Thursday, December 26, 2013

Bazir ke atau salah guna kuasa?

Penganalisis politik Khoo Kay Peng berkata, kerajaan yang diterajui Datuk Seri Mohd Najib Razak membazirkan wang negara.

Beliau berkata demikian berdasarkan laporan Audit Negara. Barangkali anda semua setuju dengan label tersebut, kerana laporan audit Negara bukan laporan palsu.

Pada hemat penulis, pembaziran atau dengan kata lain membazirkan wang Negara merupakan salah laku atau salahgunakuasa yang boleh disabitkan kepada sesiapa yang melakukannya.

Barangsiapa yang melakukan pembaziran dia adalah penjenayah Negara.Lebih lebih lagi mereka itu merupakan orang yang diberi amanah untuk memimpin rakyat.

Salah satu jenayah Negara yang paling bahaya ialah “rasuah”. Rasuah adalah jenayah yang paling bahaya dan wajib di bantres untuk menyelamatkan Negara daripada muflis.

Yang membuat penulis sedih ada pihak yang mengatakan tidak boleh mesabitkan pejenayah rasuah, kerana tidak cukup bukti.

Hairan juga, kerana laporan audit Negara ada dan boleh dijadikan barang bukti yang sangat kukuh untuk mendakwa mereka yang terbabit dengan rasuah.

Persoalan yang berbangkit sekarang pihak kerajaan terutama sekali SPRM yang diberi tugas membentras enggan melaksanakan tugasnya yang diamanahkan.

Pemimpin Negara ditugaskan dan diamanahkan untuk mengurus harta Negara tidak berbelah bahagi semata mata untuk kebahgiaan dan kesejahteraan semua rakyat.

Malangnya mereka jelas salahgunakuasa dan pecah amanah setelah berkuasa yang mana mahu tidak mahu wajib dan boleh disabitkan bahawa mereka adalah penjenayah dan wajib dihukum.


Sunday, December 22, 2013

Susah hendak buktikan, atau kebal?

Dalam soal jawab membanteras Rasuah TV 3 18 Disember 2013 Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang sangat optimistik dengan seksyen 14 (2) akta Suruhan jaya Pecegah Rasuah Malaysia.

Manakala Tan Sri Hadenan Abdul Jalal berkata, susah hendak buktikan yang mereka ada kes dengan rasuah.

Datuk Takiyuddin Hassan sanggup ketepikan partinya dan secara peribadi akan mempertahankan dan menyokong penuh seksyen 14 (2) Akta Suruhanjaya pencegah Rasuah Malaysia memberi keberkesanan membanteras rasuah.

Penulis rasa terpanggil untuk mengulas pandangan Tan Sri Hadenan Abdul Jalal. Memang pun kelihatan betapa sukar untuk pihak SPRM membuktikan yang mereka yang didakwa di Mahkamah untuk disabitkan.

Pada penulis ianya bukan sukar, kerana “bilis” yang ditangkap dan dakwa boleh disabitkan dan di jatuhkan hukuman denda dan penjara.

Akan tetapi “Jerung” hatta telah didakwa maka tidak dapat disabitkan dengan alasan tiada bukti kukuh dan mereka itu dibebaskan.

Pada hemat penulis, sukar hendak buktikan hanya pada jerung jerung sahaja, manakala bilis bilis sangat senang untuk dibuktikan dan disabitkan.

Maka tidak lain dan tidak bukan mereka itu “kebal”. Bukan sahaja kebal, malah SPRM tidak boleh tangkap. Apatah lagi untuk mendakwanya di mahkamah.

Pelantikan tiga Ahli Parlimen pembangkang, Datuk Takiyuddin Hasan (PAS) Datuk Fuazi Abdul Rahman (PKR) dan Dr Tan Seng Giaw (DAP) susah juga untuk buktikan kes, selagi jerung jerung itu masih kebal.

Keballah punca SPRM tidak dapat melaksanakan tugas miskipun Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohammad sangat optimistic dengan seksyen 14 (2) Akta suruhanya jaya pencegah Rasuah Malaysia.

Oleh itu, apa apa yang dicakap oleh panel soaljawab membantras rasuah malam 18 Disember 2013 itu hanya persepsi semata mata. Tidak lebih daripada itu, hatta yang keluar dari mulut Ahli Parlimen PAS Datuk Takiyuddin Hassan sekali pun.





Saturday, December 14, 2013

Cerita tidak masuk akal

Di Kemaman. Banjir sudah surut, tetapi bantuan bentuk barangan untuk mangsa banjir bertalu talu sampai.

Tidak semena semena muncul satu berita yang memang tidak masuk akal berlaku di pusat kihdmat masyarakat salah satu DUN di parlimen Kemaman.

Penulis tidak percaya dengan cerita itu. Anda juga tidak percaya, kerana ia tidak masuk akal dan sangat tidak munasabah.

