Sesetengah orang PAS di Terengganu rasa pelik ada pemimpin PAS pusat yang sokong SIS yang telah difatwakan MAIS sebagai sesat.
Ada juga
yang kata, kita tidak hairan apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong SIS ,kerana
beliau menganuti pemikiran politik pelbagai.
Akan tetapi,
macam mana pemimpin yang menganuti pemikiran politik Islam dikatakan turut
menyokong dan membela SIS yang sesat
itu.
Belum sempat
penulis member jawapan, seorang ustaz juga ahli PAS berkata, kalau dah boleh
bekerjasama dengan orang bukan Islam begitulah jadinya.
Maaf ya, ini
bukan keluar daripada mulut penulis, tetapi ianya keluar daripada mulut seorang
ustaz ahli jawatankuasa Dewan ulamak PAS Terengganu.
Oleh itu
dapatlah penulis buat kesimpulan, bahawa memang ada kebenaran kata kata ustaz
tadi. Jika boleh bekerjasama dengan orang bukan Islam apa apa pun semuanya
tidak pelik lagi.
Datuk Seri
Anwar Ibrahim tetap dengan pendiriannya bahawa bersalaman dengan perempuan
dibolehkan dan dijadikan amalan hingga kini.
Tidak pelik
apabila beliau sendiri mengatakan SIS hanya perbezaan pendapat dalam Islam yang
boleh kita maknakan bukan sesat. Sebab itu dia tidak setuju sis di haramkan.
Tiga Ahli
Parlimen PAS dikatakan turut menyokong dan mengiakan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim
yang barangkali mempunyai pemikiran politik yang pelbagai.
Ada benarnya
mereka berkomplok dengan 21 orang ahli jawatankuasa PAS pusat untuk menjatuhkan
Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang yang telah dirintis oleh umno selama ini.
Tidak pelik
dengan tindakan seumpama itu, kerana Datuk Asri Muda pernah diogantung
keahliannya bersama 11 orang ahki jawatankuasa pAS pusat tidak lama dahulu.
Tidak
mustahil sejarah ini akan berulang semula apabila presiden enggan meletak
jawatan nanti akan diambil tindakan sama iaitu mengantung keahlian presiden
bersama 11 orang yang lain.
Namun
demikian penulis tidak merasa sebarang kepelikan apabila ada ahli jawatankuasa
pas pusat sokong sis yang difatwakan MAIS sebagai sesat.
PAS juga
turut dilebelkan sebagai parti ajaran sesat oleh Setiausaha agung umno yang
mana sebelum ini penuh mulut dicanangkan ketika dalam ceramah umum anjuran BN
PRU demi PRU.
Oleh itu,
tidak pelik lagi apa yang dilakukan oleh pemimpin Pas kerana sudah bersama sama
dengan orang bukan musuh agama Allah itu.
Wahai para
pemimpin PAS, ingat,ingat dengan kata kata Saidina Umar Al- Kattab yang
maksudanya: “ tidak ada ertinya islam tanpa organisasi dan tidak ada ertinya
organisasi tanpa displin dan tidak ada gunanya displin tanpa ketaatan”.