tukar..

setelah sekian lama aku tak buka blog,akhirnya aku buka juga hari ni..Alhamdulillah,majlis perkahwinan dan majlis sambut menantu berjalan dengan lancar..ramai kawan2 yang telah sudi meluangkan masa datang ke majlis tersebut..terima kasih yang teramat sgt aku ucapkan kepada semua yang hadir..

nak baca entry pasal majlis tu bolehla lawati blog wife aku ataupun blog adik ipar aku..

kemungkinan besar aku akan tutp blog ni,sebab aku dah ada domain sendiri..hehe..upgrade sikit kehidupan blogging aku..blog tu masih baru lagi,tak de entry sgt lagi,tapi still korg boleh usha dan tinggalkan komen..

untuk meng'usha',klik kat sini..

apapun,aku ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang sudi luangkan masa baca blog ni..kalau diizinkan,ada masa,blog ni akan aku update juga kot..tengoklah keadaan camna..

p/s-bahagia sgt bila dah kahwin..kawan2,daripada kapel lama2,baik kawen..hehe

sorry..

aku dah agak benda ni akan jadi..apa dia?

majlis aku dah tak lama dah lagi..kad2 pun aku dah pos,ada juga yg aku bagi by hand..n ada juga yg aku miss,terlupa jemput..maka dengan itu,ada la juga yg terasa hati ngan aku..1st of all,aku nak minta maaf sgt2 pada mana2 member aku yg belum lagi terima jemputan n kad aku..pada yg aku dah jemput,tapi tak bagi alamat,camna aku nak pos kad..

so dengan rasa berbesar hati,aku nak jemput semua kawan2 aku,baik yg aku kenal dari Asrama Semai Bakti Kelana Jaya,SMK Damansara Utama,SM Sains Selangor,Matrik N9,Universiti Malaysia Terengganu,masa aku kerja kat Kementerian Pelajaran,yg kerja kat Perbadanan Harta Intelek,rakan2 blogger,dan sape juga la yg kenal aku..


p/s-sekali lagi aku nak minta maaf sgt2 kalau ada yg belum dapat kad n ada yg aku tak jemput sebelum ni..skrg ni,aku jemput semua org sekali lagi..sape2 yg nak kad,tapi belum bagi alamat,email kat aku:kayghani@gmail.com..kat ofis facebook n frenster tak leh buka,rumah lak streamyx problem..aku sgt tak sihat skrg ni..demam nak kawen kot..tapi demi kawan,aku gagahkan juga diri..aku kat mana sekarang?cc jela jawabnya..

sekali lagi,sori sgt2....

terima kasih cikgu..

masa berlalu pantas..masih lagi aku teringat zaman aku sekolah dulu..terima kasih sgt pada semua guru2 yg telah susah payah mengajar aku menjadi insan yg berguna..dan sekarang ni ramai juga member2 aku yg jadi cikgu..tahniah aku ucapkan sebab korg memang hebat sebab menggalas tanggungjawab besar mendidik anak bangsa..

kenapa aku tak nak jadi cikgu?aku ni bukan pemarah,tapi bila time mengajar,memang aku garang yg amat..adik aku kalau tanya soalan ngan aku,konfom nangis2 bila aku ajar..lagipun cuba korg bygkan jawapan2 macam ni yg korg dapat bila buat test..

soalan biologi:





soalan math:





soalan fizik:



pada guru2 semua,aku tabik spring pada korg..

p/s-ramai member2 laki aku nak jadi cikgu sebab nak jadi macam Great Teacher Onizuka(GTO)..sape GTO tu?tanya pakcik google ye..

sumber gambar:Funnyexamanswers

akhirnya..

1.akhirnya semalam aku dah dapat kunci rumah sewa baru..maka berakhirlah penantian aku selama ni yg memang nak pindah dari rumah sewa aku sekarang..antara faktor2 yg buat aku nak pindah cepat2..

a.bukan nak kata aku baik sgt,tapi aku perasan selama 1tahun aku duk rumah tu,aku sorg je yg solat..kalau dulu,ada la jg adib..mungkin juga aku tak perasan diorg solat,tapi kalau dah hari cuti tido sampai petang,kalau hari kerja lak,balik kerja terus tido..nak nasihat pun semua dah besar..ajak solat macam ajak org gi berperang..

b.pengotor sgt..semua pandai buang sampah..tapi tak pandai pulak nak ikat plastik sampah tu n angkut gi buang kat tong sampah besar..kalau aku tak buat,maknanya berulat kat situ la..tak de semangat 1 rumah langsung..kalau dulu adib la paling rajin bab2 kemas2 ni..tandas tak yah cakap la..faham2 sendiri jela..

