أهلا وسهلا ومرحبا بكم

Kandungan Blog

Isnin, 11 Mei 2015

Islam DiNobat Rakyat Selamat Negara Berkat

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 38 surah at-Taubah : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَا لَكُمْ إِذَا قِيلَ لَكُمُ انفِرُوا فِي سَبِيلِ اللَّـهِ اثَّاقَلْتُمْ إِلَى الْأَرْضِ ۚ أَرَضِيتُم بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا مِنَ الْآخِرَةِ ۚ فَمَا مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا فِي الْآخِرَةِ إِلَّا قَلِيلٌ Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Apakah sebabnya apabila diseru kepada kamu: “Berangkatlah untuk berperang pada jalan Allah”. Kamu berasa berat dan ingin tinggal di tempatmu. Adakah kamu berpuas hati dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat sedangkan kenikmatan hidup di dunia ini dibandingkan dengan kehidupan di akhirat hanyalah sedikit. Kita sekarang berada pada minggu kedua terakhir daripada bulan Rejab yang merupakan antara bulan Haram di mana sewajarnya kita menjadikannya sebagai bulan persiapan dalam memantapkan fizikal dan mental kerana kita bakal menyambut kedatangan bulan Sya’aban sebelum memasuki penghulu segala bulan iaitu Ramadhan tidak lama lagi. Sesuatu perkara yang penting apatah lagi berkaitan dengan bekalan akhirat, mesti diutamakan dalam agenda harian, mingguan atau pun tahunan kita agar kita termasuk dalam golongan yang bijak iaitu sentiasa ingat kepada hari akhirat dan bersiap sedia dengan bekalan terbaik untuk menuju ke sana. Kedatangan bulan Rejab juga mengingatkan kita tentang beberapa peristiwa besar yang pernah berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w termasuk peristiwa peperangan Tabuk yang berlaku pada bulan Rejab tahun 9H. Peperangan Tabuk meletus apabila Rasulullah s.a.w menerima berita tentang pembunuhan Farwah bin ‘Amru Al-Jazami yang merupakan salah seorang ketua yang dilantik oleh Rom bagi kawasan Ma’an di mana beliau telah dibunuh dengan direbus di dalam kawah air panas apabila Rom mengetahui dia telah memeluk agama Islam dan menjadi pendakwah di sana. Peperangan ini juga meletus setelah pihak Rom Timur dilihat bersiap sedia dalam melakukan serangan terhadap pusat pemerintahan Islam Madinah dan kawasan yang berada di bawah penguasaan Islam sekitarnya. Akhirnya dalam masa yang singkat nabi s.a.w berjaya mengumpul 30 ribu tentera bagi berdepan dengan 100 ribu tentera musuh disamping mengumpul sumbangan kewangan, makanan, kenderaan dan bekalan senjata mengikut kemampuan sehingga ada kalangan sahabat yang menangis kerana tidak ada sesuatu yang mampu mereka sumbangkan akibat kemiskinan. Setelah berada di Tabuk yang terletak 800 kilometer dari Madinah yang memakan masa 20 hari perjalanan. Namun setelah 10 hari berada di Tabuk tiada sebarang peperangan meletus kerana pihak musuh merasa gerun dan takut kepada tentera Islam lalu lari daripada bertempur. Rasulullah s.a.w mengambil kesempatan itu untuk menyampaikan risalah Islam kepada kabilah yang berada sekitar Tabuk. Ini antara ketegasan kepimpinan Islam sehingga kedaulatan Negara Islam dijaga, darah umat Islam dibela, dakwah Islam disebar merata dunia. Malangnya pada hari ini senjata dihalakan sesama umat Islam sehingga musuh Islam mengaut untuk dengan jualan senjata, bergembira atas kehancuran satu demi satu Negara umat Islam yang berperang sesama sendiri. Sidang Jumaat yang berkati Allah, Firman Allah dalam ayat 111 surah at-Taubah : إِنَّ اللَّـهَ اشْتَرَىٰ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ ۚيُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ ۖ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنجِيلِ وَالْقُرْآنِ ۚ وَمَنْ أَوْفَىٰ بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّـهِ ۚ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُم بِهِ ۚ وَذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ ﴿١١١﴾ Maksudnya : Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar Bulan Rejab turut mencatatkan kemenangan Islam yang gemilang apabila bulan Rejab tahun 583 H (1187 M), Solahudin Al-Ayyubi memimpin tentera Islam berangkat ke Baitul Maqdis untuk membebaskannya daripada cengkeraman tentera salib yang menguasainya selama hampir satu abad. Kemenangan Solahudin al-Ayyubi sangatlah istimewa kerana berjaya mengembalikan bumi Isra’ Mikraj dan Qiblat pertama kaum Muslimin ke pangkuan Islam. Semangat juang yang tinggi ini wajib kita contohi agar kebebasan dan kemerdekaan Masjid Aqsa dan bumi Palestin daripada cengkaman zinois Yahudi berjaya dicapai agar kekejaman musuh Islam dapat dihentikan. Kemenangan Islam tidak mampu diraih dengan mudah, bukan dengan setakat angan-angan tetapi bakal menjadi kenyataan dengan syarat umat Islam kembali memenuhi syarat kemenangan iaitu berpegang dengan agama Allah dengan menolak sebarang ideology yang bercanggah daripada Islam, bersatu atas dasar Islam bukan kebendaan atau kebangsaan sempit, mengutamakan akhirat daripada dunia. Bumi Aqsa yang menjadi rebutan 3 agama terbesar di dunia iaitu Islam, Yahudi dan Kristian semenjak dari dahulu lagi mempunyai keistimewaan yang tersendiri malah Allah mengiktirafkannya sebagai bumi yang penuh keberkatan. Kejayaan menguasai bumi Aqsa bakal menjanjikan penguasaan terhadap dunia keseluruhannya. Oleh itu tugas dalam memerdekakan bumi Palestin bukan tugas rakyat Palestin sahaja malah tugas umat Islam seluruh dunia dalam membebaskan tanah wakaf milik seluruh umat Islam itu daripada cengkaman zionis Yahudi Sidang Jumaat yang dihormati sekalian, قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ مَثَلُ الْجَسَدِ؛ إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى - رواه البخاري ومسلم Maksudnya : Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal berkasih sayang dan saling cinta-mencintai adalah seperti sebatang tubuh. Apabila salah satu anggotanya mengadu kesakitan, maka seluruh anggota tubuh yang lain turut merasa sakit Tidak ketinggalan bagaimana bulan Rejab pernah meninggalkan sejarah hitam buat umat Islam apabila pada 28 Rejab 1342 Hijrah (3 Mac 1924M), Khilafah Uthmaniah Turki dikuburkan secara rasmi oleh Mustafa Kamal At-Tarturk dengan dokongan Britain dan Perancis. Mulai dari saat itu juga bumi Palestin dijajah oleh zionis Yahudi. Di saat kerajaan Uthmaniah tamat, umat kehilangan asas kepimpinan. Tiada lagi institusi yang mampu melindungi umat secara kolektif dan global. Syariah tidak lagi dijadikan asas negara dan ideologi sekular dan kapitalisme ditanam ke dalam jiwa umat dengan penjajahan terancang. Kerajaan besar Uthmaniah dipecahkan kepada lebih 40 negara kecil dengan berpaksikan kaum, wilayah dan semangat kebangsaan yang merosakkan. Akibatnya, umat Islam terus berkelahi, merebut wilayah dan kekuasaan dan dipisahkan antara negara kaya dan miskin. Akibat daripada penjajahan dan perpecahan umat Islam dengan kehilangan suatu kuasa Khilafah yang menaungi umat Islam menyebabkan penderitaan dan penindasan umat Islam terus berlaku silih berganti tanpa ada pembelaan sewajarnya walau pun jumlah umat Islam begitu ramai di seluruh dunia. 3 kekuatan utama yang dianugerahkan oleh Allah gagal digunakan sebaiknya iaitu kekuatan Aqidah, jumlah umat yang ramai dan bumi yang subur. Malah antara penghinaan terbaru terhadap Islam dengan penganjuran pertandingan melukis karikartur nabi Muhammad s.a.w di Amerika Syarikat atas alasan kebebasan bersuara yang mendapat kecaman umat Islam. Oleh itu kita wajib mengembalikan kemuliaan umat Islam dengan berjuang atas dasar Islam serta takut kepada Allah lebih daripada takut kepada musuh Islam Sidang Jumaat yang dihormati sekalian, Menyedari betapa bahayanya bila umat Islam kehilangan system Khilafah maka kita wajib kembali bersatu dalam mengembalikan semula system pemerintahan dan perundangan Islam dalam mewujudkan Negara aman dan berkat walau pun kita yakin bahawa ia bukan suatu jalan yang mudah malah perlu menghadapi pelbagai halangan dan tentangan. Mengapa kita begitu mudah menyerah kalah sedangkan golongan anti Islam begitu bersungguh dalam memperjuangkan kebebasan murtad, seks bebas, kecelaruan jantina dan menghilangkan keistimewaan Islam dalam Negara samada melalui tuntutan IFC atau Comango dan selainnya. Oleh itu kita wajib bersungguh dan yakin dengan janji kemenangan daripada Allah dalam melaksanakan seluruh system Islam dalam Negara. Dalam mengurus kewangan dan ekonomi Negara perlu kembali kepada Islam agar kebajikan rakyat diutamakan bukannya rakyat ditekan seperti dengan GST yang mengutip anggaran 42 juta sehari dari barangan import sahaja belum lagi dari sumber lain sedangkan masalah pecah amanah dan pembaziran tidak ditangani secara serius. Kebimbangan berkenaan hutang 1MDB berbillion ringgit kini mula melarat kepada penggunaan ratus juta duit Tabung Haji yang bakal menjejaskan umat Islam untuk mengerjakan haji. Dasar ekonomi yang tidak amanah menyebabkan jurang antara kaya dan miskin semakin tinggi ketika masalah hutang isi rumah dalam Negara kita mencecah sehingga 80 peratus berbanding Indonesia hanya 16 peratus. Ini menambah masalah bebanan hutang Negara yang mencecah 700 bilion Begitu juga tahap jenayah dan masalah sosial yang semakin teruk memerlukan usaha bersungguh dalam mengembalikan pelaksanaan undang-undang Islam dalam Negara. Malah bila berlakunya kes kemalangan di Lebuhraya Duta-Ulu Klang baru-baru ini yang mengorbankan sepasang suami isteri dan bayi kecil maka sekali lagi disyorkan agar undang-undang Islam dilaksanakan kerana mengikut perundangan Islam sebarang jenayah pembunuhan seakan-akan sengaja (Shibhu ‘amd) tanpa niat, diwajibkan kepada penjenayah untuk membayar diyaat (ganti rugi) kepada keluarga mangsa bukannya kerajaan. Bayangkan seorang yang terbunuh 100 ekor unta yang dikenakan dengan nilai hampir RM1 juta maka jika 3 orang kena bayar kepada waris mangsa hampir RM3 juta. Pelaksanaan hukum ini bukan sahaja membela nasib ahli keluarga terutama anak yatim yang ditinggalkan oleh mangsa malah menggerunkan masyarakat untuk melakukan kesalahan. Sedangkan hukuman Sivil pada hari ini denda menjadi milik Negara sedangkan keluarga mangsa tidak mendapat apa-apa. Oleh itu yakinlah kita kepada system Islam dan bersungguhlah kita dalam mengembalikan semula system Islam yang telah dikuburkan oleh penjajah untuk kembali dilaksana dalam Negara. Islamlah nescaya rakyat selamat, Negara berkat Firman Allah dalam ayat 22 surah az-Zumaar : أَفَمَن شَرَحَ اللَّـهُ صَدْرَهُ لِلْإِسْلَامِ فَهُوَ عَلَىٰ نُورٍ مِّن رَّبِّهِ ۚ فَوَيْلٌ لِّلْقَاسِيَةِ قُلُوبُهُم مِّن ذِكْرِ اللَّـهِ ۚ أُولَـٰئِكَ فِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ ﴿٢٢﴾ Maksudnya : Jika demikian, adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu ia tetap berada dalam cahaya (hidayah petunjuk) dari Tuhannya, (sama seperti orang yang tertutup mata hatinya dengan selaput kederhakaan)? Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata. بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Jumaat, 10 April 2015

