Dirikum tidak lama lagi usia mu akan genap 16tahun. Mengikut tarikh Hijri, dirimu lahir pada tanggal 16 Rabi'ul Akhir 1414 hijrah. tiggal dua hari saja lagi sebelum umur mu genap 16 tahun. terasa begitu cepatkan masa berlalu? Seperti baru semalam kau mula belajar bertutur, belajar berjalan. Rupa-rupanya kau sudah besar panjang dan kini bergelar remaja puteri. ALHAMDULILLAH!
Diriku,
Sedarlah, kau hanyalah makhluk ALLAH yang lemah. kau sepatutnya bersyukur kerana dianugerahi nama yang cukup indah, rupa yang sempurna, fizikal yang tiada cacat celanya, jua kecerdasan akal serta jasmani. Tahukah kau, semua itu adalah rahmat Tuhanmu Rabbul a'lamin!ALHAMDULILLAH! bersyukurlah kamu di atas semua nikmat tersenut. jangan pernah kau leka dengan semua itu. keranamatlamat hidupnu hanyalah kerana ALLAH!
hanya lah untuk ALLAH tuhan sekalian alam"
Diriku yang dianugerahi kelebihan akal,
Kau kini berada di alam remaja. Mungkin kau fikir, inilah masanya untuk kau berhibur, untuk enjoy.. TIDAK!!! Tidak wahai diriku. Jadilah seorang Rijal sejati yang bermanfaat kepada agamamu! Gunakanlah kudrat tenaga mudamu untuk memperjuangkan kebenaran Islam. ingat, kau bukan anak kecil lagi. Kau sudah baligh dan tahu berfikir. Gunakan kepintaranmu yang dianugerahi NYA itu untuk membuktikan sinar Islam. Teruskan perjuanganmu sayang!
Diriku yang dirahmati ALLAH,
Bersyukurlah kau dianugerahi wajah yang sederhana. Janganlah kau gunakan kelebihanmu itu pada jalan yang salah. Kau harus tahu diriku, insan bernama lelaki semuanya sama. Mereka itu golongan HIPOKRIT! Jangan sekali-kali kau terpedaya dengan kata-kata manis mereka atau dengan kebaikan budi mereka. Itu semua hanya kepura-puraan mereka untuk menjeratmu dalam perangkap CINTA! Ingatlah ALLAH telah berfirman :
perempuan yang baik hanya untuk laki2 yang baik"
Diriku yang dihormati,
Bersyukurlah di atas segala penghormatan yang diberikan kepadamu. Janganlah kau manfaatkan penghormatan tersebut pada jalan yang salah! Ingatlah diriku, setiap amalan pekerjaanmu tetap akan dinilai ALLAH walau sekadar sebesar zarah. Tiada satu pun yang terlepas dari pemerhatiannya! Jadi, pastikan setiap amalanmu disertai niat yang ikhlas kerana ALLAH! INSYAALLAH!! Berusahalah kamu untuk mencontohi Sunnah Rasulullah. Kua pun tahu, Baginda adalah semulia akhlak. Jadikan baginda sebagai contoh tauladanmu. Kerana bagindalah pembawa kebenaran!
Akhir sekali diriku,
Sentiasalah menghormati orang lebih tua darimu. Tidak kira siapa dia atau bagaimana akhlaknya. Hormatlah dia semampumu. Kerana itu sangat baik bagimu. Peliharalah hubunganmu sesama temanmu! Agar kau tidak menyesal di kemudian hari..
Sekian sahaja diriku, ku coretkan secicip kata ini khas buat dirimu. Semoga ia mampu menjadi pedoman buatmu. INSYAALLAH!!!
written by Khaalah Fitri on 14 Rabi'ul Akhir 1430, 0835