Bayangkan satu pusat khidmat masyarakat milik umno parlimen Kemaman mempunyai kaki tangan seramai dua puluh tujuh orang.

Paling tidak masuk akal, salah seorang kaki tangan lulusan SPM gajinya RM 2,400 sebulan dan pengarahnya (ketua jabatan) gajinya RM 7,000.

Cuba anda bayangkan, munasabahkah gaji ketua pusat khidmat masyarakat milik umno gajinya sebanyak itu.Sangat tidak munasabah.

Gaji itu adalah gaji seorang pengarah atau ketua jabatan sepertimana pengarah Tanah dan Galian kerajaan negeri Terengganu SUK Wisma Darul Iman.

Lagi tidak munasabah, gaji semua kaki tangan pusat khidmat masyarakat itu  dibayar oleh kerajaan negeri Terengganu.

Sangat sangat tidak munasabah cerita yang tersebar dan penulis mendengarnya. Pasti ia satu fitnah hendak memburuk buruk nama baik menteri besar Terengganu yang dikatakan sedang tunggu masa untuk jatuh dan diganti dengan nama lain.

Cerita ini datang dari mulut orang umno sendiri. Sama ada “Sah”atau “tidak” sama sama kita siasat, kerana Allah minta kita siasat apabila mendengar cerita dari seorang munafik. 




Tuesday, December 10, 2013

Kuasa Melayu akan hilang PRU 14?

Kuasa Melayu akan hilang Antara isu menarik disentuh oleh Datuk Seri Mohd Najib Razak dalam ucapan dasar perhimpunan Agung umno ke 69.

Isu Kuasa Melayu akan hilang ini dicanang sedemikian rupa oleh para pemimpin umno selepas Pas berkerjasama dengan DAP dan PKR atas nama tahaluf siasy.

Secara tidak langsung Mohd Najib Razak presiden umno dan merangkap perdana Malaysia ke 6 menyebut bahawa kuasa Melayu akan hilang selepas PRU 14.

Dengan itu, penulis berani mengatakan ia sudah lama kuasa Melayu hilang dan jadi realitinya miskipun umno tulang belakang kerajaan yang memerintah Malaysia sekarang.

Mana dia Ayat “kuasa melayu” yang ada pada kerajaan sekarang. Betul perdana menteri Melayu dan timbalan perdana menteri melayu.

Dan Menteri menteri pun boleh dikatakan ia majority berbanding dengan menteri menteri bukan Melayu, Tetapi mana dia kuasa Melayu.

Amat benarlah apa yang dikatakan bahawa kuasa Melayu akan hilang. Pada penulis, bukan akan hilang malah sudah lama hilang.

Sah dibawah umno melayu terpinggir dan terus terpinggir buat selama lamanya. Itulah puncanya melayu hilang kuasa dek umno yang mendakwa akan di perkasakannya.



Thursday, December 5, 2013

Melayu bunuh Melayu?

Tajuk ini semacam tidak musabah. Mana mungkin orang Melayu bunuh Melayu. Akan tetapi tidak mustahil ia berlaku. Malah sudah jadi realitinya.

Zaman Jahiliah ayah bunuh anak perempuan hidup hidup dan zaman Fir’aun anak lelaki di bunuh oleh kerajaan. Itu zaman manusia menderhakai Allah.

Tetapi hari ini zaman orang Melayu mengaku beriman kepada Allah, sudah ada anak  bunuh ayah, ibu dan nenek. Oleh itu, ianya munsabah tajuk diatas, Melayu bunuh Melayu.miskipun bunyinya kasar.

Apalah sangat bangsa (Melayu bunuh Melayu) jika dibandingkan darah daging sendiri tergamak dijadikan mangsa pembunuhan sejak dahulu hingga kini.

Oleh itu, tidak pelik jika Melayu bunuh Melayu berlaku secara berleluasa kini. apatah lagi melayu sama melayu yang berbeza fahaman politik pulak tu.

Bukti Melayu bunuh Melayu bukan isu baru, malah ia sudah sekian lama berlaku. Pendek kata kita sedia maklum kedai Melayu duduk dalam perkampungan Melayu boleh mampus. Tetapi kedai China boleh hidup dan pemiliknya jadi kayaraya.

Tidakkah ini melayu bunuh melayu namanya.

Inilah amalan orang melayu yang mendakwa dirinya patriotic. Atau dengan kata lain mereka mendokong fahaman nasionalisme membela bangsa, agama dan Negara.

Jika mereka mendakwa membela bangsa macam mana SABASUN satu satunya pasar raya milik bangsa melayu dikatakan tidak  di sambung lesen oleh Majlis Bandar Raya Kuala Terengganu.

