Wednesday, January 26, 2011

.: Lagu Tema PMIUTM : Melangkah Bersama :.



Melangkah Bersama

Membawa wadah kesatuan
Ke arah jalan kebenaran
Mahasiswa Islam ke hadapan
Bersama kita
Membangun ummah

*Chorus:

Bersamalah kita melangkah
Satukan hati kita

Bersamalah kita melangkah
Satukan fikiran kita

Bersamalah kita melangkah
Satukan amalan kita

Melangkah membangun bersama
Membina ummah yang gemilang
Membina ummah yang gemilang

Kini
Tibalah hari
Yang bakal dilalui
Berbekal semangat gigih
Kita melangkah
Menggapai redha Yang Esa
Ulang chorus*


Lagu/Lirik ciptaan :
Sdr. Mohd Arif Hakimi B. Mat Hassan
4 SAW
Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA)
Lujnah Pendidikan & Kepimpinan (LPK)


Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia (PMIUTM)

Lagu boleh diperolehi di sini:http://www.4shared.com/audio/yE_BYErL/LaguTemaPMIUTM-MelangkahBersam.html

Monday, January 24, 2011

.: Mencari SITI Impian :.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Antara 9 siti yg patut dicontohi….

1) Siti Khadijah

- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah

- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti A'ishah

- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar

- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5) Siti Mariam

- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah

- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah

- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah

- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah

- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

* 9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahiah Mahmud dlm rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah kita tergolong antara Siti2 ini?

Saturday, January 22, 2011

Nasihat Syeikh Ali Tantawi kepada semua MUSLIMAH

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Wahai puteriku…
Aku seorang bapa yang sedang memasuki usia lima puluh tahun.

Usia muda telah aku lewati aku tinggalkan kenangan, impian, lamunan-lamunan dengan segala ujian-ujian dunia. Dengarlah ucapan dan kata-kataku. Ucapan-ucapan haq yang aku sampaikan secara jelas dan mudah.

Wahai puteriku…
Banyak aku menulis, sering juga aku menyeru dan mengajak umat untuk menegakkan akhlak, menjunjung budi pekerti mulia, membanteras segala bentuk kerosakan jiwa dan mengendalikan nafsu syahwat untuk melawan dan membanteras keruntuhan moral.

Semua itu berterusan aku sampaikan, aku tulis dan khutbahkan… sehingga pena yang aku gunakan menjadi tumpul dan lidahku kelu. Namun tetap tiada hasil yang aku perolehi kemungkaran tetap berleluasa tanpa kita mampu untuk membanterasnya.

Di setiap pelusuk negara perbuatan mungkar terus kita temui, semakin banyak dalam pelbagai bentuk. Wanita semakin berani dan tidak malu-malu untuk membuka auratnya. Tubuhnya ditonjol-tonjolkan, pergaulan bebas muda-mudi bertambah menjolok. Semua itu bergerak melanda negara demi negara, tanpa satu negara Islam yang mampu mengelak.

Sebagai contoh negara Syria yang terkenal dengan keserasian akhlak yag sangat ketat menjaga kehormatan diri dengan menutup auratnya, sekarang masya-Allah!! Para wanitanya berpakaian terbuka mempertontonkan lengan dan paha, punggung dan dada. Kita gagal, dan aku kira kita tidak akan berjaya. Tahukah engkau apa penyebabnya? Sebabnya ialah sehingga hari ini kita belum menemui pintu ke arah pemulihan dan kita tidak tahu jalannya.



Wahai puteriku, pintu pemulihan ada di hadapanmu. Kunci pintu itu ada di tanganmu. Jika engkau yakin padanya dan engkau berusaha unuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah menjadi baik.

Engkau benar puteriku, bahawalah kaum lelakilah yang mula mula melangkah menempuh jalan dosa bukan wanita. Tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah laju. Engkaulah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk.

Engkau berkata kepada pencuri : “Silakan masuk”…dan setelah engkau kecurian barulah engkau tersedar. Ketika itu barulah engkau berteriak ..”tolong….tolong…aku kecurian.”

Seandainya engkau tahu bahawa lelaki itu adalah serigala dan engkau adalah kambing, pasti engkau akan lari seperti larinya kambing dalam ancaman cengkaman serigala.

Sekiranya engkau sedar, bahawa semua lelaki adalah pencuri, pasti engkau akan berhati-hati dan sentiasa menjaga diri seperti waspada seorang yang kikir terhadap pencuri.

Jika yang dikehendaki oleh serigala dari kambing adalah dagingnya, maka yang diinginkan lelaki adalah lebih daripada itu. Lelaki meinginkan lebih dari sekadar kambing…… dan bagimu lebih buruk daripada kematian kambing itu.

