Aug 31, 2008

Aug 30, 2008

Berbukalah dengan buah kurma , amalah sunnah


KURMA AJWA (KURMA NABI) :

Pokok kurma mula berbunga pada permulaan musim panas dalam bulan April dan akan berbuah pada bulan Mei serta seterusnya masak di pokok pada bulan Jun setiap tahun. Suhu pada musim-musim panas di Arab Saudi menjadikan pohon kurma sesuai berbunga dan seterusnya berbuah. Suhu yang sesuai ialah di antara 40 darjah sehingga 60 darjah Celsius.

Semua orang tahu bahawa pohon kurma seiras macam pokok kelapa sawit, tetapi sifat-sifat kedua-dua pokok ini mungkin tidaklah sama. Jika diperhati secara dekat, terdapat banyak perbezaan di antara pokok kurma dengan pokok kelapa sawit. Oleh itu, kesesuaian tanaman ini di kawasan kering dengan kelapa sawit di kawasan lembab adalah salah satu perbezaan besar bagi kedua-dua pokok ini.

Menurut beberapa pendapat, buah kurma amat baik dimakan untuk menjaga kesihatan. Kurma nabi atau terkenal sebagai ”ajwa” (foto di atas) adalah amat disukai oleh junjungan Nabi kita Muhamad saw. Rasulullah yang menanam kurma ajwa ini sendiri di Madinah. Beliau pernah bersabda, ”Barangsiapa yang memakan 7 biji kurma ajwa, maka dia tidak akan terkena racun dan sihir pada hari itu” (Riwayat dari Sa’ad ra – HR Muslim).

Aisyah ra pernah berkata; Rasulullah bersabda, ”Sesungguhnya pada kurma ajwa itu ubat yang mujarab dan ajwa merupakan buah dari surga.” (HR Tirmizi).


SELAMAT BERPUASA


Fauzi Ahmad

Penubuhan Kerajaan Baru Pakatan Rakyat , Hanya Menunggu Masa Sesuai

Barisan Nasional semakin panik, semalam paklah memberi amaran jangan gugat kerajaan sekarang yang dipilih rakyat. Kenyataan itu merujuk kepada desas desus kencang penubuhan kerajaan baru seperti yang diwar-warkan Pakatan Rakyat.

Barisan Nasional hanya memberi sedikit gula dalam bajet 2009 kepada rakyat, sedangkan ekonomi tidak begitu baik, kita kekurangan pelaburan asing, inflasi naik, pengangguran dan yang paling penting pesepsi dunia kepada BN adalah menurun. Dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh rakyat memberi mesej jelas kepada perubahan. Majoriti dan peratus sokongan kepada Pakatan Rakyat naik dari bulan mac 2008.

SMS ucapan tahniah telah di terima Anwar oleh beberapa MP BN, sementara di pihak BN mereka mengata tidak. Diluar parlimen hanya 20 MP sabah serawak yang hadzir sidang media Dato Shafie yang mengatakan mereka tetap setia pada BN, mana selebihnya, sedang ahli parlimen Sabah Serawak lebih 20 orang.

Dipihak Gerakan, MIC dan MCA ada yang berminat apabila Anwar memberi mesej jelas kepada mereka bahawa kaum mereka akan dilayan dengan adil. Khabar angin itu di kuat lagi apabila Tan Sri Muhyidin berkata "BN jangan pandang mudah apabila ada laporan mengatakan ahli parlimen parti cina BN akan masuk pakatan rakyat"

Bekas pengerusi BN Tun Mahdzir berkata BN semakin lemah di bawah paklah, persepsi begitu akan memberi gambar yang buruk kepada prestasi BN dan rakyat jelas menolak BN di Permatang Pauh.

Saifudin Nasution dan Azmin Ali berkata, perubahan tidak perlu gopah gapah dan ia perlu perancangan dan masa yang sesuai. Adakah 16 Sep 2008 masa yang sesuai. Bagi saya jika ia berlaku, jangan kalut' , biar peralihan berlaku dengan lancar, perlu kemaskini barisan kabinet baru dan kaedah pelaksanaan yang efektif.

