Spekulasi
yang bertiup kencang bahawa menteri Besar Terengganu selepas umno/BN menang
pada PRU 14 ini bukan lagi Datuk Seri Razif Abdul Rahman.
Datuk Razif
Abdul Rahman akan diganti dengan Datuk Seri Jailani Johari, Ahli Parlimen Hulu
Terengganu yang juga timbalan menteri komunikasi
yang akan diletak bertanding di DUN Kuala Berang.
Spekulasi
yang juga bertiup kencang bahawa menteri besar Terengganu selepas umno/BN
menang PRU 14 ini tidak lain dan tidak bukan ialah Datuk Seri Ahmad Shabery
Chik menteri pertanian yang akan diletak bertanding DUN Cukai.
Dan Datuk
Seri Ahmad Said ADUN Kijal mantan menteri besar Terengganu yang di tendang
Datuk Seri Mohd Najib Razak akan diletak bertanding Parlimen Kemaman.
Sesungguhnya,
Pada PRU 13 Datuk Seri Mohd Najib Razak cuba dengan sedaya upaya untuk bawa
balik SETPOL nya Datuk Jailani Ngah untuk jadi menteri besar Terengganu.
Akan tetapi gagal,
kerana disekat oleh Datuk Seri Ahmad
Said menteri besar Terengganu dengan bantuan Datuk Mohd Jidin Shafee EXCO.
Dua Datuk Jailani
dibawa balik oleh Datuk Seri Mohd Najib Razak. Hanya seorang sahaja yang lepas
iaitu Ahli Parlimen Hulu Terengganu Datuk Jailani Johari yang dilantik sebagai
timbalan menteri komunikasi.
Manakala
Datuk Jailani Ngah yang dibuat cubaan kali kedua ini tak lepas kerana namanya tiada didalam
senarai calon pada PRU 13.
Pada PRU 13
ini nama Datuk Jailani Ngah tak ada dalam senarai calon yang akan bertanding di
DUN Batu Rakit, hanya Nama Cikgu Bazlan Abdul Rahman yang tercatat.maka
tesingkirlah
Walaupun ada
yang mengatakan ada beberapa nama yang dekat dengan Datuk Seri Najib Razak
dipercayai akan disenaraikan sebagai calon menteri besar jika BN memenangi PRU
14 ini.
Akan tetapi
setakat hari ini hanya satu nama sahaja yang disenaraikan akan bertanding di
DUN Batu Rakit sekaligus ia merupakan calon menteri besar bagi menggantikan Datuk
Seri Razif Abdul Rahman.
wujud
spekulasi bahawa Datuk Jailani Johari ahli parlimen Hulu Terengganu Timbalan
menteri komunikasi yang akan bertanding di DUN Kuala Berang akan dilantik
sebagai menteri besar Terengganu selepas PRU 14 ini.
Nama Datuk
Jailani Ngah setiausaha politik Najib yang dikatakn akan dibawa balik dan
bertanding di DUN Batu Rakit menjadi
calon menteri besar Terengganu tidak wujud.
Menteri
besar sekarang, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman pula disebut-sebut akan
diletakkan bertanding di kerusi parlimen Kuala Nerus yang kini diwakili PAS
hanya spekulasi .
Terbaru nama
Datuk Jailani Ngah pengerusi program
khas Haji 1Malaysia Developmnet Berhad (1MDB) dan merupakan graduan Universiti
Kebangsaan Malaysia dalam bidang undang-undang syariah sangat serasi dengan
Terengganu Darul Iman.
Menurut
sumber, pertukaran menteri besar itu dibuat berikutan dakwaan perlu menteri
besar berkelulusan syariah selepas Tan
Sri Wan Mukhtar Ahmad kalah teruk di DUN Cukai Kemaman pada PRU 10
PRU 11 Datuk
Seri Idris Jusoh, lulusan Sains politik USM sebagai menteri besar.PRU 12 Datuk
seri Ahmad said juga lulusan sains politik USM dilantik menteri Terengganu atas
sebab Datuk seri Idris Jusoh di murka Al Sultan.
Pada PRU 13
Datuk Seri Ahmad said dilantik semula, tetapi dengan syarat hanya satu tahun
sahaja dan akan diganti dengan orang lain.
Setakat itu
tiada nama lain yang dikatakn serasi dengan kemahuan Datuk Seri Najib, maka
Datuk Seri Razif Abdul Rahman diangkat sebagai menteri besar dalam terpaksa.
Pelantikan Razif sebagai menteri besar
Terengganu pada Mei 2014 mencetuskan krisis kepimpinan dan hampir-hampir menyebabkan
kerajaan negeri terbubar dek angkara Datuk Seri Ahamd Said yang dikatakan
mengamuk akan isytihar beberapa ADUN yang setia akan keluar umno.
Macam macam spekulasi
timbul termasuk wujud kelemahan pentadbiran serta ketua bahagian dan cawangan
Umno Terengganu didakwa tidak lagi menyokong Ahmad Razif .
lebih lebih
lagi Datuk Seri Razid Abdul Rahman telah ditarik balik gelaran datuk seri oleh
Al Sultan kerana dilihat tiada kemampuan untuk memberi kestabilan kepada
keadaan politik tempatan, konon.
Oleh kerana
Datuk seri Mohd Najib Razak mengamlkan politik kroni dan nepotisme maka cubaan kedua untuk bawa balik setpolnya itu
untuk jadi menteri Terengganu bukan lagi spekulasi.
Ia adalah
realistik, kerana nama lain termasuk 10 EXCO lebih tidak layak berbanding datuk
Seri Razif Abdul Raham untuk mejawat jawatan menteri besar Terengganu.
Umno/BN Terengganu
belum tentu menang pada PRU 14 yang akan diadakan 6 Mei 2018 ini.
Pas
dikatakan akan menang empat kerusi pada
PRU 14 ini selain 14 kerusi yang sedia ada. Antara DUN yang akan di menanginya
ialah DUN Jertih yang dimenangi Mohamad
Pehimi Yusof (umno/BN) dengan Majoriti 930 undi.
DUN Kermasik
yang dimenangi Rosli Othman ( umno/BN) dengan majoriti 898 undi.DUN Jabi yang
dimenangi Mohd Iskandar Jaafar (umno/BN)
dengan majoriti 782 undi. Dun Kuala Berang yang dimenangi Tengku Putera Tengku
Awang (umno/BN) dengan majoriti 449
undi.