أهلا وسهلا ومرحبا بكم
Kandungan Blog
Jumaat, 17 Mac 2017
Dosa Maksiat DiHindari Kehidupan DiBerkati
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 120 surah al-An’am :
وَذَرُوا ظَاهِرَ الْإِثْمِ وَبَاطِنَهُ ۚ إِنَّ الَّذِينَ يَكْسِبُونَ الْإِثْمَ سَيُجْزَوْنَ بِمَا كَانُوا يَقْتَرِفُونَ ﴿١٢٠﴾
Maksudnya : Dan tinggalkanlah kamu dosa yang nyata dan yang tersembunyi. Kerana sesungguhnya orang-orang yang berusaha melakukan dosa, mereka akan dibalas dengan apa yang mereka telah lakukan
Kita sebagai umat Islam wajib beriman bahawa kehidupan dunia ini tidak kekal di mana kita semua pasti akan menemui saat kematian dan seterusnya akan melalui alam barzakh sebelum dibangkitkan semula untuk dihitung segala amalan samada memperolehi ganjaran Syurga atau seksaan Neraka. Oleh itu Allah telah datangkan kepada kita sebagai umat akhir zaman nabi Muhammad s.a.w bersama petunjuk al-Quran dalam membimbing umat manusia supaya menjadi hamba Allah yang faham seterusnya taat dengan segala perintahNya disamping bersungguh dalam menjauhi segala laranganNya dalam setiap aspek kehidupan samada ibadat khusus, politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Kita disuruh untuk menambah sebanyak mungkin pahala daripada amalan soleh disamping menjauhi serta bertaubat atas dosa maksiat, hanya membuat perkara yang halal serta menjauhi segala yang haram sehingga terpaksa mengenepikan godaan hawa nafsu dan syaitan demi memastikan kita tidak melanggar apa yang telah ditetapkan oleh syarak.
عَنْ أَنس رضي الله عنه أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ : « حُفَّتِ الْجَنَّةُ بِالْمَكَارِهِ وَحُفَّتِ النَّارُ بِالشَّهَوَاتِ – رواه مسلم
Maksudnya : Syurga dipagari dengan sesuatu yang dibenci oleh hawa nafsu manakala Neraka pula dipagari dengan sesuatu yang disukai oleh hawa nafsu
Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 37 surah as-Syura :
وَالَّذِينَ يَجْتَنِبُونَ كَبَائِرَ الْإِثْمِ وَالْفَوَاحِشَ وَإِذَا مَا غَضِبُوا هُمْ يَغْفِرُونَ ﴿٣٧﴾
Maksudnya : Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya;
Kita umat Islam wajib yakin bahawa setiap amalan yang dilakukan di dunia ini bakal ditimbang seterusnya dibalas samada Syurga atau Neraka. Oleh itu kita mesti bersungguh-sungguh dalam melaksanakan amalan soleh disamping menjauhi amalan maksiat yang menambahkan dosa kita. Dosa ialah suatu yang ketagih penuh beracun di mana bila sudah melakukannya dengan tidak bersegera untuk bertaubat akan menyebabkan kita terus berseronok untuk melakukannya untuk sekian kalinya sehingga membahayakan diri kita termasuk mengundang kemurkaan Allah di dunia dan balas azab di akhirat kelak.
Antara bahaya yang akan menimpa diri kita bila terjebak dengan dosa. [1] Maksiat akan menghalangi diri kita untuk mendapatkan ilmu pengetahuan di mana ilmu adalah cahaya yang dipancarkan ke dalam hati manakala Maksiat dapat menghalangi dan memadamkan cahaya itu. [2] Maksiat akan menghalangi rezeki di mana kita mesti yakin bahawa taqwa adalah penyebab yang akan mendatang dan memudahkan rezeki kita. Jika saat ini kita merasakan betapa sulitnya mendapatkan rezeki Allah, maka tinggalkan kemaksiatan! Jangan kita penuhi jiwa kita dengan debu-debu maksiat. [3] Maksiat membuat kita semakin jauh daripada Allah. [4] Maksiat menjauhkan kita daripada orang-orang soleh kerana takut daripada ditegur atas maksiat [5] maksiat membuatkan banyak urusan kita menjadi sulit dan sukar. Pesanan Ibnu Abbas r.a.:, “Sesungguhnya perbuatan baik itu mendatangkan kecerahan pada wajah dan cahaya pada hati, kekuatan badan dan kecintaan. Sebaliknya, perbuatan buruk itu mengundang ketidakceriaan pada raut muka, kegelapan di dalam kubur dan di hati, kelemahan badan, susutnya rezeki dan kebencian makhluk.”
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 9-10 surah as-Syamsu :
قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا ﴿٩﴾ وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا ﴿١٠﴾
Maksudnya : Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)
Bahaya maksiat ke-[6] ialah melemahkan hati dan badan di mana kekuatan seorang mukmin terpancar dari kekuatan hatinya. Jika hatinya kuat, maka kuatlah badannya. Dunia pernah menyaksikan bagaimana kekuatan fizikal dan hati kaum muslimin pada diri generasi pertama mampu meruntuhkan Empayar Rom dan Parsi walau berperang dalam keadaan berpuasa!. [7] maksiat menyebabkan kita terhalang untuk taat [8] Maksiat memendekkan umur dan menghilangkan keberkatan hidup.
[9] Maksiat menumbuhkan maksiat lain di mana jika seorang hamba melakukan kebaikan, maka hal tersebut akan mendorongnya untuk melakukan kebaikan yang lain dan seterusnya. Manakala jika seorang hamba melakukan keburukan, maka dia pun akan cenderung untuk melakukan keburukan yang lain sehingga keburukan itu menjadi kebiasaan bagi pelakunya. [10] Maksiat dapat melemahkan hati dari kebaikan. Dan sebaliknya, akan menguatkan kehendak untuk berbuat maksiat yang lain sehingga memutuskan keinginan hati untuk bertaubat dan tidak dapat mengendalikan hati kita sendiri. Hati kita menjadi liar mengikuti jejak maksiat ke maksiat yang lain sehingga hati kita akan melihat maksiat begitu indah [11] Hilang rasa malu ketika berbuat maksiat. Bahkan, dengan rasa bangga dia menceritakan kepada orang lain dengan detail semua maksiat yang dilakukannya. Dia telah menganggap ringan dosa yang dilakukannya. Padahal dosa itu demikian besar di mata Allah [12] Pelaku maksiat yang seperti itu akan menjadi para pewaris umat yang pernah diazab Allah seperti Homoseksual adalah maksiat warisan umat nabi Luth a.s. Perbuatan dengan mengurangi sukatan adalah maksiat peninggalan kaum Syu’aib a.s. Kesombongan di muka bumi dan menciptakan berbagai kerusakan adalah milik Fir’aun dan kaumnya. Sedangkan takabur dan angkuh merupakan maksiat warisan kaum Hud a.s. [13] Maksiat menimbulkan kehinaan dan mewariskan kehinaan seperti umat Islam dijajah di Negara sendiri akibat tenggelam dengan hiburan melampau, berbangga dengan gaya berpakaian yang mendedah aurat dan sebagainya. Kita sendiri menghadapi masalah ekonomi yang agak tenat termasuk kenaikan kos sara hidup walau pun Negara kita dianugerahkan oleh Allah dan tanah yang subur dan hasil mahsul termasuk minyak yang banyak. Negara kita dikelilingi laut tetapi harga ikan mahal. Tanah kita subur tapi kita import makanan dari luar sebanyak RM 22 bilion, tanah rumput menghijau tapi lembu kita import dari Thailand dan Kemboja. Harga makanan terus meningkat kerana kita bergantung kepada negara luar, imbangan dagang kita tidak seimbang. Food security kita tidak terjamin [14] Maksiat merusak akal kita. Seandainya seseorang itu masih berakal sehat, akal sehatnya itu akan mencegahnya dari kemaksiatan kepada Allah. Dia akan berada dalam genggaman Allah, sementara malaikat menyaksikan, dan nasihat Al-Qur’an pun mencegahnya, begitu pula dengan nasihat keimanan. Tidaklah seseorang melakukan maksiat, kecuali akalnya telah hilang! [15] Maksiat menutup hati daripada melihat tentang keburukan dosa. Inilah di antara punca umat Islam sendiri terlibat dengan rasuah, pecah amanah, riba dan sebagainya. Kita begitu bimbang apabila Laporan Indeks Persepsi Rasuah 2016, kedudukan Malaysia terus merosot ke kedudukan yang ke 55 daripada 176 negara. Kes rasuah yang berlaku di Jabatan Air Sabah, Tekun, Bank Rakyat, JKR, Tabung Haji, DBKL dan terbaru skandal tanah di Johor. Begitu juga kes keruntuhan akhlak yang menyaskiikan Statistik jumlah penagih dadah tahun 2016 ialah seramai 30,847 orang, kadar purata kes buang bayi 10 orang setiap bulan, 13,359 kes disiplin pelajar, kadar purata kes buli 250 kes setiap bulan. Falsafah pendidikan negara yang holistik perlu dibentuk bagi melahirkan insan soleh. Begitu juga persoalan pemerkasaan Mahkamah Syariah perlu didokong oleh semua pihak bagi membentuk masyarakat berakhlak, bermoral dan berintegriti.
Sidang Jumaat yang dikasihi Allah,
Firman Allah dalam ayat 37-41 surah an-Naazi’at :
فَأَمَّا مَن طَغَىٰ ﴿٣٧﴾ وَآثَرَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا ﴿٣٨﴾ فَإِنَّ الْجَحِيمَ هِيَ الْمَأْوَىٰ ﴿٣٩﴾ وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ وَنَهَى النَّفْسَ عَنِ الْهَوَىٰ﴿٤٠﴾ فَإِنَّ الْجَنَّةَ هِيَ الْمَأْوَىٰ ﴿٤١﴾
Maksudnya : Maka adapun orang yang melampau batas, Serta dia mengutamakan kehidupan dunia semata-mata, Maka sesungguhnya neraka Jahanamlah tempat kediamannya. Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu, Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya.
