Thursday, June 28, 2012
Tetiba Mengidam.
Assalamualaikum......Selamat Pagi semua.
Tetiba pulak tekak ni nak makan sesuatu yang manis . Yang kat bawah tu pun senang jugak nak buat.
Resipi Yatie dah ada postkan sebelum ini dalam label: resipi ( jom masak bersama KPY)
Bye-bye . Nak ke dapur pulak nak buat kuih kat atas tu. Yg tu dah lama habis.
Wednesday, June 27, 2012
Kek Pisang Wangi
Assalamualaikum dan selamat pagi semua....
Alhamdulillah . Masih boleh meneruskan aktiviti harian sebagai guru dan juga suri rumah separuh masa. Tapi urusan membaking dan memasak untuk tempahan memang KPY dah stop buat sementara ni sehingga kesihatan pulih kembali. Lepas ni pun kena tapis-tapis untuk terima order.
Pesanan buat kawan2 yang memang mengambil tempahan yang banyak tu kena hati-hati sikit. Sememangnya kita akan duduk atau berdiri untuk satu-satu tempoh masa yang lama. Nak-nak di musim raya yang bakal menyusul tak lama lagi. Ini yang berlaku pada diri sendiri sebulan yang lalu bila tiba-tiba sewaktu bangun tidur terasa pergerakan yang kuat sekitar punggung dan belakang. Sakit tak terkata. Selepas operation nanti baru Yatie tuliskan ya.
KPY untuk tahun ni memang tak terima tempahan kecuali untuk kegunaan sendiri tu buatlah agaknya. Tengok jugak pada kesihatan , kalau terlalu sakit dan tak boleh nak fokus , macam mana nak buat kerja.
Sakit yang Allah berikan tu ada hikmah disebaliknya. Yatie pun rasa tenang , tak sibuk macam dulu , tak stress nak siapkan order. Kadang-kadang tu terima order sebab kesian . Orang dah merayu-rayu , nak tolak tak sampai hati.
Pesanan akhir untuk kawan-kawan jagalah kesihatan. Jika sakit semua benda tak boleh nak diselesaikan....Hargailah waktu sihatmu sebelum tiba waktu sakit.
Berbalik pada gambar kat bawah tu , sempat jugaklah KPY buat kek pisang yang simple tapi sedap untuk dibawa ke sekolah sempena birthday Isnin lepas.
Bahan:
4 biji pisang ( yati guna pisang rastali- dilenyek) - guna pisang yang manis2 gitew.
3 biji telur ( saiz A )
1 3/4 cawan tepung naik sendiri *
1/4 cawan tepung jagung *
1 cawan gula perang
1 cawan minyak masak
1 tsp soda bikarbonat *
1/2 tsp baking powder *
secubit garam *
Cara:
1. Pukul telur dengan gula hingga kembang.
2. Masukkan pisang yang telah dilenyek. Putar.
3. Masukkan semua bahan bertanda * yang telah digaul ke dalam pemutar.
4. Masukkan minyak masak. Sama ada nak terus putar atau kaup balikkan dengan spatula.
5. Bakar lebih kurang 45 minit - suhu 180 darjah .
Tuesday, June 19, 2012
Monumen-monumen Indah di TTI
Assalamualaikum......salam sejahtera.
Gambar -gambar kenangan semasa kpy melawat ke Taman Tamadun Islam baru-baru ini. Ni je yang larat nak upload. KPY tak boleh nak berdiri ataupun duduk lama-lama. Sakit pinggang. Dua hari lagi baru nak jumpa doktor pakar.....tak larat nak menahan sakit. Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk melaksanakan tugas. Allah Maha Besar. Terasa satu keajaiban kerana masa di rumah memang sangat2 sakit dan bila tiba di sekolah, kemungkinan dengan adanya aura tempat kerja....rasa sakit berkurangan.
KPY memang dah stop aktiviti membaking dan kerja2 berat. Tak boleh nak fokus sebab menahan kesakitan. Maka hargailah masa sihat sebelum sakit.....
Layan je la gambar ni ya..
Tuesday, June 12, 2012
Wajik Durian
Assalamualaikum..... selamat petang.
Sudah minum petang ke semua kawan-kawan ? KPY saja tanya je....nak ajak minum petang kat rumah pun , tuan rumah tak berapa sihat. Gambar kat bawah tu saja tayang. Dah habis dah.....Bila badan sakit-sakit ni , rindu sangat-sangat waktu sihat. Hari ni terpaksa ambik cuti sakit sebab tak larat nak berdiri lama ataupun duduk. Mesti kena baring....
KPY buat wajik tu saja suka-suka je....tak ada resipi yang tepat. Pakai masukkan je tanpa sukatan. Agak terlembik sikit . Nanti KPY cari resepi kat mana-mana dan tempek kat sini ya....belakang dah sakit ni....tahun ni merupakan tahun melawat hospital dan klinik bagi KPY rasa-rasanya.
Assalamualaikum..... selamat petang.
Sudah minum petang ke semua kawan-kawan ? KPY saja tanya je....nak ajak minum petang kat rumah pun , tuan rumah tak berapa sihat. Gambar kat bawah tu saja tayang. Dah habis dah.....Bila badan sakit-sakit ni , rindu sangat-sangat waktu sihat. Hari ni terpaksa ambik cuti sakit sebab tak larat nak berdiri lama ataupun duduk. Mesti kena baring....
wajik durian |
Thursday, June 7, 2012
Puding Permata Delima @ Red Ruby
Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Cuaca yang agak panas sejak akhir-akhir ni boleh membuatkan kesihatan turut terjejas. Dari sudut lain memang la suka sebab urusan mendobi berjalan dengan lancar. Boleh 2-3 round. KPY pun sedang bercuti jadi senanglah sikit sebab tak ke mana . Duduk di rumah je. Nak keluar rumah pun fikir banyak kali.
