More & More Activities!

>> Saturday, January 31, 2009

Salamz Alaik!!


Alhamdulillah setelah berpenat lelah, bertungkus lumus, berhempas pulas, nak 'ber' ape lagi?? Senang kate semua 'ber' la,hekhek.. dapat gaks aku bercuty kat rumah yang terchenta walaupun 3 hari jep. Excely aku cuty seminggu, tapi terlebih rajen sangat nak join aktiviti siti situ sana sini, so sampai Ahad ni je la cuty aku berakhir, huu~ Kalo nak kire punye kire hampir 4, 5 program la yang aku join dalam bulan neyh, walaupun konfirm akan dapat penat, tapi bagi aku itulah lumrah hidup. Kalau join program tak penat, tu bukan join program namenye, ngee.. Ape yang penting bagi aku adalah gain more experience & knowledge. Bak kate pepatah orang kite, agi hidup agi ngelaban! Eyh betul ke aku cakap neyh? hekhek.. Taram sudeyh.. ;D (maksudnye 'selagi kita hidup selagi itu kita perlu berjuang')

So post kali neyh mungkin panjang mungkin pendek, tengok la atas kerajinan si penulis neyh nak menaip, ngee.. Sebab aku nak 'compile'kan semua aktiviti aku dalam satu post neyh, maklumlah sekarang neyh musim nak midterm + kuiz + nak ready for final, jadi aku amek mase dok kat umah neyh untuk menaip, huu~ Jadi untuk aktiviti yang seterusnya selepas 2nd gathering adalah Kursus Motivasi Sekolah Rendah Bukit Ridan, then Aku Peduli Palestin, lawatan Kembara Ilmu Falak, and also Kem Induksi AJK MPP.

Just for now aku hanya meletakkan gambar-gambar sepanjang aku berada kat sana jep, insyaAllah if ade mase aku wat la special article for all da activities kayh! (Itu pun if tak busy, ngee~) Anyway guys, apa yang boleh aku simpulkan, ilmu pengetahuan itu tidak akan datang bergolek jika kita tidak menggolekkan badan kita untuk mencarinya, so if ada peluang untuk join sesuatu program yang bermanfaat, kalau boleh ikutlah, ambil seberapa banyak ilmu yang mungkin, kerana mungkin program itu hanya sekali sahaja dalam hidup anda. Mungkin kita mendapat penat yang amat, tapi insyaAllah jika kita ikhlas dan berniat untuk mencari ilmu Allah, segala penat lelah kita itu akan dibalas setimpal apa yang kita usahakan. So guyz, enjoy da picturez from all da program kayh ;)

Kursus Motivasi Sekolah Kebangsaan Bukit Ridan (17 - 18 Januari 2009)



Booth Aku Peduli Palestin! (19 - 21 Januari 2009)



Smart Solat Kids
(24 Januari 2009)



Kembara Ilmu Falak (25 - 26 Januari 2009)



Kem Induksi AJK MPP (27 - 29 Januari 2009)



“Barangsiapa yang mati di dalam keadaan menuntut ilmu untuk menghidupkan agama Islam, maka dia berada di dalam syurga kelak satu darjat dengan para nabi.”

p/s: Agi Hidup Agi Ngelaban!! haha..

Read more...

Mencari Sahabat

>> Friday, January 30, 2009

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama,
pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua,
pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga,
pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat,

pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima,
sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu. Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.


Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

p/s: indahnya jika mampu bersahabat dengan semua orang tidak mengira tempat dan masa ;)

Read more...

Think Before You Act

Before you speak.....Listen

Before you write .....Think

Before you spend.....Earn

Before you criticize....Wait

Before you pray....Forgive

Before you quit......Try


Watch your thoughts...they become words...

Watch your words...they become actions...

Watch your actions..they become habits

Watch your habits...they become character...

Watch your character..4 it becomes ur "DESTINY"


p/s: There is certain times that you must face your biggest fear, and if its a success, you can achieve everything what you want in this world, of course with some effort, doa & tawakal ;)

Read more...

