20 March 2014

Kisah Amrsyar dan Adik : Jalan-Jalan Cameron Highland

Babah balikkkkkkkk lagi. Kali ni Babah cuti seminggu. Babah nak spend masa dengan anak-anak sebab nanti Babah nak masuk Ops....3 bulan tak dapat jumpa. Huhuhuhu...Mama pulak yang sedey lebih. Next time Babah balik insyaAllah Abang Ali nak masuk 2 tahun dan Adik nak masuk 8 bulan. Bertahan lah wahai hatiiii.....

Untuk cuti kali ni Babah bawa Ali dan Adik jalan-jalan Cameron Highland. Pegi-balik hari saja sebab Kampar - Cameron bukan jauh sangat pun. Tapi jalannya...hurmmmmm...agak mencabar. Terhuyung-hayang Mama dan Adik kat seat belakang. Ali pulak siap muntah lagi bila sampai rumah. Babah je yang steady.

Actually tak banyak tempat pun yang kami pegi sebab cuaca tak berapa elok. Kejap hujan kejap cerah. Walaupun hujan, Cameron tak sejuk sangat. Ali dan Adik tak pakai baju sejuk pun. Tapi tak tahu lah...kalau kami sefamly je yang rasa Cameron tak berapa sejuk sebab ada jugak travelers yang pakai baju sejuk macam kat Korea...siap pakai sarung tangan lagi. Tak kesah lah..asal kauorang bahagia.


Sampai Cameron, kami terus pegi Ladang teh Bharat. Tak ada apa yang best pun...cuma permandangan ladang teh jer. Ada cafe dan souvenir shop. Tapi cafe cuma jual kek/pastri dan minuman. Sedangkan perut kami dah lapar nasi. Tempat ke-2 kami ke ladang lavender. Tempat ni best jugak. Penat nak menapak. Kali ni Mama pakai selipar jepun je. Ladang lavender nyer tak ada la besor benor... tapi banyak jugak pokok bunga lain. Boleh tahan la... Dekat sini jugak ada stawberry self plucking. Memang
 jimat masa dan sangat convenient bagi yang bawa anak kecik macam kami. Bila bawa anak kecik memang leceh sikit nak berhenti banyak tempat.


Seronok Ali petik strawberry. Actually dia bukan petik, tapi picit. Adoi la hero Mama ni...nasib uncle bangla tu tak nampak. Selain picit buah strawberry, Ali suka kutip buah strawberry busuk masuk dalam bakul. Nasib sedar time nak bayar. Terus saya buang. Kalau tak...rugi la Mama.

On da way nak turun, kami menyinggah ke kilang coklat.Time ni hujan lebat, so Babah tak berani nak drive. Jadi kami berhenti sekejap kat sini. Time hujan-hujan ni perut pun jadi lapar. Tengok menu dekat cafe..macam not bad. But mostly cuma desert. Desert pun desert lah...asal perut kenyang. Saya pun dah lupa apa nama desert yang saya order...tapi Ali suka. Jus strawberry pun rasa pure. Saya bagi Adik rasa sikit. Kesian tengok mulut dia asyik kechap tengok orang makan. Sabar ye sayang..just a few weeks to go.


Pukul 5.30 petang baru hujang sidang. Dapat la kami turun. Sampai je rumah, 2 orang buah hati ni dah jadi lembik. Ali dah duduk atas riba Opah sambil Opah picit-picit kepala. Adik pulak asyik merengek. Pening la kot...jalan tak berapa elok. Walaupun ada beberapa tempat yang tak dapat nak pergi, tapi kira not bad lah jugak Jalan-Jalan kali ni, sebab Ali nampak enjoy. Adik...no problem..semua pun dia suka asalkan nenen dia ikut sekali. Apa-apa saja untuk anak-anak kesayangan Mama. Luv U Ali dan Adik. Next time Babah balik kita Jalan-Jalan lagi ya !!!!

14 March 2014

Jerebu - Bila Mau Berlalu


Jerebu oh Jerebu...bila mau hilang. Gambar ni saya tangkap petang tadi, time baru balik keja. Abaikan Tesco tu. Sila tumpukan pada bukit-bukit yang samar-samar disebabkan jerebu. Rasa macam dah lama sangat isu ni. Hujan pun dah jarang turun dibumi Kampar. Ini baru permandangan jerebu di Kampar...bandar kecik yang penduduknya tak berapa ramai. Saya tak dapat bayangkan bandar-bandar besar lain macam Kl, PJ or Bayan Baru yang dipenuhi dengan kilang dan kenderaan. Jerebu + asap....huhuhu. Comfirm kena pakai face mask everyday. Tak sanggup weiii....

Aktiviti harian saya dan anak-anak turut terkesan jugak dengan masalah jerebu. Kalau dulu every morning drive ke tempat kerja, saya buka tingkap. Saja suka aircond semulajadi. Tapi sejak jerebu ni, terpaksa on aircond kereta pagi-pagi. Aktiviti luar Abang Ali pun saya limitkan. Ali cuma boleh keluar round taman dengan motor (atoknya yang bawa). No more main petang kat playground. Lepas round taman dengan motor, Ali kena terus masuk rumah...main dalam rumah saja. Kesian jugak dekat Ali sebab dia jenis outdoor toddler. On weekend, saya bawa anak-anak ke shopping complex. Tak berani nak bawa Ali dan Adik ke tempat terbuka. Risau ada yang sakit sebab tahap immunisasi budak-budak ni masih lagi lemah (especially Adik).