Lelaki menghendaki yang paling berharga darimu… iaitu harga diri dan kehormatanmu. Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala.

Wahai puteriku…. Demi Allah, apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu bertelanjang dihadapannya tanpa pakaian.

Aku bersumpah lagi:
“Demi Allah, jangan percaya terhadap kata kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab. Berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman akrab”.

"Bohong… bohong… demi Allah dia berbohong. Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan antara mereka, pasti engkau takut dan ngeri.”

Tidak akan ada seorang pemuda melontarkan senyumannya kepadamu berbicara dengan lembut dan merayu, memberikan bantuan dan layanan kepadamu, kecuali akan ada maksud-maksud tertentu. Setidak-tidaknya isyarat awal bagi dirinya bahawa itu adalah langkah awal.

Apakah sesudah itu puteriku?

Renungkanlah!


(petikan dari http://syauqahwardah1209.blogspot.com/)

Tuesday, January 18, 2011

Aku Bertemu Ainul Mardhiah

Bismillahirrahmanirrahim...


Alhamdulillah aku tersedar pukul 4pagi hari ini.Aku merindui untuk melaksanakan solat Tahhajud yang sudah tiga hari aku tidak laksanakannya.Aku sangat malu pada Maha Pencipta yang menjadikan diri ini kuat dan sihat tapi sangat kurang aku mengabdikan diri dan sujud kepadaNya.Sementara menunggu masuknya waktu subuh aku basahi diri ini dengan wudhuk dan kemudian aku menghamparkan sejadah untuk berqiamullai sujud merendah diri pada Allah s.w.t.

Assalamualaikum ya akhi! tiba-tiba seorang Pak Cik tua memberi salam dari sebelah kiri aku. Entah bila dan dari mana dia datang aku pun tidak menyedarinya.

Waalaikumusalam..."jawab aku sambil menghadiahkan sebutir senyuman"..

Aku pandang mukanya. Pak cik itu hanya tersenyum memandang wajahku kembali..Jom ikut Pak Cik nak..Pak Cik nak tunjukkan anak dengan keluarga Pak Cik yang menanti di sana..

Dalam keadaan kebingungan aku menuruti Pak Cik yang belum lagi aku mengetahui namanya tanpa banyak bicara.Sambil berjalan menuju ke tempat yang dituju aku kehairanan memandang kiri dan kanan betapa cantik dan indahnya pemandangan disekeliling.Belum pernah lagi aku melihat suasana secantik ini dalam hidupku.

Terdetik dalam hati aku ingin bertanya siapakah Pak Cik ini dan ke manakah ingin dia bawa diriku pergi.Tapi aku simpan dahulu niatku itu sehingga sampai ke tempat d tuju baru aku ingin bertanyakan soalan ini kepadanya.

Aku bertambah hairan, bila aku memandang kehadapan aku seolah-olah mengenali tempat itu walaupun belum pernah aku tiba di sana.Kami masih meneruskan langkah, pemandangan di hadapan semakin jelas dan jantung semakin berdegup kencang seakan tidak percaya apa yang dilihat.

Ya Allah! Betul ke ni Pak Cik kita berada di sini? Macam mana boleh kita sampai di sini dengan hanya berjalan kaki?...Aku sangat terkejut dan tidak percaya yang sekarang ini kaki ku berpijak di bumi yang berkat berhadapan dengan Kaabah..

Ya nak!..Ini adalah Makkah dan di hadapan kita ini Kabaah..Pak Cik hanya utusan dari seorang gadis yang ingin bertemu dengan anak..Dia sedang menantimu di hujung sana,pergilah nak..

Mana Pak Cik?..siapa dia?..kenapa ingin berjumpa dengan saya?...aku bertanya dalam keadaan aku masih lagi kebingungan dan tidak percaya apa yang sedang aku lalui ini..Pak Cik tadi hanya diam tidak berkata-kata.

Tanpa banyak bicara aku meneruskan langkah mencari gadis yang ingin bertemu dengan aku..Dari jauh aku memandang seorang gadis yang tersenyum indah.Senyumannya cukup memikat.Tidak pernah aku menikmati senyuman semanis itu.Belum pernah aku melihat wanita secantik itu seumur hidup.

Aku mula melangkah laju, tidak sabar pula ingin bertemu dengannya yang telah membuatkan hatiku terpikat dengan senyumanya walaupun dari jarak yang jauh..

*************************************



Entah kenapa semakin dekat semakin aku rasakan sudah lama kita saling berkenalan antara satu sama lain. Aku pandang mukanya. Dia hanya tersenyum seperti mengerti apa yang bermain di fikiran. Hidungnya mancung, kulit putih melepak hingga nampak berbayang urat hijau halus di pipinya, mata bulat bersinar dan alisnya lentik.

