Saturday, November 26, 2011

Di Mekah, Rosmah tak tutup aurat?

Kawan saya yang baru saja pulang dari menunai fardhu haji berkata pada saya di Mekah Rosmah tak bertudung.

Jika dia tak tutup aurat boleh terima, kerana terlalu ramai perempuan yang menyahut seruan sebagai tetamu Allah di Mekkah tak tutup aurat.

Termasuk kaum lelaki yang memakai ihram ketika mengerjakan umrah.Tak terkuali ketika mengerjakan fardhu haji. Ini pengalaman saya ketika mengerjakan umrah dan haji suatu ketika dulu.

Betul kah begitu? Tengok dalam laporan media semasa di Mekah kelihatan ia sentiasa bertudung tapi mengapa kawan saya itu berkata Rosmah tak bertudung?

Tudung dan tutup aurat suatu yang berbeza. Ada yang bertudung tapi tak tutup aurat. Ini telah dijelaskan oleh Hadis Rasulullah SAW bahawa “mereka berpakaian tetapi bertelanjang”.

Itu mereka yang berpakaian, termasuk bertudung.Apatah lagi mereka tak pakai tudung(tak tutp aurat) yang apabila keluar rumah segala amalannya tidak di terima selama lamanya.Minum arak hanya 40 hari saja amal ibadah tidak diterima.Cuba bayangkan besar atau kecil dosa tak tudung aurat.

Bercakap pasal tutup aurat di Mekah memang suatu yang sangat lazim, malahan ada yang berihram pun terbuka auratnya.Ini bagi mereka yang tidak ikut spek yang dikehendaki syarak.

Kebanyakan berlaku pada perempuan yang memakai seluar panjang yang nampak bentuk tubuhnya. Hal ini berlaku pada jemaah Indonesia yang pakai ihram ketika mengerjakan umrah meqa’di Bea Ali dan Tananim.manakala lelaki pula nampak pusat dan lutut.

Pendek kata terlalu ramai jumlahnya mereka ke Mekah mengerjakan umrah dan fardhu haji yang tak sempurna ihramnya. Yang tak pakai tudung mungkin tak kelihatan. Boleh dikatakan mereka yang datang ke Mekah semuanya bertudung. Cuma ia tak tutup aurat

Atas sebab itu saya naik hairan apabila kawan say a yang baru saja pulang dari tanah suci itu berkata Rosmah tak bertudung sedangkan kelihatan laporan media massa ia sentiasa bertudung dan tak tutup aurat kemungkinan berlaku. Mungkin jambul terkeluar ketika dalam majlis bertemu dengan jemaah haji rakyat Malaysia.

Tak lama kemudian kawan saya itu sebut “ saya bersalam dengan Najib” bermakna dia dekat dengan Posisi Rosmah dan dapat lihat bahawa Rosmah tak bertudung seperti mana yang dikehendaki syarak.

Mungkin itulah yang di maksudkan kawan saya bahawa Rosmah tak bertudung. Bukan bogel tak ada tudung langsung. Rosmah bertudung tapi tak sempurna.Itu saja.

Kalau kawan saya sebut Rosmah tak tutup aurat barangkali boleh terima seratus peratus, kerana semenangnya dia tak tutup aurat dan malah tak bertudung selepas pulang dari mengerjakan fadhu haJI baru baru ini ketika bersama Najib di Bali.

Saturday, November 19, 2011

Beramal dengan amalan ahli neraka

Bercakap berkenaan pilihanraya, saham dan daging yang hebuh diperkatakan sejak beberapa minggu ini dapat saya buat kesimpulan begini:

1. ada penipun pada rakyat
2. ada pembohongan terhadap rakyat
3. ada rasuah yang dilakukan secara berterusan
4. ada riba yang dikatakan sama dengan jualbeli
5. ada pengkhianatan terhadap amanah yang diberikan
6. ada penyelewengan yang jelas disengajakan

Maka teringat saya kalam Al-Quran "barangsiapa yang buat baik masuk syurga dan barangsiapa yang buat jahat masuk neraka".