Tidakkah ini, pihak kerajaan umno sendiri yang membunuh bangsanya sendiri.Apakah alasannya, penulis tidak tahu. Yang penulis dengar, SABASUN tidak akan disambung lesennya setelah memohon memperbarui lesennya

Penulis tidak tahu apakah puncanya. Tetapi yang penulis faham memang ia bertujuan membunuh Melayu.
Cuba andai bayangkan. Apakah akan terjadi dengan pasar raya milik Melayu tidak boleh operasi lagi tahun depan ini.

Sudah tentu mampus dibunuh oleh kerajaan yang diterajui Datuk Seri Ahmad Said merangkap pengerusi umno Terengganu yang sedap bercakap umno membela Melayu.

Yang penulis nampak, umno sejak dahulu  lagi bukan nak bela melayu tetapi sah akan bunuh Melayu.Amat benarlah kata KU LI suatu masa dulu, umno pengkhianat bangsa sendiri.

Mana dia motto, umno membela Melayu yang sentiasa cair dibibir para pemimpin umno itu. Melayu manakah yang umno bela, Wahai Datuk Seri Najib dan wahai MB Terengganu.
  


Saturday, November 30, 2013

Antara keras dan lembik


Barangkali ada yang setuju dengan label penulis, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat musyidul Am PAS dan matan menteri besar Kelantan itu “keras”.

Dan Menteri besar Kelantan yang baru Datuk Ahmad Yaakub  “lembik”. sebab itu tidak sampai satu tahun menerajui negeri itu sudah boleh berjumpa secara rasmi dengan perdana menteri.

Pertemuan tersebut membuat Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terkejut besar kerana sepanjang 22 tahun dia jadi menteri besar tidak semudah sepertimana yang berlaku dua tiga hari lepas.

Penulis yakin Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat keras dan tidak mudah masuk perangkap yang telah, sedang dan akan dipasang untuk jadi mangsa.

Oleh kerana Datuk Ahmad Yaakub menteri besar Kelantan yang baru ini lembik dan mudah masuk perangkap yang dipasang.

Atau dengan kata Antara Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Datuk Ahmad Yaakub berbeza pendapat bukan sahaja dalam arena politik malah mereka berbza pendapat dalam fiqh Islam.

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpegang bahawa suara wanita adalah aurat sehingga perempuan tidak dibenar menyertai musabaqah Al Quran anjuran kerajaan persekutuan.

Sebaik sahaja menteri besar Kelantan bertukar tangan kepada Datuk Ahmad Yaakub perempuan sudah boleh menyertai musabaqah Al Quran.

Bermakna Ahmad Yaakub berpegang dan fahaman kepada pendapat ulamak bahawa suara perempuan bukan aurat.

Penulis difahamkan ramai orang PAS tidak seuju dengan pegangan Nik Abdul Aziz dan setuju dengan pegangan Ahmad Yaakub dalam isu yang berbangkit.

Pada hemat penulis ini punca kerajaan persekutuan yang di terajui oleh Datuk Seri Mohd Najib Razak menjemput menteri besar Kelantan baru itu berjumpa di Putrajaya dua tiga lepas.


Lebih lebih lagi  Ahmad Yaakub berbanding dengan Nik Abdul Aziz Nik Mat lembik dan tidak keras serta mudah berurusan untuk menyelesaikan isu isu yang tertunggak Antara kerajaan negeri dan persekutuan selama 20 tahun lebih itu.


Tuesday, November 19, 2013

Betulkah Kelantan tidak boleh laksanakan hudud

"Sebelum kita pergi lebih jauh ada baiknya kita fahami dahulu apakah dia “hudud” Mustahil masih ada umat yang tidak faham apakah dia “hudud”.

Penulis yakin kebanyakan umat Islam salah faham mengenai hudud. Setengah mengatakan hudud potong tangan bagi mmereka yang mecuri dan rejam kepada mereka yang sudah kahwin melakukan zina dan 80 sebatan kepada yang belum kahwin.

Kita difahamkan hudud adalah “hukum Allah”. Ia tiada kaitan langsung dengan undang undang ciptaan manusia yang kita gunapakai yang  tidak pernah dipertikaikan miskipun ada seksyen 302 bunuh dibalas bunuh.

Persoalan yang timbul dua tiga minggu ini ada pihak yang mengatakan Kelantan boleh laksanakan hudud dan dicadang supaya negeri itu melaksanakan hukum Allah yang sudah sedia ada pada kerajaan tersebut.

Akan tetapi ada pihak yang mengatakan Kelantan tidak boleh melaksanakan hukum Allah berdalilkan bercanggah dengan undang undang sivil kerajaan persekutuan.

Atas sebab itulah kerajaan Kelantan menerusi bekas menteri besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membuat pemohonan untuk melaksanakan hudud agar berjalan tanpa gangu gugat pihak kerajaan persekutuan.

Penulis pernah menulis rencana dalam akhbar watan agar kerajaan Kelantan melaksanakan hudud (hukum Allah itu) tetapi mendapat komentar dari salah seorang ahli parlimen PAS negeri tersebut.

