nak ikut.....

Sunday, July 31, 2011

Terima kasih kerana menegur….

Aku tidak sangka blog aku ini akan ada orang yang membacanya…dan terima kasih di atas teguran yang aku terima di facebook, blog dan email….Ini semua di sebabkan entri aku sebelum ini : Ashraf Hafiz Aziz meninggal dunia!!!. Di akhir entri itu, aku ada menulis:-

“p/s: Masyarakat hanya lebih tahu menghukum daripada membantu memperbetulkannya…”

Maksud menghukum yang aku cuba maksudkan disini adalah mencaci dan menghina sebagainya….Korang semua boleh buka dalam internet, forum dan sebagainya…akan dapati pelbagaian cacian yang teruk di lemparkan kepada diri mangsa dan keluarganya… Apa perasaan anda, bila anda dan keluarga anda dicaci dengan teruk??

Aku suka satu babak dalam filem nur kasih….dimana seorang ustaz lakonan Beto yang tidak mahu mengajar budak-budak nakal kerana duduk tidak berasingan antara lelaki dan perempuan dan tidak menutup aurat… jika ustaz itu tidak mengajar, sampai bila-bila budak-budak nakal itu akan terus sesat… Disini yang aku cuba sampaikan dalam p/s di atas, kita tidak sepatutnya menghukum dengan mencaci mereka yang tersimpang daripada ajaran islam ini, tetapi kita sepatutnya menjadi rakan atau sahabat yang sama-sama memahami jiwa mereka bagi membimbing mereka kembali ke jalan yang lurus… Bukan menjauhi mereka, tetapi mendekati mereka…itulah cara dakwah yang terbaik… Kalau hanya ceramah di buat di masjid, surau dan kelas formal…rasa-rasanya mereka ini akan datang??? Menipulah kalau anda kata ya….

Bagaimana untuk memastikan bahawa kejadian ini tidak akan berulang lagi??? Tanya seorang sahabat kepada aku…

Sama juga lah kalau aku hendak tanya dia balik…bagaimana hendak memastikan bahawa kamu sentiasa mengikut ajaran islam??? Dari kecil kita di didik dengan sebaik-baiknya dengan ajaran islam oleh ibubapa kita… tapi bila sudah besar, ibubapa sudah uzur atau meninggal….bagaimana hendak memantau perilaku anak-anak lagi??? Itulah peranan masyarakat sekeliling, saling tegur-menegur secara berhemah…. lagipun iman manusia ini hanyalah senipis kulit bawang, mudah di hasut dan di goda oleh syaitan...

Contohnya, Aku ada seorang kawan masa zaman sekolah…sentiasa bertudung dan setiap kali azan, pasti akan cepat-cepat lari balik untuk bersolat. Dan baru-baru ini, aku jumpa kembali selepas 8 tahun tidak berjumpa…. Tudung sudah tiada di kepala… memang la cantik…ciptaan tuhan…heheh…tapi aku selalu tegur dia…

“Kau cantik tapi lagi manis kalau bertudung macam dulu-dulu”

Syukur, dia mula menutup kembali kepalanya….bertudung walaupun berlilit-lilit dengan pelbagai fesyen…kejap fesyen Yuna…kejap fesyen Wardina.. Rasa-rasanya…kalau aku terus menghukum dan mencacinya…apa jadi??? Adakah dia semakin bertambah baik atau teruk?? Silap-silap hubungan persahabatan yang telah terjalin itu akan putus..

Emak aku selalu menegur aku, tidak semestinya orang yang alim itu akan mati sebagai orang islam…dan tidak semestinya orang yang jahat minum arak semua bagai itu akan mati sebagai orang kafir… kita tiada hak menghukum seseorang itu jahat atau baik… pengakhiran kehidupan kita tiada siapa yang tahu… seperti kisah INI

Jadi sama-samalah kita sedekahkan Al-fatihah kepada arwah Ashraf Hafiz Aziz

p/s: Marilah kita sama-sama memperbanyakkan amal ibadat…lebih-lebih lagi bulan ramdhan semakin hampir.. (harap tidak disalah ertikan…bukan aku maksudkan budan ramadhan je buat amal ibadat ok!!!)

p/s/s: Emak aku menangis ketika menonton cerita Sutun….hehe

p/s/s/s: membaca dengan minda terbuka, melihat dari setiap sudut!!!

Saturday, July 30, 2011

Ashraf Hafiz Aziz meninggal dunia!!!

Itulah tajuk berita yang terpampang di akhbar…

Terkejut aku membacanya!!! Sungguh berliku perjalanan hidupnya...