Pendek kata ia suatu berlaku itu adalah kejahatan yang mungkin sukar mendapat keampunan miskipun bertaubat "nasuha".kerana mereka bukan saja berdosa dengan Allah malahan telah berdosa dengan rakyat yang mahu tak mahu mesti mendapat keampuanan orang ramai terlebih dahulu.

Mengapa tidak? mereka berdosa dengan rakyat (manusia). Jika rakyat tak memaafkan amatlah malang. lebih lebih lagi pada rakyat yang telah meninggal dunia.Macam mana tak minta ampun dengan yang sudah tiada di bumi ini.

Demikian juga dengan persoalan riba yang Allah jelaskan pada ayat 275 surah Baqarah yang bermaskud:

" Orang orang yang memakan (mengambil) riba tidak dapat berdiri betul seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhoyong hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka menyatakan bahawa sesungguhnya jualbeli itu sama saja seperti riba. Pada hal Allah telah menghalalkan berjualbeli(berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba, maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan barangsiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itu ahli neraka, mereka kekal didalamnya."

Demikian besarnya dosa Memakan "riba". Dosa yang paling kecil, jika lelaki seperti ia berzina dengan ibunya dan jika ia perempuan sperti ia berzina dengan bapanya, maka ia tak berhenti dan tak tak sempat bertuabat, sah kekal dalam neraka. Demikian juga bagi yang berhutang, jika tak dapat lansai hutang nya maka ia tak dapat masuk syurga.Rasulullah SAW tak solat jenazah orang yang ada hutang.

Apa pun mereka sejak dulu hingga kini sering beramal dengan amalan ahli neraka yang jelas telah putus dengan rahmat Allah.Bukan setakat itu saja malahan Allah jauh darinya.

Oleh itu, Allah mengingatkan orang yang beriman sepertimana ayat 9 surah Munafiquun yang bermaksud:

"wahai orang orang yang beriman janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) hartabenda kamu dan anak pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahnya) Dan( ingatlah) lah sesiapa yang melakukan demikian maka mereka itu orang orang yang rugi"
Peringatan itu dibuat atas sebab manusia tidak tahu ajal mereka sepertimana yang dinyatakan oleh Allah pada ayat 11 surah munafiquun yang bermaksud:

"Dan (ingatlah) Allah tidak sekali kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah amat mendalam pengetahuannya mengenai segala yang kamu kerjakan".

Sunday, November 13, 2011

Setuju seratus peratus Pinjaman PTPTN di berhentikan

Saya setuju seartus peratus Cadangan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk menghentikan pinjaman kepada pelajar institusi pengajian tinggi awam di masa akan datang.

Akan tetapi alasan meneruskan pemberian pinjaman kepada para pelajar yang dapat melanjutkan pelajaran keperingkat pengajian tinggi dikata membebankan sangat tak lojik sama sekali.

Akan tetapi untuk memberhentikan pemberian pinjaman kepada pelajar yang dapat melanjutkan pengajian keperingkat lebih tinggi suatu yang sangat lojik dan wajar mendapat sokongan seluruh rakyat Negara ini.

Meneruskan pemberian pinjaman kepada para pelajar yang dapa tmelanjutkan pelajaran masing masing bercanggah dengan slogan rakyat didahulukan.

Bukan satakat itu saja malahan ia sangat bercanggah dengan perlembagaan Negara bahawa setiap pelajar yang dapat melanjutkan pelajaran keperingkat yang lebih ia diberi “biasiwa” bukan pinjaman yang di amal oleh pemerintah sekarang.

Oleh itu, saya sangat setuju pihak kerajaan memberhentikan pemberian pinjaman yang jelas bercanggah dengan perlembagaan Negara itu.

Saya cadangakan supaya semua pelajar yang mendapat pinjaman selama ini di mansuhkan,kerana namanya rakyat yang didahulukan dan pencapaian yang diutamakan tetapi membebankan atas nama program modal insan.

