Saturday, April 30, 2011

Anwar masuk penjara lagi?

Peratusan Datuk Seri Anwar Ibrahim kena hukum atau dijatuhkanm hukuman penjara pada 16 Mei ini begitu tinggi.

Dengan kata lain Anwar Ibrahim akan disabitkan, tapi masih ada ruang membuat rayuan di mahkamah rayuan.

Akan tetapi rata rata menyatakan Anwar masih tak berslah,miskipun telah disabitkan dan dijatuhkan hukuman penjara semula.

Oleh itu pada 16 Mei ini Anwar tak masuk penjara lagi. Tapi terlalu ramai yang mengatakan dia tetap dihukum penjara semula.

Inilah kerja musuh politik Anwar agar Anwar disekat dengan apa cara sekalipun untuk ke Putrajaya yang dianggap sebagai mimpi disiang hari saja.

Dua tiga lepas saya cuba memungut suara bahawa sesungguhnya Anwar kena dan dijatuhkan hokum penjara beberapa tahun.

Kes liwat satu dulu miskipun sudah disabitkan dan dibatalkan semula setelah Malaysia bertukar perdana menteri yang mengambarkan kes itu adalah konspirasi menjatuhkannya secara hina.

Kali ini beliau telah dituduh semula dengan kes yang lebih hina agar dibenci seluruh rakyat Negara ini Tapi sebaliknya beliau mendapat sokongan dan sanjungan yang tinggi iaitu menang besar dalam tertanding pilihanraya kecil.

Ini menandakan rakyat tak benci sebaliknya semakin meluak dengan pihak kerajaan yang bersekongkong dengan isu liwat dua. Apa tah lagi dengan sebaran video seks yang
dikatakan sah ketua pembangkang itu konon.

Sekarang ini rakyat dah boleh menilai sendiri siapa yang jahat dan siapa yang baik dalam arena politk Negara yang kelihatan semakin kacau bilau. Semakin hari semakin tak keruan jadinya.

Oleh itu, ingatlah musuh tetap musuh tapi kena ingat juga dalam dunia politik musuh mungkin akan jadi kawan dan kawan akan jadi musuh.

Kita tunggu dan lihat. Anwar ke penjara siapa pula akan jatuh dan jadi hina?

Sunday, April 24, 2011

Ada agenda tertentu?

Timbalan presiden Pas YB ustaz Nasaruddin Mat Isa ketika merasmikan mesyuarat Agung PAS Kuala Nerus berkata, ada agenda tertentu.

Perkataan ada agenda tertentu ini pasti ada kaitkan dengan usaha menurunkan Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dari jawatan yang disandang sekarang.

Usaha menyingkir Tuan guru Haji Abdul Hadi Awang ini sudah sekian lama dilakukan oleh UMNO, tetapi menemuai jalan buntu.

Beliau telah diserang dengan pelbagai bentuk serangan ketika menjadi menteri besar Terengganu (1999-2004) akhirnya gagal juga.

Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang dengan liwat satu dan liwat serta video Seks manakala Tuan Haji Abdul Hadi Awang diserang dengan mengkafirkan orang umno dan beristeri tiga.

Sudah beberapa kali usaha ini dilakukan, termasuk adanya PAS Kawasan di negara ini mencalon seseorang tokoh untuk bertanding jawatan presiden.

Baru baru ini PAS Kawasan Bukit Bintang Kuala Lumpur mencalonkan Datuk Husam Musa untuk bertanding jawatan presiden dalam muktamar Agung PAS yang akan berlangsung bulan Jun ini.

Oleh itu, cadangan Profesor Dr Aziz Bari agar menukar Tuan Haji Hadi Awang dengan tokoh lain itu pasti ada kaitan dengan kata kata timbalan presiden Pas yang berbunyi: “ada agenda tertentu” yang diulas dengan panjang lebar.

Menyingkirkan tuan Guru Haji Hadi Awang ini agenda Umno sejak dahulu lagi hingga sekarang ini masih ada usaha untuk menterajangnya.

