"Ya Allah, janganlah Engkau jadikan sahabat-sahabatku terdiri daripada orang-orang yang lalai & lupa.Apabila aku mengingatiMu,mereka tidak menolongku.Apabila aku lupakanMu,mereka tidak mengingatkanku.& apabila aku perintah,mereka tidak mentaatiku.Apabila aku diam,mereka mendukacitakanku"
Go Tiger!! Go Tiger!!
10 Tahun Sebelum Merdeka
To our future young leaders in Malaysia
Showing posts with label Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat. Show all posts
Showing posts with label Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat. Show all posts
Tuesday, June 22, 2010
Dakwaan Ugut Bunuh
Pagi tadi saya sempat membaca berita di dalam sebuah akhbar bahawa seorang indiviidu yang dilaporkan mengetuai demonstrasi terhadap kerajaan negeri di Taman Permai Indah, Klang telah mendakwa kononnya menerima ugutan bunuh. Katanya satu laporan polis telah dibuat di sebuah balai polis di Klang.
Saya tidak tahu sama ada ugutan itu benar atau untuk menagih simpati atau kerana beliau kepanasan kerana rasa bersalah. Adalah lebih baik sekiranya siasatan pihak polis yang menentukannya.
Saya juga tidak tahu siapa yang begitu marah kepada penduduk tersebut sehingga mahu membunuhnya. Tetapi Taman Permai Indah adalah di antara 3 kawasan rumah kos rendah yang menerima bantuan membaik pulih lif dari Kerajaan Negeri. Saya telah menerima banyak permohonan dari kawasan-kawasan lain untuk bantuan tersebut. Taman Permai Indah amat bernasib baik. Kerajaan BN sebelum ini tidak menghulurkan bantuan sedemikian kepada penduduk. Menyelenggara dan membaik pulih lif adalah tanggungjawab penduduk, bukan Kerajaan Negeri. Tetapi Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor begitu prihatin mahu membantu rakyat.
Oleh itu, saya tidak hairan jika ada orang di Selangor yang begitu marah kepada penduduk yang mendakwa menerima ugutan itu. Kerajaan Negeri telah memilih kawasan tersebut untuk dibaik pulih tetapi satu demonstrasi telah diadakan terhadap Kerajaan Negeri kerana projek membaik pulih itu terlewat sedikit. Penduduk rumah-rumah kos rendah lain di Selangor yang tidak dibantu oleh Kerajaan Negeri sudah tentu akan marah kepada beliau. Malah ada pihak yang berkata Kerajaan Negeri membuat kesilapan membantu Taman Permai Indah kerana banyak lagi kawasan perumahan kos rendah yang boleh memberi kerjasama kepada Kerajaan Negeri. Kawasan-kawasan itu sepatutnya dipilih oleh Kerajaan Negeri.
Walau bagaimanapun, saya yakin hanya segelintir penduduk sahaja yang termakan dengan hasutan mereka yang mahu mempolitikkan isu membaik pulih lif itu. Sebelum ini hampir semua lif di kawasan tersebut tidak dapat digunakan. Sudah tentu seorang yang waras akan berterima kasih dengan usaha-usaha Kerajaan Negeri ini walaupun kerja-kerja membaik pulih tersebut terlewat sedikit.
Kerajaan Negeri pula begitu adil kerana Taman Permai Indah bukan berada di dalam DUN Pakatan Rakyat. Bantuan diberikan di atas dasar keperluan bukan di atas pertimbangan politik sepertimana di zaman Barisan Nasional.
Saya telah mengumumkan akan membentuk satu jawatankuasa penyiasat untuk menentukan sama ada kecurian dan kerosakan kepada alat-alat ganti lif-lif itu adalah satu tindakan sabotaj. Saya yakin penubuhan jawatankuasa ini akan menyebabkan sesetengah pihak merasa panas.
Iskandar Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
Kerajaan Negeri Selangor
19 Jun 2010
edited by Kipas Angin
Sunday, April 18, 2010
PROJEK TUKAR BUMBUNG DI HULU SELANGOR : SIAPA YANG UNTUNG BESAR?
Kerajaan Pusat BN sedang menukar bumbung pangsapuri-pangsapuri kos rendah di Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa di Hulu Selangor.
Kos yang diperuntukkan menurut Perdana Menteri 1 Malaysia adalah RM17 juta.
Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor telah menukar bumbung bagi 2 blok dengan kos lebih kurang RM400,000 atau RM200,000 setiap blok.
Setelah ditolak 2 blok yang Kerajaan Negeri Selangor tukarkan, ada baki 52 blok lagi. Maka jika 1 blok RM200,000 maka kos untuk 52 blok adalah RM10.4 juta.
Katalah blok-blok itu dicat dan kos mengecat adalah RM400,00 setiap blok maka untuk 52 blok adalh RM2.8 juta.
Kalau dicampur kos tukar bumbung dan mengecat maka jumlahnya RM13.2 juta. Ini termasuk keuntungan bagi kontraktor.
Tapi peruntukan RM17 juta. Maka ke mana perginya lebihan RM3.8 juta? Adakah ia untuk pilihanraya kecil P.94?
Saya mengalu-alukan projek menukar bumbung ini tetapi janganlah peruntukan disalahguna. Pastikan ia benar-benar untuk rakyat dan bukan untuk kroni-kroni.
Y.B. Tuan Iskandar Abdul Samad
EXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan & Setinggan
Kerajaan Negeri Selangor
Diedit oleh kipas angin pada 18 April 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)