Nafasku mula ditarik panjang, jantung tidak henti berdegup dengan lebih kencang. Apakah gerangannya gadis cantik ini ingin bertemu dengan aku?..Adakah aku ini saudaranya?..terlintas pelbagai persoalan di benak minda ku sambil kaki melangkah laju menuju ke tempat gadis itu berdiri.

Assalamualaikum wahai pemuda budiman!..belum sempat aku berdiri di hadapannya telah sampai ucapan salamnya mendahului ucapan aku..Belum pernah lagi aku mendengar suara semerdu suaranya, bagaikan alunan muzik mententeramkan jiwa yang mendengarnya.

Waalaikumusalam..aku menjawab salamnya dengan nada perlahan sambil ku pandang wajahnya yang sungguh indah dan tenang. Cik siapa? Kenapa ingin berjumpa dengan saya?..

Gadis cantik itu hanya tersenyum seolah-olah telah mengetahui persoalan ini akan ku tanya kepadanya.

Namaku Ainul Mardhiah. Aku bidadari dari syurga yang paling cantik dan jelita. Diriku hanya untuk lelaki yang syahid di medan jihad.

Aku kemari bertemu denganmu adalah sebagai utusan dari isterimu yang merupakan ketuaku di syurga sana..

************************************

Haa?..Isteri saya?..Cik Ainul Mardiah salah orang ni, saya belum kahwin lagi. Mana mungkin saya memiliki isteri yang tinggal di syurga. Siapa sebenarnya yang ingin awak jumpe?..Aku sangat terkejut dengan kata-kata yang terkeluar dari bibir bidadari cantik itu.

Dia hanya tersenyum indah, mengerti perasaan yang aku alami ini..Ya! saya utusan isterimu. Namamu Syabab bin Abdullah kan?..Kamu sungguh bertuah kerana dikurniakan seorang isteri sepertinya.

Ya! itu memang nama saya..Aku sungguh keliru dan hairan dengan keadaan yang aku alami ini. Perihal tentang namaku juga Ainul Mardhiah mengetahuinya. Hati kecil ini bertanya siapakah isteriku yang sebenarnya?. Ingin sahaja aku bertanyakan terus padanya. Tapi belum sempat aku bersuara..

Aku sangat cemburu dengan isterimu.."Ainul Mardhiah bersuara terlebih dahulu"..Semasa hidupnya di dunia dia telah menjual seluruh dirinya untuk Allah dan Rasul. Cintanya pada Allah dan Rasul melebihi cintanya pada diri sndiri dan orang lain.

Kali ini aku hanya diamkan diri. Hanya menanti butiran luahan dan cerita darinya mengenai isteriku.

Hidupnya penuh dengan mujahadah. Sentiasa membersihkan diri untuk mendekatkan jiwa dan hatinya pada Allah. Hidupnya adalah hidup untuk mati. Hidup untuk berjuang. Hidup untuk mendapatkan keredhaan Allah.

Kamu sungguh beruntung memilikinya di dunia dan akhirat.

Perkataan darinya adalah peringatan yang mendekatkan dirinya pada Allah. Ucapanya adalah nasihat dan dakwah. Bibir dan hatinya tidak pernah henti berzikr pada Allah. Setiap tindakannya adalah ibadah. Dia menjadikan al-quran sebagai teman dan penasihatnya. Rasulullah menjadi tauladannya. Syahid menjadi cita-citanya.

Aku cemburu pada isterimu.

Dia seorang isteri yang penyanyang. Isteri yang taat dan patuh pada suami. Isteri yang penyabar. Dia memberi tidak pernah mengharapkan balasan dari sesiapa pun melainkan hanya mengharapkan keredhaan Allah s.w.t. Isterimu telah menjadi 'tulang belakang' dirimu dalam menempuh cabaran dan dugaan hidup sebagai seorang daie. Tubuh yang kamu miliki sudah pasti tidak mampu bergerak tanpa memiliki ' tulang belakang' yang kuat dan setia. Dia sentiasa berjuang di samping mu.

Dia menjadi penyejuk mata bagimu. Penawar hati dan penajam fikiran mu. Ketika kamu sunyi terasa ramai bila bersama dengannya.

Bersyukur lah pada Allah wahai pemuda.

Isterimu telah melahirkan zuriat yang menjadi mata rantai pada perjuangan Rasulullah s.a.w. Dia sentiasa gigih dan sabar dalam mendidik anak-anak kamu supaya menjadi pemuda al-Quran yang berjihad di jalan Allah. Dia tidak pernah sekali-kali merungut dalam mendidik anak-anaknya.