Islam diJulang Kebencian Musuh DiPadam

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 214 surah al-Baqarah : أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُم مَّثَلُ الَّذِينَ خَلَوْا مِن قَبْلِكُم ۖ مَّسَّتْهُمُ الْبَأْسَاءُ وَالضَّرَّ‌اءُ وَزُلْزِلُوا حَتَّىٰ يَقُولَ الرَّ‌سُولُ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ مَتَىٰ نَصْرُ‌ اللَّـهِ ۗ أَلَا إِنَّ نَصْرَ‌ اللَّـهِ قَرِ‌يبٌ ﴿٢١٤﴾ Maksudnya: Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga sedangkan belum datang kepadamu ujian sebagaimana yang pernah berlaku kepada mereka yang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kesakitan dan keperitan serta digoncangkan dengan pelbagai cubaan sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang beriman : “ Bilakah akan datang pertolongan Allah?”. Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. Sidang Jumaat yang berkati Allah, Kedatangan Islam telah memberi sinar cahaya kepada dunia yang dahulunya kelam dalam kegelapan jahiliah. Islam telah menyuburkan sifat kemanusian setelah dunia dipenuhi dengan penindasan yang tidak berperi kemanusiaan. Islam telah menaburkan benih keadilan sehingga kebahagiaan dan keamanan dapat dikecapi setelah dunia dicengkam dengan kezaliman. Islam datang dengan ajaran yang lengkap meliputi seluruh aspek kehidupan manusia bertujuan mengatur urusan hidup di dunia yang lebih tersusun bagi mencapai keredhaan Allah sehingga mampu mendapat kebahagiaan bukan sahaja di dunia yang fana tetapi turut bahagia di negeri akhirat sana. Namun begitu Islam tetap diperangi oleh mereka yang tidak senang dengan kehebatan Islam dalam memerintah dunia yang terdiri daripada golongan kuffar dan munafiq serta umat Islam yang jahil tentang Islam yang sebenar. Di sini kita dapat lihat bagaimana permusuhan terhadap Islam sehingga hari bukanlah disebabkan Islam itu ganas dan zalim sebaliknya kebaikan dan keadilan Islam telah menyebabkan pengaruh kuffar untuk mengaut hasil untuk kepentingan mereka semakin tergugat malah rakyat di bawah kuasa mereka sendiri bangun menentang kezaliman dan penindasan kuffar yang semenangnya ganas. Sidang Jumaat yang dihormati, Antara sebab golongan pengganas Kuffar dan anak didiknya menentang Islam ialah [1] : Pengganas Kuffar takutkan Islam kerana Islam membentuk kesatuan ummah sebagaimana firman Allah dalam ayat 92 surah al-Anbiya’ : إِنَّ هَـٰذِهِ أُمَّتُكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَأَنَا رَ‌بُّكُمْ فَاعْبُدُونِ ﴿٩٢﴾ Maksudnya : Sesungguhnya ini, umat kamu wahai mukminin umat yang satu dan Aku adalah Tuhanmu maka sembahlah Aku. Umat Islam melalui sistem khilafah dididik agar berada di bawah satu kepimpinan sehingga menjadi umat yang kuat. Oleh itu kuffar melalui perancangannya yang rapi telah berjaya menghancurkan system khilafah dengan runtuhnya Khilafah Uthmaniah Turki pada tahun 1924. Antara punca kejatuhannya dengan musuh mengapi-apikan semangat kebangsaan terutama dikalangan umat Arab dengan alasan Khilafah Uthmaniah untuk Turki bukan untuk Arab. Balasannya ialah Palestin bersama Masjid Al-Aqsa dirampas dan tanah air umat Islam dijajah seluruh pelosok dunia secara langsung atau tidak secara pecah perintah. Apa yag lebih malangnya lagi apabila hari kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah telah dijadikan hari kebangsaan yang dibanggakan bagi kebanyakan negara-negara Arab. Pada hari ini kita melihat bagaimana liciknya musuh Islam dalam melagakan Negara umat Islam untuk berperang atas alasan peperangan Mazhab seperti yang terbaru di Yaman. Sedangkan kita wajib sedar ianya hanya menambah satu lagi perancangan jahat musuh Islam untuk menjaga keselamatan Israel dan kepentingan kuasa besar. Berperang dengan duit umat Islam untuk membunuh dan mencederakan diri kita sendiri dengan senjata orang lain yang mengambil kesempatan menjual senjata dengan bayaran yang musuh pula menentukan harganya. Inilah akibat daripada kebodohan kita sendiri. Ibarat kata pepatah Melayu: “Lesung dan alu yang bertumbuk ayam pula yang kenyang”. Sidang Jumaat yang dikasihi, Firman Allah dalam ayat 50 Surah al-Maidah : أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ ۚ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّـهِ حُكْمًا لِّقَوْمٍ يُوقِنُونَ ﴿٥٠﴾ Maksudnya : Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah. Sebab Ke-[2] kuffar takutkan Islam kerana pemerintahan Rabbani di mana semua system hidup berasaskan apa yang telah diturunkan oleh Allah melalui rasulNya bukannya berdasarkan system ciptaan manusia. Tujuan pemerintahan adalah untuk mencari keredhaan Allah yang menyebabkan pemimpin dan rakyat sentiasa membuat segala suruhan Allah dalam setiap aspek kehidupan disamping menjauhi segala laranganNya walau pun nafsu sentiasa menggodanya sepanjang masa. Pemerintahan Islam juga berjaya menghindari pemimpin dan rakyat daripada melakukan penindasan dan kezaliman bertujuan mencari keuntungan diri disebabkan timbulnya rasa gerun dan takut kepada Allah yang bakal membalas segala amalan dunia di akhirat nanti. Oleh sebab itu kuffar sentiasa berusaha sepanjang masa agar pemerintahan Islam tidak akan berjaya ditegakkan di atas muka bumi ini. Kita dapat rasa bagaimana walau pun Negara kita telah lama merdeka namun penjajahan pemikiran dan cara hidup masih banyak yang berqiblatkan penjajah. Sebab itu banyak undang-undang barat dapat diterima dengan mudah untuk dilaksanakan sedangkan undang-undang Islam begitu payah untuk diluluskan. Seorang pemimpin gerakan Islam pernah berkata bahawa kita berada dalam satu kapal bersama dengan kapal-kapal yang lain dengan ideologi dan matlamat yang berbeza dalam menghadapi penjajah di mana golongan yang hanya mahu merdeka akan berlabuh bila Negara diberikan kemerdekaan oleh penjajah sedangkan kapal kita terus berlayar sehingga kita berjaya tiba dipelabuhan yang sebenar iaitu mengembalikan semula undang-undang Islam dalam Negara setelah dihilang lenyap oleh penjajah. Oleh itu itu sempena berada pada Jumaat yang mulia, di rumah Allah yang mulia ini marilah kita sama-sama berdoa agar undang-undang jenayah Islam yang diusahakan oleh kerajaan Kelantan dapat dilaksanakan dalam masa terdekat demi mendapat pertolongan Allah dalam mewujudkan Negara yag berkat dan selamat. Walau pun pada sidang Parlimen yang berakhir malam tadi masih belum diberi ruang untuk dibentangkan pindaan kepada kuasa Mahkamah Syariah dalam bab hanya berkuasa menjatuhkan hukuman 3 tahun penjara, 5 ribu denda dan 6 kali sebat kepada berkuasa melaksanakan hukuman mengikut apa yang diperintah oleh Syarak namun ia bakal dibentangkan dalam sidang Mei dan Jun nanti dengan izin Allah. Semoga nama kita termasuk dalam senarai golongan yang ditulis sebagai hamba Allah yang berusaha dalam menegakkan hukum Islam dalam Negara ini. Sekiranya perbezaan antara orang Islam dan kafir dapat dibezakan dengan solat maka Negara Islam dapat dikenali dengan pelaksanaan syariat Islam di dalamnya. Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 58 Surah an-Nisa’ : إِنَّ اللَّـهَ يَأْمُرُ‌كُمْ أَن تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ ۚ إِنَّ اللَّـهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِ ۗ إِنَّ اللَّـهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرً‌ا ﴿٥٨﴾ Maksudnya : Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. Sebab ke-[3] kuffar takutkan Islam kerana pemimpin yang dilahirkan oleh Islam merupakan pemimpin yang benar-benar layak memerintah dengan sifat dan akhlaknya yang baik serta kepatuhan nya dalam melaksanakan segala hukum Islam tanpa takut kepada ugutan serta tidak terpengaruh dengan godaan dunia yang cuba merosakkannya. Kejayaan Islam melahirkan pemimpin yang adil membolehkan rakyat hidup aman dan bersatu menentang serangan musuh demi mencari keredhaan Allah. Apabila adanya pemimpin Islam yang benar-benar layak memerintah maka ini menyebabkan kuffar menjadi takut dan resah kerana tidak dapat lagi menguasai negara umat Islam sesuka hati. Oleh itu kuffar telah merancang dengan teliti apabila melantik pemimpin di negara umat Islam di mana mereka melantik pemimpin dari kalangan anak didik dan tali barut kuffar agar kuffar terus menjajah negara umat Islam sesuka hati mengikut acuan dan kehendak nafsu serakah mereka. Musuh sentiasa berusaha menjauhkan masyarakat daripada Islam termasuk melabelkan Islam dengan keganasan seperti militan Islam, Islamic State yang jahat di mana jika kita sendiri turut menyebut kalimah tajaan musuh menyebabkan orang akan menerima bahawa Islam itu jahat sedangkan Islam adalah agama sejagat yang menjamin keamanan dan keadilan di mana salah laku umatnya bukan menggambarkan suruhan Islam . Sidang Jumaat yang dihormati sekalian, Sebab ke-[4] Kuffar takutkan Islam kerana seseorang Islam hanya memberi wala’ atau tunduk patuh hanya kepada Allah. Mereka sanggup menghadapi godaan dunia yang berbentuk kemegahan takhta, kemewahan harta dan kecantikan wanita demi mencari keredhaan Allah. Mereka rela mempertahankan Islam di zaman orang memeranginya kerana Allah. Umat Islam yang berpegang kepada ajaran Islam yang menyeluruh sentiasa ingat kepada pahala dan dosa, syurga dan neraka dalam apa jua pekerjaan mereka termasuk pemerintahan dan politik. Akibat meminggirkan suruhan dan larangan Allah menyebabkan umat mudah terjebak dengan rasuah dan pecah amanah. Kita begitu bimbang tahap pengurusan kewangan Negara yang tidak amanah menyebabkan Negara menanggung hutang lebih 700 bilion disamping kebocoran yang lain dan nilai ringgit yang semakin menjunam. Rakyat disembelih dengan GST ketika pemimpin masih bernafsu besar untuk membeli jet dengan kos ratusan juta. Oleh itu kembalilah kepada kepada Islam dalam seluruh aspek kehiduoan dalam meraih keberkatan hidup di dunia dan kebahagian hidup di akhirat. Islam nescaya kita selamat dan berjaya dunia akhirat Firman Allah dalam ayat 69-70 surah an-Nisa’ : وَمَن يُطِعِ اللَّـهَ وَالرَّ‌سُولَ فَأُولَـٰئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّـهُ عَلَيْهِم مِّنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ ۚ وَحَسُنَ أُولَـٰئِكَ رَ‌فِيقًا ﴿٦٩﴾ ذَٰلِكَ الْفَضْلُ مِنَ اللَّـهِ ۚ وَكَفَىٰ بِاللَّـهِ عَلِيمًا ﴿٧٠﴾ Maksudnya : Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang yang taat). Yang demikian itu adalah limpah kurnia dari Allah; dan cukuplah Allah Yang Maha Mengetahui (akan balasan pahalanya) بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Ahad, 15 Mac 2015

