Tuesday, March 30, 2010

missing

suatu yang saya rasa menyerang diri ini perasaan tamak yang amat. bila sudah memiliki sesuatu, saya masih mahu yang lebih dari itu. ada suatu yang tidak kena dengan diri saya. bila fikirkan memang dalam banyak perkara saya tamak;makan, pakai,buku, perasaan...tidak pernah rasa bercukupan dengan apa yang saya ada. seolah2tidak meiliki apa dalam hidup. tidak menghargai yang di depan mata.memikirkan yang tiada. kenapa memikirkan suatu yang saya tiada sedangkan tidak perlu dan tidak mati dengan tiadanya. itu adalah suatu sikap yang pelik khadijah. merosakkan jiwa dan roh mu. ada perkara-perkara yang perlu ditinggalkan dan biarkan berlalu pergi.biar dan lupakan.itu tidak perlu.itu tidak penting. pandanglah ke depan. rasa cukup dan bersyukur dengan apa yang kau miliki. teruskan perjalanan dengan apa yang ada. bina dan tambahkan saham mu untuk perjalanan abadi.itu lebih baik kan khadijah.jauh lebih baik. kau tidak kehilangan apa-apa.khadijah solehah.

Wednesday, February 24, 2010

comeback

Dah lama saya tidak menjengah blog kesayangan saya ni (syg la sbb ada satu je), bukan enggan menulis cuma semua yang ingin diluahkan adalah benda2 sedih.. x bahagia rasa asyik2 nak cerita sedih, mcm saya ni penyedih sgt2....bukan ye bukan....

berita terkini : Lagi dua hari dah nak balik ke melbourne, sedih rasa nak tinggal rumah (sedih lagi), kadang2 saya terfikir betul ke keputusan saya untuk belajar di luar negara macam ni, saya kakak sulung, ayah dah lama meninggal, ada adik 6 orang lagi. tapi kata che; belajar la jauh2, bagi kenal tempat orang, nak tunggu duit sendiri smpi bila2 tak dapat belajar tinggi.ok saya ambil peluang ni, buat yang terbaik, cuba yang terbaik saya mampu.

tahun ini : Tahun 2010, cantik no ni, kalau saya kahwin tahun ni tarikh dia ialah 10.10.2010, tapi belom lagi la, tunggu 2020 pulak la 02.02.2020..."i like"menurut Datin No no no dalam Na O Mei.
jom flashback Khadijah:


< SMSPP>
merupakan satu era keganasan sejagat memandangkan sekolah semua perempuan, duk dekat jeram plak tuh, kalau diingatkan memang patut la tak layak pun nak jadi prefect (saya pun tak hingin, nanti kena kutuk). `waktu sekolah ni la, saya buat apa yang saya nak, try je semua benda,tabah dengan segala jerih payah, berani meluahkan idea, nak jadi gila2 ke gila ke, nak makan2 smpi termuntah,nak jadi ratu merdeka ke.jadilah.asal solat tak tinggal.



Yang ni pulak fasa transition dari kanak2 ribena kepada kanak2 sirap F&N. pada fasa ni saya banyak belajar tentang hidup sebagai seorang dewasa yg realiti kehidupan ini x selalunya indah. dengan segala assignment dan kelapa sawit, di sinilah saya menambah ketabahan diri dan belajar untuk terus kehadapan walau apa pun yang mungkin terjadi. dan saya kenal macam2 orang, dan saya sangat2 menghargai mereka. walau kenal 2 tahun je, tapi mereka sangat2 baik, semoga Allah memelihara mereka walau di mana mereka berada.




ni fasa yang Khadijah duk tengoh harung. Baru setahun jagung (memang baru setahun), sudah banyak yang saya belajar terutama pasal berdikari, bijak berbelanja (takda che nak selamatkan ketika pokai), dan yang paling penting ukhuwwah yang ikhlas dari emua yang saya kenal.tak pernah jumpa orang yang baik2 macam ni,....kalau nak cari jodoh boleh la cari2 kat Clayton ni,kat City pun ramai InsyaAllah orang2 yang dirahmati Allah semua ni. i started well and i hope it'll end well too. missing Hanan & Kak Ja soOoOO much.muax3