Sabarlah... jika baik, biarlah selamat, penyokong dan rakyat terbanyak perlu sabar.

Aug 29, 2008

KEBEBASAN MEDIA TIADA : LAIN MAHAZIR CAKAP, LAIN YANG MEDIA KERAJAAN BN LAPOR

Anda boleh lihat kebebasan media Malaysia, semua takut melapor perkara yang benar, apabila dikritik hebat oleh bekas PM Dr. Mahadzir.

Di petik dari www.chedet.com

1.Selepas pengumuman Barisan Nasional kalah di Permatang Pauh pemberita datang ke Yayasan Kepimpinan Perdana dan mendesak supaya saya adakan satu sidang akhbar.

2.Dalam sidang akhbar itu saya secara terus terang berkata sidang akhbar tidak berguna kerana mereka tidak akan dibenar melaporkan jawapan-jawapan saya melainkan yang boleh diputar supaya ternampak saya menyokong Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Kerajaannya.

3.Seperti yang saya jangka laporan yang dibuat berlainan dengan apa yang saya perkatakan.

4.Ditanya berkenaan dengan penurunan harga minyak, saya jawab yang ini ada kaitan dengan Permatang Pauh. Kita patut ada lebih banyak pilihanraya kecil supaya harga minyak dikurangkan lagi.

5.Yang dilapor ialah saya berkata penurunan harga minyak adalah baik untuk rakyat. Itu sahaja.

6.Saya juga ditanya tentang apakah perancangan saya selepas Permatang Pauh. Apakah saya akan kembali ke UMNO?

7.Saya ingatkan mereka bahawa saya keluar UMNO dengan bersyarat. Saya akan mohon kembali ke UMNO jika Dato Seri Abdullah tidak lagi menjadi presidennya, iaitu jika dibenar.

8.Apabila saya kembali saya akan turun padang dan bekerja keras untuk menarik balik bekas-bekas penyokong UMNO dan BN yang telah sokong parti lawan dalam Pilihanraya Umum ke-12.

9.Saya juga jelaskan yang kerja ini memerlukan masa. Kalau kepimpinan bertukar pada Jun 2010, tidak ada masa untuk pulih parti sebelum Pilihanraya Umum ke- 13.

10.Semua ini tidak sedikitpun dilapor dalam mana-mana akhbar atau televisyen. Inikah yang dikatakan kebebasan media yang dijanjikan oleh Dato Seri Abdullah?

Pantun cari dan ganti

Ahli Parlimen BN tidak lompat !!!, hanya madu penyedap Abdullah


Tan Sri Muhyidin Yassin dah mula bersuara. Dia berkata BN perlu di jenama semula, bermaksud pucuk pimpinan dan komponen perlu di rombak dan di beri wajah kepimpinan baru.

Dia berkata laporan mengatakan komponen BN akan melompat parti jangan di pandang mudah dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Dia berkata kenapa ini berlaku? Ini menunjukan dasar tidak kena. BN perlu di jenama dan di rombak dan di beri nafas semula.

Di dewan rakyat pula seramai 20 ahli MP BN dari sabah mengatakan taat setia kepada BN. Ramai berpendapat ikrar tersebut hanya madu penyedap Abdullah dan pucuk pimpinan BN sahaja. Dalam politik macam-macam boleh jadi. Dalam politik tidak ada perjanjian dan tidak ada surat peguam dan sesiapa boleh masuk atau keluar parti.

BN semakin tertekan apabila Anwar di lantik sebagai ketua pembangkang. Pengalaman Anwar yang banyak dalam kerajaan dahulu sebagai Timbalan Perdana Menteri merupakan satu kelebihan dan aset penting kepada Anwar dan Pakatan Rakyat untuk melawan kerajaan BN yang korup.

Mengikut perancang strategik PKR Saifudin Nasution, Anwar dah mula menerima SMS dari ahli parlimen BN mengucapkan Tahniah di atas perlantikan sebagai ketua pembangkang di Dewan Rakyat.

Momentum ini dan khabar lompat melompat dan ketidakpuashati rakyat akan semakin merebak selepas ini. Sama-samalah kita lihat .