Walaupun isterimu bukanlah sehebat Saidatina Khadijah r.a tapi dia sentiasa berusaha untuk menjadi penolongmu di waktu senang dan susah. Walaupun isteri tidaklah sepintar Saidatina Aisyah r.a tapi dia berusaha untuk menyumbangkan idea bagi membantu mu berjuang. Walaupun isteri mu tidak setabah Siti Hajar tapi dia sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik buat suaminya yang tercinta.

Sungguh aku cemburu padanya. Dia sungguh cekal dan tabah walaupun di uji. Sekarang, dia menjadi ketua ku di syurga kerana dia mendapat syafaat Allah dan Rasul.

Aku datang bertemu dengan mu adalah permintaan darinya untuk menyampaikan pesanan kepada mu.

Pesanan kepadaku?...aku pura-pura membuat terkejut supaya dia tidak akan mengetahui bahwa aku sekarang telah jatuh cinta pada wanita yang dia ceritakan itu. Benarkah itu adalah isteriku?..Jantung aku berdegup bagaikan memberontak kerana tidak dapat lagi menahan perasaan ingin bertemu dengan wanita yang bergelar 'isteri' itu.

Dengar dan hayati betul-betul pesanan isteri mu ini wahai Syabab...Ainul Mardhiah meneruskan kata-katanya. Suaranya yang merdu masih lagi mampu aku rasai ketenangan darinya.

*****************************

Jangan berangan-ngan la akhi!

Nak cari mana muslimat macam tu, tgk la muslimat kita sekarang ni!

Ni mesti terpengaruh dengan filem-filem cinta!

Ustazah sekarang ni pun bukannya boleh percaya, pakaiannye je ok tapi perangai..macam hantu!

InsyaAllah, ana doakan enta agar mendapat isteri yang solehah di dunia dan akhirat!

ana yakin, lelaki yang baik untuk wanita yang baik..jangan risau, ana tahu enta baik ya akhi!


Pelbagai respon yang aku dapat dari kawan-kawan laki satu kampus dan satu rumah dengan aku. Ada yang kata macam ni, ada yang kata macam tu, ada yang marah, ada yang menyampah ada yang menyokong dan sebagainya bila kisah mimpi aku itu dikongsikan bersama meraka.

Aku sedikit pun tidak kisah tentang apa yang mereka perkatakan, apa yang baik aku ambil dan apa yang tidak elok itu aku tinggalkan dan di jadikan sempadan. Tapi dalam hati kecil aku tetap berkata bahwa mimpi aku itu bukannya mainan tidur semata-mata tapi di dalam terdapat 1001 hikmah nasihat untuk diriku yang bergelar pemuda.

Kenapa nama aku muncul dalam mimpi itu sebagai Syabab b. Abdullah sedangkan ia bukan nama sebenar aku tapi aku mengiyakannya di dalam mimpi tersebut. Aku mesti berjumpa dengan murobbi aku petang nanti untuk ceritakan mimpi aku ini padanya. Mungkin murobbi aku boleh menafsirkannya kerana belaiu merupakan seorang alim yang sangat digeruni kawan dan lawan.

Oooo....begitu ke ustaz...Terima kasih ye ustaz..InsyaAllah saya akan berusaha untuk memperbaiki diri saya ini.

Setelah hampir 2 jam bertemu dan berbicara dengan murobbi aku itu aku mendapat sedikit tafsiran dan petunjuk darinya. Katany mimpi aku itu bukan hanya untuk diriku seorang sahaja tapi untuk mereka yang bergelar "Syabab yakni PEMUDA". Katanya lagi, bersihkan lah diri mu dari segala maksiat, kuatkan lah qiamullaimu, ikhlaskanlah hatimu dan taatlah pada Allah dan Rasul.

InsyaAllah Ainul Mardhiah akan datang bertemu dengan mu lagi untuk menyampaikan pesanan 'isterimu' itu.

*****************************

Kisah aku ini belum berakhir lagi dan ia tidak akan berakhir selagi nyawa di kandung badan. Aku sedar bahwa diri aku ini milik Allah s.w.t dan kepadanya la aku akan kembali. Aku mulia sekiranya Allah memuliakan diriku di sisiNya dan sekiranya Dia ingin hinakan diriku ini sudah pasti aku hina di sisiNya. Tapi sebagai hambaNya aku akan sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri agar bertambah dekat denganNya dan bertambah keimanan kepadaNya.

Semalam aku di bawa sekali lagi bertemu dengan Ainul Mardhiah di hadapan Kaabah yang dimuliakan Allah s.w.t. Tidak berubah rupa parasnya. Teramat cantik sehinggakan tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Suaranya masih lagi memberikan ketenangan kepada hati aku ini yang mendengar.

