Friday, April 17, 2009

KU SANGKA MAY RUPANYA APRIL







Syukran!syukran!syukran!Jam Di dinding menunjukkan pukul 4p.m,Nana ckp kt aku,bee,i dah start contraction,fuhh,nasib baik aku xmemulakan perjalanan ke Kedah lg,dgn kadar pantas dan segera,Caldina di depan rumah,aku panaskan enjin,aku tau confident diri aku utk pemanduan ala Kimi Raikonnen,Haha.!aku terus menuju ke Az-Zahra Hospital,dari Putrajaya,hingga ke Bangi aku cuma ambil 5minit prjalanan,dlm hati terer jgk aku nih,Perasan!Smp di Az-Zahra,Doktor ckp,"En.Amer,ur wife da bkk 3cm",Dalam hati aku,owh my god,Tuhan punya kuasa,cuma menanti masa dan ketika yang sesuai,tepat jam 8mlm,Nana dimasukkan ke dalam Labour Room,aku berdebar tanpa henti,Kaum keluarga,sahabat handai,semuanya sudah smp di Hospital,terima kasih atas segala sokongan dari mereka.Salute habis!Tepat jam 3.30a.m,Doktor menyiapkan segala alat kelengkapan untuk mengeluarkan sesuatu di dlm perut yg sudah tersimpan selama 9bulan itu.Aku nk msk dlm Labour Room,Confident diri xtinggi,takut Dr kena ubat aku plak lepas tuh.Hee,tp aku gagahkan jugak,Bak kata org putih,"i know my limit",Selepas bertarung kurang lebih 8jam,A'dulillah,suara tangisan ala buluh perindu sudah kedengaran,mcm mimpi,Tepat jam 4.04a.m,15 April 2009,Darah jenis O,Berkulit merah ala2 tomato,dgn berat 3.45kg,Adam Ahmadinejad sudah melihat dunia.Aku Dah jadi seorang ayah,Ya allah,indahnya dunia,Dgn titisan air mata,aku azankan dia,aku mula sedar yang Adam Ahmadinejad ini berbinkan Khairil Muzamil..Terima kasih tuhan atas anugerah yg tidak ternilai ini.Aku bersyukur.!

Sunday, April 12, 2009

Ziela...Sebentar yaa.





Gmbr2 sekitar perkahwinan Wan&Ziela di Melaka,yg johor nnt dulu nnt dulu,nnt hilang seri kata org tua!haha,suprise!

p/s:kalau nk yg non editing,jemput ke rumah,jgn lupa bwk pendrive yer,tp bkn semua nih.huhu!

Friday, April 10, 2009

Samseng sangatkah mereka?

http://www.youtube.com/watch?v=YgPLp3XeUKo

"Pertubuhan Kebajikan&Dakwah Islamiyah Malaysia(///)",Ditubuhkan untuk membantu sesama ahli,tetapi mungkin ada pandangan dan pendapat yang berbeza boleh menyebabkan berlakunya pergeseran sesama kita.Ayuh,kita ungkaikan segala ikatan,kita hadir dari pintu yang sama,dari loceng yang merah,dari pintu yang disilang pedang,buat Pakatan rakyat,teruskan perjuangan,i'allah kita cuba satukan pemahaman kita.Buat Abg Rakhi,kalau perjuangan seperti ini dapat diperjuangkan didalam lorong yang benar,pasti akan hadir bunga dalam hati ayahanda kita.(Tikam Batu)/Rapat Setia..

Thursday, April 09, 2009

Apa ada pada A?


A,hanya satu huruf kosong yang penuh makna dalam hidup aku,dgn panggilan nama yang cukup indah sehinggalah kepada nama seorang presiden yang cukuh gah dimata dunia.AHMADINEJAD(presiden Iran).Aku teringat dgn satu petikan kata beliau,tentang pandangan&pendapat terhadap Perdana Menteri baru Amerika Syarikat.

Ramai org Islam percaya yang Barack Hussin Obama adalah orang kafir yang lembut terhadap Islam,tapi tidak bg Dr.Ahmadinejad,beliau menyatakan bahawa,"Tidak kira baik mana pemimpin itu terhadap dunia Islam,Obama tetap hadir dari lubang yang sama,iaitu Amerika Syarikat",Renungkan,Aku sengaja mengajak sesiapa sahaja yang tergerak hati utk menghayati tulisan ini,marilah kita beramai2 memikirkan tentang apa ada pada percaya.!Fikirkan..A itu akan menghasilkan impak yg cukup besar dalam hidup aku.!


p/s: Adam Ahmadinejad,kami menanti kehadiranmu.