Komentar tersebut kelihatan betapa marahnya kepada penulis. Setahu penulis orang yang marah hendak melaksanakan hudud tidak lain dan tidak bukan orang umno menerusi pelbagai aandaian yang bukan bukan.

Buktinya ada yang tergamak menyaman hudud Kelantan.Menunjukkan mereka teramat marah dengan cadangan melaksanakan hudud dinegeri Kelantan.Hari ini salah sebuah persatuan china sudah nyatakan ketidaksetujuan perlaksanaan hudud di Kelantan.

Yang paling peliknya, ada pihak yang mengaku Islam mengatakan hudud tidak boleh dilaksanakan di Kelantan dan ada pihak yang tegas mengatakan hudud boleh dilaksanakan. Mereka terdiri daripada pengamal undang undang yang faham dengan implikasi undang undang Negara.

Penulis tetap dan berpendirian bahawa Kelantan boleh laksanakan hudud kerana hudud (hokum Allah) ada beberapa bahagian yang boleh dilaksanakan dan ada bahagian perlu ditangguh dahulu atas sebab sebab tertentu.

Oleh itu, hudud boleh dilaksanakan kerana ada bahgian yang tidak bercanggah dengan undang undang persekutuan, malah ada persamaaan dengan hudud sepertimana seksyen 302 dan hukum zina dan tuduh orang baik melakukan zina yang tidak ada pada undang undang sivil.

Penulis masih ingat dengan hadis yang maksudnya:


“Apabila hambaku bercita cita hendak melakukan satu kebaikan ditulis untuknya satu kebaikan. Jika dia benar benar melakukan kebaikan itu, ditulis 10 kebaikan, sehingga kepada 700 kali ganda . Apabila dia bercita cita untuk melakukan kejahatan dan tidak melakukannya, tidak ditulis untuknya apa apa keburukan. Jika dilakukannya, ditulis untuknya satu amalan keburukan.”


Tuesday, November 12, 2013

Betulkah Mat Sabu masih popular

Penulis tidak nafi Mat Sabu masih popular, tetapi  popularitinya sudah menurun sikit berbanding sebelum ini.

Penulis ambil bukti PAS tidak mencalonkan beliau untuk bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Sungai limau baru baru ini. 

Pada hal beliau adalah timbalan presiden yang pasti lebih popular berbanding ustaz Azam Samad.

Bemakna ustaz Azam Samad lebih popular berbanding Mat Sabu, maka namanya telah disenarai pendekkan oleh PAS yang boleh memberi kemenangan dengan majority 1,084 umdi.

Oleh itu, percubaan kali ketiga mempertahankan kerusi timbalan presiden pada 22-24 Muktamar pas ke 59 yang akan berlangusng di Shah Alam nanti akan menemui kegagalan.

Tidak dinafikan Mat Sabu bukan calang calang tokoh dalam PAS sejak dhulu lagi,tetapi Datuk Nik Amar Abdullah juga bukan calang calang calon.

Tambahan pula, pertandingan kali ini satu lama satu yang mana kelebihan undi akan memihak kepada Nik Amar berbanding Mat Sabu yang sikit tercalar dengan isu syiah dalam PAS.

Nik Amar ketika bertanding jawatan naib presiden mendapat 321 undi adalah cukup kuat berbanding Mat Sabu yang mendapat 420 undi mengalahkan ustaz Nasaruddin Mat Isa  dan ustaz Datuk Tuan Ibrahim tuan Man.






Saturday, November 2, 2013

Orang Melayu meluat dengan PAS?

Tidak dinafikan orang Melayu meluat dengan PAS, terutama orang umno dan orang macam Ibrahim Ali miskipun jadi ahli parlimen 2008 dulu atas tiket parti Islam semalaysia itu.

Sememangnya orang Melayu, terutama sekali yang tidak suka dengan undang undang Islam sangat meluat dengan PAS yang mahu melaksanakannya.

Sebab itu Ibrahim Ali yang telah dipecat umno tetap meluat dengan PAS miskipun menang sebagai ahli parlimen di Pasir Emas atas ihsan parti Islam se Malaysia itu.

Ibrahim Ali ini bukan sahaja meluat dengan pas malah dia sangat meluat dengan ulamak dalam parti itu terutama Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Haji Abdul Awang.

Beliau bukan sahaja meluat tetapi pernah suatu masa dahulu mengelarkan dua tokoh ulama PAS ini dengan gelaran ulamak tahi kucing.

Oleh itu tidak hairan percakapannya dituju  khusus kepada tokoh ulamak dalam PAS disamping melakukan penghinaan yang disengajakan untuk calar nama baik ulamak parti islam Se Malaysia sejak dahulu.

Beliau sangat anti dengan ulamak PAS sepertimana di nayatakan bahawa orang Melayu meluat dengan PAS mengenai kedudukan pilihanraya kecil DUN Sungai Limau.