Adalah sangat tidak wajar kekalahan PAS di Sarawak dalam pilihanraya ke 10 ini Tuan Guru Haji Hadi dipersalahkan dan dia kena turun dang anti dengan orang lain sepertimana diperlakukan Umno terhadap Tun Abdullah Badawi selepas gagal mempertahan 2/3 dalam pilihanraya umum ke 12 lepas.

Bercakap pasal perkataan ada angenda tertentu ini teringat saya dengan kata kata “awas musuh dalam selimat” PAS oleh Timbalan mursyidul PAS Datuk Dr Harun Din dalam seminar ulamak di Taman Melawar Kuala Lumpur tak lama dulu.

Saya yakin usaha menjatuhkan Tuan Guru haji Hadi Awang melalui pendangan Profesor Dr Aziz Bari ini ada persamaan dengan perkataan “ada agenda tertentu” yang keluar dari mulut timbalan presiden dan “awas musuh dalam selimut PAS” keluar dari mulut timbalan muryidul PAS.

Tidak menjadi kesalahan atau wajar presiden diturun dan hendak ditukar jika dia benar benar tidak berwibawa lagi. Tapi malangnya, alasan kekalahan PAS dalam pilihanraya di Sarawak yang jelas tak munasabah dan tidak boleh diterima akal yang waras.

Monday, April 18, 2011

Keputusan pilihanraya Sarawak ke 10 memberi kesan tak baik pada BN

Bayangkan lima tahun. Sepanjang tempoh itu DAP mendapat kerusi sekali ganda (100 peratus) dari 6 kerusi kepada 12.

PAS walaupun tak menang tapi undinya bertambah dalam kekalahan dengan majoriti yang rendah.

sebagai Contoh di Beting Maro, pilihraya tahun 2006 PAS kalah dengan majoriti 890 undi dan kali ini kalah dengan majoriti 391 undi.

Ini menandakan sokongan pada PAS sudah meningkat sekali ganda.

Bayangkan apakah yang berlaku pada PAS jika pilihnaraya raya ke 11 diadakan lima tahun lagi?

Ada kemungkinan PAS jadi kuat dan BN terus lemah seperti yang berlaku kepada DAP pada pilihanraya semalam.

PKR kelihatan tak kuat kerana banyak kerusi yang dipertandingkan cuma tiga kerusi saja yang dimenanginya.

Tapi PKR boleh tambah dari satu kerusi kepada tiga kerusi.

Memanglah yang ura urakan tak sepadanan dengan apa yang berlaku. Tapi ini jelas dan nyata boleh mengugat BN, kerana dalam keadaan kelimut yang tak sudah sudah pun dapat tambah dua kerusi.

Kes Raja Petra juga menjadi faktor punca PKR tak mendapat sokongan ditambah pula undi dayak iban dan bumiputera sulit pada BN.

Kelemahan BN kelihatan begitu jelas dan memberi tempias yang begitu berat pada pilihanraya umum ke 13 nanti.

Apa pun BN tak boleh gembira dengan kemanangan dan memerintah semula sarawak ini.

Tak dinafikan kebanyakan pemimpin berbangga dengan kemenangan itu, kerana memang itulah sikap asasi yang ada didalam jiwa mereka.

Lebih lebih jika BN gagal merealisasikan janji kepada rakyat sarawak sebelum diadakan pilihnraya umum ke 13 akan besarlah bahananya.

Masalah yang timbul adalah masa yang menjadi faktor, kerana jika diadakan pilihanraya lebih awal pasti "kata tak dapat dikotakan" dan memberi kesan yang tak baik kepada BN.

inilah masalah yang dihadapi oleh BN yang semakin lemah di Sarawak dan akan lemah juga di semananjung ini.

Tuesday, April 12, 2011

Apa sudah jadi dengan kes perdana V6?

Tiga puluh hari bulan tiga dua ribu sebelas (hari Rabu) pukul 12 tengahari saya hadiri majlis makan tengah hari disalah sebuah restoran jalan Pasir Panjang Kuala Terengganu.

Saya ada dengar pasal menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said yang dicakapkan, katanya, dia kekal sebagai menteri Besar selepas pilihanraya umum ke 13 yang rata rata mengatakan akan diadakan pada Julai 2011.

Salah seorang yang duduk dekat saya berkata dan bertanya: Betul kah begitu? Sedangkan kes kereta perdana V6 belum selesai lagi.

Saya cuba beri jawapan dan berkata: Bukankah dah selesai dan tiada seorang pun yang di jatuhkan hukuman. Mereka bebas hatta pegawai kerajaan yang dikatakan terbabit nampaknya guying kaki terselamat.

Katanya, kemana perginya perdana V6 itu. Mungkin dah direlai jadi alat ganti. Saya pernah tengok tiga buah perdana V6 warna hitam milik kerajaan berada diatas jalan raya sedikit masa dulu. Lepas itu tak kelihatan lagi.

Selang beberapa minit ada lagi soalan pasal Ahmad Said yang dikatakan akan kekal sebagai menteri besar selepas pilihanraya umum ke 13 nanti.

Saya cuba mencelah untuk cuit hati mereka dan berkata, Ahmad Said dua kali lima dengan Idris jusoh. Oleh itu akan ada menteri besar baru selepas ini.

Ya tak ya juga. Kalau sultan tak setuju melantik semula Idris Jusoh pada pilihanraya umum ke 12, ada kemungkinan Ahmad Said pun begitu, kerana ada tokoh lain yang lebih layak menerajui Terengganu.

Tokoknya tidak lain dan tidak bukan ialah Datuk Jailani orang Batu Rakit yang dibawa balik sendiri oleh perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Saturday, April 2, 2011

Anwar Ibrahim Selamat dan lulus ujian lagi

Ramai yang marah marah dengan menyataan ketua polis Negara yang mengatakan bahawa video seks yang disebarkan secara meluas oleh kumpulan fasik itu tulen.

Tulisan saya mengenai Anwar Ibrahim baru baru dianggap tulisan IQ rendah. Tak mengapalah, kerana begitulah orang menilai. Ada yang kata rendah dan tak guna punya manusia.

Biarkan.

Yang marah dengan ketua polis Negara itu tak faham akan kenyataan bahawa video seks itu tulen yang makna asli.

Jika kenyataan itu tak ditarik balik macam tindakan hakim yang mengendalikan kes Anwar yang tak boleh selang beberapa kata boleh pula. Itulah yang menjadi kebimbangan kita.

Jika kenyataan itu kekal sepertimana yang telah dinyatakan Alamdulillah Anwar pasti selamat dan lulus satu ujian yang diuji beberapa kali sebelum ini.

Mengapa tidak? Pelaku seks dalam video seks itu dikatakan oleh kebanyakan orang yang menonton ia berperut buncit, sedangkan Anwar tidak demikian.

Oleh itu, pelaku yang mengaitkan Anwar memang tidak sepadam dengan apa yang ada dalam video yang dinyatakan tulen itu.

Tulen bermakna asli tak yang jelas tidak sepadam dengan Anwar miskipun wajahnya miripnya yang boleh ditolak dengan mudah.

Sekarang ini kebanyakan orang mulai ragu dengan kerja kumpulan fasik yang cuba dengan sedaya upaya untuk menbunuh kareir politik Anwar dijangka akan menduduki putrajaya selepas pilihanraya umum ke 13 yang dijangka akan diadakan pada Jun atau Julai ini.

Apa hendak dihairankan, kerana pintu fitnahterbuka seluas luasnya itu adalah gerakkerja orang fasik yang sengaja memburuk buruk kumpulan baik.

Hal ini pernah dilakukan oleh kumpulan kuffar mekah terhadap Rasulullah SAW. Sedangkan rasulullah SAW adalah semulia mulia manusia yang diutus untuk menyempurnakan akhlak umat manusia.

Apalah sangat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak sunyi dari melakukan dosa. Kalau Nabi SAW mereka boleh buat apa sahaja, Usahkan manusia biasa.Lebih lebih lagi kumpulan fasik jelas melanggar dan menyanggah perintah Allah dan Rasul SAW.

Biarkan, tak lama lagi dia akan terjun dengan labu labunya.