Hanya Di Malaysia!!

>> Saturday, January 24, 2009















p/s: Tak sangke macam-macam kerenah jugak kehidupan rakyat negara kite neyh, ngee~

Read more...

Sikap Diam Negara-Negara Arab: Kebenaran Yang Tersembunyi

Semalam Khatib yang juga merupakan dekan kuliyah syariah di Universiti Sudan membocorkan beberapa rahsia pakatan jahat Yahudi & Arab sekular. Pertama kali saya menangis dalam khutbah Jumaat seumur hidup saya. Sehingga kini hati ini sebak bukan kerana sedih tetapi geram ditipu!! Sebenarnya sebelum peperangan dilancarkan Israel telah melakukan beberapa perjumpaan penting dengan pemimpin dunia. Antaranya Blair dan pemimpin dunia Arab. Dalam laporan di akhbar Yahudi, dilaporkan bahawa peperangan ini sengaja dilancarkan dan matlamat utamanya memansuhkan kewujudan Hamas dari tanah Arab.



Perkara ini telah dipersetujui Israel dan juga negara-negara Arab yang lain. Ini menjelaskan kenapa sempadan Rafah ditutup rapat. Ini juga menjelaskan kenapa Arab tidak menghulur bantuan ketenteraan. Arab sebenarnya berlakon dengan ucapan politik menyatakan simpati pada bangsa Palestin sedang mereka menjual nyawa bangsa Palestin pada Israel dengan harga yang mahal iaitu maruah mereka.

Husni Mubarak (pemimpin Hamas) menyatakan 'sesungguhnya darah rakyat Palestin bukanlah murah.' Ini bermakna perniagaan sedang berlaku. Munafik inilah yang kini sedang meletupkan terowong-terowong rahsia Hamas di Rafah. Pembiayaan peletupan terowong-terowong ini adalah di bawah tanggungan Amerika Syarikat. Israel hanyalah kambing hitam dunia Arab dalam menghapuskan pengaruh Islam haraki yang dipelopori oleh Ikhwan dan pertubuhan Hamas.

Sebenarnya Hamas dikepung oleh ular-ular yang mematuk dari luar dan dalam. Mesir kini dijanjikan pengaruh politik terkuat oleh Barat. Inilah yang dikatan 'harga mahal' yang mereka raih dari penjualan nyawa bangsa Palestin di Gaza.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
diperalatkan oleh Israel bagi tujuan penghapusan etnik. Kita mengkritik PBB yang kononnya lemah & lembik dalam menghadapi Israel namun sebenarnya mereka bersekongkol dengan Israel bagi menghabisi pelapis mujahidin Palestin. Wanita dan kanak-kanak dihimpun oleh PBB dalam bangunan mereka kemudian Yahudi akan mengebom bangunan itu. Inilah yang berlaku di Gaza sebenarnya.

Bukti logik pada penghapusan etnik adalah pembunuhan kanak-kanak. Israel mengakui itu adalah kesilapan tentera mereka dalam tembakan rambang sebenarnya, namun kalau kita perhatikan rata-rata kanak-kanak yang mati adalah menerima tembakan dari penembak tepat (sniper). HeadShot bukanlah hasil dari tembakan rawak tetapi adalah sasaran tepat yang dilakukan Yahudi.

Sekarang ini saya menyimpulkan bahawa sasaran Yahudi di Gaza adalah:
1. propaganda untuk menyatakan kewujudan Hamas menghalang perdamaian,
2. penghapusan saksi penting peranan Hamas, dan
3. kekejaman Israel iaitu genocide.

Masalahnya sekarang kita tiada daulah. Apa yang kita boleh lakukan adalah kembali kepada Islam dan menentang sebarang sistem selain Islam. Boikot semua produk Yahudi dan Amerika. Yakinlah, si buta hanyalah penguasa dunia Arab, bukan rakyatnya. Ia adalah sama sahaja di mana mana kuasa membutakan hati dan iman. Saya menyeru umat Islam membacakan surah Al-Fath dan bincangkan tafsirannya.