Dengan berjubahkan hijau dan berselendang biru, Ainul Mardhiah memulakan bicaranya dengan membacakan ayat al-quran sebelum menyambung kalam menyampaikan pesanan 'isteriku' yang berada di syurga.

Wahai pemuda! ingin ku ingatkan kepadamu akan peringatan Allah ini..Ainul Mardhiah bertutur merdu merenung terus ke dalam mata ku. Jelas kelihatan seri pada matanya yang berpancar dengan sinaran biru muda.

Sesungguhnya kamu akan diuji oleh Allah s.w.t selagi nyawamu di kandung badan. Dengan ujian ini lah Allah akan menilai samada kamu adalah hamba yang benar-benar beriman dan bersyukur kepadaNya.

Malam itu aku langsung tidak berkata-kata. Hanya mendengar bicara dari bidadari jelita membawa 1001 pesanan bermakna dari 'isteriku' sehingga aku terlupa untuk bertanyakan siapakah isteriku itu dan apakah namanya.

Wahai pemuda! Isterimu sangat bangga mendapat suami sepertimu. Kesenangan dan kesusahan bersamamu amat dihargai oleh isterimu itu. Pesanan yang ingin ku sampaikan dari isterimu ini hanyalah sekadar peringatan buat dirimu yang akan terus berada di medan jihad hingga ke akhir ayat.

Wahai suamiku yang dicintai! Masihkah engkau ingat ikrar kita bersama. Kita telah berjanji setia ingin menjadikan Allah adalah matlamat akhir kehidupan kita, al-quran sebagai panduan hidup, Rasulullah di jadikan tauladan, jihad adalah jalan juang kita bersama dan mati syahid ada cita-cita tertinggi.

Oleh itu, janganlah engkau lupa akan ikrar kita ini. Teruskanlah wahai suamiku berjuang kerana Allah sehingga ke akhir hayat hidupmu. Bersabarlah di atas setiap ujian yang engkau akan hadapi di medan perjuangan nanti. Sesungguhnya kehidupan ini hanya sementara sebagai medan untuk mendapatkan keredhaanNya supaya bahagia pada kehidupan yang kekal abadi di akhirat kelak.

Wahai suamiku yang paling aku kasihi! hindarilah sifat 'wahan' iaitu cintakan dunia dan takutkan mati. Gantilah dunia mu dengan akhirat dan gantilah cintamu pada dunia dengan kecintaan hanya pada Allah dan Rasul.

Begitu banyak pesanan yang isteriku sampaikan sehinggakan tidak mampu untuk aku ceritakan di sini. Sebelum berpisah dengan Ainul Mardhiah sempat aku membukakan kata menyampaikan pesanan kepada 'isteriku'.

Aku tidak mahu mengetahui siapakah dirimu dan mendapatkan isteri seprtimu bukan matlamat kehidupanku. Tapi aku sangat bersyukur pada Allah s.w.t kerana mendapat peringatan yang bermakna buat diriku sebagai seorang hamba dan pejuang agamaNya. Sekiranya aku tidak dapat bertemu dengan mu di dunia ini, semoga kita akan dipertemukan oleh Allah s.w.t di akhirat kelak.

Aku tersedar dari mimpiku. Tanpa aku sedari air mataku mengalir deras melalui pipiku ini. Aku sangat malu pada Allah s.w.t. Sungguh banyak kurnianNya kepada aku tapi aku masih lagi leka dan lalai dengan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada ku ini sebagai seorang hambaNya yang hina.

Masih banyak lagi perintahNya yang tidak aku laksanakan. Hati aku ini masih lagi ada titik hitam dosa dan maksiat. Aku malu padaMu ya Allah. Seringkali Engkau mengampunkan dosa-dosa hambaMu yang tidak henti melakukan dosa dan maksiat.

Ya Allah, ampunkanlah segala dosa-dosaku ini. Bimbinglah diriku ini kepada jalan yang Engkau redhai. Berikanlah aku kekuatan untuk berjihad di jalanMu. Jadikanlah aku hambaMu yang benar-benar beriman dan bersyukur padaMu. Golongkanlah aku di dalam golongan mereka yang mewarisi syurga firdausMu.

Wahai pemuda! marilah sama-sama kita bangkit memperjuangkan kebenaran. Janganlah kita sia-siakan waktu muda dan kuat kita ini. Mudah-mudahan kita akan sentiasa mendapat rahmat dan redhaNya.