Penulis masih belum lupa dengan gelagat Ibrahim Ali semasa pilihanraya kecil DUN Manik Urai Kuala Krai Kelantan dulu.

Beliau percaya PAS akan kalah di DUN tersebut atas sebab orang Melayu meluat dengan PAS sepertimana dinyatakan bahawa PAS akan kalah di DUN Sungai Limau.

PAS tetap dapat mempertahankan kerusi DUN Manik Urai  dengan majority kecil miskipun puluhan juta ringgit dilaburkan sama juga dengan apa yang dilakukan di Dun Sungai Limau yang dilihat PAS memang tak ada harapan untuk menang.

Insya Allah PAS dapat mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau 4 November ini  dengan majoriti tipis sepertimana yang pernah berlaku di DUN Manik Urai Kuala Krai Kelantan dulu..






Monday, October 28, 2013

Kita hendak tengok jerung mana yang didakwa


Kebanyakan rakyat Malaysia merungut tidak berpuas dengan bidang tugas Suruhjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendakwa jerung yang terbabit dengan rasuah.

Sejarah telah membuktikan hanya bilis bilis sahaja yang didakwa dan dijatuhkan hukuman manakala jerung jerung ada yang didakwa tetapi dibebaskan.

Ini menunjukkan jerung bebas melaku rasuah kerana kebanyakanya tidak dapat didakwa. Jika didakwa pun mereka dibebaskan atas alasan tidak cukup bukti dan tiada kes yang membolehkan mereka dijatuhkan hukuman.

Rupa rupanya tiada peruntukkan undang undang untuk mendakwa dan menghukum jerung. Hal ini telah dijelaskan oleh Tan Sri Abu Kassim Mohamad Pesuruhjaya Suruhanjaya pencegah Rasuah Malaysia dalam satu kenyataan baru baru ini.

Kenyataan itu berbunyi: “dengan adanya undang undang baru itu, SPRM akan dapat mendakwa individu yang membelakangkan kepentingan awam sehingga menyebabkan kerugian berjuta juta ringgit kepada rakyat”.

Sah undang undang SPRM sebelum ini tidak cukup peruntukkannya untuk mendakwa dan menghukum jerung jerung yang terbabit dengan rasuah.

Dan sahlah undang undang lama hanya di peruntukkan untuk memdakwa dan menghukum bilis bilis sahaja punca munculnya ketidakpuasanhati rakyat berterusan.

Oleh itu, kita hendak tengok siapakah jerung yang akan didawa dan dihukum dek adanya undang undang baru sepertimana yang dinyatakan oleh Tan Sri Abu Kassim Mohamad tempoh hari.

Maka sama samalah kita tunggu siapakah jerung pertama yang akan didakwa dan dihukum kerana laporan audit Negara terang terangan menyatakan sejak dulu lagi ada  individu jerung yang terbabit dengan rasuah tetapi tidak pernah didakwa dan dihukum.




Wednesday, October 23, 2013

Maka bunuhlah, kerana dia itu setan



Sudah tentu kita merasa takut dengan kata kata, “maka bunuhlah. Kerana dia adalah setan” yang mana telah dinyatakan oleh Rasulullah SAW menerusi sabda yang bermaksud:

“jika orang yang melintas tahu dosa apa yang dia akan dapat dengan melintasi orang yang sedang solat, naescaya berdirinya meninggu selama empat puluh tahun lebih baik baginya daripada melintasi didepan orang yang solat” (Hadis riwayat Abu Jahm al- Ansahari).

Kata kata, maka bunuhlah merupakan perintah Rasulullah SAW kepada kita terhadap orang yang “melintas” di depan orang sedang solat sepertiman sabda yang bermaksud:

 “Jika kalian hendak mendirikan solat maka solatlah dibelakang tirai atau pembatas dan jangan biarkan orang lain ,melintasi ditengahnya. Jika ada orang hendak melintasi bahagian dalam pembatasan itu, maka bunuhlah, kerana dia itu setan”

Penulis kemukakan hal ini atas sebab ada antara ketika didalam  masjid untuk menunaikan solat jumaat pandang ringan atau buat remeh temeh perkara yang begitu berat dan besar dosanya.

Malahan ada antara kita yang tidak kisah dan ambil berat melintasi depan orang sedang solat sehingga ia seolah olah menjadi perkara biasa macam juga perangai kanak kanak.

Kalau kes itu dosa kecil mustahil Rasulullah SAW berkata “bunuhlah” terhadap mereka yang melintasi orang sedang solat.

Pasti dosanya adalah dosa besar yang harus diambil berat oleh setiap kita yang mengaku umat islam yang beriman.


Monday, October 14, 2013

Jangan buat mudah dengan PRK Sungai Limau

Penulis sungguh sungguh setuju dengan pandangan bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dua tiga hari ini pasal DUN Sungai Limau.

