Hari ini ada
orang kata, menghina agong salah sikit (Kecil). Bukan salah banyak (besar)
Demikian
pernilaian yang di buat satu golongan penyokong kerajaan Pakatan harapan yang
memerintah Malaysia hari.
Oleh itu,
cadangan supaya dilucutkan kewarganegaraan terhadap mereka yang didapati
menghina agong dikatakan melampau.
Siapakah
sebanarnya yang melampau? Tidak lain dan tidak bukan mereka yang menghina agong
itulah yang melampau.
Mereka yang
mencadangankan supaya mereka menghina agong dilucutk kewarga negaraan dianggap
melampau sebenarnya bagus.
Ini bersadarkan
hadis Rasulullag SAW yang makasudnya, mengutuk seorang muslim adalah kefasikan
sedang membunuhnya adalah kekafiran (hadis riwayat jamaah kecuali Abu Daud dari
Ibu hadis Inbnu Mad’sud).
Menghina
Agong itu termasuk mengutuk seorang manusia juga melaknat seseorang mukmin dan
termasuk dosa besar disisi Islam.
Maksud
hadis, Melaknat seorang mukmin adalah bagai membunuhnya (hadis riwayat Al-
Bukhari).
Dalam sahih
Muslim dari hadis Abu Darda’ Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya Orang orang
yang suka melaknat itu tidak boleh memberi syafaat dan tidak pula menjadi saksi
pada hari kiamat.
Sabda
Rasulullah SAW lagi, tidak lah seharus
seorang sahabat itu menjadi seorang pelaknat (Hadis riwayat Muslim dari hadis Abu
Hurairah demikian pula Hakim).
Dalam hadis
lain, tidaklah seorang mukmin itu menjadi tukang laknat, pelaku kemaksiatan,
dan yang kesat kata katanya.
Rasulullah
SAW pernah menghukum seorang wanita yang melaknat untanya dengan melepaskan
unta itu darinya.
Jika
mengutuk dan menghina untanya sendiri salah besar dan boleh dijatuhkan hukuman
oleh Nabi SAW. Apatah lagi mengutuk Agong ketua agama Islam di Malaysia ini.
Sangat tidak
wajar menghina agong itu dikatakan salah sikit (kecil) Islam telah menyatakan
ia termasuk dosa besar harus dihindarinya.
Hari ini ada
golongan yang menggalakkan rakyat jelata mengutuk agong dengan alasan itu salah
sikit sahaja.