Ya, kisah aku belum berakhir. Episod kehidupan aku ini akan berterusan selagi mana ajal belum datang menjemput. Aku akan sentiasa mengingatkan diri ini agar sentiasa meletakan keredhaan Allah sebagai matlamat kehidupan aku ini. Jika aku berjaya, kejayaan itu adalah dengan keizinanNya dan jika aku mendapat kegagalan sesungguhnya ia adalah dengan izinNya.

Aku tidak tahu apa yang akan mendatang. Suka, duka, sedih, gembira dan sebagainya semuanya adalah datang dariNya. Aku juga seperti kamu semua. Mengharapkan kejayaan di di dunia dan akhirat.

"semoga kita semua mendapat kejayaan di dunia dan akhirat"

Dipetik dari blog sahabat:
Masterkey of Tarbiyah

Saturday, January 15, 2011

HUKUM TENGOK WAYANG



بسم الله الرحمن الرحيم
ya ALLAH,moga note ku ini dpt merungkai masalah sahabat2ku mengenai hukum tgk wayang ..

~~wayang????~~
sememangnya satu bentuk hiburan yg HOT pd masa kini..
tp adakah kita aware dgn pelbagai pendapat mengenai hukum tgk wayang???
sblm ini pon,saya masih tertanya-tanya apakah hukumnya..akn tetapi saya telah diajar dgn mengatakn hukum tgk wayang itu HARAM..

tp kenapa???
mengikut pendapat ustaz saya...sesungguhnya di situlah tempat berhimpunannya segala maksiat disitu...maklumlah suasana yg gelap menginduce lg mereka utk berkelakuan tidak senonoh(Nauzubillah)

namun, terdapat pelbagai pihak yg berkata,"ak tgk wayang sbb nk release tension dan bknnya nk wat benda tak bermoral tue"...itulah kata kebanyakan org..
malah...
ade yg berkata"bagaimana kalau saya tengok wayang bersama family???" adakah hukumnya masih HARAM!!!

wallahu'alam~~

maka pada hari ini,saya terpanggil utk BERKONGSI pendapat oleh Syeikh Dr Yusuf al-QaradhawI (ulamak tersohor dunia) mengenai hukum tgk wayang~~
Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi pernah ditanyakan mengenai hukum menonton filem di pangung wayang, jawab beliau :

لا شك أن (السينما) وما ماثلها أداة هامة من أدوات التوجيه والترفيه، وشأنها شأن كل أداة فهي إما أن تستعمل في الخير أو تستعمل في الشر، فهي بذاتها لا بأس بها ولا شيء فيها، والحكم في شأنها يكون بحسب ما تؤديه وتقوم به.وهكذا نرى في السينما: هي حلال طيب، بل قد تستوجب وتطلب إذا توفرت لها الشروط الآتية:

“Tidak syak lagi bahawa panggung wayang merupakan satu alat dari alat-alat pengarahan(directing) dan hiburan(entertainment), maka hal-ehwal (aktiviti) setiap alat ini dilihat samada digunakan untuk kebaikan atau keburukan. Maka ia diterima, dan tidak adalah masalah keatasanya. Maka hukum aktivitnya adalah menurut apa ia ambil dan lakukannya.

Dengan itu kami berpendapat bahawa pangung wayang : adalah halal dan baik, akan tetapi ia memerlukan dan meminta agar syarat yang dinyatakan wujud.
Syarat-syaratnya :-

1. Tajuk dan isinya tidak boleh bertentangan dengan Aqidah Islam, Akhlak dan Syariah. Ia tidak boleh mengandungi unsur seks, mengajak kepada jenayah, ajaran sesat dsbnya.

2. Menonton wayang tidak menghalang seseorang itu dari melakukan perkara wajib, seperti solat 5 waktu. Tidak boleh seseorang itu meninggalkan solat wajib, contohnya Maghrib semata-mata untuk menonton wayang. al-Quran memberi amaran keras kepada sesiapa yang berpaling dari mengingati Allah.

3. Elak dari bergaul diantara lelaki dan perempuan yang ajnabi (orang luar), elak dari fitnah dan juga bersyubhat, lebih-lebih lagi menonton didalam keadaan gelap.(tidak pasti maksudnya ape,mohon penjelasan drpd sahabat2 yg lbh mengerti,syukran..)

Jika syarat ini dapat dipatuhi, maka menonton wayang tidaklah di larang. Dr Ahmad Syarabasi mengatakan bahawa ia boleh dijadikan untuk memanafaatkan umat keseluruhannya, seperti menegakkan agama dan menunjukkan akhlak yang baik. Ada juga yang menyalah gunakannya dgn menggalakkan jenayah, seks, tekanan psikologi, etika dan korupsi sosial didalam masyarakat.