selama setahun lebih aku tahan perasaan..nak pindah cepat2..biar diorg rasa kekurangan bila aku tak de..dah la selama ni aku juga yg urus asal sewa rumah n bayaran bil..padan muka korg..hehe..tapi aku ucap terima kasih juga la kat jat,adib n daus..sebab diorg terima aku masuk rumah tu dulu..

bakal wife aku seorg yg pengemas..so hati aku dah tenang dah..at least tak dela aku terkontang kanting sorg nak kemas rumah..dan beliau chumel sgt..terima kasih..hehe

2.aku terbaca kat blog dik an..pasal plagiat..klik je kat nama dia tu,leh baca entry pasal benda tu..kalau aku kat tempat dia pun aku panas hati..aku kerja kat tempat yg mmg mementingkan hakcipta seseorg,so benda2 meniru karya org ni mmg aku tak leh terima la..

3.hari ni aku mengantuk yg amat..menguap je dari pagi..nak tido serba salah,sebab hari Isnin..dah la pakai baju korporat,gi bantai tido lak..kalau ada visitor,tak ke haru biru aku..tunggu lunch hour la..akan ku bantai tido puas2..

p/s-menghitung hari nak kawen..kurg dari sebulan je lagi..gumbiranya..hehe

nak lajukan performance pc,klik sini!

bogel..

1.syukur sgt2..sekarang ni semua persiapan kahwin aku dah hampir nak setel..ada sikit2 je lagi..n prepare tuk any emergency..aku harapkan majlis aku nanti berjalan dengan lancar..dimudahkan segala urusan..

2.semalam dengar fly fm..tak pasti apa yg jadi,tiba2 dj dia melatah "oh..mak kau"..aku ingatkan bila dengar radio yg bahasa rasmi dia bahasa mat saleh,semua pun akan guna bahasa mat saleh juga..tapi macam pelik pulak kalau dia kata "oh..your mother"..

3.pagi tadi sempat tengok MHI..ada 1 berita ni yg aku rasa cukup kelakar..seorang pemuda ditangkap oleh 3org warga emas sebab masuk rumah mereka dalam keadaan bogel..yg aku tak leh blah,dia berbogel sebab ilmu pukau dia akan menjadi kalau berbogel..sekali tak jadi la pulak..ambik ko,kena tangkap dan dimalukan..

p/s-internet slow la..hangin 1 badan..




Maha Suci Allah..

aku ada baca 1 artikel kat 1 blog ni(sila klik sini)..aku selalu kalau baca artikel yg panjang2 ni,mesti separuh jalan je..tapi artikel ni buat aku nak stay baca sampai habis..Subhanallah..tu je yg terucap..hebatnya Allah menciptakan manusia..ada 1 perenggan tu buat aku tersenyum..

"Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit manusia. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan, yang masih tertinggal warnanya
hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam,tetapi warna
kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan."


buat semua,ambil masa..5minit jadi la..baca artikel ni,n sama2 la kita mengucapkan Allhamdulillah..Thank you Allah..

klik sini untuk artikel itu..

Canon FS100 Camcorder with 4GB

tolong..

1.semalam member aku kata hp dia hilang masa dia tido kat ruang tamu..haruskah aku cuak?sepanjang 1thun lbh aku duk rumah tu,tak pernah ada brg yg hilang(kecuali air mineral n air tropicana twister aku yg habis,tak tau sape tibai)..member aku suspect budak yg baru pindah masuk tu..ntahla..aku tak berani nak main tuduh2 ni..

2.susahnya nak mencari rumah..sape2 yg ada rumah@apartment@flet tuk disewa,inform la kat aku..kalau boleh nak yg dekat ngan LRT Putra..sewa dalam RM500..agak2 ada tak?

3.awal bulan,tak dapat file lagi..so tak de kerja sgt..tapi bosan tahap gaban..sebab facebook kena blok..tensen je rasa..bosan2 je,dah tak tau nak buat apa..nape la gi block fb tu..tak mengganggu prestasi kerja pun..

p/s-semalam ada gegaran ek?nape aku tak rasa lak..ke gegaran tak smpai kerinchi?tapi syukur juga tak de gegaran..mana tau kot2 jadi pape kalau bergegar..

p/s-aku nak letak gambar pencuri..try google,tapi gambar tak keluar sebab flickr kena blok..adoiyya..

puasa dah,raya dah,puasa lagi la pulak..

salam sejahtera..agak lama menyepi..aku puasa,blog pun puasa la juga..mana boleh lawan tuan,ye tak?lagi sekali blog aku tukar wajah..saje suka2..bukan kena bayar pun nak tukar wajah camni..kalau berbayar,2 3 kali juga aku fikir..

PUASA
puasa dah lama habis..tapi aku rasa tak semua org membawa amalan bulan puasa ke bulan2 lain..banyak beribadat masa bulan pose je..bulan lain,graf ibadat jatuh merudum..apa nak jadi ni..
aku sempat berpose n berbuka ngan family aku aku..Alhamdulillah,tahun ni pose cukup..soalan lazim bulan pose ni..

"kay,pose tak hari ni?"

aduh..soalan apa ni..pose la..lagipun aku lelaki,tak de alasan yg kukuh nak skip pose..tak kan aku nak kata aku uzur..sempat juga aku merasa bubur lambuk masakan mak aku..memang terbaik,marvelous,superb la..menu wajib tiap kali pose..aku tak pernah rasa bubur lambuk kg baru..sedap ke?

org lain,dekat2 raya semua sibuk nak beli persiapan raya..tapi tahun ni aku tak de feeling sgt pada semua tu..sbb aku sibuk membeli persiapan kawen aku..hehe..hampir sepenuhnya ready..tak sabar lak rasanya..

RAYA
raya kali ni aku sambut kat KT..so tak dapatlah nak beraya rumah awek aku..so sorry my dear..tak pela..ni tahun last beraya solo..tahun depan kita pose bersama,raya bersama..

seronok ayah aku bila tahun ni dia tak yah drive keter..aku dengan hepinya jadi driver family aku..cakap je mana nak pergi,aku akan bawa..sekali sekala tengok ayah aku rilek gitu,aku hepi..

sambutan raya kali ni tak lama..aku kena setelkan banyak benda..borang kawen,ujian hiv..tapi semua dah setel,so boleh la rilek sikit bulan 10 nnti..

PUASA
aku rasa aku tak pernah puasa 6 Syawal dengan cukup..rasanya la..tahun ni nak bagi cukup la..jom la kawan2,kita pose 6..ia dpt menampung serba sikit kurg masa kita pose bulan ramadhan..

p/s-entry panas enjin je ni..tu yg citer ala2 je..




mmmm..

syuhhh..syuhhhh..ni apa lepak2 dalam blog aku ni..kesian blog aku,dah dipenuhi ngan semak samun n binatang liar..

bertemu kembali selepas dah lama giler tak update..aku nak rangkumkan semua citer dalam 1 entry..

1.tok guru aku(refer entry sebelum ni,klik sini)dah meninggal dunia bulan lepas..kata mak aku,sesak nafas..sedih bila teringatkan arwah..ayah aku selalu citer,kalau jumpa arwah kat mana2,mesti tanya pasal aku..banyak sgt jasa arwah pada penduduk felda aku..semoga Allah memberkati dan menempatkan arwah di kalangan hamba2Nya yg beriman..

Al-Fatihah..

2.ofis aku telah buat Family Day bulan lepas,kat Tiara Beach Resort,PD..best..walaupun lokasi bukan kat tepi pantai..yg penting semua org enjoy..a few pics from my collection..
awal lagi masa ni..ajk bergambar dulu..
dapat hadiah sebab baik hati..hehe
budak ni nak rasa air tu sejuk ke tak..
acara simbah air..sape basah,dia menang..

3.next weeknya ada kejohanan sukan kementerian..aku terpilih tuk team volleyball..bukan terer mana pun main..awal2 bersemangat giler..tapi dapat main kejap sgt..tukar ngan player lain..
gaya dah atlet dah,tapi kalah..haha

4.member ofis aku kawen..1st time aku sampai Sg.Besar..biasa dengar nama je sebab bos aku dulu(Masa kerja kat Putrajaya)orang sana..yg best pasal member aku ni,dia sorok hbgn dia ngan hsband..semua org tak tau sampaila masa diorg bagi kad kahwin..tahniah buat ain n abg fadzil..
pasangan pengantin yg sweet..bak kata awek aku..

5.hari tu bday mak aku..macam biasa,awal2 pagi aku dah call,wish hepi bday n selamat hari ibu..n macam biasa la,mak aku akan nangis..tak tercapai lagi impian aku nak balas jasa mak n ayah aku..bila la agaknya..

6.tahun ni aku dapat hadiah bday yg best..sepasang baju nikah..hehe..nanti la aku upload gambar..

ambik ko..sekali 1 entry aku citer semua..seringkas yg mungkin..kalau nak kira citer betul2,panjang lagi ni..sempena bulan pose ni nak wish Selamat berpuasa la..banyakkan amalan..mana la tau,kot2 ni ramadhan last kita..

p/s-kalau tak niat pose,jangan anggap korg tak leh pose lak..tu bongok namanya..

tutup..

dah lama sgt aku tak update blog..ada yg lebih penting dari blog ni..aku tengah buat perkiraan..mungkinkah aku patut tutup blog ni?buat sementara waktu ni,ia akan ditutup dari sebarang penulisan kucar kacir aku..bye2 semua..