Followers

Showing posts with label Ragam Manusia. Show all posts
Showing posts with label Ragam Manusia. Show all posts

Thursday, February 7, 2013

Jangan bandingkan anak kita dengan anak orang lain

Assalamualaikum wbt & Hello Peeps!

Bila anak kita semakin hari semakin besar..
Akan mula ada pertanyaan..
"anak dah pandai apa sekarang?"

dan bila siibu menjawab..
"belum pandai sekian2 itu lagi.. Baru pandai sekian2 ini.."

dan normal jugak
Bila dibalas..
"ehhh belum lagi yer?? anak sipolan2 umur camni dah pandai sekian2.."

korang nampak tak sikecik yang belum kenal dunia tu
Sudah di"judge" dengan "baik" oleh orang keliling?

Dan lumrah siibu dan sibapa mula risau kenapa sianak "lambat"
Tak macam anak orang lain

Adakah bila sianak lambat meniarap
Lambat berjalan
Lambat bercakap
Dia dah dikira sebagai slow learner atau apa2 jelah yang sama level dengan tu

Lagi kalau sianak tu kurus
Tak tembam
Tiap2 bulan timbang
Naik sikit je
Adakah dia dah dikira tak sihat?

Iye, kita sebagai parents mmg nak terbaik
Beri yang terbaik untuk anak
Dan mengharap yang terbaik dari dia kan

Perkembangan setiap baby berbeza
Hatta kuar dari perut yang sama pun berbeza

Stop comparing anak kita dengan orang lain
*peringatan untuk diri sendiri jugak*

Aina masuk 6bulan 3hari lepas. Sudah mula mengesot dengan meniarap tapi kebelakang (gostan) :)
berat 6.5kg.
Tak tembam. Tak debab
Tapi alhamdulillah sihat, aktif dan kuat menyusu.

Ibu dan ayah sayang Aina tanpa syarat

Jumpa lagi next entry!
take care!

Wednesday, January 30, 2013

Bila ramai anak...

Assalamualaikum wbt & Hello Peeps!

Fara memang suka tengok orang. 
Maksud kat sini tengok peel orang. 
Bukan apa, yang bagus kita ikut. yang tak bagus jadi pengajaran.

waaa ayat buku hahaha

situasi 1:

Anak 4 orang. 
6tahun, 4tahun. 2tahun dan baru lahir.
Anak sulung dimasukkan tadika ketika berumur 4tahun.
Sekarang dah masuk tahun ke3 bertadika

yang 4tahun patutnya masuk tadika tahun nih kalu ikut abangnya.
tak dimasukkan.
sebab?
mak dia kata tak perlu. 
umur 4tahun tadika memain je.
tunggu tahun depan.

nampak pilih kasih.
atau mungkin dah mula rasa banyak nak bayar.

pengajaran: 

start plan pembelajaran anak-anak dari mula.
jangan anak pertama je beria.
kesian anak-anak lain tak merasa begitu.

situasi 2:

Ibu yang tak brestfeed. Sepenuhnya FM dari lahir.
Anak 3 orang.
Anak sulung minum susu mamil gold sampai umur 4tahun
**mamilgold susu FM kategori mahal**
Anak no2 minum susu snow sampai umur 2tahun
**snow susu FM kategori sederhana**
Anak no3 minum lactogen sedari lahir.
**dumex lactogen FM kategori murah**

Alasan bila anak no3 minum susu dumex?
Alaa susu semua sama je.
Errr.

Kalau macam tu. Untungnya jadi anak sulung.

Anak-anak tak bersalah.
Mereka tak minta dilahirkan sebagai anak ke2,3,4.

Sama-sama kita pikirkan.



Monday, March 12, 2012

Kalau bini cepat mengandung, makna laki terer?

Assalamulaikum wbt & Hello Peeps!


credit: google

Sebenarnya dah selalu Fara dengar bila tau berita pasangan pengantin baru tu bunting pelamin mulalah ada yang kata..

" Terer laki ko!"
" Power betul somi dia!"
" Baru anak lelaki, bini cepat mengandung!"