Kesimpulannya,beliau berpendapat umat islam diharuskan utk menonton wayang selagi tidak melanggari 3 syarat tersebut..namun,byk lg hujah2 yg dipertikaikan oleh ulamak2 mengenai hukum ini~~saya berharap dgn pendapat tersebut dpt memberi guideline kpd kita semua dlm pemilihan wayang2 yg hendak kite tonton.

Pendapat saya:

Cube tengok, adakah pawagam2 hari ini mengikut garis panduan tersebut? Apakah cerita2 yg ditayangkan mengandungi unsur2 yg baik dan mendidik jiwa? Adakah pergaulan antara lelaki & perempuan terjaga sewaktu menonton? Jika tidak, tak usahlah pergi membuang masa dan menambah dosa di pawagam. Banyak lagi kerja sebagai mahasiswa yg patut kita laksanakan.

Segala yg baik itu dtgnya drpd ALLAH,dan segala kelemahan dan kesilapan itu dtgnya drpd saya...wallahu'alam. Semoga kita dapat sedikit manfaat daripada perkongsian ini,insyaAllah.

sumber ini telah diterjemahkan daripada :
http://www.qaradawi.net/site/topics/printArticle.asp?cu_no=2&item_no=3589&version=1&template_id=232&parent_id=17

Wednesday, January 5, 2011

Minyak di Malaysia TAK PATUT NAIK!


(Sila klik pada gambar untuk besarkan)

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Sama-sama kita teliti dan fahami kaedah matematik yang dicadangkan oleh Prof. di atas berkaitan minyak Malaysia. Sama-sama kita fikir dan renung-renungkan.

Monday, January 3, 2011

Sediakan Dirimu Untuk Ditarbiyyah

Assalamualaikum wbt.

“Tempa jasadmu jadi pahlawan sejati, tuk tegakkan kalimah Ilahi..”

Masih terngiang-ngiang lagi lirik lagu ini dalam kepalaku. Aku cuba menghayati setiap bait lagu yang dinyanyikan oleh para peserta. Nyata, ianya memberikan suatu makna yang sangat bernilai buat diriku. Tahniah sahabat-sahabat yang telah memilih lagu ini. Bagiku, lagu ini cukup bermakna. Sepanjang berlangsungnya program, aku cuba menghayati apa yang cuba disampaikan dan apa yang dilalui oleh mereka. Ternyata, pada permulaannya amat sukar bagi mereka untuk melaluinya. Namun, apabila kefahaman mereka semakin jelas, akhirnya mereka rela untuk ditarbiyyah! Alhamdulillah.

Menghayati Kisah-kisah Perjuangan

Perjuangan untuk membawa Islam bukannya mudah. Lihat sahaja pejuang-pejuang Islam, bermula dengan contoh yang dibawakan oleh nabi Muhammad SAW beserta para sahabat, diikuti oleh tokoh-tokoh Islam zaman kontemporari seperti As-Syahid Imam Hassan Al-Banna, Zainab Al-Ghazali, dan ramai lagi, semua mereka melalui ujian yang sangat getir, yang mana ujian-ujian ini sudah pastilah tidak mahu dilalui oleh kebanyakan orang, kecuali bagi mereka yang telah menginfakkan diri untuk membawa Islam, menjadi salah satu di antara mata-mata rantai perjuangan Islam.

Baginda Nabi Muhammad SAW, dibaling batu-batu tatkala berdakwah ke Thaif, sehingga bertakung darah baginda dalam sepatu yang dipakainya walaupun Saidina Zaid Bin Harithah berusaha melindungi Baginda.

Zainab Al-Ghazali, seorang aktivis dakwah muslimah yang gigih menyeru manusia kepada Allah, telah menjalani fasa-fasa penyiksaan. Meremang bulu roma di saat mendengar kisahnya dikurung dalam penjara bersama-sama dengan anjing-anjing yang garang, yang bersedia membaham tubuh lemahnya. Meski demikian, keyakinanannya akan pertolongan Allah SWT, kelazatan iman yang dirasakannya, serta tekad yang membaja membuat ia terus bersabar.

Manakala, As-syahid Imam Hassan Al-Banna, pembunuhannya dirancang oleh pemerintah yang tidak senang dengan kejayaannya menubuhkan gerakan Islam Ikhwanul Muslimin. Bahkan, bukan itu sahaja yang dihadapi oleh Al-Banna, tetapi pelbagai tekanan diberikan selepas kematiannya. Selain rumahnya dirobohkan, kebimbangan pemerintah ke atas dakwah Ikhwan ternyata sekali apabila jenazah As Syahid tidak dibenarkan diiringi oleh sesiapa pun di kalangan lelaki. Jenazah beliau diiringi oleh para malaikat dan kaum ibu ke kubur. Lelaki yng mengiringi beliau hanyalah bapanya, Imam Abdul Rahman Al Banna dan Syeikh Makram Abid.