Lihat video ini, ulasan


Lihat berita dari www.mstar.com.my

Anwar temui MP BN Sarawak bincang sertai Pakatan Rakyat
Oleh G. MANIMARAN


(Dikemas kini, pukul 1500) PETALING JAYA: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan sekumpulan Ahli Parlimen dari Sarawak dipercayai antara lain membincangkan strategi mereka menyertai Pakatan Rakyat.

mStar Online difahamkan pertemuan itu diadakan di ibu negara lewat petang semalam.

Sumber memberitahu, dalam pertemuan tersebut memfokus beberapa langkah yang perlu diambil untuk menyertai Pakatan Rakyat.

"Ada sekumpulan wakil rakyat (BN) telah menemui beliau (Anwar), dalam lingkungan 10 orang... beberapa perkara dibincangkan," kata beliau hari ini.

Sumber itu tidak menolak penyertaan ahli-ahli Parlimen BN ke dalam Pakatan Rakyat akan berlaku dalam waktu terdekat.

Pertemuan itu diadakan beberapa jam selepas ahli-ahli Parlimen BN Sabah dan Sarawak mengisytiharkan taat setia mereka akan bersama BN pada sidang media bangunan Parlimen.

Semalam Anwar, bekas Menteri Kewangan dan bekas Timbalan Presiden Umno mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat selepas memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh Selasa lalu.

Aug 28, 2008

KHURAFAT NO 3 ARIF SHAH DAN FITNAH LIWAT MEMAKAN BN

"Saya amat bertuah kerana mendapat undian giliran no 3, dan no itu adalah Ong' (dalam bahasa cina bermaksud baik)" itulah ucapan Arif Shah semasa di temuramah media TV dan akhbar utama semasa penamaan calon 16 Ogos lalu.

Penilaian selepas 5 bulan Pilihanraya Umum pada 8 Mac 08 lalu menunjukan sokongan terhadap PR telah meningkat. Manakala sokongan kepada BN pula nampak semakin menurun.


Segalanya bermula di Permatang pauh.

Ogos 2008 PKR (ANWAR) = 31,195
Mac 2008 PKR (wan azizah) = 30,338
Kenaikan undi PKR sebanyak = 857 atau 2.74%

Ogos 2008 BN = 15,524
Mac 2008 BN = 16,950
Penurunan undi BN sebanyak = 1426 atau turun 9.18%

Angka di atas menunjukan bahawa sokongan kepada PR meningkat 2.74% dalam masa 5 bulan dan di pihak BN pula sokongan terhadap parti itu mula merosot sebanyak 9.18% dalam masa 5 bulan.

Majoriti Ogos 2008 PKR mendapat 15,671 berbanding 13,388 pada bulan mac 2008 dengan kenaikan sebanyak 2263 orang atau 14.56%. Walaupun ini adalah pilihanraya kecil tetapi seluruh negara memberi tumpuan dan BN mengunakan segala jentera dan dana wang ringgit meraih sokongan, tetapi pengundi memberi keputusan sebaliknya, sokongan BN di sahkan merosot dan PR mula meningkat.

Taktik jahat BN dengan membuat fitnah liwat dan menjaja fitnah memberi dosa kepada mereka dan pengikut BN serta memakan diri sendiri dan keputusan di P44 adalah bukti jelas rakyat menolak fitnah tersebut.


Datuk Arif Shah BN hanya mendapat 15,524 pada 26 Ogos lalu dan tiada langsung nombor ONG KHURAFAT iaitu "NO 3" (angka kepercayaan orang cina) dalam keputusan tersebut dan kepercayaan karut marut Arif Shah memakan dirinya dan partinya.

Bumi Merdeka


Terbaru : AMANAT DS ANWAR IBRAHIM

Aug 26, 2008

ANWAR MENANG MAJORITI BESAR DAN MENINGKAT 14.5%, PENGUNDI MENOLAK FITNAH BN



Anwar menang besar: Majoriti 15,671

Aug 26, 08

---------------
PKR (ANWAR) = 31,195
BN (ARIF) = 15,524
AKIM (HANAFI) = 92
MAJORITI = 15,671

MAC 08
---------
PKR (WAN AZIZAH) = 30,338
BN (FIRDAUS) = 16,950
MAJORITI = 13,388

PERBEZAAN MAJORITI BERTAMBAH = 2283 ATAU TAMBAHAN UNDI KEPADA ANWAR MENINGKAT SEBANYAK 14.56%.