Cabaran DiTangani Kejayaaan Umat DiRaih Kembali

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 21 surah ar-Ruum: وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ ﴿٢١﴾ Maksudnya : Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.(21) Tiap kali datangnya musim cuti sekolah maka ia biasanya dipenuhi dengan majlis perkahwinan dipelbagai tempat dengan pelbagai cara sambutannya. Islam mensyariatkan perkahwinan dengan syarat dan rukun yang khas kerana ia suatu yang penting dan bukan main-main dalam mengatur cara hidup manusia supaya lebih tersusun. Antara hikmat perkahwinan ialah : [1] Berkahwin dapat mendekatkan dan menghampirkan kita dengan Allah SWT. Kemanisan iman itu akan tertingkat jika kita meletakkan matlamat pernikahan itu pada asasnya yang betul dan benar. [2] Memberi suatu jalan yang bersih, suci dan halal dalam melempiaskan keinginan hawa nafsu kita. Malah, hubungan suami isteri itu dikira sebagai ibadah dan diganjari pahala daripada Allah SWT. [3] Memberikan suatu perasaan yang sungguh membahagiakan, menenangkan dan melapangkan bagi pasangan suami isteri. Indahnya apabila ada insan yang mencintai, menyayangi dan melindungi kita. [4] Berkeluarga itu adalah suatu anugerah Allah SWT dalam mendewasakan dan mematangkan lagi suami isteri dalam mengurus hal-hal rumah tangga secara bersama. Anugerah ini jika dilalui dengan bersama, wujudnya persefahaman dan serasian ia adalah bentuk-bentuk kejayaan yang akan membawa ahli-ahli keluarga kepada keredhaan Allah SWT. [5] Suami isteri adalah saling melengkapi antara satu sama lain. Titik-titik kelemahan dan kekurangan yang ada akan dibantu oleh pasangan untuk sama-sama perbaiki dari satu tahap ke satu tahap. Hal ini, amat sukar difahami kecuali hanya bagi yang telah berkahwin. [6] Perkahwinan itu boleh menambahkan rezeki manusia [7] Perkahwinan itu satu perkongsian di mana dengan berkongsi cita-cita, harapan dan impian maka kita akan lebih kuat, hebat, luar bisa dan bersemangat untuk mencapai serta menggapainya. Itulah hebatnya perkahwinan, jika pasangan hidup kita adalah pasangan yang hebat maka kita akan tertempias aura atau gelombang kehebatannya. [8] Manusia itu akan sunyi dan sepi tanpa pendamping, teman dan pasangan. Islam memberikan suatu kaedah dalam mengubati kesunyian itu melalui perkahwinan. Melaluinya, pasangan suami isteri dapat berkongsi perasaan, cerita dan segala-galanya secara bersama. [9] Melalui perkahwinan, insyaAllah – Allah SWT akan anugerahkan cahaya mata dan anak. Ia adalah buah hati yang tidak tergambar bagaimanakah perasaan bagi yang memilikinya. Anak bukanlah bebanan, tetapi suatu amanah yang harus dipelihara dengan sebaiknya. [10] Rumahtangga ini adalah umpama suatu bentuk organisasi berskala kecil yang di dalamnya terdapat suatu sistem pengurusan yang menyeluruh. Bagi yang berkahwin, mereka akan berusaha mengurusnya sebaik mungkin agar keluarga yang dibina dapat dikendalikan dengan seimbang, teratur dan sistematik Sidang Jumaat yang berkati Allah, Firman Allah dalam ayat 14-17 surah al-A’araf: قَالَ أَنظِرْنِي إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَ ﴿١٤﴾ قَالَ إِنَّكَ مِنَ الْمُنظَرِينَ ﴿١٥﴾ قَالَ فَبِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأَقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيمَ ﴿١٦﴾ ثُمَّ لَآتِيَنَّهُم مِّن بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَن شَمَائِلِهِمْ ۖ وَلَا تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شَاكِرِينَ ﴿١٧﴾ Maksudnya : Iblis berkata: Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat). Allah berfirman: Sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu). Iblis berkata: Oleh sebab Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalan-Mu yang lurus; Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur. Perkahwinan itu sendiri bila dilaksana mengikut lunas syarak pasti akan membantu umat Islam dalam menghadapi cabaran masa kini. Dalam buku ‘Pemuda Muslim Dalam Menghadapi Cabaran Masa Kini’ karangan Abdullah Naseh Ulwan menggariskan 5 cabaran yang dihadapi oleh umat Islam samada berbentuk musuh dalaman mahu pun luaran dalam menjauhkan kita daripada menjadi hamba Allah yang Berjaya di dunia dan akhirat iaitu : [1] Cabaran syaitan dan hawa nafsu. [2] Cabaran serangan pemikiran. [3] Cabaran keruntuhan akhlak. [4] Cabaran kerajaan sekular. [5] Cabaran sikap berputus asa daripada melakukan kerja-kerja Islam Sidang Jumaat yang dihormati sekalian, Dalam menghadapi cabaran pertama iaitu syaitan dan hawa nafsu maka wajib kita mengikuti 6 langkah yang telah ditunjuk oleh al-Quran iaitu : [1] Jadikan Syaitan musuh kita Surah Fatir ayat 6 : إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوًّا ۚ إِنَّمَا يَدْعُو حِزْبَهُ لِيَكُونُوا مِنْ أَصْحَابِ السَّعِيرِ ﴿٦﴾ Maksudnya : Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka. (6) [2] Istiqamah dengan jalan yang lurus. Firman Allah dalam Surah al-An’am ayat 153 وَأَنَّ هَـٰذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ ۖ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَن سَبِيلِهِ ۚذَٰلِكُمْ وَصَّاكُم بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ ﴿١٥٣﴾ Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa. [3] Memohon perlindungan Allah. Firman Allah dalam Surah an-Nahlu ayat 98-99 فَإِذَا قَرَأْتَ الْقُرْآنَ فَاسْتَعِذْ بِاللَّـهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ ﴿٩٨﴾ إِنَّهُ لَيْسَ لَهُ سُلْطَانٌ عَلَى الَّذِينَ آمَنُوا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ ﴿٩٩﴾ Maksudnya : Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang kena rejam. (98)Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka. [4] Sentiasa ingat kepada Allah. Firman Allah dalam Surah az-Zukhruf ayat 36-37 وَمَن يَعْشُ عَن ذِكْرِ الرَّحْمَـٰنِ نُقَيِّضْ لَهُ شَيْطَانًا فَهُوَ لَهُ قَرِينٌ﴿٣٦﴾ وَإِنَّهُمْ لَيَصُدُّونَهُمْ عَنِ السَّبِيلِ وَيَحْسَبُونَ أَنَّهُم مُّهْتَدُونَ Maksudnya : Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya. (36) Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. [5] Muraqabah sebagaimana firman Allah dalam Surah al-A’araf ayat 201 إِنَّ الَّذِينَ اتَّقَوْا إِذَا مَسَّهُمْ طَائِفٌ مِّنَ الشَّيْطَانِ تَذَكَّرُوا فَإِذَا هُم مُّبْصِرُونَ ﴿٢٠١﴾ Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar). [6] Jauhi orang-orang yang lupa dan lalai. Firman Allah dalam Surah al-An’am ayat 68 وَإِذَا رَأَيْتَ الَّذِينَ يَخُوضُونَ فِي آيَاتِنَا فَأَعْرِضْ عَنْهُمْ حَتَّىٰ يَخُوضُوا فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ ۚ وَإِمَّا يُنسِيَنَّكَ الشَّيْطَانُ فَلَا تَقْعُدْ بَعْدَ الذِّكْرَىٰ مَعَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ ﴿٦٨﴾ Maksudnya : Dan apabila engkau melihat orang-orang yang memperkatakan dengan cara mencaci atau mengejek-ejek ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka memperkatakan soal yang lain; dan jika engkau dilupakan oleh Syaitan (lalu engkau duduk bersama mereka), maka janganlah engkau duduk lagi bersama-sama kaum yang zalim itu, sesudah engkau mengingati (akan larangan itu). Sidang Jumaat yang dihormati sekalian, Manakala dalam menghadapi Cabaran serangan pemikiran dan keruntuhan akhlak maka kita mesti sedar dengan perancangan musuh Islam yang bergerak siang dan malam dalam menghancurkan kita. Antaranya dengan menjauhkan hubungan kita dengan Allah dengan hanyut mengikut hawa nafsu sebagaimana kata seorang pemimpin Tertinggi Imprealis: “ Arak dan nyanyian merupakan 2 unsur yang mampu menghancurkan umat Muhammad dengan berkesan berbanding 1000 laras meriam, maka untuk itu tenggelamkanlah mereka ke dalam kancah maksiat dan materialistik.” Oleh itu kita dapat saksikan termasuk selepas banjir baru-baru ini begitu mudah untuk mencari sumbangan untuk mendapatkan al-Quran tetapi agak sukar untuk mendidik diri untuk membaca seterusnya memahami dan melaksanakan system al-Quran dalam kehidupan. Betapa mudah untuk kembali membaik pulih atau membina masjid baru namun untuk menyuburkan masjid pasti menemui jalan yang agak susah. Membina bangunan walau pun tinggi mencakar langit tidak serumit membina diri manusia yang berakhlak tinggi yang disenangi oleh makhluk di bumi dan di langit. Manusia lebih mudah difahamkan dengan duit dunia berbanding pahala akhirat. Oleh itu marilah kita sama-sama lahirkan diri kita sebagai hamba Allah yang menjadikan dunia ini hanya sebagai alat atau jalan dalam meraih kebahagian yang kekal di akhirat. Firman Allah dalam ayat 37 surah an-Nuur : رِجَالٌ لَّا تُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ وَلَا بَيْعٌ عَن ذِكْرِ اللَّـهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ ۙ يَخَافُونَ يَوْمًا تَتَقَلَّبُ فِيهِ الْقُلُوبُ وَالْأَبْصَارُ ﴿٣٧﴾ Maksudnya : (Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan. Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Seterusnya dalam menghadapi Cabaran kerajaan sekular maka wajib memperkasakan ilmu Islam dalam setiap aspek kehidupan sehingga hasutan memisahkan antara kehidupan dunia daripada akhirat dapat dihakiskan. Contohnya tanpa ada perasaan dosa pahala dalam mengurus Negara menyebabkan hutang Negara semakin bertimbun serta sikap pecah amanah dan rasuah dijadikan budaya. Manakala sikap berputus asa daripada melakukan kerja-kerja Islam mesti diubati kerana musuh Islam sentiasa berusaha dalam membuang semangat jihad daripada diri umat Islam dengan pelbagai cara. Begitu juga tekanan terhadap gerakan Islam dan ahlinya sehingga ramai yang dihukum gantung seperti yang terbaru di Mesir bagi menyekat kebangkitan Islam. Oleh itu bangkitlah kita daripada terus dihina dan diinjak-injak oleh musuh dengan kembali kepada seluruh ajaran al-Quran. Yakinlah janji kemenangan daripada Allah bila kita memenuhi syarat kemenangan. Islamlah nescaya kita selamat dan Berjaya dunia dan akhirat. Firman Allah dalam ayat 52 surah al-Furqan : فَلَا تُطِعِ الْكَافِرِينَ وَجَاهِدْهُم بِهِ جِهَادًا كَبِيرًا ﴿٥٢﴾ Maksudnya : Oleh itu, janganlah engkau (Wahai Muhammad) menurut kehendak orang-orang kafir, dan berjuanglah dengan hujjah-hujjah Al-Quran menghadapi mereka dengan perjuangan yang besar dan bersungguh-sungguh. بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Selasa, 3 Mac 2015

