timbalan perdana menteri lagi kacau. Pasti akan dituduh kerajaan Malaysia baru ini adalah kerajaan suami Isteri.

Thursday, January 16, 2020

Al Quran akan ditulis semula?


Ini yang akan dilakukan oleh negara china sepertimana laporan media massa baru baru ini.

Negara china adalah negara kafir boleh buat apa apa sahaja mengenai Islam terhadap umat Islam rakyatnya,

Termasuk telah meruntuhkan masjid dan dan membunuh serta menghalang umat islam solat dan puasa sebulan Ramadhan.

Akan tetapi negara kita Malaysia ini adalah negara islam  agama persekutuan juga sudah ada ura ura Al Quran hendak ditulis semula.

Ada lojiknya kerana DAP melalui mulut Lim Kit Siang menyatakan bahawa negara Malaysia ini bukan negara Islam.

Sebelum ini waktu Tun Dr Mahathir Mohammad menjadi perdana menteri selama 22 tahun dicadangkan agar tafsir Al Quran hendaklah ditulis semula.

Hari ini sejak pakatan harapan jadi kerajaan sudah ada cadangan agar Al Quran di tulis semula seirama dengan hasrat  kerajaan China bahawa Al Quran akan tulis semula Al Quran.

Itu negara kafir akan tetapi negara kita negara Islam dan  agama persekutuan agama islam yang juga punya misi dan visi yang sama.

Itulah peranan dan fungsi orang orang kafir yang pernah dinyatakan oleh Allah bahawa kafir itu benci dengan islam.

Yang peliknya, orang yang menamakan dirinya islam turut terikut ikut dengan perangai azali kafir sepertimana yang disebut dalam Al Quran pada surah Al Baqarah ayat 88.

Yang maksudnya “Dan mereka (kaum yahudi) berkata pula. Hati kami tertutup (tidak dapat) menerima Islam (sebenarnya hati mereka tidak tertutup) Bahkan Allah telah melaknat mereka disebabkan kekufuran mereka, oleh itu maka sedikit benar mereka yang beriman”.

Lebih lebih lagi Allah sudah nyatakan bahawa “ orang orang yahudi dan Nasrani tidak sekali kali akan bersetuju atau suka kepada mu (wahai Mohammad) sehingga engku menurut agama mereka yang telah terpesong itu…” (Maksud ayat 102 surah Baqarah)