Wednesday, August 16, 2017

Ada usaha isikan arak dalam gelas pas



Masih ramai pemimpin Pas yang  musing ketam, selepas pas putus hubungan dengan DAP dan PKR, termasuk Haji Subky Latif  bekas ketua penerangan  Pas Malaysia.

Oleh itu, tidak hairan masih ramai yang marah marah. Bukan setakat marah, malah teramat benci dengan presiden Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang.

Penulis tidak pasti mengapa mereka marah sangat dan benci sangat dengan presiden Pas yang bertaraf ulamak sedunia itu.

Tidak sepatutnya mereka marah dan benci , kerana  presiden sekarang  seorang ulamak sedunia yang cukup sesuai sebagai presiden parti Islam se Malaysia.

Mohammad Sabu sudah pasti tidak sesuai dan sinonim, malah sangat tidak layak jadi presiden parti Islam se Malaysia.

Dia  amat layak jadi Presiden Pan yang jadi alat DAP yang berusaha keras hendak  jadikan Malaysia Negara kristian.

Atas sebab itu, Subky Latif melahirkan harapan bahawa bekas pemimpin PAS lain yang kini bersama Amanah akan kembali ke pangkuan parti Islam itu.

"Jika boleh saya mahu mereka kembali kepada PAS sebelum PRU14 atau sebelum mati. Biarlah semuanya mati dalam PAS," katanya.

Beliau kelihatan sangat sayangkan pemimpin yang tidak layak duduk dan diangkat menjadi pemimpin tertinggi, termasuk Mat Sabu, Husam Musa, Mahfuz Omar dan Khalid Samad.

Tidak dinafikan suatu hari nanti mereka yang tubuh parti Pan akan kembali kepangkuan parti Pas. Percayalah.kerana yang mereka marah dan benci hanya Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang seorang sahaja.

Mereka tidak akan kembali kepangkuan parti Islam Malaysia selagi presiden pas disandang oleh Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang.

Kalau presiden Pas bertukar tangan kepada Timbalannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sudah tentu mereka berlumba lumba kembali  semula kepangkuan parti Islam se Malaysia itu.

Mereka tak marah dan benci dengan Timbalan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Mereka tidak marah dan benci dengan Naib presiden Datuk Nik Amar Nik Abdullah. Mereka tidak marah dan benci dengan Naib presiden Ustaz Idris Ahmad. Mereka tidak marah dan benci dengan naib presiden Datuk Iskandar Samad.

Yang mereka marah dan benci hanyalah  presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang sahaja. Pendek kata semua ahli jawatankuasa pas pusat disayangi mereka yang lari tubuh parti Pan sepertimana di nyatakan oleh Haji Subky Latif.

Sebab itu Haji Subky Latif  amat sayang dan memuji muji Mat Sabu, Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Husam Musa ,termasuk yang kutuk presiden dan lari tubuh parti PAN.
Bukan setakat sayangkan mereka, malah  mereka yang kutuk dan caci  maki Datuk Seri haji Abdul Hadi Awang dianggap  sebagai pemimpin yang baik dan ada harapan untuk naik dan diangkat duduk diatas suatu hari nanti.


Thursday, August 3, 2017

Betulke Mat Sabu banyak jasa



Penulis boleh setuju dengan pendapat bahawa Mat Sabu banyak jasa pada Pas. Akan tetapi jasanya adalah jasa nagetif bukan jasa positif.

Oleh itu, beliau layak digelar sepertimana yang disebut oleh Dr Harun Din,dalam Ijtimak ulamak pas pusat suatu ketika dahulu, awas duri dalam daging, api dalam sekam dan gunting dalam lipatan.

Semasa dalam Pas Mat Sabu adalah seorang penceramah syok sendiri (SS). Mengapa tidak? Dalam kebanyakan ceramahnya, beliau berkata sesukahatinya tanpa fikir implikasinya.

Waktu berceramah beliau boleh  berkata apa sahaja dan sukahatinya melabel pemimpin umno dengan pelbagai lebal.

Sehubungan  dengan itu Mat sabu yang dikatakan banyak jasa pada Pas telah melebal Dr Mahathir Mohamad dengan label maha fira’un,

Bukan dia tidak tahu Islam larang orang orang yang beriman berbuat demikian.macam mana dia boleh berkata demikian.

Ini menunjukkan jasa beliau kepada pas adalah jasa nagetif yang pasti mecemari nama baik parti islam se malaysia.

Bukan itu sahaja, malah Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dilebalkan dengan lebal yang sangat buruk dan dilarang oleh Islam.

Tidak wajar seorang pemimpin parti islam yang berpegang dengan hadis dan Al Quran tergamak mengeluarkan kata kata buruk dan hodoh.

Pemangsa Mat Sabu seterusnya tidak lain dan tidak bukan ialah Ketua menteri Melaka Datuk Seri Rahim Tamby Chik yang terbabit dengan skandal pelajar sekolah.

Islam melarang berkata yang buruk dan mengelar orang lain dengan nama dan benda benda yang boleh mencemar nama baik seseorang miskipun ia ada asaanya.

 Seperkara lagi, satu cetusan yang sangat nagetif terhadap bangsa Melayu. Beliau membanding orang Asli dengan orang Melayu dan berkata, orang asli lebih cerdik berbanding orang Melayu.

Satu cetusan dan bandingan yang menyayat hati dan tidak wajar terhadap bangsa Melayu yang menyokong umno dan Pas.

Cuba anda bayangkan  implikasi cetusan tersebut.Memang ada orang asli yang lebih cerdik daripada orang melayu. Akan tetapi membanding semua orang Melayu bodoh kerana memberi undi kepada umno sangat nagetif dari segi politik.

Atas sebab itulah penulis mengatakan jasa Mat Sabu kepada pas banyak nagetif berbanding positif. Ia membuat nama baik pas jadi buruk dan hodoh pada mata masyarakat umum.

Tidak dapat dinafikan Mat Sabu sememang ada jasanya kepada Pas, tetapi jasanya adalah jasa yang nagetif bukan jasa positif yang boleh bagi saham kepada parti islam Se Malaysia.

Pada hemat penulis yang pernah bermesyuarat bersama dalam Lujnah penerangan Pas Malaysia, Mat Sabu seorang pemimpin yang sombong dan ego yang tinggi.

Beliau pernah berbicara dengan berkata  “aku” kekitaan ini mengambarkan yang beliau seorang yang ada sifat sombong dan ego dan sangat tidak layak jadi pemimpin dan duduk dalam Parti islam Se malaysia.