Dr MAZA kata Tun Dr Mahathir Mohammad orang baik. Manakala Dr Badrul Aimn pula berkata Tun Dr Mahahthir Mohammad sudah bertaubat.
Kata baik terhadap Tun Dr Mahathir Mohammad kelompat
keluar darpada mulut seorang mufti yang punya autoriti dalam bidang pengetahuan
agama Islam.
Sudah tentu ramai umat Islam yang percaya yang Dr
Maza ini pasti tidak berbohong dengan pengakuan yang dibuat.
Lebih lebih
lagi suatu pengakuan yang dibuat Dr Badrul Amin yang Tun Dr Mahathir Mohammad
sudah bertaubat.Taubat Tun Dr Mahathir itu adalah taubat politik.
Memang pada hakikatnya,mereka yang sudah bertaubat
akan jadi orang baik dan layak jadi
perdana menteri kali kedua selepas PRU 14 nanti yang mungkin akan diadakan pada
Mei 2018 ini.
Kata kata Dr Maza dan Dr Badrul Amin itu tidak lain
dan tidak bukan ialah untuk membersihkan keburukan dan kerosakan yang terpalit
pada batang tubuh bekas perdana menteri
yang dikatakan berkuku besi.
Bercakap pasal bersih. Bukan senang untuk
membersihkan keburukan dan kerosakan seseorang pemimpin yang pernah menjadi
perdana menteri selama 20 tahun lebih itu.
Rakyat jelata nampak dengan jelas Tun Dr Mahathir
Mohammad masih tidak bersih walaupun telah dikatakan baik dan sudah bertaubat.
Jika beliau orang baik dan sudah bertaubat, mana
mungkin dia masih mempertikaikan dan mempersenda sendakan hukum hakam Allah
Subhanahu wataala.
Mustahil seorang yang baik dan sudah bertaubat
mulutnya masih mengungkap kata kata yang
kasar dan keras terhadap orang lain sehingga sangguh mengatakan presiden Pas
sebagai kafir.
Hari ini kelihatan para pemimpin Negara berlumba
lumba rebut kekuasaan dan kemewahan.
Hal ini pernah dinyatakan oleh Abu Jahal ketika di tanya
oleh seorang pemuda dalam pertemuan empat mata dengan soalan apakah Muhammad
itu orang yang benar atau pendusta.
Abu Jahal menjawap, Demi Allah, sesungguhnya
Muhammad orang yang benar, tidak pernah dusta sedikit pun..
Pemuda itu bertanya lagi, apakah yang mencegah dan
menghalang kamu untuk mengikutnya.
Lalu Abu Jahal menjawap, kami berlumba lumba dengan
Bani Hasyim merebut kekuasaan dan kemewahan.
Nampak dengan jelas Tun Dr Mahathir yang dikatakan
baik dan sudah bertaubat itu semacam punya niat untuk berlumba lumba merebut
kekuasaan dan kemewahan.
Suatu masa dahulu (ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi
jadi perdana menteri) Para pemimpin Pas, termasuk Presiden dan Musyidul Amnya
pernah bertindak membersihkan keburukan dan kerosakan Tun Dr Mahathir.
Dimana sahaja mereka berceramah, mereka mengatakan Tun Dr Mahathir Mohammad ,bekas
perdana menteri itu sudah bertaubat dan insaf.
Baju boleh jadi bersih apabila guna sabun pencuci,
akan tetapi manusia tidak boleh dibersihkan, kecuali mereka bertaubat dan insaf
Bertaubatkah dan insafkah Tun Dr Mahathir
Mohammad.PresidenPas Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, minta dia bertuabat
kerana setiap yang hidup akan mati dan bertemu dengan Allah di akhirat nanti.