Sememangnya betul tidak boleh ambil mudah atau buat mudah dengan Pilihanraya kecil DUN Sungai Limau yang akan diadakan pada 4 November depan.

Mengapa? Kerana pilihanraya kecil merupakan peluang bagi umno/BN menyerang habis habisan untuk robohkan kubu kuat PAS itu, macam  Dun Manik Urai, Kuala Krai Kelantan dahulu.

Bayangkan majority Pak Su Wail sebanyak dua ribu undi hilang begitu teruk dan hampir hampir kalah pada pilihanraya kecil tersebut.

Penulis melihat Dun Sungai Limau, Jerai Kedah lebih kurang sama dengan DUN Manik Urai Kuala Krai Kelantan.

Pak Su Wail bukan calang calang wakil rakyat Pas Kelantan. Pendek kata beliau merupakan wakil rakyat mesra rakyat, miskipun tidak ada ijazah macam lain lain wakil rakyat.

Demikian juga ustaz Azizan Razak yang menang lima penggal di Dun Sungai Limau yang menjadi kubu kuat PAS dan dikatakan sangat sukar untuk dirobohkan.

Dan tidak mustahil Dun Sungai Limau dapat dirobohkan pada pilihanraya kecil yang akan diadakan 4 November depan jika calonnya tidak setanding dengan ustaz Azizan Razak.

Atas sebab itulah presiden PAS Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, mahu calon yang dipilih dan bertanding nanti mestilah orangnya setanding dengan ustaz Azizan wakil rakyat mesra rakyat yang pandai jaga hati pengundi.

Pada penulis ustaz Azizan Razak pengaruhnya lebih tinggi berbanding ustaz Fadhil Mohd Nor dalam arena politik Negara.

Beliau sangat disegani dan digeruni oleh umno/BN yang merupakan musuh politik asasi disamping ada musuh dalaman sepanjnag menjadi menteri besar Kedah dalam masa singkat telah di anugerahkan gelaran Tan Sri.

Oleh itu, faktor calon harus diutamakan oleh PAS miskipun sesetengah pendapat mengatakan umno masih belum boleh menang lagi pada pilihanraya kecil nanti jika calonnya setanding dengan ustaz Azizan.

Macam juga DUN Manik Urai, Kuala Krai Kelantan yang masih kekal di tangan PAS walapun dengan majority yang sangat tipis pada pilihanraya kecil tersebut.

Lihat pilihanraya kecil DUN Kuala Besut yang mana umno sangat kecewa, kerana dengan pelaburan sebanyak RM250 juta dan tawaran seribu buah rumah percuma kepada rakyat tempatan, hanya 156 orang sahaja yang memberi undi Kepada calon umno.

Berdasarkan keputusan pilihanraya kecil Dun Kuala Besut ini, maka DUN Sungai Limau Insya Allah masih kekal milik PAS dengan majority sikit susuk. Maklumlah semua tenaga dan jentera pilihanraya umno turun habis habisan bagi mempastikan kerusi Dun tersebut roboh.






Tuesday, October 8, 2013

Presiden mahu calon Sungai Limau setanding Azizan

Untuk mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau, kubu kuat Pas, Kedah pada pilihanraya kecil ini presiden mahu calon setanding dengan Ustaz Azizan Razak.

Fikir punya fikir siapakah tokoh PAS Kedah yang setanding dengan Ustaz Azizan Razak sudah tentu tidak lain dan tidak bukan Datuk Phahrolraze Zawawi dan Dr Ismail Salleh.

Akan tetapi  tokoh ini, Phahrolrazi Zawawi menang dengan majority 3,884 undi sebagai ADUN Pengkalan Kundor yang jelas dan nyata tak boleh dijadikan calon pilihanraya kecil kali ini.

Manakala Dr Ismail Salleh yang kalah di Parlimen Jerlun dengan majority 3,720 undi ada harapan untuk dijadikan calon untuk mempertahankan kerusi Sungai Limau nanti miskipun tiada gelaran Datuk yang mana Azizan Razak ada gelaran Datuk Seri dan Tan Sri.

Jika nama Dr Ismail Salleh masih kontradik pro dan kontra, Maka Mohammad Sabu lah orangnya bukan sahaja setanding dengan ustaz Azizan Razak, malah paling layak sebagai calon Dun Sungai limau.

Mengapa tidak? Mohammad Sabu adalah timbalan presiden PAS yang walaupun tiada gelaran Datuk, Datuk Seri dan Tan Sri, dia lebih layak berbanding dengan lain lain calon di Kedah sekarang ini.

Datuk Yusof Husein barangkali tak mahu kroban jawatan Senator yang dijanka tamat tidak lagi dan berpencen.

Mohammad Sabu walaupun kalah di parlimen Pendang, tetapi dengan majority tipis iaitu 2,678 yang besar kemungkinan boleh mempertahankan kerusi Dun Sungai Limau.