Bahaya maksiat ke-[16] menghalangi syafaat Rasulullah dan Malaikat kecuali, [17] Maksiat meremeh azab Allah. [18] Maksiat memalingkan perhatian Allah atas diri kita. [19] Allah akan membiarkan orang yang terus-menerus berbuat maksiat berteman dengan syaitan. [20] Maksiat melenyapkan nikmat dan mendatangkan azab.
Sayyidina Ali r.a. berkata, “Tidaklah turun bencana melainkan kerana dosa. Dan tidaklah bencana lenyap melainkan kerana taubat.” Kerana itu, bukankah sekarang waktunya bagi kita untuk segera bertaubat dan berhenti dari segala maksiat yang kita lakukan?
Firman Allah dalam ayat 30 surah as-Syura :
وَمَا أَصَابَكُم مِّن مُّصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَن كَثِيرٍ ﴿٣٠﴾
Maksudnya :, “Dan apa saja musibah yang menimpa kamu, maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).”
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Label:
Aqidah,
khutbah terbaru,
Tamadun Islam
Ahad, 26 Februari 2017
Syariat Islam DiPerkasa Negara Maju Jaya
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 105 surah an-Nisa’ :
إِنَّا أَنزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ لِتَحْكُمَ بَيْنَ النَّاسِ بِمَا أَرَاكَ اللَّـهُ ۚ وَلَا تَكُن لِّلْخَائِنِينَ خَصِيمًا ﴿١٠٥﴾
Maksudnya : Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat.
Islam adalah suatu agama yang lengkap dalam mengatur seluruh kehidupan umat manusia. Hukum-hukum syariah yang digariskan adalah untuk kemaslahatan dan kesejahteraan manusia. Sebagai hamba Allah SWT kita perlu meyakini bahawa hukum-hukum ini bukan untuk memberikan keberatan atau menambah bebanan ke atas kita sebaliknya untuk menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan juga di akhirat. Jika kita memerhatikan kejadian alam ini, semuanya dicipta untuk kemudahan dan kepentingan hidup manusia. Begitu juga hukum-hakam syariah di mana kita akan mendapati bahawa setiap suruhan dan perintah Allah SWT pastinya akan diakhiri dengan penerangan tentang maslahah (kebaikan) yang akan diperolehi oleh mereka yang melaksanakannya. Begitu juga ayat-ayat yang menyentuh tentang larangan biasanya ia akan diakhiri dengan peringatan tentang mafsadah (keburukan) yang akan menimpa mereka yang melakukannya. Sebagai contoh, dalam persoalan puasa antara matlamat daripada pensyariatannya adalah supaya dapat mencegah manusia itu dari melakukan penderhakaan terhadap Allah SWT dalam kehidupan disamping baik untuk kesihatan. Begitu juga hukum hudud seperti kerat tangan bagi kesalahan mencuri bertujuan supaya terjaganya harta daripada diceroboh.
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 58 surah an-Nisa’ :
إِنَّ اللَّـهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ ۚ إِنَّ اللَّـهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِ ۗ إِنَّ اللَّـهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا﴿٥٨﴾
Maksudnya : Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat
Islam begitu menitikberatkan keadilan yang diikat dan dikaitkan dengan konsep akidah dan keimanan yang mendalam kepada Allah serta tugas manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi ini, iaitu tugas sebagai agen pembangunan jasmani dan rohani. Hasil daripada keimanan kepada Allah, seorang Muslim akan bersifat adil, mencintai keadilan dan menyeru kepada norma-norma akhlak mulia termasuk kepada orang bukan Islam. Dalam masa yang sama Islam begitu benci kepada sebarang bentuk kezaliman sehingga Allah telah mengulang-ulang perkataan zalim sebanyak 226 kali di dalam al-Quran. Al-Quran tidak hanya menghubungkan adil sebagai sesuatu yang hanya diperkatakan di mahkamah sahaja, tetapi ia lebih merujuk kepada integriti dan kejujuran di dalam semua urusan hidup manusia termasuk politik, ekonomi, sosial dan sebagainya
Syariat Islam datang untuk menekankan beberapa aspek utama iaitu: [1] Pembaikan aqidah untuk membebaskan akal manusia daripada cengkaman syirik dan khurafat. [2] Pembaikan aqidah untuk membebaskan manusia daripada pengaruh dan penyelewengan hawa nafsu. [3] Pembaikan masyarakat untuk membebaskan umat daripada kezaliman, kacau bilau dan penindasan system yang bercanggah dengan Islam. Untuk mencapai semua keperluan di atas, syariat Islam datang membawa suatu sistem yang menyusun hubungan manusia dengan Allah, manusia sesama manusia, dan memelihara hak-hak mereka di muka bumi.
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 50 surah al-Maidah :
أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ ۚ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّـهِ حُكْمًا لِّقَوْمٍ يُوقِنُونَ ﴿٥٠﴾
Maksudnya : Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah.
Kita sebagai umat yang beriman kepada Allah dan rasulNya wajib yakin bahawa hanya sistem Islam sahaja yang adil dan sebarang sistem ciptaan manusia yang bercanggah daripada Islam adalah zalim. Antara ciri-ciri kehebatan dan keadilan sistem Islam ialah : [1] Ia bersifat Rabbaniyyah iaitu hukum syariah serta sistemnya bukan merupakan ciptaan manusia yang diliputi oleh sifat-sifat kelemahan dan keterbatasan. Ia juga tidak terpengaruh dengan faktor-faktor tempat, masa dan budaya serta faktor warisan, iaitu watak dan hawa nafsu kerana ia datang daripada Allah Tuhan yang mencipta manusia itu sendiri. Seorang mu’min yang sebenar ketika melaksanakan manhaj rabbani ini akan melaksanakan seluruh perintah Allah dengan perasaan gembira dan senang hati bukannya berdolak dalik untuk tidak melaksanakannya dengan pelbagai alasan yang memualkan
[2] Ia bersifat Alamiyah atau Universal (sejagat) di mana syariat Islam merupakan rahmat bagi seluruh alam, petunjuk dan pedoman serta jalan hidup bagi semua manusia. Hukum Syariah diturunkan bukan untuk kawasan atau puak tertentu tetapi adalah untuk manusia seluruhnya tanpa melihat warna kulit, jenis bahasa atau tempat. Oleh itu, tidak ada perkauman dalam dakwah Islam, tidak ada asabiyyah dalam hukum dan tidak ada kasta dalam Islam.
[3] Menyeluruh (Syumūliyyah) di mana feqh Islam berbeza dengan undang-undang ciptaan manusia kerana ia mencakupi 3 bidang perhubungan manusia iaitu hubungan manusia dengan Tuhannya, hubungan manusia dengan dirinya sendiri dan hubungan manusia dengan masyarakatnya. Ini kerana fiqh Islam adalah untuk kepentingan dunia dan akhirat, agama dan kerajaan serta untuk seluruh manusia dan kekal hingga ke Hari Akhirat. Ia mencakupi sistem dan perundangan yang meliputi dalam tiap-tiap aspek kemasyarakatan dan kehidupan sama ada yang berkaitan dengan aqidah, ibadah atau akhlak atau yang berhubung dengan undang-undang umum seperti masalah sivil, jenayah, keluarga, sosial, antarabangsa, pemerintahan, ekonomi dan lain-lain
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 9 surah al-Hijr:
إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ ﴿٩﴾
Maksudnya : Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.
[4] Keaslian dan Keabadian yang kekal dalam nas dan sumber-sumbernya tanpa mengalami penyelewengan dan perubahan. Al-Qur’an yang merupakan sumber utama perundangan Islam telah dijamin oleh Allah terpelihara sehingga hari kebangkitan dan tidak dapat dikotori dengan tangan-tangan jahat, dengan penyelewengan atau sebarang perubahan. Itulah al-Qur’an yang telah melalui peredaran masa lebih 14 abad sejak ia mula diturunkan. Malah sarjana barat turut mengakui keaslian al-Quran tanpa ada sebarang penyelewengan seperti pengakuan Prof. Reynold Nicholson yang menyebut; “Al-Qur’an merupakan dokumen kemanusiaan yang tinggi menerangkan secara terperinci rahsia kelakuan Nabi Muhammad s.a.w pada setiap peristiwa hidupnya, sehingga kita benar-benar menemui di dalamnya suatu unsur unik yang tidak boleh diragui dan diperdebatkan. Kita boleh menyingkap semula al-Qur’an, (sejarah) Islam sejak pertama kali ia muncul dalam sejarah. Ini merupakan suatu yang tidak boleh ditemui dalam agama-agama lain seperti Buddha, Kristian atau apa-apa agama daripada agama kuno.”
[5] Memudahkan dan Menghilangkan Kesukaran dalam menyelesaikan segala permasalahan dalam kehidupan manusia di samping menegakkan keadilan di muka bumi. Islam yang membawa prinsip yang bertimbang rasa tidak membebankan manusia di luar kemampuan mereka dan tidak membebankan manusia dengan tanggungjawab di luar jangkauannya. Ini adalah untuk menyedarkan manusia bahawa mereka tidak mempunyai alasan dan dalih untuk lari daripada perintah syarak atau meninggalkan larangannya. Imam Ghazali ada menyebut: “Sesungguhnya menjaga kemaslahatan dan mencegah kerosakan adalah impian dan cita-cita murni seluruh makhluk. Kebaikan dan kebahagiaan sepenuhnya terletak atas tercapainya cita-cita tersebut. Apa yang dimaksudkan dengan maslahah ialah memelihara tujuan syarak iaitu menjaga agama, nyawa akal, keturunan dan harta benda. Apa sahaja yang membawa kepada terjejas 5 perkara itu atau seluruhnya, maka itu adalah keburukan dan kerosakan yang mesti ditentang.”
