Sunday, May 20, 2018

Tidak boleh benci orang yang melakukan dosa?


Adakah orang curi ayam, larikan peti duit masjid dan mengendap perempuan mandi ketika Ramadan tidak boleh diambil tindakan?

pendapat Dr Afifi Dari Oxford Universiti bahawa kita tidak boleh benci dengan mereka yang melakukan dosa. Kita kena benci dengan dosa.

Pendapat ini banyak sokongan, Disman sokong pendapat itu.Bukan Disman seorang sahaja, malah ramai ustaz ustaz yang bercakap dalam TV sebarkan pendapat itu.

Maka orang yang mencuri ayam, larikan peti duit mesjid dan mengendap perempuan mandi memang boleh diambil tindakan mengikut pendapat tersebut.kerana mereka tidak boleh dibenci.

Jadi, Najib yang dikatakn salahgunakuasa itu juga tidak boleh dibenci. Kita kena benci dosa yang beliau lakukan, termasuk dosa baham duit rakyat berbilion ringgit.

Kita kena benci dengan dosanya, tidak boleh benci dengan pelaku dosa itu.

Pendapat ini sangat popular sekarang ini dan banyak sokongan kalangan agamawan Islam yang duduk bercakap dalam TV. Yahudi yang membunuh dengan kejam umat Islam di Palestin juga tidak wajar di benci?

Bermakna Datuk Seri Mohd Najib Razak yang melakukan jenayah kolar putih tidak boleh diambil tindakan. Tidak boleh menghukumnya miskipun beliau benar benar bersalah.

hal ini pernah berlaku pada Tun Daim Zainuddin bekas penyanggak ekonomi negara pada zaman Tun Mahathir jadi perdana menteri.

Tun Daim pernah disiasat(pengakuannya) apabila dilantik sebagai penasihat ekonomi kerajaan pakatan harapan.Bermakna dia (Tun Daim) tidak dihukum, manakala Anwar di hukum penjara sebanyak dua kali dan dibebaskan tanpa syarat untuk membolehkan beliau bergiat semula dalam politik.

Kerajaan Pakatan harapan yang di terajui Tun Dr Mahathir Mohammad kena hukum dosa Najib bukan hukum batang tubuh Najib walaupun dia bersalah?

Tun Mahathir tidak disiasat walaupun dikatakan ada harta sebanyak RM 44 bilion.Ini telah dipraktikkan oleh Mohd Najib Razak, iaitu tidak siasat Tun Dr Mahathir setelah dilantik sebagai perdana menteri ke -6.

Jika Tun Mahathir pegang pendapat tidak boleh benci dengan orang yang melakukan dosa dan hendaklah benci dengan dosa yang dilakukan Najib,sudah tentu siasat itu hanya sebagai siasatan sahaja, tidak lebih dari itu.

Tun Daim selamat, Tun Dr Mahathir dan anak anaknya juga selamat. Selamat atas muka bumi sahaja, tetapi mustahil boleh selamat diakhirat nant, Kerana Allah menyatakan azab seksa bagi mereka yang berdosa.

Jika kita berpegang dengan pendapat ini selepas ini kena tutup semua penjara.mahkamahkena tutup juga hakim hakim dan kaki tangan berkaitan kena diberhentikan, macam memberhatikan 17.000 pekerja politik di putrajaya.

Tak guna lagi ada polis, kerana mereka yang mencuri ayam, mengendap perempuan mandi dan mencuri duit mesjid tidak boleh dibenci, yang kena benci ialah dosa. Kerajaan kena hukum dosa. Macam mana hendak menghukum dosa sedangkan dosa ada, tapi tak nampak.

Oleh itu, sia sialah kerajaan  adakan undang undang untuk menghukum persalah.Persalah tidak boleh dihukum yang boleh dihukum ialah dosanya. mereka yang melakukan salahan boleh selamat dan dosa sahaja yang tak selamat.

Manusia jadi tak keruan apabila pendapat itu dipegang.

Friday, May 11, 2018

Lebih baik bekerjasama dengan BN


Negeri Perak punya masalah yang sangat besar dan sukar untuk melantik menteri besar, kerana  BN menang 27 kerusi dan pakatan harapan 29 kerusi.dan Pas 3 kerusi

Pakatan harapan boleh tubuh kerajaan jika Pas berkecuali dan menjadi pembangkang bersendirian.

Akan tetapi pas dikatakan ada minat hendak bekerjasama dengan mana mana parti untuk mentadbir negeri Perak .

Wajarkah Pas pilih pakatan harapan, sedangkan pengerusinya Tun Dr mahathir Mohammad yang juga perdana menteri ke 7 Malaysia itu anti Pas.

Wajarkah Pas pilih BN, sedangkan BN parti rasuah dan banyak salahguna kuasa yang membahayakan  negara.