Camne pulak kalau bini tu tak mengandung lagi setelah bertahun-tahun kawen? Tak terer la eh? Tak cukup power? Habaq mai, siapa yang lepas kawen taknak anak? Mereka yang belum kawen yang buat "projek" sana sini je beria taknak anak.

Ni lah mentaliti masyarakat kita. Cakap men sedap mulut. Tak pikir kalu hal tu akan berbalik semula kat diri sendiri takpun family? Rezeki zuriat tu bukan sebab laki pandai main ke, terer sangat ke tapi semuanya berbalik padaNya. Ada yang dapat cepat dan ada yang lambat. Siapa kita nak buat andaian dari apa yang kita nampak? Silap-silap yang dapat anak lambat lagi ramai anak dari yang mengandung cepat. 

p/s: mungkin ada yang kata, "ala gurau je". Pada Fara ni bukan gurauan. Kadang-kadang apa yang kita cakap tanpa sedar ada yang terasa. Jadi sebelum nak "bergurau" sila tengok dulu keliling kot2 ada yang tersinggung. Pernah menjadi ttc'ian.. aii memahami "rasa" bila orang kata begitu  --' 

Wednesday, November 2, 2011

Gadis 14 tahun kena tangkap basah dengan lelaki baru kenal 3 jam!

Assalamualaikum wbt & hello peeps!

Semalam siapa tengok Buletin Utama Tv3 mesti tau pasal berita nih..


"Di Terengganu, seorang gadis berusia 14 tahun di tangkap basah bersama seorang remaja berumur 18 tahun. baru kenal tak sampai 3 jam , dah melakukan hubungan seks dalam kereta dan bersama mereka ada seorang remaja lelaki berumur 15 tahun . adegan mereka telah dirakam cctv"


Ya Allah, apa nak jadi dengan dunia sekarang. Siap ada air mani kat kusyen kereta. Apakah? Adegan dah selamat dirakam cctv. Tak surprise kalau esok lusa dah ada dalam youtube pulak. Maruah dan harga diri seperti tiada nilai. Remaja lelaki lagi seorang tu tak tahulah kenapa dok dalam kereta jugak. Mungkin tunggu turn? Wallahualam.


Dunia akhir zaman.. nafsu tak kenal usia..

Thursday, September 29, 2011

Kita yang mana satu?

Assalamualaikum wbt & Hello peeps!

Nak share kata-kata Profesor Ungku Aziz..
Fikir-fikirkanlah kita nih masuk golongan yang mana satu ye ;)

credit: Facebook

Friday, July 22, 2011

Penyakit DENGKI..

Assalamualaikum wbt & Hello Peeps!

Lama tak menceceh kat sini. Korang apa khabar? Fara, alhamdulillah diberi kesihatan dan kebahagian disekeliling ni. Terima kasih pada yang sudi baca entry dan komen walaupun dah lama tak hapdet blog =)

Dari dulu sampai sekarang.. tak kira dimana-mana memang ada penyakit nih.. Penyakit DENGKI dengan kelebihan orang lain.. Sakit hati tengok orang lebih dari dia..

Contoh seperti..

*Tengok orang dapat naik pangkat.. mulalah mengata.."eleh, pakai kabel bolehlah..!" tetapi orang itu kerja siang malam.. buat partime biz.. korban cuti weekend.. sebenarnya yang mengata tu DENGKI tengok orang lain lebih berjaya..

*Tengok perempuan pakai kereta mewah.. paling koman pun kereta toyota vios.. mulalah mengata.. "ada sugardaddy ah tu!" padahal DENGKI sebenarnya sebab belom mampu nak pakai kereta cenggitu..

*Tengok orang buat wedding gah-gah.. mulalah mengata.. "ni mesti ada orang sponser..!" "eleh, buat loan riban-riban ah tu dengan bank".. padahal DENGKI sebenarnya sebab sendiri pun teringin nak wedding camtu..

*Tengok kawan kahwin lebih awal dari diri sendiri.. mulalah mengata.. "eleh, dah ready ke belom tu nak kawen.. takut jadi andartu ah tu".. padahal DENGKI sebenarnya sebab diri sendiri tak kawen-kawen lagi.. 

