Kita sering dengar kata kata tidak boleh buruk sangka pada
seseorang atau dengan kata lian jangan buruk sangka pada orang lain
Namun kita pun ambil mudah “tak apalah” miskipun tertipu dan
kena tipu yang kadang kadang boleh membawa risiko yang begitu besar.
Bagaimana pula dengan
orang yang sudah kita kenalpasti kejahatannya? Masih bolehkah kita berbaik
sangka atau jangan sangka buruk biar pun jandi mangsanya berkali kali?
Kita tidak tahu siapa yang ajar kita tak boleh buruk sangka
kepada seseorang. Bagaimana pula jika dia musuh kita.Malahan ulamak sekalipun
boleh kita buruk sangka. Jika ulamak itu ulamak jahat, hatta dia itu kawan
akrab kita sekalipun.
Dalam politik kawan akrab juga dikatakan kadang kadang jadi
musuh. Ada juga yang kata musuh boleh jadi kawan akrab.
Tidak dinafikan memang pernah berlaku. Bukan itu saja malah
anak jadi musuh ibubapa dan ibu bapa jadi musuh pada anak anak. Yang
menyedihkan ada anak anak bunuh ibubapa mereka.
Tetapi apakah dia itu sebenar benar musuh kita. Atau kita
yang menghukumnya musuh sedangkan dia adalah kawan akrab yang berperanan
menyelamatkan kita, kerana sering mengkritik apa apa keburukan yang kita
lakukan.
Perkara ini laziml berlaku sepertimana yang pernah berlaku
pada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mana dikatakan sudah habis kawan akrabnya
jadi musuhnya.
Kita kena ingat dalam tubuh kita ada kolesterol baik dan
kolesterol jahat. Yang jahat adalah musuh yang ada dalam tubuh kita dan begitu
sukar untuik dinyahkan.
Demikian juga kawan
kawan kita. Ada yang jahat ada yang baik. Apa tah lagi dalam sesebuah parti.
Ada ahli yang baik dan ada ahli yang jahat.
Ulamak, juga ada ulamak baik dan ada ulamak jahat. Pada hal
dia adalah ulamak. Tapi ada yang jahat dan ada yang baik. Demikian juga apa yang pernah berlaku pada pucuk
kepimpinan PAS yang lepas lepas.
Ada yang bik ada yang
jahat.manusia katakana. Pada hal Allah dah beritahu awal awal lagi menerusi Al
Quran dan Hadis Rasulullah perihal tersebut.Mungkin kita tak ingat.
Mungkin pada mulanya Anwar sendiri tak kenal Ezam Mohd Noor,
tak kenal siapakah sebenar Nallakarupan. Tak kenal siapakah sebenarnya
Ballakrisnam.Tak kenal siapakah sebenarnya Raja Putra Kamarudddin.
Maklum sajalah orang yang cium tangan kita dan yes man itu yang dianggap terbaik.Tapi apa sudah jadi
sekarang.Mereka ini sudah jadi alat umno dan musuh ketatnya.
Atas sebab itulah kita kena awas atau kena buruk sangka
dengan sesiapa saja yang kita belum kenalpasti siapakah sebenarnya mereka itu. Apatah
lagi mereka itu musuh kita. Mustahil
kita tak kenal siapa musuh kita dan siapa kawan kita.
Pada saya yang boleh jadi demikian, kerana kita tak kenal
musuh kita. Dan kita tidak kenal kawan kita, maka terjadilah musuh jadi kawan
akrab dan kawan akrab jadi musuh.Silap kita juga.
Kita sangka dia musuh tetapi dia bukan musuh sebenarnya.
Kita sangka dia kawan tetapi dia bukan kawan sebenarnya.
Atas sebab itu Allah melarang manusia yang beriman supaya
jangan melakukan sangka sangkaan, kerana ia berbahaya.
Mungkin larangan Allah kepada orang yang beriman inilah yang
membuat ada ulamak yang berkata tidak boleh buruk sangka atau jangan sekali
kali buruk sangka dan hendaklah kamu baik sangka, kerana baik sangka boleh
menjinakkan manusia.
Walaupun ada orang mengatakan kita kena baik sangka, tapi
pada ana itu pun tak boleh. Macam mana kita kena baik sangka dengan orang
jahat. Apatah lagi musuh kita.
Musuh kita pasti
sentiasa berusaha untuk menghancurkan hidup bahagia kita.Oleh itu, jangan ambil
mudah, kerana sikap ambil mudah itu
menikam diri sendiri dan merbahayakan.
Jika kita baik sangka dengan musuh kita alamat kita menempah
bahaya yang berisiko tinggi. Lebih lebih lagi dalam politik yang terlalu banyak
karenah sejak dulu itu.
Sehubungan dengan itu kita sama sekali dilarang buruk sangka pada Allah dan
Rasulullah serta Al Quran dan sunnahnya, manakala yang lain boleh buruk sangka
pada musuh kita dan jangan sekali baik sangka dengan musuh kita.Nahas nanti.