Sunday, December 13, 2009

grad medic 09


pada tanggal beberapa hari yang lalu, sempat la saya dan kawan2 yang lain menempel di majlis graduasi kakak2 medic tahun ni. sempat jugak buat pertama kali menyertai hari graduasi orang lain. tak da la meriah sangat pun kat sini. ok sekurang2 nya takda la festival cam kat msia. biasa2 je.tapi kegembiraan yang mereka rasa dan saya turut terasa memang melimpah2. saya berasa jeles dan geram sebab ada 4 tahun lagi di hadapan InsyaAllah kalau panjang umur,murah rezeki. bila tengok dorang baling2 topi seolah2 dorang baling sekali kisah2 duka dan penat lelah mereka sekuat hati mereka tapi topi tu datang balik la memandangkan penat dan lelah masih menanti di masa depan. tiba2 teringat hari graduasi kat sekolah, rasa bangga dan puas hati sebab berjaya mengharungi ujian yang mungkin terdapat orang2 yang terkandas di tengah jalan namun kita dan teman2 berjaya juga akhirnya.dengan izin Illahi. saya nak berjaya juga kali ini. semua orang nak berjaya juga.tapi apa2 pun boleh jadi. semoga diberi pertolongan dan kekuatan serta kesabaran kerana ujian itu tidak pernah mudah tapi insyaAllah sesuai dengan kita. berusaha Khadijah!


Khadijah 2013...InsyaAllah....

Monday, December 7, 2009

bulan dua belas 2009

assalamualaikum wbt...

alhamdulillah hari ini berkesempatan menulis kembali setelah lama menyepi dari blog. bukan tak berkesempatan secara tepatnya tetapi sebab tiada perasaan untuk menulis. ya la, nak buat apa2 pun biarlah dengan perasaan dan ikhlas. dalam masa sebulan ni, macam berlaku. kami dah berpindah masuk ke rumah baru. 3 orang housemate dah lama fly balik. tinggal kami berdua, tinggal dan berusaha untuk belajar membina ketabahan diri di ladang raspberi dan redcurrent. sebelum ni, pernah la poyo2 nak habiskan masa jugak menrevise MOORE. memang poyo la idea tu. cuti is tetap cuti.hu3 tapi tak pernah bosan lagi setakat ni. cuma rasa sedih datang la sebab banyak dugaan datang ni bila saya berjauhan dari keluarga dan kawan2 yang lain.takpe la, kami kawan dengan orang2 dah dewasa sket sebab tinggal ktorng berdua je yang 1st year kat melbourne nih (rasanyer la) hahaha. takpe, insyaAllah berkesempatan melihat kakak2 nak grad dan boleh say goodbye to them cukup bermakna bagi saya. dan yang paling terbaru, saya ingin mengucapka selamat hari lahir kepada diri saya sendiri yang telah berumur 21 tahun tanggal 3 hb 12 yang lalu. 21 tahun telah bernafas di dunia ni dan entah bila akan berhenti bernafas, saya memohon keampunan dari sahabat2 dan kaum keluarga andai ada tersalah silap,saya hamba biasa sahaja. moga2 Allah swt turut mengampunkan dosa2 saa yang telah lalu dan akan datang. jadi la budak baik ja. pesan Ayah, belajar bersungguh-sungguh, pesan che; buat perangai elok2, pesan adik2; jadi la kakak yang senonoh sket.hu2 pesan Allah swt ' ....berbuatlah baik pada orang lain sebagaimana Allah telah berbuat kepadamu dan janganlah kamu berbuat kerusakan di bumi...'(Al Qasas 28:77) pesan Allah itu lah sebaik2 pesan. ingat khadijah!
berusaha!

Sunday, November 1, 2009

lalalala exam fever

lalallalala exam

Wednesday, October 14, 2009

today

Blake..boleh dikatakan a good friend of mine. selalu la jgak hang around sekali sekala dan dia pun banyak tolong jgak. ini sedikit je kisah hari nie, sebba saya rasa menarik bila seseorang yang sangat bijak tak dapat menerima simple fact, and terus denying.oops lupa nak cakap, Blake ni dikatakan oleh sleuruh batch sebgaai seorang pandai dan rajin, selalu jawab soalan2 dalam lecture yang mana takda orang nak jawab, hahaha

bila Blake cakap; " you hate jews"

saya cakap" i'm not anti jews, i anti zionist, they are not the same"

bila blake cakap" i think the palestinians should get a job and have some education so that they busied themselves and stop attacking other"

saya cakap " do you think they have time to get a job when someone attacking them?"

bila blake cakap," i know i'm not stupid"

saya cakap " yes you are not stupid, but it's weird, you sound stupid just now"

bagus jugak ada kawan boleh berdebat, boleh asah bakat speaking.hopefully.

be strong muslims!