RAKYAT PERMATANG PAUH TOLAK FITNAH BN.



TAHNIAH DATO SERI

CALON AKIM DAN BN : JAUHI KEPERCAYAAN KURAFAT

Menurut mufti Perlis, Dr Asri, kepercayaan sial dan tuah mengenai cincin dan tarikh pengundian adalah satu kepercayaan khurafat yang bertentangan dengan Al-Qur’an dan As-Sunnah.

Tulisan ini merujuk kepada dua artikel di bawah:


Former PAS man Hanafi hopes to catch fallout votes from main candidates (the star online)

BUTTERWORTH: Before nomination day on Aug 16, Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) president Hanafi Hamat was a virtual unknown in Permatang Pauh.

The preacher would still remain a face in the crowd but for a huge, flashy ring on his left hand.
Ringing in good luck: Hanafi showing off his eye-catching emerald bauble which he claims has brought him a lot of luck.

The Kelantan-based 61-year-old claimed that the eye-catching accessory was a good luck charm.

“It is an emerald ring which I have been wearing for as long as I can remember – my cincin pembawa tuah (lucky ring),” he smiled.

Asked if he was nervous about losing his by-election deposit, the father of 12, who is still fighting on, said that he stood a good chance of winning even though he only started campaigning on Thursday.

“Both PKR and Barisan Nasional supporters have come by my operations centre in Prai since Aug 16 to offer their encouragement.

“I sincerely believe that people are disgusted and fed up with all the mudslinging between these parties - their style of campaigning is too much because it incites hatred. This is not our culture.

“Barisan and PKR may seem strong but they are rapuh (crumbling) because they practise the politics of hate,” he said, adding that voters “wanted” what Akim offered.

“They want and need what we offer – harmony and peace between all races in the context of Islam. I may not be from here but I am confident I will get the support of the locals because the basic ideology of Akim is applicable in all states and constituencies,” the former PAS man said.

Asked if his family was here to help campaign, he said his wife was back in Kelantan but two of his sons were with him here.

“Our campaign is to talk and explain our principles - not to criticise others,” he said.



Tarikh mengundi bawa banyak tuah: Arif Shah (Berita Harian Permatang Pauh)

BUKIT MERTAJAM: Tarikh pengundian pilihan raya kecil Permatang Pauh yang ditetapkan pada 26 Ogos ini yakin akan membawa tuah kepada Barisan Nasional (BN), kata calonnya Datuk Arif Shah Omar Shah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) bagi Seberang Jaya berkata tarikh itu jika dicampur iaitu dua campur enam akan berjumlah lapan, dan bulan Ogos pula bulan ke lapan dan tahun ini pula 2008.

"Bagi kaum Cina tarikh yang mempunyai banyak angka lapan dianggap sebagai bertuah kerana dalam budaya kaum Cina bunyi angka itu sama dengan bunyi kejayaan dan kemewahan,” katanya di sini hari ini.

Arif Shah, yang bersekolah di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina sejak sekolah rendah hingga menengah, berharap tarikh berkenaan akan bakal membawa kejayaan kepadanya.

Beliau juga yang dikenali di kalangan pengundi Permatang Pauh sebagai OCBC, “orang Cina bukan Cina”, berkata sebagai seorang Islam, beliau bagaimanapun menyerahkan segala-galanya kepada Allah S.W.T akan takdir yang ditentukan terhadap dirinya.

“Sekiranya sesuatu yang baik berlaku kepada saya berdasarkan kepada angka-angka tersebut maka ia adalah sesuatu yang kebetulan,” katanya.

Arif Shah, yang berhadapan dengan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), Hanafi Mamat pada pilihan raya kecil Selasa ini, juga yakin nombor tiga yang diberikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam susunan atur nama calon memberinya kelebihan.

Katanya bagi orang Cina nombor tiga bermakna “bukit” dan membawa tuah dan menambah kata: “Awal-awal lagi telah diberikan indikasi bahawa kita berada di kemuncak bukit.”

