Assalamualaikum
Lama rasanya tak bercerita dalam blogku ini... Emm penyakit malas selalu sangat datang.. entahlah dah tua2 ni kot... Sebenarnya macam2 cerita ada yg boleh di kongsi bersama kawan2 tapi penyakit malas tak boleh nak buat apa2 dah.. emmm
Oklah hari ini nak cerita mengenai Karnival Penang Sihat yg diadakan di Padang Awam Permatang Pauh 18 Oktober baru2 ni.. Oleh kerana sekarang ni aku dok cuba nak elakkan badan dari naik mendadak aku nak pi lah ke karnival tu sbb utama nak join Zumba oleh Lina Aerobic pagi tu...
Kami sampai lebih kurang 8 pagi.. Masa tu zumba tgh dijalankan. cepat2 aku join dgn ecah anak kecikku. Intan dan Ammar tak mau join depa lebih suka main permainan yg disediakan di padang tu.. tak kesahlah yg penting aku dpt join... maka berzumba lah aku walau tak retipun sebenarnya.. main hentam ja ikut ja apa yg ahli2 lina aerobic tu buat... janji keluar peluh.. dekat sejam gak lah berzumba...hmm best...
Ha.. tgklah aku tgh zumba.... yg mana satu tekalah sendiri hihi...
Lepas zumba aku tengok ada badut sedang buat belon utk kanak2.. ramainya org beratur nak kan belon.. oleh sebab cah pun nak belon terpaksa la mak dia ni yg beratur panjang... ummmm...ada gambar tapi carik2 tak jumpa la plak...
Pada hari tu juga ada suntikan vaksin Pneumokokal secara percuma iaitu vaksin mengelak penyakit jangkitan kuman pada kanak yg berusia 2 hingga 5 tahun. Sebelum sampai ke situ aku tak tahu.. tapi bila tgk ramai org di dewan padang itu aku pun pergi dan bertanya pegawai bertugas... tapi nampaknya ramai yg telah mendaftar sejak di pej daerah lagi. Tapi aku cuba jugak daftar di situ.. pegawai tu kata kalau ada vaksin lebih boleh la ecah disuntik.
Vaksin mahal sebenarnya lebih kurang RM250 sekali suntik.. aduh mahalnya... jadi bila di beri percuma ramailah ibu bapa yg datang... Aku menunggu di situ.. ramai juga org yg daftar tapi tak datang maka dapat lah kami yg baru daftar ini masuk dan ecah pun dapatlah suntikan vaksin percuma. kalau nak tau lebih lanjut mengenai vaksin tersebut lagi lawat blog ni
http://whitevincci.blogspot.my/2013/07/penyakit-itu-penyakit-pneumokokal_4.html
seorang ibu yg kehilangan anaknya akibat jangkitan kuman. moga roh baby ni tenang di sana. aminn..
Ni bukan gambar ecah... ni salah sorang baby yg disuntik. Ecah selamba aja tak menangis pun.. mcm budak ni jugak.. hihi.............
Ni sebahagian lagi aktiviti kat sana.. ada jugak pemeriksaan kesihatan.. tapi lupa aku nak tangkap gambar.. Aku pun buat juga pemeriksaan kesihatan dan dapat nasihat pegawai perubatan..
Aku ni nampak ja kurus tapi obesiti juga jadi kenalah aku bersenam dan jaga pemakanan kat pegawai perubatan tersebut...
K.. Jumpa lagi...