"Kiamat tidak akan terjadi sehingga kaum Muslimin memerangi Yahudi, lalu kaum Muslimin akan membunuh mereka sampai setiap orang Yahudi bersembunyi di balik batu dan pohon, tetapi batu dan pohon itu berkata, 'Wahai Muslim, wahai hamba Allah, ada orang Yahudi di belakangku, kemarilah dan bunuhlah dia.'Kecuali (pohon) gharqad kerana ia adalah pohon Yahudi."
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)



p/s: Ya Allah, satukanlah hati umat-umat Islam sekarang yang makin lalai, leka & alpa..

Read more...

Tak Mahu Pergi Sekolah!

>> Thursday, January 22, 2009


Jam sudahpun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salam masih lagi berdengkur. Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.

Ibu: Salam? Salam? bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.

Salam: Alah emak? Salam tidak mahu pergi ke sekolah!

Ibu: Apa, tidak mahu pergi sekolah?! Baik. Salam berikan emak dua sebab mengapa Salam tidak mahu ke sekolah.

Salam: Semua murid-murid tidak suka Salam. Guru-guru di sekolah pun tidak suka pada Salam!

Ibu: Itu bukan alasan bagi Salam untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!

Salam: Baiklah, sekarang emak pula berikan Salam dua sebab mengapa Salam mesti pergi ke sekolah.

Ibu: Eh? eh? bertuah punya anak! Salam dengar baik-baik, pertama Salam sudah berusia lima puluh tahun.Kedua Salam PENGETUA SEKOLAH!!!

p/s: sebab tu la budak-budak pun maleyh g skola, pengetue pun liat bangun, ngee~

Read more...

2nd Gathering : Riadhah Membawa Muhibbah

>> Wednesday, January 21, 2009

Salamz Alaik!!


Alhamdulillah, maka selesailah sudah program pertama bagi semester kedua untuk kelab kesayangan aku, iaitu Persatuan Pengajian Islam. Nama program diberi adalah Gathering:The 2nd, itu yang aku cadangkan la sebab aku pengarah program, tapi orang maleyh nak sebut jadi la name program tu 2nd Gathering,ngee.. Ia menggunakan objektif yang sama seperti 1st Gathering lepas, iaitu merapatkan kembali ukhwah sesama ahli Smart Group atau dengan nama yang lebih senang orang nak tau ialah ahli Usrah (kat UNITEN ni tak boleh gune perkataan usrah, bak kate admin ayat tu ekstrem, tah papo!). Apa yang kitorang ubah adalah dari segi konsep, sebab dalam program ini kitorang menekankan unsur 'riadhah' iaitu bersukan dalam setiap aktiviti. So, the main activity adalah bermain futsal!! Mantap tak?? Tapi yang penting main kene tutup aurat la, ngee~

So berlangsunglah program ini selama 2 hari, start malam Jumaat, habes tengah hari Sabtu. Actually takde ape yang hendak diceritakan sepanjang program sebab kalau korang nak tau betapa bestnye program neyh, join la laen kali! hekhek... Apa yang aku hendak tekankan dalam post kali neyh adalah betapa pentingnya kesihatan itu dalam diri kita sebagai seorang muslim yang sejati.

Sekarang neyh kebanyakan daripada kita mengaitkan bahawa Islam ini hanyalah sekadar beribadah & ceramah or so whatever yang dikaitkan dengan 'ilmu rohaniah'. Tetapi kita lupa bahawa 'ilmu jasmaniah' itu juga penting dalam menyeimbangkan kehidupan kita sebagai umat Islam. Fikir balik, kalau kita kurang sehat, macam mane kita nak melakukan ibadah dengan sempurna ryte? Maka rohani + jasmani akan menjadikan seseorang itu aktif dalam melakukan setiap ibadah dengan lebih mantap, insyaAllah ;)