Mungkin ada yang tidak mengenali Ashraf ini…tetapi baru-baru ini dia telah mengemparkan Negara kerana memohon untuk menukar namanya kepada Aleesha Farhana…tetapi gagal…

Akibat kegagalan itu dan pelbagai cacian yang diterima daripada masyarakat, dia mengalami kemurungan yang teruk dan di masukkan ke dalam Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Nur Zahirah setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah…

Takziah….al fatihah!!

p/s: Masyarakat hanya lebih tahu menghukum daripada membantu memperbetulkannya…

Thursday, July 28, 2011

Makan lembu tua la jawabnya!!!

Tahukah anda???

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak telah mengeluarkan satu notis larangan terhadap penyembelihan lembu bunting dan yang masih produktif. Ini adalah bagi mengelak unsur kekejaman terhadap lembu dan mengelakkan terjejasnya populasi serta bekalan daging segar masa depan…

Dari sudut pihak lembu, ia memang mendatangkan kebaikkan…jika jadi dikuatkuasakan larangan ini ….lembu-lembu itu sudah pastinya akan di sembelih bila sudah tidak produktif…maknanya…masa sudah tua la…kira ia bagi peluang lembu-lembu ini merasa keseronokan hidup semasa muda….hehe lagipun agak zalim untuk mengorbankan dua nyawa jika lembu itu tengah bunting…. Kalau dapat anak lembu kembar macam mana?? lagi rugi jawabnya….hehheh..kalau tunggu sikit lagi sampai lahirnya anak lembu tu….penternak juga untung!!

Bagi pihak penyembelih pula…bagaimana hendak menentukan yang lembu itu tidak bunting??? Aku pernah terbaca satu artikel….kalau tidak silap….bagi memastikan lembu itu tidak bunting….caranya adalah dengan masukan tangan melalui lubang dubur lembu tu dan rasa jika ada kandungan….Betul ke???(kalau silap, maafkan aku!! heheh)…Dan bagaimana pula hendak tahu lembu itu sudah tidak produktif??? OK……Aku tidak ada idea untuk soalan ini hahahha

Bagi pihak yang makan daging lembu pula….seperti aku…terpaksalah terima hakikat akan makan daging lembu tua nanti heheh Nampaknya raya ni aku makan daging lembu tua la…

cubaan lembu tua untuk berlakon kononnya mereka masih produktif bagi mengelakkan diri daripada di sembelih hehehhe

P/s: Tidak suka manusia yang berperangai seperti lembu di cucuk hidung…mengikut secara melulu sahaja!!!

Wednesday, July 27, 2011

Datang Bulan??

Aku datang bulan??

Ish mana boleh….aku kan lelaki… haha..Tapi ahad ni, aku akan di datangi anak bulan…anak bulan ramadhan la…. Jadi marilah kita ramai-ramai melihat…menengok mahupun mengintai anak bulan ni…. Ini bagi menentukan permulaan puasa bagi umat islam di seluruh Malaysia… Kalau malas pun, tunggu je depan TV dan radio….dengar pengisytiharaan tarikh permulaan puasa yang akan di buat oleh Penyimpanan Mohor Besar Raja-Raja…hehe

Selamat berpuasa dan memperbanyakkan ibadah!!!

p/s: Sesiapa yang tidak berpuasa dalam bulan ramadhan ini akan dikenakan denda Rm 3000…itu baru denda di dunia!!!!

Sunday, July 17, 2011

Seronoknya duduk di kampong….

Wah seronoknya duduk di kampong….aku tak tahulah,sama ada aku benar-benar seronok atau aku tengah cuba untuk menyeronokkan diri aku sendiri…. Tapi memang betullah….kampung dengan kuala lumpur amat jauh berbeza…tapi aku akan cuba menyesuaikan diri menjadi budak kampong…

Tapi serius, seronok duduk kampong….lebih-lebih lagi kalau musim buah…..buka je pintu rumah…. Aku nampak buah merah melambai-lambai ke arah aku untuk menjamahnya….sedap makan buah rambutan segar daripada dahan hahah… nak makan petik sahaja…. Ada juga durian, nangka dan nenas….sekarang ni aku hendak ucap selamat tinggal pada kfc, Mc Donald, Pizza hut, Subway dan sebagainya…. Aku hanya makan buah-buahan segar sahaja hahaha…

p/s: aku duduk kampong, makin gemuk lah aku….makcik aku suka masak!!!

Saturday, July 16, 2011

Aku ada rupa pembangkang???

SEJAK duduk di Melaka ni, aku ada satu jawatan yang baru disandang secara tidak rasmi iaitu menjadi pemandu dan pembantu peribadi makcik aku…Kemana saja makcik aku hendak pergi,aku akan mengikutinya secara paksa rela hahahah….bagus juga sementara aku belum menemui lagi hiburan atau pengisi masa lapang aku ni hehehe….tidak adalah aku bosan duduk di Melaka bandaraya bersejarah ini…walaupun subjek sejarah, paling aku tidak suka dan bosan masa zaman sekolah dulu hehheh..ada kaitan ke???