Menyentuh mengenai kempennya di saat-saat akhir pengundian, Arif Shah berkata beliau kini terpaksa mengubah sedikit strategi berkempennya untuk mengelak diambil kesempatan oleh PKR. - Bernama

Bertaubatlah Arif dan Hanafi

Aug 25, 2008

Fitnah dan isu remeh temeh mewarnai Permatang Pauh

P44 Milik siapa?

Milik siapa tak penting. Tetapi budaya politik bodoh dan modal politik yang rendah mewarnai kempen pilihanraya permatang pauh.

Pihak BN mengata anwar dan anwar pula terpaksa menjawap semua isu yang dibangkitkan. Tetapi BN banyak mengunakan serangan peribadi kepada Anwar untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat. PR pula membalas serangan BN tersebut. Hampir setiap hari dan malam mereka berkempen.

Pada kali ini nampak sikit perubahan apabila PKR melancarkan slogan Merdeka untuk tarikan pengundi Permatang Pauh. Namun keseluruhan isu adalah serangan peribadi Najib dan Anwar.

Kita perlu berubah dengan menonjolkan APAKAH AGENDA YANG PARTI AKAN BUAT JIKA MEMERINTAH. Kita perlu budaya politik bersih.

Politik bersih dari:

1. Membeli undi
2. Kutip kad pengenalan
3. Halang pengundi dari keluar mengundi
4. Takutkan pengundi
5. Kempen yang keterlaluan / bising
6. Nama tiada dalam daftar pemilih
7. Pengundi hantu
8. Dipaksa mengundi
9. Gaduh kerana beza fahaman

dan banyak lagi budaya atau cara politik yang agak sempit dan kurang terbuka. Kebebasan rakyat memilih pemimpin perlu di beri keutamaan.

Selamat mengundi kepada pengundi sah permatang pauh.

Merdeka, Merdeka, Merdeka

MERDEKA DARI FITNAH DAN KEZALIMAN : MALAYSIA UNTUK SEMUA

Saya mahu jadi pemimpin untuk angkat martabat semua kaum

Pengundii Permatang Pauh tidak terpengaruh dengan isu liwat, turun harga minyak dan janji BN

Pengakuan Imam Wilayah yang terima sumpah saiful




Lihat satu lagi video Imam Masjid Wilayah


Saifol tidak kelihatan seperti orang bersalah, skrip ditulis, ada orang yang merancang atur sumpah itu, imam itu di arah untuk terima sumpah

Aug 23, 2008

BEKAS PRESIDEN UMNO, DEDAH UMNO SEKARANG TERLALU KORUP (RASUAH)


BEKAS PRESIDEN UMNO SENDIRI KATA UMNO RASUAH . IKUTI ULASAN DR MAHADZIR BERIKUT:

1. Dato Seri Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang telah membuat kenyataan yang beliau tidak akan bertanding untuk Majlis Tertinggi UMNO kerana rasuah yang berleluasa dalam kempen pemilihan ketua-ketua pemuda, ketua bahagian dan Majlis Tertinggi.

2. Sebelum ini saya telah lapor berkenaan tindakan dua tokoh UMNO; seorang Ketua Bahagian yang menulis kepada Ibu Pejabat UMNO berkenaan rasuah yang dilakukan oleh Presiden sendiri untuk mendapat sokongan bagi pencalonannya sebagai Presiden pada Disember ini dan yang satu lagi tindakan seorang veteran UMNO yang telah lapor kepada Badan Pencegah Rasuah berkenaan rasuah yang sama yang dilakukan oleh Presiden, walaupun ia sendiri kerap bercakap dan mendesak semua orang supaya jangan amalkan rasuah.

3. Baru-baru ini saya telah dapat maklumat daripada beberapa pemimpin UMNO bahawa rasuah, iaitu pemberian duit yang tidak kecil jumlahnya dan pemberian lain-lain, telah dilakukan untuk pemilihan ke Majlis Tertinggi dan Ketua Pemuda.