Firman Allah dalam ayat 258 surah al-Baqarah:
لَا يُكَلِّفُ اللَّـهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ ۗ……
Maksudnya : Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya……
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Meyakini bahawa Syariat Islam mengutamakan maslahah manusia, sama ada maslahah duniawi mahupun ukhrawi maka pelbagai usaha wajib dilakukan dalam memastikan seluruh system Islam dapat dilaksanakan dalam Negara kita termasuk dalam menyokong pindaan akta RUU 355 dalam memperkasakan mahkamah syariah seterusnya membolehkan undang-undang Islam yang lebih menyeluruh dapat dilaksana. Himpunan ratusan ribu pencinta Islam di Padang Merbok pada hari Sabtu lepas merupakan salah suatu usaha mulia terutama dalam mendesak ahli Parlimen beragama Islam dalam menyokong pindaan ini. Kita bimbang dengan masalah jenayah dan sosial di kalangan umat Islam sendiri yang makin ketara termasuk Rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendedahkan 159,725 kelahiran anak luar nikah atau tidak sah taraf di kalangan wanita Islam, didaftarkan di seluruh negara bagi tempoh 3 tahun, bermula 2013-2016. Kes dadah dengan jumlah 131,841 penagih dadah dikesan dalam negara sejak 2010-2016. Begitulah dengan pelbagai peyakit sosial yang lain akibat kelalaian pemimpin sendiri yang sentiasa memberi galakan kepada program yang merosakkan akhlak melalui TV dan sebagainya. Sewajibnya pemimpin lebih bersungguh dalam membina akhlak rakyat bukan meruntuhkannya. Rapatkan rakyat dengan masjid bukannya dekatkan rakyat kepada program maksiat. Tambahkan usaha dalam menerangkan kehebatan syariat Islam bukan membiarkan program melalaikan rakyat daripada agama terus subur. Kita bakal menuai apa yang kita semai. Jika ibadat menjadi agenda hidup rakyat maka Negara akan selamat dan berkat. Sebaliknya bila maksiat menjadi agenda hidup maka Negara menghampiri kehancuran dan kemurkaan Allah. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat
Firman Allah dalam ayat 45-46 surah al-Baqarah :
وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ ۚ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ ﴿٤٥﴾ الَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُم مُّلَاقُو رَبِّهِمْ وَأَنَّهُمْ إِلَيْهِ رَاجِعُونَ ﴿٤٦﴾
Maksudnya : Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (45) (Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Label:
Aqidah,
khutbah terbaru,
Tamadun Islam
Selasa, 21 Februari 2017
Iman DiSirami Ujian Allah DiHarungi
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 56 surah az-Zariyat :
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ﴿٥٦﴾
Maksudnya : Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
Ciri manusia yang bijak ialah golongan yang tahu tujuan dan matlamat mereka dihidupkan di dunia fana ini seterusnya sentiasa bersiap dengan bekalan akhirat yang kekal selamanya. Antara tujuan kita dihidupkan di dunia ini ialah : [1] Beribadat kepada Allah dan menjauhi sebarang perkara yang membawa kepada syirik terhadap Allah. [2] Memperolehi keredhaan Allah di mana setiap amalan dilakukan penuh ikhlas kerana Allah disamping menjauhi maksiat yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah. Ini membezakan kita daripada orang kafir di mana tujuan hidup mereka hanya untuk mencari keseronokan hidup dunia semata-mata sehingga nafsu menjadi tunggangan. [3] Menjadi manusia yang berguna kepada orang lain dengan membantu atas dasar kebenaran dan tidak bersekongkol atas dosa dan kerosakan. Ibnu Khaldun menyatakan manusia tidak mampu hidup bersendirian kerana dia perlu hidup bermasyarakat dalam memastikan sikap penting diri sendiri serta tidak mengambil tahu masalah orang lain dapat dihakis bagi menjamin keharmonian hidup bersama. [4] Mengutamakan kehidupan dunia daripada akhirat sehingga digunakan semaksima yang mungkin nikmat berbentuk harta, umur, kesihatan dan sebagainya dalam menambah pahala akhirat disamping menjauhi dosa maksiat
Firman Allah dalam ayat 57 surah Yusuf :
وَلَأَجْرُ الْآخِرَةِ خَيْرٌ لِّلَّذِينَ آمَنُوا وَكَانُوا يَتَّقُونَ ﴿٥٧﴾
Maksudnya : Dan sesungguhnya pahala hari akhirat lebih baik bagi orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 2-3 surah al-Ankabut :
أَحَسِبَ النَّاسُ أَن يُتْرَكُوا أَن يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ﴿٢﴾ وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ ۖ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّـهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ ﴿٣﴾
Maksudnya : Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.
Kejayaan dalam mencapai matlamat hidup dunia seterusnya akhirat tidak akan dicapai dengan mudah dan jalan singkat sebaliknya perlu kepada usaha yang bersungguh dan perjuangan yang berterusan. Antara ujian yang biasanya menimpa umat manusia dalam menguji keimanan mereka ialah :
[1] Ujian berupa perintah Allah sebagaimana ujian yang dihadapi oleh Nabi Ibrahim diperintahkan Allah menyembelih putera tercintanya nabi Ismail. Begitulah kita diuji dengan kewajipan dalam melaksanakan kefardhuan solat 5 waktu, puasa Ramadhan, zakat, menutup aurat dan sebagainya di mana ramai yang mengaku Islam tetapi mengabai kewajipan agama kerana pudarnya iman dan kurangnya taqwa. Begitu juga rasa sangsi dengan ekonomi Islam sehingga turut terpengaruh dengan laungan sesat Yahudi bahawa dunia akan muflis jika riba tidak digunakan. Lebih malang bila menularnya pengaruh Islam Liberal termasuk dalam masalah hudud sehingga menganggap golongan yang ingin melaksanakan hukum potong tangan kepada pencuri, sebat kepada penzina, menyekat murtad dan lainnya adalah golongan pengganas dan dituduh punca orang bencikan Islam.
[2] Ujian berbentuk larangan Allah seperti haramnya zina, pecah amanah, membunuh, merompak, mencuri, rasuah dan segala kemaksiatan serta kezaliman. Akibat mendahulukan kehendak nafsu menyebabkan umat Islam sendiri mengenepikan larangan wahyu sehingga tenggelam dalam maksiat. Kita wajib menjauhi segala bentuk maksiat kerana ia merosakkan kehidupan. Renungilah suatu peringatan daripada Abdullah Bin Abbas RA : “Wahai orang yang berbuat dosa, janganlah engkau merasa aman dari dosa-dosamu. Ketahuilah bahawa akibat dari dosa yang engkau lakukan, adalah jauh lebih besar dari dosa dan maksiat itu sendiri. Ketahuilah bahawa hilangnya rasa malu kepada Malaikat yang menjaga di kiri kananmu saat engkau melakukan dosa dan maksiat, adalah jauh lebih besar dosanya dari dosa dan maksiat itu. Sesungguhnya ketika engkau tertawa saat melakukan maksiat sedangkan engkau tidak tahu apa yang akan Allah lakukan atas kamu, adalah jauh lebih besar dosanya dari dosa dan maksiat itu. Kegembiraanmu saat engkau melakukan maksiat yang menurutmu menguntungkanmu, adalah jauh lebih besar dosanya dari dosa dan maksiat itu. Dan kesedihanmu saat engkau tidak bisa melakukan dosa dan maksiat yang biasanya engkau lakukan, adalah jauh lebih besar dosanya dosanya dari dosa dan maksiat itu. Ketahuilah bahwa perasaan takut aib dan maksiatmu akan diketahui orang lain, sedangkan engkau tidak pernah merasa takut dengan Pandangan dan Pengawasan Allah, adalah jauh lebih besar dosanya dari aib dan maksiat itu”.
عن أبي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ: «إِنَّ اللَّهَ يَغَارُ وَغَيْرَةُ اللَّهِ أَنْ يَأْتِيَ الْمُؤْمِنُ مَا حَرَّمَ اللَّهُ» (رواه البخاري ومسلم(
Maksudnya : Sesungguhnya Allah Maha Pencemburu, dan cemburunya Allah adalah di saat seorang mukmin melanggar yang diharamkan-Nya
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 155 – 157 surah al-Baqarah :
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوفْ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الأَمَوَالِ وَالأنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُواْ إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعونَ أُولَٰئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ ۖ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ
Maksudnya : Dan sesungguhnya Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah maka mereka mengucapkan : إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعونَ . Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat daripada Tuhan mereka. Dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk
[3] Ujian berupa musibah seperti banjir, kemarau, kebakaran, kematian. Tidak ketinggalan dengan kenaikan harga minyak yang sepastinya diikuti dengan harga keperluan yang lain. Walau pun cuba diubati dengan pemberian BRIM namun dirompak pula dengan GST sehingga dengan jelasnya Kerajaan memberi sedikit untuk mengaut keuntungan yang lebih besar dengan menindas rakyat di bawah. Sehingga rakyat diumpamakan seekor ayam yang dizalimi oleh pemimpin yang mencabut bulunya tanpa belas kasihan. Kemudian ayam itu diberi sedikit dedak sehingga lupa kesakitan akibat bulunya yang dicabut sebelum ini. Ayam itu bukan sahaja tidak marah malah menurut tiap langkah pemimpin yang telah memberi dedak kepadanya. Oleh itu kita jangan kelabu mata dan terpedaya dengan pemberian yang sedikit sehingga lupa kepada kezaliman yang begitu banyak dan nyata.