Ramai yang tidak bersetuju Pas bekerjasama dengan mana mana parti, termasuk parti pakatanharapan yang memerintah kerajaan Malaysia.

Ramai juga yang tidak suka dan akan marah marah jika Pas bekerjasama dengan BN, kerana parti gabungan itu adalah paling rasuah.

Dan ramai yang mencadangan agar Pas jadi pembangkang bersama BN pada  kerajaan Pakatan harapan itu.

Felo penyelidik undang undang dan perlembagaan Malaysia (UTM) Dr Muhammad Fathi Yusof berkata langkah itu dilihat lebih startegik bagi memastikan proses pembentukan kerajaan baharu perak berjalan lancar Pas dijangka akan kerjasama dengan pakatan harapan.

Macam mana hendak bekerjasama dengan pakatan harapan sedangkan pengerusi enggan bertaubat dengan dosanya mempersenda sendakan undang undang syariah dan berkata kalau hudud dilaksanakan habis tangan orang islam dipotong.

Pas boleh bekerjasama dengan UMNO yang menjadi tulang belakang BN dalam isu nahi munkar amar ma’aruf dan Presiden Pas Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang pernah berkata yang dia boleh jadi penasihatnya.

Antara dua Parti BN dan Pakatan harapan mana lebih baik untuk pas melakukan kerjasama untuk pembentukan kerajaan.

Pakatan harapan sudah boleh membentuk dan melantik menteri besar sesiapa sahaja yang menang PRU 14 lepas, hatta dari DAP ke,jika Ia islam dari PKR ke, jika ia Islam dan BERSATU ke.

Hal ini akan berlaku macam kerajaan pakatan rakyat bermenterikan wakil rakyat pas ,Datuk Seri Nizar Jamaluddin hilang kerajaan dek 3 wakil rakyat lompat parti.

Dua wakil rakyat dari PKR dan seorang wakil rakyat dari DAP punca kerajaan perak tumbang dan bertukar tangan kepada kerajaan BN.

Oleh itu, ramai yang mahu agar pas bersendirian dan jadi pembangkang  yang baik  kepada kerajaan pakatan harapan bersama sama BN.


Tuesday, May 8, 2018

Pakatan harapan KO di Kelantan


Dua hari lepas ramai tanya penulis pasal sokongan pakatan harapan di Kelantan atas nama gelombang besar rakyat pada PRU 14 esok.

Penulis beri  jawapan pada garis kaji selidik yang di buat merdeka center,hanya 10 peratus sokongan terhadap pakatan rakyat di Negeri miskin rakyat kaya itu.

Sesungguhnya  bukan kaji selidik invoke Rafizi Ramli yang mengatakan Pas kosong di Kelantan pada PRU 14 ini.

Kajian selidik yang dbuat oleh Rafizi Ramli adalah kaji selidik retorik sedap mulut dan cakap besar yang melampau.

Penulis pernah ditawar untuk buat kajian rambang di Kelantan tidak lama dahulu oleh orang pas yang masuk amanah.

Beberapa kali masuk negeri miskin rakyat kaya ini secara sendirian untuk dapat maklumat orang kampong.(pengundi yang menentukan kalah menang sesebuah parti yang bertanding)

Keputusannnya benarlah kaji selidik yang dbuat merdeka center bahawa hanya 10 peratus sokongan rakyat Kelantan kepada pakatan harapan miskipun pelbagai fitnah dilakukan oleh Husam Musa pada kerajaan Pas itu.

Bayangkan 10 peratus sokongan rakyat Kelantan pada pakatan harapan pada PRU 14 ini.

Apakah yang akan terjadi pada calon yang bertandingan di 45 perusi DUN pada PRU 14 nanti.

Ada yang mengatakan 85 peratus calon pakatan harapan yang bertanding di negeri itu akan hilang deposit.

Pada penulis sejarah telah membuktikan PKR pernah diberi lapan kerusi DUN pada PRU 13, namun hanya satu kerusi sahaja yang menang.

Itu waktu PKR bekerjasama dengan Pas.

Bayangkan, apakah yang akan ter+jadi dengan calon amanah dan calon PKR yang bertanding semua 45 kerusi pada PRU 14,( 9 Mei 2018 esok) .

Kalau lapan kerusi boleh menang satu kerusi, sudah tentu 10 peratus sokongan itu hanya boleh membantu calon umno/BN menang pada PRU 14 esok.

Kesimpulannya, pakatan harapan kosong kerusi (KO)  Pas dan Umno berada digaris 50 -50 yang di katakan pas akan tumbang di Kelantan pada PRU esok.

Sama samalah kita tunggu keputusan PTU 14 malam esok.   