Jika pinjaman dimansuhkan dan diganti dengan biasiwa ia adalah satu dalil kerajaan yang memerintah sekarang mendahulukan rakyat sekaligus tak membebankan rakyat yang telah dipikul selama ini.

Sebagai contoh rakyat termasuk pelajar telah dibebankan dengan pinjaman pelajaran puluhan ribu yang mahu tak mahu wajib dibayar.

Apabila tamat saja pengajian belum tetap atau belum ada jaminan untuk mendapat pekerjaan. Pihak PTPTN seakan memaksa mereka yang berhutang membayar hutang sedangkan mereka tiada pendapatan.

Beban ini ditanggung oleh ibu bapa yang sedia terbeban. Macam mana mereka mahu mebayar hutang anak anak. Kalau seorang tak mengapalah. Tapi kadang kadang lima orang. Kesemua lima lima yang berhutang dengan PTPTN.

Jika lima orang bermakna ibubapa terpaksa tanggung ratusan ribu hutang anak anak yang setiap bukan ada saja surat supaya menjelaskan hutang PTPTN.

Jika dapat kerja dan berkahwin mereka terpaksa berhutang membeli rumah secara hutang dengan kerajaan sebanyak RM 400,dan membeli kereta secara ansuran dengan bank yang terpaksa ditanggung sampai pencen.

Seperkara lagi peruntukan pendidikan Negara kita bukan banyak sangat berbanding berlakunya keborosan dan ketirisan dek penyelewengan. Lebih lebih lagi itu adalah suatu pengkhianatan terhadap Negara dan rakyat.

Tak salah ingat saya PTPTN memperuntukan RM 8 bilion setahun untuk memberi pinjaman kepada para pelajar di Negara ini.Apalah sangat dengan angka itu, sedangkan wang yang hilang lebih besar angka.

Cuba bayangkan bajet RM 260 bilion lebih yang di peruntukan setiap tahun itu. Apalah sangat RM 8 bilion sebagai biasiwa untuk mencapai tahap modal insane yang boleh memberangsangkan pelbagai tranformasi yang diwujudkan oleh perdana menteri yang jelas membazirkan wang Negara.

Wednesday, November 9, 2011

Nama korban tapi makan bangkai?

Judul diata membuat ramai yang terkejut, macam Mufti Perlis yang terkejut dengan kata kata Perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak bahawa “dia sudah selesai mengerjakan haji” apabila sudah tawaf.

Masakan tak terkejut, kerana tawaf dan saie hanya selesai satu bahagian daripada mengerjakan haji. Satu bahagian lagi ialah melontar ditiga jamrah baru selesai sepenuhnya.

Setakat tawaf dan saie ianya belum boleh dikatakan selesai menunaikan haji,kerana melontar jamrah belum dilakukan lagi.

Berbalik pada judul rencana ini ramai kalangan umat islam di Negara ini terkejut besar. Cuba Bayangkan sudah korban “namanya tapi makan bangkai”.

Mustahil lembu yang disembelih dan menyebut nama Allah jadi bangkai, kecuali yang disembelih tak menyebut nama ataubukan kerana Allah.

Setiap apa yang dilakukan pada majlis korban pada musim adiladha pasti dilakukan mengikut syarat sayarat yang telah ditetap syarak.

Pertama lembu yang disembilh Kobran itu tak cacat, gemok, pisau yang tajam dan disembil oleh Tok Tok Iman. Pendek kata mereka itu merupakan orang yang tidak diragui keimanannya.

Mengapa lembu yang disembilh itu jadi bangsai dan sesiapa yang memakannya adalah memakan bangkai suatu yang sangat dilarang oleh Allah.

Kita tahu lembu itu telah disembelih tapi tak sempurna iaitu tidak putus kedua dua urat merehnya yang disebut sebagai syarat sah penyembelihan disegi hukum syarak.

Ini bukan semua sembelihan yang di lakukan tok tok iman tak putus urat mereh binatang yang dijadikan korban itu. Tapi ada sebahagian yang tak cermat melakukannya.