Harap-harap jerebu ni cepat lah hilang. Sama-sama kita berdoa Allah turunkan hujan rahmat. Aminnnnnn......

12 March 2014

Kisah Adik : 5 Bulan

Sekejap je si manja Mama ni dah 5 bulan. Petang tadi bawa Adik pegi KK. Alhamdulillah berat naik 1kg walaupun Adik kerap poo poo lately. Berat Adik 6kg dan panjang 49 cm. Setakat ni Adik masih fully BF. Tapi Adik dah mula menyusu dengan kerap. Kalau sebelum ni, time saya keje Adik cuma minum 10oz susu saja. Tapi sejak seminggu yang lepas dah jadi 15oz. Saya dah mula risau stok EBM tak cukup. Dekat office, saya cuba pump dengan lebih kerap tapi sometime bila public ramai, saya cuma dapat pump 9 oz saja. Kalau boleh saya tak nak tinggal kaunter kerap sangat. Risau officemates tak puas hati pulak. Huhuhu.. Semoga Allah hantarkan bantuan untuk saya. 

5 bulan Addeena Safiyya :

  1. Adik dah boleh angkat badan dengan kaki dan tangan....means manja Mama ni dah nak MERANGKAK. Buat masa ni Adik cuma boleh merangkak ke belakang. Actually most babies memang macam ni ( Abang Ali pun sama ). Babies akan merangkak ke belakang..guna gear R dulu sebelum guna gear D. Untuk ajar Adik merangkak ke depan, saya cuba letakkan HP saya di depan Adik. Adik memang dari dulu berminat dengan HP. Hasilnya...Adik mula belajar merangkak ke hadapan. Kaki dah boleh tolak badan ke depan..cuma tangan dia belum cukup kuat lagi. So everytime Adik cuba merangkak ke depan, dia akan jatuh. Tak apa sayang....kita usaha lagi yer.
  2. Adik dah tunjuk tanda-tanda awal nak DUDUK. Tapi everytime dia cuba duduk, dia akan jatuh terlentang. Risau kepala dia terhantuk ke lantai. Huhuhu...saya dah letak 1 layer comforter atas tikar baby so that kepala Adik tak terhantuk kuat bila dia jatuh.
  3. Adik suka KETUK dengan tangan. Tangan Adik sangat aktif bergerak. Kalau dudukkan dia atas riba, tangan Adik mula nak ketuk/pukul tangan Mama. Kalau menerap...tangan dia akan ketuk lantai.
  4. Adik sangat suka BERCAKAP. Mulut dia memang bising. Suara sangat nyaring. Huhuhu... seronok bila tengok Abang Ali dan Adik becakap. Memang tak faham...tapi bunyi budak bedua ni bersembang memang quite funny.
Itu saja perkembangan Adik untuk sepanjang 4 bulan. Bulan ni Adik dah 5 bulan. Next month dah 6 bulan...dah boleh start solid food. Tapi, kalau perkembangan Adik cepat, ada kemungkinan saya akan start bagi Adik solid food earlier than that. Ali dulu, saya start bagi solid food waktu dia 5 bulan 2 minggu sebab dia dah merangkak dan duduk masa 5 bulan. Adik ni...kita wait and see dulu. Harap-harap cepat macam Abang Ali jugak. Jadi Mama tak perlu risau stok EBM tak cukup. Huhuhu.. Sayang Addeena Safiyya banyak-banyak ...membesar dengan sehat yer nak. Jadi wanita yang lemah-lembut ( Safiyya ) dan solehah. Aminnnn...

05 March 2014

Kisah Amrsyar : Le Tour de Langkawi

Sabtu lepas saya bawa Ali tengok pelepasan lumba basikal Le Tour de Langkawi. Ini bahagian yang ke-3 (kalau tak silap saya) dari Kampar ke Dataran Merdeka. Actually saya kena details...so terpaksa la pergi. Lagipun diberi cuti berganti...sebab tu rajin bangun pagi-pagi dan join event ni. Bukan susah pun..dok tecangok kat depan pentas dari pukul 8 sampai 10 pagi jer.


Mula-mula ingat nak pegi melenggang sorang diri..but then terdetik nak bawa Ali. Mana tau bila besar nanti dia minat nak jadi atlet lumba basikal. Orang kata kita kena pupuk minat anak sejak dari kecil. So seboleh-bolehnya saya nak expose anak-anak saya pada banyak benda supaya they all boleh pilih minat dan kebolehan sendiri. Jadi dengan penuh bersemangatnya saya gerak Ali bangun pagi dan usung dia ke event ni.

Tapi.......sampai je kat sana, tengok sendiri la dia buat apa :


Budak akan tetap jadi budak. Ali lebih suka main kutip batu dan daun kering daripada tengok basikal. Bukan dia sorang je macam tu...budak lain pun sama. Orang lain punya la sibuk nak tengok riders, tapi budak-budak ni buat hal diaorang sendiri. Tapi tak kesah lah..asalkan Ali tak merengek dan lari sana-sini.

Walaupun misi sebenar saya tak tercapai, tapi tak rugi pun bawa Ali join event yang ramai orang macam ni. Dari apa yang saya tengok, Ali jenis budak yang pemalu bila depan orang ramai. Kalau kat rumah tu..elok je dia menari. Tapi bila dekat sini, Ali malu-malu bila disuruh buat senam robik. Asyik melekat kat kaki mama jer. I guess ini pendedahan yang baik untuk bentuk self confidence yang tinggi dalam diri Ali. Insya Allah bila besar nanti hero mama bolleh jadi pemimpin yang baik ye sayang.