[4] Ujian berupa nikmat di mana kita wajib menjadi hamba Allah yang syukur nikmat iaitu memiliki tiga unsur utama iaitu Hatinya meyakini bahwa semua nikmat yang didapatkan adalah berasal dari Allah, Lidahnya memuji Allah manakala Anggota badannya digunakan untuk beramal soleh. Dalam masa yang sama kita wajib menjauhi sifat manusia yang Kufur ni'mat iaitu tidak bersyukur atau menyalahgunakan nikmat Tuhan yang tidak terhitung banyaknya itu kepada jalan maksiat.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 60 surah al-Anfal:
وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ وَمِنْ رِبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِنْ دُونِهِمْ لَا تَعْلَمُونَهُمُ اللَّهُ يَعْلَمُهُمْ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنْتُمْ لَا تُظْلَمُونَ
Maksudnya: “Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.”
[5] ujian dari orang zalim buat kita samada musuh Islam yang kafir, golongan munafiqun, orang jahil , fasiq menentang syariat Allah mahupun orang yang hasad dengki kepada kita.
[6] Ujian keluarga, suami, isteri, dan anak. Keluarga yang kita cintai boleh menjadi musuh kita kerana kederhakaan mereka kepada Allah dan apa yang lebih malang mereka menyebabkan kita lalai daripada mentaati Allah dan rasulNya.
Firman Allah dalam ayat 24 surah at-Taubah:
قُلْ إِن كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُم مِّنَ اللَّـهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللَّـهُ بِأَمْرِهِ ۗ وَاللَّـهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ ﴿٢٤﴾
Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).
[7] Ujian keadaan persekitaran, tetangga, pergaulan, tempat dan suasana kerja, termasuk sistem pemerintahan negara. Oleh itu kita wajib meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah terutama dalam menambah ilmu di dada disamping sentiasa memakmurkan majlis ilmu dan juga berkawan dengan hamba Allah yang soleh agar kita terselamat daripada fitnah dunia yang boleh menghancurkan kita bila kita lalai. Jangan biarkan diri kita, keluarga kita seterusnya masyarakat sekitar kita hanyut dengan tipuan dunia.
Firman Allah dalam ayat 45-46 surah al-Baqarah :
وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ ۚ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ ﴿٤٥﴾ الَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُم مُّلَاقُو رَبِّهِمْ وَأَنَّهُمْ إِلَيْهِ رَاجِعُونَ ﴿٤٦﴾
Maksudnya : Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (45) (Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Label:
Aqidah,
khutbah terbaru,
Tamadun Islam
Isnin, 16 Januari 2017
Akhlak al-Quran DiHayati Umat Terpuji
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 68-69 surah An-Nahlu :
وَأَوْحَىٰ رَبُّكَ إِلَى النَّحْلِ أَنِ اتَّخِذِي مِنَ الْجِبَالِ بُيُوتًا وَمِنَ الشَّجَرِ وَمِمَّا يَعْرِشُونَ ﴿٦٨﴾ ثُمَّ كُلِي مِن كُلِّ الثَّمَرَاتِ فَاسْلُكِي سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلًا ۚيَخْرُجُ مِن بُطُونِهَا شَرَابٌ مُّخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاءٌ لِّلنَّاسِ ۗ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَةً لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ ﴿٦٩﴾
Maksudnya : Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.
Al-Quran banyak memuatkan ayat-ayat berkaitan alam ciptaan Allah supaya kita berfikir tentang kehebatan dan kekuasaan Allah dalam mencipta dan mengatur perjalanan alam. Kejayaan manusia bergantung kepada sejauh mana dia mengenal Allah melalui pemerhatian tentang alam kejadian samada berbentuk bulan, matahari, gunung-ganang, lautan, binatang, tumbuhan dan sebagainya. Ramai di kalangan manusia yang hanya mampu mengkaji seterusnya mengkagumi alam ciptaan Allah namun malangnya dia gagal mengenal apatah lagi beriman kepada Allah yang menciptakan alam yang dia kaji dan kagumi selama ini. Oleh itu kita sebagai umat yang beriman kepada Allah wajib mengambil pengajaran dan iktibar daripada alam ciptaan Allah untuk lahir sebagai seorang hamba yang lebih mengenali seterusnya bersyukur atas segala nikmat kurniaan Allah. Kita yakin bahawa setiap kejadian ini tidak diciptakan oleh Allah dengan sia-sia bahkan banyak untuk kegunaan manusia.
Kita mengambil contoh dengan penciptaan lebah yang begitu unik. Sarangnya dibuat berbentuk segi enam bukannya lima atau empat agar tidak terjadi pembaziran ruang dan madu tidak tumpah keluar. Lebah menghisap madu daripada bunga pilihan, lebah mengolah makanannya dan hasil olahannya itulah menjadi lilin dan madu yang sangat bermanfaat bagi manusia untuk dijadikan sebagai ubat. Lebah sangat berdisiplin, mengenal pembahagian kerja dan segala yang tidak berguna disingkirkan daripada sarangnya. Ia tidak mengganggu yang lainnya kecuali musuh yang mengganggunya. Oleh kerana itu wajarlah sekiranya Nabi s.a.w mengibaratkan orang mukmin yang baik seperti lebah sebagaimana dalam sabdanya:
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ إِنَّ مَثَلَ الْمُؤْمِنِ لَكَمَثَلِ النَّحْلَةِ أَكَلَتْ طَيِّبًا وَوَضَعَتْ طَيِّبًا وَوَقَعَتْ فَلَمْ تَكْسِر ولم تُفْسِد - رواه أحمد
Maksudnya : Demi diri nabi Muhammad dibawah kekuasaanNya , Perumpaan seorang mukmin adalah seperti lebah. Ia tidak makan kecuali yang baik, tidak menghasilkan kecuali yang baik, dan bila berada pada suatu tempat maka ia tidak merosak kelopak bunga yang dihinggapinya
Dalam kehidupan kita di dunia ini, seringkali diibaratkan dengan berbagai jenis binatang. Bahkan kalau manusia tidak mengetahui posisinya sebagai makhluk yang sepatutnya mengikut petunjuk agama maka mereka boleh jatuh pada kedudukan yang lebih rendah dari binatang bahkan lebih sesat dari binatang.
Sidang Jumaat yang diberkati Allah
Sebagai umat yang beriman pada Allah dan hari akhirat maka kita wajib menjadikan diri kita sebagai manusia yang menggunakan semaksima mungkin nikmat umur dan rezeki lain yang dianugerahkan oleh Allah untuk melebarkan manfaatnya kepada manusia yang lain
قال رسول الله : أَحَبُّ النَّاسِ إلى اللهِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاس .......- واه الطبراني
Maksudnya : Manusia yang paling dikasihi oleh Allah adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain
Antara cara terbaik untuk kita memastikan diri ini menjadi anggota masyarakat yang berguna ialah :
[1] Ilmu di mana ilmu yang dianugerahkan Allah kepada kita disebarkan kepada orang lain. Kita mengajar, melatih orang lain. Ilmu ini tidak terbatas pada ilmu agama semata-mata tetapi juga ilmu dunia baik berupa pengetahuan, keterampilan hidup dan profesional.
[2] Harta terutama dengan zakat ketika harta itu telah mencapai nisab dan haulnya. Setelah zakat ada infaq dan sedekah yang memiliki ruang lebih luas dan tak terbatas. Kita juga mesti peka kepada nasib yang sedang menimpa saudara seagama di Palestin, Syria, Iraq, Myanmar dan lain lagi yang sedang menghadapi musibah peperangan. Jangan biarkan mereka meraung kesakitan ketika kita bersorak kegirangan. Jangan biarkan mereka tidur kelaparan ketika kita tidur kekenyangan
كُلُّ سُلَامَى مِنَ النَّاسِ عَلَيْهِ صَدَقَةٌ كُلَّ يَوْمٍ تَطْلُعُ فِيهِ الشَّمْسُ : تَعْدِلُ بَيْنَ اثْنَيْنِ صَدَقَةٌ ، وَتُعِينُ الرَّجُلَ فِي دَابَّتِهِ ، فَتَحْمِلُهُ عَلَيْهَا ، أَوْ تَرْفَعُ لَهُ عَلَيْهَا مَتَاعَهُ صَدَقَةٌ ، وَالْكَلِمَةُ الطَّيِّبَةُ صَدَقَةٌ ، وَبِكُلِّ خُطْوَةٍ تَمْشِيهَا إِلَى الصَّلَاةِ صَدَقَةٌ ، وَتُمِيطُ الْأَذَى عَنِ الطَّرِيقِ صَدَقَةٌ - رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ
Maksudnya : Setiap persendian manusia ada sedekahnya setiap hari di mana matahari terbit di dalamnya, kamu mendamaikan di antara dua orang adalah sedekah,kamu membantu seseorang untuk menaikkannya di atas kenderaannya atau mengangkatkan barangnya di atasnya adalah sedekah, kalimat yang baik adalah sedekah, pada tiap-tiap langkah yang kamu tempuh menuju solat adalah sedekah, dan kamu membuang gangguan dari jalan adalah sedekah.”