Sementara aku menemani makcik aku membeli belah pagi tadi…aku saja duduk di luar pasar raya…. Malas hendak menemani makcik aku shopping di dalam….biasalah kalau perempuan dah shopping… semua tempat nak di masuk dan disentuh, belinya tidak heheheh… Aku duduk di luar pasar raya sambil menikmati udara segar dan menikmati pandangan indah… memang indahnya pandangan di Melaka ini… gadis-gadis secantik puteri hang li po… heheh..

Sedang aku leka duduk, aku perhatikan ada seorang pakcik ni tersenyum dari jauh lagi… aku toleh ke kiri dan ke kanan aku….aku perhatikan orang lain membuat hal masing-masing….

“Pakcik ni senyum kat aku ke???” kata hati ku…

Aku membalas senyumannya…walaupun aku tahu senyuman aku itu palsu…Nampak sangat di buat-buat…mengalahkan senyuman kambing….yela nanti orang kata aku sombong pula…. pakcik itu semakin menghampiri aku…. Aku resah!!!!

DAN bila pakcik itu berada di hadapan aku….dia menghulurkan satu surat khabar kepada aku… aku mengambilnya..dan pakcik itu pun berlalu pergi… tapi mengapa pakcik itu pilih aku???? Aku pun membuka surat khabar itu…oww surat khabar parti pembangkang…. Adakah aku ada rupa pembangkang???

p/s: Aku bukan lah pro-kerajaan mahu pun pro pembangkang….aku menyokong berdasarkan individu..bukan parti…nasib baik calon ditempat aku bagus membuat kerja… aku akan terus menyokongnya…

p/s/s: bila seseorang itu sudah terlalu fanatik, benda yang salah pun dinampak betul….

p/s/s/s: Semoga Malaysia tanah airku akan terus kekal aman…AMIN!!!

p/s/s/s/s: aku tidak akan mengundi orang yang tahu berceramah je tetapi tak buat kerja dan aku juga tidak akan mengundi orang yang akan nampak mukanya bila pilihan raya semakin hampir...

Tuesday, July 12, 2011

Makcik aku baca blog aku???

KEMUNGKINAN….mulai ahad lepas dan hari-hari berikutnya, aku akan tinggal terus bersama dengan makcik aku….di kampung…kerana tempat kerja baru aku dekat dengan rumah makcik aku… aku akan mula menjadi orang kampong la....dan mungkin juga jodoh aku dengan orang sini heheh…

DAN malam ahad lepas, makcik aku mengajak aku pergi pasar raya untuk membeli sedikit barang dapur… Aku pun menemani mak cik aku…..

TIBA-TIBA!!!!!!

Makcik:”Angah, pergi ambil 1 bungkus Milo tu, Makcik minum Ovaltine je kat rumah”

Aku: “Ish tak payah la…dah makcik minum ovaltine, saya ikut je lah”

Makcik:”Pergi je ambil Milo tu, angah kan suka minum MILO…” (Makcik aku tetap berkeras)

Aku berkeras juga…tak nak ambil MILO itu….orang kata masuk kandang lembu, mengembu… masuk kandang kambing, mengembek…. Masuk rumah makcik aku, aku jadi makcik – makcik lah hahahaha

YANG aku hairan….macam mana makcik aku tahu, aku hantu MILO???? Dah lah aku jarang balik kampong, balik pun setahun sekali je….itupun masa besday makcik aku…hahah taklah, sudah pasti masa raya je…..Adakah makcik aku membaca blog aku??

p/s: Aku mula check balik entri aku yang lepas-lepas….takut ada aku terkutuk makcik aku ke heheh… silap-silap ada yang kena tidur luar rumah malam ni hahahah

Monday, July 11, 2011

Berkawan biarlah beribu….

Baru sebentar tadi, aku buka facebook aku…. Bilangan kawan aku sudah menjadi 1000 orang…oh yeah!!! Tapi mesti ada yang akan kata….terutamanya awek impian aku yang seorang itu…Lisa surihani…”1000 orang pun nak kecoh, saya ada 1,600,371 follower dalam fanpages pun tidak hairan”…heheh…Jom ramai-ramai like fanpages Lisa Surihani……aku sudah!!!!... dan kalau anda rasa nak add aku juga jadi kawan… add lah hehee (konon rasa diri ni popular la tu ahahha)… berkawan biarlah beribu, bercinta biarlah satu….tapi yang satu ni lah payah nak dicari….adoyai!!!