Islam DiNobat Perancangan Jahat Musuh DiSekat

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 120 surah al-Baqarah : وَلَن تَرْضَىٰ عَنكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ ۗ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّـهِ هُوَ الْهُدَىٰ ۗ وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُم بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ ۙ مَا لَكَ مِنَ اللَّـهِ مِن وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ ﴿١٢٠﴾ Maksudnya : Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. Kini kita berada pada bulan Jamadil Awwal yang pernah menyaksikan bagaimana berlakunya peperangan Mu’tah, Jordan pada tahun ke 8 Hijrah disebabkan oleh pengkhianatan terhadap seorang utusan yang telah dihantar oleh Rasulullah s.a.w kepada Raja Busra iaitu Harith bin Umair al-Azdi di mana beliau telah gugur syahid apabila direbus hidup-hidup di dalam kawah air panas. Peperangan Mu’tah antaranya mengajar kita bagaimana ketegasan Rasulullah s.a.w terhadap musuh Islam di mana walau pun seorang utusan Islam yang dibunuh namun nyawanya mesti ditebus sehingga dihantar tentera ke Mu’tah dengan motif dakwah terlebih dahulu sebelum melakukan serangan jika musuh tidak mahu tunduk. Pada hari ini suasana itu telah hilang terutama dengan kehilangan sistem khilafah setelah jatuhnya Khilafah Uthmaniah Turki 1924 sehingga kesatuan umat Islam tidak mampu disatukan di bawah suatu pemerintahan. Umat Islam ibarat anak ayam yang kehilangan ibu tiada tempat mengadu sehingga musuh Islam dengan mudah melakukan keganasan dan kekejaman terhadap umat Islam tanpa ada sekatan dan halangan. Malah bila berlakunya sesuatu musibah di negara umat Islam seperti banjir besar, tsunami, gempa bumi dan sebagainya maka bantuan daripada negara umat Islam sendiri begitu lambat dan tidak selaras dengan baik. Ini membuka peluang kepada orang lain untuk menjuarai hal kebajikan dan lebih membimbangkan ia datang bersama dakyah kepada agama atau ideologi yang bertentangan dengan Islam. Malah kita biasa dengar bagaimana di hospital seolah adanya petugas khusus daripada agama lain yang akan mendekati pesakit yang sedang nazak sedangkan pesakit Islam hanya bergantung pada ahli keluarga terdekat yang ada untuk mengajar kalimah syahadah. Bagaimana jika tiada ahli keluarga terdekat yang berada disampingnya maka siapakah yang akan mengambil tanggungjawab besar ini. Sama-samalah kita berfikir dan mengambil tindakan yang sewajarnya kerana penghujung kehidupan merupakan saat yang paling berharga supaya dapat meraih husnul khatimah Sidang Jumaat yang berkati Allah, Firman Allah dalam ayat 30 surah al-Furqan : وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَـٰذَا الْقُرْآنَ مَهْجُورًا ﴿٣٠﴾ Maksudnya : Dan berkatalah Rasul: "Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai". Kesesatan dan kebatilan yang bergerak dengan organisasi yang tersusun mampu mengalahkan kebenaran yang bergerak dengan terabur. Kita sedar bagaimana Islam dan umatnya akan terus berdepan dengan pelbagai perancangan dan serangan daripada musuh Islam sehingga hari Qiamat. Antara 10 Rancangan Kuffar dalam menghancurkan Islam dan umatnya ialah : [1] Menjauhkan umat Islam daripada Al-Qur’an sehingga ramai di kalangan umat Islam sendiri buta al-Quran apatah lagi untuk memahami seterusnya menghayatinya dalam kehidupan seharian. Sebab itu selepas banjir besar baru-baru ini agak mudah untuk kita mengagihkan naskhah al-Quran kepada mangsa banjir tetapi untuk kita duduk sama-sama membaca dan memahami al-Quran agak susah. Oleh itu kita wajib kembali kepada al-Quran sebagaimana zaman kegemilangan Islam iaitu merasai betapa pentingnya al-Quran kepada kehidupan kita, menjiwai setiap ayat al-Quran di mana sebarang berita gembira dan ancaman azab mesti dirasakan ditujukan kepada kita bukan ianya hanya dijadikan bahan bacaan semata-mata atau merasakan bahawa kisah dalam al-Quran adalah kisah dahulu kala tiada kaitan dengan kita seterusnya kita berlumba-lumba untuk melaksanakan system al-Quran dalam seluruh aspek kehidupan. Kita wajib mengembalikan fungsi dan peranan al-Quran seperti yang dilaksanakan oleh generasi kemenangan sebelum ini. Mereka boleh berjaya kerana al-Quran dijunjung sedangkan umat kini meletaknya dipunggung, mereka menjadikan al-Quran sebagai panduan sedangkan umat kini jadikan sebagai barang hiasan, mereka bersungguh mengkaji al-Quran sedangkan umat kini banyak mencari alasan untuk lari daripadanya Sidang Jumaat yang dihormati sekalian, Firman Allah dalam ayat 71 surah at-Taubah : وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّـهَ وَرَسُولَهُ ۚ أُولَـٰئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّـهُ ۗ إِنَّ اللَّـهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ Maksudnya : Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Rancangan musuh Islam yang saling berkait rapat iaitu yang ke-[2] Lenyapkan sistem pemerintahan Islam di mana Lornis Brown berkata : “ Apabila orang Islam bersatu di bawah empayar Arab, maka ia boleh menjadi satu malapetaka dan bahaya kepada dunia. Adapun jika mereka kekal dalam perpecahan, maka ketika itu mereka tiada nilai dan tidak memberikan kesan kepada sesiapa. Umat Arab dan umat Islam mestilah terus berpecah belah supaya mereka terus kekal tanpa kekuatan dan autoriti.” Akhirnya penderitaan umat Islam tiada tempat untuk mengadu dan tiada suatu kuasa pemerintahan Islam yang mampu menyekat keganasan yang berlaku Rancangan ke-[3] Lenyapkan kesatuan kaum Muslimin di mana dengan dasar pecah perintah maka umat Islam saling memandang bahawa isu umat Islam di Negara lain adalah masalah Negara dan bangsa masing-masing tiada kaitan dengan diri mereka seperti penderitaan umat Islam di Palestin, Iraq, Syria, Myanmar dan sebagainya. Tiada lagi ruh persaudaraan Islam akibat rasukan semangat assobiyah atau kebangsaan sempit. Sedangkan kita sentiasa diajar tentang persaudaraan Islam yang melangkaui bangsa, Negara, budaya, bahasa قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ مَثَلُ الْجَسَدِ؛ إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى - رواه البخاري ومسلم Maksudnya : Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal berkasih sayang dan saling cinta-mencintai adalah seperti sebatang tubuh. Apabila salah satu anggotanya mengadu kesakitan, maka seluruh anggota tubuh yang lain turut merasa sakit Rancangan musuh yang ke-[4] Lemahkan bangsa Arab di mana Morro Byger menulis dalam bukunya Dunia Arab Masa Kini: “ sesungguhnya ketakutan kita terhadap umat Arab dan perhatian kita terhadap mereka bukanlah lahir daripada kewujudan petrol yang banyak pada mereka. Bahkan kerana sebab Islam. Wajiblah memerangi Islam bagi menghalang kesatuan Arab yang soleh yang boleh membawa kepada kekuatan mereka, kerana kekuatan Arab akan sentiasa beriringan dengan kekuatan Islam, kemuliaannya dan perkembangannya.” Rancangan ke-[5] Dirikan negara diktator di dunia Islam di mana W.K Smith seorang orientalis Amerika yang mahir dalam hal ehwal Pakistan: “ apabila orang Islam diberikan kebebasan di dunia Islam serta hidup dibawah system demokrasi , maka sesungguhnya Islam akan mendapat kemenangan di Negara-negara tersebut. Hanya dengan cara diktator sahaja yang boleh memisahkan antara umat Islam dan agamanya.” Kita dapat lihat bagaimana kejatuhan satu demi satu pemerintahan kuku besi oleh rakyat seperti di Iraq, Mesir, Libya dan sebagainya tetapi musuh Islam segera bertindak memastikan penggantinya mesti daripada boneka bagi memastikan sebarang usaha dalam mengembalikan pemerintahan Islam dapat dikuburkan. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian, Rancangan musuh yang ke-[6] Hancurkan akhlak Muslim, fikiran , hubungan mereka dengan Allah dan bebaskan mereka mengikut hawa nafsu sebagaimana kata seorang pemimpin Tertinggi Imprealis: “ Arak dan nyanyian merupakan 2 unsur yang mampu menghancurkan ummat Muhammad dengan berkesan berbanding 1000 laras meriam, maka untuk itu tenggelamkanlah mereka ke dalam kancah maksiat dan materialistik.” Malah Karl Marx pengasas ideology sosialis ketika ditanya tentang pengganti kepada aqidah ketuhanan, beliau menjawab: “ penggantinya ialah teater iaitu panggung drama dan filem, maka palingkan mereka yang sibuk dengan amalan kerohanian ke arah pementasan drama.” Rancangan musuh yang ke-[7] Ragukan kaum Muslimin terhadap agamanya di mana sejarah pernah mencatatkan bagaimana perisik Portugal telah melakukan risikan di Andalusia terutama berkaitan aktiviti dan kecenderungan pemudanya lalu bila didapati pemudanya lebih menumpu kepada ilmu maka rancangan untuk menjatuhkan kerajaan Islam ditangguh sehinggalah pemuda hanyut dalam hiburan dan perkara yang tidak berfaedah yang mewujudkan generasi muda yang lemah. Berdasarkan keadaan itu perisik Portugal berasakan itulah masa yang tepat untuk menyerang Andalusia. Akhirnya, Andalus yang dikuasai pemerintahan Islam selama 800 tahun jatuh ke tangan Portugal dalam tempoh tiga bulan sahaja. Rancangan musuh yang ke-[8] Rosakkan wanita dan kembangkan pergaulan bebas sehingga zina dianggap suatu perkara biasa. Kita terlalu bimbang dengan cadangan kerajaan untuk memperkenalkan modul pendidikan seks bagi golongan lelaki lingkungan 16 tahun ke atas mulai tahun 2016 jika ia tidak berteraskan Islam. Kita tidak mahu mengulangi kegagalan sebagaimana suatu kajian yang dijalankan di United Kingdom yang mendedahkan kehamilan dalam kalangan remaja adalah yang tertinggi di kawasan yang giat aktif dan agresif dalam mempromosi pendidikan seks. Ingatlah amaran nabi s.a.w قال الرسول : لَا تَزَالُ أُمَّتِي بِخَيْرٍ مَا لَمْ يَفْشُ فِيهِمْ وَلَدُ الزِّنَا ، فَإِذَا فَشَا فِيهِمْ وَلَدُ الزِّنَا أَوْشَكَ أَنْ يَعُمَّهُمُ اللَّهُ بِعِقَابٍ - رواه أحمد بسندحسن Maksudnya: Umatku (ini) akan terus berada dalam kebaikan selama tidak tersebar luas anak zina di kalangan mereka. Apabila anak zina tersebar luas di kalangan mereka, maka hampir sahaja Allah akan menurunkan azab seksa kepada mereka seluruhnya Rancangan musuh yang ke-[9] Pisahkan kaum Muslimin dari menguasai perindustrian dan biarkan mereka hancur dengan barangan Barat. Manakala Rancangan musuh yang ke-[10] Singkirkan tokoh-tokoh Islam dan tamatkan Gerakannya di mana telah ramai pemimpin gerakan Islam dipenjara dan parti Islam diharamkan seperti di Algeria, Mesir dan sebagainya. Oleh itu sama-samalah bangkit dalam melawan dan menguburkan perancangan jahat musuh Islam ini. Jangan biarkan kita terus menjadi hamba abdi kepada musuh Islam dalam setiap perkara samada melalui serangan fizikal mahu pun mental. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat. Firman Allah dalam ayat 52 surah al-Furqan : فَلَا تُطِعِ الْكَافِرِينَ وَجَاهِدْهُم بِهِ جِهَادًا كَبِيرًا ﴿٥٢﴾ Maksudnya : Oleh itu, janganlah engkau (Wahai Muhammad) menurut kehendak orang-orang kafir, dan berjuanglah dengan hujjah-hujjah Al-Quran menghadapi mereka dengan perjuangan yang besar dan bersungguh-sungguh. بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Ahad, 15 Februari 2015