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 1-3 surah al-Asr :
وَالْعَصْرِ ﴿١﴾ إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ ﴿٢﴾ إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ ﴿٣﴾
Maksudnya : Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - . Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Kita juga boleh memberi manfaat kepada orang lain dengan cara ke-[3] Waktu dan tenaga iaitu ketika kita mendengar keluhan orang lain, membantu mereka melakukan sesuatu, membantu menyelesaikan urusan mereka dan sebagainya. Kita perlu mengambil berat masalah remaja hari ini yang banyak menghabiskan masa dengan perkara yang boleh membahayakan nyawa sendiri. Sifat dan tindak tanduk remaja melakukan perlakuan luar kawal dan berfikir kemudian sukar diterima masyarakat masa kini. Remaja seperti ini biasanya mengalami konflik dalaman. Selain itu, remaja ini yang tidak mendapat kasih sayang sepenuhnya daripada ibu bapa akhirnya mengubah tingkah laku luar kawal untuk mencari perhatian ibu bapa dan pihak masyarakat. Faktor yang lain berkaitan keinginan membuat suatu perilaku luar kawalan untuk cari populariti menerusi laman sosial. Kebiasaannya selepas melakukan aksi terlarang mahupun menulis perkataan, pernyataan disusuli dengan gambar aksi merbahaya, mengaibkan atau penuh keji dan seterusnya memuat naik dalam Youtube, Twitter atau Facebook untuk melihat reaksi masyarakat awam
Bila menyebut tentang pembaziran waktu juga maka tidak terlepas dengan masalah penggunaan gajet di kalangan anak-anak bila ia digunakan tanpa panduan dan kawalan, ia terbukti memberi kesan negatif kepada anak-anak kita. Menurut hasil kajian yang dikeluarkan oleh Akademi Pediatrik Amerika, kanak-kanak di bawah usia 2 tahun tidak wajar didedahkan dengan teknologi ini, mereka yang berusia 3 hingga 5 tahun dibenarkan hanya sejam dan yang berusia 6 hingga 17 tahun dihadkan hanya 2 jam sehari. Penggunaan gajet melebihi kadar masa yang disarankan dan tanpa kawalan boleh mengundang pelbagai keburukan yang serius malah boleh mengancam nyawa. Di antara kesan buruk tersebut ialah :
[1] Menjejaskan Kesihatan Dan Tumbesaran Jasmani.
[2] Membantutkan Perkembangan Mental dan Kemahiran Fizikal.
[3] Memberi Kesan Negatif Kepada Emosi dan Jiwa. Bila sudah ketagih, emosi mereka tidak stabil lalu akan mudah mengamuk dan memberontak jika kemahuan mereka dihalang. Selain itu, ia juga membentuk sikap tidak peduli dengan persekitaran sehingga ramai dari kalangan mereka tidak mahu ambil bahagian dalam aktiviti keluarga mahupun rakan sebaya
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 263 surah al-Baqarah :
قَوْلٌ مَّعْرُوفٌ وَمَغْفِرَةٌ خَيْرٌ مِّن صَدَقَةٍ يَتْبَعُهَا أَذًى ۗ وَاللَّـهُ غَنِيٌّ حَلِيمٌ ﴿٢٦٣﴾
Maksudnya : (Menolak peminta-peminta sedekah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati. Dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar.
Antara amalan baik untuk manfaat orang lain ialah dengan cara ke-[4] dengan tutur kata iaitu perkataan kita yang baik, yang memberi perangsang kepada perkara bermanfaat, yang menenangkan dan mengajak manusia kepada kebaikan.
[5] Sikap atau akhlak kita termasuk keramahan kita sesama kita, senyum kita di hadapan orang lain. Kita dapat melihat bagaimana keindahan Islam lebih mudah terzahir dengan akhlak yang baik daripada orang Islam. Akibat kegagalan umat Islam sendiri dalam mencontohi akhlak yang ditunjuk ajar melalui al-Quran dan sunnah nabi s.a.w menyebabkan orang bukan Islam memandang serong dan negatif terhadap Islam. Oleh bersungguhlah kita dalam meneladani akhlak nabi s.a.w dalam kehidupan agar keindahan Islam mampu disebarkan kepada semua dengan lebih mudah dan berkesan.
Firman Allah dalam ayat 21 surah al-Ahzab :
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللهَ كَثِيرًا
Maksudnya : Sesungguhnya adalah bagi kamu contoh ikutan yang terbaik pada diri Rasulullah s.a.w, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) pada hari akhirat. Dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Jumaat, 16 Disember 2016
Sunnah Nabi s.a.w DiJulang Penderitaan Aleppo DiHentikan
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 24 surah al-Anfal :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَجِيبُوا لِلَّـهِ وَلِلرَّسُولِ إِذَا دَعَاكُمْ لِمَا يُحْيِيكُمْ ۖ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّـهَ يَحُولُ بَيْنَ الْمَرْءِ وَقَلْبِهِ وَأَنَّهُ إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ ﴿٢٤﴾
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya, dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan
Keberadaan kita pada bulan Rabiul Awwal sewajarnya digunakan semaksima yang mungkin dalam menyuburkan rasa cinta dan kasih kita kepada junjungan besar nabi Muhammad s.a.w. Kelahiran nabi Muhammad s.a.w telah mengubah tamadun kebendaan yang menyaksikan hawa nafsu menjadi rujukan kepada tamadun yang mengikat hubungan manusia dengan Allah dengan tunduk kepada panduan wahyu. Kedatangan nabi s.a.w bukan sahaja untuk mengajar manusia cara membina rumahtangga yang bahagia di dunia sahaja dengan melaksanakan tanggungjawab suami isteri, ibubapa dan anak serta menjauhi sikap curang, keganasan terhadap pasangan sehingga mampu meraih kebahagian dalam Syurga Allah di akhirat nanti. Kehadiran nabi s.a.w untuk mengatur pentadbiran Negara berasaskan agama supaya bebas daripada rasuah, pecah amanah, penipuan sehingga wujudnya Negara yang berkat. Kepimpinan nabi s.a.w bukan sahaja untuk membawa menteri, pegawai kerajaan seterusnya rakyat jelata untuk hidup harmoni di dunia malah akan merasai kepimpinan yang soleh untuk meraih kebahagiaan yang kekal di akhirat.
Antara rahsia dan kunci kejayaan Rasulullah s.a.w dalam memimpin umat manusia yang begitu lama berada dalam suasana kezaliman jahiliah kepada keadilan Islam, daripada kegelapan kufur kepada cahaya iman ialah berteraskan Keperibadian yang unggul, Akhlak dan perwatakan yang terpuji, Pembicaraan dan perkataan yang selari dengan perbuatan dan Mempunyai sifat bijaksana dan berhikmah dalam setiap tindakan
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 31 surah Ali ‘Imran :
قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Sempena berada di bulan Maulidurrasul s.a.w ini marilah kita sama-sama bermuhasabah menghitung diri berkaitan sejauh mana rasa cinta dan kasih kita kepada nabi Muhammad s.a.w, sejauh manakah kesungguhan kita dalam mengamalkan sunnah nabi s.a.w dalam kehidupan seharian. Individu manakah yang lebih kita kenal dan sanjung antara peribadi nabi s.a.w atau artis, pemain sukan dan selainnya yang kita lebih minati. Adakah kita sudah mempunyai seseorang yang kita sanjung dan junjung sepanjang hidup di dunia ini untuk kita bangkit bersama mereka bila keluar daripada lubang kubur menuju ke padang Mahsyar nanti. Nabi s.a.w mengingatkan kita bahawa seseorang itu akan bangkit daripada kuburnya bersama dengan orang yang paling dia kasih semasa hidup di dunia ini.
Seorang muslim yang mengaku mencintai Rasulullah s.a.w semestinya dia selalu berusaha untuk meneladani sunnah nabi s.a.w dalam kehidupannya mengikuti petunjuk dan perbuatan baginda s.a.w. Imam Ibnu Katsir, ketika menafsirkan ayat 31 surah Ali ‘Imran berkata, “Ayat yang mulia ini merupakan hakim (pemutus perkara) bagi setiap orang yang mengaku mencintai Allah, akan tetapi dia tidak mengikuti jalan (sunnah) Rasulullah s.a.w, maka dia adalah orang yang berdusta dalam pengakuan tersebut dalam masalah ini, sampai dia mahu mengikuti syariat dan agama (yang dibawa oleh) Nabi Muhammad s.a.w dalam semua ucapan, perbuatan dan keadaannya”
Imam al-Qadhi ‘Iyadh pula berkata, “Ketahuilah bahawa sesiapa yang mencintai sesuatu, maka dia akan mengutamakannya dan berusaha meneladaninya. Kalau tidak demikian, maka bererti dia tidak dianggap benar dalam kecintaanya dan hanya mengaku saja (tanpa bukti nyata). Maka orang yang benar dalam (pengakuan) mencintai nabi s.a.w adalah apabila terlihat tanda (bukti) kecintaan tersebut pada dirinya. Tanda (bukti) cinta kepada Rasulullah s.a.w yang utama adalah (dengan) meneladani baginda s.a.w, mengamalkan sunnahnya, mengikuti semua ucapan dan perbuatannya, melaksanakan segala perintah dan menjauhi larangannya, serta menghiasi diri dengan adab-adab (etika) yang baginda tunjukkan, dalam keadaan susah mahupun senang, keadaan lapang maupun sempit”.
Betapa malangnya bila kita begitu malu untuk berpakaian cara nabi tetapi begitu gembira berpakaian yang melanggar syariat termasuk mendedah aurat dengan seluar yang sengaja dikoyak, memakai subang bagi lelaki dan sebagainya. Merasa malu untuk mengucap salam tetapi merasa bangga dengan ucapan yang tidak berpahala yang lain.
Imam al-Qurthubi berkata, :“Sesiapa yang terus-menerus meninggalkan sunnah nabi s.a.w maka ini menunjukkan kekurangan atau kelemahan dalam agamanya. Apalagi kalau dia meninggalkan sunnah tersebut kerana meremehkan dan tidak menyukainya, maka ini kefasikan yang merosakkan iman sebagaimana maksud suatu sabda Rasulullah s.a.w : “Sesiapa yang membenci sunnah atau petunjukku maka dia bukan termasuk golonganku“
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 13 surah Al-Hujurat :
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّـهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّـهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ ﴿١٣﴾
Maksudnya : Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)
Sesuai dengan keberadaan kita pada bulan Disember di mana disambut hari Hak Asasi Sedunia maka kita yakin bahawa kehadiran Rasulullah s.a.w membawa Islam adalah untuk mengangkat hak asasi yang telah koyak dirobek budaya Arab Jahiliyyah. Islam membawa keadilan tatkala kaum wanita dihina dan dipandang rendah, hingga anak perempuan dibunuh kerana dianggap mencemar maruah keluarga, orang miskin dan hamba sahaya dicemuh dan dipandang rendah, dan ketika itu Baginda datang memperjuangkan hak asasi jauh beratus tahun sebelum Abraham Lincoln berjuang menghapuskan perhambaan di Amerika.