"Dua nikmat agung yang diabaikan kebanyakan orang ialah kesihatan dan masa lapang" (Hadis riwayat Imam Bukhari, Tirmidzi dan Ibn Madjah)

Kalau korang nak tau, solat 5 kali sehari yang korang dok buat tiap-tiap hari tu pun adalah salah satu daripada senaman yang boleh dikatakan merangkumi semua aspek, dari kepala sampai ke kaki. Ini pun sudah dibuktikan oleh doktor saintis pakar sendiri. Contohnya kalau nak kurangkan pening & sakit kepala, banyak-banyakkan bersujud sebab pengaliran darah akan mengalir dengan lancar lagi, insyaAllah. Macam-macam lagi la seperti rukuk boleh mengurangkan sakit di bahagian tulang belakang, dan kalau korang nak tau lagi, banyakkan membaca kayh! Sesungguhnya membaca itu amalan mulia, lalala~

Rasenya korang pun dah tau kan pasal komposisi tubuh dalam solat, saje jep aku nak mengingatkan kembali ;) Tapi itula, yoga yang berasal dari agama hindu tu jugak yang korang nak buat, sedangkan Islam itu sendiri amatlah syumul serta mudah untuk dipratikkan. Tengok senang jep dapat senaman 'free of charge' 5 kali sehari, dan sudah tentulah solat itu juga dapat mengukur sejauh mana iman seseorang itu terhadap Allah yang satu.

Jadi secara overall program ini bagi aku adalah suatu permulaan untuk kitorang sesama ahli Smart Group untuk merapatkan hubungan ukhwah silaturrahim. Tapi itula, di samping kita riadhah, niatlah kerana Allah sebab dari situ ia juga boleh dijadikan suatu ibadah kepada kita, insyaAllah.. Gambar-gambar sudah ada dalam koleksi aku, so enjoy! ;)



"Permintaan yang paling disukai Allah daripada hamba-Nya ialah meminta dianugerahkan kesihatan yang sempurna"

p/s: Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku hanya kerana Allah ;)

Read more...

Keserasian Dalam Berpasangan

>> Tuesday, January 20, 2009


Impian & harapan untuk sesiapa sahaja yang mempunyai pasangan sudah semestinya keserasian. Sebab daripada keserasian itu yang akan mencipta suatu hubungan kasih sayang yang kekal sehingga ke akhir hayat. Keserasian bukanlah sekadar bermaksud kedua-dua mereka itu mempunyai minat atau perkara yang sama, tetapi perlulah bertolak ansur serta perlu ada 'give and take' dalam melakukan sesuatu keputusan. Ni kalau dua-duanya ego, perang dunia ke-8 la jawabnye,ngee...

Di sini ada sedikit sebanyak kajian tentang keserasian sesuatu pasangan tersebut berdasarkan turutan kelahiran adik-beradik, tak kisah la kita boleh tengok dari sudut pasangan adik beradik kita sendiri ataupun pasangan kekasih hati. Apa-apa pun bergantung pada korang untuk percaya atau tidak sebab ini sekadar suatu kajian, tetapi kita perlu yakin bahawa Allah sahaja yang boleh tentukan keserasian sesuatu pasangan tersebut ;)

Sulung dengan sulung
Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah.. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini.

Sulung - Tengah

Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan yang serasi untuk siapa saja. Meskipun begitu, ia sering kali menganggap si sulung sebagai yang suka menggertak dan menakutkan. Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, maka sering kali ia harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Namun, jika si tengah cenderung bersikap seperti anak bongsu, mereka dapat menjadi pasangan yang cukup serasi.

Sulung - Bongsu

Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya, untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan.

Tengah - Tengah
Pasangan ini dapat pergi ke manapun dan memutuskan apapun yang mereka sukai. Mereka dapat menjadi sangat serasi, apabila yang satu cenderung seperti anak sulung dan pasangannya seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi. Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Hal ini tentu dapat menjadi halangan serius dalam berkomunikasi. Bagaimanapun, masalah akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi dan menjunjung tinggi perdamaian.