Islam DiNobat Negara Berkat Rakyat Selamat

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 185 surah Ali ‘Imran : كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ۗ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ ﴿١٨٥﴾ Maksudnya : Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. Kehidupan dunia berkait rapat dengan akhirat di mana manusia yang memisahkan antara keduanya pasti melakukan sesuatu tindakan mengikut hawa nafsu kerana merasakan semua yang ada adalah miliknya secara mutlak samada kuasa, harta dan sebagainya. Mereka lupa bahawa setiap nikmat dan apa yang dimiliki pada hari ini hanyalah pinjaman sementara sahaja dan menunggu masa untuk diambil semula malah bakal berdepan dengan Mahkamah Allah di akhirat nanti untuk ditanya tentang apa yang dipinjam selama hidup di dunia iaitu tentang umurnya di manakah dihabiskan, tubuh badannya bagaimana dia menggunakannya, harta dari mana dia perolehi dan bagaimana dia membelanjakannya dan ilmunya, adakah dia telah beramal dengan ilmu itu. Menyedari bahawa kehidupan dunia kita tidak kekal malah pasti akan menemui saat kematian maka sepatutnya mengetuk hati kita supaya lebih bersungguh dalam menambah bekalan akhirat disamping menjauhi dosa maksiat terhadap Allah. Imam Al-Ghazali membahagikan manusia kepada 3 tingkatan dalam menghadapi mati iaitu [1] Al-Munhamik, iaitu orang yang tenggelam dalam tipu daya dan hawa nafsu dunia. Mereka tidak ingat kematian dan enggan diingatkan mengenai kematian. Golongan seperti itu tidak mempersiapkan bekalan untuk menghadapi kematian bahkan hidup mereka terus bergelumang dosa dan maksiat. [2] At-Taib, iaitu golongan yang bertaubat memohon keampunan daripada Allah dan mereka banyak mengingati kematian yang mendorongnya beramal dan mempersiapkan bekalan menuju akhirat. [3] Al ‘Arif, iaitu golongan yang mengetahui kedudukan dirinya di hadapan Allah. Mereka sentiasa mengingati kematian bahkan sentiasa menanti saat kematian kerana kematian baginya adalah pertemuan dengan Allah yang begitu dirindui. Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Malam tadi bumi Kelantan khususnya, Malaysia dan dunia Islam umumnya menerima suatu berita yang menyedihkan dengan pemergian Murabbi Ummah al-Marhum Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz b Nik Mat mantan Menteri Besar Kelantan. Ucapan takziah kita ucapkan kepada seluruh ahli keluarga beliau. Kita doakan semoga beliau ditempatkan bersama para solehin dengan dibalaskan segala amalan soleh dan diampuni segala dosanya. Kehilangan beliau sukar dicari ganti namun kita yang masih hidup wajib meneruskan perjuangan suci dalam menegakkan kalimah Allah yang mulia di atas muka bumi ini. Contohilah al-Marhum yang telah mengorbankan seluruh jiwa raga dan masa sehingga penghujung usia dalam mengubah cara hidup rakyat jelata berpaksikan syariat Islam yang lengkap. Beliau yang diuji dengan ujian berat iaitu memegang amanah sebagai ketua negeri selama 23 tahun yang merupakan suatu tanggungjawab yang besar dan sukar dihadapi kecuali oleh hamba Allah yang taqwa kepada Allah. Kita juga doakan semoga al-Marhum dijauhkan daripada azab kubur dan azab Neraka sesuai dengan kelebihan seorang muslim yang meninggal pada malam atau hari Jumaat yang diberikan keistimewaan disisi Allah عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ﴿مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَمُوتُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَوْ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ إِلا وَقَاهُ اللَّهُ فِتْنَةَ الْقَبْرِ﴾ - رواه أحمد والترمذي Maksudnya : Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal dunia pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya dari fitnah kubur Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 9-11 surah Hud : وَلَئِنْ أَذَقْنَا الْإِنسَانَ مِنَّا رَ‌حْمَةً ثُمَّ نَزَعْنَاهَا مِنْهُ إِنَّهُ لَيَئُوسٌ كَفُورٌ‌ ﴿٩﴾ وَلَئِنْ أَذَقْنَاهُ نَعْمَاءَ بَعْدَ ضَرَّ‌اءَ مَسَّتْهُ لَيَقُولَنَّ ذَهَبَ السَّيِّئَاتُ عَنِّي ۚ إِنَّهُ لَفَرِ‌حٌ فَخُورٌ‌ ﴿١٠﴾ إِلَّا الَّذِينَ صَبَرُ‌وا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أُولَـٰئِكَ لَهُم مَّغْفِرَ‌ةٌ وَأَجْرٌ‌ كَبِيرٌ‌ ﴿١١ Maksudnya : Dan demi sesungguhnya! Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, mendapati dia amat berputus asa, lagi amat tidak bersyukur. Dan demi sesungguhnya! kalau Kami memberinya pula kesenangan sesudah ia menderita kesusahan, tentulah ia akan berkata: "Telah hilang lenyaplah dariku segala kesusahan yang menimpaku". Sesungguhnya ia (dengan kesenangannya itu) riang gembira, lagi bermegah-megah (kepada orang ramai). Kecuali orang-orang yang sabar dan mengerjakan amal soleh maka mereka itu akan beroleh keampunan dan pahala yang besar. Peringatan demi peringatan termasuk kematian yang berlaku disekeliling kita di mana kita sebagai calon kematian seterusnya hanya menunggu saat tibanya giliran malaikat Izrail menjalankan tugasnya untuk mencabut nyawa kita pula, ujian yang datang silih berganti termasuk banjir besar yang bukan datang untuk menarik segala nikmat yang dikecapi tetapi untuk menjadi pelajaran berharga untuk kita memulakan kehidupan yang lebih baik dalam mendekatkan diri kepada Allah dengan menambah amal ibadat serta bersungguh dalam menjauhi dosa maksiat. Menguruskan orang mati lebih senang daripada mengurus orang yang hatinya mati. Al-Quran banyak memberi peringatan kepada kita bagaimana ramainya umat manusia ketika ditimpa kesusahan, mereka putus asa dan lemah semangat tetapi bila sahaja musibah itu hilang lalu mereka kembali kepada cara hidup yang lama dengan tenggelam dalam hasutan hawa nafsu serta berseronok dengan maksiat. Kita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat tidak mahu mengulangi kesalahan umat yang dimurkai Allah sebaliknya iktibar terutama daripada banjir besar yang lepas untuk kita bertambah semangat dalam melaksanakan seluruh system Islam dalam kehidupan. Kita doakan semoga ruh pelaksanaan hukum Hudud di Acheh selepas peristiwa menyayat hati dengan tsunami pada tahun 