Hak asasi dalam pandangan Islam berbeza dengan hak asasi dari kaca mata Barat, namun tidak bermakna Islam menolak hak asasi sepenuhnya. Hak asasi dalam Islam dipandu oleh hukum-hukum dan syariat yang termaktub dalam al-Quran dan Hadis. Islam tidak mengiktiraf keserataan gender, homoseksual dan perkahwinan sejenis, perkahwinan antara Islam dan bukan Islam dan nasab anak haram kerana ia bertentangan dengan syariat. Namun selain dari itu Islam mengiktirafnya dan turut mengangkat hak asasi tersebut merangkumi hak untuk hidup, persamaan, kebebasan dalam segala bentuknya, hak politik dan sivil, hak bangsa-bangsa untuk menentukan nasibnya, hak untuk merdeka dan mempunyai identiti bangsa, hak berpendapat dan menyatakan pendapat, hak beragama, hak belajar dan mendapat pendidikan, hak ekonomi dan sosial, hak milik khusus, hak berkerja dan menjawat jawatan umum, hak mendapat rawatan kesihatan dan sosial, hak mendapat jaminan dan perlindungan negara, hak keibubapaan, hak kanak-kanak, hak remaja dan belia untuk mendapat pendidikan, hak kekeluargaan, hak tempat tinggal dan lain-lain
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 9-10 surah Al-Hujurat :
وَإِن طَائِفَتَانِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ اقْتَتَلُوا فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا ۖ فَإِن بَغَتْ إِحْدَاهُمَا عَلَى الْأُخْرَىٰ فَقَاتِلُوا الَّتِي تَبْغِي حَتَّىٰ تَفِيءَ إِلَىٰ أَمْرِ اللَّـهِ ۚفَإِن فَاءَتْ فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا بِالْعَدْلِ وَأَقْسِطُوا ۖ إِنَّ اللَّـهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ ﴿٩﴾ إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ ۚوَاتَّقُوا اللَّـهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ ﴿١٠﴾
Maksudnya : Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat
Penderitaan dan penindasan terhadap saudara seagama terus berlangsung silih berganti. Ada yang menjadi mangsa keganasan musuh Islam seperti umat Islam di Palestin, bangsa Rohingnya di Myanmar dan selainnya. Tidak kurang yang menjadi mangsa akibat perang saudara walau pun tidak dinafikan penglibatan musuh Islam di belakang peperangan yang berlaku kerana musuh tidak akan menghentikan peperangan yang boleh mengaut keuntungan dengan jualan senjata serta dapat menyedut hasil mahsul Negara yang berperang sebagaimana yang berlaku di Yaman dan paling teruk di Syria terutama wilayah Halab atau Aleppo. Mengambil kira dengan apa yang berlaku di Aleppo, Syria di mana mangsa perang terutama orang tua, wanita dan kanak-kanak terperangkap dan menunggu masa untuk terbunuh maka kita menggesa semua pihak yang terlibat dan berkepentingan supaya tidak bertindak memburukkan lagi keadaan dan mengambil segala langkah yang perlu untuk membenarkan bantuan kemanusiaan sampai kepada semua mangsa terutama orang awam. Kita bertegas menolak kezaliman pemimpin Bashar Asad tetapi dalam masa sama menolak campur tangan asing yang matlamatnya bertentangan dengan keperluan rakyat dan kepentingan umat Islam. Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) wajar mengambil tanggungjawab membantu, menggunakan kuasa dan pengaruh demi kebaikan rakyat Syria. Kepentingan orang ramai dan umat Islam hendaklah menjadi tumpuan utama dalam menangani kes Syria, dan juga krisis dan konflik di seluruh dunia Arab. Adakah kita boleh tidur nyenyak sedangkan saudara seagama dilanyak dengan kereta kebal. Adakah kita boleh terus berseronok ketika batang tubuh saudara seagama sedang disembelih dan ditembak. Adakah kita boleh makan kenyang ketika saudara seagama sedang diganyang lebih dahsyat daripada binatang. Adakah kita boleh berehat senang ketika saudara seagama sedang meraung kesakitan. Hulurlah bantuan samada berbentuk kewangan, pakaian, makanan dan paling penting dengan doa memohon pertolongan Allah agar diturunkan bantuan dalam menghentikan penderitaan. Jadilah manusia yang sempurna iman yang sentiasa merasai penderitaan saudara seagama yang lain
قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم :الْمُؤْمِنُ لِلْمُؤْمِنِ كَالْبُنْيَانِ يَشُدُّ بَعْضُهُ بَعْضًا – رواه البخاري ومسلم
Maksudnya : Seorang mukmin terhadap mukmin lainnya seperti bangunan, dimana yang satu dengan yang lain saling menguatkan
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Sunnah Nabi s.a.w DiHayati Bala Allah DiJauhi
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 21 surah al-Ahzab :
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللهَ كَثِيرًا
Maksudnya : Sesungguhnya adalah bagi kamu contoh ikutan yang terbaik pada diri Rasulullah s.a.w, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) pada hari akhirat. Dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya
Rabiul Awwal menjelang lagi bersama catatan sejarah gemilang dengan sama-sama mengingati kelahiran junjungan besar nabi Muhammad s.a.w, nabi akhir zaman yang telah membawa rahmat kepada seluruh alam yang selama ini tenggelam dalam kejahilan. Ketika umat manusia tiada ikatan dengan Allah sehingga berlaku penindasan berdasarkan hawa nafsu maka pengutusan nabi Muhammad s.a.w telah menautkan kembali ikatan manusia dengan Allah yang menyuburkan lagi ikatan sesama manusia berdasarkan wahyu. Kelahiran nabi Muhammad s.a.w bukan kelahiran biasa tetapi telah berjaya mengubah tamadun manusia yang hidup berdasarkan hukum rimba di mana yang kuat menindas yang lemah, yang kaya memeras yang miskin, golongan bangsawan memperbudakkan orang lain yang dianggap keturunan hina. Kasih sayang atas dasar iman mengambil alih sikap assobiyyah atau kebangsaan sempit sesuai dengan pengutusan nabi Muhammad s.a.w itu sendiri untuk membawa rahmat kepada seluruh alam bukan tertentu untuk umat arab sahaja.
Kasih sayang Rasulullah s.a.w kepada umatnya begitu tinggi sehingga baginda memperjuangkan Islam hingga sampai kepada kita walau pun banyak sekali ujian, ancaman, kesulitan hingga ancaman kematian terhadap baginda. Namun begitu baginda tetap memperjuangkan Islam hingga kita mampu merasai kemanisan Islam ini
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Ketika musuh Islam berusaha siang dan malam dalam menjarakkan kita daripada nabi s.a.w dan juga system Islam yang dibawanya maka marilah kita sama-sama menambahkan lagi ilmu tentang nabi s.a.w terutama berkaitan akhlak, system hidup, cara dakwah dan sebagainya agar rasa cinta kita kepada nabi s.a.w semakin bertambah. Malah kejayaan umat Islam dalam menzahirkan cara hidup nabi s.a.w dalam seluruh aspek kehidupan termasuk rumahtangga, pendidikan anak-anak, sosial, politik, ekonomi dan sebagainya akan menarik lebih ramai orang bukan Islam untuk memeluk Islam dan menolak segala tohmahan jahat musuh Islam yag memburukkan nabi s.a.w dan imej Islam. Tunjukkan bukti dan tanda-tanda kecintaan dan kasih kita kepada nabi s.a.w antaranya :
[1] Beriman kepada nabi saw sebagaimana firman Allah dalam ayat 136 surah an-Nisa’
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا آمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَالْكِتَابِ الَّذِي نزلَ عَلَى رَسُولِهِ وَالْكِتَابِ الَّذِي أَنزلَ مِنْ قَبْلُ وَمَنْ يَكْفُرْ بِاللَّهِ وَمَلائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلالا بَعِيدًا
Maksudnya ; Wahai orang-orang yang beriman, tetaplah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada kitab yang Allah turunkan kepada Rasul-Nya serta kitab yang Allah turunkan sebelumnya. Barangsiapa yang kafir kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, dan hari kemudian, maka sesungguhnya orang itu telah sesat sejauh-jauhnya.
[2] Ketaatan kepada nabi saw sebagaimana firman Allah dalam ayat 80 surah an-Nisa’
مَنْ يُطِعِ الرَّسُولَ فَقَدْ أَطَاعَ اللَّهَ وَمَنْ تَوَلَّى فَمَا أَرْسَلْنَاكَ عَلَيْهِمْ حَفِيظًا
Maksudnya : Sesiapa yang mentaati Rasul itu, sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan Sesiapa yang berpaling (dari ketaatan itu), maka Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pemelihara bagi mereka.
Ketaatan kepada Nabi akan membawa kepada sikap mahu mengikuti baginda. Tidak ada ketaatan yang mutlak, kecuali dilakukan kepada manusia yang membawa kebenaran dari Allah. Ketaatan kepada Rasulullah saw. pada hakikatnya merupakan ketaatan kepada Allah. Manusia wajib taat kepada Allah, kemudian Allah menegaskan bahwa ketaatan kepada Rasul adalah sebahagian daripada ketaatan kepada-Nya.