4. Lebih daripada 150 ahli telah dikenalpasti yang akan mencabar ketua-ketua bahagian yang ada sekarang dengan diberi sogokan wang yang besar. Ada pula Ketua Bahagian yang diberi kontrak projek Kerajaan supaya mencalonkan calon tertentu.

5. Mereka yang menjadi Ketua Bahagian sekarang yang akan dicabar dan dijatuhkan tahu dan sedar yang rasuah ini sedang berlaku. Mereka kecewa. Tetapi mereka tidak sanggup mendedah secara tepat dan terbuka orang yang memberi sogokan dan siapa yang mereka dikehendaki mencalon dan menyokong dan lain-lain butir dan maklumat berkenaan kegiatan rasuah ini. Mereka yang disogok pula tidak sanggup membuat apa-apa laporan.

6. Mereka sedar bahawa rasuah yang berleluasa dalam UMNO ini akan menghancurkan parti, dan merosakkan masa depan orang Melayu dan negara Malaysia tetapi mereka masih berharap apabila mereka sudah tidak jadi Ketua Bahagian, tidak jadi ahli atau memegang jawatan dalam Majlis Tertinggi, apabila mereka tidak lagi jadi Menteri atau Timbalan Menteri, mereka mungkin diberi saguhati dengan dilantik sebagai Senator dan melalui saluran ini mungkin dapat jadi Menteri lagi, atau dapat jadi pengerusi syarikat GLC, atau jadi penasihat berpangkat Menteri kepada PM atau pengerusi badan-badan lain, atau dijadikan duta dan lain-lain, semuanya dengan elaun-elaun yang lumayan juga.

7. Oleh kerana harapan ini mereka sanggup melihat rasuah berleluasa dalam UMNO, melihat UMNO hancur, melihat orang Melayu diperhambakan, menjadi golongan yang miskin dan tidak berkuasa dalam negara, merosakkan negara. Tidak ada seorang pun daripada mereka, daripada Timbalan Presiden sehingga ke ketua cawangan, yang akan sanggup mendedah secara jelas, mengeluar 'statutory declaration' berkenaan rasuah yang akan hancurkan UMNO dan menghakis apa sedikit daripada kuasa orang Melayu di negara ini yang masih ada.

8. Mereka ini berharap orang luar daripada UMNO, NGO (Badan bukan Kerajaan) Melayu akan menyelamat UMNO supaya mereka yang tersingkir akan dapat kembali jawatan-jawatan mereka.

9. Semua ini berlaku kerana presiden UMNO membenar ianya berlaku. Sebagai Perdana Menteri beliau dipercayai akan selamatkan mereka yang terlibat dengan mengguna rasuah untuk mendapat tempat dalam kepimpinan UMNO daripada apa-apa tindakan jika laporan dibuat kepada Jawatan Kuasa Disiplin Parti atau Badan Pencegah Rasuah.

10. Perjuangan 62 tahun UMNO akan menjadi sia-sia kerana UMNO sudah dilanda gejala rasuah dan tidak lagi dapat perjuangkan tujuan-tujuan yang UMNO ditubuh. Perjuangan pemimpin dan ahli UMNO sekarang tertumpu kepada mendapat sesuatu bagi diri sendiri. Kerana semua mereka sudah terlibat dengan rasuah, samada memberi atau menerima, tiada ada siapa yang ingin bertindak memberhentikan jenayah ini.

11. Inilah keadaan dalam UMNO sekarang.

12. Malangnya yang boleh bertindak hanyalah ahli UMNO.

13. Saya tidak fikir ada dalam UMNO orang yang mampu bertindak. Masing-masing hanya utamakan kepentingan diri. Apa yang akan jadi pada kaum bangsanya tidak mengapa asalkan diri sendiri mendapat sesuatu.

14. Hari ini UMNO belum hancur lagi tetapi ia jelas sudah lemah. Dengan tahap kelemahan ini sahaja pun orang Melayu sudah berada dalam keadaan kelam kelibut, berpecah dan terdedah pada macam-macam serangan terhadap maruah bangsa dan agama yang mereka tidak berupaya mempertahankan.