Thursday, May 3, 2018

Antara Pas tumbang di Kelantan dan Mustafa Mohammad kalah di DUN


Artikal penulis disebut oleh Dr Ridzuan Mohd Nor Calon Pas Parlimen Besut sebagai sebuah cerpen dan novel sahaja.

Tidak mengapa. Itu pandangan beliau terhadap usaha penulis sebagai penulis politik tanah air yang kerdil.

Ramai penganalisis politik tanah air yang buat ramalan bahawa Pas Kelantan tumbang pada PRU 14 ini.

Ramai juga penganalisis politik tanah air yang buat ramalan pas Kelantan tetap kekal memerintah negeri miskin rakyat kaya itu selepas PRU 14.

Penulis tidak bersetuju dengan penganalisis politik tanah air yang mengatakan pas Kelantan tumbang selepas PRU 14 yang akan diadakan pada (Rabu) 9 Mei 2018 ini.

Penulis bersetuju dengan penganalisis politik tanah air yang mengatakan Pas tetap kekal memerintah Kelantan selepas PRU 14 ini.

Mengapa penulis tidak setuju dengan penganalisis politik tanah air yang mengatakan pas tumbang kerana penganalisis itu penganalisis umno tegar

Penulis lebih bersetuju dengan penganalisis politik tanah yang mengatakan pas kekal memerintah Kelantan kerana mereka bukan penyokong tegar Pas.

Walaupun merdeka center dalam kaji selidiknya bahawa kini terdapat 55 peratus sokongan terhadap umno.hanya 35 peratus sahaja sokongan terhadap Pas dan 10 peratus sokongan terhadap pakatan harapan.

Mengikut kaji selidik merdeka center 10 peratus sokongan terhadap pakatan harapan menyebelahi umno dan 55 peratus dicampor dengan 10 peratus jadilah 65 peratus.

Bacaan inilah punca pas tumbang di Kelantan.

Pada hemat penulis umno hanya boleh menang tujuh kerusi DUN dan hilang tiga DUN Pada PRU 14 ini.

Antara Dun yang boleh dimenangi pada PRU 14 ini iaitu DUN Wakaf Baharu parlimen Tumpat yang dimenangi pas (Mohammad Rosdi Abdullah)  pada PRU 13 dengan majority 978 undi.

Kerusi DunTendung parlimen Pasir Mas yang di menangi pas ( Rozi Mohammad) dengan majoriti 978 undi.

Kerusi Dun Gual Periok parlimen Rantau Panjang yang dimenagi pas (Mohammad Awang) pada PRU 13 dengan majoriti 615 undi

Kerusi DUN Apam Putra parlimen Rantau panjang yang dimenangi pas ( Abdul Rosul Mohammad) pada PRU 13 dengan majority 879 undi.

Kerusi DUN Jelawat Parlimen Bachok yang dimenangi pas ( Abdul Aziz Kadir) pada PRU 13 dengan majority 102 undi.

Kerusi DUN Gaal parlimen Pasir Puteh yang di menangi pas ( Tuan Mazlan Tuan Mat) pada PRU 13 dengan majority 302 undi.

Kerusi DUN Guchil parlimen Kuala Krai yang dimenangi PKR ( Mohd Roslan Puteh) pada PRU 13 dengan majority 492 undi.

Dalam pada itu, Pas miskipun hanya  dapat 35 peratus sokongan sahaja itu boleh memenangi empat kerusi DUN, termasuk DUN Ayer Lanas parlimen Jeli yang di menangi Datuk Seri Mustafa Mohammad pada PRU 13  dengan majority 47 undi.

Kerusi DUN Kok Lanas parlimen Ketereh yang di menangi BN (Mohd  Alwi Che Ahmad)pada PRU 13 dengan majority 169 undi.

Kerusi DUN Selising Parlimen Pasir puteh yang dimenangi BN ( Zulkifly Ali) pada PRU 13 dengan majority 107 undi.

Kerusi DUN Dabong parlimen Kuala Krai yang dimenangi BN ( Romzi Abdul Rahman) pada PRU 13 dengan majority 279 undi.

Umno Kelantan hilang empat kerusi dan dapat tujuh kerusi DUN pada PRU 14 dan ditolak empat kerusi jumlahnya jadi tiga kerusi.

Kerusi yang diperolehi umno Kelantan pada PRU 13 sebanyak 12 kerusi dan dapat tambah 7 kerusi, jadi 19 kerusi dan hilang empat kerusi jadi 15 kerusi pada PRU 14 ini.

Inilah cerpen dan novel serta hasil daripada pengamatan penulis sejak Pas di tendang oleh Pakatan rakyat dan mengambil kira sokongan pertandingan tiga penjuru rakyat Kelantan terhadap Pas, umno dan pakatan harapan.