[3] Mengikuti nabi saw sebagaimana firman Allah dalam ayat 31 surah Ali ‘Imran :
قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Kegagalan umat Islam dalam mengikut jejak langkah nabi sa.w dalam setiap apek kehidupan termasuk ibadat, sosial, ekonomi, politik telah menyebabkan kita terus dijajah di Negara sendiri dan dilanyak oleh musuh Islam
[4] Berselawat kepada nabi saw
عن أبي هريرة أن رسول الله قال: مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلاَةً وَاحِدَةً، صَلىَّ اللَّهُ عَلَيْهِ عَشْر ًا ( رواه مسلم)
Maksudnya : Sesiapa yang berselawat ke atas aku sekali maka Allah berselawat (iaitu memberi rahmat dan gandaan ganjaran) ke atasnya sepuluh kali
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Tanda kasih kepada nabi yang ke-[5] Meyakini bahawa Rasulullah saw. adalah Nabi penutup segala nabi sebagaimana firman Allah dalam ayat 40 surah Al-Ahzab :
مَا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَا أَحَدٍ مِنْ رِجَالِكُمْ وَلَكِنْ رَسُولَ اللَّهِ وَخَاتَمَ النَّبِيِّينَ وَكَانَ اللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمًا
Maksudnya :” Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapak dari seorang laki-laki di antara kamu, tetapi dia adalah Rasulullah dan penutup nabi-nabi. Dan adalah Allah Maha Mengetahui segala sesuatu
Nabi Muhammad adalah nabi terakhir, penutup para nabi. Tidak ada lagi nabi, rasul, dan wahyu setelah kewafatan baginda. Umat Islam tidak perlu terjebak akan adanya dakwaan dari manusia yang mengaku bahwa dirinya adalah seorang nabi.
[6] Membela Rasulullah saw di mana sikap cinta perlu dibuktikan dengan pembelaan kepada Rasulullah saw. Khususnya dari pihak yang ingin mendiskreditkan, memfitnah Rasulullah saw. Pembelaan kepada baginda bererti juga pembelaan kepada kebenaran dan keberlangsungan ajaran Islam.
Sebagai contohnya pandangan olongan Islam Liberal terhadap keperibadian Rasulullah SAW iaitu sifat Nubuwah yang dimiliki oleh Rasulullah SAW tidak lain hanyalah kemampuan seorang manusia untuk memimpin manusia yang lain. Oleh itu siapa sahaja yang boleh memimpin boleh mengambil alih sifat nubuwah seumpama Rasulullah SAW dalam memimpin manusia ke arah ciri-ciri yang baik. Baginda dianggap manusia biasa yang lazimnya berbuat silap dan benar; boleh dipuji dan dikritik. Oleh kerana itulah kita dapati tokoh-tokoh aliran Islam Liberal termasuk di Malaysia tidak segan-segan untuk mengkritik Rasulullah SAW. Di antara mereka ada yang menuduh baginda bernafsu seks yang kuat dan memiliki ramai perempuan simpanan gundik. Ada juga yang menuduh baginda bukanlah pemimpin negara Islam tetapi hanyalah sekadar pegawai daerah semata-mata. Adapun sunnah-sunnah nabi s.aw, maka tanpa ragu aliran Islam Liberal berpendapat ia hanya releven untuk masyarakat arab zaman baginda, ketinggalan untuk dipraktikkan pada zaman kini. Justeru aliran Islam Liberal memandang orang yang berjanggut, bersiwak, memakai serban, jubah dan sebagainya sebagai orang yang ketinggalan zaman lagi tertutup mindanya. Begitu juga pandangan Islam Liberal terhadap hadis nabi terutama hadis tentang azab kubur, suasana hari akhirat berkaitan Padang Masyar, Titian Sirat, Pengadilan dan sebagainya, Isra’ dan Mikraj, Dajjal, Penurunan Nabi Isa, fitnah-fitnah akhir zaman dan sebagainya hanyalah cerita rekaan para perawi hadis untuk memberi pengaruh kepada orang ramai pada zaman mereka. Sekalipun hadis-hadis ini tercatit di dalam kitab-kitab hadis sahih, pada hakikatnya ia hanyalah cerita-cerita tahayul semata-mata.Ini suatu pegangn yang merosakkan aqidah yang wajib dijauhi dan dibanteras secara bersungguh
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 33 surah Al-Anfal :
وَمَا كَانَ ٱللَّهُ لِيُعَذِّبَهُمْ وَأَنتَ فِيهِمْ ۚ وَمَا كَانَ ٱللَّهُ مُعَذِّبَهُمْ وَهُمْ يَسْتَغْفِرُونَ ﴿٣٣﴾
Maksudnya :” “Dan Allah sekali-kali tidak akan mengadzab mereka, sedang kamu berada di antara mereka. Dan tidaklah (pula) Allah akan mengadzab mereka, sedang mereka meminta ampun”
Dalam beberapa minggu ini banyak musibah yang berlaku samada dalam Negara atau luar Negara berbentuk banjir, tanah runtuh, peperangan dan tsunami yang terbaru di Acheh. Oleh itu tirulah cara nabi s.a.w dalam berdepan dengan ujian Allah antaranya : [1] Taubat kepada Allah di mana peristiwa ini akan membuahkan bertambahnya iman seorang mukmin, memperkuat hubungannya dengan Allah. Dia sedar bahawa musibah ini tidak lain dan tidak bukan adalah akibat dosa-dosa manusia berupa kesyirikan dan kemaksiatan. Tidaklah terjadi suatu malapetaka melainkan kerana dosa. Malapetaka itu tidak akan dicabut oleh Allah kecuali dengan taubat
[2] Banyak berdzikir, do’a, dan istighfar kepada Allah. Imam Syafi’e mengatakan, “ubat yang paling mujarab untuk mengubati bencana adalah memperbanyak tasbih”. Imam as-Suyuti pula menyatakan , “Hal itu karena zikir dapat mengangkat bencana dan azab”. [3] Membantu mangsa bencana. Ketika kita sekarang boleh makan, minum, dan memiliki rumah, maka ingatlah saudara-saudara kita yang terkena bencana. Saat ini mereka sedang kesusahan dan kesulitan. Maka hulurkanlah tangan kita untuk membantu mereka semampu mungkin. Terlebih lagi orang kaya, pengusaha, pemerintah, dan bangsawan, hendaknya mereka mengeluarkan hartanya untuk membantu mangsa bencana. Dahulu, ketika terjadi gempa pada masa Khalifah Umar bin Abdul Aziz, beliau menulis surat kepada para gabenornya untuk bersedekah dan memerintah rakyat untuk bersedekah.
قال النبي :مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ-رواه مسلم
Maksudnya: Sesiapa yang membantu menghilangkan kesusahan seorang mukmin di dunia, maka Allah akan menghilangkan kesusahan daripadanya pada hari kiamat
[4] Menegakkan Amar Ma’ruf Nahi Munkar di mana tadi kita sebutkan bahawa antara faktor berlakunya bencana adalah dosa umat manusia maka hendaknya hal itu dihilangkan, salah satu caranya dengan menegakkan dakwah, saling menasihati, dan amar ma’ruf nahi munkar sehingga mengecillah kemungkaran. Adapun bila kita acuh tak acuh dan mendiamkan kemungkaran maka bencana tersebut akan kembali menimpa kita. Peringatan Allah dalam ayat 78-79 surah al-Maidah :
لُعِنَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ مِنۢ بَنِىٓ إِسْرَٰٓءِيلَ عَلَىٰ لِسَانِ دَاوُۥدَ وَعِيسَى ٱبْنِ مَرْيَمَ ۚ ذَٰلِكَ بِمَا عَصَوا۟ وَّكَانُوا۟ يَعْتَدُونَ ﴿٧٨﴾ كَانُوا۟ لَا يَتَنَاهَوْنَ عَن مُّنكَرٍۢ فَعَلُوهُ ۚ لَبِئْسَ مَا كَانُوا۟ يَفْعَلُونَ ﴿٧٩﴾
Maksudnya :“Telah dilaknat orang-orang kafir dari Bani Israil dengan lisan nabi Daud dan nabi Isa putra Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka derhaka dan selalu melampaui batas. Mereka satu sama lain selalu tidak melarang tindakan mungkar yang mereka perbuat. Sesungguhnya amat buruklah apa yang selalu mereka perbuat itu”
Marilah kita sama-sama kembali kepada jalan Allah, bersungguh dan istiqamah dalam meghidupkan sunnah nabi dalam setiap aspek kehidupan. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Ahad, 27 November 2016
Islam DiNobat Rohingya DiSelamat
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 110 surah Ali ‘Imran:
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّـهِ ۗ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُم ۚ مِّنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ ﴿١١٠﴾
Maksudnya: Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik
Islam begitu menitikberatkan usaha dalam menguat dan mengukuhkan kedudukan umat Islam agar kita menjadi bangsa mulia bukannya hina, bangsa hebat bukannya bangsat, bangsa kuat bukannya melarat, bangsa memerintah bukannya dijajah. Betapa malangnya ia bertukar rupa akibat kita umat Islam yang terlena berabad lamanya kerana sebagai umat terbaik yang dilahirkan untuk seluruh manusia ini tidak sepatutnya kita menjadi beban kepada orang lain bagi memenuhi keperluan hidup kita baik di bidang ekonomi, ketenteraan dan lain-lain. Kita adalah umat yang banyak bercakap tetapi sedikit bekerja, jadi tidak hairanlah kita umat Islam yang berjumlah 1.6 billion berlutut di bawah Yahudi yang hanya berjumlah 3 juta orang.