2004 yang lalu akan dapat berulang di bumi Kelantan yang baru dikejutkan dengan ‘Tsunami darat 2014’ iaitu jarak perbezaan 10 tahun untuk kita sama-sama melihat dan merasai sendiri bagaimana keadilan perundangan Islam dapat dilaksanakan dalam mengekang jenayah yang terus meningkat dan masalah sosial yang merosak maruah Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 4 surah an-Nuur : وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاءَ فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا ۚ وَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ ﴿٤﴾ Maksudnya : Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan 4 orang saksi, maka sebatlah mereka 80 kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasiq; Penerangan dan penjelasan secara menyeluruh bermula dari sekolah sehingga university serta umum dengan program berterusan tentang hukum Hudud mesti diteruskan agar umat Islam sendiri faham dan yakin tentang system al-Quran. Kita tidak mahu lagi terus mendengar ulasan akibat kejahilan tentang hukum Hudud seperti yang terbaru bahawa perogol akan berkumpul di Kelatan sekiranya dilaksanakan hukum Hudud kerana mereka akan terlepas daripada hukuman akibat tiada 4 saksi. Sebenarnya ia tidak akan berlaku seperti yang digambarkan kerana mangsa rogol pasti diberikan pembelaan sewajarnya oleh hukum Islam ketika banyak kes rogol mengikut hukum Sivil bukan sahaja gagal membendung masalah rogol malah mangsa dan keluarga mangsa gagal mendapat pembelaan yang sewajarnya. Malah bila kita ikuti hukuman liwat terhadap mantan pemimpin tertinggi Negara baru-baru ini maka datang keyakinan bahawa hanya hukum Islam yang akan berjaya menangani masalah ini terutama dalam menjaga maruah dan hak mangsa serta tertuduh dan ahli keluarga masing-masing Kita merasa pelik apabila masih ramai umat Islam yang memberi banyak dalih bila berkaitan pelaksanaan system Islam tetapi boleh menceduk 100 peratus undang-undang barat walau pun bercanggah dengan Islam seperti cadangan untuk menjadikan hukum rotan sebagai suatu jenayah sehingga banyak mendapat bantahan dan diminta supaya selaraskan dengan Islam kerana dibimbangi membantut proses pendidikan. Begitu juga cadangan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), mulai tahun 2016 akan diperkenalkan modul pendidikan seks bagi golongan lelaki lingkungan 16 tahun ke atas, di mana modul tersebut akan dilaksanakan bagi meningkatkan pengetahuan berkaitan kesihatan reproduktif dan seksual disamping membendung masalah sosial daripada terus membelenggu perkembangan sesebuah keluarga. Soal faktor utama yang mendesak modul pendidikan seks ini kembali diperkenalkan masih kabur sama ada ia disebabkan peningkatan angka kelahiran anak tidak sah taraf, atau bertambahnya jumlah penghidap HIV/AIDS atau atas alasan lain. Kita tidak mahu mengulangi kegagalan sebagaimana suatu kajian yang dijalankan di United Kingdom yang mendedahkan kehamilan dalam kalangan remaja adalah yang tertinggi di kawasan yang giat aktif dan agresif dalam mempromosi pendidikan seks. Oleh itu kita menyeru agar pendidikan seks mesti diselaraskan dengas Islam seperti modul yang dijelaskan oleh Abdullah Nasih Ulwan bahawa pendidikan seks bermaksud mengajar anak secara berterus-terang dan secara berperingkat sejak dia mula berakal. Misalnya, pada usia 7-10 tahun perlu diajar tentang adab meminta izin dan adab memandang. Pada usia 10-14 tahun berikutnya, dijauhkan dari perkara-perkara yang boleh menimbulkan nafsu berahi. Manakala pada usia sekitar 14-16 tahun, mereka perlu didedahkan kepada adab-adab perhubungan seks. Sehinggalah pada usia baligh atau dewasa mereka perlu diajar untuk memelihara diri terutamanya bagi anak-anak yang belum mampu berkahwin. Keutamaan-keutaman perkara yang perlu diajar kepada anak-anak ini perlulah diolah sesuai dengan penerimaan mereka dan adat tradisi dalam budaya masyarakat kita. Perinciannya boleh dilihat dalam tafsiran Surah an-Nur yang mengajar sebahagian modul pendidikan seks dalam Islam Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 36 surah al-Anfal : إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ لِيَصُدُّوا عَن سَبِيلِ اللَّـهِ ۚ فَسَيُنفِقُونَهَا ثُمَّ تَكُونُ عَلَيْهِمْ حَسْرَةً ثُمَّ يُغْلَبُونَ ۗ وَالَّذِينَ كَفَرُوا إِلَىٰ جَهَنَّمَ يُحْشَرُونَ ﴿٣٦﴾ Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang kafir yang selalu membelanjakan harta mereka untuk menghalangi (manusia) dari jalan Allah, maka mereka tetap membelanjakannya kemudian (harta yang dibelanjakan) itu menyebabkan penyesalan kepada mereka, tambahan pula mereka dikalahkan. Dan (ingatlah) orang-orang kafir itu (akhirnya) dihimpunkan dalam neraka jahanam Pada peringkat antarabangsa kita dapat lihat bagaimana musuh Islam berusaha mewujudkan Islamofobia kerana takut Islam akan menjadi agama pilihan rakyat mereka disamping kebimbangan zinonis Yahudi bahawa jika Islam terus berkembang akan menggugatkan cita-cita mereka untuk terus merajai dunia. Kita dapat saksikan bagaimana seribu macam penghinaan terhadap Islam, cacian terhadap nabi Muhammad s.a.w serta menggambarkan umat Islam sebagai pengganas namun rakyat terutama di bumi Eropah semakin berminat untuk mengkaji tentang Islam sehingga dilaporkan bagaimana mashaf al-Quran, tafsirannya dan buku berkaitan Islam paling laris di pasaran pada hari ini terutama di Perancis. Inilah janji Allah bahawa cahaya Islam terus bersinar walau pun cuba dipadamkan oleh musuh Islam. Oleh itu bangkitlah untuk kita melaksanakan seluruh system Islam dalam kehidupan agar kita berjaya dunia akhirat. Biarlah orang bukan Islam tertarik kepada Islam bukan sahaja kerana mengkaji hasil tulisan berkaitan Islam tetapi melalui penghayatan akhlak dan seluruh ajaran al-Quran dalam kehidupan seharian oleh umat Islam. Jangan biarkan diri kita menjadi pendinding yang menyebabkan orang bukan Islam memandang hodoh dan buruk terhadap Islam. Islamlah nescaya kita bahagia dan mulia dunia akhirat. بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khamis, 5 Februari 2015