Pada hemat penulis, Mohammad Sabu tokoh yang bukan sahaja setanding dengan Ustaz Azizan Razak, malah paling layak dan tidak dinafikan ada suara yang berbunyi: “Mat Sabu lagi?”.

Tetapi itulah calon yang ada harapan untuk mempertahankan kerusi Dun Sungai Limau sebagai kubu kuat PAS selama lima penggal yang pasti sangat sukar untuk umno robohkan. Lebih lebih lagi beliau adalah pemimpin nombor dua PAS Pusat.



Thursday, October 3, 2013

Siapa ulamak ganti Mat Sabu



Penulis sudah jawap siapa ulamak ganti Mat Sabu dalam tulisan yang dianggap sebuah tulisan melaga lagakan PAS.

Saya tidak ada nait untuk melaga lagakan pemimpin PAS, lebih lebih lagi para pemimpin kebanyakan cerdik belaka.

Siapakah penulis berbanding para pemimpin yang dikatakan oleh musyidul PAS, bahawa orang PAS adalah ulamak belaka.

Penulis tidak kisah sangat dengan adanya orang pas akar umbi yang tak boleh menerima label yang dilabel semua orang pas ulama oleh Datuk Nik Aziz Nik Mat tempuh hari.

Penulis namkan Datuk Tuan Ibrahim Man, adalah orang yang boleh ganti Mat Sabu dalam muktamar tahunan PAS yang akan diadakan pada November ini.

Nama itu akan dicalonkan oleh kawasan kawasan disamping nama Mohamad Sabu yang tetap masih popular dikalangan para perwakilan yang akan mengundi dalam muktamar  nanti.

Jika ada lain lain nama untuk turut bertanding jawatan timbalan presiden atau dengan kata lain lawan tiga penjuru, maka Mohammad sabu masih boleh menang dengan majoriti  tipis.Itulah kehendak para perwakilan seluruh negera sekarang ini.

Pada penulis, Mohamad Sabu dalam suasana sekarang jika ada pencalonan bertanding jawatan presiden satu lawan satu dengan Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang ada kemungkinan presiden sekarang gagal mempertahanakan jawatan itu.

Lebih lebih lagi Haji Abdul Hadi Awang sudah ada hasrat untuk menyerahkan jawatan presiden PAS jika ada orang yang lebih layak mengambil alih jawatan presiden.



Sunday, September 29, 2013

Perlukah umno di remajakan

Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan umno sudah tua, tenat dan akan mati.Maka berkatalah sesetengah orang umno, umno perlu di remajakan.

Atas sebab itulah, Mukhriz anak Tun Dr Mahathir yang kalah merebut jawatan pergerakan Pemuda masuk bertanding merebut jawatan naib presiden dalam perhimpunan Agung tahunan yang akan diadakan pada Oktober ini.

Tiga orang yang akan bertanding jawatan tersebut, Mukhriz salah seorang menteri besar yang mecuba nasib disamping dua nama yang sudah tua, itu Datuk Seri Ali Rustam dan Datuk Seri Isa Samad.

Kedua dua tokoh yang mencuba nasib kali ini terdiri yang pernah terbabit dengan rasuah punca masing masing tidak layak bertanding.

Datuk Seri Ali Rustam bekas Ketua menteri Melaka itu tidak dikenakan tindakan dan Datuk Seri Isa Samad di kenakan tindakan, sekarang sudah bebas dan layak bertanding.

Persoalan yang timbulkan, perlukah umno di remajakan kerana di pimpin oleh mereka yang sudah tua dan tenat akan mati.

Apakah remaja tidak tenat dan tidak mati? Remaja tidak boleh dijadikan ukuran yang mereka tidak tenat dan tak mati. Malahan remaja hari ini memang merupakan manusia yang tidak boleh diharap untuk memimpin.

Oleh itu, jika umno diremajakan ia berada dalam keadaan yang lebih buruk berbanding ia di pimpin oleh orang tua yang dikatakan sudah tenat dan akan mati itu.

Remaja dalam umno memang merupakan manusia yang tidak terlepas daripada terbabit dengan pelbagai kejahatan, termasuk melakukan jenayah berat yang boleh menghancurkan Negara.

Jika umno yang dipimpin oleh orang tua dan tenat ini boleh menghacurkan Negara. Apatah lagi jika ia di pimpin oleh golongan remaja.

Lebih lebih lagi kebanyakan mereka itu akan terbabit dengan jenayah rasuah kesenambungan yang mahu tidak mahu pasti akan berlaku terus menerus.  




Sunday, September 22, 2013

Siapakah golongan qadariyah di Malaysia

Fathul Bahri bersyukur dan berkata, Alhamdulillah masyarakat awam Islam mula tertanya-tanya dan ingin mengetahui apakah itu Qadariah dan Jabariah.

Pada penulis masyarakat awam Islam sudah sekian lama mengetahui dan mengenalpasti siapakah golongan qadariah di Malaysia ini.