Apabila kita merenungi al-Quran, maka kita akan menemukan umat itu sebagai umat lain, bukan sebagai umat al-Quran yang dilukiskan oleh Allah sebagai umat terbaik kerana mereka menyeru orang berbuat makruf dan mencegah orang berlaku mungkar, serta beriman kepada Allah. Sedangkan ramai umat Islam pada hari ini melihat makruf sebagai sesuatu yang mungkar dan melihat yang mungkar sesuatu yang makruf. Malah lebih dari itu, dia menyuruh orang berbuat mungkar dan mencegah mereka berbuat makruf, sehingga dilanda fitnah yang tidak ditemukan hujung pangkalnya, yang membuat intelektual muslim menjadi bingung. Secara ringkas dapat dikatakan bahawa umat kita telah melupakan Allah, lalu Allah melupakan dia pada dirinya sendiri dan lupa kepada Allah Tuhan Maha Besar.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 60 surah al-Anfal:
وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ وَمِنْ رِبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِنْ دُونِهِمْ لَا تَعْلَمُونَهُمُ اللَّهُ يَعْلَمُهُمْ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنْتُمْ لَا تُظْلَمُونَ
Maksudnya: “Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.”
Allah sentiasa menyeru untuk kita bersungguh dan istiqamah dalam melahirkan kekuatan umat Islam dalam setiap aspek kehidupan. Malangnya apa yang berlaku akibat mengenepikan seruan Allah dan rasulNya menyebabkan umat Islam mensia-siakan kelebihan dan kekuatan yang ada. Antara kekuatan yang disia-siakan oleh umat Islam ialah : [1] Kekuatan akal kerana kita bagaikan burung tiung hanya suka meniru. Kita tidak mahu berdikari, tidak suka mencipta sendiri, tidak kreatif, senang menghafal daripada berfikir dan lebih senang mengutip fikiran orang lain, baik fikiran pendahulu kita ataupun masyarakat lain, kerana kita menganggap tidak perlu bersusah payah berfikir sendiri. Suatu ketika dahulu bekas Menteri Luar Israel, menyatakan secara terbuka cita-cita dan keinginan negaranya. Dia mendapat serangan dan kecaman dari bangsanya, kerana mereka khuatir pernyataanya itu dibaca oleh bangsa Arab (umat Islam) dan rencana jahatnya diketahui. Namun dengan tenang dia menjawab dengan katanya: “Tenanglah, pecayalah padaku, bangsa Arab (nisbah kepada umat Islam) tidak akan membacanya, kerana mereka tidak suka dan malas membaca”. Inilah kenyataan pahit yang dimiliki suatu umat yang ayat pertama dalam al-Quran yang diturunkan kepadanya memerintahkan; “Iqra” (bacalah). Ternyata mereka malas dan tidak suka membaca. Kalaupun membaca, mereka tidak pandai memahami, kalaupun memahami, mereka tidak bersungguh-sungguh dalam melaksanakannya. [2] Kekuatan amalan yang disia-siakan di mana amat menyedihkan, umat kita merupakan umat yang paling sedikit dalam berbakti dan amal perbuatannya, tetapi yang paling banyak bercakap dan berdebat. Kita banyak bicara dan sedikit kerja. Andaikata bekerja, kita hanya mengerjakan sesuatu yang kurang penting dan meninggalkan yang penting, malah kadang-kadang kita mengerjakan yang tidak bermanfaat sedikitpun. [3] Kekuatan Ekonomi disia-siakan, padahal kita hidup di bumi terbaik, yang paling baik daerahnya, paling subur tanahnya, paling kaya bahan galiannya, tetapi kita tidak memanfaatkan kekayaan itu sebaliknya dikorek oleh orang lain dan kita hanya menjadi pengguna setia sahaja. [4] Kekuatan Tenaga umat Islam yang jumlah begitu ramai disia-siakan malah yang lebih malang kita perpecah da nada Negara yang berlaku perang saudara [5] Kekuatan Jiwa Kita sia-siakan Kurikulum pelajaran kita tidak mampu menterjemahkan erti dan sifat “Rabbaniyah” ke dalam jiwa kita. Tepat sekali apa yang dikatakan oleh seorang intelektual Islam ketika mengatakan tentang “sekolah-sekolah moden”, bahawa ia boleh membuka mata generasi muda untuk mempelajari berbagai hakikat dan pengetahuan, namun ia tidak mengajari matanya bagaimana menangis dan tidak mengajari hatinya supaya khusyuk. Musibah paling tragis yang menimpa umat kita dewasa ini ialah menjadikan agama sebagai permainan dan senda gurau dan menjadikan permainan dan senda gurau sebagai agama. Kita hanya berlumba menghiasi tembok masjid dan dinding rumah dengan ayat-ayat al-Quran, tetapi tidak menghias kehidupan kita dengan al-Quran. Kita hanya membaca al-Quran untuk orang mati tetapi tidak mengajarkan al-Quran kepada orang hidup. Kita berusaha memiliki al-Quran, membawanya berkat, padahal berkat yang hakiki terletak kepada sejauh mana kita mengikuti perintah Allah dan menjauhi larangan Nya yang terkandung dalam al-Quran
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 75 surah an-Nisaa’ :
وَمَا لَكُمْ لَا تُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ وَالْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ وَالْوِلْدَانِ الَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَخْرِجْنَا مِنْ هَـٰذِهِ الْقَرْيَةِ الظَّالِمِ أَهْلُهَا وَاجْعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ وَلِيًّا وَاجْعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ نَصِيرًا ﴿٧٥﴾
Maksudnya : Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam) dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas dari kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri (Makkah) ini, yang penduduknya (kaum kafir musyrik) yang zalim, dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan ugama kami), dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh)".
Pada hari Jumaat yang mulia ini juga marilah kita sama-sama mengutuk dan mengecam pembunuhan etnik yang sedang berlaku di Myanmar. Ketahuilah bahawa kita sangat-terlambat, sebab tidak ada akses berita tentang saudara kita umat Islam Rohingnya, sehingga kita pun tidak mampu berbuat-apa-apa, padahal hakikatnya penindasan itu sudah berlangsung selama 228 tahun yang lalu, namun kita baru percaya setelah hampir dua juta muslim Rohingnya hidup di luar negerinya, dan lebih dari 500,000 mati dibunuh. Oleh kerana itu, pembelaan di tingkat pertama ini adalah memberikan maklumat yang benar tentang kezaliman yang mereka alami.
Berikut ini adalah ringkasan dari tragedi yang dihadapi oleh umat Islam di sana oleh pemerintah teroris Burma:
[1] Penghapusan kewarganegaraan atau etnik Rohingya Muslim di Arakan berdasarkan undang-undang yang mereka buat tahun 1982 M. Mereka dianggap orang asing ibarat pelarian di negara mereka sendiri yakni di Burma atau Myanmar setelah tahun 1824 (tahun masuknya penjajah Inggeris ke Burma) meskipun fakta dan sejarah mendustakan dakwaan itu.
Ketahuilah bahawa Islam masuk Arakan sejak abad pertama Hijriyyah, zaman sahabat Nabi 1400 tahun yang lalu. Islam masuk dibawa oleh para pedagang Arab pimpinan Waqqash bin Malik dan sejumlah tokoh tabi’in.
Kemudian gelombang kedua, Islam dibawa oleh para pedagang Arab Muslim pada abad kedua Hijriyah, tahun 172 H/788 M di masa Khalifah Harun al-Rasyid. Mereka singgah di Pelabuhan Akyab Ibukota Arakan. Umat Islam terus berkembang di Arakan hingga berdirilah Kerajaan Islam oleh Sultan Sulaiman Syah dan berlanjutan hingga 3- 5 abad lamanya (1430-1784 M), dipimpin oleh 48 raja Islam, dan berakhir dengan Raja Sulaiman Syah. Kemudian kerajaan Islam runtuh oleh serbuan kaum Buddha tahun 1784 M. Sejak ketika itulah sampai ke hari ini umat Islam ditindas dan diperlakukan seperti haiwan.
[2] Mengetatkan sistem keselamatan terhadap Muslim yang mahu keluar dalam perjalanan baik di dalam negeri mahupun di luar negeri.
[3] Penangkapan dan penyiksaan Muslim di kem-kem tahanan tanpa soal bicara.
[4] Memaksa umat Islam untuk melakukan kerja sebagai buruh paksa tanpa upah, seperti pembinaan jalan, penggalian parit di daerah pergunungan di Burma.
[5] Pengusiran umat Islam dan memberi penempatan kaum Buddha di rumah-rumah mereka.
[6] Menyita harta wakaf-wakaf umat Islam dan hasil pertanian mereka.
[7] Memeras kekayaan umat Islam, dan mencegah mereka dari mengimport dan mengeksport atau melakukan kegiatan perdagangan.
[8] Menghalangi umat Islam untuk menjadi kakitangan atau pegawai kerajaan, dan sebahagian kecil dari mereka yang telah mendapatkan kedudukan dalam masa penjajahan Inggeris dulu dipaksa untuk berhenti kerja
[9] Menghalang dan merintangi anak-anak Muslim dari melanjutkan pendidikan di sekolah-sekolah, dan universiti negeri.
[10] Melarang umat Islam untuk hadir dalam muktamar dan persidangan Islam antarabangsa (OIC) sehingga penderitaan mereka disembunyikan
Oleh itu kita menggesa pihak kerajaan Malaysia mengambil tindakan lebih tegas dalam menghentikan pembunuhan etnik terutama dalam menekan kerajaan Myanmar. Kita pula jangan asyik dengan bola sepak Piala Suzuki yang berlangsung di Myanmar sehingga melupakan pada nasib saudara seagama yang sedang ditindas. Adakah boleh kita bersorak girang ketika saudara agama kita disembelih, dibakar, dibunuh kejam. Adakah kita boleh tidur lena ketika rumah saudara kita dibakar, dirampas dan mereka dihalau keluar daripada kampung halaman. Bantulah dengan wang dan paling penting doa kepada Allah agar penindasan ini dapat dihentikan segera. Jika pada hari ini kita boleh menyaksikan bagaimana Allah sedang menghantar tenteranya berupa api untuk membakar Israel selepas larangan azan maka bantuan Allah akan turun di mana-mana dengan syarat kita kembali bersatu bawah panji Islam dan saling menolong atas dasar iman. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Langgan:
Catatan (Atom)