Islam DiLaksana Negara Sejahtera Rakyat Sentosa

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 107-108 surah an-Nahlu : ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمُ اسْتَحَبُّوا الْحَيَاةَ الدُّنْيَا عَلَى الْآخِرَةِ وَأَنَّ اللَّـهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْكَافِرِينَ﴿١٠٧﴾ أُولَـٰئِكَ الَّذِينَ طَبَعَ اللَّـهُ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ وَسَمْعِهِمْ وَأَبْصَارِهِمْ ۖوَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ ﴿١٠٨﴾ Maksudnya : (Kekufuran mereka) yang demikian, ialah kerana mereka lebih mengutamakan kehidupan dunia daripada hari akhirat, dan kerana Allah tidak memberi hidayah petunjuk yang menyampaikan kaum yang kufur ingkar (kepada kebahagiaan di akhirat). Mereka itulah orang-orang yang telah dimeterikan Allah hati mereka dan pendengaran mereka serta penglihatan mereka; dan merekalah orang-orang yang lalai. Pertembungan antara Islam dan jahiliah terus berlangsung. Perlawanan antara iman dan kufur terus berlaku. Pemisah antara ibadat dan maksiat sentiasa jelas. Perbezaan antara halal dan haram sentiasa terang. Percanggahan pahala dan dosa begitu ketara. Kesedaran yang tinggi dan perasaan ambil cakno berkenaan dengan perkara ini amat penting dalam melahirkan umat Islam yang mempunyai jatidiri yang tahan daripada pelbagai ujian keimanan yang sentiasa datang silih berganti. Umat Islam wajib diisi dengan ilmu agama yang mampu memastikan hati kita sentiasa hidup dan berhati-hati dalam menguruskan urusan dunia berdasarkan panduan agama. Hati mati menyebabkan umat Islam mudah terpedaya dengan tipuan dunia dan dijajah oleh musuh Islam di tanahair mereka sendiri. Sheikh Ibni Athoillah As-Sakandari dalam kalam hikmahnya menukilkan : Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan disamping tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa. Antara sebab hati mati adalah kerana 3 perkara iaitu : [1] Hubbul dunia iaitu terlalu kasihkan dunia dan melupai akhirat. pahala dan dosa. [2] Lalai daripada zikirullah iaitu mengingati Allah sehingga nikmat yang diberi tidak disyukuri, musibah yang diuji tidak diambil pengajaran dalam menginsafkan diri. [3] Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah. Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 29 surah al-Fathu : مُّحَمَّدٌ رَّسُولُ اللَّـهِ ۚ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ ۖتَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِّنَ اللَّـهِ وَرِضْوَانًا ۖ سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِم مِّنْ أَثَرِ السُّجُودِ ۚ ذَٰلِكَ مَثَلُهُمْ فِي التَّوْرَاةِ ۚ وَمَثَلُهُمْ فِي الْإِنجِيلِ كَزَرْعٍ أَخْرَجَ شَطْأَهُ فَآزَرَهُ فَاسْتَغْلَظَ فَاسْتَوَىٰ عَلَىٰ سُوقِهِ يُعْجِبُ الزُّرَّاعَ لِيَغِيظَ بِهِمُ الْكُفَّارَ ۗ وَعَدَ اللَّـهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ مِنْهُم مَّغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا ﴿٢٩﴾ Maksudnya : Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka - dari kesan sujud. Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Dia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki - dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar Penyakit hati mati akibat kurang ilmu dan pengamalan system Islam dalam kehidupan seharian, hanyut dalam hiburan melalaikan, kecelaruan budaya dan identity akibat memisahkan kehidupan dunia daripada agama menyebabkan umat Islam hidup dihimpit seribu macam penindasan, penghinaan daripada musuh Islam. Kita dapat saksikan bagaimana 3 kesan buruk yang utama akibat kejatuhan Khilafah Uthmaniah Turki pada tahun 1924 iaitu : [1] Mengecutnya pengaruh umat Islam termasuk penguasaan Islam di bumi Eropah hilang apabila satu demi satu Negara yang dikuasai oleh umat Islam dirampas kembali. [2] Orang Yahudi Berjaya mendapat Negara di Palestin manakala Kristian berjaya menjajah Negara Arab dan Negara umat Islam yang lain dengan dasar pecah perintah. [3] Hilangnya system Khilafah yang menyatu dan menjaga keselamatan umat Islam sehingga musuh Islam kini tanpa rasa takut dan gerun terus membunuh, menindas dan menghina umat Islam di tanahair kita sendiri tanpa ada kuasa yang kuat dalam mencegahnya. Antara penghinaan yang terbaru ialah sekali lagi majalah Charlie Hebdo yang berpusat di Paris, Perancis menghina nabi Muhammad s.a.w selepas 2 minggu syarikat mereka diserang. Negara penjenayah dan penyembelih umat Islam yang utama iaitu Amerika Syarikat dan Israel cuba menonjolkan kepada dunia bahawa mereka bencikan keganasan sedangkan merekalah yang rakus membaham dan meratah tubuh umat Islam di Afghanistan, Iraq, Palestin dan lain-lain. Malah tindakan biadap majalah Perancis tersebut tidak lebih dalam mewujudkan kebencian terhadap Islam dan umatnya bagi menyekat kemasukan rakyat Eropah ke dalam Islam yang terus meningkat dari hari ke hari. Oleh itu kita wajib bersatu atas dasar Islam dalam mengembalikan semula kekuatan dan kemuliaan umat Islam. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 8 surah as-Soof : يُرِيدُونَ لِيُطْفِئُوا نُورَ اللَّـهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّـهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ ﴿٨﴾ Maksudnya : Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian) Kita turut merasa kecewa dengan sikap sebahagian umat Islam sendiri yang mudah terpengaruh dan menari mengikut rentak musuh Islam dalam menyerang umat Islam. Sebagai contohnya selepas serangan 11September, kuasa besar Barat melalui pelbagai agensi sekuritinya seperti CIA, MI 5 dan MOSSAD telah melihat madrasah, pondok dan pesanteran sebagai sebahgian daripada program “memerangi keganasan” dengan itu musuh Islam mendesak semua kerajaan negara Islam di seluruh dunia memantau madrasah tradisional. Pada hakikatnya madrasah dan pondok bukan sumber kepada kewujudan kumpulan radikal. Malah pemikiran yang mempengaruhi pelbagai kelompok untuk memisahkan masyarakat Islam kepada label ekstrimis, moderate dan terrrorist itulah yang sebenarnya punca kepada ketegangan. Malah ketidakseimbangan darjat sosio-ekonomi serta ketidakadilan sosial yang berlaku dalam proses pembangunan negara dan dunia turut menyemarakkan konflik dalam masyarakat. Begitu juga pendidikan arus perdana yang lebih diutamakan serta segala kemudahan yang diberi kepada institusi yang ditaja oleh kerajaan dan syarikat itulah yang telah menyisih institusi pondok dan madrasah dan akibatnya ini telah melahirkan rasa terpinggir oleh para pendidik dan pelajar madrasah dan pondok. Harus diingat sumbangan berdekad-dekad pondok dan madrasah yang wujud dinegara inilah yang telah dapat mempertahankan jati diri negara ini sebagai negara umat Islam. Sistem pendidikan arus perdana sehingga kini masih belum menjamin keutuhan aqidah dan penghayatan Islam di kalangan penuntut untuk melahirkan masyarakat Islam yang boleh dicontohi. Kita yakin musuh Islam begitu takut kepada pusat pengajian Islam yang mampu melahirkan umat yang cintakan Islam yang sanggup menentang sebarang penjajahan kerana ia mampu menggugat kuasa dan kezaliman musuh Islam. Oleh itu marilah kita bersama bermula daripada kerajaan sehingga rakyat jelata bukan sahaja mempertahankan pusat pengajian Islam malah memperkasakannya agar Islam berdaulat, system Islam mampu dinobat, penjajahan dapat disekat. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian, قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مُرُوا أَوْلَادَكُمْ بِالصَّلَاةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرٍ وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ- رَوَاهُ أَبُو دَاوُدبِإِسْنَادٍ حَسَنٍ Maksudnya : Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia 7 tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur 10 tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). Islam adalah agama yang lengkap dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan individu, keluarga dan masyarakat dengan memberi tunjuk ajar yang terbaik dalam menguruskan kehidupan manusia. Tidak terkecuali dalam mendidik anak-anak di mana ada cara yang khusus diajar oleh Islam termasuk cara merotan supaya ia tidak menyebabkan berlaku penderaan dan penganiayaan kepada anak-anak. Sebab itu apabila adanya cadangan untuk membentangkan di Dewan Rakyat selewatnya Julai nanti rang undang-undang baru termasuk menjadikan rotan anak sebagai suatu jenayah mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat. Kerajaan digesa meneliti kandungan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) sebelum menjatuhkan merotan sebagai suatu jenayah kerana terdapat kelonggaran di dalam CRC yang membolehkan hukuman dibuat berdasarkan budaya tempatan. Kita tidak mahu cetakan 100 peratus daripada undang-undang Barat akan menyebabkan kegagalan dalam melahirkan anak soleh disamping bakal menimbulkan masalah yang lain. Sebagai contoh di Sweden yang pernah menyaksikan pasangan Malaysia yang dipisahkan daripada anak-anak akibat undang-undang ini tahun lepas di mana ia turut mendapat bantahan oleh masyarakat Sweden sendiri. Hasil kajian di Sweden mendapati bahawa sejak undang-undang itu diperkenalkan pada 1979, sudah lebih 300 ribu kanak-kanak dipisahkan dengan ibubapa kandung mereka dan terpaksa hidup dengan keluarga angkat termasuk berlainan agama sehingga berusia 18 tahun. Undang-undang ini amatlah menyeksa jiwa anak-anak dan ibubapa kandung berkenaan. Beberapa pihak di Sweden juga mendedahkan betapa undang-undang ini dimanipulasi untuk mengaut keuntungan dengan wujudnya 'industri anak angkat', di mana pemberi maklumat dan ibubapa angkat diberi bayaran sehingga RM4,300 sebulan. Oleh itu kita mahu setiap undang-undang yang mahu diluluskan terutama yang melibatkan pendidikan mesti selaras dengan kehendak agama agar tidak mengorbankan masa depan anak-anak. Kita mahu pengajian berkaitan tarbiah anak-anak termasuk cara dan adab merotan dimasukkan dalam sukatan pengajian peringkat sekolah hingga Univerisiti serta dalam kursus nikah kahwin dan kursus lain yang sesuai. Islam mementingkan kasih sayang kerana itu rotan adalah jalan terakhir untuk mendidik bukan untuk mendera apatah lagi mencederakan. Oleh itu Islamkan cara merotan bukan mencegahnya. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Jumaat, 16 Januari 2015

