Friday, November 22, 2013

Donat gebu




Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pengunjung KPY.

Dah lebih 5 bulan tak mengupdate apa-apa kat wall ni. Nasib baik ingat lagi pintu masuk kat dapur sendiri . Kalau tak masalah besar. Malam ni kita lupakan sekejap hal-hal kerja yang tidak pernah habis. Masa cuti panjang ni la rasanya baru lapang sikit. Sedar tak sedar seminggu telah berlalu. Alhamdulillah , ada juga urusan yang telah dapat diselesaikan.

Lewat petang tadi KPY telah mencuba resipi donat dari buku Alex Goh. Sungguh gebus walaupun merupakan percubaan pertama dan tidak mengikut langkah yang sebetulnya.Sorry ya chef.


DONAT GEBU
 
sumber: ALEX GOH
BAHAN-BAHAN
( A )
  • 300 g tepung high protein
  • 200 g tepung gandum biasa
  • 10 g garam
  •  60 gula
  • 20 g susu tepung ( utk masakan )
  • 1/2 tbsp baking powder
  • 3 1/2 tsps yis segera
( B )
  • 2 biji kuning telur( egg yolk ) * tapi masa buat tu termasuk 2 biji penuh.patutlah lembik sikit dan terpaksa         tambah tepung.
  • 280 ml air sejuk dari peti ais
( C )
  • 50 g shortening
Cara membuat:
  1. Campur semua bahan A dalam pemutar dan gaul hingga sebati. Masukkan bahan B dan putar hingga menjadi doh.
  2. Masukkan bahan C dan putar sehingga doh jadi lembut dan licin.
  3. Tutup doh dengan kain lembab dan biarkan selama lebih kurang 1/2 jam  - 45 minit atau sehingga doh mengembang.
  4. Ambil segenggam tepung dan tabur atas papan pencanai. Ambil doh tadi dan canai setebal 10 mm kemudian terap dengan acuan donut.
  5. Rehatkan doh yang siap diterap tadi lebih kurang 15 minit sebelum digoreng. Gunakan api perlahan semasa menggoreng. Goreng sehingga keperangan , toskan dan tabur dengan gula castor.
* cara membuat tu tak ikut betul-betul resipi asal. itu cara yang saya buat.

 

Thursday, June 6, 2013

Kek Kukus Pelangi Kasih





Assalamualaikum dan  selamat sejahtera buat rakan-rakan . Lamanya tak kemas kini blog. penyakit M begitu menebal sekali . Ditambah dengan tugasan yang tak pernah selesai.Menjadikan diri ini begitu beralasan sekali. Tapi apa-apapun jom layan kek kukus pelangi kasih ni. KPYbuat untuk dibekalkan pada anak saudara yang nak balik ke kampung.


KEK KUKUS PELANGI KASIH ( lebih kurang je dengan bahan untuk buat kek african )


Bahan-bahan :
5 biji telur grade A
200 gram gula kastor
270 gram tepung gandum * ayak
1 sudu kecil baking powder * ayak
1 sudu besar ovalette ( 35 g )
150 g susu cair

40 g susu pekat manis
1/2 sudu kecil garam
100 g minyak masak
1 sudu kecil esen vanilla
pewarna makanan - KPY guna warna -warna pelangi.

Cara-cara.

1. Panaskan pengukus. Letak air lebih daripada separuh periuk.
2. Masukkan kesemua bahan kecuali minyak masak ke dalam pemutar.

3. Putar adunan sehingga sebati dan menjadi warna putih serta tidak berketul-ketul.
4. Masukkan minyak , putar atau boleh gunakan teknik kaup balik dengan spatula.
5. Bahagikan adunan dan letakkan  warna-warna pilihan.
6. Lapik loyang dengan baking sheet ( loyang 10 inci - KPY guna loyang 12 inci utk 2 adunan tetapi tebal sangat ). Tuang adunan satu persatu sehingga habis .
7. Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 45 minit atau hingga masak.
8. Setelah masak , buka aluminium foil dan biarkan 5 minit kemudian terbalikkan atas redai / rak besi.
9. Dah sejuk bolehlah dipotong.Tapi KPY tak tunggu sejuk sbb tak sabar nak tengok kejadiannya.

* Boleh juga letak apa-apa perisa dalam adunan.


SELAMAT MENCUBA

Thursday, April 11, 2013

Kek Karamel

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat kawan2 semua.

Pagi yang mendung ketika ini di sini.Jom layan gambar kek karamel yang KPY buat untuk pertama kali pada penghujung tahun lepas. Kek yang sedap . Nak-naknya dimakan ketika sejuk.

Resipi nanti KPY masukkan kemudian.


Wednesday, March 13, 2013

N3 sulung 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pengunjung ketuharpanasyatie.

Setelah berbulan-bulan tidak menulis atau mengupdate apa-apa cerita di sini, akhirnya hari yang bertuah ini diri ini mendapat sedikit kekuatan . Tapi nak cerita apa ya?

KPY masih lagi aktif dalam aktiviti masak memasak ni. Cuma semangat malas utk menulis di blog tersangat menebal. Disokong oleh masa yang sangat mencemburui dengan tugas-tugas di sekolah , jadi urusan mengupdate blog tertunda sekian lama.

Antara sebab diri ini begitu sibuk konon-kononnya adalah:
- sibuk memasak untuk keluarga ( betul ke?)
- sibuk menyiapkan tempahan ( macam banyak - tapi utk 2/3 bulan bolehlah cover oven yg baru beli )
- sibuk urusan kerja ( ini betul )
- sibuk baca novel ( tu pun ngendeng voucer buku orang - masih ada 3 novel yg sedang menunggu)
- sibuk ( buat-buat sibuk ha ha ha )

* gambar kat atas tu tiada kena mengena dengan ini cerita. Saja nak tunjuk tempat lahir KPY je!