*Tengok perempuan cantik bergaya.. mulalah mengata.. "pakai makeup bolehla nampak cantik.. cuba tengok dia lepas cuci make up, makcik cleaner lagi cun" padahal DENGKI sebenarnya nak cantik camtu jugak..

Sebenarnya banyak lagi penyakit DENGKI keliling kite ni.. Kalau fara nak taip kena buat Part II, Part III kot heheh. 

Kita patut mensyukuri apa yang kita ada. Jangan asyik tengok orang yang lebih dari kita.. *sebagai motivasi baguslah* kekadang kena tengok jugak orang yang kurang bernasib baik dari kita. Kalau kita TAK CANTIK, TAK KAYA, TAK BERJAWATAN TINGGI, kita harus bersyukur masih diberi udara untuk bernafas, akal untuk berfikir waras dan masih sihat untuk terus hidup di atas bumi Allah swt. 

Nota kaki: Mari muhasabah diri.. Sentiasa berprasangka baik dengan orang lain Bulan ramadhan tinggal beberapa hari lagi je ni ^^

Tuesday, July 12, 2011

Penyakit Politik!

Assalamualaikum wbt & Hello peeps!

Sekadar pandangan..

"Its funny when some people could hurt other people's heart just because of their political differences.. one believes could be right or wrong.. so, be open and please, don't be too emotional.. being too emotional about an issue is just a plain stupidity.."

Maaf, blog ini bukanlah blog bercakap mengenai politik. Hanya meluah pendapat disini sebab bila bercakap tentang politik.. memasing mula emo tak tentu pasal..


p/s: Aku nak hidup dalam negara yang aman damai..

Monday, May 23, 2011

Perkara yang men"tension"kan..

Salam & Hello peeps!

Korang mesti pernah mengalami perkara-perkara ni pastu nak marah tak boleh. Tunjuk muka tension je lar kot hehehe..

1) tengah sedap layan movie dalam panggung wayang
*skema ayat aku*.. tetiba ada budak kecik menangis non-stop betul-betul kat belakang seat korang..

2) tengah khusyuk menjawap soklan periksa.. pengawas exam tu kepoh nak baca jawapan kite.. 

3) sedang semangat tengok Man U nak jaring gol kat tv tetiba "no signal". Standard ah astro time nak hujan..

4) pergi kedai makan dengan member-member.. order makan.. pastu semua dah dapat makanan yang di order, korang punya tak dapat-dapat.. 

5) naik bas ekpress balik kampung.. bas baru keluar dari hentian rehat.. tang-tang tu pulak perut meragam nak buang air.. adoi tadi taknak pulak buang air..

6) nak beli barang kat kedai.. tapi amoi kedai tu sibuk ikot bontot kita. wei, aku tak ingin ah nak curi barang kat kedai ko.. aku ada duit *nada eksyen hihi*

7) budak kecik datang rumah dan buat rumah korang cam rumah sendiri. suka-suka hati masuk bilik orang.. pecahkan barang orang.. buat peel tak tentu hala dan parents dia boleh "pura-pura" marah.. dan anggap standard ah budak kecik *bila aku ada anak, nak traning dia adab sopan kat umah orang*

8) tengah puasa tengok iklan kat tv "mengajak" makan sedap-sedap.. bila tak puasa, tak terliur pulak dengan iklan camni..

9) tengok picture poya "budak-budak baru nak naik" kat facebook mintak orang komen dengan puji-pujian.. 

10) tengah drive tetiba ada kereta menyucuk-cucuk kereta pastu bila dah potong kereta korang bawak slow tahap labi-labi.. *ni aku kena pagi tadi. hangin je aku. da ah monday blues diringi hujan renyai huhu*

rasanya ada lagi perkara-perkara men"tension"kan.. nanti kalu aku teringat, aku tmbah lagi eh heheheh~

Monday, April 25, 2011

Budaya angkat-mengangkat

Salam & Hello peeps!

Korang mesti pernah tau dengan budaya "angkat" kan?..
"Angkat" kat sini bukan bermakna amik anak orang lain dijadikan anak angkat sejak kecik.
"Angkat" kat sini bermakna sesuka hati offer anak orang lain untuk dijadikan adik beradik secara tak rasmi.