Friday, July 8, 2011

Tentu arah kiblat cara moden…

Aku terbaca artikel ini tadi dan terus aku teringat kisah ketika aku di tanjung malim…

Empat bulan lepas, aku ditukarkan untuk bekerja di tanjung malim iaitu salah sebuah cawangan kilang aku masa itu…Aku main redah saja tanpa mencari rumah mahupun bilik sewa terlebih dahulu….Aku gerak dari KL awal pagi dan terus pergi ke kilang untuk bekerja…Selepas tamat waktu bekerja,dalam pukul 6 petang, aku pun meronda sekitar Bandar tanjung malim untuk mencari rumah sewa…dan aku terjumpa sebuah rumah kedai ini… aku call nombor yang tertera…. Seorang gadis mengangkat panggilan aku… lembut suaranya….Rupanya gadis ini menjaga rumah itu bagi pihak tuan rumah yang bekerja di Ipoh…

Aku pergi berjumpa dengan gadis itu segera…kerana hari semakin lewat..hendak gelap…tidak manis anak teruna KL berjumpa dengan anak dara tanjung malim lewat-lewat macam tu..hehehe…tapi yang lebih penting, aku masih tiada rumah lagi…silap-silap ada yang kena tidur di kilang mahupun masjid nanti heheheh

Pertama kali aku terpandang gadis itu…oh cantik…manis seperti kurma… bertudung labuh…(ohhh tetiba aku semput hahaha)….Aku berurusan secara professional okay dengan dia!!!….tidak boleh mencampurkan urusan sewa rumah dengan hal peribadi okay heheheh…..Setelah berurusan, aku berpuas hati dengan rumah itu (aku puas hati bukan sebab gadis itu okay!!!) dan aku membuat keputusan untuk menginap di rumah itu…aku membayar semua duit deposit bagi rumah itu…

DAN sebelum gadis itu balik…aku bertanyakan sesuatu kepadanya……bukan aku tanya pasal nombor telefonnya tetapi…..

Aku: adik, di mana yea arah kiblat??? (wah tetiba je aku menjadi alim macam ustaz amirul hahahah)

Adik manis bertudung labuh: kejap yea (sambil jalan keluar rumah)

Aku mengikut belakangnya keluar dari rumah sewa itu….Aku perhatikan dia pandang ke atas… Aku pun turut pandang ke atas…dalam hati aku berkata, “bagusnya dia,tentukan arah kiblat dengan melihat kedudukan matahari,aku pun tak tahu sangat…bagus jadi calon isteri aku ni…”

Adik manis bertudung labuh: arah sini bang.(dengan penuh yakinnya, dia menunjukkan ke arah satu sudut)

Aku: Macam mana yea adik tahu?? (malunya aku tidak reti tentukan arah kiblat dengan melihat kedudukan matahari…)

Adik manis bertudung labuh: Tu, piring Astro tu menunjuk ke arah situ!!!

Aku: %^&$%#@

Suratan atau kebetulan???

p/s: kalau dah tak tahu, janganlah berlagak tahu dan tidak mahu bertanya…Malu bertanya, sesat jalan =)

Aku antara individu yang dilarang tinggal di KL…

Aku dah semak nama aku semalam….Pasti!!! Nama aku ada…aku sudah tidak dibenarkan tinggal di KL lagi… mungkin hanya dibenarkan masuk KL, sebulan sekali je….bagi melepas rindu pada kawan-kawan heheh

Sedih?? Memang lah sedih!!! Mulai Isnin ini aku akan tinggal berhampiran dengan Ledang… Betul kawan baik aku kata…rezeki aku akan ada di luar KL…. Semakin aku cuba untuk minta kerja di KL, semakin jauh aku daripadanya…Mula-mula aku cuba, dapat Kajang…kemudian aku cuba, dapat Shah Alam…seterusnya Tanjung Malim…dan sekarang aku cuba, dapat Ledang pula….Jadi aku sudah hendak berhenti mencuba… Takut lepas ini dapat Sabah, Sarawak atau Luar Negara pula hehehe

Dimana rezeki kita, janji ia halal….dan pastikan anda minat dengan kerja anda…baru seronok untuk bekerja!!!

adakah puteri gunung ledang secantik dan semanis ini???

p/s: Kalau anda hendak tahu 91 individu yang dilarang masuk KL esok…silalah baca di akhbar… aku malas nak ulas pasal perhimpunan tu…habis rancangan aku hujung minggu rosak dan jalan raya semua sesak…

p/s/s: Kawan aku itu bertaruh dengan aku yang aku akan kahwin dengan orang johor dalam tempoh setahun dari sekarang…. Mulut dia terlalu masin!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...