Tengah - Bongsu

Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung bersikap seperti anak sulung. Jika anak tengah menunjukkan ciri sejati, maka ia akan terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku, terutama apabila anak tengah ini adalah pihak perempuan.

Bongsu - Bongsu

Berhati-hatilah! Bersama pasangan yang seirama memang menyenangkan. Namun bila tidak melihat kenyataan, kamu akan sulit untuk mengawal situasi.

"Wahai umat manusia! sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha mendalam PengetahuanNya" (al-Hujarat: 13)

p/s: Siapalah pasangan aku yep?? Ngee..

Read more...

Kiasan Madah Cinta

>> Monday, January 19, 2009

Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup…

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu…

"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)" (Ali Imran: 14)

Jika kamu menadah air biarlah berpada. Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar memenuhi keperluanmu. Kerana apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba membaikinya, mungkin ia masih boleh digunakan lagi…

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya, boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya…

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi. Kamu akan menyesal…

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain? Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan menyesal..


p/s: Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama dia diambil orang, ngee.. ;)

Read more...

Pedagang Kaya & Isteri-Isterinya

>> Sunday, January 18, 2009

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta & kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar & penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong & mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat & mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.


Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa hidupnya tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati,
"Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya,
"Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?"

Isteri keempatnya terdiam.
"Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya,
"Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?".

Isteri ketiganya menjawab,
"Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya,
"Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku? "

Si isteri kedua menjawab perlahan,
"Maafkan aku…aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu."

Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman,
"Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."

"Aisyah r.a. pernah bertanya kepada Rasulullah mengenai hak siapakah yang lebih utama diberikan oleh seorang isteri. Rasulullah s.a.w. menjawab, suaminya. Apabila ditanya mengenai hak siapakah yang lebih utama diberikan oleh suami. Baginda menjawab, ibunya" (Hadis riwayat Hakim)

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;
ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA
adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA
pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!

p/s: Sudikah anda menjadi isteri kedua saya??

Read more...

Allah: 24 Jam 7 Hari

>> Friday, January 16, 2009

Pernahkah anda bayangkan bila pada saat kita berdoa, kita mendengar ini:
"Terima kasih, Anda telah menghubungi Baitullah"
Tekan 1 untuk 'meminta'.
Tekan 2 untuk 'mengucap syukur'.
Tekan 3 untuk 'mengeluh'.
Tekan 4 untuk 'permintaan lainnya'."

Atau....
Bagaimana jika Malaikat memohon maaf seperti ini:
"Saat ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. Tetaplah sabar menunggu. Panggilan anda akan dijawab berdasarkan urutannya"

Atau...
Pernahkah anda bayangkan bila pada saat berdoa, anda mendapat respons seperti ini:
"Jika Anda ingin berbicara dengan Malaikat"
Tekan 1. Dengan Malaikat Mikail,
Tekan 2. Dengan malaikat lainnya,
Tekan 3. Jika Anda ingin mendengar sari tilawah saat Anda menunggu,
Tekan 4. Untuk jawapan pertanyaan tentang hakikat syurga & neraka,sila tunggu sampai anda tiba di sini!!

Atau...
Mungkin juga Anda mendengar ini :
"Sistem kami menunjukkan bahawa Anda telah satu kali menelefon hari ini. Silakan cuba lagi esok"

Atau...

"Pejabat ini ditutup pada hujung minggu. Sila hubungi semula pada hari Isnin selepas pukul 9 pagi."

Alhamdulillah... Allah SWT mengasihi kita, Anda dapat menelefon-Nya setiap saat!!! Anda hanya perlu untuk memanggilNya bila-bila saja dan Dia mendengar anda. Kerana bila memanggil Allah,tidak akan pernah mendapat talian sibuk. Allah menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa pemanggilnya secara peribadi.