Wednesday, April 08, 2009

Ir.Nizar Jamluddin(TaBik springg)

"Woi,Nizar ada sini woo!"Jerit seorang pemuda cina dlm bahasa mandarin kepada rakan-rakannya.Bertempat di sebuah pasar malam,Kota Jaya,Simpang,Taiping baru-baru ini.Dengan pantas para peniaga&pengunjung memanjangkan leher meninjau-ninjau kehadiran Menteri Besar yg penuh dgn kredibiliti itu,walaupun ada sekalian Umno tidak mengiktiraf beliau.Biarkan mereka!gila!xpernah cukup!Ramai orang2 melayu di situ terpinga2 dengan sambutan yg diberikan kepada DS Ir.Nizar Jamaluddin,bangga aku tengok.Hadir lagi seorang pahlawan Islam di dlm medan perjuangan yg cukup sempit ini.Malam itu Nizar mengenakan baju kemeja kotak2 berwarna hijau,berjenama CK barangkali,seluar hitam bersama kasut hitam kilatnya,aduh,terpersona org disekeliling dgn kehadiran pemimpin besar itu.teruskan perjuangan,jgn undur dan terus mara ke hadapan.kami sentiasa di belakang DS.Tahniah,Bukit Gantang,anda telah buktikan kuasa rakyat lebih hebat dari gelombang Sumatera.Gegarkan Malaysia dari lena yang panjang,aku menulis dari hati yang penuh gembira.Penat lelah semua akhirnya terhasil.itu janji Allah pada kita.

p/s:Kembailikan MB kami semula.(DS Ir Nizar Jamaluddin)
Kami xmahu Zambri(Obama M'sia),perasan,mamak Maulana bwh ofis aku seribu kali handsome pada dia.Perasan xabis.

Sunday, April 05, 2009

Menchester oh Menchester


"Sehari sebelum perlawanan"
Ternampak seorang jurulatih sedang memberikan arahan&pandangan kepada anak2 buah di tepi padang.
"Saya dah naik muak dan bosan dgn team kita.Asyik!asyik!..menang.Tak fight laa mcm nie,apa kata,nnt kita bagi team lain menang plak,lagipun kota dah selesa sangat kat depan,xda saingan.Bukannya diorang boleh kejar pun,bagilah diorang happy sikit,kan dapat pahala nanti!Man u dah xda saingan lngsung,penat asyik menang jaa..Kali nie kita bg team lain menang plak.Van der Sar,kamu main 20% jaa..Lepas gol byk2..xpa,diorg dah xlarat nk kejar pn..Liverpool seronok sangat pun sbb kita bagi menang.apa daa.!Perasan.

p/s : Kita tgk siapa juara liga nanti,senang cerita lah..!

Makan hati

Me(Topeng PresiDent) Wan Azizah(PKR President)
Pasti ada pemuda2 tahan lasak yang makan hati..!haha..ini lah perjuangan namanya.xmau cerita lebih,walaupun aku tahu bapak mertua aku musuh ketat di Bukit Gantang aku akan pastikan dia memeluk bulan satu hari nanti..xgitu Pak Hamid,..!Dulu dgn anak,sekarang dgn mak plak.

Hati-Hati


Malam semalam aku dapat satu sms

"saya sokong awak jadi ketua pemuda Dato Mukhriz"

Dah tgh2 malam satu sms lagi masuk

"ala..kalah plak...xder cable laa kita mcm nie..!


p/s:Rasa mcm nk lempang pn ada..alah xda Umno pn kita blh hidup...

Malas nk msk campur,gila..!!

Gud luck Pakatan Rakyat..


Takbir...!!!

Saturday, April 04, 2009

Umrah


Pagi ini,sedar dari tidur yang panjang,memikirkan satu perkara yg cukup indah pernah hadir dalam hidup aku..!Umrah!Cukup indah,haha,alan,gua doakan lu selamat beribadat dan selamat pulang dari kota suci MEKAH&MADINAH..I'allah,aku doakan yang terbaik utk hang..Jgn lupa pesanan aku malam td,kita jahil di mata tuhan,tapi kita wira di mata mereka yang rasa hebat di mata manusia..selamat tiba ke Kota Suci.Sampaikan salam aku pada Rasulullah S.A.W..I'allah.

Friday, April 03, 2009