Lembu yang disembelih itu putus halkumnya saja, tapi kedua dua urat mereh ada yang hanya putus sebelah atas saja , manakala sebelah bawah kebanyakan tak putus.

Inilah yang disifatkan penyembelihan korban sebagai sunat yang dituntut “namanya korban tapi makan bangkai” yang selama ini jarang jarang yang mengambil berat mengenainya.

Saturday, November 5, 2011

Siapa menteri besar Terengganu selepas Ahmad Said?

Demikianlah soalan yang ditimbulkan oleh kebanyakan rakyat Terengganu yang kuat menyokong umno.

Maka berkatalah orang PAS tak lain dan tak bukan bahawa menteri Terengganu orangnya ialah YB Mohd Abdul Wahid Endut, Pesuruhjaya PAS negeri Terengganu.

Mengapa persoalan menteri besar Terengganu selepas Datuk Seri Ahmad said timbul. Sudah tentu ada yang tak kena pada menteri besar sedia ada.

Sudah tentu Datuk Seri Idris Jusoh dan golongannya yang tak puashati dengan pelantikan Ahmad said sebagai menteri besar Terengganu.

Setakat hari ini bukan Datuk Seri Idris Jusoh dan golongan saja yang tak berkenang dengan Ahmad said, malahan Al Sultan dan perdana menteri Malaysia YAB Datuk Seri Mohd Najib Razak turut tak berkenang.

Cuma Tan Sri Muhyidin Yassin dikatakan yang masih berkenang dan mempertahankan Ahmad said mesti dikekalkan sebagai menteri besar selepas umno menang PRU 13 nanti.

Sekarang mari kita lihat dua nama yang disebut sebut akan dilantik sebagai menteri besar Terengganu bagi mengganti Ahmad Said yang berkemungkinan tak akan dicalon bertanding dalam PRU 13 yang bakal diadakan bila bila masa saja ini.

Mereka ialah Datuk Jailani Omar yang akan diletakkan bertanding di DUN Batu Rakit.

Dua tiga bulan lepas Umno setiu sudah kecuh, kerana ADUNnya Kazan Che Mat yang juga exco kerajaan negeri dikatakan akan diletakkan bertanding parlimen Setiu, milik Datuk Mohd Jidin Shafie.

Manakala satu nama lagi ialah Datuk Mohd Nor yang akan diletakkan bertanding di DUN Wakaf Mempelam.Akhir sekali nama Datuk Nasir Ibrahim Fikri Juga disebut sebut akan dilantik sebagai menteri besar dinasti.

Beliau dikatakan akan bertanding DUN Seberang Takir DUN selamat sejak zaman berzaman lagi juga kecuh, kerana adun Abdul Razif dikatakan langkah mayat aku dulu.

Dua tiga hari ini Nama Abang Razif Azmi Abdul Rahman bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus telah disebut akan bertanding Di Parlimen itu.

Untuk makluman sekian DUN Wakaf Mempelam terkenal merupakan lubuk puaka membunuh ramai calon umno yang diletakkan bertanding disitu.Oleh itu bagaimana mungkin Datuk Mhod Nor akan dilantik sebagai menteri besar.

Lojiknya Datuk Mohd Nor pasti tidak berjaya dilantik sebagai menteri besar kerana kalah bertanding di DUN dikatakan puaka itu.setakat hari calon umno tiada harapan menang miskipun calonnya bersih.

Lainlah dengan Datuk Jailani Omar yang dikatakan tokoh yang mendapat perkenang dan dibawa balik Datuk Seri Mohd Najib Razak sendiri. Lebih lebih lagi Datuk Jailani Omar adalah setiausaha politiknya.

Beliau ada harapan menang, kerana DUN Batu Rakit adalah kubu kuat umno sejak sekian lama.

Jika umno menang lagi dalam musim PRU 13 menteri besarnya tak lain dan tak bukan ialah Datuk Jailani Omar tokoh tempatan. Manakala Datuk Nasir Ibrahim juga tak selamat kerana berlaku protes kalangan ahli umno tempat kelhairannya sendiri.