Ketika Anda memanggil-Nya, sila gunakan nombor utama ini: 24434
2 : solat Subuh
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya

Atau untuk lebih sempurna dan lebih banyak afdhalnya, gunakan nombor ini : 28443483
2 : solat Subuh
8 : solat Dhuha
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya
8 : Solat Tahajjud atau lainnya
3 : Solat Witir

Maklumat terperinci terdapat di Buku Telefon berjudul "Al Qur'anul Karim & Hadis Rasul"

Talian terus , tanpa Operator, tanpa Perantara, tanpa bil.. Nombor 24434 dan 28443483 ini memiliki jumlah talian hunting yang tak terhingga dan dibuka 24 jam sehari 7 hari seminggu 365 hari setahun!!! Sebarkan maklumat ini kepada orang-orang di sekeliling kita. Mana tahu mungkin mereka sedang memerlukannya.

Firman Allah bermaksud: "Dan mereka tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang semestinya, padahal bumi seluruhnya dalam genggaman-Nya pada hari kiamat dan langit digulung dengan tangan kanan-Nya. Maha Suci Allah dan Maha Tinggi Dia dari apa yang mereka persekutukan." (Az-Zumar: 62)


p/s: Tiada Tuhan selain Allah, Nabi Muhammad pesuruh Allah..

Read more...

Human Mathematics ;)

>> Thursday, January 15, 2009

ROMANCE MATHEMATICS

Smart man + smart woman = romance
Smart man + dumb woman = affair
Dumb man + smart woman = marriage
Dumb man + dumb woman = pregnancy
______________________________
OFFICE ARITHMETIC

Smart boss + smart employee = profit
Smart boss + dumb employee = production
Dumb boss + smart employee = promotion
Dumb boss + dumb employee = overtime
_____________________________
SHOPPING MATH

A man will pay $20 for a $10 item he needs.
A woman will pay $10 for a $20 item that she doesn't need.
_____________________________
GENERAL EQUATIONS & STATISTICS

A woman worries about the future until she gets a husband.
A man never worries about the future until he gets a wife.
A successful man is one who makes more money than his wife can spend.
A successful woman is one who can find such a man.

Read more...

Hati Insan Bernama Wanita

Sensitif: Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.


Cerewet:
Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, tetapi mereka ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.

Halus: Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

Ikhlas:
Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

Korban:
WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.


Prihatin: Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

Manja: Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.

Ego: WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

Cinta:
CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.

Seks:
SEKS bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkannya.

"Termasuk tiga sumber kebahagiaan bagi laki-laki ialah wanita solehah,kediaman yang baik serta kenderaan yang baik pula" (H.R.Ahmad)

p/s: Hati orang lelaki?? Hanya diri dan Allah sahaja yang tahu ;)

Read more...

Berkawan Biar Beribu...

>> Wednesday, January 14, 2009

We let picture do da talking kayh!! ;)

klik untuk imej lebih besar..

Gambar itu sekadar suka-suki je kayh, but kalau nak difikirkan balik, sungguh indah kan bila kita ada ramai kawan. Tapi ingatlah dalam berkawan pun biarlah 'kawan dalam senang & susah' kayh. Ni bile duet biasiswa dah masuk mula la kawan datang ramai, tapi bile dah pokai kawan semua lari balek, tak boleh bikin member la kalo macam tu bai... Keikhlasan dalam berkawan itu juga penting dalam kehidupan, kerana dari situlah kita dapat mengukur sejauh mana tahap kejujuran seseorang itu dalam persahabatan. InsyaAllah kita sama-sama doakan agar dapat bertemu dengan sahabat sejati dunia akhirat, seperti Rasulullah dengan sahabat-sahabatnya ;)

Nabi s.a.w baginda bersabda: "Sesungguhnya perumpamaan berkawan dengan orang yang soleh dan berkawan dengan orang yang jahat adalah seperti seseorang yang membawa minyak wangi dan seseorang yang meniup dapur tukang besi"

p/s: bercinta biar satu, kepada Allah. Dua, kepada rasul-rasulNya. Tiga, kepada ibu bapa. Empat, sesama insan ;)

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates Romantico by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP