Tuesday, December 30, 2008

KEZALIMAN DAN KEDURJANAAN YAHUDI LAKNATULLAH

Inilah perasaan saya ketika ini. Marah. Sedih. Menangis. Sakit. Geram.

Tapi apalah saja perasaan itu. Marah saya tak akan sama dengan marah saudara saya di Palestin. Sedih saya tak akan sama dengan sedih mereka di Gaza sana. Menangis saya tak akan sama dengan menangis keluarga yang kehilangan saudara sedarah mereka. Sakit saya tak akan sama dengan sakit mereka yang menerima hidangan peluru dan bom daripada musuh Yahudi laknatullah. Geram saya pasti juga tak akan sama dengan geram rakyat Palestin melihat kesombongan jiran berkepala binatang itu.

Inilah perasaan saya ketika ini. Wahai Yahudi yang dilaknat Allah. Wahai Nasrani yang bersekutu dengan umat yang dilaknat Allah. Bunuhlah semua umat Islam yang ada di Palestin. Bunuhlah mereka. Kekejaman itu pastinya syurga buat mangsa kamu yang bergelar umat Islam Palestin. Tembaklah mereka. Darah mereka pasti menjadi bukti syahidnya mereka. Nyawa-nyawa yang melayang itu pasti akan Allah jadikan tetamunya yang paling dimuliakannya di syurga nanti.

Alahai warga Palestin, saudara mu ini hanya dapat melihat dan menjerit sahaja terhadap kekejaman yang dilakukan oleh bangsa yang paling hina di dunia ini. Janganlah bersedih. Lemah tidak bererti kita kalah. Hina kita di dunia tidak bererti hina juga kita di akhirat. Berjuanglah demi nama Allah, RasulNya dan umatnya. Walaupun sendiri. Nikmat Syurga telah sedia menunggu.

Apalah sahaja dengan saudara mu ini. Senang di dunia ini tak semestinya senang di akhirat nanti. Selesa beribadah tak semestinya selesa juga menuai hasilnya di akhirat nanti. Rezeki yang melimpah luah taklah juga semestinya luas rezeki di akhirat kelak.

Inilah perasaan saudara mu. Betapa hebatnya kamu di Palestin sana.

Apa lagi Yahudi Laknatullah. Apa lagi Nasrani Amerika Laknatullah. Apa lagi musuh-musuh yang bersekutu dengan Yahudi dan Nasrani ini. Gempurlah bumi Palestin ini. Puaskanlah nafsumu. Umat Islam ini memang lemah dan hina. Tapi tidak di hadapan Allah Azzawajalla. Biar bergelimpangan shuhada fi sabilillah di bumi Palestin. Tidak mengapa.

Rakyat Palestin berjuang berjihad mengutip pahala. Dosa mereka biarlah ditanggung oleh saudara seislam mereka di seluruh pelusuk dunia.

Salahkah atau betulkah perasaan ini? Soalan ini memang tidak perlu dijawab oleh sesiapa.

Tapi, inilah perasaannya.

Monday, December 29, 2008

Tatapan Ceria

Sekadar memori manis bersama keluarga di hujung tahun. Tapi gambar ayah dan uminya mana?










Sunday, December 28, 2008

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1430H

Segala puji bagi Allah S.W.T kerana masih dipanjangkan umur dan diberikan nikmat yang sebanyak-banyaknya untuk bertemu dengan tahun baru ini. Azam dan niat telahpun ada. Hanya tinggal menjadikannya kenyataan, Insya Allah.

Saya ada menerima beberapa SMS daripada rakan-rakan. Terima kasih kerana mengirimkan SMS-SMS berkenaan. Ada baiknya saya nyatakan di sini untuk muhasabah bersama-sama.

Saudara Karim dari UTM: Selamat menyambut tahun baru hijrah 1430, moga hidup dan mati kita sentiasa di dalam peliharaan Allah.

Saudara Masri dari JPA: Ibn Mas'ud berkata, "Perkara yang paling sedih bila tibanya tahun baru adalah umurku bertambah tetapi amalanku tidak bertambah..." Semoga tahun akan datang akan jadi lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.. "SELAMAT TAHUN BARU 1430H" jagan lupa doa awal dan akhir tahun.

Saudara Salim (retired) dari Papar: Salam. Diucapkan selamat tahun baru hijrah 1430. Didoakan moga dimurahkan rezeki, sihat aal, bahagia bersama keluarga tersayang dan maju jaya dalam segala perancangan hidup dunia dan akhirat. Amin.

Saudara Ahmad Mukifza dari UMS: Wishing you 12 month of SAKINAH, 52 weeks of BARAKAH, 365 days of IMAN, 8760 hours of IBADAH, 525600 minutes of QANAAH and 31536000 seconds of TAQWA. Salam ma'al hijrah 1430. Kalau dapat sama-sama kita bacakan doa akhir dan awal tahun.


Saturday, December 27, 2008

Rehlah keluarga








Alhamdulillah, akhirnya dapat juga membawa keluarga bercuti. Atau lebih tepat lagi membawa anak-anak bercuti. Dah nak hujung tahun dah pun. Cuti sekolah pun dah nak habis.




Itupun, nasib baiklah ada jemputan oleh adik saya meraikan ulang tahun 2 anaknya. Istimewanya, majlis hari jadi tu buat di 'resort', jadi kuat jugalah semangat untuk menghadirinya. Sambil menyelam, minum air. Syukurlah.




Anak-anak gembiralah sebab dapat mandi kolam. Mak bapaknya santai sahaja. Lega, ada juga aktiviti mereka waktu cuti sekolah ni. Maklumlah waktu cuti ini ada sahaja aral melintang. Semua rancangan kena ditangguhkan. Tak pa.. panjang umur, murah rezeki, ada kesempatan, insya Allah, jadi juga tu.

Friday, December 26, 2008

TSUNAMI

Sudah 4 tahun tragedi tsunami berlalu. Saya yakin bagi mereka yang mengalami secara langsung peristiwa ini, masih terasa kehebatan dan kegerunannya. Kehebatan dan kegerunan yang diturunkan oleh Allah untuk peringatan manusia seluruhnya.

Saya juga yakin, bagi mereka yang tidak mengalaminya secara langsung, mungkin tarikh 26 Disember 2004 sudah ada yang melupakan. Hanya teringat apabila ulangtahun ini diingatkan semula oleh media-media yang ada.

Bagi saya, sememangnya peristiwa tsunami ini selalu terlintas di fikiran. Apa lagi, pantai dan lautan sememangnya setiap hari ditatap. Setiap kali melihat dan mengingati peistiwa itu, memang terasa kengerian yang amat sangat. Apa lagi jika menggambarkan ia berlaku ketika ini juga. Nyawa melayang dicabut malaikat maut, dengan keadaan diri yang sikit sangat ibadah kepadaNYa.

Namun, itulah kekuasaan-Nya. Suka atau tidak, sedia atau tidak, beriman atau tidak , sampai masanya, nyawa di badan pasti akan dicabut, pasti menemui-Nya. Ketika itu, tidak berguna harta dan anak pinak, kecualilah yang menemui Allah dengan hati yang 'saleem'.

Peristiwa Tsunami ini tetap diingatan. Untuk dijadikan peringatan bagi diri yang mudah lupa ini. Diingat untuk kekal menyembah-Nya. Tidak ingin dilupakan dengan harapan tidak juga melupakan-Nya.

Wednesday, December 24, 2008

KURSUS LAGI

Selama 2 hari saya berada di Port Dickson. Bermula Ahad sehingga Selasa.

Tujuannya adalah untuk mengikuti Kursus Asas Penggubalan Undang-undang. Dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan dihadiri oleh semua ahli Majlis Penasihat Undang-undang IPTA..

Ia diwajibkan dengan hasrat menyediakan semua pegawai berkaitan di IPTA pengetahuan dan kemahiran selok belok penggubalan undang-undang.

Ia relevan apabila Parlimen pada 18 Disember lalu telah meluluskan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.

Bagi pelajar dan ahli politik terutama pihak pembangkang, AuKU dianggap 'draconian law' dan penyebab kelesuan pelajar. Mungkin betul. Atau mungkin ia dijadikan alasan paling mudah. Dengan semua sekatan ini, pelajar tak jugak cemerlang. Tak juga ramai dapat first class.

Kali ini memang major pindaan. Banyak pindaan dibuat. Dan pindaan ini telah melalui sekurang-kurangnya 30 perjumpaan dengan pelbagai pihak dan mengambil masa 3 tahun untuk disempurnakan. Demikian dinyatakan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof Datuk Yusof Kassim.

Kita tunggulah pindaan AUKU ini apabila ia dikuatkuasakan.

Saya pula dapatlah mengagak jadual kerja saya tahun 2009. Sudah tentu banyak penyesuaian perlu dibuat.

Itupun kalau umur panjang dan masih di bahagian yang sama.

Sunday, December 21, 2008

Naik pangkat?

Apabila dimaklumkan secara lisan isteri saya dinaikkan pangkat ke DG44, senyumnya begitu manis sekali hingga ke telinga.

Hari jumaat lepas, surat kenaikan pangkatnya diterima. Sebenarnya hanyalah pemangkuan selama 6 bulan.

Saya kata tak apalah. Kenalah kerja keras lagi kerana tempoh 6 bulan itu akan dinilai.

Sayapun waktu nak naik pangkat ada juga pemangkuan. Kalau ada rezeki, insya allah.

Profesi guru memang susah nak naik pangkat. Saya perhatikan tak ada gred 44 di sekolah isteri saya. Ada 80 orang lebih guru. Ramai yang dah lebih 10 tahun bertugas.

Tak pa lah. Ikhlaskan niat. Didik anak bangsa dengan bersungguh-sungguh. Yang lainnya, serahkan sahaja kepada Yang Maha Kuasa menentukannya.

Demi negara, demi agama, demi umat.

Jangan lah jadi, demi pangkat, demi usin, demi kesenangan.

Thursday, December 18, 2008

SHICIDA METHODS – JADIKAN ANAK PANDAI

Saya forwardkan sahaja artikel yang diemelkan oleh sahabat saya untuk dikongsi bersama. Mudah-mudahan ada manfaatnya. Insya Allah.

****

BANYAK cara untuk mendidik personaliti anak-anak .Ada menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan semata-mata mahu memberikan yang terbaik buat anak-anak.Salah satu teknik yang mula di pratikkan di Malaysia ialah SHICIDA METHODS , iaitu kaedah mendidik anak-anak berfikir menggunakan otak kanan yang diajar oleh orang Jepun.Ini kerana otak sebelah kanan lebih efektif berbanding otak kiri tetapi ia perlu dipraktikkan dengan lebih kerap untuk mengaktifkan penggunaannya. Kelas SHICIDA METHODS ada ditawarkan di sesetengah tempat disini,namun kosnya agak mahal berbanding kelas-kelas lain,malah tidak ramai ibu bapa khususnya orang Melayu mampu menghantar anak-anak mereka ke kelas sebegini.Disini disertakan serba sedikit kaedah SHICIDA METHODS untuk dipraktikkan oleh ibu bapa dalam membesarkan anak-anak.Kaedah ini boleh Nampak kesannya dalam masa seminggu ia di pratikkan,namun bergantung kepada kebolehan dan keupayaan otak anak-anak anda menerimanya

1) Sewaktu anak hendak tidur atau tidur-tidur ayam,cakap padanya dengan sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia,dia budak baik,dia anak soleh,dia budak kuat,dia budak pandai dan sebagainya sebab sewaktu tidur-tidur ayam itulah otak kanannya sedang bekerja manakala otak kiri sudah tidur.Tapi kena buat dengan seikhlas hati sebab kalau dalam keadaan marah,ia tidak menjadi.Kalau mereka sudah tidur,cuba ramas-ramas jari atau tangan dia atau picit-picitkan badannya supaya dia kembali dalam keadaan tidur-tidur ayam.Cuba pratikkan pada anak anda khususnya bagi mereka yang liat bangun pagi.Insya-Allah menjadi.

2) Mula guna kad untuk ajar anak anda.Ada peserta yang ajar ABC-Z guna kad dalam masa seminggu sahaja,lepas tu mereka sudah kenal semua huruf dan boleh eja perkataan yang pendek-pendek. Buat atau beli kad banyak-banyak dan tunjuk pada mereka cepat-cepat seperti a…..b….c….d . Insya-Allah mereka cepat tangkap sebab bila kita tunjuk laju-laju otak kanan dia akan bekerja keras untuk tangkap apa benda yang ditunjuk.Boleh juga buat atau beli kad 1,2,3 atau gambar-gambar tertentu .

3) Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan,jadi cuba ajar anak anda main tanah liat,main cat air ( water colour ) ,melukis,gunting kertas,origami dan sebagainya.Memang agak leceh dan kena kemas semula,tapi untuk kebaikan anak-anak apa salahnya berkorban sikit.Satu lagi cuba lukis gambar,contohnya rama-rama,tapi hanya sebelah badannya sahaja dan suruh anak-anak sambung lukis ikut apa yang anda lukis dibahagian satu lagi.Ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan.Tahukah anda kenapa orang Cina dan Jepun kebanyakkannya pandai-pandai ? Ini kerana mereka makan menggunakan kayu penyepit.Kayu penyepit mengaktifkan kerja tangan sekaligus membantu menggerakkan otak kanan.

4) Jangan marah-marah atau tengking anak sebab mereka boleh simpan semuanya dalam otak kiri.Kalau tanpa sengaja marah atau menengking mereka,kembali semula ke cara pertama dan minta maaf pada mereka dengan ikhlas.

5) Cuba bina daya imaginasi mereka dengan cara bercerita dan kemudian suruh mereka menyambung semula cerita tersebut. Walaupun cerita itu merapu pun tidak mengapa asalkan mereka punya inisiatif untuk berimaginasi .

6) Main teka-teki dengan mereka.Letakkan satu barang dalam kotak dan kemudian suruh mereka teka apakah barang tersebut. Untuk permulaan,berikan mereka pilihan untuk menggambarkan jenis barang dalam kotak terbabit seperti memberitahu warna, bunyi dan sebagainya.Lama- kelamaan mereka boleh bangunkan deria keenam ( Sixth Sense ) dengan menumpukan perhatian kepada benda yang berada dalam kotak terbabit.Ini semua adalah untuk mengaktifkan otak sebelah kanan.Tapi ingat semua permainan yang hendak dilakukan itu hanya boleh dilakukan selama setengah jam sehari.Tidak perlu lama-lama kerana ia boleh menimbulkan rasa bosan.

Sebelum lakukan semua kaedah ini, pastikan anda mempunyai masa yang benar-benar cukup. Pendekatan ini memerlukan keikhlasan dan kesunggguhan. Dalam Islam sendiri pun menggalakkan ibu bapa bercakap dengan anak-anak ketika mereka mahu tidur kerana pada ketika itulah di antara waktu-waktu doa dimakbulkan. Seorang Kaunselor juga memberitahu, jangan suka menyebut JANGAN pada anak-anak kerana apa yang kita sebut itulah yang mereka ikut .Cuba ganti perkataan JANGAN dengan perkataan lain untuk menyampaikan maksud anda,misalnya – “ Tolong senyap Along ” berbanding “ Along Jangan bising ” .

Sirnanya Kebimbangan

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT yang telah menghilangkan segala keresahan dan kebimbangan yang menebal di hati sepanjang 2 minggu yang lalu. Isteripun dah dibenarkan balik dan telah sampai ke rumah pada lewat petang selasa yang lalu.

Hilanglah kerinduan ummi dan anak-anak apabila dapat berkumpul semula seperti biasa. Dan bapanya jugalah..

Hasil keputusan biopsi yang dijalankan oleh Prof Pang telah menunjukkan tumor yang terdapat pada lengan isteri saya bukanlah jenis yang merbahaya, walaupun perlu dikeluarkan juga pada tahun hadapan, di Hospital Umum Sarawak juga. Walaupun keputusan biopsi berkenaan masih di peringkat awal dan belum ada keputusan penuh dan bertulis oleh pakar patologi, namun ia sedikit sebanyak membantu mengurangkan kebimbangan isteri dan saya sendiri.

Memang tak sanggup rasanya, jika keputusan yang diberikan adalah sebaliknya. Apalagi setelah melihat deritanya pesakit-pesakit yang sedang dirawat bersebelahan katil isteri.

Apapun, setinggi-tinggi penghargaan saya berikan kepada Prof Pang, Puan Angelia dan nurse-nurse yang telah menjaga, merawat dan memberikan perhatian yang baik terhadap isteri saya sepanjang 2 minggu berada di bawah jagaan mereka.

Memang antara anugerah Allah yang besar di dunia ini ialah anugerah kesihatan. Putus satu urat kecilpun, akan memberikan banyak kecelakaan kepada diri kita. Justeru, nikmat yang ada ini memang dan semestinya disyukuri dan menjadikan kita hamba yang lebih taat kepada Penciptanya.

Ikhtiar adalah satu perkara yang perlu, apabila musibah melanda, sabar dan ikhtiar memang perlu dilaksanakan. Tawakkal kepada Allah setelah segala usaha dicurahkan. Saya yakin di situlah nanti akan ada kemanisan terhadap segala kepahitan yang dilalui. Insya Allah.

'Oleh itu, maka bahawa seseungguhnya tiap-tiap kesukaran itu disertai kemudahan. Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran, disertai kemudahan. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal salih), maka bersungguh-sunguhlah engkau berusaha (menjalankan amal salih yang lain). Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon.'
(Surat Al Insyirah (94): ayat 4-8)

Saturday, December 13, 2008

Sayang isteri tinggal-tinggalkan

Berat juga hati nak tinggalkan isteri hari ni. Tapi difikirkan adalah perlu juga untuk balik semula memandangkan banyak kerja yang perlu diselesaikan.

Isteri pula dijangka boleh keluar hospital seawal-awalnya isnin atau selasa depan. Tiada yang boleh dilakukan lagi ketika ini memandangkan beliau masih menunggu keputusan biopsinya. Apapun keputusan biopsi, pembedahan membuang ketumbuhan tu tidak boleh juga dijalankan pada masa ini memandangkan bilik bedah semuanya ditutup oleh pihak pengurusan hospital bagi kerja pembaikan dan penyelenggaraan akhir tahun. Pembedahan dijadualkan pada 8 Januari 2009. Itupun sekiranya didapati serius. Jika tidak, mereka akan nasihatkan pembedahan dibuat di Sabah sahaja.

Bagi saya, kena baliklah awal sedikit daripada isteri memandangkan banyak kerja yang tertangguh menunggu di pejabat. 2 anak saya pun dilaporkan dah mula demam. Balik ni pun nak tengok dan bawa mereka ke klinik. Sekarang ni makan ubat demam 'cousin' sahaja. Kesian mereka, cuti ini masih tidak ke mana-mana.

***************

Sepanjang 9 hari berada di Hospital Kuching ini, macam-macam disaksikan. Macam-macam kesakitan yang Allah bagi kepada hambaNya..

Ada yang patah kaki, ada yang menderita kanser tulang, ada 'baby' yang ketumbuhan di kepala, ada yang kaki kena potong, ada yang patah tangan, ada yang kakinya bersambung besi. Maklumlah wad otopedik.

Pada saya, tempat terbaik untuk muhasabah diri ada 2: satu pergilah ke Hospital, dua pula pergilah ke tanah perkuburan. Bersendirian di dua tempat ini pasti akan menyedarkan kita semula mengenai tujuan keberadaan kita di sini.

Hanya saya menyedari, tempat paling terbaik ini lah juga tempatnya ramai di kalangan hambanya yang masih gagal melunaskan fardu ain terhadap dirinya. Nampaknya isu solat masih menjadi isu besar. Mungkin kerana memang tidak solat atau mungkin kerana tidak tahu nak bersolat bagaimana ketika kaki atau tangan atau kepala dibalut, disimen atau tergantung di besi katil mereka.

Sayangnya...

Kena adalah orang masjid, Imam, pegawai agama (lelaki dan perempuan) atau sesiapa sahaja untuk menjengah seminggu sekali wad-wad sebegini memberikan ajaran dan bimbingan kepada pesakit mengenai cara bersolat ketika sakit sebegini.

9 hari saya di sini, dah 2 orang dari Gereja datang menemui pesakit-pesakit beragama kristian memberikan galakan, bimbingan dan doa.

Tertunggu-tunggu saya mana pula ustaz ustazah imam pegawai agama yang ada di sini...

Thursday, December 11, 2008

Selesai biopsi

Tengahari, isteri saya seperti dijadualkan telah ke wad pembedahan untuk biopsi.

Dalam 2 jam selepas itu, prosiding selesai. Sampel tisu lengan telah dihantar ke unit patologi untuk telitian. Tak tau lah brapa lama report boleh keluar. Nurse kata paling lama 2 minggu.

Sekarang tengah tidur. Masih dengan kesan biusnya. Muntah entah berapa kali.

Bukan isteri saja yang dijadualkan. Pesakit sebelah katil juga operation betulkan tulang kaki akibat kanser tulang. Muda lagi. Baru 17 tahun. Yang sebenarnya anak murid isteri saya juga. Dari sepangar. Anak kelasi.

Juga paling awal ke bilik bedah, yang juga kena kanser tulang, ialah Nurhana. 6 tahun. Dari Kinarut. Murung ja dari tadi. Mungkin masih ada kesan ubat bius lagi.

Aduh... Seram sejuk badan ni sekarang.

Apapun terima kasihlah prof pang dan krewnya dari UNIMAS. Dari awal pagi sehingga jam 5 menguruskan pembedahan 5 pesakitnya. Bukan muda lagi prof tu , dah 56 tahun.

Allahu akbar.

Wednesday, December 10, 2008

Bila Waktu Terluang..

Memang banyak masa terluang apabila menjadi penghuni hospital. Rugi masa yang ada ini dibiarkan begitu sahaja tanpa apa-apa pengisian.

Jalan paling mudah mengisi masa ini pastinya membaca. Satu suratkhabar semua halaman dibaca. Iklan sekecil-kecil zarahpun dibaca.

Selain itu Quran pun baca. Dah jadi rutin isteri saya, suboh dan masa maghrib isyak membaca ma'thurat dan alQuran. Saya pun sama. Tapi bab maghrib isyak sahaja. Masa suboh tu tak ada apa..habis suboh terus zikir kuak lentang.

Novel pula dah 4 dikhatamkan. Ni nak kena beli lagi untuk bacaan. Sambil baca isteri saya sempat juga mencatat petikan yang dianggap menarik.

Saya bacalah petikan tu, dan kerana masa terluang inilah juga dengan rajinnya membawakan petikan-petikan itu untuk manfaat bersama, jika ada:

'Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah maka Dia akan menjadikan untuknya jalan keluar'

'Dalam Islam, hubungan lelaki perempuan disucikan sesuci-sucinya, namun tanpa mengurangi keindahan romantisnya'

'zuhud tidak bererti tidak mau menyentuh sama sekali nikmat yang telah diberikan oleh Allah tapi zuhud adalah mempergunakan nikmat itu untuk ibadah.'

'tidak selamanya yang berjalan kaki lebih baik dari yang naik mobil. Jika dengan naik mobil lebih bisa mengefisenkan waktu, ibadah lebih tenang kerana tidak capek dan lebih bisa banyak melakukan kegiatan yang bermanfaat tentu sangat baik'

'ya Allah, letakkanlah dunia ditanganku, jangan dihatiku.'

'perbanyakkan manfaat dan kurangkan konflik. Jika masih ada cara (jalan) menghindari konflik, maka jalan itulah yang harus ditempuh'

Dah terbalik

Sedang aman menikmati aidil adha, entah macamana, badan ni makin lama makin panas. Isy, takkan demam pula.

Sah demam. Dah terbalik. Isteri pula yang kena jaga. Tempat tidur pun dah tukar. Saya di katil, isteri di sofa. Tak lama, 2 malam jugalah.

Nurse yang datang pun sindir-sindir.. Ni siapa jaga siapa ni.

Alahai, malu. Nak buat camana, dah namanya demam.

Monday, December 8, 2008

APABILA ALLAH BERBICARA

Apabila Allah berbicara
Adakah kerana murkaNYA
Adakah kerana sayangNYA

Apabila Allah berbicara
Mungkin kerana murkaNYA
Manusia hanya bisa
Menangisi
Tanpa berdetiknya taubat
Hanya sesalan
Hadir tanpa hidayah

Apabila Allah berbicara
Mungkin kerana sayangNYA
Manusia terus sahaja
Menangisi
Entah berdetikkah taubat
Menaakul ayat-ayatNYA
Menjadi abid dan murabbi
Atau
Terus sahaja belayar
Di lautan hitam
Tenggelamnya ia
Tangkas mengangkat tangan

Apabila Allah berbicara...

RUTINNYA ...








Tak banyak yang boleh dibuat oleh saya dan isteri ketika ini.

Banyak masa dihabiskan di sisi katil, berbual, membaca, sampai masa solat, baca al quran, baring, ke kantin beli makanan, makan, tengok orang kiri kanan etc.

Apapun, pagi raya ni sempatlah ke masjid bahagian kuching untuk solat sunat aidil adha. Dari hospital naik bas terus ke perhentian akhir, sampailah ke masjid tu.

Selesai solat, saya dapatlah beli satu batang lemang RM6, pisang sesisir, Berita Harian sebelum balik semula. Jadilah tu untuk sambut raya ni.

Alhamdulillah.

Sunday, December 7, 2008

SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA

Saya, isteri dan keluarga mengucapkan selamat menyambut aidil adha.

Bagi mereka yang akan menjalankan ibadah korban, semoga ibadah ini diterima Allah s.w.t.

Bagi yang sedang menunaikan ibadah haji, mudah-mudahan mendapat haji mabrur.

Monolog 2

Pada ketika ini, jamaah haji sedang melaksanakan wuquf di Arafah. Alangkah indah dan bahagianya mereka melaksanakan ibadah ini. Menjadi tetamu Allah di tanah suci.

Wuquf di Arafah melambangkan keadaan di padang mahsyar nanti apabila semua manusia akan dikumpulkan untuk dihitung berat ringan amalan mereka. Amalan sama ada mereka ini digolongkan sebagai golongan kanan atau kiri, maimanah atau masyamah, muflihun atau mukhsirun, ahli syurga atau neraka.

Oleh itu, ibadah wuquf ini memang signifikan dalam ibadah haji sehingga ia menjadi rukun haji.

Wuquf juga bermaksud berhenti sebentar. Sedang jamaah haji wuquf, saya dan isteri juga wuquf dan bermukim di sini. Sedang jamaah haji tawaf dan sa'ie, saya juga tawaf dan sa'ie di sini. Hanya tak sampai 7 pusingan. Memang ibadah yang di fardhu ilahi ini hidup. Setiap gerakan dan aktivitinya boleh menjadi refleksi gerakan dan aktiviti harian kita.

Sebab itu, apa saja perbuatan ini hendaklah diniatkan 'lillahi ta'ala'. Barulah tidak rugi dan menjadi ibadah.

Wallahu a'lam.

Friday, December 5, 2008

Tabahnya anak ini.


Tatkala rasa bosan, rindu begitu menggamit perasaan, tengahari ini kami mendengar suara anak kecil di wad sebelah. Wad kanak-kanak. Begitu hafal dia lagu-lagu pop mutakhir dan amat lancar dan riang nyanyiannya untuk beberapa lagu.

Kami semua amat senang mendengar keriangan anak ini.

Rupa-rupanya anak ini juga dari Sabah. Dari Kinarut. Mengejutkan lagi dia di sini tanpa ditemani ibu bapanya.

Menurut cerita, ibu bapanya bukan warganegara. Orang suluk. Queen hospital merujukkan kes anak ini ke sini kerana dikhuatiri kanser tulang di lengan tangannya. Tiket dah dibeli, sampai imigresen airport, ibu bapanya tidak dibenarkan naik kapal terbang. Anaknya pula lepas. Nasib baik ada kawan bapanya di Kuching ini yang membawanya ke sini.

Kami salut anak kecil ini yang tidak pernah menangis sepanjang seminggu lebih dia di sini. Malah sentiasa ceria.

Norhana, nama anak kecil ini. Kehadirannya di wad ini banyak mendorong ibu bapa lebih kuat menjaga anak mereka tanpa banyak merungut.

Isteri saya berkata, kalau anak ini pun boleh, maknanya yang dewasa ini patutlah lebih tahan lagi.

Semoga Norhana cepat semboh dan cepat kembali ke pangkuan orang tuanya.

Penerangan madam Angelia

Pagi hari kedua, madam Angelia, datang berjumpa isteri saya. Beliau adalah antara orang terawal yang ditemui oleh isteri saya pada ketibaan kami di hospital semalam.

Madam Angelia ialah pembantu kepada Prof Pan yang merupakan pakar dalam 'musculo skeleto tumor' atau ketumbuhan di otot dan tulang. Prof Pan kini menghadiri persidangan sehingga hari ini. Saya tak tahu lagi bayang rupanya sampai sekarang.

Madam Angelia menerangkan panjang lebar mengenai apa yang akan berlaku.

Ketika ini mereka tidak mau buat apa-apa kesimpulan. Isteri perlu dibiopsi terlebih dahulu.

Worst case scenario? Kawasan tumor perlu dibuang. Buat pemeriksaan keseluruhan bagi menentukan tahap penyakit. Rawatan kimo. Dan perlu 'review' di hospital ini selama 5 tahun. Mungkin akan lebih banyak 'operation'.

Na'uzu billah min zalik.

Apapun, madam Angelia memang baik dan mesra pesakit. Isteri saya bimbang tapi lega kerana telah faham segala kemungkinan.

Wad otopedic 4B

Wad yang diduduki isteri saya sebenarnya wad tumpang. Wad asal penuh. Wad tumpang ini sebenarnya wad otopedik kanak-kanak. Satu bahagiannya diberikan kepada wad otopedik dewasa.

Ada 14 katil. Campur lelaki perempuan. 4 orang dari Sabah. 3 orang wanita, semua kena kanser tulang. 2 orang itu masih belasan tahun. Seorang lagi belum jumpa kerana masih menjalani rawatan kimo. Seorang lagi isteri saya, doa tidaklah seperti mereka.

2 mereka ini dah 2 minggu berada di wad ini. Menunggu untuk operation 11hb ini.

Memang semua yang ada diwad ni vateren-vateren.

Sampai bersawang...

Thursday, December 4, 2008

hai la badan..!

Pertama kali saya bermalam di wad hospital ialah setelah 36 tahun dilahirkan. Lebih teruk lagi apabila kena bermalam hospital di negeri orang.

Sekarang ini saya menemani isteri saya di Hospital Umum Kuching. Kenalah ke situ kerana pakar penyakitnya itu cuma ada di dua tempat iaitu di Kuching dan Kubang Kerian.

Isteri saya didiagnos 'malignant soft tissue tumor'. Apa dia tu.. Saya harap tak lah seserius diagnosnya. Doanya pembedahan dibuat secepatnya, buang bendaalah tu dan kemudiannya balik.

Tak semudah yang direncanakan. Isteri saya terlepas prosedurnya hari ini. Prosidur biopsi dan operation pula hanya dibuat setiap khamis sahaja. Bermakna secepatnya boleh balik ialah hujung bulan 12 ni.

Jadualnya 11hb biopsi. Ujian tisu secepatnya 3-4 hari. 18hb operation. Itupun kalau hasil biopsi cepat diketahui.

Anggap saja kami berdua 'bulan madu' di sini. Anak ditinggalkan di rumah orang tua. Isteri tersedu-sedu, suami termanggu-manggu. Anak terindu-rindu.Bulan madu di wad othopedic 4B.

Doanya adalah kebaikan di dalam segala-galanya.