Tapi jika Umno kalah menteri besar Terengganu selepas Ahmad said orangnya ialah YB Mohd Abdul Wahid Endut, Pesuruhjaya PAS Terengganu yang juga ADUN wakaf mempelam dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu.

Cerita terkini nama Datuk Sebery Chik menteri belia, Ahli parlimen Kemaman juga disebut sebut akan dibawa baik dan dilantik sebagai menteri besar sslepas PRU 13 nanti.

Bagaimana?

Tuesday, November 1, 2011

Datuk Harun Taib masih layak bertanding PRU13?

Umno sebut pasal calon bersih untuk bertanding dalam pilihanraya umum ke 13 nanti. Manakala PAS Terengganu sudah sekian lama memilih calon yang sangat bersih.Tapi malangnya tak jadi pilihan pengundi.

Sabaliknya calon umno yang tak bersih juga jadi pilihan pengundi negeri Terengganu punca PAS kalah lagi dalam pilihanraya umum ke 12 lepas.

Tapi lain ceritanya dengan Datuk Harun Taib yang hanya kalah sekali saja sepanjang bertanding di DUn Manir.

Dua tiga minggu ini ramai yang duk bercakap pasal nama Datuk Harun Taib yang dikatakan uzur dan sudah bertongkat.

Ramai yang bercakap Datuk Harun Taib ketua dewan ulamak PAS pusat itu sudah tak layak bertanding dalam PRU 13 faktor uzur dan pakai tongkat.

Dalam Islam bertongkat ketika usia 40 an itu hukum sunat iaitu mendapat pahala, tapi sesetengah bertongkat itu menandakan keuzuran.

Kerajaan Malaysia yang diterajui Datuk Seri Mohd Najib Razak sudahpun membuang tongkat yang telah lama diberi kepada orang Melayu atas alasan tongkat itu boleh melemahkan bangsa Melayu untuk bersaing dengan orang China yang menguasai ekonomi negara.

Sahabat penulis, Cikgu Mad berkata Karpal Singh jauh lebih uzur berbanding Ustaz Harun Taib, bukan kerana bertongkat tapi berkerusi roda dan lumpuh dari pinggang ke kaki, tapi masih layak jadi ahli parlimen.

Kedudukan beliau hingga hari ini tak pernah dijadikan isu tak layak bertanding dalam pilihanraya umum ke 13 nanti. Yang peliknya Datuk Harun Taib pula dijadikan isu kerana bertongkat tak layak bertanding.

Betul juga kata Cikgu Mad itu. Ya tak ya juga, Karpal Singh berkerusi roda tak mampu mengerakkan sendiri sebaliknya orang lain yang menolaknya untuk bergerak sana kemari.

Tapi Datuk Harun Taib masih mampu bergerak kesana kemari tanpa bantuan orang lain, Cuma menggunakan tongkat yang telah menjadi sunat dalam islam dikatakan tak layak.

Kalau Karpal Singh masih layak dijadikan calon DAP untuk bertanding dalam pilihanraya umum ke 13 nanti, masakan ustaz Harun Taib tak layak, Malahan ustaz Harun tetap masih layak.

Lebih lebih lagi rakyat Dun Manir masih mengharapkan beliau untuk jadi ahli Dewan Undangan negeri berbanding dengan calon calon lain dalam PAS setakat hari ini.

Sejarah telah membuktikan bahawa beliau pernah kalah hanya sekali saja, iaitu kalah ditangan ustaz Awang Bakar bekas kadi. Selepas itu siapa saja calon yang bertanding lawan Datuk Harun terus kecundang.

Setakat hari ini belum ada lagi calon umno yang dapat menandingi Datuk Harun yang dikatakan sudah uzur itu hatta calon umno yang diletakan bertanding di Dun Manir seorang yang paling bersih konon.

Sekarang ini mana ada calon umno yang bersih.Demikian juga Yusof Awang Hitam yang dikatakan akan diletakkan bertanding melawan Ustaz Harun Taib di DUn Manir dalam PRU 13 nanti sekaligus untuk merampas kerusi itu.