15. Percayalah, apabila orang Melayu begitu mudah menjual hak mengundi mereka, ahkhirnya mereka akan terima padahnya; mereka akan hilang apa juga kuasa yang sedikit yang ada pada mereka untuk menyelamatkan kaum bangsa mereka. Mereka akan kembali menjadi hamba orang, mempertahankan orang. Mereka akan jadi seperti orang Melayu Singapura yang sudah jadi kaum minoriti yang termiskin di pulau yang sebenarnya sebahagian dari Tanah Melayu dahulu. Inilah nasib yang menunggu orang Melayu.






Kesimpulan kenyataan Dr Mahadzir itu, kita tidak lagi boleh berharap pada UMNO dan BN untuk menjaga negara ini.

Aug 21, 2008

Apa makna jika menantu PM nak kuburkan politik Anwar, ?



Pakatan rakyat harus meneliti kenyataan khary ini dengan tindakan dan apa kaitan fitnah kepada anwar sebelum ini. Adalah ucapan di atas mempunyai kaitan dengan konspirasi menjatuh dan memalukan anwar. Lihat ucapannya di Permatang Pauh yang menuduh anwar dengan perbagai cara.

Bekas pemimpin Gerakan Pulau Pinang Sokong Dasar Anwar

Aug 18, 2008

AKSI LUCAH PEMUDA DAN PUTERI UMNO PADA HARI PENAMAAN CALON P44 16 OGOS 08 PERMATANG PAUH


APA PENDAPAT ANDA, SILA SAVE AS DAN SEBARKAN KELAKUAN UMNO INI.

Gambar asal Puteri yang membuat aksi tikam Dubur
Pada lelaki. Gambar ini tidak di gembar gembur oleh TV3


Aug 16, 2008

Sumpah Saiful tak ikut syariat Islam: Hadi Awang

oleh Nazura Ngah
Berita Harian 16 Ogos 08

IPOH: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyifatkan tindakan Mohd Saiful Bukhari Azlan yang membuat sumpah laknat bahawa diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam sebagai tindakan bodoh dan tidak mengikut syariat Islam.

Ini kerana katanya, cara Mohd Saiful memegang al-Quran ketika lafaz sumpah seperti orang Kristian memegang kitab Bible.

Sehubungan itu, katanya, kes liwat berkenaan perlu dibicarakan di Mahkamah Syariah bagi undang-undang qazaf berdasarkan Perlembagaan Perkara 121(1)(a).

Sehubungan itu, Abdul Hadi berkata Pas akan tetap menyokong Anwar dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Beliau juga mendakwa tindakan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul yang meminta Anwar turut bersumpah sebagai orang agama yang tidak tahu mengenai agama Islam.

Aug 15, 2008

Jika tidak benar Saiful akan dilaknat Allah.

KENYATAAN MUFTI PERLIS

Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin melahirkan rasa terkejut dengan keberanian Mohd Saiful Bukhari Azlan bermubahalah. Namun begitu, beliau menyifatkan sumpah yang dibuat oleh Saiful itu sebagai risiko yang teramat besar.

“Sekiranya dia benar, dia akan selamat tetapi jika dia berbohong lambat laun, kelaknatan Allah akan turun kepadanya dalam berbagai perkara yang tidak tergambar oleh dirinya sendiri,” tegas Dr Asri ketika dibungi sebentar tadi.

Dr Asri yang kini berada di Kota Bharu menghadiri ‘Seminar Tajdid’ di USM, Kota Bharu berkata, “Keberanian Saiful melafazkan lafaz yang seperti itu menunjukkan samada dia meyakini apa yang dia dakwa ataupun dia tidak faham akan kesan terhadap lafaz berkenaan pada masa hadapan.”

Menurut tokoh agama yang lantang bersuara ini, tindakan Saiful itu juga boleh menimbulkan kesangsian dan keraguan terhadap pihak yang dicabar kerana bukan mudah seseorang untuk melafazkan apa yang dilafazkan oleh Saiful.

“Bukan mudah seseorang melafazkan sumpah mubahalah itu melainkan dia dalam keadaan tidak siuman ataupun dia sedar apa yang diyakini itu benar,” katanya lagi.