Kisah-kisah di atas menunjukkan kepada kita bagaimana orang yang terlibat dalam membawa risalah Islam sentiasa berhadapan dengan pelbagai kesukaran, mehnah dan tribulasi. Bagaimana kita hari ini? Sudah bersedia menghadapi kesukaran-kesukaran yang bakal ditempuhi?

Tarbiyyah Keras

Di sini, kami cuba meletakkan mereka di suatu keadaan yang tidak biasa bagi mereka. Satu keadaan yang dilihat agak sedikit “sukar” dengan kondisi yang mereka alami sebelum ini. Bukanlah niat kami untuk meletakkan mereka dalam keadaan sebegitu, namun itu adalah satu keperluan bagi mereka kerana kami ingin melihat bagaimana mereka menempuhinya. Sanggup atau tidak. Tarbiyyah berat. Kami tahu, anda bukan tidak boleh melakukannya, tetapi kami ingin melihat “kesediaan” anda semua. Kesediaan yang macam mana? Kesediaan untuk meninggalkan sedikit kesenangan untuk menempuh sedikit kesusahan. Apa yang senang? Apa yang susah?

Yang senang itulah yang kita telah lalui dalam kebanyakan hari-hari kita. Betul? Setiap hari kita dapat tidur dengan lena. Kita dapat makan makanan yang sedap-sedap dan mengenyangkan. Berpakaian cantik dan selesa setiap hari. Inilah yang kita lalui dan alami setiap hari. Adakah kita yakin kita dapat memperjuangkan Islam dalam keadaan yang cukup selesa dewasa ini? Belum pasti bukan? Yang susah macam mana pula? Sudah semestinya tidur yang tidak mencukupi, yang tak lena. Makan makanan yang tidak sedap dan tak kenyang. Pakaian basah, busuk dan kotor. Situasi ini jarang kita hadapi, malah ada yang tak pernah pun. Jadi, di sinilah “kesediaan” anda dinilai.

Hakikat Perjuangan Islam

Hakikat perjuangan Islam bukan mudah dan bukan senang. Hakikat untuk memperjuangkan Islam, kita mestilah bersedia untuk meninggalkan kesenangan yang kita perolehi untuk menempuh kesusahan dengan melihat akhirat itulah kesenangan yang sebenarnya, bukan dunia yang fana. Jika sekiranya kita tidak bersedia menempuh kesusahan itu, usahlah kita labelkan diri kita sebagai pejuang agama Allah. Firman Allah yang bermaksud:

Wahai orang-orang Yang beriman! Mengapa apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada kehidupan akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak. (At-taubah :38)

Adakah kita sudah ditarbiyyah?

Maka pada hari ini, sudah semestinya kita sebagai salah satu daripada mata rantai perjuangan Islam yang telah dimulakan oleh orang-orang yang terdahulu menyediakan diri untuk ditarbiyyah. Tarbiyyah mempunyai pelbagai kaedah dan bentuk. Dan, yang pastinya, tarbiyyah mestilah disertakan dengan niat yang ikhlas kerana Allah. Yang pastinya, tarbiyyah yang dilalui ini mestilah mampu mengubah segala perkara yang tidak baik yang ada dalam diri kita kepada perkara yang lebih baik. Jika sekiranya kita masih di takuk yang lama, tiada perubahan baik dari dalam diri atau organisasi, kita sebenarnya masih belum lagi ditarbiyyah. Ingat, tarbiyyah bukan bergantung kepada banyakknya program, kem dan sebagainya yang kita lalui. Tetapi, sejauh mana diri kita berubah setelah melaluinya, itulah tarbiyyah yang sebenar. Jangan menyangka bahawa kita sudah ditarbiyyah jika kita masih tidak berubah.



Berubah dari:

Tidak menepati masa kepada lebih menepati masa.

Kurang mengambil berat kepada sahabat kepada lebih mengambil berat.

Kurang kebersamaan kepada sentiasa mementingkan kebersamaan.

Kurang bertanggungjawab kepada lebih bertanggung jawab.

Sahabat sahabiah yg kucintai kerana Allah,

Melepaskan sedikit kesenangan untuk melalui sedikit kesusahan adalah tarbiyyah buat pejuang-pejuang Islam. Hakikatnya, ia bukan mudah dilakukan serta memerlukan mujahadah yang tinggi. Semoga kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang sedang berusaha untuk menyediakan diri sebagai abnaul harakah,abnaul jamaah.