Rasanya perlu tak title adik, kakak dan abang angkat?..
 tak boleh eh jadi member?..
lama-lama kalu ngam leh jadi BFF..

maybe ada yang bagi reason
nak ada orang caring cam adik-beradik..
seronok bila orang bagi perhatian extra..

especially time sekolah/asrama..
dah jadik cam lumrah kalu orang tu ada adik angkat la,
kakak angkat la, abang angkat la
sesape yang ade lebih 2 orang "angkat" nih
ala-ala femes.. glamor ah gitu hehehe
apatah lagi time dedication sesama student..
dapat bunga ah, cekelat ah, lollypop ah
tu belom lagi dapat friendship band..
mesti nak matching dengan ke"angkat"an nya

budaya angkat-mengangkat ni
dah macam budaya turun-temurun
dari dulu sampai sekarang ade..
tapi
dari apa yang aku tengok
ke"angkat"an nih jarang kekal lama..
bila dah masuk U/kolej dah mula lost contact
maybe jugak dah makin dewasa
baru tu baru rasa pelik nak ber"angkat"an kot hehehe
korang pernah ada tak adik, kakak & abang angkat nih?
jom share cerita..
p/s: aku dulu takde angkat-angkat ni.
maklum ah tak berapa femes kat sekolah huhuhu -,-

Monday, April 18, 2011

Mulut longkang


Salam & Hello peeps!

kekadang dalam sehari, ada tak perkara yang buat korang annoying sangat?
Annoying kat sini maknanya datang dari mulut orang..

Dulu masa kat U.. aku bukan jenis yang bila ade bf je bawak jumpa family, sedara-mara. Just kengkawan je tau. Bukan apa, belum ade plan lagi nak kahwin masa terdekat so tak mau la dok menayang kat family, sedara-mara. Manalar tau kot2 takde jodoh.. kan ke malu..

tapi.. masalah nya mulut pakcik-makcik dok menanya..

"takde bf ke ko nih?.. anak aku si Polan dah ade bf, engineer Petronas kauuu. Masa sekarang ni lar pilih laki.. kang dah kerja tak laku!"

aku jenis jawap selamba je

"well, saya ramai sangat orang nak makcik.. tak tau nak pilih mana satu"
haaaa Haamikkkk ko.

Bila da kerja.. makin dahsyat mulut orang..
selain sedara-mara, pakcik-makcik opis n ntah sapa-sapa yang aku jumpa tanya..

"ko ni tak nak g mandi bunga ke?..
Bagi seri sket muka tu?"

"ko nak tak makcik adjustkan anak jiran makcik untuk ko?.. 
Yelar tak nak la aku tengok ko jadi andartu"

" ni bila lagi nih?.. umur dah berapa?"..

aku dengan lurus nya jawap..
" 26 tahun makcik"..

Lepas tu dia jawap
 "hahhhh!! 26 tahun? anak makcik umur tu anak dah 4.. "

 aku sengih je lar. takkan aku nak jawap..
dah tak sambung belajar,
lepas spm terus kawen mestilar anak dah ramai..
*tapi takot kata aku kurang ajar pulak, aku diam je lar..

Bila aku kawen je.. lagi ramai dok tanya..
 tak kiralar yang belum kahwin ke
dah kahwin ke pakcik-makcik ke..

"dah ada isi ke? makin tembam je tengok ko nih"..

"belum lagi? korang ni merancang ke hapa?"..

"si polan baru kawen, terus lekat, korang nih ntah bila lar ek?"

 yang paling selamba ade tanya..
"ko ni belajar je sampai degree, tak pandai "buat" ke?
 Apakahhh??

aku jawap je...
" bukan tak pandai buat tapi
Allah swt belum nak bagi saya.
Boleh tak tolong doakan saya?

Hello, aku rasa ah semua orang dah kawen nak anak.
 Orang belom kawen yang beromen kat hotel murah
 je taknak anak..
bila dapat anak, buang dalam tong sampah..