Nikmat Allah DiSyukuri Ajaran nabi s.a.w DiIkuti

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 128-129 surah at-Taubah : لَقَدْ جَاءَكُمْ رَ‌سُولٌ مِّنْ أَنفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِ‌يصٌ عَلَيْكُم بِالْمُؤْمِنِينَ رَ‌ءُوفٌ رَّ‌حِيمٌ ﴿١٢٨﴾ فَإِن تَوَلَّوْا فَقُلْ حَسْبِيَ اللَّـهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ ۖ وَهُوَ رَ‌بُّ الْعَرْ‌شِ الْعَظِيمِ ﴿١٢٩﴾ Maksudnya : Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): “cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang agong.” Kini kita berada diminggu terakhir bulan Rabiul Awwal bulan kelahiran junjungan besar nabi Muhammad s.a.w. Pengutusan nabi Muhammad s.a.w sebagai pembawa rahmat kepada sekalian alam dapat dirasa di mana didikan dalam rumahtangga Rasulullah s.a.w adalah suami dan bapa yang bukan sahaja memelihara kebajikan kebendaan bahkan membelai dan menyubur jiwa dan ruh umatnya agar berjaya di dunia dan akhirat. Sebagai pemimpin maka nabi s.a.w bukan sahaja mahu melihat rakyat maju di dunia malah meraih kebahagiaan di akhirat sehingga baginda bersungguh dalam memberi petunjuk agar umatnya berlumba memasuki Syurga dan menjauhi Neraka Allah. Hidup dan mati baginda sentiasa tamak menghulurkan kasih sayang, inginkan kebaikan dan kesejahteraan untuk umatnya, sentiasa merasa berat melihat kesusahan yang ditanggung oleh umatnya dan sentiasa tamak berusaha memberikan petunjuk kepada mereka agar mereka terselamat daripada lubuk kesesatan dan kerosakan. Kasih sayang yang tinggi pada umatnya tergambar dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari dan Muslim yang bermaksud : Sesungguhnya perumpamaanku dengan umatku seperti seorang lelaki yang menyalakan api, lalu datang serangga dan kelkatu mengerumuni api itu. Maka aku berusaha menjauhkan kalian dari terkena api itu, sedangkan kalian sentiasa ingin mendekati api itu. Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 31 surah Ali ‘Imran : قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Perasaan kasih dan cinta yang tinggi kepada junjungan mulia nabi Muhammad s.a.w tidak mampu terhasil melainkan melalui ilmu. Oleh itu betapa pentingnya system pendidikan Negara dirangka dalam melahirkan rakyat yang benar-benar mengenali seterusnya mencintai dan meneladani cara hidup nabi Muhammad s.a.w yang lengkap. Begitu juga suasana di rumah dan sekitar mesti menjadi perangsang kepada minat mendalam dalam diri anak-anak untuk mengenal nabi Muhammad s.a.w dan menjadikan baginda sebagai contoh teladan terbaik dalam kehidupan. Amat malang jika umat Islam sendiri tidak mengenali nabi apatah lagi untuk mencontohinya dalam setiap aspek kehidupan. Kita perlu rasa bimbang berkenaan suatu Kaji selidik yang dilakukan oleh Adecco Malaysia menunjukkan 12 peratus kanak-kanak berusia 7 hingga 14 tahun di Malaysia mahu menjadi pelakon apabila dewasa sebagai pilihan utama kerana ingin mencipta nama dalam industri hiburan. Hiburan melalaikan yang terus disajikan sehingga artis didewakan menyebabkan menjadi suatu yang menjatuhkan maruah dianggap biasa termasuk adanya gadis Melayu yang bertudung sanggup dipeluk oleh artis K-Pop Korea Selatan tanpa segan silu. Begitu juga Kajian Institut Integriti Malaysia (IIM) menunjukkan sebanyak 31 peratus pelajar sekolah sanggup menerima rasuah seandainya ada kuasa dan peluang melakukannya. Ini adalah sesuatu yang serius dan perlu diberikan perhatian kerana tidak mustahil jumlah peratusan tersebut akan meningkat pada masa hadapan yang boleh menghancurkan negara Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 19-27 surah al-Ma’arij : إِنَّ الْإِنسَانَ خُلِقَ هَلُوعًا ﴿١٩﴾ إِذَا مَسَّهُ الشَّرُّ جَزُوعًا ﴿٢٠﴾ وَإِذَا مَسَّهُ الْخَيْرُ مَنُوعًا ﴿٢١﴾ إِلَّا الْمُصَلِّينَ ﴿٢٢﴾ الَّذِينَ هُمْ عَلَىٰ صَلَاتِهِمْ دَائِمُونَ ﴿٢٣﴾ وَالَّذِينَ فِي أَمْوَالِهِمْ حَقٌّ مَّعْلُومٌ ﴿٢٤﴾لِّلسَّائِلِ وَالْمَحْرُومِ ﴿٢٥﴾ وَالَّذِينَ يُصَدِّقُونَ بِيَوْمِ الدِّينِ ﴿٢٦﴾وَالَّذِينَ هُم مِّنْ عَذَابِ رَبِّهِم مُّشْفِقُونَ ﴿٢٧﴾ Maksudnya : Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut); Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisahDan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut; Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya; Dan mereka (yang menentukan bahagian) pada harta-hartanya, menjadi hak yang termaklum. Bagi orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta). Dan mereka yang percayakan hari pembalasan (dengan mengerjakan amal-amal yang soleh sebagai buktinya); Dan mereka yang cemas takut daripada ditimpa azab Tuhannya, - Pada tahun ini kita menyambut kehadiran Rabiul Awwal dalam suasana banjir besar. Musibah banjir ini banyak mengajar kita untuk mengenal dan bersyukur atas segala nikmat Allah dan sentiasa bertaubat atas segala dosa maksiat. Secara umum dibahagikan nikmat Allah kepada 5 iaitu Nikmat [1], nikmat asas seperti udara yang disedut, air yang digunapakai. Bayangkan jika setiap udara yang disedut itu perlu dibayar setiap bulan, sudah pasti kita tidak mampu membayarnya. Nikmat ke-[2], yang Allah kurniakan ialah ‘nikmat akliah’ iaitu nikmat akal atau kefahaman. Ada orang yang Allah berikan kepadanya nikmat mampu memahami sesuatu, mampu merancang dan berfikir dengan baik.Ada antara kita yang nikmat akliah ditarik balik sedikit demi sedikit seperti orang tua yang sudah nyanyuk atau orang gila. Nikmat ke-[3], ialah ‘nikmat badaniah’ iaitu kesihatan tubuh badan. Tentu kita semua pernah ditimpa penyakit dan bayangkan perasaan kita ketika sakit. Harapan kita supaya sakit itu cepat hilang. Ke-[4], ialah ‘nikmat qalbiah’ iaitu nikmat yang menyenangkan hati. Memiliki keluarga, kereta, rumah, adalah contoh nikmat yang menyenangkan hati kita. Banyak perkara yang kita suka dan kita peroleh menjadi nikmat kurniaan Allah SWT. Nikmat ke[5], ialah ‘nikmat imaniah’, nikmat paling tinggi diberikan kepada hamba-Nya. Mereka yang diberikan nikmat iman sahajalah yang benar-benar boleh merasakan ketenangan dan kedamaian hati. Rugi bagi mereka yang tidak merasakan iman sehingga tidak syukur dengan apa yang ada dan sentiasa mengeluh dengan apa yang tiada. Oleh itulah contohilah nabi s.a.w dalam menghadapi sebarang musibah iaitu redha dengan ketentuan Allah, bersabar atas ujian serta mengambil iktibar untuk lebih mendekati Allah. Musibah banjir yang menimpa juga membuka peluang yang luas kepada kita untuk membantu mangsa banjir terutama yang kehilangan rumah, musnah barang keperluan. Yakinlah kita bahawa Allah akan menggantikan dengan ganjaran yang lebih hebat dan kekal atas sumbangan yang kita hulurkan. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian, Firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 64 : وَقَالَتِ الْيَهُودُ يَدُ اللَّـهِ مَغْلُولَةٌ ۚ غُلَّتْ أَيْدِيهِمْ وَلُعِنُوا بِمَا قَالُوا ۘ بَلْ يَدَاهُ مَبْسُوطَتَانِ يُنفِقُ كَيْفَ يَشَاءُ ۚ وَلَيَزِيدَنَّ كَثِيرًا مِّنْهُم مَّا أُنزِلَ إِلَيْكَ مِن رَّبِّكَ طُغْيَانًا وَكُفْرًا ۚ وَأَلْقَيْنَا بَيْنَهُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ إِلَىٰ يَوْمِ الْقِيَامَةِ ۚ كُلَّمَا أَوْقَدُوا نَارًا لِّلْحَرْبِ أَطْفَأَهَا اللَّـهُ ۚ وَيَسْعَوْنَ فِي الْأَرْضِ فَسَادًا ۚوَاللَّـهُ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ ﴿٦٤﴾ Maksudnya : Dan orang-orang Yahudi itu berkata: "Tangan Allah terbelenggu (bakhil - kikir)", tangan merekalah yang terbelenggu dan mereka pula dilaknat dengan sebab apa yang mereka telah katakan itu, bahkan kedua tangan Allah sentiasa terbuka (nikmat dan kurniaNya luas melimpah-limpah). Ia belanjakan (limpahkan) sebagaimana yang Ia kehendaki; dan demi sesungguhnya, apa yang telah diturunkan kepadamu dari tuhanmu itu akan menjadikan kebanyakan dari mereka bertambah derhaka dan kufur; dan Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka hingga hari kiamat. Tiap-tiap kali mereka menyalakan api peperangan, Allah memadamkannya; dan mereka pula terus-menerus melakukan kerosakan di muka bumi, sedang Allah tidak suka kepada orang-orang yang melakukan kerosakan Kedatangan Rabiul Awwal tahun ini juga dikejutkan dengan serangan terhadap pejabat akhbar satira Perancis, Charlie Hebdo yang mengorbankan 12 nyawa. Akhbar ini pernah menyiarkan karikatur menghina Nabi Muhammad SAW pada 2011 di mana selepas serangan berdarah ini akhbar ini sekali lagi bertindak membuat provokasi dengan lukisan terbaru menghina nabi Muhammad s.a.w yang boleh mencetuskan kebencian serta mengguris perasaan umat Islam di seluruh dunia dengan. Kita melihat serangan ini seperti serangan 11 September dalam membangkitkan islamphobia terutama ketika masyarakat Eropah berbondong-bondong memeluk Islam walau pun pelbagai gambaran buruk dilemparkan kepada Islam dan umatnya. Kita wajib menangkis tuduhan jahat musuh Islam ini dengan menyatakan bahawa umat Islam diwajibkan beriman kepada semua para Rasul, dilarang memaki Tuhan yang dilantik oleh penganut berbagai agama, walaupun tidak percaya kepada tuhan-tuhan yang lain daripada Allah. Sangat berbeza dengan pihak lain yang boleh memaki hamun dan menghina Allah dan Rasulullah S.A.W. Islam mewajibkan berperang terhadap musuh yang melampau, namun diharamkan melampau dan membalas dendam, serta wajib berlaku adil walaupun terhadap musuh yang paling kejam. Maka kedatangan Islam disambut oleh penduduk negeri yang zalim terhadap rakyatnya, sehingga kedatangan Islam dinamakan Futhuhaat (membuka negeri) kepada kebebasan yang sebenar. Ianya sangat berbeza dengan perkataan “penjajahan” yang mengabdikan rakyat, merompak dan mencuri hasil negerinya. Islam sangat menghormati para ilmuan dan orang yang bijak, walaupun tidak menganut Islam. Islam berjaya menghapuskan perhambaan manusia secara damai. Berbeza dengan negara yang membunuh orang yang bijak dan ilmuan kerana dianggap membahayakan takhta kerajaan. Oleh itu kita wajib mempertahankan kesucian Islam dan kemuliaan nabi Muhammad s.a.w dengan cara penuh hikmat agar Islam terus merajai hati umat Islam dan bukan Islam. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat Firman Allah dalam ayat 35 surah Muhammad : فَلَا تَهِنُوا وَتَدْعُوا إِلَى السَّلْمِ وَأَنتُمُ الْأَعْلَوْنَ وَاللَّـهُ مَعَكُمْ وَلَن يَتِرَكُمْ أَعْمَالَكُمْ ﴿٣٥﴾ Maksudnya : (Apabila kamu telah mengetahui bahawa orang-orang kafir itu dihampakan amalnya dan diseksa oleh Allah) maka janganlah kamu (wahai orang-orang yang beriman) merasa lemah dan mengajak (musuh yang menceroboh) untuk berdamai, padahal kamulah orang-orang yang tertinggi keadaannya, lagi pula Allah bersama-sama kamu (untuk membela kamu mencapai kemenangan), dan Ia tidak sekali-kali akan mengurangi (pahala) amal-amal kamu. بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