Tambahnya, “Oleh kerana akan timbul kesangsian pihak yang di cabar dan untuk menghilangkan keraguan masyarakat maka pihak yang didakwa iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim hendaklah melafazkan sumpah bermubahalah dengan bentuk yang sama. Maka jadilah mubahalah yang mana kita akan lihat hukuman Tuhan nanti.”


Ketika ditanya bagaimanakah pendirian beliau kini setelah Saiful bermubahalah, Dr Asri berkata, “Adapun saya tidak pernah menyatakan secara putus siapa yang benar, siapa yang salah.”

http://drmaza.com
---------------

KENYATAAN ANWAR


Apakah wajar kita tunduk kepada perancangan segelintir komplot polis dan tokoh politik UMNO dan mempermainkan al-Quran dan agama?

Apakah isu ini selesai dengan bersumpah? Bukankan agama menetapkan beban pertuduhan pada yang membuat fitnah?

Perkara ini telah dirujuk ka Mahkamah Syariah menurut kaedah Islam. Sumpah diteruskan setelah doktor dan bukti alibi menolak samasekali kemungkinan ianya berlaku. Dalam masa yang sama, Saiful masih dalam kawalan polis!

Percanggahannya banyak sekali: Isunya samada rela atau dipaksa? Penglibatan Dato Najib, Rosmah, Polis tidak dijawab! Semua kenyataan dan tindakan dilakukan bersesuaian dengan strategi politik UMNO dan pilihan raya kecil.

Pada tahun 1998 Sukma dan Munawar juga bersumpah dimahkamah tetapi menarik kembali sejurus 3 bulan sesudah itu. Sebagai Muslim, saya rujuk ka Mahkamah Syariah dan biar mereka menentukan langkah selanjutnya.

ANWAR IBRAHIM
-----------------



LIHAT VIDEO SUMPAH SAIFUL






APAKAH BENAR, TUDUHAN DI BAWAH DENGAN PENGAKUAN SAIFUL YANG KATA DIA BUAT DENGAN DI PAKSA OLEH ANWAR


Saya ingin berkongsi pandangan saya selepas baca artikel dari Malaysia-Today bertajuk "Shouldn't Saiful be charged too?".

DSAI Didakwa dibawah Seksyen 377B atas dakwaan "dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii".

Untuk pengetahuan semua, Seksyen 377B berbunyi "melakukan persetubuhan/perhubungan diluar tabii" tidak menyatakan bahawa ianya dilakukan secara paksaan atau tidak.

Jika diteliti, ada satu seksyen yg lebih tepat sepatutnya terpakai dalam kes ini iaitu 377C yang berbunyi "melakukan persetubuhan/perhubungan diluar tabii tanpa rela".

Jadi jika betul nak dakwa DSAI meliwat si SayFool ni, sepatutnya dakwalah DSAI bawah Seksyen 377C yang jelas lebih tepat.

PERANCANGAN UMNO MENJATUHKAN ANWAR

Sila ikuti kupasannya di : http://sg.malaysia-today.net/2008/content/view/11283/84/

UMNO Jangan cabar kami, kami ada bukti yang cukup koropsi kamu

BN Hadapi krisis kepimpinan, ketidakpercayaan" Ikuti ucapan Selehudin

Aug 9, 2008

Aug 1, 2008

Paklah letak bunga di Tugu, Kemana perginya penasihat agama di JPM, apakah mereka tak faham, meletak kalungan bunga di tugu negara adalah haram


FATWA TENTANG PERLETAKAN KALUNGAN BUNGA

FATWA MUFTI PAHANG

- Di bawah SubSeksyen 36(1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak mengikut SubSeksyen 39(6) Enakmen menyatakan " Meletakkan kalungan bunga di Tugu Negara sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan"

Pendapat Mufti Perlis

Perbuatan mana-mana individu muslim sama ada pemimpin atau rakyat yang meletakkan kalungan bunga, tabik hormat dan bertafakur yang dilakukan untuk Tugu Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti kepada sebarang unsur keberhalaan,Sekiranya pun pelakunya tidak mempunyai sebarang iktikad bahawa itu semua memberi manfaat dan mudarat, maka perbuatan itu adalah sia-sia dan bodoh -

Ustaz Asri