 Jodoh, Pertemuan, Rezeki ketentuan Allah swt
kita hanya mampu berusaha, doa dan tawakal
Tolong ah bagi moral support bukan dok down kan orang..
Aku takdelar tua sangat.
 Ada lagi 3 tahun kot nak 30tahun.
Dorang yang tanya ni lebih-lebih kurang sensitiviti
atau lebih sesuai digelar mulut longkang
kalu kena kat kaum kerabat sendiri baru paham kot.

Sorry ah kalu entry ni teremo lebih.
Aku nak luah rasa ketidakpuasan hati kat
 mulut-mulut longkang kat luar sana..

p/s: Tolong doakan aku cepat dapat rezeki baby ye.
Thank you ^^

Thursday, April 7, 2011

SHORT FORM?

Salam & Hello peeps!

Korang perasan tak sejak kebelakangan nih either
kat facebook, kat twitter, kat sms..

macam ni...

sapew = siapa
aq = aku
dy = dia
lgiew =lagi
nax = nak
lha =lah
buad =buat
yunk = yang (sayang)

erk.
terus terang aku tak boleh blah dengan short form camni.
SANGAT melambangkan ketidakmatangan.
Perlukah di short macam tu sekali ek?..

Friday, March 4, 2011

Bersyukur

Hi!

haaa.. lately nih byk perkara kat keliling aku yg wat aku terkedu + terkesima + dan byk lagi terrr hahaha (sila kagum dgn bahasa melayu aku yg agak canggih bunyik nye hehehe).

Kadang-kadang kite ni sebagai hamba Allah suka bandingkan kelebihan orang lain dengan kekurangan diri kite.. sampai kekadang nampak cam tak bersyukur dengan apa yang kite ade..

Ye.. btol its good for motivate ourself.. but bila sampai down kan diri sendiri.. itu dah cam tak bersyukur.

Contoh nye;

dlm relationship.. ade segelintir yang suka kritik partner masing-masing tak caring, tak romantik, tak memahami etc.. punca nye kadang-kadang memang ade salah partner tu dan kena tengok diri sendiri gak..

Ada yang belum kawen.. menyalahkan takdir kenapa asek bertemu dengan orang salah.. asek putus cinta.. padahal itu ialah satu permulaan untuk jumpe orang yang lebih baik..

Ada yang dah kawen dan belom dikurniakan anak.. menyalahkan partner dan takdir.. padahal itu bagi peluang untuk sesama pasangan mengenali diri masing-masing dan untuk meningkatkan amal jariah (doa) kepada Allah..

Ada yang blom kawen tapi dah terlanjur pastu buang anak.. tak bersyukur kerana bukan semua orang boleh bersalin sendiri tanpa doktor, nurse..

Ada yang bawak kereta cap Malaysia.. mengutuk keta sendiri tak powerlar.. tak cukup canggihlar.. padahal ramai lagi kat luar tu takde kereta.. kena jalan kaki..

Kite kena appreciate ape yang kite ade hari ni. Apa yang kite ade bukan semua orang bertuah memilikinye.. Kalu kite rasa kite dah teruk sgt.. tak bertuah.. always remember ramai lagi yang lagi teruk dlm hidup nih..

Soooo... chill lar. Hadapi dengan senyuman. Life is too short untuk bersedih-sedihan. Cheers! =)

Friday, January 21, 2011

Syiling oh Syiling

Aku bajet ramai dah tau pasal topik kat atas nih.
Sesapa yang tak tau maybe dok dalam gua yang takde koverage internet ataupon dok dalam "coconut shell"
*err btol ke ejaan omputih aku nih haha*

Kat highway Utara Selatan, orang berebut kutip duit syiling lepas sebiji keta Toyota Hilux ex-cident. Keta ni bawak Rm75k dan pas ex-cident duit syiling tu berterabur ler kat jalan.

korang bajet ni cite Ali Baba Bujang Lapok ke..
Ali Baba campak duit pastu orang rebut-rebut kutip

ade siap bawak beg plastik tuuu.
naseb bek takde bawak besen hahaha.
kot yer pon minyak mahal, brg nek harga..
tak kan ler nak kutip syiling akibat ex-cident tu wei.
tu kira dah mencuri. tak berkat masuk tekak hahaha.
aku takde ler baik sgt tp memang xpatut sgt ah menda2 cmnih jd. isk isk.