Bercakap
pasal minta Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang (presiden Pas) berundur adalah
kesinambungan G18 yang kalah dalam muktamar tahunn Pas tempohari.
Kini, Datuk
Husam Musa yang masih kekal sebagai ahli pas memainkan peranan dan tolong
goyang agar presiden Pas itu berundur dan diganti dengan timbalan Presiden
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Disini
nampak dengan jelas bahawa kebencian terhadap Haji Hadi Awang sedang berada
diatas sebagai agenda berkala G18.
Sesungguhnya,
Allah subhanahu wataala telah nyatakan bahawa orang orang kafir (yahudi dan
Nasrani) tidak sekali kali akan bersetuju dengan kamu wahai Muhammad.
Dahulu,
orang orang umno sangat benci dengan Haji Hadi Awang, miskipun bukan seorang
presiden Pas.
Maka, dapat
kita buat kesimpulan bahawa pihak umnolah mula mula tanam rasa benci terhadap
Haji Hadi Awang ini.
Dikatakan,
Haji Hadi Awang telah mengkafir umno menerusi amanat konon yang dibuat
berdasarkan kata kata dalam ceramah di Kampung Banggol Peradung, Manir Kuala
Terengganu lama dahulu.
Kata kata,
umno kata, Pas kata umno kafir. Kata kata itu tersebar secara meluas dari mulut
kemulut rakyat jelata diseluruh pelusuk Negara.
Inilah
sebagai punca Haji Abdul Hadi Awang mula mula dibenci. Dan bermula agenda berkala
agar presiden pas itu jatuh dan berundur
menerusi di serangan empat penjuru.
Sejarah
telah membuktikan bahawa orang umnolah yang mula mula benci dengan Haji
Hadi
Awang kerana takut dengan pengarah ulama pewaris nabi dalam arena politik tanah
air.
Kini Nampak
gayanya agenda tersebut telah disambung oleh kumpulan G18 pula agar Haji Hadi
Awang benar benar dapat disingkir dari jawatan presiden.
Penulis
menamakan Datuk Husam Musa dan Mahfuz Omar adalah merupakan orang yang sudah
ambil bidang tugas yang telah dibuat oleh umno agar Haji Abdul Hadi Awang
berundur dan dihanti dengan timbalannya.
Kedua dua
orang ini telah menyatakan pendiriannya yang mereka sanggup dikenakan tindakan
tata tertik atau dipecat dari parti.
Mereka
sanggup dipecat demi bidangtugas besar dan terpenting agar Haji Abdul Hadi
Awang disingkir dari jawatan presiden tanpa memikirkan bahawa benci itu adalah
sifat orang orang kafir terhadap Rasulullah SAW .
Barangsiapa
yang memiliki sifat benci dengan ulama pewaris nabi ini, sah mereka sangat
gemar dan cenderung untuk menolong orang kafir.Ia adalah sifat orang orang
maunafik.