Sepertimana kita ketahui bahawa qadariyah adalah golongan menolak ketetapan atau takdir Allah dan percaya setiap yang berlaku adalah hasil usaha dan kerana perbuatan makhluk semata mata.

Anda yang membaca tulisan pasti tahu dan percaya golongan itu tidak lain dan tidak bukan ialah golongan yang mengadakan progam dan projek dengan papan tanda yang berbunyi: “ini projek kerajaan BN’.

Bukan itu sahaja, malah pada guni berisi baja pun ditulis yang berbunyi: ” baja kerajaan BN” yang jelas dan nyatakan bahawa setiap yang dilakukan adalah hasil usaha dan kerana perbuatan makhluk (kerajaan yang memerintah Negara ini) semata mata.

Sejarah telah membuktikan pihak kerajaan BN baik perdana menteri dan timbalan perdana menteri dan menteri menteri telah memtemplek kerajaan selain BN yang memerintah lain lain negeri, termasuk negeri Kelantan.

Pihak kerajaan BN pernah berkata, tiada apa yang pihak kerajaan PAS buat sepanjang memerintah Kelantan selama 20 tahu lebih itu.Ini seolah olah kerajaan BN sahaja yang melakukan dan jelas menolak takdir Allah.

Ini mengambarkan pihak kerajaan yang memerintah Negara ini menolak takdir Allah atau dengan kata lain telah menolak usaha pihak lain dan mendadak dada dan berkata, ini hasil usaha kerajaaan BN tanpa menyedari itu adalah takdir Allah belaka.

Pada penulis, Fathul Bahri yang dikatakan dapat upah dari kerajaan BN sebanyak RM 15,000 sebulan itu telah membuka pekung kerajaan satu Malaysia kepada masyarakat awam islam di Negara ini melalui tulisannya bibit bibit edeologi akidah sesat.



Sunday, September 15, 2013

Siapakah boleh menang lawan Mat Sabu



Sebaik selesai solat jumaat 13 September 2013 seorang pemuda kaki tangan kerajaan negeri Terengganu tanya penulis pasal cakap Nik Aziz Nik Yang mahu timbalan preisiden PAS diganti.

Penulis ada baca sikit  mengenai cakap Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu supaya Timbalan presiden PAS seorang ulamak.

Sebelum ini tiada orang PAS yang mempertikaikan kemenangan Muhamad Sabu sebagai timbalan presiden PAS ketika dicabar dua calon ulamak.

Mungkin ada yang tidak kena. Kalau tak mana mungkin ada dases desus disana sini agar timbalan presiden PAS diganti dengan seorang ulamak.

Termasuk mursyidul PAS sendiri yang mahu jawatan timbalan presiden diganti manakala jawatan presiden dikekal. Dengan kata lain jangan ada presiden dicabar pada Muktamar tahunan yang akan berlangsung pada November ini.

Mungkin atas sebab Muhamad Sabu ada kaitan dengan fahaman syiah yang dikatakan ada didalam PAS, terutama Pas Kedah.

Atas sebab itu juga Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat cakap sikit yang dikatanya apa yang dia cakap  lain media massa tulis.

Mungkin kaki tangan kerajaan Terengganu yang mahu pandangan penulis merasa keliru dengan apa yang dicakapkan oleh Nik Aziz yang mahu prsesiden Pas diganti dengan seorang calon ulamak.

Pada penulis  Muhammad Sabu juga seorang ulamak yang sikit ilmunya, tetapi sangat popular, malah popularnya mengatasi presiden sendiri.

Oleh itu, calon yang cabar Nasyaruddin Mat isa  dulu itu Tuan Ibrahim Tuan Man seorang ulamak yang banyak ilmu juga.

Maka,  ada benarnya kata Nik Aziz yang mahu Muhamad Sabu diganti pada Muktamar tahunan kali ini agar PAS tidak banyak masalah dalam melayari perjuangan yang semakin mencabar.

Itulah harapan musyidul PAS, tetapi untuk menentukkan Muhammad Sabu diganti dalam muktamar tahunan PAS kali ini terletak pada tangan para perwakilan.

Penulis pernah buat andaian kemenangan Mohamad Sabu lalu atas sebab pertandingan tiga penjuru punca Ustaz Nasyaruddin Mat Isa kalah.

Jika pertandingan itu satu lawan satu kemenangan pasti ditangan penyandang. Tetapi menang dengan majority tipis.

Pada hemat penulis, Muhammad Sabu boleh diganti pada Muktamar tahunan PAS kali ini apabila Tuan Ibrahim tuan Man dicalon semula.

Para perwakilan akan memberi undi yang lebih banyak kepada Tuan Ibrahim Tuan Man. Lebih lebih lagi Muhamad Sabu telah dikaitan dengan fahaman syiah yang sesat lagi menyesatkan.