Hari ni tiba-tiba teringin nak makan sesuatu yang segar. Tapinya red ruby kita tak lengkap. Puas pusing dengan kereta cari orang jual nangka. Biasanya banyak , tapi mungkin disebabkan musim cuti sekolah ni, penjual nangka kat tepi2 jalan pun bercuti jugak... Kalau ada nangka tu lagi meletopsss .
Yang pentingnya menjelang malam ni dah 2 kali pekena red ruby ni...sejuk terasa kat tekak...
Permata Delima |
1. 1 biji ubi sengkuang sederhana besar - potong dadu ( kecil2)
2. 5 sudu besar tepung ubi kayu
3. 500 ml santan pekat
4. 10 sudu besar gula pasir
5. 4 ulas nangka - disiat halus ( kalau ada )
6. 1/2 tsp garam
7. ais
8. pewarna merah - secukupnya
Cara :
1. Rendamkan sengkuang yang dipotong dadu dengan pewarna merah lebih kurang 30 minit.
2. Toskan dan gaul dengan tepung ubi kayu.
3. Panaskan air sehingga menggelegak dan masukkan sengkuang tadi. Kacau perlahan dan biarkan seketika sehingga bahan tadi menggelegak kembali.
4. Angkat dan toskan.
5. Panaskan santan bersama garam - ketepikan
6. Masak gula pasir dengan air sehingga pekat. Masukkan nangka. Tutup api.
7. Cara hidang - Letakkan sengkuang dah sudah cantik , sedikit santan , air gula dengan nangka dan ais secukup rasa. Nyummmmmmm Nyummmmm.
* kalau suka boleh letak sagu biji yang berwarna warni , cendol dan bahan-bahan lain.
First time makan benda ni masa mengajar di Selayang Baru dulu. Ada orang Thai yang jual . memang sedap...
Tuesday, June 5, 2012
Retak Seribu
Tolong....tolong ...tolong.
Ada tak sesiapa atau kawan-kawan kat luar sana yang pernah alami perkara sebegini. Sama ada boleh diganti cermin luar atau dah tak boleh guna langsung. Kalau boleh ganti cermin tu agak-agaknya kat mana ya?
Yatie pun dah pakai oven ni dalam lebih 7 tahun. Memang berbaloilah. Hampir setiap hari guna. Tetiba pulak hari kejadian tu boleh jadi cenggini. Nak kata terlalu panas tu, tak mungkin sebab tengah bakar kek tak sampai sejam. Biasa tu 4-5 jam guna ok je...
Ada tak sesiapa atau kawan-kawan kat luar sana yang pernah alami perkara sebegini. Sama ada boleh diganti cermin luar atau dah tak boleh guna langsung. Kalau boleh ganti cermin tu agak-agaknya kat mana ya?
Yatie pun dah pakai oven ni dalam lebih 7 tahun. Memang berbaloilah. Hampir setiap hari guna. Tetiba pulak hari kejadian tu boleh jadi cenggini. Nak kata terlalu panas tu, tak mungkin sebab tengah bakar kek tak sampai sejam. Biasa tu 4-5 jam guna ok je...
Cermin luar oven - retak seribu. ( Oven Jenama Electrolux ) |
Sunday, June 3, 2012
Panggilan Pulau
Assalamualaikum semua. Dah lama tak mengupdate blog. Saja nak masukkan entry tentang percutian KPY sekeluarga ke Pulau Perhentian bermula cuti sekolah lalu. Memang dah rancang awal-awal untuk bercuti ke pulau. Anak-anak sibuk nak berenang dan "bersnorkerling" . Memandangkan tahun ni , tahun yang free sikit, tak de anak-anak yang mengambil peperiksaan besar jadi bolehlah jalan-jalan makan angin. Lagi pun kalau nak ke pulau ni kena tengok jugak musim. Hujung tahun memang lah dah tak boleh pergi. Laut bergelora.....hari tu pun dah kecut perut naik speed boat.Bila bot langgar ombak... rasa nak gugur jantung.Memang tak boleh jadi pelaut gamaknya. Suami kata kita " back to nature " .Asyik pergi tempat shopping je...... Tapi.....selepas back to nature....back to shopping kembali setelah berada di Pasar Payang....Apa lagi batik sutera daaaa...
Nak tengok hasil shopping kat Pasar Payang ....tunggu entry akan datang. Entry masak-memasak kita hold dulu...oven ku retak seribu.
Nak tengok hasil shopping kat Pasar Payang ....tunggu entry akan datang. Entry masak-memasak kita hold dulu...oven ku retak seribu.
Chalet - SENJA. |
Pemandangan dari laluan pejalan kaki menuju ke jeti |
Dekat tengah-tengah laut di Lighthouse point. Walaupun ikan-ikan tu berkeliaran kat hujung jari tapi susah untuk memegangnya. |
Ketenangan |
Ni lah chalet yang kami sekeluarga menginap. Sharila Resort. Menurut kata pemandu bot tu , resort ni sentiasa menjadi tumpuan. |
Pemandangan dari tempat makan resort |
Naik bot laju - ambil masa lebih kurang 30 minit. Dalam hati berdebar-debar.Takutnya ,sebab pagi tu sedikit berombak.Naik bot macam naik kuda..... |
Dah nak balik dah , setelah 2 malam menginap kat Pulau Perhentian. |
Subscribe to:
Posts (Atom)